Pages

May 31, 2010

Bila Arsyad Pandai Mengamuk...


Dalam kesibukan nak gak berupdate2 kan. hahaha..sbb panas hati punya pasal. bila panas hati kt keje, kena la lepaskan tension kat tmpt lain. so nak sejuk2 kan hati, nak cite pasal anak kesayangan saya inih. :-)

Mengamuk adalah bakat semulajadi Arsyad. mmg sebaik keluar dari perut, dia pandai jerit, pandai nangis, pandai tunjuk protes. serious tak tipu. tanya lah saksi2 yg tgk dia dari kecik. cara dia nangis adalah dgn menjerit nyaring, pastu tahan nafas dlm 5 sec (tak berbunyik langsung), pastu aku pun jadi kaget sbb takut dia "tarik" kan. tp itulah style dia. lama2 aku dah immune, dah tau cara dia throw tantrum. Even paed dia pun ckp dia ni tantrum child. kena byk buat research, and study pasal tantrum ni. The most important thing is how to handle his tantrum. itu yg aku and daddy dia still belajar along the way. Sbb theory and the real experience tak sama. But kita boleh je mix and match and compare result so that kita tau apa kita expect, and kita tau how to handle kan. ish, melalut dah aku sebenarnya..hahahaha

Ini adalah kejadian mlm smlm dan mlm tadi. Start dari last weekend, kami semua lepak umah Nenek, semua bdk2 pun enjoy junk food. I mean, "non-stop served junk food ok". suka lah bdk2 ni kan. Atuknya mmg suka cucu2 balik and enjoy the food. Arsyad pun apa lagi enjoy la kan. One think pasal junk food nih kepada bdk hyper active mcm Arsyad, adalah "sugar high". Bila gula penuh dlm bdn, mula la active tak tentu hala kan. seriously tak tentu hala sampai mcm dia lari2 tak tau hala tuju, main sgt2 sampai takmo rehat and tido. mana kaki tak lenguh and bdn tak penat kan...

Sunday tu mcm hari hyper sedunia utk dia la (sebenarnya hari2 pun hyper tp ni mcm terover sket). dia tido masa kat Ikea tu je. adalah dlm sejam kot. pastu bila balik, nak main je takmo tido. ke hulu ke hilir tak tau dia nak buat apa. pastu nak keluar rumah jln2 dpn umah. Daddy dia pun dah penat nak melayan. then lepas maghrib kitaorg pun gi la Giant sbb nak beli groceries sikit. pun sama. dia leh lari2 dlm tu, bila daddy dia dtg nak tangkap dia lari okeh. boleh tak? tak padan dgn budak umur setahun 3 bln tau!!!..pastu takut dia haus, daddy pun kasi la air Nutrigen tu. bertambah la hyper..air tu dah abis pun dia tonggak2 gak nak minum..bila tgk mmg la lawak..tp rasa gerammmm je ngan budak botak nih...

:: Percubaan mendapatkan titisan terakhir..::

Lepas tu, smlm we all balik awal. sbb byk keje umah nak kena settle kan. Masa sampai je school Arsyad tu, dah dgr suara dia jerit2 nampak aku dari dlm kan..pastu terus dia mcm sebak2 nangis okeh..hahaha..agaknya sedih sgt sbb akhirnya Mummy dtg amik apabila hari masih cerah..kekekeke..oleh kerana rasa tersentuh dgn gesture yg tak di sangka2 tu, kitaorg pun bwk la dia singgah McD kat dpn sekolah tu..seronoknya dia...takpe, kasi can..(sebenarnya nak habiskan energy dia sbb bila amik awal, confirm dia akan mengganas kat umah plak kan..hehehe)

dia spt biasa la happy2..pastu tiba2 Daddy kasi plak dia rasa aku punya vanila milkshake..mula2 muka kelat2 sbb air tu sejuk. dia kureng2 sket if sejuk2 sgt. pastu tiba2 suka plak. terus pegang takmo lepas, hirup sampai bwk lari jauh2. lawak je tgk tapi aku dah dpt kesan kesusahan yg bakal tiba..sbb dia mcm takmo lepas cup tu tau. Daddy mintak elok2 pun takmo. pastu aku tarik la kan. sbb dah nak balik. sekali meraung2. tak boleh di pujuk dah. jerit2 mcm kena pukul plak. nak kasi senyap, Daddy dia pun kasi la kat dia balik. ish, tension betul. itu minuman org tua, bkn bdk kecik mcm awak la Arsyad..

