Pages

Oct 27, 2011

Semangat...

Cite pasal kuruskan badan lagik..miahaha..Niat di hati nak update pasal anak2 and letak gambar2 cukur jambul si Adelia. Tp sbb baca comment2 kawan2 pasal cite kuruskan badan..first thing first la yer..chewaah..padahal aku yg menggelupur nak update pasal benda ni kan..kekeke

Okeh, Firstly, aku rasa happy sbb ramai rupanya yg try detox diet tu eh. Ramai yg sms, email, letak comment, and alhamdulillah..takde sorang pun yg ckp dia tak turun berat or naik berat. Hehehe..Semua pun turun paling kurang 1kg walaupun buat sehari. Syabas kawan2...Jgn risau, detox diet ini adalah cara yg selamat. Cuma kena ada keazaman yg melampau2 tingginya..hehe
Ye la kalau kita dah biasa makan satu hari roti, nasi, lauk pauk, mee, etc...tiba meniba nak makan buah sahaja sehari suntuk sapa nak tahan kan..And pada yg tak biasa, nampak diet ni extreme sgt sbb hanya makan buah sehari suntuk. Tp percayalah, lagi baik ko makan buah satu hari dari ko dok telan ubat2 kurus yg ada kat pasaran tu. Tak kira la herbal ke, serbuk ke, pill ke, dari doc ke..tak kira..Klau ubat tu bertindak utk tolong ko kuruskan badan, mmg kalau bleh elakkan la. Dulu masa K slalu buat health talk kat office, ada nutritious ni ckp kalau ko amik segala mak nenek product tu, mula2 mmg dia membantu utk turunkan berat. Tp lama2 dia akan jadi "racun" dalam darah. Sbb dia adalah benda asing. Benda asing yg bukan makanan, minuman, ko masukan dlm badan. Bila dia jadi agen bertindak membantu turunkan berat, lama2 dia jadi "perumah" dlm badan kita. Sbb belum ada research yg boleh mengesahkan benda2 asing tu akan keluar mcm mana kita hadam makanan2 kita...So, kat mana lagi dia stuck??? hmmm..

Dengan itu, aku rasa detox ini adalah cara paling natural. Cara paling selamat cuma ko kena tahan craving je. Jgn ckp badan ko tak cukup zat. Tgk la menu dia bkn suruh makan buah satu minggu. Dia dah buat cun2 kasi badan ko bertahan dgn nutrien yg ada. Bkn mcm diet Angelina Jolie sebijik epal sehari. Ko mampu???? hahaha
Ok, kalau yg tak sanggup nak buat detox, ada gak yg tanya aku cara apa lagi aku buat dulu? Aku plak rasa mcm spokeperson utk kuruskan badan padahal badan aku ni tak kurus2 gak. Hahaha..Tp kalau benda kita tau, apa salahnya kita share kan. Aku bagi suggestion berpandukan apa aku buat dulu. Masa turun 20kg in 5 months dulu..

Ikut badan la kan. Mcm badan aku alah nasi. So aku stop terus nasi. Buat peminat nasi yg tak mampu nak stop nasi, korang try amik brown rice atau beras herbaponi taj mahal tu. Beras tu bagus utk ganti beras biasa kita makan. Of coz rasa dia kurang sedap sikit. Sbb beras kita biasa makan tu ada kandungan gula and kanji yg tinggi. Terlebih2 melampau dari yg sepatutnya badan kita amik. So if ko still nak makan nasi, ganti la dgn brown rice or herbaponi.
Stop air manis. Or if nak pun skali sehari time bfast. Sbb kalau nak bfast air panas cicah roti or biskut, takkan ko nak cicah air kosong panas kan? haha..Kurang2 air milo or horlicks. Tp ko pilih yg kurang kandungan gula. Jgn sekali2 amik 3 in 1. Itu gila punya tinggi kandungan gula. Amik yg jenis biasa, bancung tanpa gula or susu. Tawar la sket tp ok la ada gak rasa milo or horlicks dia. Aku once in a while balun je teh ais pujaan hatiku. Pastu menyesal sendiri lah. haha..Air kosong plak minum paling kurang 2L sehari.

