Pages

Dec 11, 2013

Mintak Ampunnnnn....

Cak!!...hahaha...dah berbulan2 mau makan tahun baru lah nak timbul kan...miahahaha...ampunkan kami penunggu gua...kekeke

Sebenornya...kali ni punya pregnancy tahap kemalasan mengalahkan tapir di dlm hutan..hihi...mmg malasssss la sungguh nak bercerita berceriti kat blog kesayangan nih...aku draft punyalah byk entry..tapi tak pernah nya nak abis tulis..hihi...buruk sungguh perangai..

Lagipun..aku pikir, alah...aku sorang pun yg nak baca...walaupun ada gak kawan2 di alam maya dan reality yg tanya "Hoi...ko bila nak update blog?" tapi aku anggap mereka berdusta...saja la tu dah takde blog lain nak baca...menantikan aku update sbb kebosanan kan? hehehe...

Sampai la waktu aku dah sarat..dah cuti dok umah..ok la leh la isi masa senggang nak update blog..skaliiiii...username and password leh lupa...boleh???? puas aku pikir...tak gak dpt igt apekah password yg aku guna..pastu request la new password..dia pi hantar kat yahoo email accnt aku..Masalah lagi satu..aku baru tukar phone, yahoo acct set kat hp lama..nak set balik kat hp baru..punnnn lupa password...Miahahaha..pastu..request la password baru kat yahoo tu..dah dia pi hantar plak kat lagi satu gmail accnt..punn dah lama tak guna..punnn lupa password....kahkahkah

Iye..explaination yg mintak kena hempuk kan? Itu la org ckp jgn mkn kepala ikan byk2..hahaha....pastu aku dah selamat beranak..yes, 20th Nov dah selamat melahirkan anak ke ompek merangkap putera kedua..Abdullah Aqil Bin Nasruha..(cite detail nanti2 k). 

Pastu...aku pun saja tgk2 blog aku nih..eh, ada traffic..siapakah? pastu nak tgk tak boleh sbb tak boleh log in remember? Terpaksa la aku kumpul kekuatan nak dptkan balik password..Dengan semangat yg tinggal sisa2 je nih..dpt gak la password baru ku...hiihi..

Tgk kat comment box..aik...ada org tinggal comment..mengapakah diriku tak tau? oh..notification sampai kat yahoo accnt..and yahoo accnt tak access pun..hahaha...

Tetiba tgk satu comment ni..Aih sebak plak akak rasa dik....ada pembaca rupanya..huhu..Sorry la ye dik...Terima kasih sbb khatam entry2 akak...huhu

Akak.. mana la akak pegi ni.. selalu silent reader aja.. Dari mengandung dulu, pastu berpantang, pastu baby dah masuk 10bulan dah, siap fa dari suri rumah skang nih dah buat bisnes dah, dok baca blog akak sampai la skang ni, pelik lak bila asal masuk aja entri lama.. ok ka.. dah dekat nak due dah kan.. sampai dah khatam dah start post diet detox tu, fa baca abes semua post akak.. hehehe.. abdullah arsyad sampai la ke adik2 dia suma dah terhafal dah nama... hope akak sihat ek.. salam kenal.. Farah. on The power of REDHA...
 
Tgk comment Farah ni terus bersemangat...Terus aku cari web designer baru..Terus mintak dia designkan blog baru...Ye la header tu anak dua je kan..ai dah jadi ibu kepada empat anak..harus la tukar..hihihi
 
InsyaAllah..akan cuba active mcm dulu ok..sbb aku ni di dunia reality pun becok ckp tak berhenti...di dunia maya apatah lagi kan.....harap2 skill tak berkarat lah..ye la kita igt apa kita tulis ni merapu2...tapi kadang2 org baca org suka je..Mcm aku gak..aku suka je baca blog emak2 yg update pasal anak2, pasal apa dia masak, activity diaorg..nampak mcm kepochi..tp ntah suka je..ikut preference masing2 la kan.....
 
Dah siap blog design baru ai nanti kita active2 balik kay...ni dah kul 2pm, org baru 3minggu berpantang ni nak masak..baru nak mkn lunch..hehehe
 
Sehingga berjumpa lagi...
 
Eh, last..yg ramai sgt tnya aku no contact Pak Yayat tu...sila amik no baru dia nih ha...
 
Klu boleh nomor hpnya di Blog ganti Ka Zu.no tu di tmpt sy yg baru line kurang bgus..nomor yg baru +6281212871337.bgus line nya tq

Add beliau di Fb under Yanuar Tour.....Pak Yayat dah bercucu, tapi panggil aku Kakak...Gegurl confuse sgt nih..hahaha...

Last sekali..terima la gambar my new addition to the family...Lepas ni dpt green light utk berehat sebentar...penat woh pregnant tiap2 thn...tapi takpe, penat yg membahagiakan..hihi..Gatai!

:: Masa berumur dua jam..hihi::
 

:: Berumur 6 hari..tak suka bedung..suka tido mengiring..::


 Ok bai...
 

Sep 22, 2013

The power of REDHA...

Arini ada mood sket nak bercerita kat blog ni. Bkn apa, mudah-mudahan jadi la pengajaran kat org yg membaca kan. Padahal ntah sapa2 la yg baca blog aku nih. Tgk traffic mcm laju aje. Ada gak org yg suka baca kisah mak2 yg bosan nih. Hahaha..
 
Ok back to the story. Kitaorg ni slalu weekend memang jaranggg sgt2 nak ada plan gi mana2. Selalu lepak2 kat rumah, siapkan keje2 rumah je lah. If ada jemputan Birthday ke, kenduri ke, ok lah. Itupun jarang2 la dapat pergi. Berehat2 di rumah dgn askar2 tu lagi afdhal. And selalu Daddy la kebosanan. Dia suka bawak anak2 jalan. Aku plak dgn dah sarat skrg, tak suka jalan tanpa tujuan. Kena kasi tau apa nak di cari, apa nak di beli. Baru aku slow2 je gi bersiap. If not, memang dgn baju rumah je la aku dok siapkan keje2 kat umah yg tak berkesudahan tu. Lepas basuh kain, sidai. Lepas sidai, lipat. Lepas lipat kain, kemas dapur, kemas bilik2. Ada je la. Itu tak termasuk hal utk anak2 yg terselit2. Nak suap makan, mandikan, tidokan, bla bla bla...
 
 
Lagipun, jalan dgn tiga org budak kecik ni lain mcm havoc nya. Arsyad memang semua sedia maklum la tahap energy dia macam mana kan. Berlari satu hari pun takkan penat budak tu. Now yg sedang meningkat naik tu si Adelia. Lari ikut abg dia. Boleh la kejar dua2. Tapi bila sorang belok kiri, sorang belok kanan, mana satu ko nak kejar dulu? Aku sah2 dukung Aleesya and if kejar pun, sampai esok belum tentu dapat tangkap diaorg. Hahaha..So Daddy la menjadi mangsanya...
 
 
Gi Jusco. Lunch dulu. Lepas lunch, gi supermarket dia cari pampers. Jusco ni aku noticed pampers mamypoko dia murah. So amik trolley, sumbat anak2, sumbat pampers. Yg Daddy ni, time ni plak dia nak bwk clutch dia. Ala beg yg kecik tu yg dia slalu kepit kat ketiak tu. Time gi keje ok la bwk. Sbb tak kena handle anak2. Time weekend ni, dgn nak pegang anak, amik brg, kejar anak, leceh sket la kan. Nak sumbat dlm handbag aku tak muat la plak. So dia dgn confidentnya selitkan kat belakang pinggang Aleesya yg duduk dlm trolley jusco tu. Sbb dia rasa dia still leh nampak beg tu. Depan dia. Belakang badan Aleesya. Takkan hilang punyalah rasanya kan..
 
 
:: Tu ha..nampak beg kecik hitam belakang Aleesya tu? Time aku snap gambar ni, Daddy g tgk2 kasut utk Adelia. If aku plak tgk barang, dia jaga trolley. Begitulah bergilir2:
 
 
 
Sampai kat bahagian baju bdk2, Daddy nak cari track suit tido Arsyad. Aku jaga trolley. Pastu Adelia mengamuk2 menangis2 nak ikut Daddy. Sbb gaduh dgn Arsyad dlm trolley. Tak muat nak duduk. Daddy pun turunkan dia. And igt kan elok la dia kat luar kan dok diam sorang2. Skali dia lari gi tmpt main budak2 tu. Aku plak igt Daddy nak kejar, tapi elok plak dia pilih2 lagi seluar Arsyad. And aku dari jauh dah tak nampak kelibat Adelia. Tak seriau darah ko? Dgn pantas aku pun jerit je suruh Daddy tgk2 anak2 dlm trolley (jarak antara Daddy dgn trolley tak jauh, memang boleh nampak), and aku kejar Adelia. Laju ok aku lari. Tak sedar dah bawak perut. Berdebar2 dada takut bdk ni hilang. Ye la dah mcm2 kes kan. Benda nak jadi, tak nampak 5saat je pun anak dah leh lesap dari pandangan. Alhamdulillah, jmpa dia elok je kat dlm tu nak gi main mainan semua. Aku ckp gi jmpa Daddy mintak duit dulu. Dia nangis guling2. Pujuk2, baru ok sket. Dia g kat Daddy, seluk kocek mintak duit. Hahaha
 
 
Aku plak, terus ke trolley balik, and Q utk bayar. Daddy dah kasi baju2 dia pilih utk aku bayar. Pastu Adelia lari balik g tmpt mainan, Daddy g kejar. Mata aku ni dok tgk diaorg, sebab aku takut Daddy tak jumpa. Adelia kan kecik. Menyelinap kat celah2 raga letak baju  tu, mana nak nampak sgt kan. Aku tgk Daddy dah ke hulu ke hilir jerit nama dia. Adoilaa....Tak lama lepas tu, nampak Daddy dukung dia. Nasib jumpa! Tgk dia meliuk lintuk badan mintak di lepaskan.
 