Pastu dlm kete muka puas hati..still takmo kasi aku sentuh cup tu. aku bkn apa, sian dia pegang sejuk2 tu. aku nak la lapik dgn tissue ke, towel ke kan. aku sentuh je dia jerit okeh. sabor je lah. mcm la org nak amik sgt drinks dia tuh...tau la dah menang. tension..tension...

:: tgk ni, muka bdk berlagak sbb dpt gak air tu walaupun ada kesan air mata..hehehe::

:: biarlah air mata berlinangan, janji dpt apa dia nak..haih...::


:: I hate the winning face. sbb sangat tak fair..::

Takpe Arsyad..takpe...sbb awak kecik lagi kan...dah besar sket, dah patut phm, dah patut tau rules..jaga lah..kalau nak nangis guling2 kat McD tu, Mummy balik tinggal Arsyad terus kat situ!!..Balik rumah jalan kaki yer....

Sabarrrr je lahhh

Apa-apa saja utk budak botak itu...




Iyer..apa2 sahaja utk budak botak itu. Hehehe..ye la sejak jadi mak2 ni kan. Rasa mcm semua benda nak beli, adalah brg si anak. Gi masuk kedai baju, tgk baju anak. Masuk kedai kasut, tgk kasut anak. Kalau lunch time jln2 kat bawah pun, tgk brg anak. Biasalah kan. Aku rasa all mommies pun gitu. Nak2 anak 1st, lagi la asyik shopping utk anak jerk..walaupun aku ni suka shopping2, tapi lately ni agak kurang barang sndiri. Tp aku tak kisah, aku puas. Apa yg buat kita happy yg lagi penting kan, kebendaan bkn la segalanya..chewahhhh..ayat tak boleh blah..hahahaha

So, lepas dapat sedikit rezeki aritu, aku pun bergiat2 la buat list bagai. (sebenarnya dah buat list punyalah lama sejak last year lagik) hahaha..over. bila dah dapat tau exact figure, baru leh buat detailed list. Alhamdulillah, all covered dlm budget yg aku nak. And seperti biasa, Abdullah Arsyad mesti la menang dlm list tu kan. Tkpelah, aku pun dpt advantage gak sbb plan utk dia adalah utk memudah kan aku gak..kikiki…

Plan yg paling utama adalah nak buat Playroom Arsyad. Sbb nya tak larat la asyik balik rumah je nak mengulit daddy dia. Suruh dukung la, suruh uncang la (jenis yg dia bergayut kat belakang daddy tuh), ajak main kejar2 la. Sian daddy kadang2 penat balik keje, tp anak ajak main mcm2. mmg la best layan anak. Tp agak2 la kalau ikut energy Arsyad tu mmg non-stop okeh. Pastu bila tido mengigau jerit2. tensi aku. So, aku plan nak khaskan bilik utk dia bermain. Yg simple2 je ala2 playroom kat restaurant, kat shopping complex tuh. Letak la mainan dia kat situ lantak la dia nak sepah ke, nak kasi pecah ke, nak baling ke, asalkan dlm bilik itu sahaja…hehehe..sbb mummy dia kan agak kurang kerajinan. So takde la aku asyik terpijak toys dia je yg bersepah2 kat lantai tu kan…

So last weekend adalah misi utk membeli brg2. sbb long break kan. Gunakan la sebaiknya. Sebenarnya aku ada byk betul plan weekend tuh tp terpaksa cancel 1-2 agenda sbb nak siapkan target beli brg. Mula2 plan nak gi Ikea ngan daddy Arsyad je. Malas nak bawak budak kecik tu. Knowing him, yg sgt2 lasak, mmg tak jadi membeli la nnti kan. Tp Cu dia nak ikut gak. And suruh bwk dia.siap offer nak jaga dia lagik.. Dlm hati aku ye la tu Cu..kang sapa yg jaga sapa…hahaha..pastu aku cepat2 la roger Mama Selly. Ajak dia and family skali. Sbb Arsyad ni sangat la close ngan kakak2 dia tu. So if diaorg ada, best sket. Leh main2 skali kan. Aku pun slalu gak gi mana2 bwk budak2 tu. Diaorg pun baik jaga Arsyad. Bkn mcm cousin, dah mcm adik sendiri dah..

