Pages

Jun 28, 2011

Mengapakah?????

Aku skrg adalah keliru...(buat2 keliru padahal tau je sbbnya..thehehe..) Sbbnya...aku rasa aku dah abis control makan dah. Kira takde la makan mcm sblm pregnant. Still selera tu membuak2 kan. Tapi takde la makan segila time aku pregnant Arsyad dulu...Tetapi berat tatappp naik menggila..last check up doc ckp dah cecah 85kg terus aku rasa mcm tesentak sket...then kelmarin aku timbang dah cecah 87kg lagi aku tersentak sbb itu adalah berat masa aku deliver Arsyad dulu...uwaaa..tp skrg baru 29 weeks...ada lagik 11 minggu adakah aku akan naik lagi 7-8kg??? Dan seterusnya berat aku akan menjejaki nombor 9 di hadapan???? uwaaa...tak terbayang tumbesaran aku if betul2 berat 90 lebih ke atas...

Tp aku pikir2 balik, baik aku focus kepada total kenaikan..jgn pikir berat..sbb itu semua hanyalah nombor semata..(ayat nak sedapkan hati). Ye la if pikir logik kan..Dulu starting weight sebelum pregnant 59-60kg. Then naik 27kg cecah la dlm 87kg kan..Sbb TOTAL kenaikkan adalah 27KG..

Tp pregnant kali ke dua ni sbb starting weight adalah 69kg. hahahaha...Itu adalah salah diri sendiri sbb lagi 9kg tu mmg tak terbuang dari badan ni. Dok la carry foward 9kg from past pregnancy...So bila aku skrg adalah 87kg, TOTAL kenaikkan berat aku hanyalah 18kg pada 29 minggu kehamilan...(jap nak sedapkan hati lagi sbb still nampak mcm besar je nombor2 aku type nih..miahahaha..)

Kalau azam asal aku takmo naik lebih dari dulu. Kiranya takmo naik lebih dari 27kg,  aku ada lagi dlm 9kg je utk naik dlm masa 2 bln nih. So dlm sebulan aku hanya boleh naik dlm 4kg jerrr...lebih dari itu, sila menangis sorang2..

Sbb tu org ckp, if nak pregnant balik, pastikan berat kembali ke berat asal. Kalau ko bawak excess baggage mcm aku nih, kira bertambah2 la nampak besornya...padahal naik tak seteruk dulu. Makan dah gila control. Dinner amik before 8pm, if amik pun jarangggg sgt yg berat2. slalu roti2 or apa2 yg ringan2. Nasi makan sehari sekali jer. Dulu balun siap berpinggan2. Cokelat, aiskrim, segala2 neka jajan jaranggg sgt sentuh. Dulu hari2 mesti ngapp...So dgn dah abis daya control gini pun berat still naik, kira itu dah bakat semulajadi lahh..hahaha

Tp aku lega gak. So far time last check up at 24 weeks berat baby dah cecah 800grams. So dah 29th weeks ni aku budget2 dia dah 1kg plus. Janji dia dlm ni pun membesar jugak kan. Jgn mak dia je besar lebih..Jumaat ni nak check up buat kali terakhir kat Mesia. Lepas tu doc akan bagi pregnancy record aku utk aku bawak gi sana. Harap2 semuanya di permudahkan. Dah takde masa nak pikir mcm2 kemungkinan, hadap je la apa yg ada kan..

Cuma yg menjadi masalah skrg, baju seluar semua agak tidak muat. haha..Dah try pakai baju2 pregnant time arsyad dulu tp mmg ketat mcm sarung nangka. Aku tak suka membazir, ada lagi 2 bln mengedik nak beli baju lagik kan. Tp apakan daya, dah hari2 dok la ngadap almari tapi tak tau apa baju boleh pakai. So smlm terpaksa cari dlm 2-3 helai boleh la sbb lagi 2 minggu je kena dtg office. Lepas tu dok umah suka ati aku la nak pakai apa kan..miahahaha..

Kasut pun adalah masalah sejak azali. Sbb memang size kaki aku besar. Time tak pregnant pakai size 8-9. Bila skrg kaki dah mengembang, harus la cari kasut lain. Tp mana ada lagi dah besar dari 9. Smlm pusing punya pusing Isetan KLCC tuh, skali jmpa ada satu brand baru khas utk org kaki2 gajah mcm aku. Size starting dia je size 8. Paling besar size 16. Haa..amik ko..Terus aku tersenyum2. Bila aku mintak size 8, kira size aku paling kecik di situ..hahaha..Sapa2 yg senasib dgn aku, try la gi Isetan cari brand nama Shuez. Harga ok la utk sandle aku beli RM90 for 2 pasang. Ini offer. Utk Kasut keje RM120 tp selesa sgt2...aku beli size besar sket sbb tau kaki nak mengembang lagik kan...skrg pakai longgar2 so letak shoe grip kat belakang..


:: Simple jer..tp ok la bawak gi office..::

:: Paling suka dia wedges..tp rendah sgt..so takde la sakit belakang..::

Skrg weekend adalah limited. This weekend ada wedding cousin Daddy. Next weekend Daddy Arsyad nak pergi percutian bujang2 plak. Kasi can la member nak farewell best2 dgn kwn2 kan..hehe..Then following week baru leh bernafas sket. Itupun dah start nak shopping barang baby, and baru nak start tgk apa barang nak packing. hahaha..Dgn nak buat kenduri arwah la, dgn nak settle hal rumah Amansiara la, ish, mmg serabuttt...

Pasal barang baby, aku mcm tak berani nak beli lagi sampai betul2 confirm gender jumaat ni. Sbb tiba2 aku rasa instict mcm baby boy plak. Hahaha...sbb org ckp if scan girl, boleh tukar boy kan? then ada 2-3 mlm tu aku mimpi Arsyad main2 dgn adik boy dia. So aku rasa nanti la tgu betul2 100% confirmation dari doc, then baru lega if nak beli pinky2, riben2, semua..

Esok nak cuti, aku ingat nak buat clearance barang2 tak pakai. Byk giler. So if ada yg aku rasa elok sifat utk aku jual, nanti aku tempek sini yer. Mostly barang2 baby sbb Arsyad dulu barang2 dia beli je lebih, pakainya tidak. So memang mcm stroller, jarang2 sgt pakai. condition elok sgt. Mcm playpen, lagi haram dia tak pernah masuk dlm tu. Ada la lagi nanti aku check and post kat sini if ada sapa2 berminat...

