Pages

Feb 28, 2011

Apakah reaksi si dia???

Masa zaman2 forum dulu ada topic "Reaksi hubby bila dpt tau anda pregnant". mcm2 kisah la. Seronok share story mory sbb mcm2 ragam kan..So aku pun gedik la nak share story ai kat sini...kekeke

Masa 1st time dulu, aku buat test sorang2 dlm toilet office. Tgk double line aku mcm confuse (or in denial kot), blurr giler..terus aku call Salina suruh dtg toilet..Dia tgk pregnancy test tu, terus dia angguk2 ckp pregnant la ni sambil sebak2..hahaha..Takkan lupa waktu tu..Siap dpt pengesahan dari pihak berwajib..kekeke..

Pastu terus aku call Daddy Arsyad.

"Syg..i buat test..guess what?? i pregnant!!"
Dia diam.
"Syg..syg..hello.."

And tau apa jawapan dia??
"Abis tu apa kita nak buat skrg nih??"

Halahaiii..gaya mengandung luar nikah plak. Cuak apa nak jawab kat mak bapak aku sbb aku dah mengandung..hahaha..Aku tau dia terkejut and terkedu..Tp kalau dah itu yg kuar dari mulut dia, aku redhoooo...hahaha

Then aku ckp la jom la kita gi clinic confirmkan dgn doc. Then i leh dpt asid folic utk i mkn..Dia pun ikut la. Dlm perjalanan gi TTMC tu aku dah tersenyum2 sbb happy. Dia masih muka takde perasaan. Then buat urine test, doc panggil nak bgtau result. Aku ajak la dia masuk skali. And tau tak apa jawapan dia??

"Ish, malu la i..u masuk je la..apa2 doc bgtau nnti u bgtau i je la"

MALU????..haihhhhh...tak bertempat betul nak malu tau. Mcm la dia tu 16thn utk doc ckp "Tahniah, you're going to be a Dad!!". Itu baru la malu kan sbb sekolah pun tak abis lagi..adoillaaa..

Oleh kerana wife dia ni kebal. takde la nak merajuk ke, terasa ke apa. Pelik lagi ada la..hahaha..aku masuk je sorang. Then doc to ckp "Where's your husband? i want to congratulate him". Tak payah la doc, suami saya pemalu orgnya..hahaha..Bila doc dah confirmkan..baru la dia lega kot. Aku balik je office, dia sms aku ckp dia happy sgt sebenarnya..tp tak tau nak react mcm mana..hahaha..comel laki ai kan??

For 2nd pregnancy ni...Aku test kat toilet KLCC plak. Malas nak naik atas test kat toilet office sbb takmo pressure. hahaha..Bila dah tau je result, aku amik gambar pregnancy test tu, aku mms la laki aku..Harap kali ni dia leh tgk gambar dia received dgn senyuman kan..skali dia reply mcm ni..

"Gambar apa u antar ni??"

Speechless...tak tau nak ckp apa..kalau test tu just appear double line ke, or taruk sign + (positive) je, maybe susah la org lelaki nk paham kan..ini sah2 aku beli test paling mahal (and paling accurate) clearblue berharga RM29.90!..and sah2 tulis PREGNANT. penjelasan apalagi kah yg nak bg daddy Arsyad paham nih??
PREGNANT = MENGANDUNG = KENA "BUATAN" ORG.. agak2 ada tak pregnancy test yg tulis detail2 mcm ni jual kat market?? hahahaha..

Aku pun call la dia ckp aku pregnant..abis tu sapa lagi pnya pregnancy test yg aku nak kena amik gambar and susah2 mms dia? takkan tea lady office aku punya kot kan..Baru la dia ckp "ooo..mana la i paham benda2 ni..". haihhh...

Then mlm tu ajak dia gi clinic dkt dgn umah. Spt biasa nak double confirm dgn doc, and nak amik acid folic. Tp clinic tu takde stock plak. Tpaksa esoknya aku gi TTMC lagik. And buat urine test kali ketiga. Masa ni tak excited mcm 1st pregnancy dulu. Ye la dah 3x buat rasa mcm eh, leh tak amik result yg i buat sndiri smlm je? penat tau kencing je. hahaha..

And of coz la Daddy Arsyad tak ikut sama..Ada meeting plak. Aku jmpa doc yg sama masa announced time Arsyad plak tu. Then saja la aku manja2 buat2 merajuk kat Daddy Arsyad..padahal takde la merajuk pun..bkn la aku takleh jalan gi clinic pun..amik vitamin je..hahaha

Pastu tiba2 dia call sruh turun bwh..Makcik dah la malas nak turun naik. Tiba2 kan roh malas dah merasuk. Dia ckp turun la amik something..

Skali dia bagi ni.....


Hadiah pregnant kata dia..Eh..mcm ni nak pregnant tiap2 tahun la..hahaha

Time kasih daddy..And sila jgn risau..sesungguhnya isterimu ini adalah insan yg paling memahami apa2 reaksi dari suaminya..Tak kisah la tak tunjuk happy ke, tak tunjuk overwhelmed ke..janji I tau apa dlm hati u tu....cukup la kan??

So kwn2..jgn la merajuk if si suami nampak tak se-happy kita. Mana tau laki orang spesis laki ai yg sangat sopan santun dah pemalu..hahaha..Janji kita tau suami mana yg tak happy if tau wife dia pregnant kan??? Sah2 usaha ke arah tu pun bersama2...hahahaha

InsyaAllah aku harap dpt menjalani lagi 7 bln lebih dgn jayanya..Walaupun pregnancy kali ni sgt2 berbeza berbanding 1st dulu. Itu later2 kita story k. Yg pasti aku takmo membesar bagai juara mcm dulu..Tobattt..nak control2 sket supaya naik pun not more than 20kg..hopefully lah...