 
Aku plak? Q kejap, dah settle bayar. Done. Pstu Daddy terus ajak balik. Penat dah katanya. Baru sejam lebih keluar nih. Hahaha..Pastu nak return trolley, dia tiba2 jerit "Mana beg clutch i??" dia refer beg kecik belakang Aleesya tu la. Aku ni plak blurr terus. Beg? Mana? Eh, dah takde. Sudahhh...anak tak hilang, beg plak hilang..
 
 
So ktorg pun kalut la g tmpt baju2 tu balik cari kot2 tercicir. Takde. Confirm la kena amik ni kan. Aku syak masa aku tinggalkan trolley kejar Adelia lari. Daddy terus g jmpa guard yg tgh bertugas tu, buat report. Elok je dia isi form, ada 2 org belakang dia tgh kecoh benda yg sama. Wallet hilang dlm beg! Dia perasan ada org langgar dia, tp dia tak syak apa2. Nak bayar, tgk dlm beg wallet dah takde.
 
 
So kecoh la kami2 ni kat kaunter tu. Daddy kata dia yakin hilang kat kawasan tu. Sbb masa dia pass kat aku baju2 nak di bayar tu, dia prasan beg tu ada lagi. So nak mintak la guard tu tgk cctv. Tapi tak boleh! Sebab? kena pergi buat report dulu, bawak polis dtang balik utk tgk cctv. Haiyohhh....By that time, memang pencuri tu pun dah balik tido kekenyangan kan...Sbb aku dgn Daddy yakin sgt penyangak tu masih ada kat kawsan situ. Jarak masa lepas aku bayar kat cashier and nak pergi return trolley is less than 5min!. Lain la tak sedar bila beg hilang..
 
 
Tapi takpe. Dgn bdk2 dah nangis takut and kepenatan tgk ktorg kelam kabut. Aku ckp kat Daddy, buat je report dulu. Pastu balik antar aku umah MIL. Pstu dia gi Balai. Nak lama2 argue kat sini pun takde guna. Lpas Daddy gi balai buat report, bawak polis g jusco tgk cctv. And guess what........di manakah kejadian pencopetan berlaku....
 
 
Betul2 depan mata aku okeh!!..DEPAN MATA. Daddy kata dlm CCTV tu, aku tgh Q utk bayar. Beg tu masih di belakang Aleesya. Pastu kan aku asyik terpandang2 kat Daddy yg kejar Adelia. So eye contact aku dah ke laut. Datang DUA ORG PEREMPUAN CINA, Buat2 terlanggar trolley aku. Aku toleh. Tp dia pandai. Dia ada pegang satu baju yg ada hanger, baju tu cover lagi satu tgn dia yg tarik beg tu. Dlm CCTV jelas nampak dia amik beg tu. Dari aras mata aku plak, if aku tgk pun, aku akan tgk baju tu. Tak nampak dah beg and tgn dia bawah baju tu. And the sad part is, perempuan itu adalah perempuan MENGANDUNG. Tak tau la mengandung betul ke tak. Tp dlm CCTV nampak perempuan mengandung la...
 
 
Dah amik beg, dia pass kat kawan dia yg dah ready kat tepi. Pastu jalan buat derk. Aku plak terus bukak handbag, amik wallet and bayar. Tak terpikir langsung pompuan tu langgar and sempat grab beg tu.
 
 
Licik betul kan? Aku ckp kat Daddy, takpelah. Memang ktorg cuai. Ada ke pi letak beg kasi tayang mcm tu. Walaupun kita confident kita akan sentiasa awasi brg kita. Tapi bila Allah nak alihkan perhatian kita (bila aku dok ralit tgk ke mana Adelia lari), of coz benda2 gini leh jadi kan. And nasib handphone and duit dalam poket. Dlm beg tu hanya ada credit card, ic, passport, and document2 lain je. Tp sayang gak la sbb wallet tu wallet masa hantaran kawin. Beg plak agak sayang la sbb beg Coach. Nak beli balik kena menabung gak setahun. Hahaha..Tapi takpe. Janji bkn anak2 yg hilang.
 
 
Dah pujuk hati....OK dah lah...Ahad pagi Jusco call. Ckp dah jmpa beg. Alhamdulillah!!. Dalam barang semua ada,. Dia campak kat tmpt mainan budak2 tu. Agaknya bila dapat je beg, dia terus bukak nak cari cash. Tak jmpa, campak je. Agaknya masa tu dia nampak je ktorg kalut dgn guard bagai. Sbb tu tak berani nak pegang brg lama2 kan? If only masa tu dapat tgk CCTV jam2 tu gak. Confirm dah dapat cari orgnya. Sah2 dia masih dlm tu lagi.
 
 
So pengajaran kepada org2 yg seangkatan dgn saya yer. If bawak anak2 kecik yg memerlukan perhatian kita, takyah la usung barang berharga lagi. Aku selalu bawak hp and cash je masuk dlm poket seluar. And selalu memang Daddy tak bawak pun beg tu keluar. Kebetulan aritu nak gi cucuk duit, so nak la bawak wallet yg isi kad bank kan. Dah benda nk jadi. And Alhamdulillah, if masih ada rezeki kita, akan di kembalikan kepada kita. Sbb leceh la nak pi balik buat document2 tu. Nasib jumpa.
 
 
So lepas ni, tak yah la nak bwk anak2 merayau2 lagi. Tak terkawal weiiii.......


Sep 17, 2013

Perlu ke Bibik???

Bibik...Oh Bibik...
 
Mmg hot la topic bibik ni kan...memerlukan kekuatan mental dan fizikal kalau nak mengadap cite bibik nih. Hahaha...Aku ni dulu dgr2 cite dari kawan2 office, and baca2 entry kawan2 blogger je. Mcm2 peel, mcm2 ragam. Ada yg ok sgt2..ada yg KO..ada yg mmg sinetron abeh...
 
 
Ktorg ni dulu tak pernah la terfikir nak ada bibik. Masa anak pertama, kedua...ok je lagi. Masa kat Spore, dah nak masuk no 3, aku ok je sebenarnya. Tapi masa tu si Daddy tu ha gila main golf. Every weekend nak gi main golf. So dia pun tak sampai hati la nak tinggal aku dgn anak 3 org kecik2. Padahal ok je kan. Sah2 time tu aku tak keje. Memang dok mengadap anak 24jam. So takde la rasa mcm tunggang terbalik sgt. Yg mencabar lebih si Abdullah Arsyad tu je. Adelia manja, nak kena peluk2 sentiasa. Aleesya kecik lagi. So manageable lagi masa tu.
 
 
Tapi masa kat sana dah start interview2 maid nih. Sbb Daddy ckp ok la aku leh jaga if aku sihat. Tapi if aku sakit? Demam ke..apa ke. Terbaring takleh bgn. Takkan dia nak cuti berhari2 gak kan? Hmmm..ok la ada point di situ. And sbb aku prefer hantar Arsyad pergi school. Walaupun fees dia mencekik SGD1500 sebulan, tapi aku rela invest dlm education dari abis kat benda merepek2. Aku dok umah jaga dua org anak dara, ok la kot. But Daddy insist suruh aku cari helper at least aku leh la bernafas sket...
 
 
The best thing bibik kat sana, baik dari Indon ke, Phillipines ke, mana ke, semua nampaknya semenggah la. Aku tak tau la if ada yg tak serupa org sebab so far yg aku jumpa, kawan2 aku pnya maid, semua yg ok2 jer. Sbb gaji kat sana mahal kot, bawak balik Indon lumayan, so diaorg keje la betul2. Lagipun memang rules nak keje kat sana pun strict gila. Ko salah sket, mmg tiada maaf bagimu. Terus kena keluar takde peluang dah nak masuk Spore lagi. Agent fee pun tak mahal sgt. Yg aku tnya aritu, SGD1k jer. Tapi siap training, siap segala mak nenek document. Ok la kan..
 
 
And sebab dah tak lama dok sana, tiba2 ktorg kena balik KL, so tak jadi lah. And sbb aku dah start keje, lagi la tak rasa nak perlukan maid. Nak2 company dah bukak daycare dekat dgn office kan, so ok lah. Aleesya je pergi daycare kat Kajang, Arsyad and Adelia pergi daycare KL.
 
Tapiiii...bila dah masuk no 4 nih, agak restless lah di situ. Aku ni PEMALAS. Memang jenis yg tak la tip top buat keje rumah. Nak2 bila pregnant mcm ni, balik rumah nak mandi, makan, rehat aje. Abis tu kain baju, mop, penyapu semua nak jalan sendiri ke kan? Feeling sgt..Nak tak nak terpaksa gak la hadap. Mula2 amik weekend cleaner. Ok la tak yah nak sental toilet 3 ketul tu. Tapi lama2 dah tak practical pulak. Sbb elok je cleaner balik, umah sepah balik. Air tumpah, nasi berterabur, lantai melekit...still kena mop gak..Anak kecik2 kan..gini lah lumrahnya..
 