So beramai2 la kami 3 kete ke Ikea hari tu. Jumpa kat sana je. Aku pun awal2 dah buat list, dah survey harga kat website, dah tau apa nak beli. Senang kan. Terus serbu je list down brg2 cepat2. yela takmo la bg org tgu la aku dok belek2 barang. If aku gi sorang tkpela kan. Dah la gi awal, ramai plak org. Tp kira ok la dpt gak aku semua barang yg nak. Tp aku tak berapa familiar dgn Ikea nih. Jalan2 slalu lah. Beli brg kecik2 pernah la. Nak beli furniture suma tak pernah. So byk la refer kat Puan Salina and Kak Selly. Dah list2 suma, pastu tgk Arsyad dok galak main ngan kakak2nya. Daddy pun monitor ngikut je dia gi mana. Takut la sbb ramai2 org kan. Pastu aku ngan confidentnya ckp tkpelah, u jaga anak. Biar i settle brg2 ni kat bawah. Hahaha..giler confident ko ingat beli brg kat Carvenzi ke main order2 gitu jek?? Hahaha..

Nasib sebelum aku turun tu aku jmpa Kak Selly. Dia tnya zu sure ke nak handle brg2 ni sndiri? Byk tu semua kena amik sndiri. Laa..ye ke? Hahaha..tu ler tunjuk terror lagik kan. Nasib la Kak Selly offer nak jaga Arsyad sementara kitaorg settle nak amik brg, byr and settlekan delivery suma. Sbbnya, giler byk weii...berat2 lak tu. Lupa plak nak amik gambar trolley2 tu. Hahaha..pastu Q punyalah panjang. Kaki dah lenguh2 ni, teringat plak anak kat atas. Kejap2 call tnya dia ok ke tak. Kak Selly ckp ok je tgh main. Mcm tak ingat je mummy daddy tkde kat situ. Bila Kak Selly tnya “Didi mana??” dia ckp “tade...“ sambil tapak tgn goyang2 tunjuk sign takde..hehehehe

So bila dah settled suma lega sgt2. insyaAllah this week sampai la brg2 tu. Sbb aku duduk nun jauh dari Ikea kan, so kena la tgu lama sket. Kalau area Damansra dia ckp on that day boleh sampai brg2. tkpela, bersabar..lagi pun benda2 lain tak beli lagi. So sampai brg2 pun tak boleh d├ęcor lagi. Sabar-sabar2..buat pelan2, nnti2 siap gak kan…hati sangat senang. Sbb 80% dah settled. Tinggal another 20% sikit2 je nak tambah2…

Tak sabar tgu weeked nih. Bila barang suma dah ada, aku nak siap kan sepenuhnya hopefully by this weekend gak. insyaAllah if dah siap nak panggil kakak2 dia tu dtg, pastu adik beradik angkat dia (anak2 Puan Salina) plak kita buat party yer dlm playroom Arsyad..kekekeke..sbb Puan Salina pun antara interior designer bersama dlm pembikinan project nih. Sama2 pening buat bilik anak masing2. tp bilik anak dia tak boleh lawan occayyy..itu tahap dewa2..Tkpe, by the time aku anak 4 nnti, aku pun akan setaraf ngan dia..hahahahaha…

Ni Mama Selly baru hantar pics gelagat budak kecik tu kat sana masa aku dok sibuk angkut brg…lega sbb tgk dari pic dia happy sgt2. nasib dia rapat ngan Kak Aliyah, Kak Nena, Kak Aisya (ni partner in crime sebenarnya..nnti nak buat entry khas pasal echa..hehehe), Mama Selly ngan Ayah Buke dia. Kalau tak, mau dia meraung gak kot. Nak2 dia sebenarnya ngantuk. Sbb bgn pagi giler hari tu. Sampai sana battery dah weak tp sbb nak berjalan kan, harus la gagah kan jugak bdn tu. Tau la Arsyad..hmmm..nasib ada stroller Mikhael, dia pun tumpang ler tido..hehehehe..

Cite byk plak kan..meh la layan gambar plak...

:: Anak sapa la nih...hehehe::

:: Amboi..suka giler awak yer..tak ingat Mummy and Daddy dah yer..getik sungguh!::

:: haihh, comel betul budak berdua ni kena dera..hehehe::

:: Ni mmg habit Arsyad, suka sgt pegang lantai..Nyampah!! ::


:: Arsyad main slide sambil di bantu oleh kakak mithali..hehehe::


:: Echa pun seronok main slide..::



:: Nasib ada Kak Aliyah tolong jaga Arsyad kan.., thanks Kakak...


:: Sian anak aku. ni sapa punya kerja ni?? sila ngaku cepat..mentang2 dia dah ngantuk...Sabor je lah..hehehe..::


ok la takat ni dulu. byk keje hari ni sebenarnya tp bersemangat nak buat entry lepas Kak Selly antar gambar2 ni tadi..hikhikhik...


Till the next entry...


