Akhirnya ada masa untuk diri sendiri...Bkn la aku nak ckp aku busy gila sbb nak handle dua anak. Alah, dua anak je pun. Org lain handle 4-5 org anak, masak, mengemas, menjahit baju lagi, apa lagi..ok je kan...Tapi ye lah..lain org lain la cabaran and cara dia handle. And aku mengaku bab ni aku akan kelaut sket..haha..Kelam weyyy...Konon nak anak berderet. Baru nak handle 2 org dah sakit pinggang..haha
Lepas genap sebulan pantang aritu aku balik rumah sendiri...Rasa lega sbb ye la sapa tak rindu rumah sendiri kan...Elok je sabtu tu aku balik rumah, Daddy kata dia outstation dari Selasa - Jumaat. Maknanya aku kena berdikari sendiri la dgn anak2 selama 4 hari dia takde. Mula2 rasa cuak gak ye la 1st time kot nak dduk rumah dengan anak2 je 3 mlm kan. Tp aku rasa ok gak utk aku belajar. Sampai bila nak bergantung kat org lain, Kena la belajar gak sbb dah sah2 2 thn ni aku jadi surirumah sepenuh masa kan. Kalau tak reti handle skrg, nanti2 lagi la susah.
Part yg paling mencabar ialah nak handle si Abdullah Arsyad tu. Adelia ok je dia asal perut penuh, pampers kering, dia ok jer. Abdullah Arsyad takde la nakal melampau..cuma dia jenis budak yg tak suka duduk sesaja. Dia tak layan tv, tak layan mainan lama2, tak layan kita ngadap dia. Dia suka melompat, belari, sentiasa "bergerak" tak duduk diam walau 5 minit pun..hahaha
So 1st day tu dia bgn kul 9.30am. Spt biasa nangis la dulu kan tgk Daddy takde. Then dia diam sbb lega tak yah gi school. Hahaha..Aku pun pujuk2 ajak dia turun bawah bfast dulu. Igt nak siapkan bfast sebelum anak2 bgn, mmg haremmm sbb si Arsyad suka tido tapi terjaga2. If dia terjaga takde daddy or mummy dlm bilik, harus lagi 5 jam dia meraung..Baik jgn amik risiko.
Ajak dia turun bawah, adik relek je aku tinggalkan kat atas. Haha..Agak2 dia nangis kuat aku lari la naik kan. Dia dlm baby cot so ok je. Buat Arsyad telur hancur letak dlm roti, air horlicks satu mug. So suap la dia dgn penuh sabar. Dia makan lama tau..Nak borak la..nak ngadu la..nak itu la..ini la..sekeping roti dia habis dlm masa sejam. Mak dia pun dah settle ngap 4 keping roti..haha
Then naik atas, aku mintak dia tgk tv kejap. Sbb aku nak mandikan adik plak. Boleh la dia layan CD Smurfs 15 min maximum!!..Aku pun dah mcm atlit berlari2 dgn tangkas nak siapkan adik dalam masa yg di tetapkan!. haha..Pastu belum aku settle dgn adik, dia dah terjun dalam besen mandi adik dia. OK lantak la janji dia happy kan. Elok je aku letak Adelia, settlekan dia plak. Nak tunggu dia puas berendam dalam besen tu makan setengah jam gak. Nak sabun, gosok gigi, shampoo rambut dia makan lagi setengah jam. Selagi jari tu tak kecut, dia jerit2 takmo keluar.
Tgh pakaikan dia baju, Adelia nangis nak susu. Cepat2 siapkan Arsyad, lari turun bawah buat susu. Tgh kasi susu kat Adelia, Arsyad nangis2 nak main kat luar. Masa ni aku wat derk je la. Dia leh ckp "Mummy ni tak dengar ke?? tu ada telinga.." hahaha..panas je hati. Dia punya jerit jgn ckp la kan..
Then bawak dua2 turun bawah, layan dia main kat luar kejap. Adelia ok je letak dpn tv. Dia tak tido, tp main sorang2. Alhamdulillah..Boleh Arsyad ajak mummy dia main kejar2. Hello, mummy baru lepas 30 hari beranak ni Arsyad. Agak2 la kan..Then dah masuk tgh hari, start la masak. Simple2 je. Nasi lauk Ayam Masak Kicap. Berselera anak aku makan. Tp masak sambil letak Arsyad dlm high chair, dlm dapur. Takpe, janji dia tak kacau adik dia.
Dah makan, dia nak air. Aku pun kasi la satu cawan pastu aku kemas2 dapur. Gi depan balik tgk adik dia dah lencun kena simbah air. Nasib dia tak simbah kat muka!. haihh..tukar baju adik, bawak dua2 naik atas, paksa dia tgk tv. Dia melompat2 takmo tgk tv, lantak ler...Tepat kul 3pm, paksa dia tido. Itupun dgn syarat masuk bilik tidokan dia dulu, letak adik kat luar. Dia takmo aku tidokan dia sambil adik kat sebelah aku. Melampau kan??
