Pages

Oct 21, 2011

3 Months Losing Weight Journey - Kuatkan Semangat

InsyaAllah..aku akan curi masa utk update pasal losing weight journey aku kat sini. Memandangkan ramai yg berminat nak tau and nak ikut kan. Ini style aku yer, kalau korang rasa boleh ikut, meh la sama2. Tapi kalau korang rasa tak kena dgn cara korang, boleh modified mana yg patut. Setiap org, setiap badan, setiap lemak (hahaha) adalah berbeza-beza. Mungkin dgn cara aku, aku leh turun 1kg per week, tp korang turun 3kg per week..sapa tau kan..

So hari Rabu tu aku pun start la Detox Diet. Hari sebelum tu aku dah stock up buah dan sayuran sikit punya banyak. Aku beli kat Isetan KLCC sementara tgu Daddy abis keje. Buah aku beli tembikah, epal, pear and betik. Sayur aku pilih yg organik punya, sbb aku rasa lebih manis and sedap. Aku beli kobis, carrot, brokoli, celery. 
Pagi rabu tu ok lagi. Aku kena gi settlekan hal rumah amansiara tu. Pagi2 aku hantar budak berdua tu g nursey sorang2. Sbb daddy takde. Agak mencabar gak la turun bwh start kete, masukkan brg2. Naik atas balik angkat adik letak atas cot kat bawah. Naik atas lagi skali dukung abg yg tgh tdo masukkan dlm kete (berat dia 15kg ok), Then masuk umah amik adik letak dlm car seat. 2-3 kali turun naik tangga buatkan aku rasa nak bfast nasi lemak je pagi tu..hahaha

Tp aku kuatkan hati. Baru 2 jam kot...kekeke..Sampai epf aku makan tembikai satu tupperware bulat kecik tu. Then masuk dlm tu settle2 suma, kena gi Shah Alam plak office lawyer sbb ada docs tak lengkap. On the way gi Shah Alam aku makan lagi satu bekas buah betik plak. In between aku minum air. Kira setiap sejam mmg aku minum air. Hal kat EPF berlarutan sampai la kul 1pm. Masa ni aku rasa agak lemah la..Tapi aku pikir mula2 mmgla kan. Balik rumah aku makan lagi buah 2 bekas..then aku tido.Penat gila badan.
Ptg amik bdk2, tau la kena uruskan sorang2 adik and abg menguji aku kan. Aku sabar2kan diri je. setiap sejam aku kunyah buah + air. Tepat 10pm aku masuk tido..Kalau diet korang takleh stay up mlm2 sgt ok. Tido kena cukup. Baru la system badan tak terganggu.

Esoknya hari sayur plak. Aku still hantar abg gi school sbb aku rasa tak mampu nak diet sambil jerit kat dia setiap sejam. haha..lagipun stock makanan kat rumah takde. Yg ada sayur and buah je sian plak kat dia. (sebenarnya aku tak sanggup nak masak nasi goreng ayam suap dia makan time2 begini..miahaha). Pagi aku rebus ubi kentang, aku igt tak sedap. Tp kira ok gak la. Ko akan dapat tenaga gak sampai tgh hari. So aku mcm biasa buat keje2 rumah..
Setiap kali aku lalu meja makan, aku jelinggg je satu bekas cookies Famous Amos kwn aku bagi. Famous Amos ok!!!...giler ko nak menahan? dah mcm org gila plak aku rasa cookies tu panggil2 aku suruh makan. Hahaha..Masa tu hampir2 nk rasa down dah. Tp setiap kali aku rasa down, aku cepat2 gi tgk diri sendiri kat cermin. And tanya diri sendiri adakah aku ingin kelihatan begini seumur hidup?? TIDAKKK..Iyer, aku suka pshyco diri sndiri..yg ini korang jgn ikut :-)

Tgh hari aku buat sayur campur. Goreng guna olive oil 2 sudu. Tp aku tipu gak. Aku letak ikan bilis nak kasi sedap. Then pecahkan telur sebijik nak kasi berselera. hahaha..Klau korang nak ikut betul2, sila rebus2 je sayur or steam yer. Cara aku ni cara paksa diri nak menelan sayur satu hari :-)