May 26, 2010

My Idol...

Oh, hari ni nak rehat sikit dari cerita budak kenit tu..sbb hari ni nak cite pasal mak si kenit plak. hahaha..walaupun ni blog Arsyad kan, tp tkpela halalkan je la sbb tak tahannn nak tulis pasal benda nih..

smlm masa aku nak balik, ternampak supermodel Msia si Fadzlun Abas tuh. dia kan ex-national player for netball. pastu kan 2008 pun dia pregnant kan kira2 same time aku pregnant kan Arsyad..skali tgk body dia smlm...uwaaa..nak nangis okeh.serious cantik gilaaa!!!!...aku usha je la dari belakang kan. dia tgh tgk2 brg kat Chanel Boutique. dia ngan kakak or mak dia yg tolak stroller anaknya. tp tak nampak plak anak dia sbb aku kat belakang dia. seriously, dia sangat cantik. yg menyamakan aku dgn dia hanyalah ketinggian kami. hahahaha..(jadi la nak sama gak walaupun hanya ketinggian kan.!!). hahaha..giler sedih aku nih..

pastu aku teringat la dulu aku pernah baca mag Pa&Ma dia jadi cover. masa tu she was 8 months preggy. dia naik arround 20kg gak. then lepas tu aku baca kat mag mana plak lepas dia deliver baby, dia berusaha gila nak dpt the old figure. and dia ckp nothing is easy, u must work hard for it. aku pun masa tu ckp dlm hati ye la, ko supermodel kan. kena la jaga bdn gila2. tp nak ilangkan 20kg tu takde la dpt shed just like that kan..so dlm hati aku rasa dia mesti la berisi sket at least takde la skinny mcm dulu.

skali smlm serious nak nangis tgk body dia. mmg fit, tonned, and nampak healthy (that's the most important thing!!

:: ni gambar masa bila tak tau ler..before of after baby..::
pastu aku pun try nak nak sedar2 kan diri ni..maknanya bkn aku sorang je la yg naik over 20kg masa pregnant kan. ramai je org gitu. tp still leh maintain body mereka. still can do it..tp nape aku masih tak capai matlamat nih?? (**nangis..!!)
tu takpe lagi..bila balik umah, lepas budak kecik tu tido, aku pun tgk la tv kan. skali ada THS Heidi Klum..elok2 part yg dia start preggy tu. dia pun sama naik over 20kg. tp still cantiikkkk tak tau la mana pergi 20kg tu kat bdn dia ntah..pastu dia lagi la. kata supermodel bertaraf dunia. lagi kena cpt2 shed all the fats kan..can u imagine in 6 weeks..i repeat..6 WEEKS..6 WEEKS ok..(ok-ok, kot ye pun nak melambangkan kehairanan aku tak payah la ulang2 kan..hahaha) dia boleh balik ke bentuk asal ok..tp gila serious strict diet and a lot..a LOT..A LOT..(ok, ulang lagik.hahaha) of workout la..i mean, its achieavable, and not imposible kan..
:: ni masa dia preggy..comel bangat kann?::

:: ni la betul2 6 WEEKS after delivered (gilo) ::
haihhh..mcm mana aku nak memupuk semangat gitu kan. sbb aku dah buat tp separuh jalan. dulu sebelum pregnant berat aku 55 kg, then lepas beranak 80 kg (*sedih ok), in 5 months aku turun 20kg dah. tp skrg naik balik 6-7 kg..(nangis lagik..). sbb ye la. semangat tak kuat. baru turun byk tu dah puas hati. padahal nak naik sekejapan aje. bkn susah mana pon..
aku pun belek2 la album2 gambar dlm pc ni..meh aku nak share rupa bentuk aku dari zaman sekeping papan, sehinggalah sebesar almari 2 pintu..hahahaha

:: ini zaman sekeping papan. tgk la betapa besar jersey tu. masa ni main futsal utk company ::



:: zaman sekeping lagik. aku yg jadi GA tuh. ni pandangan dari belakang sbb rasa mcm best plak gambar candid2 nih..hehehe::


:: ni antara fav wed pic..pinggang aku size 25 okeh ketika ini ::


:: gambar kawin lagi pandangan sisi plak. sekeping kan??::


