Pages

Mar 29, 2011

Serba Salah...

Smlm balik dari amik Arsyad, singgah pasar mlm dpn school dia tu...Aku nak beli makanan ringan2 je since masa tu dah kul 8.00pm, and Daddy Arsyad pun dah mkn...Aku beli sekeping murtabak, pastu lalu tmpt buah2 nampak plak selonggok buah kundang yg mcm panggil2 aku suruh gi beli dia..hahaha...Sbbnya..2-3 hari lepas ada sorang kwn aku post gambar kundang ni kat FB. Aku rasa tak pernah mkn buah ni..Kalau kecik2 dulu tak tau lah..Aku teringin la nak try kan..gi la kat kedai buah tu dgn penuh confident, "Dik..manis tak? akak nak rasa dulu boleh". Then dia bagi aku sebijik..aku dgn confident kopek kulit buah kundang tu..tp susah kan sbb melekat2 dgn isi dia..sambil tersenyum2 bdk tu ckp "Kak, org makan dgn kulit skali kak.." Ceh....terkena aku..tu la confident lagik..tp aku tetap nak cover malu.."Tau..akak kopek kulit sbb takut korang tak basuh lagik buah ni...kang tak elok mkn buah tanpa kopek kulit.." Daddy Arsyad dah lari jauh2 sbb tak tahan nak ketawa...dia bab2 ngejek aku ni mmg hobby..aku kan banggang sket bab2 ni...kekeke..


:: Buah Kundang yg juicy::

Arsyad pandang je aku pilih2 kundang tu and end up beli setengah kilo..Pastu tiba2 dia ckp "Mummy..nak buah satu.." Aku pandang Daddy, Daddy geleng2 tak kasi sbb dia batuk..Aku ckp ok kat rumah yer..Terus dia jerit2 ckp nak jgak makan skrg..maybe tadi dia nampak aku dah ngap seketul kot..Aku ckp la tak boleh..kena basuh dulu..knowing him mana la dia nak dgr kan..dah terjerit2 nangis2 kat situ..Daddy tarik dia jauh sket, buat isyarat suruh aku sorokkan buah dlm handbag...Then ckp kat dia "Sorry Arsyad..mummy tak jadi beli sbb tadi masam...nanti esok kita beli k.."

Ku pikirkan mudah je nak trick bdk ni balik..Spt biasa dia akan termakan pujuk aku..Tp sampai kete dia cari2 buah tu...Aku dah mcm kesian tp Daddy tetap tak kasi sbb dia mmg tgh batuk teruk..Kang makan benda2 tu lagi batuk kan..Otw balik tu dia dok tnya..Bila ktorg buat tak tau..dia ckp...

"Antar Arsyad school la..nak tido school.."

Wah..pandai mengugut ok...kebetulan ktorg kat roundabout nak masuk gi simpang school dia...Belok kanan nak gi keluar gi tmn perumahan ktorg, terus gi school dia...Aku ckp "Nak gi school? ok..mummy antar". Pastu dia tgk jalan mcm nak betul2 nak kena school..terus ckp "Ok..ok..takmo school.." sambil tersengih2...sabarrr je la dah pandai ugut okeh..

Sampai umah dia tanya lagi pasal buah tu..Aku divert kan ke tmpt lain. Aku share mkn murtabak dgn dia. Sambil layan drama Asmara 2 kt tv. Best kan cite tu? Suka Sharifah Abu Salem tulis script. Sangat mantappp..Pas abis murtabak sekeping, dah basuh tgn dia suma, suruh dia naik atas sambil aku kemas2 apa yg patut kat dapur kan. (Sebenarnya aku dah rendam siap2 buah kundang tu, niat di hati bila dia naik atas aku nak makan senyap2 kat bawah..hahaha)..Pastu dia pun naik dgn Daddy layan Kak Limah buat ke lapan juta kali kat atas..

Aku diam2 layan kudang sambil tgk Asmara 2 dpn tv...Sesekali aku terjerit perlahan2 "Ish..manisnya..sedappp..." Kejap2.."Ala..ni masam plak..tp sedap gak.." Konon gaya mcm makan beramai2 padahal makan sorok2 sorang2 kan..Tiba2 aku dgr suara Arsyad dari atas tnya Daddy.."Daddy..mana buah? Arsyad nak.." Ish, dia dgr ke aku bersuara td??? Tetiba rasa sebak plak...anak dok teringat2 buah mak dia makan sorok2...patut kahhh?? tp pikir-pikir apa Daddy ckp betul gak..nak dia baik batuk ke nak dia terus batuk teruk? lepas baik nnti leh makan buah tu..time batuk ni kalau melarat..sapa susah???

Lepas tu aku cepat2 abiskan makan..kemas2..naik atas..nak pujuk dia balik..sambil buat2 tiada apa2 yg terjadi di bawah tadi..hahaha...aku naik je..dia tnya lagi..

"Mummy...mana buah tadi?"
"Arsyad..kan mummy ckp..esok kita beli...tadi tu masam..tak sedapp...sayang tido dulu esok kita gi pasar lagi yer..tp kena good boy..baru mummy beli"

Then dia mencebik..aku ckp ok dah amik susu Arsyad gi tido...

"Tak nak..tak nak susu..nak buah.."

Haihhh..."Ok, takmo susu biar mummy amik susu arsyad minum kasi abis.." Selalu aku gertak gitu dia nangis2 rampas balik susu dia and terus lari masuk bilik..tp kali ni lain plak..

"Nak?? nak susu Arsyad...nahhh..hambik..minum..minum kasi abis!!!"

Sambil dia sua-sua2 kan kat mulut aku paksa2 minum okeh!!!...hahaha..dah tak jalan dah cara nak ugut2 dia..mak dia kena balik..then pujuk pelan2 dia pun masuk tido dgn Daddy..

Tak lama lepas tu Daddy jerit suruh aku masuk sbb dia muntah..habis satu katil penuh muntah dia..Dia mmg gitu..if batuk je, dia akan muntah. Sbb tekak gatal kot then dia try nak kuarkan kahak abis segala isi perut la keluar gak. Daddy dah tension sbb Daddy tak sihat sgt smlm..Aku angkat Arsyad, bersihkan dia..Salin cadar apa suma..then Daddy ckp gi la tido dgn Mummy..tak kuasa Daddy nak layan lagik..hehehe

Masa tido dgn aku tu tepuk-tepuk dia tnya lagi pasal buah tu..aku pujuk lagi pelan2...then dah tido...pastu kejap2 dia terjaga..aku dgr dia sebut "ok..esok beli buah yer.." Ya Allah..sampai mimpi ke budak ni??? aku wat derk je la continue tido..then pagi tadi masa nak angkat dia...dia tgh mamai2 then ckp eli "Mummy..nanti pomish (promise) bbuah yer.." Astaga...sah budak ni mimpi buah satu malam nih..

Huhuhu...smpi office aku terpikir2 lagik...rasa ralat, sedih, terkilan, mcm2 la...walaupun benda kecik tp bg impact rupanya kat anak aku...Tp aku tau aku takleh ikutkan sgt..maybe emosi dia masih attached dgn buah tu sbb perangai dia, if dia nak satu2 benda tu, dia akan nakkkk jugak. Tp dah benda aku takleh kasi skrg kan..takkan la nak kasi gak smata2 takmo kasi dia ingat..Aku pujuk hati aku supaya berharap kat school kang dia jmpa kwn2, dia makan biskut yg aku bekal tadi..dia lupa la...Tp if balik kang dia tnya lagik..harus la ganti dgn buah lain yg tak kasi batuk dia lagi teruk..tp kalau dia tak terpedaya, still nak buah kundang yg sama mcm mana??? uwaaa..pening..peningggggg..