Mlm nya aku rasa lembik sket. .Sbb craving menggila terhadap makanan lain kan. Nak2 masa tu si Arsyad nak Nasi Goreng Cina. Aku spent sejam suap dia makan. Dia makan dgn rasa bahagia habis satu bungkus nasi goreng tu. Rasa mcm torture gila masa tu aku mmg nak quit dah. Rasa mcm eh, kalau aku telan satu sudu takpe kot kan?? hahaha...Cepat2 aku balik ke alam reality. Aku tak nak usaha sehari setengah tu sia2 je. Last time aku buat detox diet ni aku bertahan sehari setengah gak. Masuk mlm hari ke 2 tu aku makan McD!..miahaha..So aku nak buat at least better than last time.
Masuk tido mcm biasa..rasa ok sket...Tp aku dah ckp dlm hati..kalau esok pagi aku tak mampu nak teruskan, aku call if off je lah. Nanti2 buat lagi. Esoknya pelik sket sbb aku bgn dgn rasa fresh, rasa bertenaga. Aku fikir2 nk teruskan ke tak eh? sbb kalau ikut badan, tak menyeksa badan langsung aku rasa. Lagi rasa fresh ada lah. Kalau nak ikut craving, memang la..Seumur hidup aku pun craving takkan habis kan..kekeke..So aku amik keputusan teruskan je. Sbb aku tak sabar nak tgk result..aku timbang bdn aku..Dan aku tersenyum....Tinggal lagi sehari je so aku proceed. Next week insyaAllah aku nak try buat 5 days plak..

So terpulang la pada korang yer. Bagi aku tak kira la apa method korang guna, tp kena pastikan benda tu SELAMAT yer. Detox diet ni sah2 salah satu cara yg selamat. Sbb dia guna semua natural resources. Buah, sayur, kentang, tomato..etc. Takde pun dia ckp suh beli ubat itu ini ke apa. Kira ni cara turnkan berat dgn menggunakan bahan2 natural. Kita dapat gula dari buah yg ada natural sugar, kita dapat carbo dari kentang, dpt protein, vitamin dari sayur. Pendek kata kita masukkan bahan2 yg TERBAIK dalam badan sepanjang kita buat diet nih. So badan kita pun process benda yg baik2 jer..

Kalau betul caranya, ko akan buang air kecil setiap sejam. Buang air besar hari2. So sistem penghadaman ko pun makin baik. Ye la kalau nak trun 5-7kg, ko igt ke mana benda2 tu semua keluar? sah2 dari sistem penghadaman kan? 

Memang nampak mcm hardcore diet nih. Tapi so far aku tak pernah lagi dgr org mati buat diet detox ni. kekeke...Cuba and buat ikut kesesuaian badan and tekak masing2 la yer. Mcm aku, try dulu 3 hari, then modified cara aku makan sayur. If ok, insyaAllah aku try 5 hari pulak. Tgk result mcm mana. Tp memang aku boleh JAMIN. korang aku turun paling busuk pun 2kg if buat detox diet nih. Seriously..Aku dulu buat sehari setengah, turn 2kg. If 7 hari???

Ada org ckp senang turun senang la naik. Bagi aku, lebih baik ADA TURUN dari tak turun2 langsung dan terus naik. Cth berat aku as at Monday, 17 Oct adalah 83.5kg kan, pastu this weekend aku ada 2 hari bday celebration. Daddy and abg aku. Sah2 nak makan cake, nak makan mcm2 kan. So kalau aku tak bertindak skrg, confirm 2 hari tu aku akan naik paling kurang 1kg. Dah 84.5kg!!..If aku buat detox 3 hari, cth dpt turun 2kg, so aku start berat sebelum menjamah cake yg maha sedap tu dlm berat aku 81.5kg. Kurang la sket kan??? Lepas tu if dia nak naik pun..naik jadi 82.5 kg jer..kureng la sikit seksa nak turun tu..

Itu formula aku la kan..Sbb so far aku takmo jadi terlampau selesa, and terlampau obses. Ada org gemar kira2 kalori setiap makanan masuk dlm badan dia. Aku rimas plak mcm tu. Penat nak kira satu hal, Malas satu hal. Plan aku skrg, Weekdays aku try buat detox diet min 3 hari and max 5 hari. Cth minggu ni aku buat 3 hari, minggu dpn 5 hari plak. Weekend adalah MY CHEAT DAY. Aku boleh makan sesuka hati aku. Tapi still no nasi, and air kosong sahaja. Air manis time bfast je teh ais ke, horlicks ke, milo ke, buat nak hilangkan craving terhadap air manis2. Itupun pilih sabtu atau ahad. Kira sekali seminggu je la...ngerti??

Kat bawah ni aku share dgn korang ukuran berat bdn aku skrg. Kenapa baru skrg aku amik ukuran? sbb if diet, hanyalah utk turun berat semata2. Maybe yg turun adalah air dlm badan, or sikit2 lemak di sini sana. Tp utk betul2 turun skali dgn SIZE baju or jeans, jawapan nya adalah EXERCISE!!..so far aku belum start lagi. Sbb nak biasakan badan dgn detox diet dulu. Takut aku pening time buat exercise lalu pengsan, Adelia nak call daddy bgtau mummy pengsan?? naya je kan..hahaha..So man-man dulu. InsyaAllah Isnin depan aku start.

Gambar adalah tak ikut turutan. Belasah je la yer. And ukuran dalam cm sbb tali pengukur aku takde yg dlm inch la plak. Nnti aku convert..