:: hahaha..ni after 4 months kuarkan Arsyad..huwaaa..rasa nak pengsan tgk gambar nih tau..tp puan salina tpp gorgeous!!!..(lari laju2..hahahaha)

walaupun ramai ckp dah la tu, tak payah diet lagi..dah ok, sbb ko tinggi, rangka besar, frame besar, tak nampak sgt..itu la..ini laa..tp sbb ini badan aku, biarlah aku sendiri yg tau..hehehe..mmg aku tak puas hati lagik sbb aku dah set kan idol aku mcm mana kan. i mean, takde la aku nak jadi sekurus Posh Beckham, or Paris Hilton, at least dpt kurus and seimbang seperti dulu cukup la...sbb aku set benchmark dgn org yg pregnant dan pernah naik over 20kg gak. so achievable kan??? realistic kan??? hehehehe..
apa pun, nak mencapai target itu dan berusaha ke arahnya..tak tau lagi bila yer..kena jumpa Fadzlun Abas hari2, atau pindah umah Heidi Klum terus kot..hahahaha..tkpe, janji niat ada, and usaha sikit2. (ayat sedapkan hati sndirik!!..)
tp bila bdn gemok gini, lepak2 lipat kain tgk bdk kecik ni terbaring layan tv mcm ni, rasa hiba je hati..rasa mcm Mummy tak blame Arsyad sbb Mummy gemok yer..Mummy yg salah. mkn banyak, ikut nafsu..padahal Arsyad amik nutrients je masa dlm perut Mummy..segala 2 bungkus nasi lemak tiap2 pagi2, Nasi Ayam Double over lunch, Famous Amos cookies 200grams sehari, Nasi Lemak 2 bungkus lagi for dinner, and ice-cream for supper, adalah nafsu serakah Mummy yg tak mengenal erti kesedaran...(hahahaha..mengaku cepat2 lagi elok kan...). Takpe Arsyad, Mummy gemok ke..kurus ke..Arsyad tetap cayang Mummy kannn...kisss..kisss..kisssssss!!!!..muah!

:: Layan cite P.Ramlee ok..mcm paham je..::

May 25, 2010

Arsyad and Car Seat....

Lama gila rasanya tak mengarut kat blog nih. sbb skrg ni bz2 teramat lah. nak patah pinggang dok mengemas barang nak pindah. mengemas satu hal, nak unpack balik satu hal. nasib la tgh2 kemas tu, dpt berita gumbira..horreeyy..terus bersemangat rasa nak kerja..Alhamdulillah, dpt rezeki lebih sket tp aku mmg awal2 dah plan utk Arsyad..nak buat playroom dia. supaya dia dpt bermain dgn proper, tak semakkan rumah, so mummy pun tak byk keje..hahaha..eh, intro sudah lari tajuk laaa..

okeh, hari ni aku saja nak cite pasal si Arsyad dgn car seat dia. sbb kan dia ni sangat la susah nak terima brg2 yg berguna utk dia. mcm car seat, stroller, baby cot, bumbo, rocker, playpen, semua dia REJECT ok...giler susah nak pujuk dia. ye la kan kalau takat playpen ke, rocker ke aku tahan la lagi. ni kalau car seat takmo susah la sbb daddy nya slalu outstation, aku berdua je ngan dia ke hulu ke hilir. kalau tak ikat betul2 bdk ni bkn reti dok diam..

so sejak dia umo 2 bln aku dah start letak dia dlm car seat. dah siap2 beli masa dia dlm pantang lagi. 1st try masa nak antar dia nursery sebelum aku start keje. mula2 mcm ok. tp lama2 dia dah demand takmo letak tau. nak2 masa tu aku dah start keje, daddy dia leh drive, so aku boleh la pegang dia kan. so dia jerit2. pernah la gak kitaorg biar je takmo angkat dia sbb niat nak ngajar kan..tp dah jerit2 sampai takde suara, sampai batuk2 nak muntah2, mana larat kan...so dgn berat hati, angkat dia dan takde la letak lagi..huhuhu..mission failed!!!..

lama2 aku rasa tak tahan la. sbb makin besar makin melasak la bdk ni kan. suma nak tekan, suma nak tarik, so tak boleh tahan. dah la masa tu daddy dia takde lama. aku la nak tahan drive lagi, pegang dia lagi kan. so aku berkejar la gi MyDear warehouse sale. beli car seat lagi satu yg paling murah dan berbaloi. and letak je dia kat situ. mula2 dia melalak tak ingat tau. tp lama2 ok dah. alhamdulillah skrg ni dia ok dah. kadang2 if lama2 sgt dlm kete dia bosan gak. jerit2. tp if bagi makanan, senyap ok. nak2 coklat ke, gula2 ke. tak bunyik2 dah!!..tp kena la tahan comot gila la lepas tu kan..tkpe la Arsyad, tahan kan aje la. nak buat mcm mana..utk ur safety gak kan...isk..isk..isk...

oklah, bebel panjang lebar pun tak guna. meh kita layan gambar.....