Skrg ni tgh menahan sakit bengkak kaki. Kaki adalah besar bagai big foot. Ankle dah lama tidak kelihatan. Org ckp leh urut light2 nak legakan bisa2. Memang rasa bisa if jalan mcm mencucuk2. Water retention kan. And paling sakit adalah di "bawah" sana. Pelvic Pain. Ni info from baby center.

What are the symptoms?
Pain in the pubic area and groin are the most common symptoms. But you may also have the following signs:
•Back pain, pelvic girdle pain or hip pain.
•A grinding or clicking sensation in your pubic area.
•Pain down the inside of your thighs or between your legs. It can be made worse by parting your legs, walking, going up or down stairs or moving around in bed
Worse pain at night. It can stop you sleeping well and getting up to go to the toilet in the middle of the night can be especially painful.

Yes, yg paling menyakitkan skrg bila nak jalan, naik tangga, dan paling hazab adalah benda paling simple iaitu tukar posisi tido!!..Aku rasa dah mcm org baru lepas beranak. Nak tukar ke kiri, ke kanan tu memakan masa amat lama sbb amatlah sakit skali...Rasa mcm di cucuk2 dan ish..serious tak tau nak explain sakit tu cemana. Lagi2 kalau nak bangun gi toilet..setiap kali kena gi toilet tu rasa nak nangis jer. Tp kena gi gak sah2 hujung2 ni baby dah ke bawah asyik menekan je. Ikut hati nak je aku pakai pampers Arsyad. hahaha..

Bila tanya doc, dia ckp normal sbb baby dah besar, and mcm dah turun tp belum engaged. Tp pelik time Arsyad dulu tak sakit mcm ni. Maybe lain pregnancy, lain la sakit dia kan. Pregnant adik Arsyad kali ni mmg byk sgt dugaan, mcm2 benda baru aku tempuh. Tp Alhamdulillah, so far baby sihat, dan aku pun sihat. Harap di permudahkan sampai dia selamat keluar. Memang lain pregnancy, lain peelnya...Kena kuat la kan. Nak lembik2 mengenang nasib bkn menyelesai masalah pun..

Hopefully sakit ni akan berkurangan and tak serious sgt. Mcm kwn aku lin, Mummy Rayyan tu, dia pun sakit gini gak. Tp doc sampai suruh gi buat physio. Nak kuatkan balik otot2 pelvic and kasi kurang sakit. Sbb dia maybe badan kecik, tp perut boleh tahan besar. And keje dia sangat la banyak. Yg memerlukan dia bergerak pantas ke mana2. Bila tgh buat keje tak sedar, tapi bila datang sakit, haa..baru tau kan. Doc sampai kasi dia mc 2 minggu suruh rehat. Harap ko cepat sihat yer Lin...

Ok la terpanjang plak entry nih. Nak buat entry Singapore plak lepas ni sbb ada banyakkkk gambar puteri2 Kak Selly. hehe..Aku ada la sekeping dua je gambar sbb tgk kebesaran mcm tak sanggup nak posing byk2. muahahaha...



Jun 21, 2011

GLC Open Day 2011 - Mari lah Beramai-ramai yer...

Di sini aku nak amik kesempatan utk menyeru org-org kampung yg terbaca blog aku nih..(mcm la ramai sgt yg baca kan..haha), utk meluangkan masa pergi GLC Open Day 2011 pada 25-27 June 2011 di KL Convention Center.

Memang rugi ok sapa yg tak berminat nak pergi. Klau korang leh berasak2 gi Konsert Sure Heboh, gi PC Fair, gi Matta fair, gi segala neka tmpt2 gitu kan, moh ler kita ke event nih...Kalau korang tak sure apa yg besttt sgt...meh aku list kan kenapa korang2 patut datang..

  •  Sapa tak tau apa itu GLC..hmm...tak tau la kau nak ckp apa kan..haha..ok la basically GLC adalah "Government Linked Companies", kira company2 yg di monitor under govt lahh...so korang tgk la sendiri list GLC's company apa yg bernaung kt situ..besar2 okeh..
  • Korang leh cari peluang pekerjaan pada sapa2 yg berminat nak join company2 GLC's nih. Gi je kat booth2 mereka, semua info kat situ..jgn terus expect nak dtg interview plak. If korang dtg siap nak bawak sijil2 bagai, aku pun rasa nak penampor..hahaha
  • Utk student2, nak tanya pasal scholarship pun boley...bkn senang ok nak dpt open counter gitu. Kalau tak masa GLC Open Day nih..mana korang nak dpt info gitu2 je kan? nak call tak tau call sapa..nak gi office tak tau jmpa sapa kan...so inilah masanya yer adik2..
  • Pada sapa yg tak tau betul2 apa peranan satu2 GLC's tu, harus la dtg. Mcm EPF, PNB, korang tau je nama tapi tak tau exactly apa roles diaorg kan. And also hak2 korang sebagai pencarum EPF ke, sebagai pelabur ASB ker, leh la dtg menambahkan ilmu gak
  • Ada byk contests dan hadiah2 yg power2. So kalau rasa2 diri tu selalu bertuah dpt hadiah ke mana je korang gi, harus la 3 hari korang berkampung kat KL Convex tuh..mana tau dapat bawak balik kete...untung wooo..
  • Dah tak tau apa nak tulis..hahaha
So secara amnya, aku rasa ni peluang la utk mcm2 tujuan. PC fair, MATTA fair segala tu tiap2 thn ada. And lebih kurang sama je offer dia kan. TP GLC Open Day baru nak buat nih, and aku tak tau if diaorg nak jadikan yearly event ke tak. Sbb bkn senang ok nak buat event nih. Kesian aku tgk kawan2 kat office nih tak tido, weekend dtg keje, meeting sampai 5 pagi, makan sipi2, dah mcm zombie pun ada..hahaha..So marilah kita beramai2 rebut peluang supaya semua pihak pun rasa penat lelah secretariat GLC Open Day nih. Nasib aku dah tukar dept, kalau tak aku pun salah sorang zombie itu..hahaha..