 
And....keje Daddy dah tak mcm dulu. Kadang2 balik lambat. Aku dgn anak2 kena balik dulu. Mana nak kasi makan, kasi mandi, kasi tido tiga2 askar tu. Dgn aku pun terlebih muatan gini. Seriously kalah marathon. Sebenarnya, nak hadap and tahan boleh je. Org yg kuat, yg mmg takmo bibik, confirm tahan aje. Umah sepah ke, melekit ke, anak2 dah tido kang 2 pagi pun leh tahan nak mop umah. Tapi sebab dah aku ni PEMALAS. hahaha..so tak de la sekuat org lain..huhu..
 
Akhirnya, aritu decide amik la bibik. Dah dpat dah dari Medan. First time dtg Msia. Mula2 ok. Takde la keje tip top. Tp dengar ckp. Keje semua beres. Aku balik lantai berkilat, kain dah lipat, umah mcm nak raya. Rasa nak menangis je masa tu. Hahaha..So itu pun dah buat aku bersyukur lah. Tapi tak lama. Bibik tu tak betah tinggal jauh dgn family katanya. Merayu nak di hantar balik. Aku ralat tapi tak kisah ler. Janji dia ckp nak balik. Takde la main nak lari gitu aje kan. So aku hantar la balik, now tunggu bibik gantian.
 
 
Ramai kawan2 yg dah ada pengalaman dgn bibik ni kasi seribu satu nasihat. Yg mana elok, aku amik. Yg mana aku rasa tak sesuai dgn cara aku, aku dgr je lah kan. Of coz la dgn bibik kita jgn kasi muka. Kena strict. Sbb bkn semua bibik2 ni hati baik. Nak2 dia kena dok umah kita, jaga anak kita, jaga dapur kita, semua tu kena amik kira kan. Tapi sama je. Tak semua majikan baik. So bagi aku memang nak dpt bibik baik ni ikut LUCK masing2, and kalau ko dah jadi majikan yg baik, dapat gak bibik hampeh, rezeki ko la. Ada gak bibik yg baik tapi dpt majikan jahat. Itu nasib dia la plak kan. Perlu gak la tolak ansur sana sini. Jgn sbb dia bibik, ko kerah dia keje dari subuh sampai tgh malam. Klau boss ko kat office kasi keje menimbun, tau ko meroyan kan. So aku akan cuba la try nanti cari keserasian and jauh dari punca masalah. Janji ada org tolong buat keje umah, tak buat perangai, reliable. Cukup. Takde aku harap bibik nak jadi cemerlang petang2 siap bakor kek marble kasi hidang bagai. Hahahaha..
 
 
Minggu ni berakhir la penantian kami. Memang tak sabar. Bkn sbb aku nak sgt bergantung hidup kat org bernama bibik. Tp aku kena jadi realistic. Walaupun aku cuba gak hadap sendiri. Tak mudah. Maybe bagi org lain yg kuat, senang je. Tapi bkn bagi aku. Weekend lepas ikut Daddy outstation . Konon nak bwk anak2 jalan skali. Tapi Daddy keje keluar dari bfast sampai ke dinner. Aku hadap anak2 sorang2. Ok jer. Jerit, penat, tak de masa gi toilet bagai tu biasalah. Tapi tiba2 aku jatuh terseliuh kaki. Jatuh masa tgh dukung Aleesya. Ya Allah. Terus tersentak. Rasa mcm eh, Allah baru jentik sikit je ni. Baru tarik sikit je penggunaan kaki ko. Kalau jatuh terlentang pengsan time ko dgn anak2 sahaja?? Nauzubillah. So, aku takmo paksa diri. Mana yg mampu, aku buat. Of coz bab anak2, aku nak urus sendiri. So kasi la bibik urus bab rumah. Janji aku adil utk diri sndiri, dapat rehat yg cukup,. semua benda beres. Happy.
 
 
Doakan la ktorg yer. Aku mmg tak putus2 doa supaya dapat la helper yg ikhlas, jujur amanah keje dgn ktorg. Kalau dia baik, 10x ktorg layan baik. InsyaAllah takde nya aku nak jadi mem besar kat umah. Masuk je umah jerit suruh buat kopi, bibik datang berlari bukakkan kasut, gantungkan tudung. Bawak air, tak sedap aku lempar. Hahaha..Time tu mmg laki aku pun lempar aku ke luar. Kekekeke...InsyaAllah. Janji dpt membantu, syukur alhamdulillah..
 
 
Nanti aku update la ktorg pnya cite bibik yer. Kadang2 best jadi hiburan. Jgn jadi sinetron udah la...huhuhu

Aug 28, 2013

SEDAPNESS

My new bestfriend. Macadamia Cheesecake Sundae from Ben's KLCC. Sedap terlampau. Macadamia nuts tu dah la crunchy, pastu di siram dgn caramel sauce, pastu tergigit2 plak cheesecake yg terselit2 dlm sundae yg lemak manis. Pejam2 mata mkn menatang ni. Nasib baik kau mahal. So seminggu sekali sudah!.

Lagi satu Ben's Beef Lasagna. Memang pemurah daging. Slalu lasagna ko rasa daging celah2 gigi je. Ini ko selak daging baru jmpa lasagna sheet. Dgn cheese meleleh2, tebal, mkn ni je sehari kenyang.

Ok la aku ada lagi 10-12minggu sebelum meletop. Dapat mkn benda alah ni seminggu skali ok la kot. Dapat 10x sebelum nak berdiet balik menguruskan badan dari size gajah ke size kancil. Hahahaha


 

Aug 21, 2013

Hari Raya...Yeay!!!!

Memang blogger haprak sgt kan....bln puasa satu entry,masuk hari raya up lagi satu entry..hahaha....takpelah, bkn ada yg tertunggu2 pun entry dari ai kan...hihihi
 
Eh, Selamat Hari Raya Aidilfitri yer..Kepada semua kawan2 yg kenal aku kat luar, kenal kat forum, kat blog...walaupun tak pernah berjumpa..tapi kenal kan..Maaf Zahir Batin la kalau ada tersalah tersilap apa2 ke kan....
 
 
Bln Ramadhan thn ni tak gigih sgt nak update sebabnya malas melampau2. Hahaha...Mmg giler punya penat la the whole month. Padahal sekali pun aku tak pernah masak utk berbuka. Hari2 bertenggek kat rumah ibu mertuaku sahaja mintak belas ehsan utk tumpang berbuka..Kekeke...Sbbnya, tak sempat wei..Sampai Kajang paling awal 6.30pm, amik Aleesya, by the time sampai umah dah kul 7pm. Nak masak air pun tak sempat. hehehe
 
 
Family mertua suka je ktorg hari2 menyibuk kat sana. Ada la dalam 3-4 kali sebulan tu berbuka sendiri kat luar, itu pun diaorg tanya nape nak berbuka luar...Tak bosan gamaknya diaorg ngadap muka aku dan anak2 hari2. Hahaha..Ye la mereka dah tua. Tinggal berdua dgn sorang lagi anak yg lom kawin. Sunyi je klau berbuka bertiga kan. Dtg aku punya askar2, havoc memajang. Terhibur la gak sedikit sebanyak..
 
 
Raya thn ni preparation tak seberapa sgt. Sbb last year beria la aku beli kain and tempah baju konon cantik sedondon satu family. Tapi sebab pregnant, tak tau tahap ketumbesaran badan tu mcm mana. Aku agak2 je masa raya tu aku dah 6bln, of course gergasi jadinya kan. Tempah la baju besar2. Skali dapat, memang besar sesangat. Sampai kena alter, jadi lari dah cutting dia. So this year tak payah la nak tempah2 lagi. Aku cakap kat Daddy, u recycle je baju melayu u mana2 thn lepas. Nk tiap2 thn baju melayu baru, nak bawak gi mana kan? Pastu i dgn anak2 cari je baju siap yg sipi2 color baju Melayu u. Done.
 
 
Baju Melayu Arsyad jumpa kat Jusco. Ok la RM69.90. Sbb beli kain baju melayu bodoh2 pun 2 meter dah berapa. Tempah dah berapa. Ok la tu kan. Pastu aku jalan Ampang Point jumpa plak baju kaler aku nak size gergasi. Hahaha...Bangga ok size gergasi ada baju raya ready made. Hihihi..so settled. Anak2 dara tu susah sgt nak cari baju kurung siap yg size diaorg. Kebetulan nak alter baju melayu Arsyad sikit, antar la kat tailor India yg alter2 tu. Dia ckp dia boleh jahit baju kurung budak. Terus gi beli kain, suruh dia jahit 2 pasang. Settled. Senang hati. Hehehe
 
 
:: pagi2 lagi cik abg ni dah bersiap...bersemangat di pagi raya..::
 
 
:: Cik kak ni memang begini. Busuk. Susah nak kasi siap pagi2. Nak kena pujuk2 ckp dia comel, cantik, baru dia nak mandi...haihhh::
 

:: Anak2 dah siap. Dgn Daddy yg dah balik dari sembahyang Raya::

:: Anak dara pertama saya...jari sentiasa dlm mulut..hehe::
 


:: Anak dara kedua saya...mata besar ntah mana datang...dah mula start melasak skrg...tak duduk diam. ::

:: Dengan satu2nya anak yg nak layan mummy berposing. Dia pun suka posing. Hahaha::

:: Mari kita posing lagi abg...org lain takmo bergambar, udah. Kita je penuhkan gambar dlm camera. Tgn cekak pinggang tak tahan...hahaha::
 
 

:: Scene wajib di pagi raya. Apa2 hal salam2 minta ampun dulu::

:: Dengan tiap2 thn bawak perut. Tiap2 thn kendong anak kecik time nak bersalam. Memang style raya aku begini la yer..hahaha::

:: Cik kak dah pandai salam raya. "Camat...Aye..." Pastu mintak duit raya..hehe::

:: Mummy dgn anak2 tersayang...muka comelllll sgt masing2 kan..::

:: Posing elok sket plss....sila kasi kerjaasama::

:: Ini je gambar family yg paling semenggah..jadilahhh..Alhamdulillah, berlima thn ni. InsyaAllah..ber-enam thn depan. Hiks...::
 
 
 
Di sebabkan aku kan yatim piatu. So memang tiap2 thn raya rumah mertua. Sehari sebelum raya aku ziarah kubur mak abah dulu. Syahdu je rasa. Huhuhu..Pastu ptg tu kemas2 siap2 nak BALIK KAMPUNG. Hahaha..lagu raya kat radio lom abis, ktorg dah sampai KAMPUNG HALAMAN DAH. hihihi...
 