Abdullah Arsyad - 12 February 2009

Sebelum aku buat entry bday Arsyad yg ke-2, aku nak share la serba sedikit pengalaman bersalinkan anak pertama ni since dulu2 takde blog kan..kekeke

Lpas 5 bln kawin, baru la aku di sahkan pregnant. Lega la sikit bkn sbb apa, penat nak jwb soalan kepochi org hari2 kan. Biasalah org msti tanya "dah lekat ke belum?", "Rancang ke?", bla..bla..bla..mcm dia lagi berkuasa dari Allah s.w.t. Tapi paling aku takleh lupa sorang lahabau ni punya comment "Belum pregnant? You ni tak subur kot.." Umangaih...apa punya takde otak statement tu kan..terus aku blacklist org tu dlm hidup aku..hehehe

Masa pregnant alhamdulillah takde sickness langsung. Cuba dugaan masa minggu ke-8, aku bleeding. Masa tu dah la sorang2 kat umah, sbb baru balik dari Bandung aku nak rehat la kononnya..skali gi toilet, tgk darah ketul2 kuar. Terus call laki aku, tp dia lambat lagi nak sampai sbb kat office kan. Terus dia call abg dia suruh  bwk aku gi spital. Then aku call Salina, of course. nangis2 ckp dgn dia. Nasib abang dekat je kat UPM. cepat2 bwk spital, alhamdulillah Dr ckp Arsyad takde pape. Tp kena bed rest for 2 weeks!!!..lenguh2 badan aku asyik baring je walaupun hobby aku adalah tido kan..keke

Then masuk 2nd trimester hinggalah 34 weeks, mmg takde masalah sgt. Tp aku suka tido (mmg bakat semulajadi), dan suka MAKAN. Mmg takut org tgk aku mkn masa tu. Bahan kudapan2 aku adalah BIG MAC ok, ko larat? hahaha..Sbb tu dgn jayanya aku membesar..takpelah kan..

Minggu ke 34, Daddy Arsyad kena gi outstation. Aku relax je la kan. Memandangkan awal sgt lagi nak bersalin, aku pun ok je drive sndiri gi keje. Masa tu office kat KL Sentral. Parking naik sampai Level 6. Dgn narrow, dgn sempit, dgn perut dah cecah stereng, hehee..leh lagi gi keje.

Tetiba lepas lunch aku rasa perut cramp satu mcm. Sbb mmg aku tau apa rasa period pain. So mmg betul ada mcm period pain. Tp aku confuse sbb awal sgt. Salina pun ckp braxton hicks je kot. Then aku saja tulis timing, skali consistent la plak. Salina (midwife aku..hahaha) ckp gi je la doc check, no harm. Tp no need to worry. So aku pun packing brg, babai2 org kat office ckp aku nak g spital, esok kita jmpa lagi ok..naik parking, 15 minit dari level 6 nak ke bawah..sbb sakit perut punya pasal..hahaha

Dia takde la sakit mcm dlm tv tu ko pegang perut pastu jerit2 menggelupur kan. Dia sakit mcm mengeras dlm 5 saat, pastu takde rasa pape..then mengeras balik..Dlm perjalanan dari KL Sentral nak ke Kajang tu mmg aku rasa mencabar betul. Asal dia mengeras je aku slow kan kete. Aku takmo pikir bkn2. Aku harap selamat sampai ke spital je. Sbb masa tu aku rasa contraction every 10 min. Terus aku teringat Abby Abadi beranak dlm kete tak sempat sampai spital. Tp dia kat belakang push baby kuar. Aku kalau push ni sapa nak sambut?? pedal minyak kah? hahaha..terus aku kuatkan hati janji sampai spital.

Dpt je parking, aku gi gynea clinic terus. Sopan santun aku amik no bagai. Dah la sejam lepas tu baru sampai turn aku. Jmpa doc, ckp je la perut mengeras mcm period pain tapi tak tau la contraction ke tak (sah2 la 1st time kan), then doc kata ok..kita check.

Mula2 dia scan, tgh Arsyad gerak. Doc mmg pesan masuk je 7 bln monitor pergerakan baby. Sehari mesti lebih 10x. Tp kalau pagi2 aku masuk je kete nak gi keje dah 20x dia tendang, tak payah kira lagi la kan?? hehehe..Then doc ckp ok i nak buat VE sket..Menatang apa VE tu? doc suruh kangkang, aku pun ikut je la igt nak buat scan dari bwh ke..elok je dia borak2 tetiba Zupppp...Ya Allah!!!!..apakah itu???!!!..Perit je aku rasa..Pastu aku tgk muka doc cuak. "Alamak zu..dah 3cm nih..i dah rasa kepala baby dahh!!!".

Ok, sapa makhluk dlm dunia ni tak cuak? Dah la first baby, ko sorang plak tu, then tiba meniba dah 3cm. Aku dok la buat research org ckp dari 0-1cm nak bukak pun sakit..terseksa..ni tiba2 3cm ni apehal??? Well..rezeki org lain2 kan. Doc terus call labor room mintak dtg amik aku. Masa ni aku dah nangis dah. Doc peluk aku ckp sabar..jgn panic. u kena kuat utk baby..Ye lah doc..i dah lapan belas kali beranak..tak heran gi labor room sorang2..

Nurse dari labor room dtg bwk wheelchair, terus sorong aku naik atas gaya aku dah nak teran bila2 masa dah. Mmg jadi drama plak kat spital masa tu. Kelam kabut 2 org nurse tu. Aku pun atas wheelchair tutup muka dgn tudung..Malu siottt..hahaha

Diaorg letak aku kat ward dulu. Tgk kat situ ada abang, and parents laki aku. Aku berlagak cool la. Ckp entah, tak rasa sakit sgt tp doc ckp dah 3cm. Pastu abg ckp "oooo..3cm tak lama dah tu zu. Kak Selly kalau dah bukak 3cm, sejam dua kang beranak la." Tima kasih atas kata2 semangat itu abg..hahaha..

