Pages

May 15, 2011

Hotel and Supir di Bandung

Bercinta nya nak update blog last week...Giller server blogger down sampai aku dah putus harapan. Nasib baik saki baki kerajinan ada arini. Dpt aku abiskan entry Bandung nih. Sbb ramai dh tanya pasal Supir and Hotel.

Mula2 kitaorg igt nak dduk hotel best2 sket. Since duit flight dpt zero fare kan..hehe..Tp bila pikir2 balik, mcm rugi je. Sbb ko kuar dari pagi, mlm baru balik. Bkn jenis nak lepak hotel mandi swimming pool pun. Itu jenis relaxing holiday. Aku kalau gi relaxing holiday gitu mmg lepak je hotel tak kuar gi mana2. Baru berbaloi amik hotel mahal kan. Ni nak ukur jalan kat FO hari2, so amik hotel yg leh tido, rehat and mandi. Cukup lah.

So hasil pencarian dan research Kak Selly, ktorg pun decided nak dduk De'Tropis Guest House nih..Dia bkn kat main road yg korang leh jalan je gi FO. If nak dduk sini, kena amik supir and kereta. Tak pernah aku tgk angkutan masuk sini. Tp tempat dia very cozy. Kalau ko tido mlm tu mmg sunyi sepi takde dgr bunyi bising langsung. Then ada basic ammenities lah. Utk org yg tak berapa berkira mcm aku, ok jer hotel nih. Utk org yg rasa nak ada concierge kat pintu masuk, gi la dduk hotel ada star sket..kekeke..


:: Aku amik family room. Bilik luas. 1 katil queen, 1 single. Ni kami rapatkan katil. RM120 per night::

:: Basic furniture. Asal ko leh tgk muka kat cermin, leh sangkut baju dlm almari, leh tgk tv, ok lah kan. Abaikan budak yg tgh tgk patung upin ipin dia terbang atas siling tuh::

:: Ni mcm lobby kecik dpn pintu bilik aku. Kira kalau korang dtg family besar, nak lepak2 mkn2 kat sini best gak. Tak payah nak sepahkan bilik::


:: Tu ha bilik terbukak tu bilik aku...::

:: Ni mini garden dia. Simple but nice. Sejuk mata memandang. Kiri kanan bilik2 deluxe. Family room ada 3 je tak silap aku. Total kat sini ada 10 bilik je. Ktorg amik 6 bilik so masa ktorg sampai mmg ahli rombongan kami je kat sini. hehehe::

:: Ni buffet area dia. Room rate termasuk breakfast, and aiport transfer dari airport ke hotel. Food bfast biasa2 je. Ko nak bayar RM120 pastu nak berangan org sediakan continental bfast bagai melampau la kan..Asal kenyang, dpt alas perut, hati riang...ok la tuh.::

:: Ni yg special kat sini aku rasa. Air sejuk and panas tu biasalah kan. Utk kita2 yg nak buat susu anak2. Tp yg best dlm fridge tu dia kasi Teh Botol complimentary ok kat hotel guests. Ko nak balun 10 botol sehari pun takde hal..Bila balik shopping terus terjah kat fridge menikmati Teh Botol sejuk2, nyamannnn...::

:: Ni reception dia. Simple je kan. And yg best kat sini staff2 dia semua baik2. Peramah sgt. Apa je kita tanya diaorg sedia layan. Sampai kita nak order makan, tolong carikan tukang urut, tolong itu..tolong ini semua diaorg layan..

Lagi satu guest house yg best aku dgr adalah Rumah Ebo. Tp susah nak dpt. Memanjang full je. Korang try la antara 2 guest house nih. Sbb review byk ckp dua2 ni ok. Tp harus di ingat, ini guest house sahaja ok. Jgn la ko anggap layanan mcm hotel bertaraf bintang2. Janji selesa, bersih, and berpatutan. Kalau nak dtg Bandung nak dok hotel best2, rasa mcm rugi. Lain la ko gi Bali ke, Phuket ke, tmpt yg betul2 ko nak relax kan...Aku bagi 5 star kat De'Tropis...Thank you kak Selly sbb uruskan semuanya..hehehe

Ni details De'Tropis:
Joanne

Jl. Windu 6, Bandung 40262
Telp: +62 22 7308034
Sms: +62 812 202 6385
http://www.detropis.com


Next transportation plak. Dulu ktorg dtg, amik satu Avanza je. Sbb masa tu kami 2 family je. Then masa rombongan dah ramai, mula2 igt  nak amik 2-3 Avanza. Tp pikir2 mcm leceh. Sbb kang nak tertunggu, then nak jalan sekali pun susah. So lepas discuss berbulan2, kami pun terus tekad amik satu bas je senang. Hahahaha..Mmg betul rombongan Cik Kiah. Bdk2 pun selesa nak bergerak dlm tu. Terlampau selesa sampai masing2 tak reti duduk diam lah...Bas sangat selesa, baru, and bersih. Management dia pun ok kan Kak Selly? Rate ktorg dpt utk 2 hari tu adalah Rs2,700,000. Ok la kira dari Rabu mlm, sampai Jumaat mlm. Dlm 2 setengah hari. Dgn sorang driver, and sorang pembantu.

Yg tak bestnya, supir tu tak berapa best compared to Pak Yayat dulu. Pak Yayat dulu sangat2 helpful, dia takde nak melepak je tunggu kat kereta, everytime ktorg gi mana2 dia ikut je, jaga budak2. hehe..Then if ada byk barang shopping, dia bawakkan shopping bags. Siap gi kereta hantar then dtg kt ktorg balik. Tp yg kali ni kurang sket la bab2 tu. Boleh siap ada penjual2 yg tepi jalan tu naik bas diaorg buat dek je. Tension gak kitaorg masa tu. Aku dah tinggi suara dah suruh diaorg jaga pintu jgn kasi naik. Tp maybe diaorg pun nak tolong org2 dia kan, entahlah. Bagi aku agak scary sbb boleh naik smpi atas bas. Ktorg bawak duit, barang2 suma dlm tu kan.

Dulu pergi tak puas hati dgn hotel (Royal Dago..sila jgn duduk situ..hahaha), tp supir tip top. Skrg plak pergi Hotel best, tp supir kureng. So ada la pro and cons di situ...Takpelah janji masing2 happy, puas shopping, dah duit byk habis..hahaha..

:: Rombongan Cik Kiah dpn bus..::

All in all, best la trip Bandung ni. Pada sapa2 yg nak gi Bandung, harus simpan duit byk2 and shopping brg anak2 stock 2-3 thn skali. hahaha...Ye la alang2 dah sampai kan. Takkan ko nak gi Bandung setahun skali. Beli baju anak besar sikit simpan tkpe kot. Sbb mmg murah sgt2..

Nanti if aku free aku share important points if you are travelling to Bandung plak. Mana tau points2 yg aku nampak ni berguna kat korang kan...

Ok la tiba2 dah malas type. hahaha..Sapa2 yg nak gi Bandung, selamat berbelanja buk!.

2 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

salam kak..tumpang tanya..kenapa otel dago tu x best n akak ada x contact no.supir yg akak puji tu..n bape rate dia per day?

ZuNas77 said... [Reply to comment]

wsalam,

alamak sorry..tak perasan comment kt sini...hotel dago tu hotel lama..nama je ROYAL dago..tp kotor. pastu bilik kat atas tkde lift. pg2 tak kemas bilik. bilik air kotor gila.

supir yg akak recommend cuba selak2 entry ktorg gi jakarta..Pak Yayat supir yg ktorg amik. ada details dia kt situ.