 :: Ini adalah peha aka drumstick yer adik2..71cm = 28inci. gilerrr..dah mcm size pinggang model2..hahaha::


 :: Ini part paling menakutkan..my HIPS don't lie...117cm - 46.1cm!!!..hahaha..patut la dok pakai jeans time pregnant je..kekeke::


 :: Ini plak size PINGGANG aku. 90cm = 35.4inci. kekeke..kalau sarung balik kebaya lama, jgn ckp tetas, koyak rabak ko....hahaha::


 :: Ini bahagian dada. 96cm = 37.8inci. Part ni je aku rasa ok sket..Sbb dada besar tak menjadi satu kesalahan kan?? hahaha...ni baru lepas beranak, nnti lama2 dia kecut gak. Sbb size dada aku tak pernah besar..paling kuat 35 jer. Time pregnant je dia menjadi2. biasalah kan..hehe::

See, utk org yg dok ckp aku tak gemok sgt..tak nampak besar sgt sbb aku tinggi, bla..bla..bla..takut tak tgk ukuran badan aku nih?? hehehe..Mmg seksa ok. seksa nak bergerak, nak cari baju, nak jadi active..tak sukaaaa...So aku mmg kena bertindak skrg sebelum semuanya terlambat..

Utk sapa2 yg nak tau, if ko diet, ko akan turunkan in terms of weight sahaja. And mybe adalah sikit jari makin kecik ke,lengan kecik sikit ke..tp sikit2 je la. If ko exercise, percayalah..akan turun inci demi inci ukuran badan ko. Nanti aku share exercise apa yg aku buat. Skrg aku aim nak dapat perut yg flat, (rasa tension perut skrg if duduk berlipat2..), peha kecik sikit..sbb aku tau part peha and punggung aku susah nak mengecik, and badan yg toning. Kureng gelebeh sana sini. baru best..hehe..

Eh, pangjang gila plak entry. Ni aku share berat aku yg sempat aku snap sehari sebelum aku start detox diet nih. Esok aku akan share berat selepas 3 hari buat detox...Jgn kata korang..aku pun tak sabar nak tgk hasilnyerrrrr...hehe


:: Ni 2nd snap. Tak jadi letak 1st snap sbb baru perasan kuku kaki belum potong.. Amat la buruks skali jari2 tombam aku dgn kuku kaki panjang..hahah::

Good luck kepada mereka2 yg try diet and lose weight mcm aku..Marilah kita bersama2 kuatkan semangat yer....Chaiyok!!!

8 comments:

dieya said... [Reply to comment]

go go zu! memang bagus u buat weight loss journal mcm ni, hari2 u rekod makan apa.. exercise byk mana.. turun brape kilo.. i pun wat mcm tu dulu. so senang nak monitor kalau sehari dah tersasar, cepat2 balik on target sebelum terlambat.
congrats coz berjaya suap arsyad nasi goreng tanpa makan sekali! i boleh bayangkan betapa susahnya. brava chica!

Unknown said... [Reply to comment]

zu, mana menu utk 7hari tu hehe.... neway, gud luck ekk! terasa bersemangat nak cuba ni :D

Unknown said... [Reply to comment]

zu, mana menu utk 7hari tu hehe... sgt menarik utk mencuba ni!! hope larat la nak buat kan... all d best zu!!

AdanyaKauUntukku said... [Reply to comment]

wahhhhhhhhhhhh
misi bermula
akak pun...

sbb ari tu menimbang diri sendiri
amik ko
sendiri PITAM tgk berat!!

Anonymous said... [Reply to comment]

hihih...saya baru start day 1 - fruits hari ni...harap2 boleh btahan...chaiyokkk

pas dpt result 7 hati punya detox diet ni, baru nak register kt gym..sebab saya dah lama tak wat exercise sgt, setakat berjalan kaki jauh2 je ( sbb kt ukm saya kena parking kete jauh, haha)

tali skipping ngan gelung bulat utk hula hop tu dah beli, lum start lg.hihihih

SyaNa said... [Reply to comment]

chaiyok!!
aku sempat 1 hari 1/2 jek
hari ke 2 mlm makn mcD
hahahaa
ok ok esk aku start balik

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Nadiah,

i jadikan u sumber inspirasi ok. Sbb i tau betapa byknya and u turun betapa "Paris Hiltonnya" u skrg nih..jelessss...hahaha

Yus,

Chaiyok ok..hehe

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Kak Ila,

akak boleh punyer..jgn la risau. try pelan2 detox diet nih...cuma kena tahan sket je..tp tak memudaratkan langsung. percayalah..

Syana,

Tgu sat aku update result selepas 3 hari detox yer..hehe

Anon,

Marilah kita bersama2. Saya pun baru nak start work out this week.