Gi toilet, tgk dah kuar darah. Nurse suruh salin baju, sbb nak bwk aku gi Labor room. Sorang pun takleh ikut kecuali suami dan mak. Arwah mak aku masa tu baru kuar ward..tgh rehat kat umah.

Sampai labor room, nurse ckp dah call husband? ish, sebak betul aku time tu. Terus call Daddy Arsyad, explain slow2 kat dia. Suara dia mcm tenang je ckp "Ok, i amik next flight to KL". Tp according to Abg, bila dia call abg tu mmg cuak abis..hahaha

Duduk dlm labor room sorang2 adalah satu penyeksaan ok. Diaorg pasang ctg machine nak monitor contraction dgn jantung baby. 2 jam dlm tu aku buat2 relax je, ber-emel dgn Salina, tgk form, kejap2 baca yassin kasi kurang takut. Pastu gynea aku dtg, ckp dia nak bg injection kurangkan contraction and kuatkan paru2 baby. Sbb baby kecik sgt lg nak bwk kuar. Tak patut bukak 3cm suka2 gini. hahaha..Tp kalau jantung baby drop, terus kena c-zer. Aku berserah je la. Sign je la segala form. Dah tu time tu aku sorang je yg ada pun. Berjuang utk nyawa sendiri katanya..

Doc kasi injection utk matangkan paru2 baby. Dan injection itu adalah yg paling azab aku rasa!. sbb aku tak sangka plak. Masa nurse masukkan drip ok je. Aku ingat mcm amik injection biasa je la kat punggung. Skali rasa mcm bara api masuk dlm badan ko!. mengerang2 aku tahan sakit. Terjerit2 dgn nurse. Haihhh..baru injection nih..beranak nnti mcm mana? Aku tak putus doa dlm hati biarlah sempat daddy arsyad sampai. Tak kuat aku nak harungi semua ni sorang2. Walaupun aku berlagak cool, tp kejap2 sebak. Kejap2 meleleh airmata bila dgr bilik org sebelah menyebelah teran baby. Ya Allah, stress nya hanya Allah yg tau. Paling stress dgr FIL aku kejap2 tanya nurse tak boleh ke dia or MIL aku masuk tgk aku? Kesian aku sorang2 dlm tu. Tp nurse ckp hanya husband or mak dia sndiri je yg boleh..huhuhu..

Nurse pujuk aku suruh tido. Lupakan contraction yg dtg kejap2 tu. Aku try la tido. Tiba Daddy kejut aku. Nangis aku tgk dia dah sampai. Kul 12 mlm!. Dia ckp tak dpt next flight from Bangkok. Kul 7pm baru dpt. Aku tgk perut aku, oh..still kembung maknanya sempat dia tgk anak dia. Hahaha..Mana la tau aku beranak tanpa aku sedar ke..kekeke..Skali aku tgk dia bwk beg punyalah besar..Aku tanya apa benda tu? Brg2 baby dia ckp. Wahh..mcm nak duduk sini sebulan ok..hahaha

Then aku tido lagik. Esoknya pagi2 doc smpi. Dia ckp dia takmo kuarkan baby skrg. Too risky. Takut baby prem. Walau mcm mana pun lagi elok dlm perut. Tahan la lagi seminggu. Aku tak kisah. Tp dah bukak 3cm ni apa aku boleh buat? Doc tnya nak dduk spital boleh, balik rehat kat rumah pun boleh. Tp if sakit je perut terus dtg spital. So balik ke rumah la kita. Balik??? sempat aku singgah Jusco beli sikit2 lagi barang baby yg tak ckup. Terasa menyucuk2 kat bawah tu sbb sah2 dah terbukak sikit kan. hahahaha..Sebelum balik tu doc kasi lagi satu injection hazab tu. Aku pikir utk kebaikan baby aku je, tak kisah la aku kekejangan menahan bisa injection tu..Mmg mcm api meresap masuk okeh. Sapa nk try leh contact gynea aku..hahaha

Genap seminggu kami pun ke hospital semula utk menyerah diri. Masa ni baru betul2 ready mental dah rohaniah. Dtg plak berpimpin tgn dgn suami tercinta. Baru la semangat tu membara2. Elok doc buat VE tiba2 dah 5cm. Hahaha..mmg bersemangat dtg nak beranak. Sblm doc buat VE tu, laki aku gi masuk office jap. konon nak settle kan keje sebelum aku beranak. Elok je dia sampai parking KLCC aku call suruh patah balik sbb Doc dah pecahkan air ketuban..tension je pakcik tu. Asyik2 tak berada di tempat kejadian pada masa yg sepatutnya..hahaha

Doc pecahkan air ketuban sbb contraction dah makin kuat. So tak payah nak berlengah lagi. Walaupun baru nak masuk 36weeks, gamble je la. Doc ckp lagi lama baby dlm perut time contraction, lagi bahaya. Serious wey masa dah 5cm pun aku belum rasa apa2. Then aku tnya doc "Doc..nak epidural.." sambil kelip2 mata budget cute..hahaha..Aku punya mahaguru epidural dah bgtau. 5cm ke atas dah kena masukkan. Kalau tak too late nanti..

Daddy sampai, ktorg makan2 dulu (lapik perut je, buat kudrat time push nanti), then anasthetic pun sampai. Dgn perut boyot besar tu dia suruh tunduk sampai kepala cecah lutut (masa tu duduk atas katil). Cecah lutut kebendanya...tgn nak pegang kaki sendiri pun tak daya dah wey..Then dia ckp ok amik bantal ni, peluk kuat2, dgn pertolongan dari daddy tarik bdn aku sekuatnya ke bawah..sampai la anasthetic jmpa celah mana dia nak cucuk tu kan..Pastu rasa mcm sejuk je menyerap dari hujung jari tgn sampai ke pinggang. Then dia stop situ..Aik..aku tanya doc. Dia ckp oh, we all bagi sikit2 dulu. Kasi u rasa pinggang sampai bawah baru u tau bila nak teran. If u tak tahan, kita increase ok.