Ini la dilema mak2 mcm kita ni..Bila ckp kat Dadddy, muka takde perasaan je ckp takpe..tgu dia baik batuk dulu...ish, aku tkleh la tgk anak aku teringat2 gitu...tp kena pikir logik kan..bg apa-apa kat dia, kena tgk condition dia..aku kena kuat..takleh lembik..tkleh mengalah..nnti lagi susah..apa2 anak nak, terus je kasi..kang prob dtg kemudian..lagi haru biru...aku gak yg susah...mmg utk mendidik anak ni kita pun kena terdidik sama..haihhh...harap2 Arsyad tak sebut lagi ptg kang...kalau tak aku plan nak bwk dia gi McD, kasi makan nugget 2-3 ketul, kasi dia main kat playroom McD yg dia suka tu..harap2 dia happy and lupa buah kudang pasar malam itu....

Mar 28, 2011

Ustaz Abdullah Arsyad..

Cikgu Arsyad bgtau aku..skrg kwn2 dia panggil Ustaz Arsyad..sbb dia dah di wajibkan baca doa makan tiap kali diaorg nak makan. Tak kira la apa dia tgh buat masa tu. Sbb slalu if diaorg bfast pagi budak kecik ni terpisat2 baru bgn tido..walaupun tgh mamai still baca doa kuat2 gaya jiran sebelah pun nak bfast sama..hahaha..dgn ktorg mmg slalu suruh dia baca doa..walaupun ikut gaya dia and pelat dia, asalkan ada bunyik and aku paham..hahaha..

So meh layan vid..Finally leh amik vid dia baca betul2 tak main2...

video

Masalah yg suka di cari sendiri...

Aku notice lately ni aku suka cari masalah...bkn masalah kronik sampai mengganggu kehidupan sejagat..tapi masalah menyusahkan diri atas sifat mengada-ngada diri sendiri..tak tau la ni perangai baru ke, atau mmg dah ada bakat tp aku lambat discover..hahaha..meh aku listkan perangai mengada2 skrg...

1. Nescafe Latte
    Dari dulu aku suka gila minum nescafe Latte nih. At least sekali sehari. Mmg ada je dlm fridge office aku ni kena stand by duit kecik je utk beli hari2. Tp sejak aku pregnant, takleh minum nescafe. Mesti lepas tu rasa pening, mual, muntah secara menggila, badan gigil2. Tapi tatappppp aku nak kena minum gak setin sehari. Aku dah try avoid, tp hasilnya badan aku lembik dari pagi sampai ptg..jadi ngantuk..jadi tak bermaya..jadi rasa nak tido je dlm bilik boss..hahahaha..So aku minum je la hari2 and lepas tu bersiap sedia utk rasa pening 5min kemudian. Kira aku lagi rela rasa pening+mual dari rasa tak bertenaga gitu..gilosss..

2.  Cabaran dgn makanan
    Well, semua org tau time pregnant ni kita teringin mkn mcm2 kan. Alhamdulillah sejak aku pregnant Arsyad dulu tak pernah aku teringin makan pelik2. Paling kuat pun ada la makanan2 yg laki aku mampu kasi, or dia boleh bawak..Takde la nak gi Penang tgh2 mlm semata2 nak makan nasi kandar time2 tu gak kan..hahaha..Tp perangai pelik skrg hari2 mesti nak kena tgk blog otai2 masakan. Ko tau je la otai2 memasak mcm Mat Gebu, Kak Liza etc...tgk la diaorg masak dah la terror giler, pastu presentation cun, dan2 tu lapar. Pastu emo tak dpt makan apa yg diaorg masak. Mmg gilos..hahaha..Aku respect la kaki2 rajin masak ni. Segala benda leh masak. Terus rasa insaf. (kejap je...sbb sedar kemampuan diri tak setanding mereka..takde la insaf mana..haha)

3.  Makan berpada-pada
     Okeh, aku takde la makan secara menggila mcm dulu dah. Dulu food between meal Big Mac. Org suruh kudap2 raisins ke, nuts ke, biskut2 ke, aku ngapp burger or cookies Famous Amos satu plastic. Skrg tak la. Tp aku mmg takleh mkn byk skali gus. Kena makan sikit2, dlm kuantiti yg kecil. Which is aku rasa benda tu mcm merentap nikmat makan aku. Wahh..ayat..hahaha..Ye la, elok2 aku dah set kat kepala lunch nak makan Asam Pedas Kg Baru yg power itu..skali lepas sejam makan terus terkeluar semua benda aku makan tu. Rasa mcm rugi gila. Rupanya aku terlebih kenyang, kena makan apa2 dulu lapik perut sebelum tu. Yg aku malas takkan ko dah tau nak melahap Asam Pedas, sejam dua sblm tu nak makan biskut 2-3 keping kan? Kang asam pedas cuit2 je apa rasa...tak syiokk la...So aku tetap dgn keputusan aku makan secara menikmati hingga ke hujung jari...sampai pejam2 mata..lepas tu nak muntah pun muntah la..Akibatnya sampai skrg aku tak stop lagi musim muntah2...hahaha..ok, padan muka utk diri sendiri...

4.  Cepat rasa menyampah
     Dulu aku slalu je rasa menyampah. Tak kira la dgn org ke, dgn benda ke, dgn persekitaran ke. Tp dulu if aku menyampah aku wat derk je. Takde la nak meluahkan emosi aku secara terang2. Sbb bagi aku tak elok nak nyampah2 dgn org, diri sendiri bkn baik sgt..So if aku nyampah, dlm hati je then letak perasaan tu jauh2 je..try tak jadi nyampah..if rasa nyampah gak..cari kebaikan org tu utk cover up balik rasa nyampah kat dia..hahaha..tp skrg tak di tahan2 ok. If aku nyampah or meluat tu mmg muka aku obvious gila..Mmg aku leh bebel2 sorang2..Mmg aku leh bwk2 dlm mimpi..sangat tak bagus time2 aku pregnant nih..Kalau nyampah or meluat kat Jeniffer Lopez ke, Jessica Alba ke..untung gak. If girl anak aku comel mcm diaorg kan..Ni...haihh..jgn la tanya org2 mcm mana aku nyampah...mintak simpanggg...(ketuk kayu laju2...) hahaha...

5.  Tidur..
    Bakat aku yg org lain takleh lawan adalah sangat pandai tidur..eh, bakat apakah itu??? haha..dulu aku pantang letak kepala, confirm lena. Pantang tkde keje siang2 time weekend, confirm lepas lunch aku pasang aircond, tarik selimut, tido. Tp skrg ni lain sgt. if aku tido siang, bgn mesti sakit kepala. Sbb tido pun tak berapa lena. kejap2 terjaga..kejap2 automatic mata ni bukak. Pagi2 dtg office mmg aku tido dlm kete, tp mmg tak lena. Sampai tahap aku leh dgr radio secara terang. Smpi aku leh tau caller mana yg call HotFm pagi2. Nama je tutup mata, tp tak lena. Sampai office kepala bengang. Aritu aku ngantuk sgt kat office, konon nak lena kejap la masuk bilik kosong kat sini. Tp 5 min lepas tu aku kuar balik. Ish..mana hilangnya bakat tido aku nih?? If malam lagilah..kejap2 terjaga aku tgk jam baru kul 12mlm, then tido balik pastu terjaga balik baru 2am, tido balik...terjaga lagik kul 4am...sampai tepat kul 5.30am kejut Daddy Arsyad suruh dia mandi dulu then baru laaaa aku leh lena..haihhhh..apa la pnya penyakit skrg..tido tu nikmat ok..if di tarik nikmat tido..apalah erti hidup ku ini???? hahahaha..ayat org frust tak lena tido...TETAPI, aku tetap try tido pagi2 dlm kete, aku tetap try tido 5min if ngantuk kat office, aku tetap try tido tgh hari time weekend, walaupun aku tau aku tak lena and selepas itu mengakibatkan aku sakit kepala, aku tetap melakukannya...sbb aku suka tido...inilah di namakan mmg MENCARI MASALAH..hahahaha