 
First day raya mcm biasa lepas Cheras, balik kg mertua aku kat Hulu Langat. Gambar takde. Sbb terlampau kecoh beraya dgn tiga org budak kecik. Mana nak layan diaorg, nak makan, nak kasi diaorg mkn, so no pic. Pastu gi Selayang rumah abg aku. Pun takde gambar sbb masing2 dah berlengas pakai baju raya sampai ke petang. Hehehe
 
 
Raya kedua and ketiga duduk rumah aje. Sbb org lain semua masih di kampung. Ktorg je kat KL. so nak beraya kat mana kan. Raya ke empat ktorg semua satu family gi Cameron. Saja la nak bercuti2 di hari raya. Best, seronok berkumpul ramai2 jalan2 gini. Tp penat la. Of coz la dgn bdk2 kecik kan. Takpelah. Kalau tak, bila lagi nak berjalan2 beramai2 kan.
 
 
So itu je la cite raya aku yg amatlah boring. Meriah dgn anak2 je. hahaha..Tgk2 camera, jumpa gambar budak ni ha. Diam2 snap gambar sendiri. Berangan le tu. Ada la dalam 20 keping gak dia snap. Tak larat aku nak letak semua. Tgk je la perangai budak 4thn ni punya akal..Haihhh..


:: Dapat bakat dari mana abg???? Bkn dari Mummy kan??? hihihi::

:: Poyo betul!!:
 
Till then...Selamat Hari Raya Everyone!!
 
Aku bz arini nak siapkan preparation bday anak dara si Adelia. Esok nak cake cutting kat school. Weekend dgn family pulak. So nak gi GM plaza beli brg2 utk goodies party dia. Kejap je dah 2 thn anak dara tuh. Huhu..Adik pun nak ada 2 dah. Hahaha...
 



Jul 25, 2013

First Iftar Di Luar..

Semalam kan...ada department aku punya iftar. Best tu..Kat MO. Rm130 per head. So adalah peluang yg rugiii utk di lepaskan..Sbb aku adalah memang buffet eater yg berjaya. Time tak pregnant pun orang takut tengok aku makan. Apa lagi time2 sekarang ni kan. Nak-nak semalam tak sempat sahur. Tau2 dah bgn pukul 6.00am. Harus la kelaparan menggila. So dah set dalam kepala nak berbuka shedap-shedap.
 
Masalahnya, sebab department punya, dia jemput staff aje. Nak bawak family boleh, tapi bayar sendiri. RM130+RM67(Arsyad), agak rugiii..lepas jugak kasut raya budak2 sepasang tuh. Hahaha..So aku cakap dengan Daddy. Since Adelia tak kena charge, aku bawak Adelia. Arsyad Daddy bawak la berbuka kat mana-mana. Aleesya mintak cikgu jaga terlebih masa kejap. Tekak punya pasal kan. Hahaha..Nasib Daddy setuju...
 
Maka, bergerak la kami ke MO. Food spread macam2. Yang best tu dia bkn typical Ramadhan Buffet. Selalu kita pergi ramadhan buffet, bayar mahal2, balik-balik makan murtabak, kambing golek, nasi lauk2, mee rebus etc kan. Kalau gitu bawak Rm130 gi Pasar Ramadhan pun boleh dapat macam2. Tapi kali ni lain. Dia ada fresh seafood yg raw salmon, clamps, udang, and oyster tuh. Fuhhh..sedapppp...And ada dim sum, pasta2 sikit, yg lain tu lebih kurang je macam kat hotel lain. Aku tau time pregnant tak boleh makan raw food. Tp sebab teringinnnnn..aku makan gak salmon tu. Sambil pejam2 mata..Hahahaha
 
:: Sedap weihh...ni plate pertama. plate kedua penuhh lagi..tp malu nak snap. haha::
 
 

:: Rasa la sikit roti telur dgn kebab dia. Not bad gak::

:: Igt malas nak mkn nasi. Tp tak tahan plak perut sbb tak sahur. Lepas ngap nasi..baru legaa..haha::

:: Satay dia sedappp..lembutttt je. itu tembikai Adelia punya tumpang plate Mommy. Mana ada org makan satay cucuk tembikai. Hahaha::
 
 
 
 
Sampai situ je aku dpt snap gambar food. Nak gi amik gambar buffet line, malas ler pulak. Hehe..Pastu boss asyik datang meja aku je. Terus segan nak keluar camera. Dessert pun makan 2 pinggan. Blueberry bread pudding, cakes, tartlet, dgn kuih2. Sedapp..Aku ni apa je tak sedap kan..haha
 
 
Nasib bawak Adelia. Dapat la makan dengan tenang. Walaupun dia agak PEMALU smlm. Ntah apa tetiba dia berubah jadi pemalu. Selalu dengan org dia ok je. Nak-nak kalau org tu kasi dia food, terus jadi favourite auntie gitu. Tapi semalam nak berkepit je dengan Mommy. Tak kisah. Janji Mommy dapt makan...hehe

:: Anak dara pertama saya::
 
 

:: Makan adalah hobby saya. Hehehe::

:: Bergambar dgn officemate Mommy..Kejap2 boleh la..lepas tu merengek nak Mommy balik..::
 
 
 
Arini punya mission lagi mencabar. Di tempat yg sama, tapi company punya pulak. Boleh bawak satu family. Ada sepuluh anak, semua sepuluh-sepuluh ko leh hangkut. Hahaha..Tapi daddy ada majlis Iftar gak kat office dia. Tapi tak best sgt. PNB darby Park jer. Hahaha..memilihhhh..so aku ckp dgn Daddy, sebagai Supermommy, aku hangkut je tiga2 gi MO. Termasuk dlm perut, jadi 4. Tak kisah. Arsyad ramai kawan kat sana. Dah biasa. Adelia pun boleh di control lagi. Aleesya je la kena dukung selalu. Tapi skrg dia dah duduk. Letak je dalam high chair, pastu mintak kawan2 amik kan aku makanan. Hahaha..Sanggup tu...
 
 
Harap2 boleh di kawal la ye anak2. Kawan2 memang la ckp "Ala..bawak aje la. nanti kitaorg tgk-tgkkan". Ye lah tu..Kang time semua makan, takkan aku nak selamba badak suruh diaorg jaga jugak kan? hehe..Tapi takpe. Kita tawakal aje..janji dapt mkn. Hihi..
 
 
Ok la setahun 2x dapat iftar kat luar. Free. Nama aku nak spend ratus2 gitu, idok ler. So gunalah peluang ke-emasan ini sebaiknya..haha


 

Jul 16, 2013

Ramadhan Al-Mubarak

 Tu dia...org dah hari ke lapan berpuasa. Dh update menu mcm2 dah. Aku baruuuu nak up entry Ramadhan..kikikki
 
Biasalah..penyakit M time bln biasa pun menebal. Apatah lagi bln2 pose nih kan. Alhamdulillah, diri ini masih gagah berpuasa seperti tahun2 dulu. Harap2 gagah la sampai ke hujungnya. Baby dh masuk 20minggu. Dah rasa dia gerak2. If sehari gerak agak active, ok la kot kan...
 
Thn ni tak byk beza dgn thn2 dulu. Sbb masih membawa perut. Mih mih mih. Cuma thn lepas berpuasa di tmpt org. Cabarannnn.... Mmg terasa sgt hujan batu di tempat sendiri lagi indah. Huhu...
 
Arsyad nak start puasa. Tp aku rasa dia main2 je tu. Sbb dia ckp dia boleh puasa tak makan or minum, tapi dia kena minum susu. Sbb cikgu ckp susu tu perlu utk badan jadi kuat dan sihat. Iyolah..maknanya belum lagi la tu kan. Aku plan nak start kan dia next year. Separuh hari dulu. Jinak2 dulu. 6 thn kang, try penuh. Tp tak la wajib penuhkan sebulan. Bak kata Ustaz Haron Din, yg wajib ajar sembahyang dulu. Sbb org puasa, tapi tak sembahyang ramai. Pernah jumpa org sembahyang tapi tak puasa??? Haaa..terpukul di situ. So, tak perlu la nak push2 sgt anak berpuasa. Klau doa iftitah pun dia belum pandai kan. Kita dulu kan mana yg dulu. Tp if nak ajar dia berjinak2, apa salahnya....
 