Ptg kul 5pm dia bgn, kasi mandi, layan la dia kejap. Sbb dia tak suka tgk tv, buat la apa2 aktiviti dgn dia. Mcm2 la aku kena jadi kuda, jadi lembu, jadi gajah (sbb size kot..haha), sampai la maghrib, Then bawak dua2 turun bawah, kasi dinner. Simple2 je roti kapit telur lagi. .Haha..lepak2 bawah, sampai kul 10pm baru naik atas. Tidokan Arsyad and spt biasa Adelia tgu turn kat luar dulu. Hehe..Dlm kul 11pm baru Adelia baru boleh masuk, kul 12am dia nak susu..lepas tu baru Mummy dapat rehat...haaaa..begitulah hari2..
Ada je hari2 yg aku hilang sabar dgn Arsyad. Mcm2 la dia buat. Conteng sofa, tarik telefon sampai wire putus, tumpahkan air kat dapur sampai aku terpijak and jatuh, punggah tong sampai, masuk bilik air main air dlm toilet bowl..and benda2 tu dia buat mesti time aku tgh bagi Adelia susu. Mcm mana aku nak menyelamatkan keadaan kan...So aku redha je la. Pandang je apa dia nak buat..Nak jerit pun masuk hari ke-2 dah tkde suara dah..kekeke
Arsyad jenis budak yg agak lasak. Aku takmo ckp dia terlampau active or hyperactive sbb doc tak ckp gitu. Doc cuma ckp dia tak reti duduk diam. hahaha..And stage dia skrg mmg stage tak makan saman. Dia nak buat apa dia nak buat je. Ko marah la mcm mana pun. Dia tetapp nak buat. Unless ko betul2 marah, or bagi dia se-dass dua. Ye..aku mmg jenis ringan tangan kat anak. Tp takdela nak pukul beria. Buat dia takut sket sudahlah. Sbb dia memang PERLU rasa apa itu punishment. Kalau tak, mmg main melampau la sbb tak tau boundaries kan. Org rasa aku asyik2 marah and pukul anak. Dah tu kalau setiap 5minit dia buat hal, setiap 5minit la aku marah kan. Ada masa leh control, ada masa mmg ko tau2 dah kasi satu cubitan yg manja kat dia tanpa ko sedar..hahaha
Mula2 aku tension gak. Badan pun tak fully recovered lagi. Nak cangkung time mandikan bdk2, nak turun naik tangga, nak tunduk2 kutip2 benda bersepah kat lantai, ish..sakit badan weyy..tp sbb apa pilihan yg ada pun. Dah ada anak dua takleh nak manja2kan badan sgt. Lagipun aku bkn jenis yg suka baringgg je time berpantang. Semua benda org buatkan. Start dari mula aku mandikan sendiri Adelia, bgn duduk buat susu, bgn mlm, semua lah. Ada je jenis org berpantang jaga diri sendiri, anak sama2 jaga dgn suami or mak. .Ikut la kan. Badan mmg penat..tp puas lah..
Bila tgh malam dah penat gila tu tgk anak kiri kanan, hati rasa bahagia sgt2. Hilang segala rasa tension, penat, pening, stress siang hari tu. Rasa mcm eh, apa pun terjadi aku takmo tukar pengalaman ni dgn benda lain. Tkde benda yg membahagiakan dari apa yg aku ada skrg. Cuma benda2 yg susah sikit tu aku kena slow2 cari solution la. Cth nak handle budak yg tgh naik minyak tu skrg kan. Kena try and error every method yg sesuai dgn dia. Aku pun takmo marah dia hari2, pukul dia slalu. Smlm aku marah masa dia sepahkan semua coins dlm tabung dia, terus dia ckp "Mummy ni asyik marah abang je..sedih la abang.." Tak luluh hati ko kalau anak ckp mcm tu??? haaaa...Tp nak pahamkan dia kenapa mummy marah, bkn keje mudah kan..So kena slow2, kesabaran tahap dewa...
Bagi aku, takde masalah nak duduk rumah 24/7 jaga anak2, mmg itu yg aku nak pun. Tp aku lagi suka Arsyad gi school. Byk benda dia belajar kat sana. Lagipun dia jenis budak yg suka berkawan, suka outdoor, main berlari2 bersuka ria. Seminggu dia dduk rumah dgn aku tak jumpa kawan2, agak meroyan gak la dia...haha..bkn la kita antar dia school, terus rasa kita takmo jaga sbb dia nakal kan. Tp sbb itu yg the best utk dia. Bila balik, dia cerita mcm2 apa dia belajar, dia happy dpt main dgn kawan2, lari2 abiskan energy, ok lah. Balik tinggal rehat2, manja2 dgn mummy je..hehehe
Ikut org gak la. Ada org tak suka anak dia gi school. Mcm aku, rasa best sbb so far Arsyad umur setahun dah pandai kira 1-10, dlm setahun setengah dh petah ckp, dah pandai baca doa makan, umur 2 thn lagi la dah pandai menjawab2 bila kita marah. Hari2 apa yg keluar dari mulut dia tu mmg kasi sakit jantung je. hehehe. Of coz ada pro and cons dia kan. Bagi aku, apa the best utk anak aku, itu dah memadai..