:: Ni masa 1st time dia kena letak dlm car seat..muka garang tak boleh blah..hahahaha::
:: bila dia tido aman begini alangkah indahnya..masa ni we all gi Penang. 3 hours straight tido okeh!!!..sangat besttttt!!!..::

:: apabila hati gumbira...best la gelak2 kan.. ::


:: bila dah tahap kebosanan melampau..jerit kuat2 sampai bingit telinga mummy n daddy..ish..ish...ish..::

:: hahahaha...lawak gila kan. siap tarik2 rambut tak tahan..ni terjadi bila aku wat dek je dia jerit2...gila tension mamat nih..::


:: start main tarik2 kaki bila kebosanan melanda...::

:: bila Mummy plak takde keje nak ngaco anaknya..kekekek..::

:: haaa..ni antara time bahagia..bagi dia buah, syok je dia layan makan..baru la aman...::


:: bila hati gumbira, baru leh buat muka gini...::

:: dan begini....::
itu hal cite pasal Arsyad ngan car seat nih. mmg try and error jer. alhamdulillah even tho ikut mood dia, tp dia paham gak la everytime nak letak dia dlm car seat skrg. sedikit sebanyak membantu gak la kan. kalau tak susah tau nak melayan..tak larattttt..
lepas ni nak cite hal dia ngan benda2 lain plak. stroller yg dah jadi bahan hiasan dlm stor, playpen yg dah jadi tmpt menghumban barang2, baby cot yg dah di campak dlm bilik tak guna..hahaha..suma barang2 yg Arsyad reject...haiihhh..anak sapa lah nih....

May 20, 2010

Excited yg Sementara??...

hehehe..lawak sungguh kan? kunun aritu beria update2 bagai tp lepas tu sunyi sepi mcm dah takde semangat nak berblog je..hehe..benor nya aku bz ya amat..kena re-locating ke level lain dlm office nih so nak packing brg segala..nak patah pinggang tau..

byk sgt benda nak update pasal budak kenit tu..tp mcm tak best sbb takde gambar coz camera kat abg aku. so update je la perkembangan dia skrg yer..sbb takut kang dah lupa dah tak mencapai tujuan blog ni di wujudkan..hehehe

  • itu budak nakal sudah botak..sbb aritu aku mcm rimas tgk rambut dia dah panjang. nak pakai kan gel buat style cacak2 pun dah tak boleh sbb panjang sgt. dah gaya punk plak. hahaha..so daddy dia bwk la gi kedai mamak ngan paman (uncle dia). skali tak duduk diam, dah tertobek sebelah..dah takleh nak cover kot, terus la daddy suruh botak..aduyai..dah makin notty plak muka dia dgn imej baru tuh...
  • dia kan kuat gigit org kat school. aritu dah insaf kejap, skrg ni dia jalan kan activity balik. cikgu ckp pantang la org kacau dia sket, zasss kena gigit. sabo je lah. nnti aku cite lanjut la kes mengigit ni eh..
  • skrg ni nangis tgh mlm je "Diddy..Diddy.." aku bgn nak peluk tolak tgn aku okeh.waaah..diva ye awak ni skrg Arsyad..so terpaksa la Daddy bgn sbb anak dia dah panggil2 kan..dan mummy??? happily continue sleeping lah..hahahaha
  • cikgu ckp dah pandai ikut bdk2 besar buat apa2 kat school. nak makan pun ngan diaorg, masuk class bgai. aritu bdk2 besar makan duduk bersila, dia pun nak duduk bersila ada pinggan sndiri. padahal dia tu baru taraf duduk keliling cikgu suap makan..so takmo okeh. nak pinggan dia gak, pastu try bersila (sbb kaki agak ketot lagi, so ada sedikit kepayahan di situ..haha) pastu tadah tangan baca doa, pastu sapu muka Aminn...hehehe..sebak gak tgk bila dia tunjuk kat aku mcm mana doa..dah besar dah baby mummy..
  • dah pandai takmo balik bila gi jalan. aritu gi tesco makan2. pastu keluar la pintu tu nak balik kan. wahh..menangis tarik2 tgn daddy dia ajak masuk balik. amboi..suka2 awak yer arsyad. ingat kita takde umah ke? jerit2 okeh masuk kete. sabo je lah..dia mmg suka jalan. bila kita nak balik tu dia redha je la. tp skrg dah pandai plak tunjuk protes..

itu je la yg sempat hapdet stakat nih. nnti sambung lagi eh. bz bangat la skrg nih. jgn ckp blog, segala fav blogs pun tak sempat terjah..rasa kosong je kehidupan aku skrg..hahaha..overrrr..

