Pages

Dec 27, 2010

Incredible India Part 5

Takmo cite byk..nak abiskan cite India..sbb ada org tu request, sbb dia nak gi India..

Ktorg keluar dari hotel kul 7am. Bgn tido siap2 kul 5am. Nasib dah siap packing segala2 mlm tu sampai 12am. Knowing daddy arsyad, dia amat tak gemar if benda2 tak settle awal2. So dia paksa aku gak packing brg2 mlm tu, then tido 5 jam, pastu siap2. Ngantuk gilerrrr..Bfast kul 6.30am, yg aku lalu makan roti jer..dah mcm sahur je gaya ni..Arsyad still tido..Still pakai baju tido..Lepas bfast, bermula la perjalanan kami selama 5 jam ke Agra...untuk menuju ke TAJ MAHAL..serious aku tak sabar masa tu..hehehe..

:: Ni toll nak enter Agra..giler okeh seluruh toll kena bakar, pastu kopak sana sini, pecah sana sini aku tak tau la rusuhan masa bila..tp tatappp bdk keje toll ni kutip toll dgn senyuman..hahaha::

Aku rasa 5 hrs journey from Delhi to Agra adalah sangat2 best. The first 2 hrs, Arsyad tido, then dia bgn, terus dia rasa mcm uwaaaa...bestnya..mcm live SAFARI!!..hahaha..sbbnya..binatang2 bersepah2 atas jalan sama sibuk dgn kereta2 and kenderaan yg lain. Kejap2 ko tgk kuda, unta jalan sbelah kete bwk barang. Then ko nampak sekumpulan lembu dlm 10 ekor jalan dlm satu group nak gi keje..hahaha..Siap if traffic light merah diaorg stop ok. Then hijau diaorg continue jalan balik..hahahhahaha...Giler lawak..baru la aku dpt rasa keunikan India. Sepanjang jalan mmg mcm2 benda ko leh tgk. Tp aku tak snap sgt..sbb aku terpegunnn..hahaha..sorry la yer..

:: Sempat aku snap show monyet ni masa ktorg stop kejap utk bayar tax bila masuk kawasan Agra. Comel ok monyet nih. mcm2 dia buat bila tuan dia suruh..Arsyad terpegun sampai terlopong..hehe::

Pekan Agra ni sangat kotor aku rasa. Berdebu jer..Ktorg mcm takut je nak turun tgk2 kawasan tu. Terus suruh Rakesh hantar ktorg ke Hotel. Nak check in and fresh up dulu sebelum keluar balik. Ktorg duduk Hotel Mansingh. Dlm hotel booking tulis 5 star. Tp bila sampai kesedihan betul la hotel. Seriously tak ubah mcm taraf motel je kat KL nih. Ntah mana dia dpt pengiktirafan 5 star aku pun tak tau lah. Siap bila kitoarg check in, dia keluarkan satu buku besar giler gabak utk record. Alamak brother..computer takde ke??

Dah mandi2, siapkan Arsyad. We all mkn dulu kat cafe hotel. Sepanjang ktorg kat India, mmg tak berani nak makan sembarangan. Mmg ragu2 tahap kebersihan kan. Kt hotel2 pun belum tentu selamat sebenarnya. Ada org ckp, if nak bukak mineral water pun kena pastikan botol tu belum betul2 bukak. Sbb ada je hotel yg isi botol2 kosong dgn air paip!!..uwaa..sampai gitu skali. So ktorg mmg extra carefull. Nk makan pakai tgn? boleh..lagi feel layan beriyani kan..tp nak basuh tgn pun guna air mineral ko...hahahaha..

