Pages

Mar 14, 2011

Pendidikan Awal Anak-Anak..

Aku amatlah berbangga dan respect spring kepada kaum2 ibu yg rajin ajar anak2 kat rumah. I mean, bkn ajar or teman buat homework dgn anak2 yg dah sekolah. Itu dah sah2 la kena buat kan.. Ni yg umur 5 bln, setahun, 2thn, kira below 3 years lah. Smlm masa tgu Daddy Arsyad aku boring2 saja la blog walking kan. Mmg ramai ok kaum2 ibu yg gigih. Sangat respect. So aku pun nak berjangkit rajin sama..Nak belajar mcm mana nak ajar anak2 kita di awal2 usia nih. Mcm mana nak kasi diaorg minat belajar (sbb if case Abdullah Arsyad, of coz dia lagi minat main..)

Tp ada gak sesetengah parents yg rasa tak perlu. Yg rasa belum tiba masanya. Yg rasa masih terlalu awal. Yg rasa kang dia masuk tadika dia belajar lah. Well, perception org berbeza2 kan. Terpulang la. Aku takde la tak setuju dgn parents2 begitu. Hak diaorg la nak pikir mcm mana kan. Maybe diaorg takmo pressure kan anak2 diaorg di usia yg awal. Cuma bg aku, kalau aku nak ajar anak2, takde la aku ajar dia Calculus masa dia 2thn. hahaha..Ajar yg basic, yg buat dia minat, if dia minat ok la. If dia tak minat, tukar method lain plak kan..ikut kesesuaian dia la..

Tp ada plak setengah parents yg kiasu gila. Yg nak anak hafal A-Z sebelum umur 2thn. Yg nak anak pandai baca before 3thn. Yg nak anak dpt No 1 jer dlm class start dari tadika 4 thn sampai masuk sekolah rendah. Jgn terkejut ada mak bapak skrg yg hantar anak tuition masa anak DARJAH SATU okeh!!!..haaa..ko mampu?? hahaha..Itu pun terpulang la pada hak parents masing2. Kita maybe rasa a lil' bit too harsh for the kids tapi kalau itu yg mak bapak dia tentukan, lantak ler kan. Ko sapa nak bunyi byk2. ko bayar tuition anak dia ke? tak kan? so diam2 sudah larr..hihihi

As for me, aku nak amik jalan di tgh2. Aku takmo terlampau bergantung kepada taska or pre-school, or takmo terlampau push sgt. Aku harap aku boleh control myself lah. hahaha..Sbb ye la takut gak anak2 ni lain2 perangai. If ko tgk anak org elok je leh duduk berejam dgn mak dia buat flash cards, tetiba aku ajak Arsyad buat flash cards habis semua dia koyak cards tu, takkan ko nak pukul2 or frust dgn dia kan. Keupayaan and minat dia lain dari bdk lain. So kena la pepandai cari method yg sesuai utk dia.

Tp yg susahnya..aku ni mmg sejak azali kurang sabar dalam menjadi "cikgu". Kalau aku ngajar org ke, ngajar apa2 ke, cepat je darah nak naik if org tu tak paham. Anak2 buah aku boleh mengesahkan ini semua..hahahaha. Dulu time aku duduk dgn diaorg, tiba datang angin aku saja nak check buku sekolah diaorg, haa..mmg siap laa..baru aku suruh bukak beg dah nangis meleleh2 sorang2. Tak tahan dugaan yg bakal dtg. Itu belum lagi masuk time check exam paper, check report card, check tulisan (tulisan pun leh jadi bahan nak marah okeh..haha), mmg ngalahkan mak bapak diaorg aku marah. Tp mak bapak diaorg diam jer. Sbb dah tau aku marah ada la sbb kan. Yg pandai, yg elok, aku lepaskan la. Yg mcm sedih je result, mmg kena kaw2. Sampai si Era anak abg aku ckp "Ish, tak sabar nak tunggu Mak Yu ada anak...nak buat kat dia plak.." hahaha...

Bg aku apa2 yg parents pilih utk education method anak2 sndiri ikut la tekak masing2. Yg mana baik, kita ikut. Yg mana extreme or tak kena dgn kita, tak payah la kan. Jgn kita terlampau ikut sampai kita jadi pressure tak tentu pasal plak. Lek la..ikut kemampuan masing2.

Sbb aku skrg suka tgk kawan kesayangan aku si Syerah yg comel ni cara dia bg home education kat anak2 dia. Sangat2 sabar, and bila tgk result anak2 makin naik, rasa happy tersangat. Aku pun nak happy begitu. hehehe..