Nak lebih info, gi sini  yer http://www.glcopenday.com.my/. Or search kat FB utk like page GLC Open Day. Kat sana ada gambar boss2 besar aku tgh bertungkus lumus buat benda nih..kekeke

p/s. Puan Salina, selamat ber GLC time i gi Spore ok..hahaha...Cik Nadiah, masihkah kau dapat rasakan kegilaan buat event2 gini??? Mereka2 di TMO kata event nih 100x lagi tension dari event2 dulu..mari kita gelak beramai2..hahahaha

Jun 16, 2011

Selamat Hari Daddy....

Eh, sebenarnya bila Father's Day nih..ada org ckp 3rd Sunday in June. Ada org ckp 2nd Sunday..confuse jap..tp ramai org ckp this weekend pnya Sunday ler...

Dulu memang tak heran pun Father's day ke..Mother's day ke..Sbb hari2 leh tunjukkan kasih syg itu kan..tp skrg bila diri sendiri memegang title itu, terus jadi gediks semacam..hahaha..Padahal apalah yg Abdullah Arsyad yg umur 2thn 4 bln tu tau pasal benda2 ni kan..Lagipun Daddy Arsyad tu mmg tak suka celeb benda2 gini. Bday aku pun hampir setiap thn dia lupa..apa lagi special2 occasion gini..jgn harap dia nak ingat...

Nasib sbb aku dah mmg sejak azali kenal peel Daddy nih. Sedar tak sedar thn ni nak masuk 7thn kenal dia. hahahaha..Terasa bangga di situ...keke..Alhamdulillah, walaupun tak 100% tau perangai luar dlm, tp at least dpt mengekalkan kerukunan rumah tangga..itu yg lebih baik kan..Sbb bagi aku, tak perlu la laki romantik mcm Seth Tan tu..sbb aku tak secantik Nora Elena pun..hahaha..Wey giler betul org yg ikut cite tu kan. Aku tak dpt nak ikut sbb hari2 smpi umah kul 8pm. Kadang2 je baca review and jenguk2 kat tonton. Tp serious susah or boleh di katakan mustahil nak dpt laki mcm Seth tu kan...

Eh, lari tajuk plak..aku sebenarnya nak buat special entry utk Daddy..Walaupun dia CONFIRM tak ingat pasal Father's Day. (Sbb masa Mothers day aritu pun dia wat derk je..), aku tetap nak buat entry special utk Arsyad and adik2 dia baca nanti..Sebenarnya on the way gi office pagi ni sebak dgr topic pagi HotFm pasal Ayah/Abah/Daddy..Sebak sbb teringatkan seseorang...

Abah dah tinggalkan kami genap 11 tahun Dec nih. Kejap je masa berlalu. Tp ingatan aku tak pernah lupus walau sikit pun. Bila dgr topic pagi ni terus aku buat2 tido sbb takmo dgr. Takmo sedih2, Takmo emo2 gi keje. Memang tak salah kalau kita nak ingat kenangan2 lama dgn arwah tp lagi elok kalau kita sentiasa doakan dia dari nak emo2 gitu kan..So aku terus kuatkan hati aku utk tidak bersedih di pagi Jumaat nih. Sbb if ingat2 balik mau aku patah balik rumah nangis sorang2 kang..Aku adalah antara anak yg PALING rapat dgn Arwah. Memang anak kesayangan Abah. Bayangkan dah umur 13thn pun Abah aku still dukung aku letak dlm bilik if aku tertido dpn tv kat hall..hahaha..giler buruk perangai..

Ok, cite abah lain entry la kot. Kali ni nak focus kepada Daddy kesayangan aku dan Arsyad...

:: 1st Raya sebagai suami isteri..dia tak reti nak amik gambar pelok-pelok2..hahaha::


Yes, spt ramai yg kenal, Daddy adalah seorang yg sgt2 serious. Muka susah nak senyum, susah nak buat dia gelak, sangat tegas, sangat garang, prinsip dlm hidup dia strict sgt. If apa dia tak suka, smpi bila2 dia tak suka. Hati kering, tak reti nak romantik2, tak reti nak kasi kata2 manis, tak reti nak pujuk2, kira sgt bertengangan la dgn watak Seth tu..hahaha

Tp aku rasa, dlm pada semua sifat2 kat atas tu, ada byk sifat2 "dalaman" yg org luar tak dpt rasa..tak dpt appreciate unless ko hidup dlm life dia..unless ko jadi org penting dlm life dia...yg aku rasa criteria2 mcm ni susah betul nak cari kat lelaki zaman skrg..bagi aku la kan..bkn la nak up laki sndiri, tp itulah kenyataannya..hahaha


:: Hari keramat bila sah sebagai suami isteri..::

Dia adalah seorang yg SANGAT-SANGAT bertanggungjawab. Kalau boleh bab family, bab kerja, semua dia nak take charge. Semua dia nak bagi perfect. Supaya semua org happy. Memang la kena ikut kemampuan dia gak, tp dia akan try utk bagi all out..tak payah la aku explain panjang lebar. Bila aku tgk dia memang seorang anak dan abg yg baik dlm family dia, terus aku rasa dia pun akan jadi suami dan ayah yg baik utk anak2 aku...Arwah mak dulu pernah pesan kat aku. Nak cari suami, tgk cara dia layan mak dan kakak/adik perempuan dia. Mcm itu jugalah dia akan layan wife dia...hehehe..

Paling ketara yg ada kat dia, dia tak kedekut..rezeki dia dpt, dia share dgn semua org. Ktorg hidup tak la bermewah, tak la boleh spend je apa nak..tp kira agak selesa, Alhamdulillah..dia suka happykan family dia. Dia shopping baju setahun skali pun tkpe. Janji anak dia 2-3 bln skali ada baju baru. Sehelai pun ckup.