Dah kenyang, ktorg pun masuk la ke kawsan Agra...sejarah Agra aku ada baca kat flyer dia tp panjang sgt la nak cite kat sini..korang pepandai la google ok..hahaha


:: Ktorg berhenti gi tandas kat hotel ni. Ni bkn hotel tmpt aku duduk. Tp nama ko tgk la gempak giler..MAHARAJA ok!!::

:: Ni la rupa building MAHARAJA hotel ni..dlm aku tak tau..maybe semua perabot di perbuat dari Emas kot..::

:: Bdk excited dpt tgk mcm2 binatang on the road di "LIVE SAFARI" hehehe::

:: Daddy kena gi cari susu Arsyad plak. Sbb stok aku bawak licin masa sampai Agra. Mana tak nya..selalu Arsyad minum 2x sehari. Kat sana dia bantai 5-6x sehari. Sejuk agaknya..Tp takde Enfa. Yg paling bagus pun NanPro. Bantai je lah..Kalau Arsyad takmo aku perah je susu lembu fresh kat sana..hahaha::

Nak masuk kawasan Taj Mahal tak boleh naik kete. Dlm 3km kot semua kereta kena parking dulu. Then masuk dlm beli ticket, pastu dia sediakan complimentary rides utk masuk ke dalam.

:: Choice no 1, Electric Van. ::

 :: This is what we choosed!!!..Apa barang dtg India naik kete electric..::

Arsyad suka gila-gila naik kete kuda tu ok. Aku dah tergelak2 sbb susah nak naik..Kesian aku tgk kuda tu..hahaha..Dlm 3km aku rasa nak sampai the Main Gate, then sampai je terus kitaorg di serang oleh peniaga2 souvenir kat sana..Uish..seriously annoying giler. Ko dah ckp takmo pun, dia ikut je merayu2 kat ko..Eh lupa nak ckp, ktorg sampai2 time beli ticket tu ktorg amik Tour Guide. Walaupun Rakesh driver ktorg dah warning jgn amik Tour Guide, tp sbb mamat Tour Guide ni offer harga murah giler, ktorg amik je. Tp ada cerita di sebaliknya..hahaha..nnti la aku bgtau..

:: The Main Gate of Taj Mahal::

:: Close up sket..Kat dinding dia tu tulisan TANGAN ayat2 suci Al-Quran..and mind you..gate biasa ni pun amatlah besar dan tersergam indah dpn mata..ni baru gate, dah aku terpegun dgn senibina dia..::

:: Complimentary package masa beli ticket. Dpt sorang sebotol air mineral and shoes cover.::

:: Di mana2 jua tmpt kat India ni semua ada security check gini. Nak masuk hotel, shopping complex, semua lah. Mmg dia check segala2 siap bukak2 beg lagi..ye la byk case kan..::

:: Ni sebahagian dari bangunan kiri kanan lepas entrance. Ada bilik2 utk gundik2 si Shah Jehan tu.ada dlm 500 bilik aku rasa..::

Nasib la aku amik tour guide gak. Sbb dia amatlah bersemangat nak cerita pasal sejarah Shah Jehan dan Taj Mahal ni. Shah Jehan tu kan raja diaorg dulu. Then dia dgn bersemangat cerita asal usul Agra, family structure raja2 ni suma. Aku ni dah terpegun dgn bangunan keliling. Sampai je Main Gate aku terus snappy2 and tgk keliling. Dia dok bebel2 cite sejarah bagai. Terus dia ckp gini kat aku

" Ma'am, listen to me first. take picture later."

Hahaha..sentap okeh!!..ye la dia mmg semangat bercerita kan..So aku pun dah kena sound gitu, dgn la cerita dia. Bagus gak. Takde la ko gi melawat buta gitu je kan. Dpt la lawatan sambil belajar sekali..

Bila lepas je Main Gate, dari jauh aku nampak TAJ MAHAL!!..Ya Allah, cantik giler..mmg terpegun betul. Ktorg diam je tgk dari jauh..Mmg betul la org2 ckp kat aku..Once ko sampai, then tgk Taj Mahal dpn mata..perasaan tu mcm tak dpt nak ckp..rasa mcm...waaa..cantiknya..waa..waaaaa.waaaa..itu je la yg leh aku tulis..hahahaha

:: My very first snap of the incredible Taj Mahal..::

:: Bersama lembaga hitam..hahaha::

