Pages

Oct 14, 2011

Bila nak start nih.....

Sesungguhnya aku rimas sgt2 skrg nih..Rimas dgn kemalasan diri sendiri...Sbb dari sehari ke sehari dok la nak start bagi regime diet+exercise, tapi nan ado!!..hahaha..Malas satu hal, Byk benda nak buat satu hal, dok tertangguh2 sampai la berat aku naik pun aku tak perasan!!!..

Sejak lepas 30 hari lepas beranak aritu aku dah tanamkan azam dah. Masa tu konon tersipu2 seronok sbb berat turun ke 80kg kan. Senang2 14kg dah abis di situ..So aku konon nak start awal la. Bila balik rumah, aku ckp eh nanti la dulu. Badan belum betul2 nak recovered lagi. Kita start masa dah 44 hari la. Bila dah 44 hari, eh, nanti la dulu. Dok bz nak buat majlis cukur jambul. Kang buat selang2 kejap2 tak nmpk result. Skrg ni dah seminggu majlis cukur jambul berlalu..stilllll aku memandang sepi je niat nak kuruskan badan tuh..haha
Tup2 skali aku timbang aritu naik 2kg ok!!!...Aku idak la terkejut kan sbb dah tau risiko nya. Dok umah sendiri aku makan tak menentu. Bfast pun kul 10am. Itupun bfast saki baki kuih raya org bagi. Hahahaha..Pastu tgh hari aku masak nasi, goreng drumet dgn telur hancur. Mlm Daddy tapau McD. kahkahkah...Mmg takde rasa bersalah langsung kat diri sendiri!!!...

Aku rasa sbb aku dah TERLAMPAU SELESA masa turun 14kg tu. Padahal aku mcm la tak tau if nak naik balik punyalah senang kan. Pastu aku dah ada losing weight experienced masa Arsyad dulu. So aku agak relex lah. Berlagak wey...Kang tak turun2 berat tu baru padan muka aku..
Aku dok pikir2, ye la time Arsyad aku keje. Gi office, pagi ptg gi gym. Nak pakai baju office cantik, kena kurus. Nak pakai high heels gi keje, kena kurus. Mati la merana tumit kaki aku if pakai high heels dgn menampung berat 80kg ni kan. hahaha..So masa tu mmg aku betul2 nak kurus...

Tp skrg, aku dok umah...Nak pakai high heels sambil sidai kain kat luar? buat kena mengata dgn jiran2 je nanti. hahaha...Pastu walaupun tak mkn byk (kononnya..) tp tak sedar tau. Tau2 lepas sidai kain aku kunyah cookies, sambil tgk tv aku kunyah coklat. Dgn tak bergerak sgt...setakat naik turun tangga, tunduk2 kutip mainan anak, kemas rumah sikit2, mmg tak sedar langsung naik 2kg dalam masa 2 minggu!!!!..
So, dgn kesedaran yg masih bersisa, aku pun ajak la Daddy bwk aku gi Jusco beli exercise bouncing ball tu. Kengkonon nak exercise kat rumah la kan. Dpt skali dgn DVD dia. So boleh la buat sekali sehari. Masa nak beli tu adalah perbualan tragis ibu dan anak..

Arsyad : Mummy beli apa tu?
Mummy : Bola besar utk mummy exercise
Arsyad : Exercise tu apa?
Mummy : Mummy nak kuruskan badan
Arsyad : Oooo..sbb mummy gemok mcm KUNGFU PANDA eh?
Oh anak..sampai hatimu sama kan mummy dgn kungfu panda..hahaha...

Akan tetapi..beli la bola tu konon..Belinya hari ahad, sampai hari ni hari jumaat masih terletak dlm stor tu...Pump pun tidak..haha..Alasan utk diri sendiri spt biasa..Minggu ni agak hectic..Daddy outstation. So aku kena jaga anak2 sorang2. Mana ada masa nak exercise bagai..hehehe
Tp serious dgn berat badan mcm ni..lutut aku sakit. Aku igt dia sakit sbb aku jatuh masa Arsyad tumpahkan air aritu..Rupanya tak kot..Rasanya lutut aku dah "menangis" tersedu-sedan tak dapat menampung berat badan aku. Hahaha...Serious sakit...nak bergerak susah...tak suka..tak suka dgn keadaan badan begini!!..