Masa tu kul 12.00pm. Nurse ckp tido la dulu. Mlm kang baru beranak ni. Slalu anak 1st ni lambat. Laki aku dgr mlm kang terus dia ckp nak turun bawah makan2 dulu. Aku sebagai isteri solehah (kena la taat lebih sah2 jap lagi nak bertarung nyawa nih), ckp ok la gi la jalan2 ke tp if i call cpt2 naik tau. Sah2 la dia boring dlm labor room tu. Dgn ngeri lagi sikit2 dgr org sebelah menyebelah jerit sakit..Pastu kejap2 dia tgk ctg machine tu dok analyze contraction aku. Aku pun naik semak gitu..hahaha

Start kul 2 lebih contraction dah makin kerap and makin sakit. Aku musykil betul la, nape sakit if ada epidural ni? Aku tanya nurse, nurse ckp mmg doc nak aku rasa sikit sbb senang nk teran. OK la SIKIT kan..Then kul 4.30pm mcm tu dah berpeluh2 dah aku. Nurse seluk dah 9cm dah. Dia pun terkejut gak awat la pagi tadi elok2 5cm ptg dah 9cm plak? Dia ckp org biasa nak bukak dari 5-6cm tu pun 4-5 jam. Jgn la ckp byk nurse oiii..Dah bahagian aku terima je laahhhh..

Contraction makin tinggi. Selang seminit2. Aku pelik sbb aku rasa SAKIT. Then nurse ckp epidural aku 50% je. Doc nak aku rasa pinggang ke bawah. Kalau tak aku akan rasa seluruh badan. Perut, belakang, semua sakit. Kira ok la aku rasa dari PINGGANG KE BAWAH je. Ok, bila aku pikir2 balik sah2 baby keluar mmg kat bawah. So perlukah aku epidural utk tak rasa tang perut je??? Abis kat bawah tu fully rasa takpelah yer? Eh..apa2lah..malas aku nak pikir dah masa tu.

Kul 4.45pm Nurse suruh aku practise push. Sbb dah fully dilated. Mmg tak sabar2 langsung si Abdullah Arsyad ni dah kuor. Aku mmg betul2 ikut kiraan nurse. Bila dia suruh push baru aku push. Aku takmo hilang tenaga tak pasal2 just sbb aku seronok nk push. hahaha..Dgn bantuan Daddy arsyad yg sgt bagus sbb dia punya jerit kat telinga aku MasyaAllah mmg kalau ko tak ikut kiraan dia, dia sekeh kat situ gak..Tp mmg membantu la..Thanks Daddy..

Doc smpi kul 5.00pm. Doc ckp ok Zu..i dah nampak 20sen. Aku terus confuse 20 sen apakah kat bawah tu? hahaha..Rupanya kepala baby dah nampak sikit sebesar syiling 20sen. Oooo..main kira2 syiling plak doc aku ni. Dia ckp if dah 50 sen je dia bgtau, aku  push sekuat hati. Lantak ler doc kaedah apa doc nak guna..saya ikut arahan je..3x doc jerit suruh push..Kali ketiga baru betul2 aku rasa sebiji buah kelapa besar kat bawah tu..Mcm tersangkut perlukan aku push utk lepas.Bila aku push je, mmg rasa dia berpusing lalu rasa kelegaan sikit sbb selamat keluar. Tp still rasa pedih and perit lagi sbb badan tak kuar lagi. Doc jerit ckp jgn stop! Keep pushing!, aku amik nafas dalam..aku teran lagi sekali selamatlah lahir ke dunia Abdullah Arsyad bin Nasruha..Alhamdulillah...

Sepanjang aku push mmg aku tak angkat punggung langsung, sbb mmg tau org ckp nanti lagi koyak. Aku try push dgn tolak kepala ke dada. Walaupun sakit tengkuk jadinya, tak kisah la janji membantu. Pastu daddy ckp kat aku masa yg 50sen tu, doc amik gunting kasi zapp satu kali. Terus memancut darah kat apron doc. Baru la the next push tu senang kepala dia kuar. Hahaha..Aku tak perasan masa tu. Ye la tak heran dah aku doc nk buat apa weyy..Janji anak aku kuar..

Dia punya nangis satu labor room bergegar. Suara nyaring betul. Then Doc suruh batuk2 plak, dia tekan2 sket perut aku kasi kuar uri. Masa ni Arsyad atas dada aku. Mmg pelik la tgk dia warna purple pucat pastu melekit2. Terus aku pass kat nurse ckp, eh, bersihkan la dia dulu. hahaha..Tp nurse ckp tak payah bersih sgt. Alhamdulillah tak byk lendir melekat. Kulit kepala pun bersih jer..

Time doc jahit aku tnya byk tak koyak doc? dia senyum. Then aku tanya lagi byk tak kena jahit? dia senyum. Pastu tiba2 aku rasa jarum dia tgh jahit. Pedih. Sbb sebelum tu tak rasa sgt sbb dia dah kuatkan epidural kasi tak rasa bahagian bawah plak utk dia jahit. Rupanya epidural dah abis. cepat2 dia bius kat situ. Ko bayangkan dia amik jarum yg tajam dan cucuk bius bahagian yg luka di SITU?. HAHAHA..nice..then dia sudahkan keje dia. Aku leh tgk la berpaket2 jarum dia guna. Lepas semua dah settled, nurse ckp if termasuk luar and dalam, 16. hah? enambelas? oh, sbb potong. If tak potong kurang sket kot koyak. Terus rasa ngeri di situ..Tp cepat2 tgk muka Arsyad yg tgh nangis nak susu. Terus rasa tak sakit dahhh..hehehe

Alhamdulillah Arsyad naturally pandai latch. Aku pun lega masa tu sbb aku mmg nak fully bf. Tp rezeki arsyad utk bf hanya 3 hari. Takpe la itu nanti aku cite. Then nurse balutkan dia comel2, pastu letak kat sebelah aku utk antar ke ward. Masa kuar labor room tu ada la family cina ni tgk aku senyum2 pastu tgk arsyad dia ckp waa..mcm cina laa...hehehe..