So far Arsyad byk belajar kat nursery. Dia mmg belum masuk class lagi sbb kat sana 3 years and above baru masuk class belajar sikit2. Tp knowing him yg suka menyibuk, dari umur dia setahun dah masuk kelas kakak2 and abg2. Even tho dia bkn la belajar betul2, tp sedikit sebanyak apa abg2 and kakak2 belajar masuk gak kat dia. Sbb dia dgr, dia tgk and dia observe kan. Kira ok la umur dia 1thn 3 bln lebih kurang dia boleh kira 1 sampai 10. In English and Malay. Pastu 2-3 bln lepas tu leh hafal A sampai F. Masuk je G cikgu ckp dia dah kuar main takmo masuk class lagik. hahaha..Umur dia 1thn 6 bln dia dah leh baca doa makan walaupun tak terang, tp dpt la dgr and tangkap doa apa dia baca kan..kira ok lah..

Tp aku pun kena main peranan sama la kan. Aku tak pernah ajar dia kat rumah secara serious. Sikit2 ajar A...B..C main2 tu ada la. Lepas 2-3 minit dia suruh bkak Upin Ipin plak. Pastu aku pun tak tukar method pembelajaran kasi dia minat kan. Haihhh...tak baik sungguh la. Sbb aku igt awal lagi, bila tgk rupanya kita leh start gak dari skrg, if dia tak suka flash card, tukar kasi tgk vid ada nyanyi2, if tak suka vid tu, tukar plak method lain kan. Byk je cara. Aku je malas. hahaha...sorry Arsyad. Mummy insap nih...

So far cara aku memberi "education" tak formal kat Arsyad adalah dari segi percakapan hari2..Tau2 je la mak Arsyad ni mmg tak reti diam kan. Ada je benda nak ckp, ada je benda nak cite. So hari2 aku bercerita dgn Arsyad. Mula2 if amik dia dari school aku tanya apa dia buat kat school, jawapan mmg tatapp la sama hari2 kan. Tp tukar2 la sket. Aku tanya la kawan mana dia suka, kawan mana yg byk mkn, kawan mana yg suka tido, biar dia pikir..biar dia guna memory dia. And if dah takde soalan, aku cite plak pasal apa aku buat kat office. Sah2 dia tak paham tp takpelah. Nak2 time aku hangin ngan boss kat office, aku cite kat dia pastu mulut dia meloponggg je. If hp aku bunyi je dia ckp "Syyy...mummy, tu boss tepon. Aiyokkk..". hahahaha...


Sbb dari research yg aku baca...parents kena stimulate kids' brain sejak diaorg lahir sampai umur 3thn. Time tu adalah time yg paling byk diaorg boleh absorb. Bkn la bermakna lepas 3 thn jadi slow plak. Kira 3yrs and below ni is a good time to start everything la. Kang dia dah lepas 3thn, leh belajar benda lain plak. Kan mula2 masa baby kita stimulate pakai color, pakai sounds, pakai lagu..Bila dah setahun plak kita pakai words, pakai gambar, so ada la stage2 dia kan..Sayang la kalau every stages ni kita tinggal sbb at least kita pun leh play a role sama..utk anak sendiri pun..

So as a start, aku nak beli DVD Your Baby Can Read mcm yg Syerah start utk anak2 dia...Then buat la flash cards sikit2 harap Arsyad tak end up makan gigit2 kasi koyak card2 tu. haha..Amik la masa agak2 10-15min lepas aku dah settle keje umah, time relax2 sblm tido tu kan. Dari dok tgk Hantu Kak Limah je hari2...baik suruh dia belajar plak. Muak dah aku tgk kak limah tu. Dari lawak pun tak jadi lawak dah sbb abis semua scene Arsyad immitate. Mula2 rasa dia comel, lama2 aku rasa eee..tukar nama jadi Hussin kang baru tau..hahaha..

Pastu aku nak beli story book sikit2 bacakan kat Arsyad hari2 masa dia nak tido. Dulu Dadddy Arsyad tak agree sket sbb dia takut if kita bacakan story book kat anak time dia nak tido, kang dah jadi biasa sampai besar everytime dia baca buku dia ngantuk..hahaha..Tp dah research tidak menunjukkan begitu..Kita baca buku sbb minda anak2 masa separa sedar (time tgh ngantuk mamai2) adalah time paling byk dia absorb benda. Baca kan kat dia cerita2 ringan, just utk dia paham..utk dia amik moral of the story yg kita bacakan tu, just nak stimulate minda dia kan. Jgn la time mamai2 ko ajak anak ko umur 2thn buat Sudoku plak..mmg patut la kena sekeh dgn laki sndiri..hahaha..

Harini nak gi beli bahan2 kat bawah ni hopefully ada lah. Tak sabar nak start. Yg paling penting aku kena kekal rajin. Kalau tetiba dtg hari malas aku, kesian kat Arsyad sbb if tetiba dia dah minat, mummy plak balik keje cari bantal je kan. Ish, sedih plak aku if terpikir..Harap aku mampu la buat. If mothers lain kat luar pun boleh, takkan la susah sgt utk aku buat kan..And most important thing harap Arsyad happy and suka nak belajar. As as start dia leh bertahan 5 min pun takpe. Bila dia start je punggah2 playcards tu, aku simpan la and sambung balik esok.