 
Utk ibu mengandung pun satu hal. Ramai sgt yg "nasihat" kan aku jgn la paksa diri. Jgn seksa diri. Tak wajib pun kita mengandung ni puasa. Mmg la tak wajib. Klau tak sihat and memudaratkan. Tapi WAJIB MENGGANTI. Hahaha..Aku tak de la gigih nak ganti sebulan nnti kan. So far badan ok lagi, masih waras, teruskan je. Takde la aku dabik2 dada ckp aku kuat mengandung2 pun puasa. Riak tak baik tau. Aku ckp if aku MAMPU, InsyaAllah aku teruskan. Nnti hujung bln nak check up. If baby membesar dgn jayanya, takde isu pun tkleh puasa time2 ni kan...
 
 
Tp thn ni mmg takde peluang langsung nak berbuka kat rumah. Or dgn erti kata lain, aku cari peluang nak berbuka kat umah mertua je. Hahaha..Eh, bkn ambik kesempatan ok. Tp ini la hakikatnya. Office kat KLCC. Company kasi balik kul 5pm. Tp boss baik hati kasi balik kul 4.30pm. Gi amik Daddy kat office dia, pastu pusing gi amik anak2 kat Little Steps, pusing2 kul 5.30pm masih di KL. Nak keluar KL slalu kul 6pm. Pecut ke Kajang amik Aleesya, pecut tak pecut sgt la kan. Sebab dah jem bumper to bumper. Nak pecut kebendanya. Last-last pukul 6.45pm paling awal sampai school Aleesya. Kat situ pun jem. Sbb ada Bazaar Ramadhan terbesar di Kajang rasanya. Semua org bertumpu kat situ. Nak keluar dari situ pun dah pukul 7.00pm. Balik rumah nak masak apa? Nasi? Air? atau maggi sahaja? hahaha
 
So takmo pening2. Mari lah kita memeriahkan rumah nenek hari2. Tp jgn la bawak perut sahaja. Walaupun lambat, aku paksa gak Daddy singgah beli kuih muih. Nnti hujung minggu hantar la ayam, daging, udang. Dah hari2 ko mentedarah kat situ, tak reti2? Hahaha..Atuk and Nenek happy aje ktorg buat kecoh hari2. Anak2 aku, harus la kecoh kan..tercekik2 semua org mkn. Tp bila hari2 dpt pesanan "Esok dtg lagi ya..lambat pun datang jugak" Pucuk di cita, ulam mendatang..hahaha
 
Walaupun..penat ok...KL-Kajang-Cheras-Kajang. Dengan tiga org budak kecik. Dengan petang2 badan dah layu semua. Klau aku tapau lauk bungkus, sempat masak nasi, lagi senang berbuka kat rumah sebenarnya. Lepas berbuka, kemas dapur, dah leh rilek2. Budak2 pun dah siap mandi, dah siap2 nak tido. Ini hari2 sampai rumah 9.30pm. Sbb apa2 pun kena tunggu isyak gak dulu baru gerak balik rumah kan. Sampai rumah dah bersilat basuh2 botol, tukar beg sekolah, masak nasi untuk sahur esoknya, basuh kain, sidai kain, angkat kain. (lipat kain weekend sahaja. Tak kuasa nak mengadap kain hari-hari). So by the time masuk tido, pukul 11pm jugak..Kang kul 4am dah nak bangun utk sahur...Takpe, setahun sekali kan...
 
Dah seminggu berpuasa, hanya Daddy pergi Pasar Ramadhan. Aku belum jejak lagi. Rela lagi aku dok dlm kereta dengan budak-budak. Tak kuasa nak berhimpit2. Daddy ckp ramai lagi manusia dari makanan. Hahaha...Untung peniaga2 thn ni kan. Murah rezeki..Tak kira la ayam mahal ke, daging mahal ke, orang tetap nak gi beli kan. Dah tu, Pasar Ramadhan setahun sekali. Harus la memeriahkan suasana....
 
Persiapan raya yilek. Tahun ni malas buat baju. Sebab Daddy cakap baju melayu dia tahun2 lepas berlambak. Dia recycle je. Aku dgn anak2, cari je baju siap utk matching dengan color dia. Sudah. Next week nak amik cuti khas. Nak ukur jalan kat Masjid India. Best tau...Walaupun confirm2 ramai org, panas, dgn puasa bagai. Time ni la nak rasa. Doakan supaya aku surivive di situ. Hihihi
 
Kejap je kang dah nak Raya..pejam celik pejam celik, dah dengar lagu raya, dah kalut nak kemas umah bagai. Haha..Kitaorg senang. Mmg by default, tiap2 tahun balik raya Cheras. Maklumlah aku dah yatim piatu. Sob sob sob. So tumpang kasih la kat mak bapak mertua. Time2 ni ko pun sibuk nak raya dengan adik beradik, padahal daddy masih ada mak ayah, agak kijam gak la kan. Mak ayah dgn adik beradik kan lain. Selagi mereka ada ni, kita guna la peluang sebaiknya... Tapi dekat aje..Pagi kat Cheras, kang petang dah sampai Selayang rumah abang aku. Bkn dari Kelantan nak ke Johor punnn..hihihi
 
Duit raya dah booked. Over tau. Sbb itu la part paling stress. Kang beratur kat bank, ckp dah habis. Citt!!. Aku suka kasi duit raya baru. Budak2 feeling dpt duit baru keras2 bau duit, mesti syiok lebih. Hihihi...
 
Ok lah. Sebab semua blog update menu berbuka hari2. Aku pun nak join sekaki. tapi bkn menu berbuka. Malu la weih dah la berbuka hari2 rumah mertua, nak amik2 gambar lak. Kena panggg skali baru tahu. Hehehe..So ini adalah hasil masakan aku waktu sahur. Selalu goreng telur, goreng ikan bilis+cili pad+kicap jer. Ini je la menu yg memerlukan usaha lebey sket. Hihi..Licin tau. Makan dgn nasi panas2. Sedap. Mlm ni nak buat lagi lah...hihi
 
 
 
:: Sambal kentang+ikan bilis rangup. Jgn nak kutuk. Suami i makan byk tau...hahaha  Gambar gelap sbb snap sorok2 kat dapur, lepas masak. Takut daddy nampak, pengsan dia tgk kepoyoaan bini dia...hahahaha::
 
 
Klau org lain update menu berbuka, biarlah aku update menu bersahur je kan. Tapi telur dadar tak payah la nak up hari2. Kena delete blog ni kang..hahaha
 
Ok la ye. Selamat berpuasa kawan2. Pastikan kita mendapat keberkatan dlm bulan ramadhan tahun ini yer..Aminnnnn

 


Jul 8, 2013

Perangai Anak-Anak Saya

Hari ni mood sangat baik nak cerita pasal perangai anak2. Mula2 pagi2 dah mentally disturbed dgn video cikgu tarik and hempas budak kat Daycare Singapore tu. Patah kaki ok budak tu. Dlm video tu leh dgr suara mak and ayahnya punya terkejut tgk dpn CCTV anak umur tiga tahun di perlakukan begitu. Klau aku pun meraung weiii....terus rasa nak lari gi school anak2, nak peluk diaorg ketat-ketat. Isk...
 
So dgn itu, satu hari kepala otak asyik teringat anak-anak je. Sebenarnya sampai skrg masih tak percaya aku dipilih Allah jadi ibu kepada tiga anak yg comel2 (yes, comel bagi aku yer..klau korang rasa tak comel, takpe.hahaha). Rasa mcm tak caya je. Tp dah mmg itu anugerah and amanah utk kami...InsyaAllah, akan kami jaga, kami didik sebaiknya...
 
 
So meh cite perkembangan and peel anak2 aku skrg nih. Tiga org, mmg tak menang tgn ok. Org ckp best layan anak2 time kecik2. Kang membesar sekali, senang. Time dah besar, time tu ko dah sunyi plak. Tkpelah..Time tu umur aku pun nak dekat 40an dah. Bawak2 la gi kelas agama, ceramah2 agama, guna masa utk diri sendiri pulak. Hihihihi
 
 
Anakanda pertama saya. Abdullah Arsyad. Dari dia kecik, so far semua kaum keluarga, kawan2 rapat aku tau peel dia. Dia very the active, mulut becok, sangat2 friendly, and yes, sangat2 entertaining. Bab nakal tu takmo ckp byk sgt. Dulu cikgu kat Little Steps marah klau aku ckp dia degil and nakal. Diaorg kata jgn guna bad words describe perangai anak2. Kang nnti dah sebati dgn diaorg. Baik lah. Kita try guna perkataan Arsyad adalah seorang yg active, lasak, entertaining..cheeky and sangat sangat sangat di sayangi Mummy daddy dia..of course..hahaha..
 
 
:: Rambut nak simpan panjang katanya..::
 
So far, as a abang, dia dah dpt terima kenyataan dia ada adik2. Dulu mmg susahhhh sgt nak accept the fact. harus la hari2 dia ketuk kepala Adelia. Tp berubah sgt2 lepas dia dapat Aleesya. Terus jadi abg mithali gitu. Kadang2 aku marah Adelia bila dia tumpahkan air..tetiba Panngggg dia lempang muka aku and ckp "Mummy, jgn nak marah2 adik abg ok.." Tak terkata Mummy dia terus...
 
 
 
 
 
 
Ramai org ckp kesiannn baru 4thn adik ramai..so attention kat dia kureng. yes, aku akui. Tipulah klau aku ckp ktorg ni perfect sgt bahagi kasih sayang sama rata. Tipulah klau aku ckp semua di manjakan sama je takde marah2. Kita manusia biasa. If nampak dua2 main air, yg patut aku marah Arsyad ke Adelia? If makan ice cream sambil sapu2 dinding, nak marah yg mana satu. yes, aku marah dua2. Tp Arsyad lebih sket. Sbb dia tau benda tu salah. Adelia mengikut je. Bila Arsyad kena marah, dia dtg kat Arsyad, peluk Arsyad...cair gila hati aku bila tgk..Cikgu ckp kat school pun gitu. Berpeluk dua beradik if si abg kena marah....Alololo..
 
