Aku notice lately ni aku suka cari masalah...bkn masalah kronik sampai mengganggu kehidupan sejagat..tapi masalah menyusahkan diri atas sifat mengada-ngada diri sendiri..tak tau la ni perangai baru ke, atau mmg dah ada bakat tp aku lambat discover..hahaha..meh aku listkan perangai mengada2 skrg...
1. Nescafe Latte
Dari dulu aku suka gila minum nescafe Latte nih. At least sekali sehari. Mmg ada je dlm fridge office aku ni kena stand by duit kecik je utk beli hari2. Tp sejak aku pregnant, takleh minum nescafe. Mesti lepas tu rasa pening, mual, muntah secara menggila, badan gigil2. Tapi tatappppp aku nak kena minum gak setin sehari. Aku dah try avoid, tp hasilnya badan aku lembik dari pagi sampai ptg..jadi ngantuk..jadi tak bermaya..jadi rasa nak tido je dlm bilik boss..hahahaha..So aku minum je la hari2 and lepas tu bersiap sedia utk rasa pening 5min kemudian. Kira aku lagi rela rasa pening+mual dari rasa tak bertenaga gitu..gilosss..
2. Cabaran dgn makanan
Well, semua org tau time pregnant ni kita teringin mkn mcm2 kan. Alhamdulillah sejak aku pregnant Arsyad dulu tak pernah aku teringin makan pelik2. Paling kuat pun ada la makanan2 yg laki aku mampu kasi, or dia boleh bawak..Takde la nak gi Penang tgh2 mlm semata2 nak makan nasi kandar time2 tu gak kan..hahaha..Tp perangai pelik skrg hari2 mesti nak kena tgk blog otai2 masakan. Ko tau je la otai2 memasak mcm Mat Gebu, Kak Liza etc...tgk la diaorg masak dah la terror giler, pastu presentation cun, dan2 tu lapar. Pastu emo tak dpt makan apa yg diaorg masak. Mmg gilos..hahaha..Aku respect la kaki2 rajin masak ni. Segala benda leh masak. Terus rasa insaf. (kejap je...sbb sedar kemampuan diri tak setanding mereka..takde la insaf mana..haha)
3. Makan berpada-pada
Okeh, aku takde la makan secara menggila mcm dulu dah. Dulu food between meal Big Mac. Org suruh kudap2 raisins ke, nuts ke, biskut2 ke, aku ngapp burger or cookies Famous Amos satu plastic. Skrg tak la. Tp aku mmg takleh mkn byk skali gus. Kena makan sikit2, dlm kuantiti yg kecil. Which is aku rasa benda tu mcm merentap nikmat makan aku. Wahh..ayat..hahaha..Ye la, elok2 aku dah set kat kepala lunch nak makan Asam Pedas Kg Baru yg power itu..skali lepas sejam makan terus terkeluar semua benda aku makan tu. Rasa mcm rugi gila. Rupanya aku terlebih kenyang, kena makan apa2 dulu lapik perut sebelum tu. Yg aku malas takkan ko dah tau nak melahap Asam Pedas, sejam dua sblm tu nak makan biskut 2-3 keping kan? Kang asam pedas cuit2 je apa rasa...tak syiokk la...So aku tetap dgn keputusan aku makan secara menikmati hingga ke hujung jari...sampai pejam2 mata..lepas tu nak muntah pun muntah la..Akibatnya sampai skrg aku tak stop lagi musim muntah2...hahaha..ok, padan muka utk diri sendiri...
4. Cepat rasa menyampah
Dulu aku slalu je rasa menyampah. Tak kira la dgn org ke, dgn benda ke, dgn persekitaran ke. Tp dulu if aku menyampah aku wat derk je. Takde la nak meluahkan emosi aku secara terang2. Sbb bagi aku tak elok nak nyampah2 dgn org, diri sendiri bkn baik sgt..So if aku nyampah, dlm hati je then letak perasaan tu jauh2 je..try tak jadi nyampah..if rasa nyampah gak..cari kebaikan org tu utk cover up balik rasa nyampah kat dia..hahaha..tp skrg tak di tahan2 ok. If aku nyampah or meluat tu mmg muka aku obvious gila..Mmg aku leh bebel2 sorang2..Mmg aku leh bwk2 dlm mimpi..sangat tak bagus time2 aku pregnant nih..Kalau nyampah or meluat kat Jeniffer Lopez ke, Jessica Alba ke..untung gak. If girl anak aku comel mcm diaorg kan..Ni...haihh..jgn la tanya org2 mcm mana aku nyampah...mintak simpanggg...(ketuk kayu laju2...) hahaha...
5. Tidur..
Bakat aku yg org lain takleh lawan adalah sangat pandai tidur..eh, bakat apakah itu??? haha..dulu aku pantang letak kepala, confirm lena. Pantang tkde keje siang2 time weekend, confirm lepas lunch aku pasang aircond, tarik selimut, tido. Tp skrg ni lain sgt. if aku tido siang, bgn mesti sakit kepala. Sbb tido pun tak berapa lena. kejap2 terjaga..kejap2 automatic mata ni bukak. Pagi2 dtg office mmg aku tido dlm kete, tp mmg tak lena. Sampai tahap aku leh dgr radio secara terang. Smpi aku leh tau caller mana yg call HotFm pagi2. Nama je tutup mata, tp tak lena. Sampai office kepala bengang. Aritu aku ngantuk sgt kat office, konon nak lena kejap la masuk bilik kosong kat sini. Tp 5 min lepas tu aku kuar balik. Ish..mana hilangnya bakat tido aku nih?? If malam lagilah..kejap2 terjaga aku tgk jam baru kul 12mlm, then tido balik pastu terjaga balik baru 2am, tido balik...terjaga lagik kul 4am...sampai tepat kul 5.30am kejut Daddy Arsyad suruh dia mandi dulu then baru laaaa aku leh lena..haihhhh..apa la pnya penyakit skrg..tido tu nikmat ok..if di tarik nikmat tido..apalah erti hidup ku ini???? hahahaha..ayat org frust tak lena tido...TETAPI, aku tetap try tido pagi2 dlm kete, aku tetap try tido 5min if ngantuk kat office, aku tetap try tido tgh hari time weekend, walaupun aku tau aku tak lena and selepas itu mengakibatkan aku sakit kepala, aku tetap melakukannya...sbb aku suka tido...inilah di namakan mmg MENCARI MASALAH..hahahaha
So far itu je aku igt skrg..nnti2 aku teringat or perasan perangai pelik aku ni aku tulis lagi...Bagi aku, apa je buat aku tak selesa tapi aku tak boleh buat skrg, aku proceed je buat. Sbb so far aku leh terima lagi consequences dia..aku leh terima lagi after effect dia..sbb aku rasa aku dah biasakan diri kot..muntah selepas makan, rasa teringin selepas tgk masakan org, meluat selepas tgk perangai org yg ntah takde dosa pun kat aku..and tido walaupun aku tau if aku bgn mesti sakit kepala...aku lebih byk manage EFFECT dari nak avoid PROBLEM itu sndiri..so far aku tak pasti syndrome apakah ini..nnti next check-up aku tnya gynea..hahahaha
0 comments:
Post a Comment