Pages

Oct 11, 2011

Preparations Untuk Hari Bahagia Itu...

Daddy ni mcm tau2 je semalam aku meroyan tak dapat nak update blog guna lappy. So dia balik and kasi Yes! prepaid. hehehe..sukaaaa...

So boleh la update dgn menggila arini. Tapi tertangguh kejap sbb mlm tadi tiba2 Adelia demam. Kul 2am mcm tu time aku kasi susu aku rasa kepala dia panas. Nak amik temp, thermometer tu dah tak leh guna sbb Arsyad hempas ke lantai aritu. Ktorg mmg nak beli sbb tau thermometer itu adalah benda paling penting kat rumah ni if ada bdk2. Senang nak monitor demam diaorg kan. Tp kawan kesayangan aku, Angela Chong tu ckp dia nak beli utk hadiah Adelia. (yg dulu tu pun dia beli utk hadiah Arsyad..tak kisah la tiap2 anak semua hadiah sama sbb mmg berguna benda tu..haha). Dia lupa plak nak bawak masa dtg cukur jambul aritu. So dia nak pass esok je kat Daddy. Tp Adelia mlm tadi plak demam. Dgn takleh tau temp dia, dengan risau sbb dia baru sebulan lebih kan..So dlm 4am mcm tu agak2 rasa badan dia still panas, Daddy pun bawak la gi clinic.
Masalah kat sini, aku tak tau kat mana clinic 24jam. Daddy siap keluar dulu nak gi recce cari 24 hrs clinic. Tak jumpa. So aku siap2kan Adelia. Dia gi dgn Daddy gi KPJ Kajang berdua je since Arsyad tgh tido. Bila dah 2 anak ni kena la bahagi2 kan. Takkan aku plak nak bwk Adelia tgh2 pagi buta tu. So Daddy bawak dia gi spital, aku leh jaga abg kat rumah (sambung tido!. haha)..

Then Daddy call, dia kata doc suruh admit. Terkejut gak. Tanya berapa temp?. Doc ckp 38.2. Eh..takde la tinggi sgt. Memang la demam. Tp takde la sampai nak admit kan. Pastu aku ckp takpelah dah doc ckp mcm tu nak buat mcm mana. So Daddy nak letak Adelia kat nursery kat KPJ tu dulu then balik amik aku, then baru boleh masuk ward biasa kan. Pastu diaorg kata tak boleh sbb nursery utk baby bawah 28 hari je. Then mcm mana? takkan aku nak jalan kaki dari rumah gi spital? and takkan Daddy nak tinggal je Adelia dlm bilik kat spital tu sorang2 sementara gi amik aku? Yg bestnya...nurse kat sana pun tak boleh nak bagi solution kat ktorg. Kot la dia ckp "takpelah encik, biar saya jaga kejap. Rumah encik pun dekat je 10 min boleh datang balik kan?". Kalau dia ckp gitu ok lah. Ni dia pun ckp entahlah..nak tinggal kat nursery mmg tak boleh..so mcm nak kena tinggal budak sebulan lebih ni kat ward dia sorang2 sementara mak dia nak sampai. Tak masuk akal langsung.

Dgn bengangnya Daddy ckp tak payah la warded. Kasi ubat then ktorg monitor kat rumah je. Ye la aku pun rasa mcm tak la tinggi sgt demam nya..Bkn la aku nak amik mudah kan. Tapi agak2 la 38.2 ko nak admit. Tgk je ktorg pakai company punya insurans, cepat je suruh admit kan. Bila balik kasi ubat, dlm kul 7am tu badan Adelia dah tak panas dah. So aku pun suruh Daddy gi keje mcm biasa. 
Ni dah kul 4pm, mmg dah tak demam dah budak tombam ni. Mlm kang tak tau la. Setengah budak mmg demam malam kan. Aku ngantuk sbb mlm tadi satu mlm dia tak lena tido. Merengek je. Biasalah badan tak sedap..

Ok nak letak sikit2 gambar preparation utk Majlis Cukur Jambul aritu. Aku tak byk amik gambar sbb dah hire Kak Ila utk jadi photog aritu. Camera aku pun aku tak charge. Hahaha..Semua gambar ni amik dari BB je. Tgu lagi 2 minggu kita tempek sini gambar2 yg cun2 dari Kak Ila. Serious mmg aku puas hati sgt2 dgn hasil2 tangkapan Kak Ila. Klau korang tak caya tgk je la nanti.Aku dah experienced masa Cukur Jambul Arsyad 2 thn lepas..hehehe..



:: Khemah..Harus Pink..Kata anak dara..lagipun mmg fav color aku adalah Pink..hehe
 :: Goodies Bag...Dlm ni ada Bunga telur, Mini Mirror, Coklat, Air Kotak. OK la kan tak mampu nak buat yg mahal2.:


 :: Baju and Kasut "Panten"..hehehe..gerammmmmm...::


 :: "Pelamin" Pengantin...hahaha..Aku order yg kecik and simple..Skali sampai besar gila..Tapi ini PALING sinple yg ada..huhu..::


 :: Simple deco tepi pelamin..comel kan..



Dan yg paling penting....