Tgk la ye ke mcm cina??

:: Masa nurse bersihkan..nangis je keje dia::

:: Fresh from d oven..hahaha::

:: Lepas 2 jam::

:: Gambar yg aku antar kat family and fren::

:: Sungguh lain dari skrg kan??::

Alhamdulillah tepat pada hari Khamis, 12 February 2009, 5.10pm, dgn berat 3.21kg dan panjang 52cm,selamat sudah aku lahirkan Abdullah Arsyad secara normal pada usia kandungan 36weeks ++. Doc pun ckp nasib dia fully term bila kuar. Sbb if duduk sampai 40 weeks dalam perut. Mau cecah 4kg and mcm mana la gaya aku nak teran kasi kuar..hahahaha

Akhirnya dpt gak aku tulis kat sini pengalaman bersalinkan Arsyad secara panjang lebar. hahaha..harap bila dia dah besar nanti dia boleh baca and tau mcm mana takut nya semua org bila tiba2 dia nak kuar without warning mcm ni..Harap2 adik Arsyad akan lebih bersopan santun dlm memberi mummy and daddy signal utk keluar yer..

And...eh, malu nak tulis. Tp tulis gak la sbb entry ni special..InsyaAllah aku akan lalui benda yg sama pada Sept 2011 pulak. Sudah 12 weeks so sudah dlm posisi selamat utk bgtau..Daddy Arsyad ckp jgn hebah2 over exited pada 1st trimester, tp kalau org dah tgk aku muntah2 dlm toilet, pakai flatt shoes, gemok melampau, mcm mana nak sorok kan..hahaha

Alhamdulillah..

:: Pregnancy test masa 4 weeks ::

Aku harap di permudahkan segalanya. Dan semoga aku akan jadi ibu yg sempurna utk anak2 aku..insyaAllah..

Feb 24, 2011

Senyuman yg tak lama..

hehe..Aku maksudkan adalah apabila tiba hari gaji. Mcm hari ni, hari gaji utk private staff mcm aku ni kan. Tgk je account terus senyum melebar..Then spt biasa aku bayar online segala bills, tanggungan, dan apa2 yg sewaktu dgnnya..terus dah takde senyuman..hahaha..Takde la mcm sedih tgk balance tu kan. Syukur Alhamdulillah dgn rezeki yg Allah dah tentukan utk aku..tapi tak dpt la nak joli katak kaedahnya..hahaha

Sbb perangai aku, dari start keje dulu sampai skrg. Dpt je gaji aku akan settlekan segala beban hutang, bills yg nak kena bayar, duit makan, duit penting utk meneruskan kehidupan sementara dpt next gaji, pastu if ada balance baru aku Enjoy!!!..hehehe..

Mcm skrg dah kawin and ada anak, mmg bills bahagi dua. Dah settled part masing2, gi giant borong keperluan anak. Pampers, susu, toiletteries (ni bkn every month lah), segala neka makanan dia, bekal gi sekolah..Even anak sorang pun sekali borong stok sebulan cecah gak 400-500 (mmg tinggi cost nak membesarkan anak skrg nih)..baru la rasa lega. Duit yg tinggal, leh la buat beli tudung aku sehelai dua, pastu bila Daddy tak sedar time gi Jusco ke rembat la baju sehelai dua..hahaha..

Tp lega okeh. Sbb mana tau tetiba ko nak pakai duit time ko tak expect kan. Tak kira la utk apa2 hal kan. At least benda2 yg penting dah settled. So if hujung bln meggi dah abis, sardine dah takde stock, ko minum la susu anak yg byk stock tu..hahaha

Biasalah bila dah jadi mak bapak ni. Keperluan anak lebih dari segala. Mcm Daddy Arsyad, sepanjang aku kenal dia dah nak masuk 7 thn nih, tak pernah aku tgk dia beli selipar branded. Kira utk selipar gi kedai mamak je kan, dia sauk je la selipar apa pun. Tp kalau utk anak, harus la beli yg elok. Bila aku ckp wat apa nak beli mahal2, kasut tu lain la. Ni selipar je. Dia ckp tkpe, leh pakai lama and selesa..Wahhh..ayat kan. Aku pun gitu. Utk anak aku masuk gak la butik GAP ke, Guess ke (itupun if ada 50-70% sale kalau tak Brands Outlet dan FOS adalah pujaan hatiku..hehe), carilah baju cantik2 elok2 utk dia kan. Tp utk aku sndiri jgn harap aku nak jejak GAP and Guess tu. Time tak kawin lg dulu boleh la. Skrg ni jeans Guess aku pakai tu pun aku beli zaman aku umur 23thn dulu tau. Kira tahan la sampai skrg dah 6 thn aku pakai. Hahaha..giler kedekut...

Mmg rata2 semua org pun mcm tu kan. Apa2 dahulukan anak. Best tau. Tgk anak pakai comel2, hensem2, bila siapkan Arsyad skrg dia tgk kat cermin then dia ckp "hmmm..mummy, arsyad encem tak?" hehehe..Aku pun jwb "Ish, anak mummy mesti la encem.." sambil aku sarung seluar jeans 6 thn lepas..hahahaha..

Mmg kebahagiaan seorang ibubapa apabila tgk anak dia bahagia kan..Tp jgn la spoilt melampau sgt sampai baju harian gi school pun nak beli Gap, Oshkosh bagai. Aku beli baju harian Arsyad mmg time sale gila2, yg sepasang RM10 tu. Puas hati. Kebanyakkan beli kat Jusco time Jcard Sale. Skali beli 10 pasang baru RM100 tahan la setahun..hahahaha..

Eh, dah la tu. Balance gaji ni tgh pikir apa benda aku nak joli nih..hahaha

Feb 22, 2011

Haihhh..Rindunya..

