Sapa suka ber-selfie, sila angkat tangan..
Saye!!!....hihihi
Ada dulu kecoh satu article tu ckp org suka berselfie ni dia ada masalah mental kan? Miahaha..bagi aku, tak kisah lah. Gila selfie pun tapi kena la ada batas gak. Ni ko selfie tak kira tempat, tak kira masa, mmg agak kronik la kan.
Ada org suka selfie like hari hari. Pastu letak kat FB, IG blog segala. Hari-hari without fail. Jap kang muka happy, jap kang muncung, jap kang julingkan mata, jap kang kerut kening. Mcm2 peel la kan..Ada yg comel sedap la mata memandang...yg kurang comel, agak cpt2 aku scroll down page FB aku tu..miahahaha
Selfie ni kena ada skill tau tak. Nak2 org takde monopod segala. Angle kena betul. Pastu mata kena tau pandang mana. Aku paling nyampah org selfie tapi dia tgk front screen, not front camera. Kurang effect selfie ko di situ..mata kena tau nak pandang mana..and posing and face expression kena ikut peredaran zaman. Takleh la muka samaaaa je. Kena la feeling2 Nora Danish gak...kahkahkah..
Aku jenis takde la gila amik gambar. Aku amik gambar ikut mood. Ada kwn2 aku yg kronik in every occasion time bfast ke lunch semua nak kena posing amik gambar. Tengah tunggu bas pun amik gambar. Posing. Tengah beratur beli food pun amik gambar. Posing lagi. Kadang2 larat la nak layan, time tak terlayan mmg aku buat muka bosan jer. Hihihi
Bila dah ada anak2 ni, camera penuh gambar diaorg je lah. Nak snap gambar sendiri nak minta sapa. Daddy tu bkn suka layan peel aku kalau bab ni. Nak suruh Arsyad kang ada lah muka jadi separuh , badan kena potong segala. So nak tak nak aku belajar la selfie. Makin hari makin pandai. Sampai paksa2 anak2 kena pandai selfie gak. kekekeke..
Jom layan gambar2 yg ada dlm hp aku nih.
:: Ni antara sefie yg terawal. Masa ni tengah sarat. Pipi mcm letak yis. Hahaha..Arsyad memang berbakat bab amik gambar. Takyah suruh pandang mana etc. Tau je dia::
:: Dia ni paling rajin layan aku amik selfie. Dulu malu2. Now dah lebih sudu dari kuah. Hihi..nanti aku tunjuk gambar2 selfie kami berdua. Macam2 perangai masing2.::
:: Anak ketiga dulu sangat allergic dgn camera. Tak suka. Bila di pupuk perlahan2, baru reti senyum. Now nak makin ok. Kadang2 dia yg ajak amik gambar. Mummy dia kan pantang di ajak..lajuuuu je. hihi::
:: Budak dobot ni mangsa terbaru aku. Hari2 aku train. Suruh dia pandang front camera, senyum, akhirnya baru2 ni dia berjaya kasi satu selfie yg sangat bernilai. Iyer, mak dia agak sakit mental di sini. Paksa anak pandai selfie. Kekeke..
Ni antara gambar Selfie sorang2. Mostly dalam kete. And sudah semestinya bila masa Daddy takde. Hahaha...Usually masa tgh tunggu dia ptg2 bila jemput dia balik keje. If tiba2 dia sampai aku tak perasan, buat2 la tgk message kat phone....Kekekeke..
Ada lapan ribu keping gambar sebenarnya. Tapi cukup la aku letak dua tiga keping. Meletop blog ni kang if tuan blog dan kena rasuk sampai dlm blog pun nak letak gambar selfie beliau..hihi
:: Masa ni tgh merana sakit gigi. Nampak tak pipi kanan bengkak. Wisdom tooth. Meranaaa...tapi tetappppp selfie..keke::
:: Masa baru berjinak2 pakai shawl. Kejap2 amik gambar. Kejap2 selfie. ::
:: Nak tunjuk perbezaan dua anak dara. Si kakak memang pantang di ajak bergambar. Mesti mata sepet modal comel dia tu ada. Si adik memang tak suka. Suruh la senyum takkan dia nak..
Tapi...itu Aleesya yg dulu. Bukanlah yang sekarang. Haha..Now dah pandai ikut arahan, dah pandai posing selfie. Good job!. kekeke
:: Redho je la jadi anak mommy ye sayang..miahaha::
Last but not least...anak bujang manja dobot2 saya. Dulu muka blurr je kan. Skrg??? Tidak lagi....
:: Bagus Aqil. Awak la yang paling termuda paling awal pass berselfie bersama mummy. Umur 8bln dah pandai dengar arahan. Syabasss..hehe
Eleh..korang takyah nak cebik2 sgt tgk gambar2 aku ni tau. Aku tau deep down or diam2 korang pun suka ber selfie kan? Cuma takmo ckp je. Hahaha...Tak menjadi kesalahan. Janji jangan nak all the time and tak kira masa dan tempat. Ada yang sampai terkantoi tgh memerut pun ada. Adoilaaa...
And yang penting, akak tak pakai camera 360 filter bagai ye dik. Muka nak ada jerawat ke, blackhead ke, eyebag ke, lantak la. Ai bkn artist nak takut tunjuk muka yg tak semenggah sbb takut peminat lari. Hahaha...Mcm tu ko tgk dlm gambar, mcm tu la kat luar yer. Bersyukur je dengan apa yg Allah bagi ni. Takyah nak feeling2 bajet flowless sgt. Hehe
Satu2nya orang yg aku tak berani and berjaya train dalam bidang selfie ni dah tentu2 la Daddy! nak ajak dia bergambar pun sekali setahun kot. Nak ajak selfie??? jgn harap! hehe..Takpelah, nasib ai ada anak ramai nak layan karenah ai ni...hiks.
Ok korang, selamat berselfie!!..takde nya sakit mental ke apa, tapi jgn sampai kemaruk udah la yer...
2 comments:
no comment..hihihi..
~fida~
comel sgt anak2 sis cm mommy diorg hehehe...anyway Salam kenal, saya blogwalking kat sini. Jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...
Post a Comment