Pages

Mar 10, 2011

Workout While Pregnant.

Oh, aku adalah pencinta sukan...cinta yg sangat sampai segala neka sukan aku suka main. Org2 office or kwn2 aku semua dah tau dah. If apa2 berkaitan sukan, or games, confirm2 muka aku mesti ada. And jenis bersemangat gila mcm if squash tu dpt main 20 games dalam sejam pun aku sanggup..hahaha..

Tp tau2 la time pregnant kita terbatas sket kan. Bkn nya sikit, time Arsyad dulu terus aku jadi paranoid nak active lepas bleeding case tu. Terus aku hanya duduk makan dan membesar like no one's business..Sebenarnya salah okeh..Still boleh active, boleh workout, tp ada caranya. Ramai aku tgk if diaorg pregnant pun, boleh gi jogging kat park, fuyoo..rasa kagum giler. Tp it depends on ppl's body. tak semua org boleh buat.

Aku dah consult ngan gynea aku. Dia ckp boleh buat but ada limitation. If aku bkn betul2 runner, or bkn betul2 yg jenis workout hari2 (mmg tak la kan..haha), tak boleh buat terlampau sgt. Brisk walk 1-2km kat park tu memadai dah. If hujan, buat atas treadmill kat gym. Itupun buat 3x seminggu max. And if nak lagi bagus masuk yoga class yg special for pregnant mothers. Aku kureng berkenan yoga sebenarnya..sbb tak reti nak balancekan diri sndiri..confirm tak enjoy sbb sikit2 jatuh, sikit2 lenguh, sikit2 salah buat..Org buat yoga dpt release tension, aku makin stress!!..mcm mana???

Office aku starting March - Dec mmg ada sports carnival. ada 10 games mcm2 la futsal, netball, bowling, segala neka. Aku mmg segala sports pun aku hentam je main. Dulu masa pregnant Arsyad sempat main futsal and netball, then aku pregnant, tp masa 6 bln pregnant aku sempat bantai main ping pong plak. Kesian team captain aku kena standby kat sebelah meja ping pong sbb kena kutip bola ping pong jatuh. Dah tu, takkan nak suruh aku yg boyot plak tunduk2 kutip kan..hahaha..

Then this year mmg tak sempat langsung main apa2. Sports carnival start in March, aku beranak Sept. Abis pantang November, tinggal December je ntah apa je games yg ada. Terus aku tanya gyna aku takleh ke aku redah2 gak main? dia ckp boleh..takat bowling tu main la tp pakai bola ringan. Netball kalau berani main la masa tu aku maybe 7 bln or siapa berani langgar perut aku, meh laa..hahaha..Last year aku main netball masa betul2 lepas pantang. Semua org takut sbb some ppl pantang smpi 100 hari kan. Aku asal jahitan dah ok, dah leh jalan, abis la pantang aku tu..hahaha

Yg penting sbb workout ni utk energy. Aku perasan masa aku pemalas bergerak dulu dah la makin lama makin besar, pastu asyik penat and mengah, tak bertenaga. Mcm collegue aku sorang kat sini, dia pregnant tp hari2 turun gym. Dia brisk walk je kat gym then bawak dumb bell comel kaler pink. So dia naik less than 10kg for the whole pregnancy!!..sangat jeles ok. Aku visit dia beranak dulu, harini dia beranak, esok tu dah back to normal. Lepas 2 minggu dah pakai jeans masa anak dara balik...ok, mmg nak nangis tgk dia dtg hantar kuih kt office pakai suar jeans dgn baby-t walaupun still dlm pantang!!!..

So kali ni mmg aku jaga sket bab makan. Takde la makan menggila mcm dulu. Dulu aku every month check up, confirm naik 4-5 kg sebulan. Gila kan??? hahaha..towards the end masa 8 bulan ke atas tu kurang sket naik sbb dah takde ruang lemak nak kumpul. body dah expand to the max. haha..last wed aku gi check up utk 12 weeks, skali doc ckp aku naik 200gram je since last month. Terus aku senyum2 happy. Daddy Arsyad mencebik je dia ckp alah..baru2 je lagi..tunggu la nanti2..ish, takmo tumpang berbangga skali la tu!. Doc ckp bagus..tau pun jaga makan..takde la nak makan for two kan? haha..tp aku risau takut baby pun kecik sama. Bila scan, alhamdulillah dia membesar ikut usia dia. Tp doc bg aku extra multivitamin utk support sket. Dia ckp lagi senang makan secara healthy. Eh..snang ke tu doc?? mana ada senang..sbb pyramid makanan saya takde langsung makanan yg healthy..haha

So utk membantu aku tidak lagi membesar mcm dulu selain control bab makan, aku pun nak start2 workout sikit2. Maybe yg mampu aku buat hanyalah brisk walk kat taman KLCC ni 3x seminggu. Dpt buat 2 rounds pun jadi la. Harap2 kecik sikit peha ni. hahaha..Meh kita tgk slalu org yg mencintai workout buat apa time pregnant..

Note: gambar2 adalah dari pakcik google..

:: Comel kan?? mcm kwn aku tu la brisk walk sambil pegang 1kg dumb bell..::


:: Ni yoga. Haihh..time tak pregnant pun tak lepas nak buat..apa lagi time pregnant..tp sgt bagus utk badan::


:: Ni jgn tiru..jeles je boleh..gila weyy..lari marathon time memboyot..ko tgk muscle2 kat kaki dia?? nangis lemak2 aku tgk tau..hahaha::

:: Ini pun sila tgk sambil lap air mata je...kalau aku gi class yoga ni, sampai ke esok pagi takkan dpt position nih..tp boleh kot if aku baring atas tilam yg tebal dan empuk, and just jatuhkan tangan and kaki ke bawah..hahaha::


:: Suka nak gi class2 mcm ni. Tp kat area sini takde la. Byk area damansara, bangsar sana..mcm mana nak join..takkan aku nak bukak kelas sendiri kat Kajang plak..hahaha::


:: Ni paling best..comellll kan?? tiba2 perut terapung..hahaha::

See, takde la maknanya once ko pregnant je, terus ko takleh buat apa2 physical activity kan..boleh je..tp berpada2, ikut body and kemampuan diri sndiri..lagi baik if jadikan routine. Byk kelebihan. Dpt energy lebih, sentiasa bersemangat, memudahkan proses bersalin nanti, and paling penting......TAKMO GEMOK SGTTTT!!!..

Matlamat aku srkg, aku akan cuba tidak naik berat lebih 15kg for the whole pregnancy kali ni. Time Arsyad dulu aku naik in total 27kg. DUA PULUH TUJUH KILO OK!!!...Tp disbbkan masa tu starting weight was 55kg, mmg la nampak giler byk..skrg ni starting weight 70kg..(iyer..aku pun tkejut happy2 gi bercuti2 in Dec, skali Jan naik sampai 70 kg berat aku..hahaha)

Skrg berat masa 12 weeks adalah 74.6kg. Aku ada lagi 28 weeks utk menikmati pengalaman terindah ini and if aku gi lagi 7 monthly check ups, aku harap max setiap check up aku hanya naik 2kg la...last month kira dpt disc lebih. Mana tau plak next month tiba meniba mencanak naik kan??? hahahaha..bak kata daddy arsyad " Jgn risau syg, i percaya kat u..bakat tu dah ada..cuba belum nampak skrg..ada lagi 6 bln nak menampakkan bakat istimewa u tu..haha)

Laki aku tu mmg..bab2 bakar line..serahhh la kat dia....tapi takpe, akan aku buktikan...harap2 boleh ler..skali lagi teruk naik compared to masa pregnant Arsyad..confirm takde sekeping pun gambar aku time pregnant kali nih.....hahaha

3 comments:

dieya said... [Reply to comment]

toksah laa gi yoga zu.. karang ada pulak u pegi smackdown cikgu yoga tu pasal stress tak bleh balance kan diri.. gi swimming laa.. cute giler buat kuak lentang perut terkeluar gitu!

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Susah gak Nadiah, sbb i hari2 balik lewat. kat sini mana nak cari swimming pool. weekend dah bz dgn benda lain. takkan nak swimming mlm2 kuak lentang dlm pool arsyad kat porch kot..hahaha..

for the time being, i rasa i buat brisk walk dulu la kot. Then beli yoga pregnancy DVD try buat kat rumah. If arsyad lagi boleh balancekan body dia, i tukar la pasang Upin Ipin plak..hahaha..

Babe, bila nak dtg sini..rindu mau lepak2...

mama4A's said... [Reply to comment]

adus... ayat daddy arsyad tu... betul2 la membaka.. hehehe..
tp suka tgk yg perut timbul tu.. comey..