Pages

Dec 19, 2010

Incredible India Part 4

Haihh..kemain lama nak sambung cite..ni kalau drama bersiri dah lama kena boikot..hahahaha

Ok esok pagi tu biasalah Daddy Arsyad dah start membizi giler. So ktorg tak ke mana2. Aku bgn tido, Arsyad lom bgn lagi. So aku pun golek2 la lagi. Elok je dia bgn kasi dia mandi kat jakuzi tu, happy habis la bdk tu. Then kul 9am gitu turun la bfast. Spt biasa mmg mencabar ler kan. Tp hari ni terjumpa plak Daddy tgh bfast lagi dgn boss2 dia. Aku pun amik la table jauh2. Kang boss Daddy tgk sorang budak asing tgh membuli ibunya sendiri..terus dia ckp "Ish, anak sapa la tu..". Tak ke biru muka Daddy Arsyad di situ?? hahaha..Nasib dia ternampak Daddy takde terjerit2..Elok je dia ckp "Mummy..tu Daddy work.." kekeke..Nasib paham..

:: Bgn je pagi nak tgk "keindahan" Delhi..hehe::

:: Sambil nak bau buah apple..tak tau la pesen apa::

:: Serius je muka..tgh pikir nape la bising sgt jalan raya kat India ni kot..hahaha::

Serius wey..benda yg aku paling tak tahan kat sini adalah KEBISINGAN DI JALAN RAYA..diaorg hobby adalah menggunakan horn masing2. Keje nak horn org jer..Pelik betul aku. Signal mmg tak pakai la. Side mirror pun masing2 tutup..tp honk kena sentiasa bunyik..Nak masuk simpang dia horn..nak potong dia horn, nak stop dia horn, apatah lagi if marah org potong dia or himpit2 dia lagi la horrrnnnnn je memanjang kan. Bak kata driver aku ckp::

"Here Madam...Car must have horn..No Horn..No Driving..Cannot Drive.."

Haa..itu ler bahasa aku dgn Rakesh hari2. Kadang2 sakit kepala gak pikir apalah ko cuba sampaikan nih..hahaha

Then lepas bfast, naik bilik lepak2. Sbb wife boss nak gi spa. Dia ajak aku..eh, tak koser la nak spa dgn budak ni. Elok nak hilang stress, bertambah meroyan kang..haha..So ktorg lepak bilik layan DVD, elok kul 12.00 pm aku paksa dia tido..Then kul 3.00pm suruh dia bgn baru kuar jalan2..hehehe..

Ktorg gi Gurgaon City. Diaorg ckp ala2 Satelite City..Tp dah la jauh, sejam dari hotel, bila sampai, ala2 pekan kat Nilai jer..kekeke..Sabarrr je la. Gambar adalah tarak. Sbb aku takde mood nak amik gambar. Shopping complex byk kat sana sederet suma shopping complex je tp ktaorg masuk 1 je. Cari makan McD suma kan tak halal. Tp KFC halal. So mkn KFC, then balik. hahaha..Abis masa kat jalan jer..

:: Ni Lobby hotel. Dapat snap 1 gambar je lepas tu terus manager dia ckp takleh amik gambar atas sbb2 security..::

Balik hotel, terus kasi itu budak main jakuzi lagik. Sbb takde agenda best pun arini kan. Then turun dinner, pastu paksa dia tido lagik. hahaha..Daddy dia manjang bz. Aku nak tanya dah makan ke belum pun takut. Bawak la diri kami dua beranak..huhu..mcm sedih je gaya tp abis gak mummy Arsyad beriyani sepinggan..haha

Esok tu agenda yg di tunggu2. SHOPPING TIME!!..Finally Encik-encik suami bagi ktorg gi Market pagi tu. Sbb ada sorang lagi boss nak ikut. So if berjalan bertiga, ok la kan..Kitaorg gi Sarojini Market. Satu2nya market yg aku gi kat sana. Dlm kepala dok ready mcm2. Sbb org ckp 80x lagi kotor dari Chow Kit..Tp bila sampai sana..ok jer la..takde la kotor sgt..kira leh jalan la...lgpun ktorg gi awal pagi..byk kedai tak bukak lagi..ada satu kedai baru nak bukak, terjah kedai tu je..terus shopping di situ tanpa byk soal..hehe


:: Budak Happy di pagi hari..::

:: Kami di kedai sari..tgk mamat belakang tu posing bkn main::

:: Ktorg nak snap 2nd time dia pun bkn main posing lagi sekali..hahaha::

:: Budak ni baik sgt..dok diam makan biskut jer..::

Serius cantik2 and murah2 kain sari dia..Kira if kat KL sari yg cantik aku tgk RM100 and above, kat sini lepas convert baru RM30. So marilah beli secara menggila..hahaha..Tkde la shopping byk sgt..ada lah sikit2 utk diri sendiri, family and closed friends..Sbb tak daya wey nak angkat. Boss2 aku beli byk giler..Sekali sepuluh beg org kedai tu tolong bwk gi kereta..hahaha..Luas gila Sarojini Market nih. Tak larat nak round semua..