So far itu je aku igt skrg..nnti2 aku teringat or perasan perangai pelik aku ni aku tulis lagi...Bagi aku, apa je buat aku tak selesa tapi aku tak boleh buat skrg, aku proceed je buat. Sbb so far aku leh terima lagi consequences dia..aku leh terima lagi after effect dia..sbb aku rasa aku dah biasakan diri kot..muntah selepas makan,  rasa teringin selepas tgk masakan org, meluat selepas tgk perangai org yg ntah takde dosa pun kat aku..and tido walaupun aku tau if aku bgn mesti sakit kepala...aku lebih byk manage EFFECT dari nak avoid PROBLEM itu sndiri..so far aku tak pasti syndrome apakah ini..nnti next check-up aku tnya gynea..hahahaha

Mar 27, 2011

Pakcik Teksi...

Nak share kat sini.. Last weekend masa aku balik dari Langkawi, naik kete pakcik teksi ni dari LCCT-Kajang. Masa aku nak amik cab ni, laki aku dok tanya nape aku amik teksi biasa? nape tak amik airport transfer or Limo yg selesa sikit..Ye la sbb selalunya teksi biasa yg kita biasa naik kat KL kan. If airport transfer diaorg pakai Perdana ke, Sentra ke, dpt la rehat best sket perjalanan agak2 dlm 30-40 minit. Lgpun masa tu Arsyad dah penat nak tido. Aku tak terfikir plak duit cab tu boleh claim. Aku lupa. Igt mcm slalu gi vacation. So utk menjadi kedekut (aku mmg suka budget..haha), aku amik je la teksi biasa utk hantar ktorg..rupanya ada hikmah di sebalik tu...

Dlm cab pakcik tu tak byk borak. Dia tau kot ktorg penat. Nak2 dia tgk Arsyad masuk2 je cab dah nak tido. Aku suka taxi driver yg paham mcm ni. Sbb sesetengah tu suka sgt borak. Sampai tak terlayan kita di buatnya..Di sbbkan Arsyad tido baring, aku bukak la sandle Adidas dia tu letak kat bawah. Pastu aku pun join dia terlelap sama..hahaha..

Dah sampai rumah, aku angkat anak, Daddy angkat barang2..then aku nak bukak pintu rumah, elok je aku nampak taxi tu blah baru aku teringat sandle Arsyad yg aku tanggalkan tu tak di bawak turun skali. Kelam kabut Daddy Arsyad try nak panggil tp sah2 la dia baru je blah mana la dgr kan. No phone dia pun takde sbb tak amik plak. So anggap je la takde rezeki.Aku ralat gak sbb baru beli sandle tu. Aku jenis beli sandle anak yg elok, pastu pakai la ko sampai ketat takleh masuk kaki dah..puas hati..hahaha

Tp dlm hati aku ckp takpelah if pakcik tu baru sedar sandle Arsyad tu masa dia sampai rumah, aku halalkan ajer. Ye la sandle je pun kan. If hp ke, bag ke, aku doa2 la dia dtg pulangkan semula....Tetapi...hari Jumaat tu, kira-kira 5 hari selepas kejadian, aku terkejut masa balik rumah. Masa tu aku dgn anak2 buah aku baru sampai rumah, sbb Daddy Arsyad outstation, ajak diaorg lepak rumah. Nak bukak gate tgk ada something plak dlm pagar dpn porch tu. Masa tu dah gelap, so aku tak dpt cam la apa benda tu..tgk lama2, baru aku perasan itulah sandle Arsyad yg tertinggal tu!!!!...tak tau nape terus aku rasa sebak..terus aku tercari2 gak kat gate kalau2 pakcik tu tinggalkan note ke apa..tapi takde...

Mlm tu aku teringat lagi pasal sandle Arsyad tu..Ini la kalau kita cari rezeki dgn jujur dan ikhlas..Walaupun hanya sepasang sandle budak, kalau bkn hak kita, jgn simply amik..kalau boleh, pulangkan kepada pemiliknya kan..Pakcik tu sangat jujur..Aku doakan dia di murahkan rezeki, selamat dunia akhirat..Walaupun benda yg dia buat amatlah simple, tp memberi kesan kat aku..melihat kejujuran dia, terus aku belajar utk bekerja dgn jujur dan ikhlas jugak (walaupun slalu je layan FB, layan blog masa keje..tp keje tetap jalan okayy..haha)..rezeki kita ni kan di tentukan dari apa yg kita buat..maybe dia pikir if dia amik sandle tu, ada je benda yg "di ambil" dari dia nanti kan...

Arsyad happy sungguh tgk ada balik sandle dia..Masa dia tido tu aku panggil Daddy ckp sandle tertinggal dlm cab dia terjaga terus nangis...sayang kat sandle tu kot...hahaha...sama2 kita doa keselamatan pakcik tu yer Arsyad..semoga kejujuran dia mengajar kita jugak....Amin..

Mar 21, 2011

Abdullah Arsyad 2nd Birthday...

Iyer..tau..tau..dah sebulan lebih baru nak update cite Bday Arsyad..bdk tu pun ntah ingat ntah tidak dah beday dia..hahaha..Takpe la Arsyad, kira halal la yer..Mummy kan di landa tahap kemalasan..harini rajin sketttt je..so leh la edit2 gambar upload gambar yg maha byk nih....


Utk bday celeb Arsyad this year mmg saja buat byk kali. Since dia dah tau apa itu Bebeday Yu yu...dah dekat2 bday dia, makin excited dia (sbb mak dia yg dok countdown dgn dia..hahaha), pastu pandai nak bday kek Upin Ipin, nak aku hantar meehoon goreng gi sekolah, dgn Ayam Goreng Upin Ipin (ayam goreng drumstick), alahai..mummy kena kerja, leh hantar kek je la Arsyad. Lagipun mummy tak berani sgt hantar food kat sekolah. Takut tak sesuai dgn bdk2. Terpedas ke, apa ke..(sebenarnya mummy tak reti masak and MALAS. hahaha), so ok la kek je yer Arsyad. Pastu mummy prepare party favor sikit2..jadilah utk happy kan bdk umur 2thn nih..hehehe..

:: Kek Bday Arsyad...Thanks tu Uncle Am sbb edit gambar kasi cun..::

:: Bdk2 getting ready..tgh la muka excited bday boy tu..nyampah!::

:: Dia mmg sangat2 excited::

:: Masa ni dia kecoh dgn kwn2 "Ni bebeday acad tau..haaaaa..."::

:: Nak pakai mask gak...::


:: Mmg dia suka posing kan..time tgh excited mcm ni lagi laaaaa..::

:: Sebak tgk gambar ni. Anak bujang saya dah besar..suruh posing pun ntah mcm2 pose dia buat..::

:: Dia pun sibuk tgk benda tiup2 tu::

:: Arsyad mmg suka tiup lilin..Bday org lain pun dia yg tiup lilin::

:: Potong kek yeay...::

:: Syahdu je tgk bdk2 ni kerumun cikgu nak kena suap mkn kek..Anak aku pun baik je kena suap::

Tp harini dia special sket..Bday boy okkkkkk..

