Pages

Jun 9, 2011

Arsyad dan Nebulizer...

Skrg Arsyad tak sihat sgt..Batuk mengalahkan pakcik2 dan org tua...Pastu part paling tension bila batuk2 tgh mlm and muntah..Haihhh..nak tukar bedsheet tgh2 syok tido adalah ujian yg kuat utk aku ok..

Sejak dari baby lagi memang Arsyad ada phlegm problem. Doc kata maybe sbb masa tu aku bagi dia Enfa AR and susu tu agak thick so bila dah minum, jadi phlegm dlm badan dia. Aku agak sedih la sbb masa tu takde rezeki nak BF Arsyad. Kalau tak, insyaAllah dia takde prob tu kan..Tp dah bahagian ktorg nak  berdepan dgn benda2 ni, terima je lah. The best part bila ko leh belajar and tau byk info pasal wheezing, nebulizer, phelgm, etc. Bila ko byk discuss dgn doc pasal benda2 ni. So knowledge tu takde la sia2. Maybe leh share dgn kwn2 yg ada masalah serupa or tau if jadi kat anak2 yg lain nanti kan..

Doc kata kena tgu masa...maybe bila dia dah 4-5 thn baru benda ni kurang. For now dgn environment pun satu. Duduk nursery kan..org ni baik batuk, org ni plak kena..Org tu baik selesema, org ni plak kena...So memang dalam 2 bln mesti dia akan kena selesema skali. Batuk slalu dlm 3-4 bln skali. Tp batuk if skali kena, lambat betul nak baik....Amik masa...2-3 kali topup ubat baru baik..

Bila jadi mcm ni, kena jaga bab makan and hygine lah. Sbb bab environment we can't control much kan. Arsyad memang tau if dia minum ais, dia batuk. So jarang2 la dia minum. If minum pun bila teringin sgt2...Slalu dia mmg suka minum air masak jer. Aiskrim pun dia jarangggg sgt mkn. Sbb dia igt bila doc ckp arsyad nanti batuk kalau minum ais dgn aiskrim. So if org offer2 dia makan 2 benda tu, dia akan jawab "Tak boleh..Arsyad batuk.." hehehe..Kadang2 dia balun gak laa...Pstu amik la obat batuk tak henti2 seminggu dua..

Kesian tau tgk bdk2 batuk nih. Kita org tua pun bila batuk annoying gila rasa. Dia skrg mlm2 if tido dlm kul 9.30pm, kang kul 12.00am mula start batuk berterusan. Sbb time tu lah bacteria dlm tekak tu tgh active kan. Nak2 if kita tido dlm posisi baring. Kadang2 dia batuk2, dia bgn dia dduk..sambil urut2 dada sendiri..Pastu dia ckp "Haihh..penat Arsyad". Sedih betul tgk..Tp mak dia tetap sedih sambil mata separuh bukak..hehehe..

Tp skrg dia dah ok sket..If batuk dia tau bila nak muntah. Usually we all akan sediakan towel sebelah dia. If batuk je cepat2 tadah dgn towel takut dia termuntah kena bedsheet semua kan. Muntah atas towel senang je basuh je towel  tu. Dia plak bila dah biasa gitu dia sendiri akan control muntah dia and try tgu sampai ktorg amik towel pastu baru muntah atas towel..hehehe..bgus Arsyad..senang keje mummy..

:: Ni masa 1st time kena..Mula2 diam terkejut..lepas tu dok la meraung everytime kena amik neb. Masa ni quite serious. Kena warded for one week, amik neb every 5 hours..penat betul time nih..::


:: Lepas neb utk cairkan kahak, kena physio plak. Nurse akan tepuk2 kasi kahak2 semua turun utk senang dia nak sedut kasi keluar...Time ni agak terkejut baby sekecik ni kena tepuk2 kuat2 gitu..lama2 dah biasa dah..Ikut org yg tak biasa ada gak diaorg penampar nurse tu nanti..hahaha..Arsyad mcm biasa juara meraung paling berjaya time tu..::