May 13, 2010

Mcm Mana Boleh Lupa Nih....Haihhh

Ada tak org buat sambungan entry sebelum tu sbb lupa masukkan gambar yg lagi best?. hahaha..sbb bila saja aku tgk2 balik album gambar Arsyad, rupanya aku lupa masukkan gambar dia tido yg lagi best..mana boleh kan..kang Arsyad besar kang bangga je muka dia best je time tido. ni ha..Mummy nak tunjuk perangai Arsyad yg kalau nak main sanggup tahan mata. sampai tak leh tahan, boleh je tido di mana2..kekekeke...

:: Masa amik gambar ni serious tak tahan nak gelak..::

:: Mulut mesti ternganga okeh nak menunjukkan kepenatan Ya Amat.. ::

:: lepas tu dia boleh plak landing gini ::


:: kasi focus sket muka bdk tertido atas truck sendiri..hehehe::

Lepas dah gelak puas2 baru lah aku angkat dia letak atas tilam..hahahaha...itu aje kot yg leh di share. byk lagi gambar aksi pelik Arsyad tp tak lepas plak masukkan dlm blog ni coz keadaan rumah adalah horror di samping mummy berpakaian tidak mengikut tahap piawaian...hahaha..

May 12, 2010

Aksi Arsyad Tido...

hari ni nak buat entry pasal bdk ni tido plak. sbb ini bdk kicik sangat creative bila nak tido okeh. cara dia tido tu berubah2 la dari kecik sampai dah besar nih. mula2 masa keluar dulu, tido kena bedung kuat2. kalau ikatan bedung tu longgar je sket, dia akan terjaga pastu jerit2. kena betulkan bedung balik. dia rasa secure kot kalau bedung tu kejap je kat bdn dia. aku ikutkan aje la. janji ko leh tido, aku pun dpt tido. huahuahua..sbb Arsyad punya peel dari kecik sangat mencabar kewibawaan..itu nnti kita cite next entry la (wahh...feeling hebat okeh dah plan for next entry..hahaha)..

ok, sambung balik. lepas tu dlm umo 3-5 bln gitu, lain plak. nak tido atas bahu mummy je. sebenarnya salah aku gak. sbb masa pantang aku berdua ngan dia kat umah, aku manjakan sgt. tido kasi tepuk2 goyang2 dia landing kat bahu. so bila budak tu naik syiok, aku plak tensen. mana tak nya, dah la demand nak bahu mummy je. gilir2 ngan daddy takmo okeh. pastu kena dodoi nyanyi2 tepuk2 lama. kadang2 ada la dekat sejam. sampai lenguh2 tengkuk. tapi takpe, masa tu masih boleh bertahan. anak 1st la konon kan. ikutkan ajer. bila dia dah tido, letak pelan2 dalam baby cot. iyer, dia tido dlm baby cot yg org2 dept aku hadiahkan. berguna la gak dlm 3-4 bln lepas tu dia dah takmo sbb dah tak muat!. dia kan tido buas, takleh pusing2 dia marah la. terpaksa la tido kat bwh ajer..

yg tensi masa nak tido kan arsyad kat bahu ni bila dia demand lagik. kalau dodoikan dia. kena berdiri okeh!!!..jgn ko sekali2 duduk kat sofa rilek2 sambil tgk tv. dia tau tau walaupun masa tu dah mamai2. aku pun pelik mana dia tau aku duduk nih. maybe sbb kaki dia tersentuh kat perut aku ke, or position dia lain so dia tau. tensionnyaaa...elok dia dah lena gitu aku pun penat la kan. nak la ngelat2 duduk. skali dia nangis. adoila...mcm sensor je leh tau bila aku nak curi2 tulang..sabo je la kan..

tp skrg dah baikkkk...sbb tido mau sama daddy sahaja..so mummy boleh bermalas2an..hahaha..mmg best freind okeh mereka dua nih. buat susu sama2, landing sama2, daddy tepuk2, nyanyi2 dodoi2, aku jeling2 je la sambil tgk tv..hahaha..bagus apa..biar la dia ok dgn dua2 kan. kalau tak bengkok la mummy..skrg lagi bagus sbb dlm kul 8.30-9.00pm je dia dah merengek2 mintak susu. pastu tak tahan nak tido dah. senang sgt dia tido. pastu esok pg bru bgn. cikgu kat nursery ckp sbb dia ligat sgt bermain waktu siang. tak reti penat. sbb tu mlm je flattt...hahaha..senang keje mummy arsyad.