:: Tak ingat la nama bdk comel nih..dia ajak Arsyad main tiup2::

Lepas tu aku start la nak distribute party favors kan...Alah benda simple je aku beli pencil case Upin Ipin, masukkan dlm tu key chain Upin Ipin, dgn coklat2. Murah giler beli kat GM Plaza..nnti la pasal favor aku update lain..tp mmg berbaloi2...Tetapi..budak Arsyad ni tiba2 jd kedekut plak..Elok je sorang2 bdk amik party favors tu aku dah dgr diarog jerit2 kat belakang..Sbb Arsyad gi kejar bdk2 tu rampas balik party favors tu suma sambil jerit " Wei..ni acad punya la..nape amik???".

Ya Rabbi....sabarrr je la..Terpaksa aku tenangkan dia ckp kalau bday mmg kena kasi semua ni kat kwn2..Jgn kedekut..Aku tarik dia dduk kat pangku, suruh dia kasi sndri kt kwn2..dia tak nak. Dia diam je tunjuk protes. Haihhh...pelan2 pujuk, baru ok sket..sabarrr je lah.

 :: Gambar agak blurr janji aku sempat snap kejadian rampasan berlaku..hahaha::

:: Ni lepas kena pujuk..::

:: Mmg tak makan saman bdk ni tau. Tgk tu tgn sebelah dia dah pegang satu, so dia tgk je kwn2 amik sorang satu dgn mulut membebel2...::

Aku igt ok la celeb dgn kwn2 dia happy. Mula2 mmg happy..tp lama jadi kedekut plak..sabarrr je..

Tp aku tak sabar nak tempek kat sini gambar menantu....hahahaha..Ada sorang bdk kat sini nama Aleesya, dia comellllllll sgt...and sgt2 friendly..Tiap kali aku dtg if dia ada, mesti dia peluk2 and cium2 aku..suruh dukung dia...mulut keletah gak..tanya mcm2..umur dia 4bln je tua dari Arsyad. tp dia kira awal setahun sbb lahir thn 2008. Haihhh..berkenan aku tgk..hahaha..cikgu ckp Arsyad pun suka dia..Tp bila aku tanya Aleesya ni gf Arsyad ke? terus nangis2 marah2. Eleh, takmo ngaku..malu konon..hahaha..

:: Comel..Pandai posing, Fotogenik, sah2 lepas piawaian mummy nak buat menantu..hahaha::

:: Suka tgk muka dia...ngan rambut messy2 gitu...comelllll!!!::

Ni plak vid masa kwn2 nyanyi lagu Bebeday Yuyu kat Arsyad..Abaikan je la suara mummy yg over tu yer..Kelam dok pegang vid, pegang camera..Daddy Arsyad lepak mamak sbb malu nak masuk katanya..haihhh..

video

Then esoknya ktorg pun gi Wangsa Maju utk celeb dgn family aku plak. Kek pun adalah Upin Ipin jua...Igtkan potong kek buat kali kedua kurang excited..tapi tahap kegedikan tetap berkekalan..hahaha...Suka la tu jadi center of attention kat sana..tersengih2 je memanjang...


:: Kek Kedua..::

:: Tgk la muka yg masih teruja::

:: Dia jadi mcm ni sbb dia malu..hahaha..tetiba nak malu konon::

Ni plak vid kat Wangsa Maju..sorry yer again..suara over mummy..kekeke


video

Then ptg tu plak ajak kwn2 aku lepak. Ni kwn2 rapat kat office. Mmg bersama Arsyad sejak Arsyad dari dalam perut. Lepak2 makan2 kejap je kat Great Eastern Mall. Makan kat Penang House. Sedap giler soft shell crab dia. Rasa nak gi sana makan je skrg..

:: Auntie Jee yg baik di sebelah aku belikan kek Arsyad..so ini kira kek ketiga Arsyad..::

:: Excited spt biasa tidak tertahan2::

:: Eh, bertukar anak plak..hehehe..bersama Rayyan dan Daddynya..::

:: Tgk la tu si Arsyad kalau jmpa Uncle Andy dia mmg mcm tu jadinya..::

Finally, kat rumah Cheras plak..sbb cousin Arsyad si Adam Mikhael Ipoh..(heheh..sbb ada lagi sorang cousin Arsyad Adam Mikhael Melaka..anak abg aku..) bday dia sehari selepas Arsyad..dia 1thn, Arsyad 2thn, so celeb la skali..Ni kira Kek Ke-empat Arsyad..fuhhh..sakan bdk ni tiup kek thn nih...


:: Kek aku tempah..::

:: Arsyad tak bosan2 tiup kek..Mikhael belum mengerti apa2::

:: Masa ni nyanyi2..::


:: Biar Arsyad je la potong kek since Mikhael reti tepek je tgn kasi penuh cream..haha...Nasib Mikhael lom jalan lagi, kalau tak gasak la gaduh dgn Arsyad rebut kek..::

Then...Ada lagiii...hahaha..Final ceremony..Since 15hb tu kan Maulidur Rasul. So ktorg pun buat kenduri kecil2 and buat Aqiqah Arsyad skali since dia belum buat lagi. Bkn main suka tgk kambing 2 ekor kat umah nenek. Pagi2 dah bgn nak tgk atuk2 potong kambing. Bdk ni mmg suka benda2 gini...

:: Jgn tanya kenapa dia buat muka gini...mummy dia tiada jawapan pasti..hahaha::

:: Budak curious memanjang dan segala pertanyaan keluar dari mulut dia. penat nak jawab::

:: Kambing Putih dulu...::

:: Arsyad semangat nak tgk dekat2::

:: Kambing hitam plak::

:: Bersedia utk di lapah::

:: Kasi mandi dulu lagi senang nak lapah kulit dia abg ni kata..::

Arsyad boleh nak bertangga kat surau tu nak tgk kambing2 dia kena lapah sampai selesai. Penat okeh. Kang dgn Arsyad2 mummy lapah baru tau..hahaha..Penat giler masa tuh. Dgn kenduri, dgn aku pun masa tu baru pregnant, mencabar betul. Esoknya terus aku demam. Bday anak pnya pasal.Ni baru anak sorang, anak 3-4 kang...beli slice cake potong kat umah je la..hahaha..

And lagi...hahaha..yg terakhir..Bday present dia dari Mummy and Daddy...Mmg dari dulu dia nak mendalah ni..belikan je la. Tp bkn leh main slalu pun. Balik rumah dah mlm, weekend kadang2 bz..dok la parking kete dia ni kat porch slalu. Tp kecoh time nak parking dekat2 dgn kete dia je, dah jerit2 tak kasi langgar..kecoh ohhh....


:: Dia suka sgt dgn bday present kali nih::

:: Tp lebih kepada sifat explorer dia as usual::

:: Muka atak senyummm...happy...::

:: Ni bila dah bosan...urut dada je aku time kete tu langgar pagar umah..::

So habislah sudah entry Bday Arsyad thn nih..hahaha..gila lama nak update, and gila byk benda nak update. Tp sayang aku tak amik gambar Arsyad ngan present2 yg dia dpt. Takpela dia pun dah besar. Dpt mostly mainan so harini dia teruja, esok mainan tu dah tak serupa mainan aku tgk..hahaha..

Arsyad, mummy doakan semoga Arsyad sentiasa sihat, panjang umur, semakin cerdik, semakin bijak, dan menjadi anak yg soleh utk jadi ketua keluarga kita satu hari nanti yer...Mummy and Daddy akan sentiasa cuba bagi yg terbaik utk Arsyad selagi termampu...We love u so much syg!!!...

::Sebak::

 

Lek laaaa....