:: 1st Raya dgn Arsyad..suka mereka pakai sedondon..Raya next year mummy nak pakai baju kurun sedondon dgn gegirl plak..hehe::

Then, Daddy sgt rajin jaga Arsyad. Sejak Arsyad kecik. Maybe sbb dia dah biasa dgn budak kecik sbb MIL aku dulu slalu jaga bdk2 jadi babysitter. So dia tak kekok. Setengah laki kan kalau kat rumah lagi rela tgk tv, baca paper, lepak mamak dari nak tolong jaga anak kan. Alhamdulillah Daddy tak mcm tu. Dia ada gak time dia nak enjoy bila dia gi golf, lepak minum dgn kwn2 balik keje. Tp bila kat rumah, 100% masa dia mmg kat Arsyad. Sabar betul dia melayan bdk kecik tu. Aku sndiri rasa tak mampu nak layan gitu. Dia ckp sbb balik rumah itu je keje dia. Keje nak mengemas, basuh baju, segala2 aku la kena buat kan. So dia tolong bab menjadi kawan arsyad 24 jam la..hehe

Alhamdulillah, memang boleh di harap la sebagai Daddy yg berjaya..hehe..Setengah org if nak tinggal anak kat laki mcm ragu2 leh ke laki aku jaga kan..Bagi aku, mmg sejak Arsyad baby aku leh harapkan Daddy. Dia tak kekok nak mandikan, basuh doo-doo, kasi tido, kasi mkn, bwk jalan, dia ok jer. Tp lom pernah la aku tinggal kan diaorg berdua lama2. Pernah skali je masa arwah mak meninggal, aku kena berada di sisi jenazah satu mlm, Daddy tido berdua je kat rumah dgn Arsyad. Esok pagi Daddy uruskan Arsyad hantar nursery, then dtg ke funeral. So aku takde la nak pening byk benda. Aku tau if jadi benda mcm tu, Daddy leh di harap utk uruskan anak kan..

Aku tau ramai je ayah2 kat luar sana mcm tu. Mcm adik beradik laki aku, mmg semua nya tak kekok uruskan anak sendiri. Bersyukur sgt2. Setengah laki sgt EGO, konon itu keje pompuan..bkn keje laki. Abis tu bini still kena kerja, itu kerja bini kah???? kannn....

Daddy keras di luar, tp sgt2 lembut dan fragile di dalam. Dia mudah sedih sebenarnya, tp dia slalu leh control la perasaan dia. Sbb dia ketua keluarga, dia leader, so dia kena kuat. So far apa je ujian yg ktorg tempuh sepanjang 3 thn bercinta, 4 thn kawin, alhamdulillah berjaya di harungi dgn tenang. Sometimes suka gak ikut perasaan, tp sbb aku jenis hati kering, aku wat derk je. Bila dah reda baru discuss balik. Baru leh guna akal yg rasional di situ..hehehe

Daddy jenis panas baran. Cepat marah. Tp dia marah benda yg betul la selalunya. Tp benda tu kadang2 kecikkk sgt utk dia marah. Dh itu style dia. Sbb dia agak perfectionist pnya style. Tp sbb byk kali aku ckp dgn dia, jgn rasa org pun sama cara mcm kita. Kena balance kan gak, kalau semua manusia sama, takde masalah la dlm dunia ni kan??. Daddy suka bwk kete laju2, selalu kena marah dgn Arsyad. Dulu aku selalu bebel, dia wat derk je. Tp skrg if anak dia marah, terus slow down kete..hehehe


:: Sebak plak tgk pic nih..::

Ish, tiba2 jadi panjang entry nih. tkpe, sbb aku rasa nak tulis entry smpi 10 version pun tak cukup if aku nk cite pasal Daddy. Cukuplah utk aku ckp, aku sgt2 bersyukur dpt suami mcm dia. We are not perfect, but we compliment each other. Itu sudah memadai aku rasa. Dia tak suka manjakan aku sbb nak aku jadi kuat, jadi independent, sbb kerja dia memerlukan wife dia bergerak sendiri, kena berdikari. Dulu2 tension gak, giler ko tak sedih nak beranak anak sulung drive kete sndiri gi hospital???... lama2 baru aku tau sbbnya. Janji dia stay mcm ni sampai bila2, aku bersyukur sgt2. Ye la mana kita tau masa dan keadaan akan merubah org kan. Yg penting, bila dia rasa wife and anak2 adalah benda terpenting dlm hidup dia, so apa je ujian insyaAllah dia leh tempuh dgn mudah....Dari dulu smpi skrg aku percaya, the real FATHER FIGURE adalah org yg mementingkan family...bkn benda lain dlm hidup dia..

To Daddy, Happy Father's Day from Mummy and Arsyad. InsyaAllah thn ni bertambah zuriat kita, bertambah tanggungjawab Daddy..Tp mummy yakin Daddy boleh jadi ketua keluarga yg terbaik buat kami....Thanks for everything..semoga keluarga kita sentiasa di lindungi Allah s.w.t. We love u Daddy!!!..

p/s. Hadiah takde yer sbb kita tak main la bagi2 hadiah ni kan..Nanti mummy belanja makan bila dpt gaji..hahaha..muah!

Jun 14, 2011

Kemana nak bawak budak nih....

Daddy Arsyad ada satu perangai pelik tau...Dulu dia paling tak suka berjalan. Sbb keje dia dah mmg mengwajibkan dia selalu travel dan berjalan. So bagi dia nak berjalan2 tu dah tak jadi best.Sampai ktorg lepas kawin pun takde g honeymoon ke mana2..Amik cuti seminggu siapkan rumah jer..hahaha

Tp sejak dah ada anak..dia jadi seronok berjalan bwk anak. Ye la mesti la lain feeling dia kan. 1st trip we all gi Langkawi masa Arsyad 6 bulan. Kira trial trip lah. Sbb bila berjalan bwk anak nih, bkn budak tu je nak belajar, kita as parents ni pun kena belajar byk benda. So if start awal, jadi senang sket kan. Then lepas tu mula ada je plan nak gi jalan bawak budak tu. Nak2 dia pun mmg suka berjalan2. Janji dpt naik kapal terbang, and duduk hotel. Dia tak kisah gi la mana pun..hahaha..

2009, mmg gi Langkawi tu je lah sbb trial kan. Then 2010 byk sket. Dpt gi Penang, Singapore, India and Bali. Sbb Arsyad pun makin paham, makin appreciate bila dia gi mana2. Aku plak jenis terus print gambar2 vacation so bila free2 dia selak2 la album2 tu and ingat2 balik. Pastu tersenyum sorang2, pastu meroyan kat Daddy suruh bwk gi jalan lagik..hahaha

Thn ni, di sebabkan Mummy dari awal tahun dah di sahkan "handicap", dpt cover Langkawi awal thn, itupun sbb ada Family Day, and haritu gi Bandung. Kira ok la kan sbb Bandung mmg awal2 dah plan. Janji bdk tu enjoy, and dia ingat.