Oh, kami adalah bernasib baik sbb sampai Agra hari khamis. Sbb esoknya jumaat, Taj Mahal tutup utk lawatan okeh!!..Nasib la Rakesh tau. Kalau tak nangis if sampai sana Jumaat kan. Org ramai gak. Tp tak la sesak sgt. Maybe sbb bkn weekend kot. Tour Guide aku pandai explain satu bersatu keunikan Taj Mahal. Dari part paksi simetri, sampai part angel2 yg menakjubkan, part sejarah ko jgn ckp la kan. Sekali ko tanya dia What this..What that.. Dia akan jwb "Ma'am, don't u listen to my explaination ealier?".hahaha..Garang okeh Cikgu Sejarah Taj Mahal nih...

Lagi satu, ko akan di approach oleh sekumpulan Photographer. Dari Main Gate, ktorg berjaya tepis sbb dah bwk camera sendiri kan. Diaorg offer Rp100 = RM7. Takmo la..malas. Then bila masuk. Sorang lagi offer Rp60 = RM4.20. Eh, mcm best kan. Pastu dia tunjuk la gambar2 yg dia snap semua cantik2 sbb dia tau angel mana nak amik. So, ktorg amik la..Tp ini jugak ada cerita di sebaliknya..hahahaha..Nnti aku cite..

:: 1st Family Pic at Taj Mahal.::

Byk giler gambar..korang tgk la sampai montah..hahaha..Photographer tu beria2 snap suruh posing sakan segala. Dah gaya amik gambar majalah dah tau. Kalau gaya majalah Vogue aku tak kisah. Ni sah2 la gaya hindustan pnya hero n heroin diaorg suruh tiru..Yg aku pelik, ktorg mcm kena pukau je ikut je semua ckp dia. Bila dah dpt gambar..masing2 rasa malu tgk gambar sendiri..So, ada beberapa gambar yg aku kena buang sbb tak sanggup nak tgk aksi sendiri..hahahaha




:: Dia pun nak buat gaya gini gak..::






Giler okeh. Segala sudut dia suruh ktorg posing. Daddy Arsyad dah penat dah. Dah suruh dia stop. Tp dia plak naik sheikh. Siap ckp 1 more sir..1 more sir..tp tak abis2..hahaha..

Pastu start la nak tour masuk dlm plak. Tp tkleh amik gambar. Daddy kata snap je la diam2. Tp aku takmo la sbb nak respect Mumtaz Mahal kan. Sbb tujuan diaorg tak kasi amik gambar is nak protect keaslian dinding2 dlm tu. Coz flash camera boleh effect marble dia. Oh lupa nak ckp. THE WHOLE Taj Mahal di perbuat dari MARBLE. Iyer..mcm susah nak di terima akal..tp mmg dari marble seketul2 yg di potong menggunakan tangan dan alatan org zaman dulu, yg di bentuk sampai la menjadi Taj Mahal yg tersergam Indah. Mengambil masa 22 tahun nak siap, dgn tenaga kerja sebanyak 20 ribu org..Giler kan??

:: Kena pakai shoes cover sbb takleh mencemar lantai Taj Mahal. Nak kaki ayam pun boleh tp bila ko tgk org2 dia masuk semua kaki ayam, confirm ko takmo cabut kasut ko..hahahaha::

Dlm tu..mmg gelap. Tapi still nampak la samar2 sbb ada cahaya matahari masuk. Tour guide aku ckp diaorg mmg saja takmo pasang lampu. Sbb again, nak protect the originality of d marble. Ada pun satu lampu gasolin kot..kat tgh2 tmpt makan Mumtaz Mahal tu. Tp itupun bkn makam sebenar. Diaorg sorok kat belah bawah bangunan Taj Mahal. Tunjuk kat org ramai replica je. Sbbnya, terlalu byk la plak org buat pelik2 dpn makan tu. Yg replica ni pun org buat gak. Pelik aku tgk. Siap bila masuk tu, masing2 cium pintu, cium lantai. Pastu kat tgh2 baling duit syiling, Pastu cium2 dinding. Haihh....manusia pelik..