Paling senang, kurangkan makanan bergoreng. If selama ni order mee goreng, tukar la order mee sup ke. If selama ni sayur2 semua goreng2, tukar buat steam or sup2. Sesekali nak lepaskan hajat makan goreng2 ok. Aku dulu gemar betul mkn goreng nugget, drummet, hotdot tiap2 mlm. Best gilos mkn dpn tv. Hasilnya badan naik, kandungan kolesterol dlm darah pun mencanak naik. So aku stop. If kadang2 teringin baru aku mkn. Nasib kolesterol level dah kurang skrg nih...
Kurangkan makan daging. Sbb badan susah nak digest. Ko tau sekeping daging kambing size tapak tangan, akan amik masa 2 minggu utk betul2 di hadam dalam perut. Aku smlm gi bday party, aku makan 2 ketul sbb sedap sangat2. So aku rasa daging kambing tu tgh berseronok ajak lemak2 aku berparti..sbb nanti dia pun akan jadi ahli lemak dlm badan aku gak..hahaha...so if nk makan, amik ayam or ikan. Seafood lagi la ko kena kurangkan sbb byk acid. Sebulan skali ok la kot..

Bykkan makan buah and sayur. If sayur yg tak masak lagi bagus. Just celur2 ksi layu je. Kan org tua2 pun ada petua nk awet muda, mkn byk ulam2. Ko pernah jumpa ulam2 tu buat goreng belacan? masak ikan masin? miahaha..lagi bagus kan makan gitu je...kalau ko nak tambah umpph boleh la cicah sambal belacan ke apa. Tp tak berapa di galakkan sbb lagi bagus ko mkn gitu. If dah cicah2 mcm defeat the purpose la plak. Buah, mmg hari2 kena makan. Utk bantu penghadaman, and bagi badan ko nutrien yg betul2 badan perlukan. So badan dapat bekerja dgn senang hati..tak la tersekat2...Eh, apa punya ayat ntah..hahaha

Bab makan, aku susah nak ckp gak. Sbb lain org, lain selera. Mcm aku memang selera gajah. Dan aku pun manusia biasa. Aku pandai ckp org jgn makan lamb, tp aku telan 2 ketul. Tak tahan punya pasal. Hahaha..Aku pun slalu order meehoon goreng instead of meehoo soup. Sbb tekak punya pasal. Aku just bgtau, tapi aku pun selalu terbabas. kekekeke. So harap2 korang lagi kuat dari aku. Sbb if kita dok baca mcm mana nak diet, dok tambah ilmu apa patut mkn, dok tgk org kurus dgn diet2 ni, kita sendiri tak bertindak tak guna gak kan...

Org tnya mcm mana nak kuatkan semangat...Mcm mana eh? Bagi aku, mmg aku dari azali tak suka gemok. Tak suka perut mengelebeh. Tak suka pakai jeans makcik2. Hahaha..Aku takmo nampak tua sebelum usia. Takmo nampak mcm anak 8. Eh, ada org anak 8 pun bleh slim and maintain tau. Dan yg paling penting, aku nak SIHAT DAN CERGAS. Bkn aku ckp org gemok tak sihat, tp kebanyakkan nya mmg tak kan? Kalau badan dah berat, nak bergerak pun susah. If kurus and ringan, senang nak gerak and rasa cergas sentiasa. 

Lagi satu aku mengaku aku mmg suka melawa. Melawa bkn bermakna aku lawa. Rupa aku mcm tu je gak. Hahaha..Tp aku suka pakai baju cantik2, suka ikut fesyen, suka nampak cantik. Boleh je nak nampak cantik dgn badan yg besar. Ramai je org badan besar tapi cantik. Tapi bkn aku. Aku ni if nak nampak "elok" sikit kena la kecikkan badan. Kalau tak terseksa org tgk. Sbb nak pakai mcm org kurus, tapi dah rupa hapa dah kan...so aku sedar diri utk mengecikkan badan dulu sebelum feeling2 kurus..hehe

Paling penting, Daddy suka aku kurus. Suka aku jaga badan... suka aku nampak elok (cantik). Walaupun dia tak payah ckp hari2. Ye la kalau dia nak bebel tp aku still la dok telan McD, tak guna gak kan. Aku pepandai la pikir. Dia jumpa aku dulu pakai size S, Dah beranak sampai skrg size M pun tak masuk2 lagi. Hahaha..Dia mmg pentingkan penampilan aku. Selalu aku kena sound if dressing agak maqcik-maqcik. Sindir menyindir tu jgn ckp la kan. Telinga aku dah kebal dah. Jadi, menjadi cantik utk mata suami, elok kan?? hehe..