Last week tiba2 Daddy ckp "ish, lama tak gi jalan2. u plan gi mana2 kita bwak budak ni jalan. dpt short trip pun jadilah" Wahhh..senang je order. Aku paling tension kalau plan last min nih. Sbb ticket flight tak dpt yg murah, and kita pun tak cukup survey tmpt nak pergi tu. Kita bkn la org kaya nak main redah je and explore everything. At least dpt la tau tmpt tu and cover semua area2 wajib kat situ kan. Baru berbaloi...

Aku recce pnya recce, mula2 ingat nak gi Bangkok jer. Tp check2 balik 1st week of July diaorg ada election plak. Kang ada plak geng baju merah buat piket susah kan. Then nak gi HK Disneyland, dah dpt package yg agak berbaloi gak la. Tp pikir pnya pikir, larat ke aku nih? Nak jalan satu shopping complex pun dah sakit2 kaki, inikan plak nak gi Disneyland? mau aku tido je dlm hotel biar dua beranak tu gi bersuka ria..tak aci..tak aci..haha

Then tgk Aussie, skrg kat sana tgh winter. Satu hal nak siapkan winter clothing bagai. Dulu gi India mmg tgh musim sejuk tp takde la teruk sgt sejuknya. Baju2 Arsyad masa tu pun dah tak muat dah. Pening giler nak cari tmpt yg sesuai utk bdk ni. If ikut aku, gi PD pun dah best dahh..Janji dpt rehat2, aku pun relax, kepala pun tak pening..hahaha

Setelah berhari2 pikir, list down kan apa bdk ni suka...so rasanya nak ke Spore balik. Kat sana ada zoo, ada safari, ada underwaterworld, kira ok lah happy gak dia nih. Dia tak kisah gi mana janji ada zoo. Last weekend bwk gi zoo negara tp dia tak puas. Itu nanti aku cite dlm next entry..

Settle bab tempat, nak book flight time last min ni mmg satu ujian betul. Air Asia dpt la RM400 per person. Then aku saja tgk MAS, skali ada promo RM16 jer sorang. Di ulang...Enam Belas Ringgit okey!!!..aku pun menggelupur nak book, skali sampai payment page jadi RM1260 total. Aku pelik la. Then tgk2 tax je diaorg charge RM383 sorang. Logic tak????? tax lagi berganda2 mahal dari harga ticket. Terus aku rasa nak hempas je pc nih..hahaha

Tp sabar...nak bwk anak jalan pnya pasal kan...aku tnya kwn2, diaorg kata cuba try Tiger Airlines. Dia budget Airlines under Spore ala2 air asia gak lah. Tak kisah la janji murah. Then aku check fare, wahh..mmg murah. Utk ktorg 3 org baru RM400 return ticket!!!..suka sangat...so settled bab ticket, skrg nak peningkan kepala bab hotel plak.Mintak2 ada hotel buat keje gila nak kasi charges murah hujung minggu time2 sale kat Spore nih..hahahaha

Nasib keje aku dah biasa dok arrange travel apa suma. So rasa tension mmg ada tapi tak kisah janji Daddy belanja suma..hahaha..ok lah Arsyad, kita ke Singapore saja la yer sbb kesuntukan masa dan tmpt terhad. Bila abang dah besar sikit baru boleh explore jauh2 sket ok...Hopefully Arsyad happy!!!.

Jun 9, 2011

Arsyad dan Nebulizer...

Skrg Arsyad tak sihat sgt..Batuk mengalahkan pakcik2 dan org tua...Pastu part paling tension bila batuk2 tgh mlm and muntah..Haihhh..nak tukar bedsheet tgh2 syok tido adalah ujian yg kuat utk aku ok..

Sejak dari baby lagi memang Arsyad ada phlegm problem. Doc kata maybe sbb masa tu aku bagi dia Enfa AR and susu tu agak thick so bila dah minum, jadi phlegm dlm badan dia. Aku agak sedih la sbb masa tu takde rezeki nak BF Arsyad. Kalau tak, insyaAllah dia takde prob tu kan..Tp dah bahagian ktorg nak  berdepan dgn benda2 ni, terima je lah. The best part bila ko leh belajar and tau byk info pasal wheezing, nebulizer, phelgm, etc. Bila ko byk discuss dgn doc pasal benda2 ni. So knowledge tu takde la sia2. Maybe leh share dgn kwn2 yg ada masalah serupa or tau if jadi kat anak2 yg lain nanti kan..

Doc kata kena tgu masa...maybe bila dia dah 4-5 thn baru benda ni kurang. For now dgn environment pun satu. Duduk nursery kan..org ni baik batuk, org ni plak kena..Org tu baik selesema, org ni plak kena...So memang dalam 2 bln mesti dia akan kena selesema skali. Batuk slalu dlm 3-4 bln skali. Tp batuk if skali kena, lambat betul nak baik....Amik masa...2-3 kali topup ubat baru baik..

Bila jadi mcm ni, kena jaga bab makan and hygine lah. Sbb bab environment we can't control much kan. Arsyad memang tau if dia minum ais, dia batuk. So jarang2 la dia minum. If minum pun bila teringin sgt2...Slalu dia mmg suka minum air masak jer. Aiskrim pun dia jarangggg sgt mkn. Sbb dia igt bila doc ckp arsyad nanti batuk kalau minum ais dgn aiskrim. So if org offer2 dia makan 2 benda tu, dia akan jawab "Tak boleh..Arsyad batuk.." hehehe..Kadang2 dia balun gak laa...Pstu amik la obat batuk tak henti2 seminggu dua..

Kesian tau tgk bdk2 batuk nih. Kita org tua pun bila batuk annoying gila rasa. Dia skrg mlm2 if tido dlm kul 9.30pm, kang kul 12.00am mula start batuk berterusan. Sbb time tu lah bacteria dlm tekak tu tgh active kan. Nak2 if kita tido dlm posisi baring. Kadang2 dia batuk2, dia bgn dia dduk..sambil urut2 dada sendiri..Pastu dia ckp "Haihh..penat Arsyad". Sedih betul tgk..Tp mak dia tetap sedih sambil mata separuh bukak..hehehe..