:: Next step bila kahak dah cair, dah berkumpul kat tmpt sepatutnya, sedut kasi keluar plak. Masa ni pun agak takut sbb dari hidung, mulut, sampai ke dalam2 sampai ada darah2 keluar. 1st time aku tgk nangis2 aku. Sbb ye la 1st time, and mcm ngeri betul. Tp sbb apa pun itu yg terbaik, kena la tahan. Bila tgk lepas diaorg sedut tu berlambak betul kahak keluar, and dada arsyad mcm ringan sket, dia bernafas pun mcm ok, baru aku lega. Lepas tu hari2 gi antar buat physio mummy leh tgu sambil baca mag..hahaha::


:: Ni masa dia dah 6 months. Gi clinic biasa je tp doc ni bagus dia mmg pakar kanak2 kat Balakong. Dia siap boleh pinjamkan kita neb machine utk buat kat rumah. So tak payah susah2 nak warded kat spital or gi spital selalu..buat kat rumah jer..time ni Arsyad ok sket tp still meraung selepas 2-3 min...::

:: Gambar latest 2 hari lepas...Bygkan setelah setahun tak kena neb, tiba2 doc ckp ooo..mcm byk phlegm kat dada, so gi neb kejap..Nasib baik dia agak cool dah skrg..siap sound "mummy, arsyad amik gas..jgn cakap. doctor marah" hehehe...

So far memang mencabar gak bila anak sakit2 begini. Berulang alik ke clinic and hospital tu memang agak memenatkan. Tp mmg tak sanggup nak tgk dia dok batuk, termengah2, nafas berbunyik2 kuat hari2..dah la mamat ni jenis batuk2 pun tetap berlari satu rumah, pastu penat..termengah2...haihhh....

Alhamdulillah lepas neb tu dah makin ok. Mlm tadi tak muntah langsung, batuk2 je sikit2...Esok dia suruh jgak bawak nak gi zoo. Aku agak reluctant sbb kat sana kan dgn ramai org, dgn bau2 habuk2 kang batuk tak baik2. Tp dia dah merayu2 berbulan2. Kesian la plak. Kebetulan Daddy takde golf esok, ahad je daddy main golf..maybe bawak la kejap kot. Sejam dua pun dia dah happy dah. Skrg tgh gila baca buku binatang2 tiap2 mlm..Suka sgt sampai nampak mcm tgh buat revision nak periksa plak. hahaha...Arsyad..Arsyad..

Cepat baik yer Abang...baru mummy lega sikit...kalau tak sian mummy tgk Abang batuk sakit2 dada...i luv u so much!!!..

4 comments:

AdanyaKauUntukku said... [Reply to comment]

fahim pun cam kena neb gak Zu...
akak tgk batuk dia...
cam org tua
pastu tgk dada dia..bunyik2...

mama3A's said... [Reply to comment]

mmg isau bila anak2 kecik ni start batuk.. isau kena neb.. sbb tak tahan tgk bila time sedut kahak... huhuhu.. rasa mmg mcm nk dass jer sekali ... tp nk wat cmner kan.. nak bg anak sihat gak...

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Kak Ila,

if batuk tak baik lepas 3 hari, kena bwk doc lagi tgk dada dia mcm mana kan. Bdk2 ni kat sensitive sikit, so far Arsyad ada masalah phelegm dari lahir. So if batuk je mmg susah nak baik. Confirm kena amik gas. lepas 3 hari amik gas terus dia lega and now alhamdulillah dah baik dah batuk dia.

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Kak Selly,

bila dah besar sket skrg ni Arsyad kena neb je. dah tak kena sedut kahak. maybe sbb dia dah boleh kuarkan sndiri kahak bila muntah or batuk kot. so neb tu utk legakan pernafasan and cairkan kahak dia. lega la sket sbb amik neb tak de la rasa seksa apa pun kan. hehehe