Oh, aku adalah byk dpt feedback dari entry aku yg lepas "Pendidikan Awal Anak-anak". Feedback positive ok la kan..yg negative pun ada gak. Yg tanya nape aku nak anak aku pandai baca seawal usia 2thn??? boleh jamin anak msuk University ke??? Boleh jamin anak dpt straight A's masa exam ke?? Boleh jamin anak jadi Doc ke??? Omigod....

Well..mcm aku ckp, lain org, lain perceptions kan..terpulang la pada hak masing2. Mcm aku ckp aku ok je tgk mana2 parents yg over kiasu for anak2. Skrg record aku dgr ada parents ni antar anak tuition English and Maths masa umor dia 4thn okeh...hahaha..Again..hak dia la kan..Ada gak aku tgk parents ni anak dah nak masuk Std 1 tapi tak pandai baca dia tak kisah pun..Dia ckp alah..nanti kat sekolah dia pandai la..cikgu ajar la..so still...terpulang laaa..

Aku bkn la nak jadi dlm golongan kiasu nak kasi Arsyad pandai baca cpt..Ada aku ckp aku nak beli DVD tu then aim aku this year Arsyad mesti pandai baca ke??? Aku ckp aku nak PUPUK semangat kerajinan aku dlm mengajar anak2 and nak bagi PENDEDAHAN yg positive utk anak2 aku..so byk beza tu tau...Jgn la tgk aku rasa teruja dgn benda2 ni terus ckp aku suka ikut2 org and nak jadi kiasu push2 anak aku suka sama. Aku belum pun beli lagi DVD ni sbb takde masa (beli kasut ada je masa..hahaha), and takde la aku terujaaa gila sampai nak cari satu KL kan. Ada masa kang aku cari pelan2, and aku start pelan2. Mmg la bunyi entry aku mcm teruja sbb nya aku happy tgk perkembangan anak Syerah..(well..dia lagi byk cabaran dalam melayan org2 gini so aku ni kira sipi2 je tempias..hahaha)..

Lagi satu, of coz la ko sebagai mak bapak zaman skrg kena la ikut peredaran zaman skrg. Aku paham ramai parents yg tak berapa setuju dgn perkembangan bdk2 yg terlampau2 skrg ni. Mcm baru darjah 1 dah gi tuition, dah pakai iphone, dah beli laptop, dah tau download lagu..mcm2 lagi. Tapi korang hidup zaman apa wey..selama mana korang nak asyik2 ckp "Eh, zaman aku dulu tak mcm ni pun.." .."Zaman aku sekolah dulu tak payah guna2 benda ni semua..ok jer masuk U"..

Well..kalau selama2 nak compare zaman dulu, mmg susah la babe..Maksud aku, tak la bermakna ko kena belikan anak2 ko hp, iPad,iPhone segala sbb nak ikut zaman skrg..tp mana yg org dah advanced tu..kena la updated sama. Nak2 hal2 education bdk2. Takde la aku beriya2 nak masukkan Arsyad Smart Reader ke, Kumon ke, Real Kids ke, tapi aku tgk2 gak mana2 yg bersesuaian utk Arsyad nanti and financial aku. (sah2 mak bapak dia yg nak kena bayar kan..), sbb system masa kindergarten level tmpt2 tu lain. Bila masuk Std 1, akan jadi lain. Bak kata sorang kwn aku ni tak payah antar anak Smart Reader bagai sbb bila masuk darjah satu back to basic sama masa dia belajar umur 5thn kat Smart Reader. Unless aku nak terus antar kat private school tukar the whole system, baru berbaloi...

Tp bagi aku..nama pun "kindergarten". Foundation utk bdk2 tu. If dia dari awal dah pandai baca, bagus la. As a value added utk dia start benda2 lain. Ada org ckp nanti bdk cepat bosan belajar. Bg aku depends on apa dia belajar. If dah pandai baca dari awal, kena la rajin2 beli mcm2 buku utk dia baca. Macam2 jenis buku ada dlm Mesia ni, jgn la asyik ngadap buku cite je kan. Bdk 6thn pun leh baca buku Astronomy, Animals, apa2 lah. Mcm ada sorang boss aku kat sini, rumah dia mmg takde tv. Diaorg laki bini cari benda dgn membaca je. Dpt anak pun minat baca. Hari2 baca buku. Pastu aku pun naik pening dia beli buku 6-7 bijik sehari. If dia gi books sale tu dia leh bawak satu beg luggage besar sbb nak borong buku..hahaha..So byk je pendekatan lain..Jgn la bg alasan mcm2 sgt kan..

Tp aku still agree yg kita takleh push bdk2 sgt. Jgn la tgk anak org lain dah pandai baca, ko terus stress nak paksa2 anak ko pandai baca gak. Aku paling pantang parents yg suka compare2 mcm ni. Dulu time Arsyad baby, aku paling nyampah soalan "Arsyad dah pandai apa?" Kalau ikhlas tanya takpe gak, ni gaya tgu2 aku nak tanya dia plak anak dia dah pandai apa. Aku nak jaga hati tnya je la, Terus la jawapan panjang lebar kepandaian mcm2 anak dia kan. If betul-betul, bagus la..Tp parents mcm ni slalu up je lebih cite anak dia..betul tak betul org bkn tau..Anak baru pusing sket dah canang anak dia dah pandai merangkak, anak baru berpaut sikit dah ckp anak dia berlari..tak paham aku..kang org jmpa tgk anak dia tak mcm apa mak bapak dia cite kan malu jer..

So aku rasa aku just ikut keupayaan Arsyad. Dia anak aku, so aku kena tau ability dia. If dia rasa belum berminat lagi nak belajar, takpelah. Aku pasang je DVD tu smpi dia minat sndiri. If dia kuarkan DVD tu campak keluar pasang Hantu Kak Limah, aku redha je la. Aku pasang la DVD My Baby Can Read tu kat portable DVD aku belajar sorang2..hahahaha...tak tau lagi la penerimaan Arsyad..nervous gak nih...nnti if menjadi aku update..

So, penat dah membebel panjang lebar..Againnnnn...bagi aku, terpulang kepada hak individu itu yer..Anak2 korang, korang la membentuknya..Bg aku yg baik tak salah aku ikut, yg tak baik aku jadikan panduan supaya aku belajar gak..Jgn la pikir negative ajer..Jgn pikir benda2 ni marketing strategy ke apa jer..Semua parents nak yg terbaik utk anak masing2..Ikut la kesesuaian masing2 kan..Nak ikut membuta tuli pun salah jgak..So pepandai la buat research sndiri and tentukan sndiri utk anak2 yer...Semoga apa2 usaha kalian menjadi..InsyaAllah..

Mar 14, 2011

Pendidikan Awal Anak-Anak..

Aku amatlah berbangga dan respect spring kepada kaum2 ibu yg rajin ajar anak2 kat rumah. I mean, bkn ajar or teman buat homework dgn anak2 yg dah sekolah. Itu dah sah2 la kena buat kan.. Ni yg umur 5 bln, setahun, 2thn, kira below 3 years lah. Smlm masa tgu Daddy Arsyad aku boring2 saja la blog walking kan. Mmg ramai ok kaum2 ibu yg gigih. Sangat respect. So aku pun nak berjangkit rajin sama..Nak belajar mcm mana nak ajar anak2 kita di awal2 usia nih. Mcm mana nak kasi diaorg minat belajar (sbb if case Abdullah Arsyad, of coz dia lagi minat main..)