Tp skrg dia dah ok sket..If batuk dia tau bila nak muntah. Usually we all akan sediakan towel sebelah dia. If batuk je cepat2 tadah dgn towel takut dia termuntah kena bedsheet semua kan. Muntah atas towel senang je basuh je towel  tu. Dia plak bila dah biasa gitu dia sendiri akan control muntah dia and try tgu sampai ktorg amik towel pastu baru muntah atas towel..hehehe..bgus Arsyad..senang keje mummy..

:: Ni masa 1st time kena..Mula2 diam terkejut..lepas tu dok la meraung everytime kena amik neb. Masa ni quite serious. Kena warded for one week, amik neb every 5 hours..penat betul time nih..::


:: Lepas neb utk cairkan kahak, kena physio plak. Nurse akan tepuk2 kasi kahak2 semua turun utk senang dia nak sedut kasi keluar...Time ni agak terkejut baby sekecik ni kena tepuk2 kuat2 gitu..lama2 dah biasa dah..Ikut org yg tak biasa ada gak diaorg penampar nurse tu nanti..hahaha..Arsyad mcm biasa juara meraung paling berjaya time tu..::

:: Next step bila kahak dah cair, dah berkumpul kat tmpt sepatutnya, sedut kasi keluar plak. Masa ni pun agak takut sbb dari hidung, mulut, sampai ke dalam2 sampai ada darah2 keluar. 1st time aku tgk nangis2 aku. Sbb ye la 1st time, and mcm ngeri betul. Tp sbb apa pun itu yg terbaik, kena la tahan. Bila tgk lepas diaorg sedut tu berlambak betul kahak keluar, and dada arsyad mcm ringan sket, dia bernafas pun mcm ok, baru aku lega. Lepas tu hari2 gi antar buat physio mummy leh tgu sambil baca mag..hahaha::


:: Ni masa dia dah 6 months. Gi clinic biasa je tp doc ni bagus dia mmg pakar kanak2 kat Balakong. Dia siap boleh pinjamkan kita neb machine utk buat kat rumah. So tak payah susah2 nak warded kat spital or gi spital selalu..buat kat rumah jer..time ni Arsyad ok sket tp still meraung selepas 2-3 min...::

:: Gambar latest 2 hari lepas...Bygkan setelah setahun tak kena neb, tiba2 doc ckp ooo..mcm byk phlegm kat dada, so gi neb kejap..Nasib baik dia agak cool dah skrg..siap sound "mummy, arsyad amik gas..jgn cakap. doctor marah" hehehe...

So far memang mencabar gak bila anak sakit2 begini. Berulang alik ke clinic and hospital tu memang agak memenatkan. Tp mmg tak sanggup nak tgk dia dok batuk, termengah2, nafas berbunyik2 kuat hari2..dah la mamat ni jenis batuk2 pun tetap berlari satu rumah, pastu penat..termengah2...haihhh....

Alhamdulillah lepas neb tu dah makin ok. Mlm tadi tak muntah langsung, batuk2 je sikit2...Esok dia suruh jgak bawak nak gi zoo. Aku agak reluctant sbb kat sana kan dgn ramai org, dgn bau2 habuk2 kang batuk tak baik2. Tp dia dah merayu2 berbulan2. Kesian la plak. Kebetulan Daddy takde golf esok, ahad je daddy main golf..maybe bawak la kejap kot. Sejam dua pun dia dah happy dah. Skrg tgh gila baca buku binatang2 tiap2 mlm..Suka sgt sampai nampak mcm tgh buat revision nak periksa plak. hahaha...Arsyad..Arsyad..

Cepat baik yer Abang...baru mummy lega sikit...kalau tak sian mummy tgk Abang batuk sakit2 dada...i luv u so much!!!..

Jun 6, 2011

Terlampau Rindu...

Semenjak akhir2 ni..selalu abiskan masa dgn Abdullah Arsyad. (nak biasakan diri konon..kekeke), Every weekend mmg Daddy gi golf, so buat semua benda dgn dia...tapi baru every weekend mcm ni, dah rasa hari2 berat je nak gi office...Sampai je office mesti teringat dia...Pastu rindu2...hari ni paling teruk tiba2 rasa sebak sampai mengalir gak la air mata nih..tak tau la hormon ke, apa ke..selalu aku kental..if aku rindu, terus aku bz kan diri dgn keje..tp arini rasa mcm ish...nak terbang gi Kajang rindu Arsyad...

Ni vid time lepak2 kat rumah dgn dia...rasa nak gigit2 kan bdk sorang nih..Arsyad, mummy rindu sgt dgn abang...nanti mummy balik yer sayang...Mummy tak dpt bayangkan sehari tanpa Arsyad. Arsyad pengubat duka..penghibur Mummy...Aku tau semua mummy2 kat luar sana pun rasa benda yg sama..cuma aku terlebih emo harini..tak tau ngapa..hehe

video

Jun 5, 2011

Buying house - full of headache!!!!

Tekanan betul di hari isnin yg indah dan murni ini....haihhh..

Ok aku tak tau la bagi korang2 yg dah experience beli rumah kan..Mcm aku baru nak menjinakkan diri dalam permasalahan ini. Sbb rumah aku dduk skrg mmg Daddy Arsyad dah beli sebelum ktorg kawin lagi. Dia ckp nak pinang anak dara org kena ada rumah, sediakan tempat tinggal. hahaha..So aku simpan duit utk beli barang2 masuk rumah je. Itu pun sakit kepala dgn duit nak kawin, dgn duit nak beli barang masuk rumah (pakcik tu demanding lebih..dia nak rumah complete giler utk dia dia masuk..last2 ktorg cat bilik2 dlm rumah tu sendiri sbb dah takde budget nak upah org..wakakakaka..)..so pening2 kepala bab2 beli rumah aku tak experience langsung masa tu.

Then sbb aku dah keje pun nak masuk 8thn. Rasa mcm rugi plak takde harta sendiri kan. Dari duit abis gitu jer, baik la kita invest kat mana2. Niat nak beli masa arwah mak ada lagik. Nekad nak mak merasa dduk rumah atas tanah. Tp maybe masa tu rezeki lom sampai. Dok cari2 rumah tapi tak jmpa yg dlm budget aku nak. Tau2 la harga rumah skrg..GILA. Kang ajak mak aku duduk Kuala Kangsar, dpt gak Semi-D sebijik harga 200k. hehehe

Then this year baru bernekad betul2 nak cari umah. Di sbbkan aku nak pindah nanti, rumah tu abg aku yg sulung yg akan duduk. So aku cari bersama2 dia lah. Dah dapat rumah harga ok la kat Amansiara Selayang...Harga pun ok sgt setelah rezeki terserempak dgn owner rumah tu kat Club House. Jgn main2 ok rumah tu ada Club House..hahaha..Dia memang nak jual rumah tu dah amik agent tp sbb agent lembab kot setahun rumah tak berjual. Dia contractor kat sana..dok renovate 7-8 bijik rumah kat sana..So ok la tgk rumah cun dekat dgn Club House and yg penting menepati ciri yg kami nak..