Yg best bila dia explain pasal senibina dlm tu. Coz batu2 ukiran kat dinding semua dari batu2 special dari seluruh dunia. Yg di ukir satu2, di bentuk jadi bentuk bunga, daun, pastu di ketuk and di pahat kat dinding satu-satu. Tp mmg sekeluruhan dinding ada ukiran batu tu. Aku takleh bayangkan betapa tension nya org yg kena buat kerja nih. hahaha..Tp mmg menakjubkan la seni ikuran dia. Semua sama size, nampak sama rata je. Ni org yg beratus thn dulu pnya keje tau. Yg takde machine2 potong batu, takde alat2 canggih. Ish, terpegun aku. Siap ada satu batu kaler merah ni, datang dari Egypt, bila ko amik torchlight, letak atas batu tu, terus terpancar sinaran cahaya kaler oren plak dari dlm batu..hehehe..special..special..

Sejarah Taj Mahal pun if aku nak cite mmg penuh la entry nih. Tp secara ringkas, Shah Jehan buat utk isterinya yg ketiga iaitu Mumtaz Mahal. Dia ada 2 org isteri sebelum ni tapi takde anak. Dgn Mumtaz, dia ada 13 org anak. Dan Mumtaz meninggal dunia masa melahirkan anak no 13 masa dia umur 35thn. Shah Jahan sedih sgt. Sbb Mumtaz ni dah la cantik giler, bg dia anak berderet plak tu. Then Mumtaz ada suruh dia janji, if Mumtaz mati, dia tak boleh kawin lagi, dan dia kena buat something utk sentiasa ingat kat Mumtaz dan di kenali seluruh dunia. So here u go.. The Incredible Taj Mahal. Still dlm list 7 wonders in d world even tho mcm2 bangunan and architecture yg ada zaman skrg ni kan..Then dulu Shah Jahan letak satu batu yg sgt2 cantik, dkt bahagian atas Taj Mahal ni. Setiap mlm, cahaya bulan akan terpancar tepat kat batu tu, then pancaran dia akan pergi plak tepat kat Istana Shah Jahan kat Agra Fort sana. Kira tiap2 mlm mamat ni akan tgk la cahaya batu tu dari Taj Mahal utk dia melepaskan rindu..Tp batu tu British dah amik masa diaorg menjajah dulu. Smpi skrg India tak dpt balik so ada kat museum kat UK nun..Bedebah betul kan..Yg tak best pasal cite Taj Mahal ni plak, Lepas siap je Taj Mahal, semua buruh2 yg buat ni telah di butakan mata, di potong kaki dan tangan, sbb diarog takut buruh2 ni akan buat another Taj Mahal kat tempat lain..Kejam..Kejammm!!!!..

:: Ni view kat belakang Taj Mahal. Sungai apa ntah yg datang dari New Delhi yg jauhnya 200km dari Agra. Yg kubah ni adalah batu asas sbb konon2 Shah Jahan nak buat another Black Taj Mahal (taj mahal pakai marble hitam plak) kat sini tapi anak dia tak kasi sbb memakan belanja yg tinggi. Asyik nak abiskan duit rakyat jelata je kan..Nasib anak dia bijak::

Selebihnya, layan je la Shah Jahan kecik aku ni menghiburkan diri kat sana. Aku lega sgt2 sepanjang lawatan sambil belajar ni dia behave sgt2. Dok dgn penerangan tour guide mcm la dia paham...Bila aku ckp waa..cantiknya..dia pun ckp waaaa..antiknya...hahaha..layankan aje la hero kesayangan aku tuh..

