Pages

Feb 20, 2011

Sangat malas...

Eh...perangai malas aku akhir2 ni dah tak dpt di bendung dah. sangat2 malas okeh. nak bergerak amik air pun malas. nak jalan 5 langkah kalau boss panggil pun malas. rasa nak jerit je dari tmpt aku agak2 dia leh paham apa aku carutkan..hahaha..mmg sangat2 malas dah lembab dan berat dan melampau2 punya pemalas..

Hari2 gi keje, daddy Arsyad drive aku spt biasa tido dlm kete. Sampai office gi bfast, dia gak yg mkn roti bakar aku bantai nasi lemak or nasi goreng (i jarang mkn mlm, so pagi mkn heavy sikit *Alasannn!!!).. Pastu naik office aku try merajin2kan diri cergas buat keje..tp rasa malass..nak berckp pun malas, nasib keje tetap jalan..kalau tak mau boss pun benci tgk aku..hahaha

Weekend skrg daddy dah kembali gila dgn golf. tiap2 minggu gi menebas lalang2 kat golf course tu. Aku tak kisah nak ngadap budak kecik tu sorang. Tp dia punya peel tak reti main sorang2. Asyik2 la nak wrestling dgn mummy dia yg malas. Kejap2 ajak mummy masuk playroom main tulis2 la, kereta la, tembak2 la, sampai la dia suruh duduk dlm khemah dlm playroom tu tak keluar2 sampai aku rasa dah mcm duduk dlm sauna dah. Panas giler okeh. Pastu kejap2 nak turun minum air. Dah bwk air naik nak biskut plak. Dh bawak biskut naik nak coco crunch plak. Penampar nak??

Itu tak masuk lagi if dia boring dok umah. Ajak jalan keluar sampai rumah hujung lorong nih nak tgk dog umah cina tu. Jauhnya ada lah dlm 20 bijik umah kot. Peluh gak la ketiak. Pastu sampai sana if dia nak tgk 5 min je takpe. Ni if tak setengah jam tak sah!. Dah la nampak ktorg anak beranak mcm tgh terpegun tgk anjing yg kurus belaan jiran aku tuh. Serious pelik org tgk okeh. Tp dah peel Abdullah Arsyad if tak bwk, dia guling2 nangis smpi 2 jam sapa sanggup tahan? Dah bwk kejap YB Kajang pun happy la dah melawat kawasan. Layan lagi main ke, tgk Upin Ipin ke, sampai kul 1 lebih paksa dia tido. Paksa ok. Paksa. hahahaha. Siap ckp if Arsyad tak tutup mata, mummy nangis. And ko ingat anak aku dan2 tu nak sedih???..Berangan la Mummy...

Bila Daddy balik je lega selega-leganya. Sampai daddy suruh siap2 nak keluar pun aku tak nak sbb aku nak rehat je. Baru jaga anak sorang setengah hari dah gaya keje membajak sawah kan? over. Tp dah mmg penat nak buat mcm mana. Sapa2 ckp aku over, sila lah amik Abdullah Arsyad jaga setengah hari tgk. Aku respect sapa ckp anak aku behave, tak penat nak jaga. hahahaha..

Mlm plak kul 9 lebih dah tido. Pastu terus tak jaga2 sampai 5.30am keesokkan paginya. Itupun leh sambung tido lagi dlm kete on the way gi keje. Ntah apa nak jadi lah kan. Dah la daddy arsyad sikit punya baik mlm2 anak nangis dia yg bgn, anak nak minum ke, nak susu ke mmg sejak Arsyad 7 bln dia yg bgn. (iyer, saya sgt bersyukur dpt suami memahami gini. Sejak Arsyad 7 bln saya dah tak payah bgn mlm, itu semua adalah tugas dia. hehehe). Pastu pagi2 dia gak yg drive kete..hehehe..Tkpe la kan Daddy, asalkan Daddy dpt main golf hujung minggu..Mummy dpt bergusti dgn Arsyad pun Mummy happy (sila jgn percaya..hahaha)

Bila la aku nak cergas dan rajin ni. Penat la gini. Sbb aku mmg slalu terlompat2 pnya spesis. Berjalan mmg aku suka nak2 yg kuar pagi mlm baru balik. 5 shopping complex satu hari pun aku tak kisah. Tp skrg nak gi kedai mamak dpn umah pun bercinta okeh.

Byk entry nak buat sebenarnya. Entry Bali dari thn lepas tak update2. dok la dlm draft. Agak2 thn dpn baru update aci tak? hahah..Pastu nak tulis pasal Bday Arsyad. Eh, tgu la kerajinan menjelma..bila tu tak janji..tp harap2 cpt la..

Ni buat entry ni pun menguap dah 5x..ntah apa nak jadi mummy Arsyad nih..

3 comments:

amiRAzlin said... [Reply to comment]

kasi kt untie lin jaga arsyad tgk dia bleh behave ke x..haha

ZuNas77 said... [Reply to comment]

hehehe..Auntie Lin kalau sanggup jgn malu2..meh la dtg Kajang Perdana..hehe

Selly Buke said... [Reply to comment]

pembawakan tu zu... hehe...
mmg ada masanya malaaaaaaaaaaaaaaaaassssssssssssssssss sgt2... tatau dtg dr mana semua hantu2 tu kan.. hehehe..