Pic semua amik dari pakcik google. Nasib la ada no phone agent2 tu yer..kalau rasa2 korang pun minat..call la mereka2 nih..hehehe

:: Entrance..::

:: Kawasan dia berbukit2 sikit::

:: Ini ler ala2 club house...janji ada swimming pool, gym, tennis court, badminton court segala..and tmpt makan..::

Di sbb kan abg aku yg nak dduk, so dia tak kisah dduk Selayang. Sbb skrg dia dduk Wangsa Maju, then tak la rasa jauh. Aku beli rumah ni dgn harga RM220k, keluasan 22x75. Sama luas dgn rumah aku kat Kajang, tp aku dua tingkat, sini setingkat jer. Sbb townhouse style. So rasa rugi gak di situ. Tp sbb pikir lagi lama harga lagi naik, and family aku takmo dduk area Kajang / Bangi, amik je la kan...

Settled part pilih rumah. Then bab procedure plak. Sbb aku nak gi July, nak mintak la diaorg cepatkan process. Tau la process beli rumah ni kan makan masa 3-4bln gak nak settled. Gi buat loan kat bank, dah sah2 dua minggu. Itupun mula2 diaorg offer aku 80% loan je sbb diaorg check kat Bank Negara aku takde record hutang langsung. Dah tu mmg aku tak amik card credit, belum beli apa2 harta, mmg la takde record. And bkn ke lagi bagus org takde record dari berlambak hutang2 kan..Fight balik, a week letter baru approved for 90% loan.

Ok settled bab loan, now nak appoint lawyer. Aku amik lawyer yg sama owner tu amik sbb senang document dah ada kat dia semua. Then dia prepare S&P, dia ckp aku kena prepare 10% downpayment terus. Aku plak igtkan aku bayar booking 2% dulu, utk dia keluarkan booking form pastu aku withdraw EPF utk bayar remaining balance. Rupanya tidak boleh begitu yer...

Part ni paling aku panas kat EPF. Tujuan diaorg nak tolong pencarum bayar 10% deposit if nak beli rumah kan..Sbb ye la mana semua org ada duit ribu2 dlm bank anytime leh beli rumah. So kita di bolehkan keluarkan saving dlm EPF tu sikit. Tp document dia nak mak aiiii..menyakitkan hati. Firstly nak copy of stamped S&P. Dah kalau ko gi signed S&P tu, sah2 10% duit ko kena bayar dulu kan..Org ado2 yg duit berkepuk2 ok la. Org mcm aku takkan tiba2 nak ada puluh2 ribu kan..Sbb tu la adanya simpanan dlm EPF kononnya..Then discuss2 balik ok la leh la korek sana sini nak cukupkan duit bayar dulu 10% tu. Kang siap semua document leh terus withdraw EPF sbb dia kata dia amik masa 14 hari bekerja je kannn..

Ok S&P semua dah signed. EPF nak offer letter from bank. Which is takde masalah sbb loan dah approved kan. Then aku check2 balik, mak aiii..bkn main byk lagi document dia nak sebenarnya...meh aku listkan sbb aku pun tak tau apa kena mengena semua document ni dgn procedure nak KELUARKAN DUIT AKU SENDIRI!!!..

1.  Copy of signed S&P - paham la kan sbb nak bukti pembelian.
2.  Copy of offer letter from bank - pun paham ler sbb nk tgk loan atas nama sapa..
3.  Consent letter from developer if korang beli atas org lain - If atas developer leh amik surat dari developer jer. If atas org lain nak kena consent letter la plak. - Aku tak paham apa kena mengena dgn EPF. Janji yg beli rumah tu atas nama aku, loan aku, mmg takkan nak tipu lagi aku nak amik duit tu utk beli gula2 kan??? ni nak kira beli dari developer lah, dari org lah..
4.  Status of the house - if leasehold, kena g pejabat tanah dapatkan dokumen pindah milik. - ni pun aku tak pahammmmmmmmm!!!!

Skrg ni documents no 1 and 2 je yg dah settled. Aku call lawyer mintak dia gi uruskan consent letter tu dia kata it will takes 3-4 weeks to settled. Then surat dari Pejabat tanah tu another ONE MONTH!!!...So campur dgn urusan dgn EPF, lagi 3 bulan la baru dpt kuar seciput 10% tu...so korang rasa2 la kan..benda ni menyenangkan pengguna ke...or membuat rasa pengguna malas nak go thru all the hastle and just lupakan je hasrat nak dpt rumah idaman???

Aku tak tau la aku yg bengong tak reti nak handle benda2 ni, or semua org pun ada masalah yg sama. Come on la, if org ada duit puluh2 ribu nak letak 10% downpayment, tak payah susah2 gini kan. Itu belum masuk duit lawyer yg dekat 6k. So sebenarnya nak kasi pengguna senang ke tak nih??? Nak2 harga rumah skrg paling busuk pun 200k. So paling kurang org kena ada 20k nak dulukan duit rumah kan. Pastu nak kena menunggu 3-4 bulan document semua settled baru nak dpt balik from EPF. By that time aku dah makan meggi hari2...

Itu tak payah la aku nak sentuh bab Skim Rumah Pertamaku konon tu...Gaji kena bawah 3k, harga rumah tak lebih dari 250k. Hahaha..mcm tak hagak2 je requirement kan..

Haihh...aku anggap je la ini dugaan utk dpt rumah idaman...So far lawyer aku ckp dia try settlekan segala document tak masuk akal tu secepat mungkin. If aku ni kaya, byk duit, tak payah heran dgn duit dlm EPF, dia tak payah sediakan semua document2 tu..and tak payah charge aku utk semua tu...haihh..sabar...sabarrrrrrrrr...