:: Of coz aksi memanjat mesti ada::







:: Comel tak mereka2 ini??hehe..Arsyad malu2 la plak..dpt bergambar dgn Aishwarya Rai, Madhuri Dixit, Rani Mukherjee, and SRK. hahaha::

Ktorg abiskan masa dlm 3-4 jam dlm tu. Ye la bila lagi nak dtg kan..Mau time Arsyad dah beranak pinak bwk aku jalan2 time aku dah tua nanti kot..hahahaha..Mmg puas hati la even tho jauh perjalanan nak sampai sini kan. Rasa terpegun betul tgk keindahan Taj Mahal yg ko susah nak gambarkan keindahan dia dgn kata2. Gi la tgk sendiri baru korang tau..hehe

Dah nak balik, photographer aku pun sampai dgn membawa gambar2 yg dia dah print. Mmg cantik semua gambar2 sbb dia print 5R. Peha aku pun nampak lebih gabak di situ. haha..Then dia mintak payment, dia ckp semua skali Rs1,980. Aku pandang laki aku, dia pun pandang aku. Eh, kata tadi Rs60? Then dia ckp "Yes Ma'am..Rs60 per snap. I have snap 33 pcs of your picture. So the total is Rs1980". Lahabau betul kan? Salah kitaorg gak nape tak tanya betul2. Eh, entahlah..mmg nasib tourist mcm ni kot. Kena kencing je memanjang. Ktorg pun malas la nak cite byk. Pastu bila mintak soft copy, dia kata itu tak masuk dlm package. Itu kena tambah Rs1,000 lagik. Rasa nak sepak je kan? Bila Daddy Arsyad dah ckp pun tukar tune, baru la dia ckp dia leh kasi free..Amboi..melampau..

Bila dah kuar je dari gate Taj Mahal tu rasa penat giler. Ye la dari pagi gerak from Delhi, then sampai2 rehat kejap jer pastu terus menjelajah Taj Mahal, mesti la penat giler kan. Arsyad pun sehari suntuk tak tido. Suka betul dia. Then nak keluar tu Tour Guide aku bwk la gi kedai sourvenir. Ktorg pun beli la sikit2 utk kenangan.


:: Bdk ni dah buat hal dlm kedai yg penuh dgn barang mudah pecah. Mummy dia pun rasa ringan tgn je nak cubit dia.::

Nak kuar dari kawasan Taj Mahal tu amatlah payah. Dgn peniaga yg kejar2 suruh beli dari dia. Ktorg naik je kete kuda, sorang mamat jual tshirt ni kejar kete kuda tu sampai 2km ok. Daddy kesian beli la dari dia even to duit rupiah dah abis dek kerana photographer yg kencing tu. Dia kata takpe duit RM pun dia amik. So beli la tshirt Taj Mahal RM50 dpt 15 helai (Asal dia offer RM100 for 10 helai. Byk cantik RM10 sehelai taraf baju bundle kat KL plak).

Dgn penat2 cari Rakesh, nak masuk kete nak bayar tour guide, sekali lagi rasa nak sepak muka dia bila dia ckp total Rs900. Aku ingatan masih kuat bila dia offer tu harga dia Rs100. Sbb mula2 gini, masa ktorg sampai kat tmpt beli ticket tu, ada sorang tour guide ni offer Rs100 = RM7. Aku rasa mcm tak masuk akal la charges dia tu kan murah sgt. Aku tanya betul2 dia bawak semua tempat, ikut ktorg dari awal sampai abis ke? dia ckp yes semua. Ok lah dah double confirm kan. Then lepas beli ticket, dia ckp dia ada emergency, dia kasi ganti kwn dia lagi sorang. Tp jgn risau, diaorg sama. Company sama. So harga sama lah. Org gantian ni yg bwk aku jalan. Mmg la bagus dia bersemangat explain everything, Jaga kitaorg bila peminta sedekah kejar, penjual2 jalanan merayu2 bagai. Tp bila tiba2 dia ckp Rs900, apahal plak? Bila aku tanya, dia ckp harga kwn dia mmg Rs100, tp harga dia Rs900. Aku confirmkan harga kwn dia, tp aku tak pernah tanya dia berapa harga dia plak? Ish, putar belit alam plak. Bila aku tnya sebelum tu dia dok ckp "Same..Same..dun worry". Skrg ni sapa nak worry ni??? Terpaksa la ktorg bayar dgn USD sbb Rupee mmg dah abis langsung.