So dgn itu, aku tgh mengumpul semangat nih.. Nak start detox diet + light exercise pada hari Isnin bersamaan dengan 17 October 2011. Aku plan nak buat seminggu Isnin - Jumaat. Pastu weekend is my Feast Day. Nak bergumbira bersama keluarga makan apa je aku nak. Pastu Isnin start balik..Gitu la kaedahnya..
Dulu aku cepat turun sbb tak makan nasi setahun. Memang setahun. Ramai tak caya. Tp sbb aku tak la berapa disiplin sgt. Nasi tak sentuh. Tp makanan berlemak yg lain aku balun je. Hehe..Di sbbkan aku turun tak sempat "maintaining weight", sbb tu aku boleh naik balik. So korang2 yg tgh usaha nak turun berat..Jgn la bergumbira takat turun 5-10kg...Kena turun sampai dpt berat yg slightly rendah dari ideal weight ko. Baru la lepas tu if nak naik light2 pun, still mampu nak turun balik. Jgn jadi mcm aku. Ideal weight 62kg. Tp aku turun sampai 62-63kg je. Lepas tu bersakan meraikan penurunan berat, terus zuuppppp naik ke 65-66 kg. Pastu punyalah susah nak turun balik. Then aku leka sket je...tak sedar naik lagi sampai 68-70kg. Sehinggala aku pregnant balik..hahaha

Ok skrg nak share gambar2 masa aku giat menguruskan badan dulu..
:: Hazab kan?? haha..Masa ni April 2009. Berat dlm 79kg. Gi bercuti-cuti dgn Family Puan Salina::


  :: July 2009. 1st Vacation for Arsyad..Berat 78kg::

 :: Ni dlm Gym. May 2009. Masa ni dah start stop nasi. Berat 73kg aku rasa..Still besarrrr::



:: Oct 2009. With my BFF. Masa ni berat dalam 70kg.
 
 :: Hahaha..Jgn nak keji2 tau..Aku pakai wig time nih. Annual Dinner Dec 2009. Berat 68kg. Dah pecah angka 7 series tu..huhu


:: Ni THE BEST aku boleh dapat..Berat 62kg. Tp still jgn tertipu dgn perut kempis tu...Sbb bila duduk berlipat jua...haha..Masa ni rasa happy so ada unsur-unsur lupa diri selepas itu..

 
 :: Kat Singapore. Berat 64kg. Dah naik sket tp still "feeling kurus". Feeling je la kan...

Selepas feeling-feeling..hamikkkkk pic seterusnya.....




 :: Oct 2010...@ India..Tgk la betapa cepat naik kalau aku lalai dan leka..Masa ni dlm 67kg...Peha bagai kayu balak..::


:: Hahaha..masa ni dah tak tertanggung lagi dah...Dec 2010 @ Bali...Dok la leka2...masa ni dah 69kg or 70kg kot..Lepas balik Bali aku pregnant..hehe::

Aku tunjuk gambar2 ni semua bkn nak berlagak ke..rasa diri bagus ke apa. Aku nak membakar semangat balik. Dan menjawab soalan kwn2 pasal benda ni. Meaning, tiada yg mustahil kan. If berat ko 100kg skali pun..if azam kuat nak kurus, InsyaAllah jadi Amber Chia jua ko nanti...kekekeke
And method nak kurus ni ikut org. Ikut keazaman dan kesesuaian korang. Gi gym hari2 tp takat jalan atas treadmil 20 min peluh pun manja2 nak kuar, tak guna gak. Dok berlapar tahan takmo makan nasi tp malam bantai mkn cheesecake, takde effect gak. Ikut la tekak korang. Rasa nak drastik, buat la. Rasa nak light2...light2 jugak la resultnya kan. Mcm aku mmg stop nasi + exercise paling berkesan utk aku. Segala mak nenek product kurus mcm Herbalife, JusMate 5, mmg tak berkesan. PB pun kalau aku pakai skrg tak guna sbb bkn size mcm aku beli dulu. Aku beli masa berat aku 70kg. Skrg kalau pakai buat terseksa je. So aku nak kuruskan badan sampai 70kg dulu baru sarung balik. Itupun bkn JAMINAN kurus. Dia membantu sahaja. Sorry la pada penjual2 PB yer. Ini pendapat aku. Kalau ko pakai PB 24 jam pun, tp still balun nasi 3 pinggan, tiada gunanya beb...