Penat nih dok ulang alik office lawyer kat Shah Alam nun, sehari puluh kali call EPF, call developer, kejang2 perut aku nih...Harap2 semuanya settle sebelum aku pergi..Saja betul masalah nak dtg time mmg fikiran tgh serabut nih...gerammmmm!!!

Pendek kata...sapa2 yg nak beli rumah tu..baik simpan dulu duit puluh2 ribu kasi cukup 10% downpayment..kasi cukup lawyer fees semua...dapat kunci, dapat documents complete semua baru la leh harap duit kat EPF nun...tu belum nak masuk rumah lagiikkkk..hehehe..itu pening lain plakkk..

Harap di permudahkan segala urusan kita nih...Amin....

Jun 2, 2011

Gerammmm...

Firstly, thanks to all yg comment kat previous entry...ada yg email, ada yg sms..ada yg terkojoit call terus..hahaha..sabar yer org2 kampung..saya tau anda semua terkejut..saya lagiii la sampai skrg tidak berpijak di bumi yg nyata nih..kekeke..so far exact date mmg belum tau lagi. yg kitaorg dok tau is July..bila tanya diaorg kata tetap pergi July...diaorg igt perut aku ni nak stay forever masa July nanti kot...haihhhh..

Takpelah kita lupakan sebentar masalah itu..skrg nk happy2 sbb nanti nak gi shopping sikit2 barang2 baby..walaupun 2 thn lepas pernah merasai excitement itu..tp sbb kali ni lain sket, so lain la rasanya kan..Aku plan nak beli baju baby sampai umur dia 6 months jer..sbb insyaAllah if gi sana time summer..bila deliver pun still summer, lepas tu dah kena tukar outfit..so kenapa nak beli byk2 kan..baik beli kat sana jer..aku pun 1st time nak gi 4 weather country nih so agak confuse di situ..nasib ada kawan2 yg leh tolong..Dora, confirm soalan2 i akan bersangkut paut bab2 pakaian nanti..hehehe..

Dulu masa tau nak dpt baby boy, excited betul tgk baby girl pnya baju..gerammm je...tp skrg asal keluar, aku rasa baju baby boy plak yg smart and comel..hahaha..ntah apa2..aku cuma takut si Arsyad tuh. Kang tgk baju baby ada flower2, ada ribbon2, dia pelik. Sbb aritu gi Bandung aku belikan kwn aku baju tido princess utk anak dia. Arsyad tgk aku unpack, jmpa baju tu terus nangis2 nak pakai. Gilo ke hapa. hahaha..dia mana la tau dia tak boleh pakai baju princess kan..Dia tau asal baju semua baju dia. So jgn la nak berebut baju dgn adik nanti. Tak senonoh muka awak pakai baju pink bunga2 ada gambar butterfly kat bontot ok!!..kekeke

Aku plan nak beli stock baju baby from newborn sampai 6 months, then barang2 nak berpatang nanti (mcm la pantang sgt kan..kot2 kfc bedal hari2..haha), pastu dah la. Sampai sana kang baru la nak cari stroller ke, baby cot ke apa. Byk je kedai kat sana. Sbb pikir nak bawak dari sini mcm mana lah plak kan..Smpi sana nak angkut and unpack semua lagi. Dah la aku dah sarat betul2 masa tu. Ish, takleh bayangkan.

Esok nak check up baby. If doc betul2 confirmkan gender, baru la confident nak beli baju baby..kekeke..Sbb ye lah kan, mana tau dia main2 ke sebelum2 nih. Seronok betul skrg la byk fashion baju matching mommy and daughter..comel je tgk..aku nak baju matching2 sgt pun wat apa plak..bkn nak keluar jalan sgt kat sana..pakai baju cantik2 pastu jom tgk tv kat living room. hahaha..tension je kan.

Pastu tadi kat FB Kak AJ penang posted vid michelin baby...terus aku google gambar2 michelin baby..OMG comel betul!!!..hahaha..tp scary gak...so far anak2 buah aku, semua jenis yg sedap2 di dukung and di peluk. Semua 3.0kg ke atas time lahir. Termasuk lah Arsyad. And Arsyad bila dah keluar lagi besar dgn jayanya..Tp takde la sampai jadi michelin baby nih..kalau adik arsyad keluar begini, harus kenyang mak dia hari2 sbb dok gigit je keje..hahaha

:: Tgk tu berapa byk lipatan tu...gerammmmmm::

:: Peha sampai keting kaki sama size jer..hahaha...::

:: Pipi siap merah2..comelllll!!::

:: Tapi bila dah besar gini dah tak comel dah...takut plak aku tgk..::

Takpelah, michellin ke, kurus ke, janji baby sihat kan...Ramai org suka baby gendut2 sbb comel, and org akan ckp "Eeee..sihatnya baby nih" sbb org tua2 ckp tak baik ckp baby gemok kan. Aku pun tak tau apa musabab nya..Alah org tua2 selalu larang2 buat apa2 bkn ada sbb musabab pun. Just sbb tak boleh. so terus tak boleh. Tak paham aku.

Tp baby2 ni pun bahaya gak. kalau berat melampau2 sgt dari yg sepatutnya..Comel memang la comel. Tp yg paling penting kesihatan dia kan. Bila baby2 rasa gerammmm jer..Tp bila dah besar takleh la biarkan. Kena la suruh dia diet ke apa ke. Not good for their health..

Apapun, aku harap adik Arsyad akan lahir dgn selamat, sihat dan sempurna..Walaupun maybe mcm2 dugaan kat sana sbb kitaorg handle sendiri2, and mcm2 kekurangan sbb bkn sama mcm beranak kat Msia kan, tp janji semuanya selamat. Tak kira la kat mana, tak kira la bila, tak kira la mcm mana...Harap di permudahakn and selamat semuanya..Aku sebenarnya mcm2 pikir dlm otak ni, takut mcm2, tapi buat2 cool jer...sbb takmo pressure..hehehe..

Arsyad, sila rajin2 jaga adik ok. Jgn nak ngelat2, jgn nak jadi manja terlebih, jgn nak mengada2. Mummy dah la tiba2 nak tukar profession dok umah jaga anak2, kalau Arsyad notty, mau daddy balik tgk mummy jadi Hantu Kak Limah kang.haha..cutting badan dah sama..tinggal nak bela rambut sampai lutut je..kekeke

Ok la tak sabar nak gi tgk baby esok..harap2 sihat semuanya...