Sakit hati tak? So korang2 yg nak pergi Taj Mahal. Sila berhati2. Diaorg mmg dah licik bab2 tipu tourist nih. Bila ktorg balik Delhi, tnya kwn laki aku, utk harga utk tourist guide sebenarnya adalah Rs500 = RM35. Kalau dia offer lagi rendah dari tu, maknanya dia akan try nak tipu ko mcm aku kena tu. If dia offer lagi tinggi dr tu, kirim salam saja. Harga utk photographer plak ialah Rs25 sekeping. Tp ko leh ckp max ko nak berapa keping. Mcm case aku, kalau 33 keping gambar cun melecun, patut aku bayar Rs825 = 58.00 jer. Mana nak dpt kat KL photographer service siap print gambar size 5R 33 keping RM58 kan? so ingat yer..ini je la harga patut sebenarnya. Lebih pada tu, boleh jalan, kurang pada tu, siap la ko terkejut bila dia bagi full price nanti. hahahaha..

Apapun, aku anggap ni pengalaman berharga. Sbb nothing can beat perasaan aku saat tgk Taj Mahal dpn mata. Segala kepenatan, sakit hati kena tipu, hotel pun ala2 kena tipu sbb ckp 5 star padahal mcm motel, tak kisah lah. Janji pengalaman ni tak dpt aku dpt kat mana2 kan..

Mlm tu ktorg mmg dah tak larat nak kuar mana2. Makan kat hotel je. Then tido. Esok pagi2 gerak balik Delhi. Org hotel suruh singgah market kat Agra. Tp tak larat ler. Nak singgah Agra Fort tmpt istana Shah Jahan dulu pun malas. Layan je gambar dlm perjalanan balik ni sampai battery camera aku out.


:: Pemandangan biasa di India. Mmg ramai2 naik lorry if nak kuar dari kampung masing2 kot::

:: Mcm ni je bwk sayur ok..hehe::

:: Confirm aku tak masak if dia hantar tong gas mcm ni kat rumah aku::

:: Ada sapa2 nak beli Blackberry? hehehe::


:: Eh, terselit gambar bdk happy jelir lidah::

:: Selamba ok mandi tepi jalan. Ini mmg betul2 tepi jalan::

:: Daddy dipaksa Arsyad turun amik gambar dgn sekumpulan lembu..hahaha..mmg nampak jakun sungguh::

:: Kalau terserempak dgn JPJ kena saman tak? hahaha::

:: Aku terpegun tgk shopping mall yg besar dan baru di tgh2 pekan Agra::

:: Sempat senyum mamat dlm cab nih::

:: Ini bkn masjid. Ini kuil yer..iyer..kuil org Punjab..::

:: Aku kira berapa ramai naik tut-tut ni..jgn tak percaya 9 Orang!!!..iyer..SEMBILAN ORG satu tut-tut::

:: Elok je sekumpulan lembu nak gi keje sama2..hahaha::

:: Ni kat kedai sourvenir. Diaorg claim diaorg keturunan ke-8 yg buat Taj Mahal. Apa2 la..aku dah tak heran if diaorg tipu sbb dah byk kena tipu sejak sampai Agra::

:: Stesen minyak. Tgh2 ada lubang besar kalau termasuk nsib ko laa::

:: Agra Fort dari jauh jer. Giler besar and luas..Confirm aku boleh turun 10kg if aku gi melawat::

:: Sangat besar dan agak mengagumkan::

:: Pic dgn guard Hotel. Suka outfit dia..hehehe::

:: Byk sgt sourvenir yg cantik2. Duit je tak berapa nak ada::


:: Last pic sebelum camera aku out of batt. Budak ni comel. Mcm biasa pengemis jalanan. Tp ntah aku rasa nak bagi dia duit, sbb dia comel. Coz bila aku kuarkan camera, dia nyorok. Then bila dah bagi duit, dia gi jauh sket, pastu dia joget2 sambil tunjuk2 duit tu..hahaha..comel!!!::

Finally abis gak entry Taj Mahal..hahaha..nnti la aku sambung entry last day in Delhi utk menamatkan entry India Trip aku..InsyaAllah entry tu akan abis sebelum bermulanya thn depan..hahahaha