 
Arsyad is a bright kid. Tak kisah la if org nak ckp aku perasan. hahaha..Tp doc yg ckp nih. Dia mudah tangkap benda yg dia belajar. Otak dia sentiasaaaaa la befikir mcm2 benda. So mcm2 soalan keluar dr mulut dia. Conversation2 yg pelik2 and kelakar tu mmg hari2 adalah. Kena la melayan, anak2 tgh berfikir. Klau ko terus sound "dah..jgn tanya lagi, mummy penat" kesian plak budak tu kan. Walaupun mmg tanya tak henti berejam2 sampai la dia penat.
 
 
 
And yes, dia susah sgttt la nak penat. If weekend tu, the whole day melompat tak tido. Dari pagi sampai mlm. Sbb tu skrg nak plan activity dia during weekend. Of course la activity yg guna energy. Taekwando ke, bola ke, lari2 padang 80 kali ke...hahaha..janji, dia dpt channel out kan ENERGY dia...
 
 
Ok, itu kisah anak pertama kami. Abdullah Arsyad. Harap jadi pelindung dan contoh terbaik utk adik2 ye abg..Aminn..
 
 
Ni Anak kedua. Amina Adelia. Nenek dia panggil dia "Manja"..hehehe..Sbb dia teramat la manjaaaa..Di sebabkan cepat sgt dpt adik, dia manja dgn semua org. Sapa je tarik and usap2 rambut, terus dia akan baring and peluk2 org tu. Dulu dia masa baby amat mudah di urus. Jarang nangis, jarang buat perangai. Rasa mcm angelic sgt. Sbb ktorg tends to compare perangai dia dgn Arsyad kan. harus la lain. Tp awas ko, dia dah berubah sgt. Bkn Adelia anje anje lagi sgt dah. Perangai manja tu of coz ada lagi. Tp ada hidden talent yg lain. Bab menyepahkan rumah, tumpahkan air, jatuhkan barang, mengamuk guling2 kat lantai, pukul Aleesya, tamak nak both Mommy and Daddy, serah kat dia. Abg Arsyad kdg2 tension gak dgn perangai dia. Tp lagi kita marah, lagi dia jerit.
 
 
 
 
Dulu sbb baru umur setahun jagung, mmg daddy tak pernah marah. Tp lately dah start kena marah. Sbb dah pandai push the limit. Dia tau if dia lagi jerit, lagi guling2, lagi campak2 barang, dia dpt apa dia nak. Sorry ye kakak. Tak dapek. Hahahaha...Tp still jadi kemanjaan Mommy and Daddy. Cuma kena berpada2 lah. Takleh nak kasi lemak sgt. Kalau tak mmg muka takde efek je dia tuang susu atas tilam aku....siap sapu2 kasi rata lagi. Bila kita marah, dia pandang, senyum, tuang lagi. Tekanan.
 
 
 
Now dah pandai ckp sikit2. Arsyad klau ikut umur Adelia skrg mmg dah petah berkata-kata. Sbb tak baik nak compare kebolehan anak2, kita letak benchmark lain2 la. Masing2 ada kelebihan sendiri kan. Kelebihan Adelia, tak pernah tak abis makanan dia. Hahahhaha..She's sooo in love with food. Mmg ko rasa seleraaaa je nak makan if tgk dia mkn. Badan debob2, pipi kembong...gigit dia hari2 pun tak bosan. Vocab ok lah, makin byk. Tp tak de la ckp panjang2 sgt ayat dia. Ok la ktorg boleh paham apa dia nak. Ciri2 nak jadi mak nenek tu dah ada. Bebel2 je hari2 dgn bahasa dia. Jadi kesayangan cikgu2 kat school. Ye lah, budak manja. Dgn semua org pun dia ckp Love You...hahaha
 


:: Scene Pagi2..abg tido, dia tak kisah, janji kat tgn ada makanan...hahaha::
 



 
 
 
Puteri Ketiga kami..Amina Aleesya. Baru tujuh bulan. Lom nampak ciri2 mcm nak ikut abg ke kakak lagi. Tapi boleh tahan active nya. Dlm kete dah mcm masuk silambam dah aku. Capai sana, capai sini, meliat meliuk lentok badan tu. Dia suka Arsyad. Klau abg yg agah dia, bkn main kuat gelak. If kakak yg agah, dia pandangggg je kakak dgn muka pelik. Hahahaha...
 
 
 

Tp skrg dah makin manja. Balik jd dr school, jgn harap aku leh letak dia and buat keje. For sure amukan terus siap berejam baru nak stop. Mlm2 tido celah ketiak Mommy dulu, dah lena baru leh letak dlm cot. Dah start mkn bubur nasi, cikgu ckp kadang2 mkn dua mangkuk. Bdan tak debob mana. Sedang elok la. Hehehe...Tgu adik keluar nnti ye Aleesya...Guna kan masa skrg sebaiknya tau..hihihi
 
 
:: Bila Mommy geram sgt..hahaha::
 

::Skrg dlm fasa nak merangkak and duduk::
 
:: Dgn Abg Tercinta::
 

:: Partner in Crime..hihihi::
 
 
Skrg ni if weekends, tak dpt la nak bersantai2 kat kedai mamak sambil layan roti telur. Bersilat ok. Daddy prefer dia keluar gi tapau. Dia je la dpt mkn dgn tenang and senyap sunyi. Tp aritu ktorg saja amik cuti dating2. Tgk wayang, mkn2. Dua2 senyap tak berckp apa. Bila aku tnya, dia ckp mcm pelik je mkn berdua tak "bersilat" kat meja mkn. Mcm rindu plak anak2. Hahaha...see, havoc masa tu je. Bila tkde, rindu plak. Itu dia..aku ok je mkn dgn aman. Hahaha...
 
 
Tak sabar nak tgu peel no empat ni mcm mana plak. Mmg aku ckp dah kat Daddy. No vacation, No outside activities for at least 5 years. Dia pun stop main golf. Mari lah kita focus and beri sepenuh perhatian kat anak2 yg nak membesar nih. If hari biasa dah keje, weekend pun sibuk nak buat activity masing2, tau2 anak dah besar je kang. Marilah kita enjoy time yg HARI-HARI tgk Upin Ipin, Boiboiboy, Bola Kampung dan seangkatan dengannya. Kang diaorg dah besar remaja, dah nak lepak sorang2 dlm bilik sendiri...aku ngadap ko, ko ngadap aku. Bosan gak. So skrg ni is the best time to enjoy all these things. Takkan aku umur 60thn nnti dok tgk Upin Ipin lagi kan? hahahahaha
 
 
Mmg penat. Tp penat yg best. Klau org luar tgk ktorg dgn anak2 kecik. Masing2 ckp "dah la tu...biar anak2 besar dulu..focus satu2" Ktorg senyum je...Takpe, Allah pinjamkan kudrat, rezeki and "kawarasan" nak handle anak2 kecik. So far ok lagi..(confident lebey nih..haha), semoga di beri kekuatan lagi. Anak2 ni amanah, bkn sbb anak aku,sokati aku la nak handle mcm mana. Bkn. Byk sgt benda perlu ktorg belajar. Mak bapak mana yg tkmo anak2 jadi manusia berguna, happy je dlm life diaorg kan? InsyaAllah..harap semuanya di permudahkan..
 
Ok la dah lapar Its time utk cari mkanan pulak. yer, aku srkg mkn enam kali sehari. Pastu pelik nape baju and seluar makin ketat. Dah nak beranak ke aku? Tgk calendar. Ok, December jauh lagi...lempang diri sendiri..Hahahaha...
 
 
 
:: gambar anak2 baru bgn tido di pagi Ahad...PRICELESS::
 


Jul 2, 2013

Managing Expectation....

Kan dah ckp..beria je mula2 active update..lepas2 tu..nan hado..hahaha
 
Sorry la yer. lately ni badan mmg penat sgt2. Pemalas lipas menjadi2. Nak tgk pc memang berchenta laa..nasib sometimes keje tak pakai pc..kena ke sana ke mari..so ada lah rasa tak beku sgt otak tu kan..hihi
 
Ok arini nak bebel pasal Managing Expectation. Tau tak apa maksudnya adik2? Hahaha..Maksudnya..adalah stress ok kalau ko nak manage people's expectation...
 
Bkn la manage apa..and bkn la sbb ko artis stress nak manage pandangan org and expectation org terhadap ko. Aku ni artis sgt kah? haha..bagi aku..yg penting dlm dunia ni selepas both mak and abah kembali ke Rahmatulllah, adalah suami dan anak2. Kalau boleh nak suami and anak2 happy sentiasa, dpt bagi apa diaorg nak, tkmo diaorg sedey2, nak lengkapkan life diaorg sgt sgt sgt...
 
Wei...ko igt cita2 ko sorang? dah tu isteri2 and ibu2 yg lain tak fikir mcm tu? hihihi..ye la, impian semua org kan. Tp still, kita sebagai manusia biasa, ada limitation. Ada benda kita boleh buat, ada benda tak boleh. Janji org2 yg kita sayang happy, Alhamdulillah...
 
