Pages

Feb 24, 2011

Senyuman yg tak lama..

hehe..Aku maksudkan adalah apabila tiba hari gaji. Mcm hari ni, hari gaji utk private staff mcm aku ni kan. Tgk je account terus senyum melebar..Then spt biasa aku bayar online segala bills, tanggungan, dan apa2 yg sewaktu dgnnya..terus dah takde senyuman..hahaha..Takde la mcm sedih tgk balance tu kan. Syukur Alhamdulillah dgn rezeki yg Allah dah tentukan utk aku..tapi tak dpt la nak joli katak kaedahnya..hahaha

Sbb perangai aku, dari start keje dulu sampai skrg. Dpt je gaji aku akan settlekan segala beban hutang, bills yg nak kena bayar, duit makan, duit penting utk meneruskan kehidupan sementara dpt next gaji, pastu if ada balance baru aku Enjoy!!!..hehehe..

Mcm skrg dah kawin and ada anak, mmg bills bahagi dua. Dah settled part masing2, gi giant borong keperluan anak. Pampers, susu, toiletteries (ni bkn every month lah), segala neka makanan dia, bekal gi sekolah..Even anak sorang pun sekali borong stok sebulan cecah gak 400-500 (mmg tinggi cost nak membesarkan anak skrg nih)..baru la rasa lega. Duit yg tinggal, leh la buat beli tudung aku sehelai dua, pastu bila Daddy tak sedar time gi Jusco ke rembat la baju sehelai dua..hahaha..

Tp lega okeh. Sbb mana tau tetiba ko nak pakai duit time ko tak expect kan. Tak kira la utk apa2 hal kan. At least benda2 yg penting dah settled. So if hujung bln meggi dah abis, sardine dah takde stock, ko minum la susu anak yg byk stock tu..hahaha

Biasalah bila dah jadi mak bapak ni. Keperluan anak lebih dari segala. Mcm Daddy Arsyad, sepanjang aku kenal dia dah nak masuk 7 thn nih, tak pernah aku tgk dia beli selipar branded. Kira utk selipar gi kedai mamak je kan, dia sauk je la selipar apa pun. Tp kalau utk anak, harus la beli yg elok. Bila aku ckp wat apa nak beli mahal2, kasut tu lain la. Ni selipar je. Dia ckp tkpe, leh pakai lama and selesa..Wahhh..ayat kan. Aku pun gitu. Utk anak aku masuk gak la butik GAP ke, Guess ke (itupun if ada 50-70% sale kalau tak Brands Outlet dan FOS adalah pujaan hatiku..hehe), carilah baju cantik2 elok2 utk dia kan. Tp utk aku sndiri jgn harap aku nak jejak GAP and Guess tu. Time tak kawin lg dulu boleh la. Skrg ni jeans Guess aku pakai tu pun aku beli zaman aku umur 23thn dulu tau. Kira tahan la sampai skrg dah 6 thn aku pakai. Hahaha..giler kedekut...

Mmg rata2 semua org pun mcm tu kan. Apa2 dahulukan anak. Best tau. Tgk anak pakai comel2, hensem2, bila siapkan Arsyad skrg dia tgk kat cermin then dia ckp "hmmm..mummy, arsyad encem tak?" hehehe..Aku pun jwb "Ish, anak mummy mesti la encem.." sambil aku sarung seluar jeans 6 thn lepas..hahahaha..

Mmg kebahagiaan seorang ibubapa apabila tgk anak dia bahagia kan..Tp jgn la spoilt melampau sgt sampai baju harian gi school pun nak beli Gap, Oshkosh bagai. Aku beli baju harian Arsyad mmg time sale gila2, yg sepasang RM10 tu. Puas hati. Kebanyakkan beli kat Jusco time Jcard Sale. Skali beli 10 pasang baru RM100 tahan la setahun..hahahaha..

Eh, dah la tu. Balance gaji ni tgh pikir apa benda aku nak joli nih..hahaha

4 comments:

AdanyaKauUntukku said... [Reply to comment]

mmmmmm..............
cam tu lah dah jadi ibu dan ayah kan Zu
tp kan
tetiba perasan.....
heheheh...udah dapat shape yang diingini ke?

ZuNas77 said... [Reply to comment]

A ah kak Ila..Nak2 if masa kecik kita tak dpt, so seboleh2nya nak anak kita dpt kan..hehehe

Wahh..soalan maut nih..kekeke..paham2 le bila udah lama zu tak letak latest pic di blog mahupun di fb..kekekeke

mama3A's said... [Reply to comment]

senang kalo brg wajib anak n umah dh setel.. emak mkn biskut cicah milo kat opis pun tkper.. asal semua setel.. hehehe..

bukan soalan maut la zu.. sbb zu ckp sarung suar 6 thn lepas.. means dh dpt shape asal la.. :-)

ZuNas77 said... [Reply to comment]

hahaha..Kak Selly..seluar 6 thn lepas bila pakai dulu2 rasa ok je longgar2. Tp pakai skrg, mcm balut nangka tp lantakkan ajer..pakai je then cover dgn baju labuh..janji tak payah beli jeans lagik..hahahaha

p/s. lagipun jeans ni makin lama dia makin mengembang.(stretchable). selagi tak koyak, pakai jer..kekeke