Hari ni dgn rasminya Daddy dah start keje..So aku ala2 malas nya nak bgn nak gi bfast kat bwah pun rasa mcm ala..nak melayan bdk kenit ni lagi kan..Tp dah tu..sapa lagi kalau nak melayan dia kalau bkn aku?? haha..Tgu dia bgn dlm kul 7.00am gitu, terus campak dia dlm pool bilik air yg dia suka sgt tu..bercakap la dia sorang2 dgn ultraman, thomas, segala mainan dia yg aku siap2 bwk dari KL. Cukup kecut tgn dia, baru jerit mintak aku angkat..hehehe
Pastu gi mkn tau la buffet bfast..takkan ko nak tinggal anak ko kat meja pastu ko sedap2 gi tgk food apa nak amik kan? kena la bwk dia skali, amik mknan dia, suruh dia pengang, amik food ko skali. Kang dia buat pasal dia hempas mangkuk isi koko crunch tu ke lantai pastu pecah, pandai2 la aku korek tabung dia kat umah buat ganti kan? tp nasib tiada kejadian begitu berlaku. Dlm pada kecoh2 layan anak mkn sorang2, habis gak aku beriyani sepinggan, pancake 2 pcs, siap omelette bagai..Cuba bayangkan if aku dpt bfast sorang2, ntah berapa pinggan la aku abiskan..hahaha
Then naik atas siap2, ktorg pun bersiap nak kuar. Niat hati nak menjelajah segala market yg ada. Sbb aku dah tak sbar nak shopping kain2 sari. Tp Daddy Arsyad tak kasi. Even tho ada driver dan kereta, muka aku tetap asing di bumi Delhi. Kang apa2 jadi susah. So tempat paling selamat adalah gi shopping mall sahaja. Tak best sgt. Sbb mcm KLCC je tmpt dia. Tp Mothercare dia murah giler. Baju long sleeve yg arsyad pakai ni aku beli kat KL RM89, kat sini baru RM20.Jauh giler beza kan? tak tau ngapa...
:: Dari jauh Arsyad jmpa tmpt bdk2 nih..suka lah dia::
:: Mahal giler masuk ni. Lepas convert RM10. kat Wangsa Walk baru RM3. Lagi mcm2 ada::
:: Dia Happy tp sbb dia sorang main, tak sampai setengah jam dia ajak blah. Dah tu jerit2 suruh Mommy plak masuk dlm car tu. Main kasar nampak Arsyad...sindiran jenis apakah itu??::
Pastu kitorg gi makan kat foodcourt. Mmg mcm KLCC. Cumanya takde org. Maybe sbb hari keje kot kan. Pastu mmg org2 dia high class gila la. Kira org Delhi kasta tinggi. Tp diaorg suka kat Arsyad. Ramai tegur2. Siap panggil2 dia. Ktorg order McD je tp Ayam dia tak halal so bg Arsyad mkn fries je. Sian dia lapar..
:: Abg dgn kakak kat hujung sana tu panggil dia..Dia pun tunjuk la bakat gedik dia tu::
:: Cantik kan foodcourt dia::
Bila Arsyad dah mula "nyanyi" aku tau la dia dah penat. Lagipu body dia belum biasa waktu sini kan. masa ni dah kul 2.00pm Delhi time, Klau ikut KL time dah lama dia tido. So ktorg balik la hotel utk kasi dia rehat amik nap dulu. Kang ptg2 dia bgn kuar balik. Mummy dia pun amik kesempatan amik nap sama..
Then ptg dlm kul 4.00pm gitu ktorg gi India Gate. Aku teringin nak gi sbb ramai org suruh gi. Lgpun tak jauh dr Hotel ktorg. Bila dah sampai sana, rasa mcm malas je turun kete sbb ramai betul la org dok melawat. Yg pelik tu org-org dia gak. Aku rasa mesti dari daerah lain kan. Ye la mcm kita pun takkan org dari Terengganu takleh dtg KLCC melawat kan? so jgn la nak heran lebih..heheh
Tp tak tahan if tourist spot mcm ni ramai sgt pengemis. Lagi2 sbb pengemis dia bkn jenis yg duduk je tadah tangan tgu org bagi. Ni style akan kejar ko selagi ko tak bagi, selagi tu ntah apa-apa surah dia baca konon nak menunjukkan dia pun org Islam (sbb tgk aku pakai tudung) so marilah membantu sesama Islam. Tp if ko bagi, haa..lepas tu siap lah lagi 20-30 org dtg kejar ko lagi mintak part diaorg plak. So driver kitaorg mmg awal2 pesan jgn sesekali bagi. Nanti susah nak jalan dah. Utk tujuan keselamatan, ktorg suruh driver turun skali. Dpt dia tolong dukung Arsyad gak. hahaha..Ish, driver kat sini malas tau. Asal hantar je, then dia lepak je dlm kete. Lain sgt mcm driver kat Indon. Kat Indon siap willing tolong jaga anak kita kalau kita nak gi shopping, or melawat2. Mesti turun kete skali.