Tp bg aku, bab tak reti masak, tak rajin mengemas, tak reti berhias, tak reti itu dan ini, InsyaAllah ada jalannya kalau kita rajin usaha. Kalau tak reti masak, belajar. Tak rajin, rajinkan. tak reti itu ini, korek ilmu..Bkn la semua benda tak boleh tak boleh tak boleh kan..Tp bab aku stress ni, bab benda yg di luar kemampuan kita..Bertapa 40 hari pun lom tentu dapat jalan nak selesaikannya.....
 
Mcm gini, disebabkan saya di kurniakan suami yg agak perfectionist, yg agak ambitious.,So stress nak mencapai tahap piawaian dia tu mmg agak menguji tau. Tp dia ok..sbb dia tau aku ni keras tgn kejung bab masak, dia pejam mata. Dia tau aku ni ikut mood kemas umah, dia pejam mata. Pendek kata byk benda gak la dia pejam mata. Tp sbb dah mmg perfectionist sejak azali, certain2 benda tu nak ikutttt gak cara dia. If tak dpt, dia frust. Tp bkn salah sapa2, mmg benda tu tak dpt. So dia takde la salahkan org, cuma frust la. And aku tak suka tgk dia frust. Huhuhu
 
Cth bab merancang keluarga. Takde pun tetapkan berapa anak, berapa thn etc. Mmg ikut flow je la. Or yg sebenarnya, ikut je apa dia nak and plan. Dia dh ckp awal2, kawin je kalau bleh nak terus anak. Tkmo la mcm org lain nak honeymoon dulu ke, nak kenal cinta2 dulu ke. Tak payah. Ready je utk di buntingkan. Hahaha..And Allah kasi aku pregnant, 5bln lepas kawin. Alhamdulillah..
 
Pastu lepas dpt Arsyad. Doc tnya nak pakai apa2 utk plan tak? Dia ckp takmo. Best plak dpt anak. Nak terus je. Tp perancangan Allah tu lagi hebat. Sbb masa tu mak sakit teruk, perlukan perhatian aku, so aku tak pregnant thn tu. Try la mcm mana pun, mmg tak lekat2. Maybe sbb situation masa tu memerlukan aku kuat dari segi mental dan fizikal. So try2 pun, tak lekat. Terima Kasih Ya Allah..Sesungguhnya Kau lebih mengetahui...
 
Lepas 2 bln mak meninggal, aku pregnant. Rasa mcm tersentak. Try setahun tak nampak tanda2. Lepas semua settle, Alhamdulillah...See...sentiasa bersangka baik ok. Dpt la kami si Adelia yg gedik itu..hihihi
 
Lepas beranak Adelia, doc tnya lagi tkmo pakai apa2 ke? Dia takmo ok!. Aku agak terkejut gak la kan. igt kan dah dpt sepasang, leh la relax dulu. Dia ckp kita kasi jalan satu kali je. Penat sekali. Besarkan semua skali. Bgn mlm sekali. Yg pregnant berkali2 tu tetap la aku kan..hahahaha
 
So tkpe. redha je. And knowing that masa 2010 time try nak dpt 2nd one tu aku tak pakai apa2, tp tak lekat2 pun, igtkan tkde la nak dpt cpt sgt...Skali lagi, Allah yg Maha Mengetahui. Genap Adelia 5bln, aku prgnant lagi. Tapi kali ni sbb dah dpt sepasang, tkde la nak teringin boy or girl. Redha je. Tp dlm hati Daddy nak boy la. Mcm best je selang2 kan. Tp tkde la say it out loud sgt or mengharap sgt2.
 
Dpt Aleesya, ok la tkpe. Arsyad, Adelia, Aleesya. Skali lagi aku plak tnya dia. Now nak rehat, or betul2 nak teruskan sampai anak ke lapan juta nih??? Hahaha..dia ckp no, teruskan. Baik lah tuan. Saya yg menurut perintah. Huhuhu...tp aku tetap amalkan regime diet+exercise seperti biasa. Ko bkn tau bila ko dpt pregnant pun kan. If leka2, dua tahun takmo kuruskan badan, skali dua tahun tak pregnant2, gemok la ko sentiasa..Tkamo..Takmo..hihi..So lepas abis pantang,beria ni diet and exercise..knon takpe...tak tau lg kan bila nak pregnant nya ponnn..
 
Amik ko...genap Aleesya 3bln, sejarah berulang kembali..Miahahaha..Kali ni mmg terkejut sgt2. Sbb dh 10 hari lewat, aku wat dek je tak buat2 lagi test kan. Cuba time first time nak pregnant dulu. 10 min lewat pun dah gedik2 g beli test. Hahaha...Kasi tau Daddy aku pregnant lagi, dia jwb "Syabas! Good Job..." Boleh??? Hahaha
 
So aku igt ok la...u nak tiap2 thn kan..and four is a good number utk handle anak2 rasanya..ko amik dua, aku amik dua..tangan pun ada sorang dua je..so ok lah kan..hahaha..Aku dah rasa KPI aku ni dah cantik abis dah. Dah rasa bangga gila dpt fullfill impian suami tercinta...Skaliiiiiiiii....dia ckp "I nak sgt kali ni Boy...harap2 la dpt geng Arsyad". Ah Sudahhhh....
 
Kita leh try pregnant. Kita leh try jaga kandungan sampai selamat melahirkan. Tp bolehkkan kita try tentukan jantina baby yg kita nak???? Ini lah yg aku ckp stress bab Managing Expectation nih. Nak2 aku mmg jenis org yg nak sgtttt buat org2 yg aku syg bahagia, try kasi diaorg dpt apa yg diaorg nak selagi aku mampu. Ni dah mampu menandong tetiap thn nih..Tp mampukah aku nak dpt kan another boy??? Huwaaaaaaa
 
So, dah 2x g check up sampai 12weeks. Lom nampak gender. Janji baby ada heartbeat, baby dlm kantung, baby membesar ikut size yg sepatutnya. Dah. Itu kelegaan pertama masa first trimester. Semalam debaran aku semakin kuat. Sampai tak leh nak buat keje, tkleh nak tido lena, takleh nak senang duduk. Makan Alhamdulillah takde masalah. Hahahaha. Sbb arini, adalah check up utk 17weeks++. Patut dah nampak gender dah time nih...
 
Aku nak sgt fullfill hajat en suami. Tp again, sapa aku kan? Bg aku, yg penting both aku and baby sihat, semuanya sempurna, semuanya slamat. Dia pun of coz doa benda yg sama. Tp doa dia ada bonus sket la, nak anak lelaki kedua. Huhu...
 
Nak je aku call doc aku smlm. Nak je ckp if esok check up, suami saya nak tau gender. Ckp je tak nampak. Saya tkmo tau. Sblm deliver nnti pun ckp je scan2 tak nampak. Tau2 baby dah keluar je kang.....Huwaaa..saya tak sanggup tgk muka dia if doc ckp "Alhamdulillah...girl lagi kali nih.."
 
Eh, bkn menolak takdir. Bkn tak bersyukur. Of coz kitaorg bersyukur dgn setiap pemberian Allah yg tak ternilai ni. Tp kita kan manusia biasa. Nak gak exactly apa kita nak. Tkde la if girl, laki aku terus frust sampai tkmo tgk baby. Or takde la dia frust sampai tak gi keje. Hahaha..cuma frust la. And aku plak akan bertambah frust bila dia frust.
 
So smlm awal2 aku dah ckp dgn dia. Tolong..tolong and tolong. If di takdirkan another girl, jgn frust, jgn terkilan, jgn ckp pape. Terima setiap anak itu dgn ikhlas. Itu amanah. Boy ke Girl, is a bonus. Janji i sihat, selamat, baby sihat, sempurna, selamat je semua. Tolong tau. Sbb i sedih kang dlm kete balik spital u diammm aje. Kang U ckp ala..tkpe no lima nnti kita try lagi yer...Yes, Gerun sebenarnya nak dgr bab no lima tu..hahaha
 
Tp to my suprise, dia ckp of coz dia akan frust sikit, tp takkan la melampau.  Siapa dia nak persoalkan kuasa Yang Maha Esa. Dia tetap akan sayang semua anak2 dia walaupun satu boy, sembilan girl. Hahaha..So aku adalah lega sket. Tp still tkleh tido mlm td. Sbb walaupun dah dpt manage keadaan skrg, tapi..dlm hati dia sapa yg tau kan..Sebagai isteri solehah hah hah hah (hah mesti byk sket sbb takde la solehah mana..hihihi)....mesti la nak kasi apa dia nak...Aku dok usap2 perut ni ckp "Baby, kalau baby ni boy, mummy happy sgt2..Tp girl pun mummy happy, janji baby sihat dlm ni ye syg...tp kalau bleh jadi boy tau...tapi girl pun takpe.."
 
 Iye, rasa nak lempang diri sendiri. Sbb bila doa2 nak boy tu...rasa nak doa meraung2, tp bila pikir2 balik. Aku ni tamak and selfish sungguh. Nak pilih2 plak. Org doa yg elok2 je. Ni itu plak yg dia pentingkan...Terus mcm ok..insaf..girl pun takpe...kang ckp plak, eh..tp pls la boy..tp kang rasa kejam, takpe baby..girl pun tkpe..Iye, sila beratur utk lempang saya secara berjemaah..hahahaha
 
Bila hari check up sudah tiba..hmmmm..firstly,Yeay..berat naik sekilo je..Happy. Doc scan, ckp semua ok. Baby growing ikut yg sepatutnya, dah 200gram berat...tgn, kaki, jantung suma ok....Gender? nak tau ke??? OMG..rasa nak pitam kat situ gak ok. Daddy rilekkk je senyum2 kat sofa. Tgk dari jauh je tau. Drama2 yg laki dia genggam tgn bini masa doc scan tu lakonan je la. Tak payah la korang nak imagine sgt..hahaha
 
Pstu ...Pastu..Pastu...hahahaha...suspen gila..doc ckp..dah ada 2 girls and 1 boy kan..ok la ni, pelengkap....mmg pandai Daddy "tembak"...Tahniah yer..
 
