Pages

Aug 27, 2014

Happy 3rd Birthday Adelia!!!

Kisahnya...last weekend adalah birthday Adelia. yang ke 3tahun. Dah ada dua adik, Tapi perangai of coz feeling2 pwincess sangat. Manja melampau. Tapi nak marah pun tak terdaya sebab dia bkn paham sgt lagi. Dia rasa dia lagi berhak bermanja2 dari adik2 sbb dia lahir dulu. Boleh gitu? hahaha
 
 
Adelia lain sket. Lemah lembut sensitive sgt. Maybe sbb masa aku dpt dia, aku dah cuti tak keje duduk rumah 2thn. So hari2 dok mengulit dia. Sampai pindah balik KL, aku start keje balik masa dia dah nak 2thn. Hari2 bangun tido tgk muka Mummy. Makan dengan Mummy. Main dengan Mummy. Mandi Mummy. Gaduh pun dengan Mummy. Tiba2 kena berdikari, memang dia struggle sket. Tapi Alhamdulillah, now semua dah ok.
 
 
Dia memang berkaliber jadi kakak. Dia sayang adik2 dia. Tapi masalahnya Aleesya adik bertuah dia tu suka buli dia. So skrg dia jadi lembik sgt. Asal Aleesya dekat je dia dah jerit panggil mummy. Dia takut Aleesya gigit or lempang dia. Kadang2 tak tahan di buli dia lawan gak. Tapi selalunya dia kalah. Dan akan menangis berejam tak berhenti. Bila bangun tido dia pergi kat Aleesya and kiss budak tu, sambil ckp "Aleesya, hari  ni jangan buat kakak lagi yer". Hahaha...
 
 
Bila plan nak sambut birthday dia kat school mcm biasa, aku jadi nervous plak. Sebabnya Aleesya kan dah school situ jugak. Dia tu bukan boleh. Nak kasi limelight kat kakak? Jangan harap!. Aku takut tiba2 dia rampas cake and ckp dia punya. Kekeke..So hari2 selama dua minggu, kitaorg dah practice nyanyi lagu Happy Birthday to Adelia. Biar dia biasa. Mula2 dia tukar lirik. Dia nyanyi Happy Birthday to Cha (Aleesya)..haha..Bila aku explain ckp ini birthday kakak, dia cebik. But Alhamdulillah, semasa hari kejadian tiada adegan tarik cake or berguling tarik rambut. Dia faham itu birthday kakak dia. Cuma dia jelinggggg je kakak dia dari jauh. Kahkahkah..
 
 
Ahad 24th August birthday Adelia. Tapi boss aku organize pool party utk anak2 under one shelter home nih. So aku tolong la organize kan. dari booking tmpt, order food and cari goodie bags. Alhamdulillah all turned out well. Bila tgk anak2 ni, sayu je hati aku nih. Kuat and tabahnya mereka membesar tanpa mak and ayah kat shelter home. Tapi dah itu yg terbaik untuk mereka, Allah dan susun cantik2 perlindungan utk diaorg kan. Semoga diaorg membesar and menjadi anak2 yang baik.
 
 
Gambar takde. Sbb some of them are under protection. Ada yang mak ayah drug addict so family members hantar kat shelter home nih. So takut ada org cari diaorg ke apa. Aku bawak Arsyad and Adelia jer. Sbb Daddy nak ke kebun lak. So happy la Adelia dapat tiup cake hari tu. Wlaupun kawan2 dia tak kenal, dia tetap happy.
 
 
Hari Isnin, sambut kat school pulak. Aku tak pernah buat bday party anak spend duit byk2 mcm org lain. Tak berapa mampu ke arah itu. Nampaknya macam simple buat makan2 tapi boleh cecah ribu2 gak kalau sekali buat. So takpelah. Kita sambut bday kat school buat simple cake cutting je ye utk semua anak2. Memang sejak Arsyad setahun buat mcm ni je. Ok je anak2 aku happy hari2 cerita pasal dia sambut Bday. Cerita tu jadi modal sampai la hari jadi yg tahun hadapannya. Hahahaha
 
 
Theme kali ni Frozen. Budak2 skrg gila betul cartoon Frozen ni kan. Adelia kalau dengar je lagu Let it Go tu terus transform jadi Princess Elsa. Jalan pun slow kepit2 lenggang lenggok kuis2 rambut feeling pwincess. Geram rasa nak gigit je budak nih. Hahaha
 
 
Nak cari goodie bag Frozen amatlah payah. Puas aku naik turun GM plaza cari online bagai. Hampa. Sampai satu hari kwn forum Helly Dahlia letak kat wall dia. Dia ni pembuat cake. Sedap cake2 dia. Tiba2 dia buat goodie bag skali. Apa lagi. Laju2 order. Settled. Pastu suruh kakak aku goreng mehoon and drumet sket. Jadi la budak2 je pun nak makan kat school tu. Hehehe..
 
 
:: Doll cake from Helly. Cantik and sedap!!! ::
 
 

:: Birthday girl mula2 sentap sbb aku tak belikan dress frozen. Lupaaa..hahaha..Dah pujuk2, baru ok..::

 
:: Mummy will always stand by you, be with you in any situation at anytime ok my dear darling...::
 
:: Tiga beradik kat school. Lega bila si Aleesya tak membuli kakak on her big day :;
 
 
 
 
Pastu amik individual photo dengan kawan2 school. Takde satu gambar pun yang tak menunjukkan dia tak happy. Semua gambar dia tersenyum hati berbunga2. Mak mana tak cair...kan....sob..sob..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
:: Time makan of course beria. Tiga ketul cake utk dia sorang je. Hehe::

:: Goodie bag simple. Helly jual satu RM7 jer. Murah la bagi aku. Yang aku tambah is the exercise book, playdoh and drawing card Cu kasi. Thank you Cu!!. Berbaloi kan? Beg tu lawa sgt. Boleh bawak pergi swimming or playground isi air and jajan.
 
 

:: Last but not least, dengan abang kesayangan. Tolong jaga adik2 perempuan abg ni baik2 yer sayang. Amanah mummy and Daddy ni kalau2 Mummy and Daddy dah takde nanti.



:: Tengok gambar ni, habuk masuk mata pulak...sob sob...::
 
 
Begitulah simple celebration birthday Adelia. Memang tiap2 anak dapat treat yang serupa. Cuma kali ni lain sikit sebab selalu aku buat gak small cake cutting dengan family di Cheras and Selayang. Tapi skrg busy sgt. Nanti kita find time yer Adelia.
 
 
Tak grand langsung pun takpe. Janji anak2 happy. Berkali2 Adelia say thank you kat aku. Mummy dia seperti biasa touching lebih. Nak sebak je sentiasa. Hahaha
 
 
Happy 3rd Birthday sayang Adelia. Semoga membesar dengan sihat dan sempurna, Menjadi anak yang solehah. Mummy and Daddy akan sentiasa berusaha bersungguh2 utk mendidik dan membesarkan kamu sebaiknya...We loves you so much syg! muah!!!
 





1 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

happy 3rd bday Adelia! semoga menjadi anak yg solehah..


~ aunty fida~