Pages

Mar 10, 2011

Barang-barang kecintaan saya...

Biasalah time pregnant perangai mengada melampau mcm2 kan. Ada org mcm2 peel, suka shopping, suka beli emas, suka jalan-jalan, suka berkebun, tiba2 suka masak, and penyakit aku skrg suka dok umah. Seriously takmo kuar. Dulu pantang kena ajak kuar, skrg ni offer le gi mana2 mmg malasssss sgt nak ikut. Smlm cuti dgn Daddy Arsyad, dia ajak jalan2 gi Midvalley aku ckp gi la sorang. Aku nak lepak umah je. Berpuluh kali dia tanya..aku tatappp takmo kuar..dia mcm tak percaya..tp percayalahhh!!..hahaha

Saja nak share pasal barang2 yg aku suka skrg. Mmg aku noticed kali ni benda2 aku suka, jadi tak suka. Benda2 kureng suka, jadi kecintaan plak. Tp ada gak benda2 yg kekal cinta tak kira pregnant ke tak. Tp benda aku nak share kat sini adalah benda2 yg membantu aku skrg..

Korang pun tau kan kalau pregnant kulit akan jadi kering. Sbb apa aku tak tau. Tp mmg if ko tak minum air byk, akan bersisik2 la kulit. Aku sngat tak suka. Sbb if gatal kena gigit nyamuk je, aku garu2, tetiba aku perasan mcm kesan cakar calar balar kat kawasan aku garu tu. Mmg jelas kesan tu and buruks skali. Menandakan kulit aku dah tahap kering kontang tak tertahan2. hahaha..Kadang2 bila kering sgt dia jadi mengelupas. Bila mengelupas dia gatal. Bila gatal lagi sedapp aku garu. Bila garu kang dia makin besar..Ahhh..tak suka. So aku jmpa benda2 yg boleh mengurangkan kekeringan kulit. Yg betul2 berkesan kat aku..

:: Best woo krim nih. Kalau ko ada kulit kering yg kronik, sampai jadi gatal2, ko sapu mlm ni esok pagi dah kering dah. tp kena rajin sapu sampai dia jadi betul2 hilang kesan kering tu. Kat pharmacy mana2 pun ada. Tp mahal sket. Tube besar RM60::


:: Kulit kering tmpt lain mmg kena letak lotion. And lotion paling best adalah lotion ini. Mmg sangat2 menyerap. Kira kalau lepas sapu ko nak gi toilet, takde rasa licin2 or rasa dia keluar bila kena air. Mmg betul2 meresap and kejap je rasa kulit dah kembali lembab. Tp spt biasa, sila rajin letak sampai masalah ko btul2 selesai::

Dari dulu prob aku adalah stretch marks. Dari start pregnant Arsyad 2bln aku dah rajin sapu cocoa butter, segala lotion2 punyalah takmo ada stretch mark. Yg pelik tu time pregnant perut membesar mmg tak nampak. Skali dah kuar je bdk tu, baru la haaa ko..amik..segala kedutan semua jelas2 sgt. Nasib tak kronik sampai jadi garis hitam2. Takmo!!...kira dari awal aku sapu dia tetap ada tapi tak kronik. dia jadi garis merah2 takde la obvious sgt tp if aku membelek tu nampak la (mcm la nak gi swimming pool pakai bikini kecoh sgt kan)..hahaha

Lepas bersalin aku pakai Bio Oil. Nampak kesan. 3-4 bln lepas pakai parut stretch mark nampak makin kurang. Tp sbb malas nak pakai, lagi suku je tinggal nak abis botol yg besar tu, so dia takde la hilang sepenuhnya. Then pregnant balik of coz kebimbangan tu dtg balik. Takmo perut belang2..takmooo..

:: Bio oil kesayangan saya..::

Then skrg aku saja nak try Palmer cocoa butter nih. ramai org ckp bagus. aku try ni dulu, if lepas beranak kang ada gak stretch marks yg kronik, aku tukar balik ke Bio Oil..hehehe
:: Harga tak check lagik..jgn mahal sgt dah laa...::

Then skrg paling aku cinta adalah sabun2 mandiku..hahaha..Ini dari dulu cinta..Aku mmg suka pakai shower gel. Mcm2 brand aku cuba. Yg mahal..yg murah..of coz la selalu yg murah. Yg mahal mcm Crabtree tu bila dapat hadiah..hahaha..Then for a while aku beli Body Shop. Tp bila aku jmpa M&S pnya, terus aku rasa Body Shop tak berbaloi. Sbb M&S lagi wangiiiii and murahhhh..for 250ml Body Shop slalu dlm 29.90, or if special scent yg baru launch ke apa mahal sket. Tp kat M&S, 500ml baru RM24.90!!...tak ke jimat tuu???

:: Gambar dari google. Tp aku mmg pernah pakai semua flavor ni..wanggiiiii::

Paling best M&S ni dia ada yg travel pack. lagi murah gila. and slalu tukar2 scent. and semua bau mmg wangi2. if 500ml tu leh la abis 3-4bln tau. Sbb skali aku beli 2-3 scents..baru boleh tukar bau and tukar2 feel..hehehe..best..best..

Ada lagi kegilaan pelik skrg ni..tu nanti2 la cite.


0 comments: