Pages

Feb 22, 2011

Haihhh..Rindunya..

Skrg ni rasa geram je dgn si busuk aku sorang tu. Bkn geram apa..geram2 sayang..hehe..bila dia ada dpn mata mmg tak larat nak melayan. Tp bila sampai je office, aku dah start rindu dia. Kang mula lah aku sms cikgu tnya dia buat apa..Lama2 cikgu pun nyampah dgn mak Arsyad nih..hehe

Smlm duduk berdua je dgn dia. Daddy outstation. Aku nak belajar berdikari. Dulu2 aku ajak cikgu2 tido rumah. Or aku tido rumah MIL. Tp lama2 aku penat. Sbb if ajak org tido rumah, kita tak tau org tu selesa ke tak kan. Even kita dah sediakan kelengkapan suma, tp still takkan sama dgn bantal and katil diaorg kan. hehehe..Cikgu2 Arsyad happy je if tido umah Arsyad. Tp aku naik segan. Sbb daddy Arsyad slalu outstation. Slalu plak aku ajak diaorg. Segan ahh..

So akhir2 ni ktorg belajar duduk sndiri. Aku amik Arsyad, siap bwk dia gi Pasar Mlm beli makanan, then aku kasi dia makan sementara aku telan cepat2 makanan aku. Sbb by the time dia abis je makan dia ajak aku naik atas terus. Tak kira la time tu aku tgh mengunyah ke, tgh tercekik ke, dia akan tarik tgn jerit2 ajak naik atas. So baik aku abis mkn dulu sebelum dia. Walaupun aku makan Nasi Lemak lauk Ayam Goreng (sedapnyaaa..hehe) and dia makan 2 ketul sausage je, aku ttp kena abiskan mkanan sblm dia..

Pastu naik atas tgk Upin Ipin spt biasa, then layan2 la berckp2 dgn dia. Perangai dia skrg mmg suka berckp. If main tu mulut sama laju dgn kaki n tangan. hehehe..Best layan bdk2 ckp nih..Tp penat gak. Pastu pujuk2 dia jom la tido Arsyad..mummy dah penat. Masuk bilik gelapkan rumah, dia takmo tido gak. Puas aku pujuk dia takmo. Aku pun buat2 tido. Start la mamat tu korek2 bijik mata aku..korek2 hidung, picit2 pipi nak kasi aku bgn. Tp dah bakat semulajadi mak dia ni leh tido walau dlm keadaan mcm mana skalipun. hehe.Last2 aku tersedar kul 10.30pm dia pun dah berdengkur sambil peluk bantal daddy..huhuhu..sedihh...

Ni nak share vid dulu2 aku amik masa borak2 dgn Arsyad. byk vid aku amik tp ni je la takat ni. yg lain panjang sgt malas aku nak edit..hehe

video

Pastu ni time Daddy dia baru balik dari course 3 minggu tu. Bkn main dah dpt Daddy balik jadi sombong giler dgn Mummy. Skali kena sakat nangis gak..hehehe..Tgk la kalau daddy dia mmg jadi pembela no 1 anak dia. Aku kalau kat umah mmg kalah je la memanjang..hehehe


video

0 comments: