Pages

May 31, 2010

Apa-apa saja utk budak botak itu...




Iyer..apa2 sahaja utk budak botak itu. Hehehe..ye la sejak jadi mak2 ni kan. Rasa mcm semua benda nak beli, adalah brg si anak. Gi masuk kedai baju, tgk baju anak. Masuk kedai kasut, tgk kasut anak. Kalau lunch time jln2 kat bawah pun, tgk brg anak. Biasalah kan. Aku rasa all mommies pun gitu. Nak2 anak 1st, lagi la asyik shopping utk anak jerk..walaupun aku ni suka shopping2, tapi lately ni agak kurang barang sndiri. Tp aku tak kisah, aku puas. Apa yg buat kita happy yg lagi penting kan, kebendaan bkn la segalanya..chewahhhh..ayat tak boleh blah..hahahaha

So, lepas dapat sedikit rezeki aritu, aku pun bergiat2 la buat list bagai. (sebenarnya dah buat list punyalah lama sejak last year lagik) hahaha..over. bila dah dapat tau exact figure, baru leh buat detailed list. Alhamdulillah, all covered dlm budget yg aku nak. And seperti biasa, Abdullah Arsyad mesti la menang dlm list tu kan. Tkpelah, aku pun dpt advantage gak sbb plan utk dia adalah utk memudah kan aku gak..kikiki…

Plan yg paling utama adalah nak buat Playroom Arsyad. Sbb nya tak larat la asyik balik rumah je nak mengulit daddy dia. Suruh dukung la, suruh uncang la (jenis yg dia bergayut kat belakang daddy tuh), ajak main kejar2 la. Sian daddy kadang2 penat balik keje, tp anak ajak main mcm2. mmg la best layan anak. Tp agak2 la kalau ikut energy Arsyad tu mmg non-stop okeh. Pastu bila tido mengigau jerit2. tensi aku. So, aku plan nak khaskan bilik utk dia bermain. Yg simple2 je ala2 playroom kat restaurant, kat shopping complex tuh. Letak la mainan dia kat situ lantak la dia nak sepah ke, nak kasi pecah ke, nak baling ke, asalkan dlm bilik itu sahaja…hehehe..sbb mummy dia kan agak kurang kerajinan. So takde la aku asyik terpijak toys dia je yg bersepah2 kat lantai tu kan…

So last weekend adalah misi utk membeli brg2. sbb long break kan. Gunakan la sebaiknya. Sebenarnya aku ada byk betul plan weekend tuh tp terpaksa cancel 1-2 agenda sbb nak siapkan target beli brg. Mula2 plan nak gi Ikea ngan daddy Arsyad je. Malas nak bawak budak kecik tu. Knowing him, yg sgt2 lasak, mmg tak jadi membeli la nnti kan. Tp Cu dia nak ikut gak. And suruh bwk dia.siap offer nak jaga dia lagik.. Dlm hati aku ye la tu Cu..kang sapa yg jaga sapa…hahaha..pastu aku cepat2 la roger Mama Selly. Ajak dia and family skali. Sbb Arsyad ni sangat la close ngan kakak2 dia tu. So if diaorg ada, best sket. Leh main2 skali kan. Aku pun slalu gak gi mana2 bwk budak2 tu. Diaorg pun baik jaga Arsyad. Bkn mcm cousin, dah mcm adik sendiri dah..

So beramai2 la kami 3 kete ke Ikea hari tu. Jumpa kat sana je. Aku pun awal2 dah buat list, dah survey harga kat website, dah tau apa nak beli. Senang kan. Terus serbu je list down brg2 cepat2. yela takmo la bg org tgu la aku dok belek2 barang. If aku gi sorang tkpela kan. Dah la gi awal, ramai plak org. Tp kira ok la dpt gak aku semua barang yg nak. Tp aku tak berapa familiar dgn Ikea nih. Jalan2 slalu lah. Beli brg kecik2 pernah la. Nak beli furniture suma tak pernah. So byk la refer kat Puan Salina and Kak Selly. Dah list2 suma, pastu tgk Arsyad dok galak main ngan kakak2nya. Daddy pun monitor ngikut je dia gi mana. Takut la sbb ramai2 org kan. Pastu aku ngan confidentnya ckp tkpelah, u jaga anak. Biar i settle brg2 ni kat bawah. Hahaha..giler confident ko ingat beli brg kat Carvenzi ke main order2 gitu jek?? Hahaha..