Skrg ni rasa geram je dgn si busuk aku sorang tu. Bkn geram apa..geram2 sayang..hehe..bila dia ada dpn mata mmg tak larat nak melayan. Tp bila sampai je office, aku dah start rindu dia. Kang mula lah aku sms cikgu tnya dia buat apa..Lama2 cikgu pun nyampah dgn mak Arsyad nih..hehe

Smlm duduk berdua je dgn dia. Daddy outstation. Aku nak belajar berdikari. Dulu2 aku ajak cikgu2 tido rumah. Or aku tido rumah MIL. Tp lama2 aku penat. Sbb if ajak org tido rumah, kita tak tau org tu selesa ke tak kan. Even kita dah sediakan kelengkapan suma, tp still takkan sama dgn bantal and katil diaorg kan. hehehe..Cikgu2 Arsyad happy je if tido umah Arsyad. Tp aku naik segan. Sbb daddy Arsyad slalu outstation. Slalu plak aku ajak diaorg. Segan ahh..

So akhir2 ni ktorg belajar duduk sndiri. Aku amik Arsyad, siap bwk dia gi Pasar Mlm beli makanan, then aku kasi dia makan sementara aku telan cepat2 makanan aku. Sbb by the time dia abis je makan dia ajak aku naik atas terus. Tak kira la time tu aku tgh mengunyah ke, tgh tercekik ke, dia akan tarik tgn jerit2 ajak naik atas. So baik aku abis mkn dulu sebelum dia. Walaupun aku makan Nasi Lemak lauk Ayam Goreng (sedapnyaaa..hehe) and dia makan 2 ketul sausage je, aku ttp kena abiskan mkanan sblm dia..

Pastu naik atas tgk Upin Ipin spt biasa, then layan2 la berckp2 dgn dia. Perangai dia skrg mmg suka berckp. If main tu mulut sama laju dgn kaki n tangan. hehehe..Best layan bdk2 ckp nih..Tp penat gak. Pastu pujuk2 dia jom la tido Arsyad..mummy dah penat. Masuk bilik gelapkan rumah, dia takmo tido gak. Puas aku pujuk dia takmo. Aku pun buat2 tido. Start la mamat tu korek2 bijik mata aku..korek2 hidung, picit2 pipi nak kasi aku bgn. Tp dah bakat semulajadi mak dia ni leh tido walau dlm keadaan mcm mana skalipun. hehe.Last2 aku tersedar kul 10.30pm dia pun dah berdengkur sambil peluk bantal daddy..huhuhu..sedihh...

Ni nak share vid dulu2 aku amik masa borak2 dgn Arsyad. byk vid aku amik tp ni je la takat ni. yg lain panjang sgt malas aku nak edit..hehe

video

Pastu ni time Daddy dia baru balik dari course 3 minggu tu. Bkn main dah dpt Daddy balik jadi sombong giler dgn Mummy. Skali kena sakat nangis gak..hehehe..Tgk la kalau daddy dia mmg jadi pembela no 1 anak dia. Aku kalau kat umah mmg kalah je la memanjang..hehehe


video

Feb 21, 2011

Apa punya pendek akal la kan...

Tgh layan2 youtube terjmpa la video nih. haihhh...ntah apa nak jadi la. Aku pernah je tgk video2 org mencuri kat Al-Ikhsan, kedai baju, anak beranak mencuri..tp bila tgk video ni suami isteri mencuri susu utk anak, rasa mcm sayu pun ada. Tp bkn aku simpati kat diaorg plak. Rasa sayu dgn nasib anak2 yg di beri makanan haram oleh mak bapak yg berfikiran cetek.

Hello..bkn semua org senang dlm dunia nih. Bkn semua org mampu kasi makanan kat anak2. Tp Allah Mahal Adil. Setiap anak itu ada rezekinya. Terpulang pada kita cara mcm mana nak cari rezeki tu. Jgn la amik cara singkat kan..Pikir la sikit hari ni ko leh save Rm400 sbb dpt susu curi, tp kang tup2 esok wallet hilang plak abis duit gaji utk beli benda lain dah takde. Ko amik hak org, hak ko pun kena tarik kan..Haihh..serious takde kata2 yg mampu nak ckp if dgn org yg berfikiran mcm ni. Maybe diaorg terlampau susah mana tau kan, tp amatlah tak boleh mencuri susu di kedai runcit. Siap vid ni org panggil "Geng Kangkang" hahahaha...Kalah geng Kapak weyy....

Apapun aku harap couple ni cepat sedar and bertaubat. Sampai bila nak kasi anak minum susu dari hasil gini kan. Or sebenarnya dia jual susu2 nih..eh, entahlah. Tgk muka, mmg nampak normal je couple nih..

Paling aku tak setuju bila pembuat vid ni nak masukkan bab politik plak. Come on la wey..Jgn la asyik nak salahkan kerajaan jer. Susah sgt ke rakyat kat Msia nih? Sila lah bersyukur dgn apa yg kita ada..Nak salahkan org, tunding jari tuduh menuduh tak perlu. Yg penting kita usaha nak majukan diri sendiri..

Enjoy the video...paling tak tahan background music. Seiring Sejalan yo...hahahaha


Feb 20, 2011

Sangat malas...

Eh...perangai malas aku akhir2 ni dah tak dpt di bendung dah. sangat2 malas okeh. nak bergerak amik air pun malas. nak jalan 5 langkah kalau boss panggil pun malas. rasa nak jerit je dari tmpt aku agak2 dia leh paham apa aku carutkan..hahaha..mmg sangat2 malas dah lembab dan berat dan melampau2 punya pemalas..