ok lah, cite byk tak guna. meh layan aksi2 arsyad tido. jgn terkejut byk gambar. sbb mummy arsyad mmg suka amik gambar arsyad. dah beribu keping dah umur baru setahun lebih. ye la anak 1st, tgk anak lima , enam tujuh kang, nak charge batt camera pun tak lalu dah kot. hahahaha



:: comel kan meka dua? ni masa kecik2 dgn akmal izzat, mummy dia si http://eiseai.blogspot.com tu. masa gi visit jijat kat umah dia..beza mereka hanyalah 3 minggu.. :


: masa ni tido dgn aman. duduk berdua je ngan mummy kat umah :

: hahaha..pipi selambak..masa ni 3 bln kot. mmg tgh membesar dgn jayanya :

: ntah nape amik bantal cover kepala :

: ni antara masa tgh flatt abis..:



: Arsyad mmg suka tido aksi gini, ada yg lagi pelik dari ni tau:

: ni tak tau nape silau kot:


:ramai org takut tgk gambar ni. leher mcm terkehel kan. hahaha:


: ni pun gambar masih suci time bayi2. tido pun belum melasak:


: ini paling tak tahannnn..hahahaha..:


: lastly, gambar latest. dia skrg nenen nak tido isap botol sndiri. kecuali dah tak berdaya sgt dia suruh daddy pegangkan. tp ni kes tak larat lepas minum susu.kasi letak je la botol tepi mulut. hahaha..:
byk lagi gambar dia tido sebenarnya. tp kalau nak cite pasal dia tido je sampai esok la tak abis kot. hahaha..dan Arsyad kecik2 tido adalah berdengkur okeh. mula2 tu dgr kaget gak. lama2 dah biasa. maybe sbb dia penat sgt di samping "size" dia yg gebu itu kan..hahaha..apapun, mummy sukaaa tgk Arsyad tido. di samping rasa legaaaa teramat sbb akhirnya Arsyad habis battery, :-), muka Arsyad amatlah mendamaikan bila tido tau...rasa sejukk je hati...kadang2 aku gatal kacau2 dia time tido. tensi la daddy dia penat dia dodoi sejam aku nak kacau2 plak. hahaha..
okeh Arsyad, sila kekalkan prestasi yg baik ini yer. tido before 9.00pm, jgn bgn sampai pagi. tido puas2, esok bgn baru la segar..pastu senyum2 kat mummy and daddy, suruh daddy bukak cartoon sementara tgu mummy siap. iye, itu antara routine kami hari2..
mummy sayanngg Arsyad walau mcm mana pun position tido Arsyad (tetiba..) hahahaha...muahhhh!

Gambar Gedix..

hahaha..melampau kan hari2 nak update..kecoh je..

ptg2 boring nih, nak mengomel pasal bdk masam ni lah. sbb rindu kat dia. tapi kang bila balik amik dia rasa mlas plak nak melayan getix dia tuh..hahaha..apalah nasib arsyad dapat mummy gini. :-)


okeh, nak cite dia ni mmg kalau amik gambar gedix sket okeh. start dari umo 2 bln tak silap. tgk entry lepas gambar muka bolat mata sepet tuh. itu la first time dpt captured gambar dia senyum kot. lepas tu dah mmg mcm trademark plak senyum amik gambo. tak tau la bakat dari mana..hahaha..tp kadang2 lawak okeh. kalau ckp gini "Arsyad, pandang camera, senyum.." automatic mata kecik, senyum and pose. haha..tp tgk mood gak. datang mood malas layan dia, lantak ko le di situ. tak hingin dia nak layan..okeh, meh layan gambar2 gedix Abdullah Arsyad.


:: Hidung mesti di kecikan supaya nampak cute::

:: masa ni kat FOS dia tgh galak main2 panggil suruh senyum terus buat gini okeh::



: ni sbb nak tunjuk roti yg dia makan tu sedap sgt ke apa ntah :


: ni gambar lama.tp dia gedix so tergolong dalam gambar2 gedix gak :


: my fav pic..sbb lidah ada terjelir sikit menunjukkan kegedixan yg melampau :




wahh..suma gambar ngan mummy je..takkan takde ngan daddy pun kan..hahaha..tak aci..tak aci..tkpela, mummy yg giler bergambar pun..daddy bergambar lite2 je..nnti2 la letak gambar didi (arsyad panggil didi) dgn arsyad plak ehh..hehehe