Nak kurus ni ikut persepsi masing2. Org ckp aku obses nak kurus padahal takde la cantik mana...Eh..suka aku la kan. Aku nak kurus sbb aku suka kurus. Dari kecik mmg aku tak pernah gemok. Gemok masa baby sampai umur aku 2-3thn jer. Mcm Arsyad and Adelia tuh. Time baby org geram sbb diaorg tergolong dlm golongan baby yg tombam..Mcm mak nya jugak..Tp masuk 2 thn lebih..Dah susut mcm Arsyad skrg..Aku gitu ler. Kurus sekeping makan nasi goreng kampung kul 1 pagi pun takde hal. Tak buncit langsung. Lepas beranak...rasakannn..Makcik aku ckp aku ikut keturunan mak aku. Mmg gemok lepas beranak. Takde lagi keturunan mak aku yg kurus lepas beranak. So aku nak buktikan aku mampu jadi satu2nya keturunan belah mak aku yg boleh kurus..hahaha
Lagipun if kurus ni kita rasa sihat je...Eh, bkn bermaksud gemok tak sihat, kurus tu sentiasa sihat..tidak yer. Aku zaman sekeping dulu tahap kolesterol adalah tinggi. Tak sihat jugak kan? Tp maksud aku kita nak buat apa2 pun rasa ringann je badan. Rasa cergas nak bergerak. Sbb aku mmg org yg CINTAKAN SUKAN. Aku suka sports tahap melampau. Aku suka futsal, netlball, squash, bowling, badminton, semua2 lah. So kalau badan 80kg ni nak main squash satu game pun dah mintak nyawa. Zaman aku hebat dulu main squash 20 game dlm masa sejam okeh..hehehe

Sebelum aku melancarkan misi yg betul2 punya misi kali ni..Aku akan amik gambar badan aku skrg..Segala lemak2 tepu, isi-isi berlipat, peha kayu balak..semua itu penting utk membakar semangat..hehehe..Pastu insyaAllah aku share progress kat sini yer. Buat yg berminat nak tgk, baca lah..If rasa aku poyo..skip je gi blog org lain..kekeke
Semoga semangat kental kali nih..Tolongg lahhh..Tak sanggup dah anak sendiri panggil aku Kungfu Panda...huwaaa..takmoooooo..
 

8 comments:

AdanyaKauUntukku said... [Reply to comment]

baru kungfu panda...

akak nieH???

tapi all the best zu

akak ni selalu hangat2 tahi ayam
baru dua tiga hari tak makan nasik
pastu carik nasik balik...cam ne nak kurus cam tu

amiRAzlin said... [Reply to comment]

Bagus zu..bt lagi n3 mcm ni..bg org2 mcm lin sedar diri sket...zu ok gak lps bersalin berat naik..ni mengandung pun blom tp bdn mcm beranak 10..sedih uwaaaa..tp semangat xsekuat zu n kak selly..:(

dieya said... [Reply to comment]

good luck zu! semoga kungfu panda akan bertukar menjadi amber chia dlm jangkamasa terdekat. gambar u pakai baju purple tu mmg slim abes laa, mcm b4 u pregnant arsyad dulu.

Anonymous said... [Reply to comment]

saya nak kurus jugak...nti saya follow blog mulan, kot tips2 mulan leh saya ikut...hihih

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Kak Ila..

takpe akak tetap comel...zu ni kalau besar begini tak comel langsung...huhuhu..

Lin, jom la join skali..meh lerrrr...kalau agak2 kurang semangat bgtau zu,tau la zu nak kasi naik semangat balik..hehe

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Nadiah

i sangat2 jeles dgn u ok!!!...boleh u maintain je your ideal weight dah berapa thn dah ni.Sbb dulu i kenal u comel2 je kan..Skrg makan hati tau!!!!....ok i try yer babe..pray for me k!

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Hi PCMers..( hehe sbb geng PCM je panggil saya Mulan)

ok meh la skali..insyaAllah saya share sini ok

SyaNa said... [Reply to comment]

wei camne diet detox tu??
nnt ko buat journey diet ko ek
aku kan suke ikut diet org
pastu tahan la seminggu 2..pastu balun makan xhengat
kekeee