Utk kuatkan semangat?? if aku rasa mcm malas je diet, aku akan gi try sarung jeans aku time anak dara dulu. Tarik gak sampai lepas lutut pun takpe, then aku tgk cermin. Pastu rasa nak bunuh diri..hahaha...So aku insaf....Kalau agak2 terbabas je niat tu, aku lari setempat. Merasa la lelemak bergegar satu badan. Nak2 part punggung. Situ je dah 40kg aku rasa. Hahaha..Lari dpn cermin. Tgk betapa buruk nya rupa aku. So aku insaf. Kuatkan balik semangat. haa..gitu ler..

Skrg aku nak cuba agak extreme. Ada org beli jeans size yg dia nak dapatkan. Cth skrg pakai size 38, dia beli size 28 supaya dia berusaha masuk dlm jeans tu. Bagus tu jadi pembakar semangat. Aku takleh buat gitu. Sbb dgn cutting badan aku yg maha besar part bumper ni..sampai mati tak dpt masuk size yg aku idamkan...hahaha..So aku nk tempah baju kebaya ikut size masa aku kurus dulu. Kasi baju contoh. Baju Kebaya masa aku pakai sebelum pregnant. Guna kain yg aku paling sayang. Then aku aim nak pakai baju tu masa wedding kawan baik aku nih. Harap2 aku  berjaya la ye Fadz...hehehe...

Byk je cara ko nak bakar semangat. At the end of the day..tanya diri sendiri. Ko nak kurus ke, nak gempal2 sikit ke, nak celen Paris Hilton ke..hehe..terpulang. Janji ko selesa dgn badan ko sendiri...and ko Happy...Ada org if gemok pun dia tak kisah sbb dia Happy..So ok la kan..Jgn la ada mulut2 nak suruh dia diet or kurus kalau dah dia happy dgn diri dia...Mcm aku mmg tak happy..so tolong la sedar2kan aku kalau aku tak sedar2 diri yek..hahaha

Lagi satu, aku suka tgk gambar2 transformation mcm bawah ni..Lagi membakar2 semangat...Tgk la muka masing2, bila dah kurus, jadi semakin lawo le pulak..adakah aku akan jadi semakin lawa?? hahaha...yo lah tuuu..





Nothing is imposible....Akhir kata, sila lah kuat semangat. Peringatan utk diri sendiri gak..kekeke..
 
 

3 comments:

AdanyaKauUntukku said... [Reply to comment]

sob sob
nak nangis ok

nak gak cantik di mata suami
skrang akak ni tengah usaha tak sentuh nasik..buat perubahan sikit-sikit...

nanti nak buat detox plak..
insyallah..
doakan akak tau Zu..

Anonymous said... [Reply to comment]

Mulan, hari ni saya dah day 5 detox diet..hihi

so far ok la, day 1 tu suffer sikit sbb baru start kan tp best sbb makan buah2... day 2 lebih suffer sbb makan sayur je.bukan tak suka sayur tapi...hemmm...paham2 je la, hahaha...day 3 baru ok cuma masa tu cuti deepavali so duk umah, kena masak utk anak dan suap anak nasik lauk ayam goreng...dugaan sguh..

then day 4 , paling saya suka dan tak rasa lapar lgsung..best best

dan ari ni day 5...tomato n rice

tapi tak timbang pon lagi...wat masa skrg jeans mmg rasa longgar giler2...ada baju yg cutting2 tu pon dah rasa loose tak mcm sblm ni akan nmpk lemak2 tersembul...hahaha

so saya ada 2 days to go...thanks mulan!

Pinkjambu said... [Reply to comment]

huwaaaaaa, saya kan masa mula2 baca program detox diet awak nih, mmg beriye nk mencuba, pehtu biasa la kan ke bz nak mamp, kekeke, konon dari minggu ke minggu, sampai demam bagai, ingatkan isnin nih baru nak cuba.. terima kasih sgt2 tau sudi share, saya siap print tampal kat cpu opis nih ha.. kekeke.. senang