:: Si Abang!!!..hahaha..ini pun masuk dlm list preparations aku. hahaha..Ye la nak cari baju melayu putih dia bkn main susah. Nasib Auntie Salina kasi pinjam jubah Akmal...Thanks Auntie..

Cerita detail nanti aku buat entry special skali dgn gambar2 dari Kak Ila yer...Alhamdulillah..walaupun aku sorang je yg in charge majlis ni..Di sebabkan Daddy terlampau-lampau busy..it turned out good. Takde la perfect sbb byk je benda aku lupa..kan Kak Ila..hahaha..nanti la aku cite lain entry. Tp aku happy sgt2. Sbb ramai kawan2 datang, dari start kul 11am sampai la mlm kul 10.30pm. Bersyukur sgt rezeki Adelia aritu kan...Food pun ngam2 je abis. Tetamu kul 10mlm je aku hidang dgn Mee Rebus Daddy lari beli kejap kat Kajang. haha..Kira ok la takde la food membazir ke apa kan. Cuma aku tak dpt nak bekalkan kat sedara mara laa..

Lain betul if kita organize party utk anak2 ni. Rasa hati berbunga2 jer..Rasa puas semacam. Rasa nak buat lagi..haha..Daddy tak suka bday party. Kalau ikut aku, mmg sah2 la buat utk bdk2 ni. Tapi sbb Daddy tak berkenan, takpela time bday kita buat kecik2 utk family and close friends je. Itupun mesti separate event. huhu..Takpela yer anak2, Mummy janji kalau majlis cukur jambul , mummy akan buat yg sempurna utk anak-anak Mummy. Sbb itu je green light Daddy bagi. hahaha

Eh..Lupa nak letak gambar "panten" ari itu..Semua org gerammmmm dgn dia. Dari pagi sampai mlm tetamu yg dtg tanya aku bagi dia makan apa. hahaha..Mula2 gigih la aku jawab "Dia minum susu Enfa..sbb zu tak cukup susu...dpt masa dalam pantang je..takpela janji dia sihat.." Mau tak sihat??? tgk badan la..haha..skali smpi petang org dok tanya..aku dah malas nak jawb. Aku jawab ni je..

" Memang la badan semangat..hari2 kasi makan McD.."

hahahahaha..Tak larat nak jawab lagi dah weyy...

Ini la pantennya...Amina Adelia Binti Nasruha...pengarang jantung saya..tembam2 saya...dobot-dobot saya...kalau org yg jarang2 jmpa rasa nak gigit..apa lagi mummy dia ni kan..dah sakit gigi geraham sbb dok ketap bibir tgk dia hari2...miahahaha


Iyer..mak dia memang over....lantakkkkkk..

8 comments:

AdanyaKauUntukku said... [Reply to comment]

huhuhu....

tapi rasanya dadddy paling bz jd runner di hari kejadian

asik MIA je..
susah nak carik daddy...

Lagu Hujan Acad best..
sampai terpegun acik2 marhaban..
"cejuknya..cejuknya..."

nak capture video masa dia nyanyi
tapi apakan daya..
HP cokia je di tangan..huhuhu

SyaNa said... [Reply to comment]

alolooo panten paling comel
mulan, sori la xdpt dtg
last minit laki mak ade koje

kalo dekat da ku harung ber2 ngan iman..

ZuNas77 said... [Reply to comment]

kak ila, memang la dia paling bz sbb keje dia yg patut awal2 dah buat asyik la lupa kan..hahaha..eh zu ada vid arsyad nyanyi lagu hujan. masa dia umur setahun lebih la tapi. tgh pelat2 lagi. nnti free zu tempek sini k.

Syana,

takpe wey..paham..dah husband keje, rumah aku plak di hujong dunia..hehe..tkpe nnti2 bebila time lain ada rezeki ketemu jua ok..

Pnut said... [Reply to comment]

Ahaha satu lagi discovery.. Nas sama ngan abg mior.. x suka birthday party.. tu yg sekali tu akak buat kt umah anak2 yatim..

qemaishak said... [Reply to comment]

mana gambar mak panten ni hehe..comelnya adelia mmg geram nak cubit2 je kak..

sejuk hati tgk arsyad pakai camtu kak..

Afne said... [Reply to comment]

sedap je tgk adelia tido dlm pelamin tu hehe. debab tol anak zu ni :)

eiseai said... [Reply to comment]

tu sbb ada org tu tiap2 tahunnnnn buat birthday party hahaha. worth it sangat sebab puas buat semua sendiri and anak2 kita pun suka. jgn ckp anak tu setahun, tak tau tau apa. tapi dgn power just a simple picture, diorng sendiri boleh rasa camne orang semua sayang dia, sanggup datang birthday dia, camne parents dia take the trouble dengan deco, cake, favours, food. dia sendiri boleh faham 'grand'ness later on even though dia tak paham time kita celebrate tapi dia paham later on, insyaallah.

ZuNas77 said... [Reply to comment]

kak naz,
hahaha..riak muka mereka juga sama..sentiasa ganazzz je..kekeke

qema: mak panten memang takde time nak amik gambar..harap gambar dari kak ila je la..hehe

Afne: hehe..a ah satu hari org dok tanya nape dia debab sgt..

Salina : Baru skrg i rasa kepuasan itu..hahaha..tgu je la bila hati nas nak terbukak utk buat bday party bdk2 nih..hehe