Hari2 gi keje, daddy Arsyad drive aku spt biasa tido dlm kete. Sampai office gi bfast, dia gak yg mkn roti bakar aku bantai nasi lemak or nasi goreng (i jarang mkn mlm, so pagi mkn heavy sikit *Alasannn!!!).. Pastu naik office aku try merajin2kan diri cergas buat keje..tp rasa malass..nak berckp pun malas, nasib keje tetap jalan..kalau tak mau boss pun benci tgk aku..hahaha

Weekend skrg daddy dah kembali gila dgn golf. tiap2 minggu gi menebas lalang2 kat golf course tu. Aku tak kisah nak ngadap budak kecik tu sorang. Tp dia punya peel tak reti main sorang2. Asyik2 la nak wrestling dgn mummy dia yg malas. Kejap2 ajak mummy masuk playroom main tulis2 la, kereta la, tembak2 la, sampai la dia suruh duduk dlm khemah dlm playroom tu tak keluar2 sampai aku rasa dah mcm duduk dlm sauna dah. Panas giler okeh. Pastu kejap2 nak turun minum air. Dah bwk air naik nak biskut plak. Dh bawak biskut naik nak coco crunch plak. Penampar nak??

Itu tak masuk lagi if dia boring dok umah. Ajak jalan keluar sampai rumah hujung lorong nih nak tgk dog umah cina tu. Jauhnya ada lah dlm 20 bijik umah kot. Peluh gak la ketiak. Pastu sampai sana if dia nak tgk 5 min je takpe. Ni if tak setengah jam tak sah!. Dah la nampak ktorg anak beranak mcm tgh terpegun tgk anjing yg kurus belaan jiran aku tuh. Serious pelik org tgk okeh. Tp dah peel Abdullah Arsyad if tak bwk, dia guling2 nangis smpi 2 jam sapa sanggup tahan? Dah bwk kejap YB Kajang pun happy la dah melawat kawasan. Layan lagi main ke, tgk Upin Ipin ke, sampai kul 1 lebih paksa dia tido. Paksa ok. Paksa. hahahaha. Siap ckp if Arsyad tak tutup mata, mummy nangis. And ko ingat anak aku dan2 tu nak sedih???..Berangan la Mummy...

Bila Daddy balik je lega selega-leganya. Sampai daddy suruh siap2 nak keluar pun aku tak nak sbb aku nak rehat je. Baru jaga anak sorang setengah hari dah gaya keje membajak sawah kan? over. Tp dah mmg penat nak buat mcm mana. Sapa2 ckp aku over, sila lah amik Abdullah Arsyad jaga setengah hari tgk. Aku respect sapa ckp anak aku behave, tak penat nak jaga. hahahaha..

Mlm plak kul 9 lebih dah tido. Pastu terus tak jaga2 sampai 5.30am keesokkan paginya. Itupun leh sambung tido lagi dlm kete on the way gi keje. Ntah apa nak jadi lah kan. Dah la daddy arsyad sikit punya baik mlm2 anak nangis dia yg bgn, anak nak minum ke, nak susu ke mmg sejak Arsyad 7 bln dia yg bgn. (iyer, saya sgt bersyukur dpt suami memahami gini. Sejak Arsyad 7 bln saya dah tak payah bgn mlm, itu semua adalah tugas dia. hehehe). Pastu pagi2 dia gak yg drive kete..hehehe..Tkpe la kan Daddy, asalkan Daddy dpt main golf hujung minggu..Mummy dpt bergusti dgn Arsyad pun Mummy happy (sila jgn percaya..hahaha)

Bila la aku nak cergas dan rajin ni. Penat la gini. Sbb aku mmg slalu terlompat2 pnya spesis. Berjalan mmg aku suka nak2 yg kuar pagi mlm baru balik. 5 shopping complex satu hari pun aku tak kisah. Tp skrg nak gi kedai mamak dpn umah pun bercinta okeh.

Byk entry nak buat sebenarnya. Entry Bali dari thn lepas tak update2. dok la dlm draft. Agak2 thn dpn baru update aci tak? hahah..Pastu nak tulis pasal Bday Arsyad. Eh, tgu la kerajinan menjelma..bila tu tak janji..tp harap2 cpt la..

Ni buat entry ni pun menguap dah 5x..ntah apa nak jadi mummy Arsyad nih..

Feb 9, 2011

Tak Sama Ke????

Sedih....sbb org ckp "Eh, si Arsyad ni muka sapa eh?? Mummy dia ke Daddy dia???...Hmmm...cuba try analyze gambar2 di bawah...

:: Masa baby org ckp features mcm Daddy..::

:: Color ajer mcm Mummy::

Tapi aku tak puas hati bila dok belek2 Arsyad and dok pikir muka sapa la Arsyad nih..muka sapa dia ikut???....

Mummy kah??

Daddy kah??

Or gambar bertiga baru leh nampak kot....

Muka sapa??

Muka sapa agak2??..

And if ada plak org ckp muka Mummy dia..org yg tak rasa muka Mummy tu kerut2 kening..mcm imposible sgt dia ikut muka Mummy...

Tak sama eaa???

Tak sama langsung kah??

Serious sikit pun tak sama??

Sikittttt pun tak sama???????

Well, pendapat org berbeza2 kan..Tp jgn la dok ulang2 ckp muka sapa la Arsyad nih..ikut kulit sapa la...mata sapa la...hidung sapa la..kalau in denial sgt, cuba tgk hidung kami...tak sama jugak?? sila korek bijik mata!!


Mengalahkan Nak Kawinkan Anak...

InsyaAllah sabtu ini, 12th Feb genap la si Abdullah Arsyad 2 thn. Mmg kejap masa berlalu, kang tau2 dia dah nak masuk sekolah, tau2 dia dah ada gf, tau2 dia dah nak kawin, tau2 aku dah nak jadi nenek..kekeke..mmg jauh sgt aku pikir dah nih..Tp alhamdulillah, sepanjang 2 thn bersama dia, amat2 bermakna dlm hidup ktorg suami isteri. Mmg byk cabaran nak besarkan dia, nak jadi parents yg sempurna utk dia, Alhamdulillah dia jadi bdk yg sihat.