Aku igt aku shopping sangat susah la dgn budak kecik nih..Tp sangat tak baik underestimate budak ni tau..Rupanya dia behave sgt2. Mula2 sampai dia layan biskut org kedai tu bagi..3 bungkus sampai dia belasah..aku dok pilih2 kain..skali dia diamm je..aku toleh rupanya tgh menumpang kasih...hahahaha

:: Dia panggil "Atuk..Atuk.." pelik sudah org kedai ni..hahaha::

:: Sangat kesian kan menumpang kasih..rindu atuk kat Cheras kot..hihi::

:: Atuk India ni pun naik syiok..Layan je si Arsyad terlupa sudah aku ni nak beli sari ok..hahaha...Nak balik dia peluk2 Arsyad..haih..::

Habis shopping elok2 lunch time. We all pun saja nak try Nasi Beriyani kat Jalan Nizamuddin, area muslim kat Delhi. Kassim Nasi Beriyani nama dia. Tp nak masuk ke area situ amatlah horror!!..Kete boleh berhenti tepi jalan je, then ada lorong kecik nak masuk menuju ke restoran tu. Giler takut. Pengemis ramai..siap ikut je mana ko gi. Pastu jenis tak paham bahasa bila kita geleng2 dia ikut gak..Aku pegang Arsyad kuat gila. Sbb 1st time di kelilingi pengemis yg ramai sgt. Then bila jmpa je kedai makan baru la lega. Nasib sedap. hehe..then abis makan nak balik ke kereta takut la plak..Call si driver suruh dia tunggu siap2. Tapi hampeh 10 min we all tunggu tepi jalan tu dia sampai lambat jem katanya. Dah la di kerumuni sekumpulan pengemis. Takut!!!..Nasib tak jadi paper. Aku rasa diaorg pun tak berani nak apa2 kan org kot..


:: Ni bwh flyover..ni la rumah mereka..sian kan::

:: Ni selamba makan di bwh traffic light::

:: Pemandangan biasa di Delhi..ramai sgt duduk di jalanan::

Aku kesian..nak2 yg bwk budak, bawak baby. Tp tu la,...if ko nak bagi duit, nak kuarkan wallet pun takut tau. Sbb dia mcm kerumum ko mcm semut kerumun gula tu..haa..tak takut? masa ni la rasa bersyukur hidup di negara sendiri..sapa2 yg takmo bersyukur nak complain tak abis2 tu..gi pindah hidup kat India yer..hehe

Then balik hotel..FINALLY..Daddy Arsyad dah abis keje..yahoo!!..tak sabar aku nak pass balik budak 12kg ni kat Daddy dia..haha..Mlm tu kitaorg gi dinner kat luar..1st time ni nak dinner kat luar..sejuk gilerr!!..stok gigil tau..

:: Wassup..wassup bro..::

:: Alolo..gambar dgn Daddy baru nak senyum lebar yer..::

:: Mummy muka nampak sgt penat..hehe::

Kitaorg dinner kat Garam Massala..Cantik sgt restoran ni. Food pun sedap melampau. Aku suruh Daddy janji bwk mkn sini lagi before balik KL. hahaha..then spt biasa ada plak wedding kat sini..marilah kita bergambar dgn arch yg cantikk...

:: 1st Family photo in Delhi aku rasa..hahaha::

:: Ni dlm restoran plak::

:: Mummy tgh tension tahan anak dia memporak-perandakan meja makan tapi tatapp senyum bila org snap..hehe::

:: Aku dah abis tarik dah Arsyad menjauhi meja makan..tetapi semangat vain aku nak amik gambar tatap menebal..hahaha::

:: Arsyad kecoh nak tgk lilin ni sebenarnya..dok la tiup 10x "bebeday yuyu" (Happy Birthday to you) tak abis2..::

Then balik hotel nak dkt midnight..giler penat. Lepas tu ktorg lepak2 minum borak2 lagi sbb esok nya pagi2 ktorg nak gerak ke Agra plak. Boss and wife dah nak balik KL. Mak bapak baru nak berjiwa muda lepak2 kejap anak dah bising nangis2 ngantuk..hehehe..esoknya kena bgn kul 5am utk bertolak ke Agra yg 5 jam perjalanan dari Delhi..huhu...

:: Mengamuk adalah bakat semulajadi saya::

:: Kesian bdk ni ngantuk::

Akhirnya habis gak cite kat Delhi..hahaha..So lepas ni aku sambung la cite kat Agra pulak yer..Masa ni best sgt2 sbb dpt menyaksikan one of the 7 wonders in the world iaitu TAJ MAHAL!!....

Till next entry..

0 comments: