Pages

Oct 16, 2011

Budak Jepungggg...

Firstly, nak update pasal "mission" aku tuh. So far belum start apa2 lagik. hahaha..Sbbnya Daddy travelling weekend lepas. Then boss aku datang rumah. Kelam kelibut nak bawak anak2 gi beli Satay, nak siapkan rumah, siapkan anak2 kasi comel2..haha..skali lupa nak beli bahan2 utk diet (buah + sayur). Dlm stock ada paratha and sardine je. So pagi ni aku minum horlicks cicah biskut. Tgh hari kang buat sambal sardine cicah paratha. Malam kang belen sardine nak cicah cucur tepung. Ok kot walaupun semua makanan berminyak, tp still no nasi. hahaha..ayat penyedap hati. Nanti Daddy balik, mintak dia jaga anak2, aku nak lari gi Giant beli barang2 nak diet. Gila ko..nak diet pun ada "barang-barang". hahaha

So skrg nak udpate pasal puteri tembum saya itu..hehehe..Aku skrg panggil dia "jepung" sbb aritu gi rumah Kak Selly, then ada jiran Kak Selly ni org pantai timur..Sleng dia nak ckp Amina mcm Jepun..skali jadi Jepungg..aku rasa comell sgt..so aku panggil la dia Jepunggg..hahaha

So far si kenit ni sgt behave..Tp kadang2 buat perangai jugak. Lagi2 kalau dia lapar. Umangaihhh...nak susu tu on time ajer. Takleh lengah2. Kalau ko lengah seminit, dia punya jerit mmg pitching gila tinggi....Nak kasi dia bertenang senang je, pastikan perut penuh, pampers kering, hati dia dah gumbira dah..hahaha...Cuma skrg dia agak pandai nak bermanja dah. Dah takleh nak letak je all the time. If dia berjaga, dia nak aku dekat dgn dia..main2 dgn dia. If aku biar je dia terlentang main2 sndiri, and aku buat keje lain, boleh la dlm setengah jam..Pastu bunyi "uwekkk...Enggekk...Uiiiii.." panggil2 org..hahaha...So kena la ngadap dia gak..Tp tak lama la..Max setengah jam jer..Pastu dia pun tidooo..

Mlm pun gitu gak..Bgn mmg la nak susu je. Tp kadang2 dia nak aku peluk2, letak celah ketiak. kekeke..Sbb dia kan tido dlm baby cot..Rasa terasing sgt kot...Dia dpt peluk aku dlm 15min cukup lah..then boleh letak dlm cot balik..tido la beliau sampai time susu seterusnya...hehe

Abg pun makin boleh terima adik dia. Nanti aku cite detail mcm mana dia finally leh accept dia ada adik. Aku guna reverse-pshyco method kepada si abang...hehehe..so far Alhamdulillah menjadi lah...

So layan je la gambar2 si embam2 nih..Semua org sangat2 pelik nape dia tembun sgt. Ikut genetik ok. Genetik aku la of course..If tgk gambar aku masa baby, mmg begini jugak la size nya..Nnti la if aku free aku snap and letak sini. Tapi kang dah melasak, susut sket..Bila dah besar, kurus kerempeng..Bila dah kawin and ada anak, haaa..jadi mcm baby balik, membesar bagai juara..hahaha..Tkpe Adelia, if adik nnti gemok mcm mummy, diet yer...skrg takleh diet lagik...miahaha

 :: Masa ni dalam pantang..tido dgn tenang:


 :: Dpt mummy senget mcm ni mmg susah..Nak ukur tgn aku dgn muka dia. Kang dah besar dia degil, aku leh ckp " Eh..mummy jaga Adelia dari muka besar tapak tgn tau..kang tapak tangan tu melekapppp kat muka Adelia kalau degil2.." miahahaha :


 :: Check up sebulan...naik 1.3kg...kekeke


 :: Dah balik umah..tgh tgu nak mandi..::


 :: Anak2 saya...sejuk hati tgk main sama2 gini...walaupun bertahan 5 min sahaja..haha::

 
 :: Mmg aman tido sorang2 dlm cot..Mummy leh buat mcm2 keje..::


 :: Dia suka tgk tv...::


 :: Agak tidak sopan bila tido terselak nampak sepender...::

 
 :: Skrg suka tido meniarap..lebih nyenyakkk..


 :: Apabila mummy terlampau geramm..kejadian ini berlaku hari2 paling kurang 50x..hahaha


 :: Posing maut tau..::


 :: Sessi botakkan kepala..sukaaaa::


 :: Jadi makin tombammmm...::

 
 :: Nak geget...nak geget..nak geget...::


 :: Anak dara saya motak+jepung+tombam+demok+gebus...::

 
:: Sapa ada lemak belakang kepala??? nak celen??? hahaha..mcm mana nak burn fat part lemak belakang tengkok ni dikk...miahaha..::

Eh, aku mmg amatlah geram dgn dia. Hari2 gomol2. Rasa hidup ini amat indah skali. Syukur Ya Allah kurniakan kami puteri yg sihat dan comel ini (memang mak dia perasan rasa anak dia comel..haha). Hari2 rasa cepat je masa berlalu. Tak bosan langsung duduk rumah dgn dia. Ni time baby tidooo je. Kalau dah pandai gelak2, pandai main2 dgn aku nanti. Tak tau la mcm amna obses nya aku kat anak sendiri...hahaha
Mummy sentiasa doa Adelia akan membesar dgn sihat dan cerdik..Jadi anak yg solehah yer sayang..InsyaAllah... Peluk kuat-kuat!..
 

3 comments:

watyz said... [Reply to comment]

ya Allah... geram nye tgk adelia ni... :)

AdanyaKauUntukku said... [Reply to comment]

ya allahhh

kaki dia tu mmg nak kena geget

naperlah Paim tak cam tu
bila nak geget je....
rasa tolang..huwaaaaaaaaaaa

SyaNa said... [Reply to comment]

Ya Allah
gebu gebas nye anak jepung ko
hahahaa
lain muke dia da botak..cute gile!!
geramssss