Gelap terus pemandangan aku...Pelengkap? Pandai tembak?
 
Alhamdulillah..aku sgt2 syukur padamu Ya Allah...mmg agak selfish dan kelihatan tamak di situ nak anak ramai, nak pilih2 gender. Tp aku insan biasaaaaa..Hahaha..Takde la. Niat aku satu je, and aku mmg dah tetapkan ketat2 niat aku tu. Aku mmg nak suami tercinta aku tu Happy. Nak dia bahagia. If dia nak anak ramai, InsyaAllah dgn kesihatan yg baik Allah pinjamkan ni, aku takde masalah. Nak berderet, InsyaAllah tahan je penat skrg (walaupun hari2 tgk baju kebaya dlm almari bertahun2 tak dpt sarung, sadis je kan..haha), Now nak pelengkap kepada permata2 hati kami..InsyaAllah aku doa byk2, niat dlm hati, Berilah kami yg terbaik Ya Allah...Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui...dan Alhamdulillah....tersenyum lebar Daddy lepas kuar dr bilik doc...Siap dah ada nama baby ok!!!!
 
Ok, entry perempuan mengandung emosi tak stabil ni mmg panjang arini. Sbb perasaan bercampur baur. Hahaha..Terima kasih atas doa dan ucapan tahniah kawan2 tersayang. Aku doakan, setiap kawan2 dan famili aku pun akan dapat apa juga yg korang ingini. Doa, Tawakal, and percaya setiap ketentuanNya.... InsyaAllah, apa pun kita nak, jgn harap nak dpt 100% of course. Tp tak salah klau kita doa tanpa henti, and nak benda yg baik kan????
 
Doc ckp 99% Boy, still ada kemungkinan 1% if Allah nak mengubah harapan kami. Takpe...Aku tak kisah. Tgk riak muka suami td pun dah cukup2 bererti bagi aku. Dia mmg tkde la mcm aku nak sebak2, nak bergetar2 suara bila dpt tau. Dia senyum meleret, ckp Alhamdulillah..done. Aku je yg drama lebey. Hahaha..Tp aku tau apa dlm hati dia. Dan aku bahagia dpt bahagiakan dia. Alhamdulillah..
 
So skrg bersedia nak kasi tau si Abdullah Arsyad. Mesti dia happy sgt sgt sgt. Dia kata dia dah penat dah nak mengadap adik yg pakai riben2 perangai mengada2 nih. hahaha...Arsyad..Arsyad...
 
 
Anak anak saya...semua special. Girl ke, boy ke, sama je special dlm hati Mummy...Kita tunggu baby Dec nanti ye anak2...Semoga Mummy akan dpt jadi Mummy terbaik utk anak2 Mummy..InsyaAllah, Mummy cuba yg terbaik tau...Muah!!!
 
 

Jun 20, 2013

Little Steps

Salam Jumaat....
 
 
Wahh.....sejak bila aku pandai kasi salam nih? hahahaha..hari jumaat yg mulia, mari lah berperangai elok sket..kikiki
 
 
Arini nak cite pasal school baru Arsyad. Memang rezeki aku lah, elok je balik office, project bertahun2 daycare utk anak2 staff pun dah siap. Cantik je plan. hehehe...Ini semua adalah hasil kerja keras Puan Salina and team. Well Done!!...Cantik sgt2 school nya. sampai aku pun rasa nak teman anak dok situ hari2..kikiki..
 
 
Arsyad ni takde masalah nak g school. Sbb sejak kecik mmg aku antar daycare kan. So takde la adegan2 nangis2 dpn pagar sekolah. Dulu kat Spore pun gitu. Walaupun tak de la paham sgt English masa mula2 masuk, tp dia ok je. Sebulan kat school, dah ok sket la ckp English nya...Dpt school kat Little Steps, lagi ok sbb English medium gak kan..so utk proses menyesuaikan diri tu takde prob la. But aku saja amik cuti gak masa first day antar dia. Ye la semua kawan2 dia ada mak ayah teman masa first day. Dia je takde, kang sentap plak. Pastu masa aku nak balik, kawan2 dia nangis, dia pun buat2 nangis. Mengada2 gila. Nangis sambil gelak2. boleh? hahahah
 
School ni dua tingkat..ni aku amik gambar belah bawah je la..malas nak naik atas snap kat atas plak..hahaha..basically kat bawah tmpt main2 biasa2 je..tmpt mkn and mandi. Belah atas baru ada for music class, tmpt tido, gym etc...
 
:: Ni dari hall. sofa tmpt mak ayah tunggu, and nampak la tmpt main2 utk ptg2::
 

:: Outdoor:

:: Jamban yg teramat cute. size bdk2. Kalau aku duduk, pecah berderai la jamban tu..haha::

:: Comal gila kan? sinki and cermin pun size bdk2::
 


:: Sick Bay. If ada bdk demam, kena dok dlm bilik ni, rehat. tkleh campur bdk2 lain..::


:: Kitchen...dapur umah kita pun tak cantik mcm ni Aryad oii..haha::

:: Tmpt bdk2 makan..punnn size diaorg...aku duduk, terjungkit bench tu kang..hahaha::

:: Art section kat luar...over siap pakai apron bagai kalau nak mewarna kan...hehe::

:: Budak ni dari Kajang. Sampai pagi2 tak mandi. So kena mandi dulu..suka dia...shower pun atas kepala dia aje....ada hati nak mintak shower mcm ni kat umah..::

:: Anak bujang saya udah besar..saya adalah sebak..  :-( ::

:: Masa ni first day...takde kwn lagi nak mkn sama2..hehe:;
 


:: Tmpt basuh tangan utk budak2 jugak...kalau kita, kena melutut laa...haha::
 
:: Ni Dressing up area...comel gila kan..leh pakai baju berangan2 depan cermin..Mummy mahu jugaaaa!!!::
 


:: Arsyad mmg suka gila baju2 uniform..Dah lama mintak baju police..tp malas nak beli...nasib dah ada kat school..hahaha::

:: Pilih la nak..pilih..nak jadi police, askar, bomba, doctor..semuaa ada..::
 
 
:: Minggu pertama kat school..baju ni je la dia pakai...skrg dah bosan kot..hahaha::




:: Happy main2 kat luar..::
 
 
Arsyad memang happy sgt2 kat school baru. Cikgu2 pun rajin melayan dia kan. And knowing him, dia kan melasak. So cikgu2 ckp jgn marah, jgn sergah2 dia..ckp elok2..aku pun ok la..kalau dah kat school ckp elok2, kat rumah pun kena la try cakap elok2 kan..hahaha...Tp so far ok la...budak pun tak ramai lagi..so focus kat dia tu lebih la sket..
 
 
Then aritu school Adelia tutup. Aku tumpang la kat school arsyad. bkn main happy dia kat situ. Dah takmo balik bila ktorg datang nak jemput. Ish, rasa mcm kesian plak. Abg dpt school best, dia gi school yg sama je kat Kajang tu kan. School sana utk baby2 and budak2 kecik, activity pun tkde la byk sgt. Aku bkn apa, maleh nak handle dua2 time jem dari Kajang ke KL. Tp bila tgk minat dia nak g school abg. Ok la..Mummy gagahkan jugak hantar dua2 walau ada waktu kena harung jem sampai 2-3 jam..huhu...Demi anak-anak...
 



:: Ni masa ada Agama class. Tak sempat cari tudung size dia...belasah tudung mommy..rasa nak cubit2 pipi pau dia tu kan..haha::

:: Ada belajar tanam bunga bagai..umah mak korang satu pokok bunga pun takde...kikiki::

:: Arsyad benda2 gini mmg dia suka..pastu ada 200 soalan dari dia yg kita nak kena jawab::

:: Alololo Anak dara mommy ni....rajin tau..::
 

:: Homey homey nya bekas siram bunga tu kan..semua benda nak ikut size budak2..semua homey homey::

:: Ni cikgu dia MMS. Patut Adelia lom bleh masuk class ballet lagi. Sbb belum 3thn. Tapi dia minat sgt2. Kat rumah pun feeling jalan jengket2, sikit2 buat split. Hahaha..So cikgu ckp dgn bdk2 ni, kita jgn push, but kita jgn stop jugak. If dia minat, galakkan. Yeay...tak sabar nak tgk Adelia dgn tutu..mesti debob2 ketak2 sana sini...Hahahaha::
 
 
So far anak2 mmg suka sgt dgn school ni. Hari2 g school tak pernah nangis, nak balik kena tgu diaorg puas main dulu. Masa mula2, weekend je nangis nape tak gi school. Boleh??? Hahaha..Alhamdulillah..tgu Aleesya setahun lebih, nak antar kat sini gak. Biar dia belajar mcm2. Selagi keje sini, kena maximize kan peluang. Kang dah berhenti keje, kembali school kat Kajang je la anak2 yer..Hahaha....
 
 
Nanti aku up gambar Adelia dgn tutu and amik video her first ballet class ok!. Tak sabar..next week..harus mommy amik cuti masa tu...over gilaaaa...hahaha