Skrg tgh bz nak plan cukur jambul Adelia. Dah mcm nak kawin kan anak je rasa..keke..Daddy adalah super busy. Yg dia tau date utk majlis ni je. Segala order makan, jemput org, apa2 arrangement, semua aku buat. Smlm dia tnya eh, cukur jambul bila ye? nak je aku jerit. hahaha..harap2 berjalan lancar la. Sorry tak dpt jemput ramai, sbb rumah saya kecik sajer...hehe...insyaAllah nnti aku share gambar kat sini. Sbb photog saya adalah super duper professional!!!..hehehe..Kita tunggu hasilnya nanti..
Eh dah la membebel. Tau la lama tak update. Skali update panjang lebar ngalahkan apa. Jam dah pukul 3pm, Jap lagi Adelia minum susu. Kain dah angkat, Perut dah isi, Hari mcm gelap nak ujan. Apa je activity yg best di buat time2 ni????? hahahaha...saya berundur dulu ye..Yg keje kat office tu jgn jeles okeh!!!
9 comments:
Iman pn jenis arsyad gak..xreti nk dok tgk TV lama2..
kadang tu xtau nk letak dia kt mana kalo aku nk masak kt dapor
sbb suke nau punggah pinggan mangkuk kt dapur tu
aku angkat ke depan, dia dtg balik..
kadang semput kalo nk marah beria..sbb dia xpaham pun..hahaha
aku ade tgk yg nanny 911 tu
anak jenis yg mmg xmakan saman ni, dia kurung atau letak tepi penjuru dinding..pastu setkan time brape lama dia kena dok situ jgn gerak2..ko try la..kot berkesan..
ari tu aku kuat yg kurung dlm bilik tu sbb dia panjat tangga even da marah byk kali..dia menjerit takut..hahaha
so aku rse xsesuai lg kot iman..
tp lepas kuar tu dia xpanjat da..ok la even xsmp seminit..hahaha
tp masuk hari lain dia panjat gak lagi..hahaha
lama tak baca story mory abang n adik nih..
adoilaa arsyad.. gi simbah adik ngan air ler pulak.. saja nak bagi mummy bersenam naik turun tangga byk kali. niat dia baik kot zu, nak bagi u cepat dpt body jessica alba ;-)
Syana,
tu ler..kalau jenis anak2 mcm kita ni mmg susah sket nak buat keje rumah. Bkn takleh nak kasi dia join skali. Tp makin lambat keje nnti.Arsyad dah tak main dah punishment "stay at the corner tu" dia gelakkan aku lagi ada..haha..stage dia skrg main gertak pakai tali pinggang je..kekeke
Nadiahhhhh!!!!..
I Miss YOU!!!!..i tgh jeles dgn u sbb tgk u gi Maldives nih!!!..i baru nak baca entry2 you..jeles membuak2 ni okeh..eh, bukak la FB i ada invite u dlm FB. u dtg tak sabtu ni?
hi zu! dah lama x baca ur blog.. i baru balik2 ke mannheim.. haritu balik KL 4 minggu utk raya.. tp rasa kejap gile bila dah visit sedara mara n mensetelkan makan apa2 yg patut di makan.. anyway, congrats on ur new born! :) hope to see u guys here soon.. bila nk dtg ? anything do let me know okay.. skrg dah masuk autumn tp cuaca time tgh hari panas mcm summer.. tp mlm sejukkk... take care zu and keep in touch! :D
aty pon cam tu bile hubby ckp dia nak keje malam. beberapa hari pd permulaan kelam kabut jugak la. la ni dh ok cume kadang2 je la serabut ckit. sbb abg suka buat menda yg kite x bg dia buat. adik lak ngikut apa je abg dia buat. x ke haru... :)
zu, kdg2 tak sengaja ringan tangan sbb terdorong dgn emosi kalut kelam kabut nk mrh pn ada hehe. afne pn ada buat sekali sekala utk pengajaran bkn niat bg diorg sakit.
seronok baca cerita zu uruskan anak. rasa rindu nk ada baby kecik sbb haziq dh bsr :)
Salam kenal...
Anak saya Si Aiman kalau kita marah2 dia akan cakap
"Mak jangan marah2 tau.." tersentap hati. Sekalipun tengah marahkan abang dia, dia akan cakap macam tu. Terus sejuk hati..
Anak2...
sangat bagos Zu..
majlis berjalan lancar
except for the kelapa...
Post a Comment