Pages

Jun 14, 2011

Kemana nak bawak budak nih....

Daddy Arsyad ada satu perangai pelik tau...Dulu dia paling tak suka berjalan. Sbb keje dia dah mmg mengwajibkan dia selalu travel dan berjalan. So bagi dia nak berjalan2 tu dah tak jadi best.Sampai ktorg lepas kawin pun takde g honeymoon ke mana2..Amik cuti seminggu siapkan rumah jer..hahaha

Tp sejak dah ada anak..dia jadi seronok berjalan bwk anak. Ye la mesti la lain feeling dia kan. 1st trip we all gi Langkawi masa Arsyad 6 bulan. Kira trial trip lah. Sbb bila berjalan bwk anak nih, bkn budak tu je nak belajar, kita as parents ni pun kena belajar byk benda. So if start awal, jadi senang sket kan. Then lepas tu mula ada je plan nak gi jalan bawak budak tu. Nak2 dia pun mmg suka berjalan2. Janji dpt naik kapal terbang, and duduk hotel. Dia tak kisah gi la mana pun..hahaha..

2009, mmg gi Langkawi tu je lah sbb trial kan. Then 2010 byk sket. Dpt gi Penang, Singapore, India and Bali. Sbb Arsyad pun makin paham, makin appreciate bila dia gi mana2. Aku plak jenis terus print gambar2 vacation so bila free2 dia selak2 la album2 tu and ingat2 balik. Pastu tersenyum sorang2, pastu meroyan kat Daddy suruh bwk gi jalan lagik..hahaha

Thn ni, di sebabkan Mummy dari awal tahun dah di sahkan "handicap", dpt cover Langkawi awal thn, itupun sbb ada Family Day, and haritu gi Bandung. Kira ok la kan sbb Bandung mmg awal2 dah plan. Janji bdk tu enjoy, and dia ingat.

Last week tiba2 Daddy ckp "ish, lama tak gi jalan2. u plan gi mana2 kita bwak budak ni jalan. dpt short trip pun jadilah" Wahhh..senang je order. Aku paling tension kalau plan last min nih. Sbb ticket flight tak dpt yg murah, and kita pun tak cukup survey tmpt nak pergi tu. Kita bkn la org kaya nak main redah je and explore everything. At least dpt la tau tmpt tu and cover semua area2 wajib kat situ kan. Baru berbaloi...

Aku recce pnya recce, mula2 ingat nak gi Bangkok jer. Tp check2 balik 1st week of July diaorg ada election plak. Kang ada plak geng baju merah buat piket susah kan. Then nak gi HK Disneyland, dah dpt package yg agak berbaloi gak la. Tp pikir pnya pikir, larat ke aku nih? Nak jalan satu shopping complex pun dah sakit2 kaki, inikan plak nak gi Disneyland? mau aku tido je dlm hotel biar dua beranak tu gi bersuka ria..tak aci..tak aci..haha

Then tgk Aussie, skrg kat sana tgh winter. Satu hal nak siapkan winter clothing bagai. Dulu gi India mmg tgh musim sejuk tp takde la teruk sgt sejuknya. Baju2 Arsyad masa tu pun dah tak muat dah. Pening giler nak cari tmpt yg sesuai utk bdk ni. If ikut aku, gi PD pun dah best dahh..Janji dpt rehat2, aku pun relax, kepala pun tak pening..hahaha

Setelah berhari2 pikir, list down kan apa bdk ni suka...so rasanya nak ke Spore balik. Kat sana ada zoo, ada safari, ada underwaterworld, kira ok lah happy gak dia nih. Dia tak kisah gi mana janji ada zoo. Last weekend bwk gi zoo negara tp dia tak puas. Itu nanti aku cite dlm next entry..

Settle bab tempat, nak book flight time last min ni mmg satu ujian betul. Air Asia dpt la RM400 per person. Then aku saja tgk MAS, skali ada promo RM16 jer sorang. Di ulang...Enam Belas Ringgit okey!!!..aku pun menggelupur nak book, skali sampai payment page jadi RM1260 total. Aku pelik la. Then tgk2 tax je diaorg charge RM383 sorang. Logic tak????? tax lagi berganda2 mahal dari harga ticket. Terus aku rasa nak hempas je pc nih..hahaha

Tp sabar...nak bwk anak jalan pnya pasal kan...aku tnya kwn2, diaorg kata cuba try Tiger Airlines. Dia budget Airlines under Spore ala2 air asia gak lah. Tak kisah la janji murah. Then aku check fare, wahh..mmg murah. Utk ktorg 3 org baru RM400 return ticket!!!..suka sangat...so settled bab ticket, skrg nak peningkan kepala bab hotel plak.Mintak2 ada hotel buat keje gila nak kasi charges murah hujung minggu time2 sale kat Spore nih..hahahaha

Nasib keje aku dah biasa dok arrange travel apa suma. So rasa tension mmg ada tapi tak kisah janji Daddy belanja suma..hahaha..ok lah Arsyad, kita ke Singapore saja la yer sbb kesuntukan masa dan tmpt terhad. Bila abang dah besar sikit baru boleh explore jauh2 sket ok...Hopefully Arsyad happy!!!.

3 comments:

mama3A's said... [Reply to comment]

wah.. nak gi singapore lagik ea.. best nya...

ZuNas77 said... [Reply to comment]

A ah kak..dah tak tau mana nak di tuju...ok la janji bdk tu suka and enjoy. kita yg tua ni dpt bwk bdk2 ni pun happy jer..hehehe

dieya said... [Reply to comment]

wah.. singapore lagi! gi sentosa laa zu. dok hard rock hotel my bro ckp best.