Last year his 1st bday takde celebration besar. Sbb Daddy arsyad tak berapa suka nak buat2 bday party. Family aku plak mmg suka sambut bday. Tak kira la bday sapa2 pun dlm family tetap kami sambut even beli kek kecik share ramai2. Masa ktorg kecik lagi la boleh di katakan every year buat bday party. Arwah mak suka masak, suka panggil org makan. So setiap kali bday anak2 mmg buat makan2. Aku rasa dari umur setahun sampai 5-6 thn kot. Lpas masuk sekolah kurang dah sbb ktorg pun dah rasa tak berapa happening buat party time skolah sgt. If nak sambut pun mak masak, aku panggil kwn2 dtg rumah makan2.

And then last year sbb arwah mak tgh sakit. Agak keji la if aku buat bday party time mak sakit kan. So kami hanya buat kecik2 je. Beli kek kecik and KFC hantar school utk arsyad tiup lilin kat school, then beli kek and buat makan2 sikit kat Wangsa Maju dgn family aku. Janji bdk tu happy walaupun tak paham apa2 lagi masa tu..and spt biasa, hanya mak dia yg over excited terlampau..hahahaha


:: Lawak giler time ni dia takut tgk kek. Cikgu dia pegang terus dia nangis2:

:: So tpaksa la mak dia dtg menyelamatkan keadaan..dan mengambil kesempatan posing maut skali..hahaha::

:: Masih lagi confuse..apakah yg mummy aku suruh buat nih???::

:: Tetap dgn muka confuse::

Tp masa ni tak best sgt coz aku sampai lambat. Ramai bdk2 dah balik. Tapi takpelah janji Arsyad terpegun tgk kek dan confuse bila kena tiup lilin and potong kek..hahahaha

Then celebration kat Wmaju plak. Arwah mak baru kuar hospital gagahkan jgak masak utk cucu kesayangan. Nasi Ayam kegemaran kami sekeluarga siap ada kuih muih. Siap lagi belikan arsyad hadiah patung monyet yg leh joget. Sampai skrg jadi patung kegemaran Arsyad..

:: Eh, takkan confuse lagi kot Arsyad..::

:: Tgk la sapa yg terlebih happy sebenarnya. Bday boy masih confuse utk 2 hari berturut2..hahaha::

:: Yeay, dah mula happy sket..::

:: Makin bertambah Happy tp org baju belang tetap lagi happy terlampau..hahaha::

:: Muka Happy tak dpt di bendung lagik::

Bagi aku, mmg la tak payah nak bazir2 buat party2 besar bagai sbb it's just a bday kan. Tp aku rasa ada la certain level kita kena celebrate. Mcm 1st year tu kita celebrate sama our 1st year as a parents kan. Kita pun sama ada milestones. Sbb mostly development bdk2 mmg byk time 1st year tu. So apa salahnya kita celebrate just utk kenangan. Buat sekadar termampu. Jgn la ko nak buat party kat hotel ke, kat taman ke, sampai ribu2 kan. Pandai2 la budget..

This year bday celebration Arsyad lain sket. Friday ni akan sambut awal sket kat school sbb Selasa kan cuti Maulidur Rasul. If aku antar kek Isnin, takut tak ramai bdk kat school. Nanti dia sentap. Sbb skrg dia dah paham apa itu "Bebeday Yuyu". Dok la order nak kek Upin Ipin sejak 2-3 bln lepas. Siap order nak meehoon goreng and ayam goreng skali. Amboi..byk cantik. So bila anak dah mula excited, harus mak dia apatah lagi melompat excited kan. Hahahaha..

So plannya gini. Jumaat antar kek and food sikit kat school, Aku dah siap2 kan party favors utk bdk2 kat sana. Dlm 20 org kot. Brg2 Upin Ipin. Kata tema dia Upin dan Ipin. Nanti dah siap aku amik gambar tempek sini ok. DIY. Mmg murah banget cost dia. Beli secara pukal. Then lepas tu Saturday potong kek kat Wangsa Maju. Sana mmg acara wajib. Ramai cousins Arsyad menunggu nak celeb bday Arsyad. Then Ahad plak buat pertama kali beli kek potong kat Cheras. Sbb kebetulan bday Adam Mihael yg jatuh hari Ahad tu gak.

And yg paling penting sbenarnya ktorg lebih nak buat kenduri doa selamat. Kami bersyukur kepada byk benda yg jadi dlm hidup kami selama ni. So, masa cuti Maulidur Rasul tu ktorg buat la kenduri kecil2 kat rumah Cheras. Buat skali aqiqah si Arsyad since masa cukur jambul dulu tak sempat buat. Bdk tu kan suka binatang. So ada la peluang dia tgk 2 ekor kambing di sembelih nanti. Dok la tanya hari2 bila nak tgk lembu kena sembelih lagi..Puas ckp setahun skali tapi tak paham2..haihh..Kali ni tgk puas2 yer Arsyad..And kali ni lebih bermakna sbb utk awak..So masa tu nnti kenduri kecik2, aku siapkan gak favours utk kumpulan wanita yg baca yassin kat umah. Nanti amik gambar baru leh tunjuk k. Pun murah gak cost dia. Mummy Arsyad kan mmg terkenal dgn suka beli barangan murahan..tp best tau..hehe

Semua barang dah selamat beli smlm. Kek pun dah tempah. Nanti outcome aku amik gambar details yer. Tak sabar nak tgk muka happy dia tiup lilin this year. Sbb kali ni dia lebih paham, lebih excited, lebih teruja nak tiup lilin kan. Kita tgk la expression muka mamat tu nanti. hehehe..

Nanti la esok nak buat entry pengalaman beranakkan Arsyad..sbb dulu takde blog. Aku tulis kat forum je. Bagus gak tulis kat sini biar besar nanti Arsyad baca and faham mcm mana dia kuar dari perut aku kan..kekeke..

Ish, tak sabar mau tunggu weekend...