Tp ada gak sesetengah parents yg rasa tak perlu. Yg rasa belum tiba masanya. Yg rasa masih terlalu awal. Yg rasa kang dia masuk tadika dia belajar lah. Well, perception org berbeza2 kan. Terpulang la. Aku takde la tak setuju dgn parents2 begitu. Hak diaorg la nak pikir mcm mana kan. Maybe diaorg takmo pressure kan anak2 diaorg di usia yg awal. Cuma bg aku, kalau aku nak ajar anak2, takde la aku ajar dia Calculus masa dia 2thn. hahaha..Ajar yg basic, yg buat dia minat, if dia minat ok la. If dia tak minat, tukar method lain plak kan..ikut kesesuaian dia la..

Tp ada plak setengah parents yg kiasu gila. Yg nak anak hafal A-Z sebelum umur 2thn. Yg nak anak pandai baca before 3thn. Yg nak anak dpt No 1 jer dlm class start dari tadika 4 thn sampai masuk sekolah rendah. Jgn terkejut ada mak bapak skrg yg hantar anak tuition masa anak DARJAH SATU okeh!!!..haaa..ko mampu?? hahaha..Itu pun terpulang la pada hak parents masing2. Kita maybe rasa a lil' bit too harsh for the kids tapi kalau itu yg mak bapak dia tentukan, lantak ler kan. Ko sapa nak bunyi byk2. ko bayar tuition anak dia ke? tak kan? so diam2 sudah larr..hihihi

As for me, aku nak amik jalan di tgh2. Aku takmo terlampau bergantung kepada taska or pre-school, or takmo terlampau push sgt. Aku harap aku boleh control myself lah. hahaha..Sbb ye la takut gak anak2 ni lain2 perangai. If ko tgk anak org elok je leh duduk berejam dgn mak dia buat flash cards, tetiba aku ajak Arsyad buat flash cards habis semua dia koyak cards tu, takkan ko nak pukul2 or frust dgn dia kan. Keupayaan and minat dia lain dari bdk lain. So kena la pepandai cari method yg sesuai utk dia.

Tp yg susahnya..aku ni mmg sejak azali kurang sabar dalam menjadi "cikgu". Kalau aku ngajar org ke, ngajar apa2 ke, cepat je darah nak naik if org tu tak paham. Anak2 buah aku boleh mengesahkan ini semua..hahahaha. Dulu time aku duduk dgn diaorg, tiba datang angin aku saja nak check buku sekolah diaorg, haa..mmg siap laa..baru aku suruh bukak beg dah nangis meleleh2 sorang2. Tak tahan dugaan yg bakal dtg. Itu belum lagi masuk time check exam paper, check report card, check tulisan (tulisan pun leh jadi bahan nak marah okeh..haha), mmg ngalahkan mak bapak diaorg aku marah. Tp mak bapak diaorg diam jer. Sbb dah tau aku marah ada la sbb kan. Yg pandai, yg elok, aku lepaskan la. Yg mcm sedih je result, mmg kena kaw2. Sampai si Era anak abg aku ckp "Ish, tak sabar nak tunggu Mak Yu ada anak...nak buat kat dia plak.." hahaha...

Bg aku apa2 yg parents pilih utk education method anak2 sndiri ikut la tekak masing2. Yg mana baik, kita ikut. Yg mana extreme or tak kena dgn kita, tak payah la kan. Jgn kita terlampau ikut sampai kita jadi pressure tak tentu pasal plak. Lek la..ikut kemampuan masing2.

Sbb aku skrg suka tgk kawan kesayangan aku si Syerah yg comel ni cara dia bg home education kat anak2 dia. Sangat2 sabar, and bila tgk result anak2 makin naik, rasa happy tersangat. Aku pun nak happy begitu. hehehe..

So far Arsyad byk belajar kat nursery. Dia mmg belum masuk class lagi sbb kat sana 3 years and above baru masuk class belajar sikit2. Tp knowing him yg suka menyibuk, dari umur dia setahun dah masuk kelas kakak2 and abg2. Even tho dia bkn la belajar betul2, tp sedikit sebanyak apa abg2 and kakak2 belajar masuk gak kat dia. Sbb dia dgr, dia tgk and dia observe kan. Kira ok la umur dia 1thn 3 bln lebih kurang dia boleh kira 1 sampai 10. In English and Malay. Pastu 2-3 bln lepas tu leh hafal A sampai F. Masuk je G cikgu ckp dia dah kuar main takmo masuk class lagik. hahaha..Umur dia 1thn 6 bln dia dah leh baca doa makan walaupun tak terang, tp dpt la dgr and tangkap doa apa dia baca kan..kira ok lah..

Tp aku pun kena main peranan sama la kan. Aku tak pernah ajar dia kat rumah secara serious. Sikit2 ajar A...B..C main2 tu ada la. Lepas 2-3 minit dia suruh bkak Upin Ipin plak. Pastu aku pun tak tukar method pembelajaran kasi dia minat kan. Haihhh...tak baik sungguh la. Sbb aku igt awal lagi, bila tgk rupanya kita leh start gak dari skrg, if dia tak suka flash card, tukar kasi tgk vid ada nyanyi2, if tak suka vid tu, tukar plak method lain kan. Byk je cara. Aku je malas. hahaha...sorry Arsyad. Mummy insap nih...

So far cara aku memberi "education" tak formal kat Arsyad adalah dari segi percakapan hari2..Tau2 je la mak Arsyad ni mmg tak reti diam kan. Ada je benda nak ckp, ada je benda nak cite. So hari2 aku bercerita dgn Arsyad. Mula2 if amik dia dari school aku tanya apa dia buat kat school, jawapan mmg tatapp la sama hari2 kan. Tp tukar2 la sket. Aku tanya la kawan mana dia suka, kawan mana yg byk mkn, kawan mana yg suka tido, biar dia pikir..biar dia guna memory dia. And if dah takde soalan, aku cite plak pasal apa aku buat kat office. Sah2 dia tak paham tp takpelah. Nak2 time aku hangin ngan boss kat office, aku cite kat dia pastu mulut dia meloponggg je. If hp aku bunyi je dia ckp "Syyy...mummy, tu boss tepon. Aiyokkk..". hahahaha...


Sbb dari research yg aku baca...parents kena stimulate kids' brain sejak diaorg lahir sampai umur 3thn. Time tu adalah time yg paling byk diaorg boleh absorb. Bkn la bermakna lepas 3 thn jadi slow plak. Kira 3yrs and below ni is a good time to start everything la. Kang dia dah lepas 3thn, leh belajar benda lain plak. Kan mula2 masa baby kita stimulate pakai color, pakai sounds, pakai lagu..Bila dah setahun plak kita pakai words, pakai gambar, so ada la stage2 dia kan..Sayang la kalau every stages ni kita tinggal sbb at least kita pun leh play a role sama..utk anak sendiri pun..

So as a start, aku nak beli DVD Your Baby Can Read mcm yg Syerah start utk anak2 dia...Then buat la flash cards sikit2 harap Arsyad tak end up makan gigit2 kasi koyak card2 tu. haha..Amik la masa agak2 10-15min lepas aku dah settle keje umah, time relax2 sblm tido tu kan. Dari dok tgk Hantu Kak Limah je hari2...baik suruh dia belajar plak. Muak dah aku tgk kak limah tu. Dari lawak pun tak jadi lawak dah sbb abis semua scene Arsyad immitate. Mula2 rasa dia comel, lama2 aku rasa eee..tukar nama jadi Hussin kang baru tau..hahaha..