:: Ni ala-ala- park kat kawasan India gate:
:: Mintak wife boss snap gambar aku..hehe::
:: Arsyad dgn Uncle Rakesh driver ktorg::
:: India Gate..bila aku snap, tgk balik rasa mcm eh..nape tak cantik nih??::
:: Sekali rupanya kena pergi the othe side. Tmpt matahari naik. Baru cantik terang berderang. patut masa kat tmpt aku snap takde org..hehehe::
:: Si kecik yg makin susah bergambar::
:: Terjerit2 aku suruh senyum muka ni je dia kasi..::
:: Ni tgh leka tgk monyet2 berlari2 di sebelah ktorg..Ish, di mana2 aje ada monyet tau::
:: Kerek giler muka kan?? budget dewasa katanya...::
:: Buat-buat posing::
Tak lama pun ktorg kat India Gate tu. Tp puas gak la sbb tersergam indah dpn mata. India Gate ni ala-ala tugu peringatan utk penjuang2 diaorg zaman kena jajah dulu. Kira mcm kita punya Tugu Negara. Tp yg buat best seluruh dinding tu dia ukir nama sorang2 pejuang2 yg terkorban tu. Kalau ko tgk mmg kagum la. India kan terkenal dgn seni architecture dia yg unik. Apa2 building kat sini semua nampak unik betul.
Then ktorg gi President's House plak. Seberang jalan je. Tapi dpt amik gmbar dpn pagar je la sah2 takleh masuk walaupun Dr Manmohan Singh dtg KL masa company aku jemput dia kasi talk dulu kan..hahaha..Ko ingat dia nak ingat ko??? Rumah dia of coz la besar gila..Tak sure dia betul2 duduk situ ke tak.
:: gate..masa ni dah nak gelap sbb tu gambar pun gelap::
:: Masih ada monyet walaupun di rumah president sendiri::
:: Time nak posing la org sibuk kacau::
:: Bila dah takde org, anak pulak sibuk nak cari monyet::
Pastu kira along the way ada banggunan2 pentadbiran dia lah..Cantik gak la building2 dia sbb very old fashion. I mean dia takde la terpengaruh dgn design zaman skrg ni. Kira kalau ko tgk gambar pun ko tau tu bangunan kat India..hahahaha
Cukup la 2 tempat cover la dlm satu petang nan indah..chewaah..haha..Sbb kat India cepat gelap. Kul 5 lebih gitu dah gelap dah. So ktorg balik la hotel. Sampai hotel ternampak Daddy pun baru balik keje..Terus ajak gi minum kat coffee house dulu. Feeling2 laki balik keje aku sediakan teh secawan la..hahaha..
Mlm tu Daddy ada dinner dgn customer. Dia mmg dah warning kalau nak ikut, mmg time keje jgn la ko nak pertikaikan. Dari pagi sampai ke mlm la ko pepandai bwk diri..huhu..Aku ok jer. Anak dia tu la asyik2 tanya mana Daddy. malas nak jawab dah. Mlm tu ktorg dinner kat coffee house je. Amik paratha je sbb rasa penat tak lalu nak makan. Skali tgk kat pool area ada wedding plak. Grand giler. Ni mesti org India yg kaya raya ni buat wedding kat Hyatt Hotel ko...So apa lagi..Org kajang yg jakun pun dgn tak malu gi snap2 gambar...hahaha..Ala..masa ni awal lagi..org pun lom sampai..
:: Tgk live lagi cantik..lampu2 byk giler..::
:: Main pelamin..::
:: 2nd Pelamin.::
:: Arch dia::
Sorry la kalau gambar mengecewakan. Aku snap sambil sebelah tgn dukung bdk berat 12kg. Dia takmo turun sbb mengada. Tensi..
Then sementara tgu food sampai, aku rajin plak nak snap buffet area padahal aku makan buffet pun wktu bfast je kan..hahaha..ye la mahal giler dia charge buffet dlm RM130 per person. Paling kuat ko makan pun berapa byk sgt..Walaupun aku ni mmg buffet eater yg di segani, takmo la aku makan buffet time berjalan2 ni. Mau sehelai sari pun tak lepas aku beli kang..hehehe
:: Dessert::
:: segala neka salad::
:: Cold Stuffs::
:: Main dish.::
:: Main dish::
Kul 9.00pm local time gitu aku dah ngantuk dah. Ye la kat KL dah dgn midnight kan. Nasib bdk Arsyad ni pun ngantuk sama. Kalau tak merasalah aku kena tgk Upin Ipin buat kali ke enam puluh lapan..hahaha..exegerrate lebih..
:: Boss kecik ni time makan lagi dah menguap empat belas kali::
Ok la itu je cerita ke-3 kami di Delhi..Next entry aku nak humban segalanya dlm satu entry cite jalan-jalan dan shopping kain di market Delhi..best gilaaaa
0 comments:
Post a Comment