:: Ni ler dia..tak tau la berapa price, if aku beli kang aku share::

And lebih menguatkan semangat aku..tgk la this amazing video..Again, aku happy dgn kegigihan some parents yg betul2 play a role dlm benda2 mcm ni. Some said it is too early for this 14 months baby to read, takut dia stress la, pressure la..tp kalau korang tgk vid ni ada ke mak bapak dia terjerit2 suruh dia baca? and ada ke nampak baby ni stress?? hahaha..amazing okeh...Seriously aku tak pernah terfikir plak kita leh pupuk minat anak dari baby, and at 14 months boleh  baca??? its just blow my mind...



Rajin2 gi la tgk youtube pasal result Your Baby Can Read prog nih..some ppl thinks benda ni buang duit coz maybe mahal kan..Well..if mak bapak leh beli Blackberry, Ipohone, Ipad beribu2..takat invest sket kat benda ni tak salah kan? simpan la utk adik2 dia plak nnti...bkn nya expired pun..

Tepuk dada tnya selera...Aku respect apa2 pun decision every parents for their own kids..no judgement, nothing..bg aku, apa aku rasa ok, aku follow. but still, no pressure, no high expectations, as a mother, aku kena tau my own kid's ability kan...that's the most important thing..

11 comments:

qemaishak said... [Reply to comment]

bagus tu kak..saya pun nak pergi cari dvd ni, untuk kebaikan & pendedahan awal anak2:)

ainn said... [Reply to comment]

zu, harga dia 119.90..skg ni rasa ada diskaun 10% kalu tak silap..tu yg dvd la..kalu vcd, 19.90 sekeping..

mama3A's said... [Reply to comment]

menarik.. nak jugak la.. leh aisya tu belajar.. bila suh baca tahan 2 -3 minit jer.. pastu barney.. barney.. barney..

SyaNa said... [Reply to comment]

aku pn da plan nk beli DVD ni
beli hok starter tu dulu

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Qema, mari lah kita bersama2..hehehe

Ainn, tq..tu harga online ke? if kedai mcm Kino ker, mothercare ke, sama ke price eh?

Kak Selly,hehe..at least Barney ada gak la belajar2 dlm singing. Kak Limah ajar apa? lagi enjet2 semut jer..hehe

Syana, mmg ko best leh start dgn starter wey..Sbb iman baru 8bln kan. Arsyad aku kena tgk gak mana bersesuaian dgn dia. Sbb body parts dia dah tau. Tau sebut je la tapi. Tgk la harap2 dia minat.

ainn said... [Reply to comment]

zu- tu harga kt jj,anakku yg sy tgk..online pun harga gitu.. rsnya sume tpt harga camtu kot..hehe..

Syerah Omar said... [Reply to comment]

zu, hahaha..baru pasan ada nama sy kat sini.ahahhaa..

eh dulu kan,lana pon x heran la flash card tu.dia campak2 je tau.tp kan lepas dia dah tgk dvd tu..dengan sendiri dia nak belajar n baca.wa tak paksa woo..ahahhahaha..mcm arsyad, rasanya lagi cpt dia dpt sb dia dah bleh ckp semer kan.InsyaAllah.

btul tu..kasik pendedahan awal jek..jgn ajar add math plak beso jagung premature nih.sket2 dulu kan.kalau dia telebih pandai,kira bonus la tu.hahaa..

good luck utk smua kwn2 :)semoga menjaga amanah Allah sebaik mungkin :)

a.k.u said... [Reply to comment]

tengah nak ajor paim cakap ibu , babah dan kak long...

tak sabo ibu tunggu saat itu
cam menanti bulan jatoh ke riba...

huhuhu...

kena pelan2 kan Zu..
org kata sikit2 lama2 jadi bukit
setiap ibu bapa tu mahu yang terbaik untuk anak mereka..

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Syerah, teruja ok tgk Lana and Luqman dah pandai match kan gambar and words...kira perkembangan yg sgt baik tu...Lana tu dah tau byk benda, cuma emas belum kuar dari mulut jer..hehehe...

Si Arsyad ni dia playfull sgt...dia byk ckp sbb kat sekolah la dok membebel je ngadu mcm2 kat cikgu. Sampai rumah lwn berckp dgn mummy lagi la mcm murai. Tp apa dia ckp tu suma words biasa je. percakapan harian. nak gak dia belajar mcm2 utk stimulate brain dia kan..

Entry awak mmg pembakar semangat mothers2 kat sini..insyaAllah sy try kat Arsyad and saya post kat sini k..Thanks sbb sudi share with all of us..

ZuNas77 said... [Reply to comment]

A ah kak ila, kena pelan2. Arsyad ni pun mmg menguji kesabaran betul nak ajar dia apa2. Bdk lelaki mmg mcm ni la kak..dia main2 je lebih...Nanti2 confirm pa'im leh panggil semua org dlm umah tu..dun worry k...

AdanyaKauUntukku said... [Reply to comment]

sob sob...insyaaLLah lah Zu...
macam menanti bulan jatoh ke riba ok..

ibu belanja kawan-kawan nanti kalau Paim leh cakap...huhuhu.......