Pastu aku nak beli story book sikit2 bacakan kat Arsyad hari2 masa dia nak tido. Dulu Dadddy Arsyad tak agree sket sbb dia takut if kita bacakan story book kat anak time dia nak tido, kang dah jadi biasa sampai besar everytime dia baca buku dia ngantuk..hahaha..Tp dah research tidak menunjukkan begitu..Kita baca buku sbb minda anak2 masa separa sedar (time tgh ngantuk mamai2) adalah time paling byk dia absorb benda. Baca kan kat dia cerita2 ringan, just utk dia paham..utk dia amik moral of the story yg kita bacakan tu, just nak stimulate minda dia kan. Jgn la time mamai2 ko ajak anak ko umur 2thn buat Sudoku plak..mmg patut la kena sekeh dgn laki sndiri..hahaha..

Harini nak gi beli bahan2 kat bawah ni hopefully ada lah. Tak sabar nak start. Yg paling penting aku kena kekal rajin. Kalau tetiba dtg hari malas aku, kesian kat Arsyad sbb if tetiba dia dah minat, mummy plak balik keje cari bantal je kan. Ish, sedih plak aku if terpikir..Harap aku mampu la buat. If mothers lain kat luar pun boleh, takkan la susah sgt utk aku buat kan..And most important thing harap Arsyad happy and suka nak belajar. As as start dia leh bertahan 5 min pun takpe. Bila dia start je punggah2 playcards tu, aku simpan la and sambung balik esok.


:: Ni ler dia..tak tau la berapa price, if aku beli kang aku share::

And lebih menguatkan semangat aku..tgk la this amazing video..Again, aku happy dgn kegigihan some parents yg betul2 play a role dlm benda2 mcm ni. Some said it is too early for this 14 months baby to read, takut dia stress la, pressure la..tp kalau korang tgk vid ni ada ke mak bapak dia terjerit2 suruh dia baca? and ada ke nampak baby ni stress?? hahaha..amazing okeh...Seriously aku tak pernah terfikir plak kita leh pupuk minat anak dari baby, and at 14 months boleh  baca??? its just blow my mind...



Rajin2 gi la tgk youtube pasal result Your Baby Can Read prog nih..some ppl thinks benda ni buang duit coz maybe mahal kan..Well..if mak bapak leh beli Blackberry, Ipohone, Ipad beribu2..takat invest sket kat benda ni tak salah kan? simpan la utk adik2 dia plak nnti...bkn nya expired pun..

Tepuk dada tnya selera...Aku respect apa2 pun decision every parents for their own kids..no judgement, nothing..bg aku, apa aku rasa ok, aku follow. but still, no pressure, no high expectations, as a mother, aku kena tau my own kid's ability kan...that's the most important thing..

Mar 10, 2011

Workout While Pregnant.

Oh, aku adalah pencinta sukan...cinta yg sangat sampai segala neka sukan aku suka main. Org2 office or kwn2 aku semua dah tau dah. If apa2 berkaitan sukan, or games, confirm2 muka aku mesti ada. And jenis bersemangat gila mcm if squash tu dpt main 20 games dalam sejam pun aku sanggup..hahaha..

Tp tau2 la time pregnant kita terbatas sket kan. Bkn nya sikit, time Arsyad dulu terus aku jadi paranoid nak active lepas bleeding case tu. Terus aku hanya duduk makan dan membesar like no one's business..Sebenarnya salah okeh..Still boleh active, boleh workout, tp ada caranya. Ramai aku tgk if diaorg pregnant pun, boleh gi jogging kat park, fuyoo..rasa kagum giler. Tp it depends on ppl's body. tak semua org boleh buat.

Aku dah consult ngan gynea aku. Dia ckp boleh buat but ada limitation. If aku bkn betul2 runner, or bkn betul2 yg jenis workout hari2 (mmg tak la kan..haha), tak boleh buat terlampau sgt. Brisk walk 1-2km kat park tu memadai dah. If hujan, buat atas treadmill kat gym. Itupun buat 3x seminggu max. And if nak lagi bagus masuk yoga class yg special for pregnant mothers. Aku kureng berkenan yoga sebenarnya..sbb tak reti nak balancekan diri sndiri..confirm tak enjoy sbb sikit2 jatuh, sikit2 lenguh, sikit2 salah buat..Org buat yoga dpt release tension, aku makin stress!!..mcm mana???

Office aku starting March - Dec mmg ada sports carnival. ada 10 games mcm2 la futsal, netball, bowling, segala neka. Aku mmg segala sports pun aku hentam je main. Dulu masa pregnant Arsyad sempat main futsal and netball, then aku pregnant, tp masa 6 bln pregnant aku sempat bantai main ping pong plak. Kesian team captain aku kena standby kat sebelah meja ping pong sbb kena kutip bola ping pong jatuh. Dah tu, takkan nak suruh aku yg boyot plak tunduk2 kutip kan..hahaha..

Then this year mmg tak sempat langsung main apa2. Sports carnival start in March, aku beranak Sept. Abis pantang November, tinggal December je ntah apa je games yg ada. Terus aku tanya gyna aku takleh ke aku redah2 gak main? dia ckp boleh..takat bowling tu main la tp pakai bola ringan. Netball kalau berani main la masa tu aku maybe 7 bln or siapa berani langgar perut aku, meh laa..hahaha..Last year aku main netball masa betul2 lepas pantang. Semua org takut sbb some ppl pantang smpi 100 hari kan. Aku asal jahitan dah ok, dah leh jalan, abis la pantang aku tu..hahaha

Yg penting sbb workout ni utk energy. Aku perasan masa aku pemalas bergerak dulu dah la makin lama makin besar, pastu asyik penat and mengah, tak bertenaga. Mcm collegue aku sorang kat sini, dia pregnant tp hari2 turun gym. Dia brisk walk je kat gym then bawak dumb bell comel kaler pink. So dia naik less than 10kg for the whole pregnancy!!..sangat jeles ok. Aku visit dia beranak dulu, harini dia beranak, esok tu dah back to normal. Lepas 2 minggu dah pakai jeans masa anak dara balik...ok, mmg nak nangis tgk dia dtg hantar kuih kt office pakai suar jeans dgn baby-t walaupun still dlm pantang!!!..

So kali ni mmg aku jaga sket bab makan. Takde la makan menggila mcm dulu. Dulu aku every month check up, confirm naik 4-5 kg sebulan. Gila kan??? hahaha..towards the end masa 8 bulan ke atas tu kurang sket naik sbb dah takde ruang lemak nak kumpul. body dah expand to the max. haha..last wed aku gi check up utk 12 weeks, skali doc ckp aku naik 200gram je since last month. Terus aku senyum2 happy. Daddy Arsyad mencebik je dia ckp alah..baru2 je lagi..tunggu la nanti2..ish, takmo tumpang berbangga skali la tu!. Doc ckp bagus..tau pun jaga makan..takde la nak makan for two kan? haha..tp aku risau takut baby pun kecik sama. Bila scan, alhamdulillah dia membesar ikut usia dia. Tp doc bg aku extra multivitamin utk support sket. Dia ckp lagi senang makan secara healthy. Eh..snang ke tu doc?? mana ada senang..sbb pyramid makanan saya takde langsung makanan yg healthy..haha

So utk membantu aku tidak lagi membesar mcm dulu selain control bab makan, aku pun nak start2 workout sikit2. Maybe yg mampu aku buat hanyalah brisk walk kat taman KLCC ni 3x seminggu. Dpt buat 2 rounds pun jadi la. Harap2 kecik sikit peha ni. hahaha..Meh kita tgk slalu org yg mencintai workout buat apa time pregnant..

Note: gambar2 adalah dari pakcik google..

:: Comel kan?? mcm kwn aku tu la brisk walk sambil pegang 1kg dumb bell..::


:: Ni yoga. Haihh..time tak pregnant pun tak lepas nak buat..apa lagi time pregnant..tp sgt bagus utk badan::


:: Ni jgn tiru..jeles je boleh..gila weyy..lari marathon time memboyot..ko tgk muscle2 kat kaki dia?? nangis lemak2 aku tgk tau..hahaha::

:: Ini pun sila tgk sambil lap air mata je...kalau aku gi class yoga ni, sampai ke esok pagi takkan dpt position nih..tp boleh kot if aku baring atas tilam yg tebal dan empuk, and just jatuhkan tangan and kaki ke bawah..hahaha::


:: Suka nak gi class2 mcm ni. Tp kat area sini takde la. Byk area damansara, bangsar sana..mcm mana nak join..takkan aku nak bukak kelas sendiri kat Kajang plak..hahaha::


:: Ni paling best..comellll kan?? tiba2 perut terapung..hahaha::

See, takde la maknanya once ko pregnant je, terus ko takleh buat apa2 physical activity kan..boleh je..tp berpada2, ikut body and kemampuan diri sndiri..lagi baik if jadikan routine. Byk kelebihan. Dpt energy lebih, sentiasa bersemangat, memudahkan proses bersalin nanti, and paling penting......TAKMO GEMOK SGTTTT!!!..

Matlamat aku srkg, aku akan cuba tidak naik berat lebih 15kg for the whole pregnancy kali ni. Time Arsyad dulu aku naik in total 27kg. DUA PULUH TUJUH KILO OK!!!...Tp disbbkan masa tu starting weight was 55kg, mmg la nampak giler byk..skrg ni starting weight 70kg..(iyer..aku pun tkejut happy2 gi bercuti2 in Dec, skali Jan naik sampai 70 kg berat aku..hahaha)

Skrg berat masa 12 weeks adalah 74.6kg. Aku ada lagi 28 weeks utk menikmati pengalaman terindah ini and if aku gi lagi 7 monthly check ups, aku harap max setiap check up aku hanya naik 2kg la...last month kira dpt disc lebih. Mana tau plak next month tiba meniba mencanak naik kan??? hahahaha..bak kata daddy arsyad " Jgn risau syg, i percaya kat u..bakat tu dah ada..cuba belum nampak skrg..ada lagi 6 bln nak menampakkan bakat istimewa u tu..haha)

Laki aku tu mmg..bab2 bakar line..serahhh la kat dia....tapi takpe, akan aku buktikan...harap2 boleh ler..skali lagi teruk naik compared to masa pregnant Arsyad..confirm takde sekeping pun gambar aku time pregnant kali nih.....hahaha

Barang-barang kecintaan saya...

Biasalah time pregnant perangai mengada melampau mcm2 kan. Ada org mcm2 peel, suka shopping, suka beli emas, suka jalan-jalan, suka berkebun, tiba2 suka masak, and penyakit aku skrg suka dok umah. Seriously takmo kuar. Dulu pantang kena ajak kuar, skrg ni offer le gi mana2 mmg malasssss sgt nak ikut. Smlm cuti dgn Daddy Arsyad, dia ajak jalan2 gi Midvalley aku ckp gi la sorang. Aku nak lepak umah je. Berpuluh kali dia tanya..aku tatappp takmo kuar..dia mcm tak percaya..tp percayalahhh!!..hahaha

Saja nak share pasal barang2 yg aku suka skrg. Mmg aku noticed kali ni benda2 aku suka, jadi tak suka. Benda2 kureng suka, jadi kecintaan plak. Tp ada gak benda2 yg kekal cinta tak kira pregnant ke tak. Tp benda aku nak share kat sini adalah benda2 yg membantu aku skrg..

Korang pun tau kan kalau pregnant kulit akan jadi kering. Sbb apa aku tak tau. Tp mmg if ko tak minum air byk, akan bersisik2 la kulit. Aku sngat tak suka. Sbb if gatal kena gigit nyamuk je, aku garu2, tetiba aku perasan mcm kesan cakar calar balar kat kawasan aku garu tu. Mmg jelas kesan tu and buruks skali. Menandakan kulit aku dah tahap kering kontang tak tertahan2. hahaha..Kadang2 bila kering sgt dia jadi mengelupas. Bila mengelupas dia gatal. Bila gatal lagi sedapp aku garu. Bila garu kang dia makin besar..Ahhh..tak suka. So aku jmpa benda2 yg boleh mengurangkan kekeringan kulit. Yg betul2 berkesan kat aku..

:: Best woo krim nih. Kalau ko ada kulit kering yg kronik, sampai jadi gatal2, ko sapu mlm ni esok pagi dah kering dah. tp kena rajin sapu sampai dia jadi betul2 hilang kesan kering tu. Kat pharmacy mana2 pun ada. Tp mahal sket. Tube besar RM60::


:: Kulit kering tmpt lain mmg kena letak lotion. And lotion paling best adalah lotion ini. Mmg sangat2 menyerap. Kira kalau lepas sapu ko nak gi toilet, takde rasa licin2 or rasa dia keluar bila kena air. Mmg betul2 meresap and kejap je rasa kulit dah kembali lembab. Tp spt biasa, sila rajin letak sampai masalah ko btul2 selesai::

Dari dulu prob aku adalah stretch marks. Dari start pregnant Arsyad 2bln aku dah rajin sapu cocoa butter, segala lotion2 punyalah takmo ada stretch mark. Yg pelik tu time pregnant perut membesar mmg tak nampak. Skali dah kuar je bdk tu, baru la haaa ko..amik..segala kedutan semua jelas2 sgt. Nasib tak kronik sampai jadi garis hitam2. Takmo!!...kira dari awal aku sapu dia tetap ada tapi tak kronik. dia jadi garis merah2 takde la obvious sgt tp if aku membelek tu nampak la (mcm la nak gi swimming pool pakai bikini kecoh sgt kan)..hahaha

Lepas bersalin aku pakai Bio Oil. Nampak kesan. 3-4 bln lepas pakai parut stretch mark nampak makin kurang. Tp sbb malas nak pakai, lagi suku je tinggal nak abis botol yg besar tu, so dia takde la hilang sepenuhnya. Then pregnant balik of coz kebimbangan tu dtg balik. Takmo perut belang2..takmooo..

:: Bio oil kesayangan saya..::

Then skrg aku saja nak try Palmer cocoa butter nih. ramai org ckp bagus. aku try ni dulu, if lepas beranak kang ada gak stretch marks yg kronik, aku tukar balik ke Bio Oil..hehehe
:: Harga tak check lagik..jgn mahal sgt dah laa...::

Then skrg paling aku cinta adalah sabun2 mandiku..hahaha..Ini dari dulu cinta..Aku mmg suka pakai shower gel. Mcm2 brand aku cuba. Yg mahal..yg murah..of coz la selalu yg murah. Yg mahal mcm Crabtree tu bila dapat hadiah..hahaha..Then for a while aku beli Body Shop. Tp bila aku jmpa M&S pnya, terus aku rasa Body Shop tak berbaloi. Sbb M&S lagi wangiiiii and murahhhh..for 250ml Body Shop slalu dlm 29.90, or if special scent yg baru launch ke apa mahal sket. Tp kat M&S, 500ml baru RM24.90!!...tak ke jimat tuu???

:: Gambar dari google. Tp aku mmg pernah pakai semua flavor ni..wanggiiiii::

Paling best M&S ni dia ada yg travel pack. lagi murah gila. and slalu tukar2 scent. and semua bau mmg wangi2. if 500ml tu leh la abis 3-4bln tau. Sbb skali aku beli 2-3 scents..baru boleh tukar bau and tukar2 feel..hehehe..best..best..

Ada lagi kegilaan pelik skrg ni..tu nanti2 la cite.