Nasib sebelum aku turun tu aku jmpa Kak Selly. Dia tnya zu sure ke nak handle brg2 ni sndiri? Byk tu semua kena amik sndiri. Laa..ye ke? Hahaha..tu ler tunjuk terror lagik kan. Nasib la Kak Selly offer nak jaga Arsyad sementara kitaorg settle nak amik brg, byr and settlekan delivery suma. Sbbnya, giler byk weii...berat2 lak tu. Lupa plak nak amik gambar trolley2 tu. Hahaha..pastu Q punyalah panjang. Kaki dah lenguh2 ni, teringat plak anak kat atas. Kejap2 call tnya dia ok ke tak. Kak Selly ckp ok je tgh main. Mcm tak ingat je mummy daddy tkde kat situ. Bila Kak Selly tnya “Didi mana??” dia ckp “tade...“ sambil tapak tgn goyang2 tunjuk sign takde..hehehehe

So bila dah settled suma lega sgt2. insyaAllah this week sampai la brg2 tu. Sbb aku duduk nun jauh dari Ikea kan, so kena la tgu lama sket. Kalau area Damansra dia ckp on that day boleh sampai brg2. tkpela, bersabar..lagi pun benda2 lain tak beli lagi. So sampai brg2 pun tak boleh d├ęcor lagi. Sabar-sabar2..buat pelan2, nnti2 siap gak kan…hati sangat senang. Sbb 80% dah settled. Tinggal another 20% sikit2 je nak tambah2…

Tak sabar tgu weeked nih. Bila barang suma dah ada, aku nak siap kan sepenuhnya hopefully by this weekend gak. insyaAllah if dah siap nak panggil kakak2 dia tu dtg, pastu adik beradik angkat dia (anak2 Puan Salina) plak kita buat party yer dlm playroom Arsyad..kekekeke..sbb Puan Salina pun antara interior designer bersama dlm pembikinan project nih. Sama2 pening buat bilik anak masing2. tp bilik anak dia tak boleh lawan occayyy..itu tahap dewa2..Tkpe, by the time aku anak 4 nnti, aku pun akan setaraf ngan dia..hahahahaha…

Ni Mama Selly baru hantar pics gelagat budak kecik tu kat sana masa aku dok sibuk angkut brg…lega sbb tgk dari pic dia happy sgt2. nasib dia rapat ngan Kak Aliyah, Kak Nena, Kak Aisya (ni partner in crime sebenarnya..nnti nak buat entry khas pasal echa..hehehe), Mama Selly ngan Ayah Buke dia. Kalau tak, mau dia meraung gak kot. Nak2 dia sebenarnya ngantuk. Sbb bgn pagi giler hari tu. Sampai sana battery dah weak tp sbb nak berjalan kan, harus la gagah kan jugak bdn tu. Tau la Arsyad..hmmm..nasib ada stroller Mikhael, dia pun tumpang ler tido..hehehehe..

Cite byk plak kan..meh la layan gambar plak...

:: Anak sapa la nih...hehehe::

:: Amboi..suka giler awak yer..tak ingat Mummy and Daddy dah yer..getik sungguh!::

:: haihh, comel betul budak berdua ni kena dera..hehehe::

:: Ni mmg habit Arsyad, suka sgt pegang lantai..Nyampah!! ::


:: Arsyad main slide sambil di bantu oleh kakak mithali..hehehe::


:: Echa pun seronok main slide..::



:: Nasib ada Kak Aliyah tolong jaga Arsyad kan.., thanks Kakak...


:: Sian anak aku. ni sapa punya kerja ni?? sila ngaku cepat..mentang2 dia dah ngantuk...Sabor je lah..hehehe..::


ok la takat ni dulu. byk keje hari ni sebenarnya tp bersemangat nak buat entry lepas Kak Selly antar gambar2 ni tadi..hikhikhik...


Till the next entry...


4 comments:

eiseai said... [Reply to comment]

yg chest of drawers yg biru belakang arsyad dlm pix no 3 tu cantik kan. ada set wardrobe dia skali kan tapi sure mahal. thursday leh update gambar bilik baru arsyad

ZuNas77 said... [Reply to comment]

a ah cantik gila. ala2 mcm u punya lah. tapi mahal lah. belum mampu. kalau beli mcm tu baik buat build in wardrobe terus kan. sbb Arsyad tak layak dah pakai drawer. baju jalan lipat2 kang nak keluar malas betul nak iron. if ada yg leh gantung ok lah.

tgk la kalau siap thurs. baru leh amik gambar. berdebar gila..padahal tgu furniture je pun..hahaha

Selly Buke said... [Reply to comment]

weekend ni ea nak pulun wat palyroom arsyad... wat cepat2 ea.. nanti kitaorang dtg nengok.. hehehe.. jgn 3A's tknk balik pastu sudah!! hahaha

Rodiah Sabri said... [Reply to comment]

kuikuikui....tu hubby aku punye keje daa..buli si arsyad.Die diam jer..rupenye dh ngantuk.lame jgak die dpt tido aritu...