Pages

Aug 12, 2011

Planning..Planning...Planning...

Oh, aku jenis yg suka gak planning...Nak2 bila kat rumah takde buat apa mulalah otak pikir mcm2 kan..Even kat office sambil layan boss membebel dlm meeting pun aku leh plan holiday aku. Hahaha..apa lagi time sgt2 free skrg nih..

Tp skrg planning yg sgt lain. Plan bila nk beranak..boley?? miahaha...Ye la bak kata doc aku if baby reach 3kg, sila lah activekan diri supaya ada dilation. Then bila dah rasa contraction sikit2 boleh dtg spital kita induce jer. Aku dapat rasakan baby ni baik dan sopan sket dari Abg Arsyad dia tuh. Takde la tiba meniba nak bukak 3cm tanpa bagi signal. Pastu suka2 nak bukak lagi sampai 5cm tanpa aku rasa apa2. Oh mybe time tu aku sgt active bergerak. So if sakit pun aku igt sbb penat jalan, sakit hati kat office, dan mcm2 tekanan..kekeke..Skrg if dok diam2 mybe dah boleh rasa betul2 contraction yg dtg kan..
Aku kalau boleh mmg nak sgt deliver end of this month. Time baby dah reach 37weeks. Sbb memang aku takmo raya this year. 1, sedih sbb first year raya tanpa Arwah Mak. So takmo nak melampau2 teringat di mlm raya dan pagi raya, baik aku belek baby baru kan. 2. sbb malas nak beli baju raya. Baju apakah lagi yg muat di badan aku skrg nih?? Size org2 Arab takde kat KL nih..kekeke..3. Of coz malas nak gi beraya. Nak jalan gi toilet pun rasa nak nangis, ada hati nak masuk keluar rumah org. Walaupun aku akan missed all the food, tp takpelah. Nasi Impit and Rendang time tak raya pun boleh mkn kan..So tak payah la rasa rugi sgt tak dpt jamah jamuan raya. InsyaAllah aku tak menangis bila kena mkn nasi kosong lauk ikan bilis time org mkn rendang ayam kan..hehehe

Tp itu hanyalah plan. Kalau baby takmo kuar lagi time tu,  takkan aku nak paksa kan. Tgk la mcm mana. Next week ada check up, tgk berat baby and dia dah engaged belum. Dah la nak gi check up nih sorang2 sbb Daddy outstation, takut gak if kenangan 2 thn lepas jadi balik. Dlm labour room sorang2 sambil berharap Daddy sempat balik. kekekeke
Pastu aku pikir2 ada hikmah process ktorg nak pindah ni jadi lambat. Sbb byk sebenarnya hal2 yg penting tak settled lagik. Cth rumah aku tu. Belum habis lagi process tukar nama. Dulu plan if aku gi July, aku buat consent letter je utk abg aku amik kunci and settlekan semua. Tp nampaknya ada rezeki aku utk settlekan sampai habis process. Cuma skrg agak stress bila tak dpt2 lagi tittle letter from developer utk aku withdraw EPF. Kalau tak, boleh gak buat apa yg patut kat rumah tu. Owner dia pun tak kisah dia ckp if nak pasang grill ke, buat kitchen ke, amik je kunci kat dia sbb rumah tu mmg kosong. Abis tu nak buat pakai apa? duit semua kat EPF tuh. Haihh..hrp sblm aku bersalin dpt settle hal dgn EPF.

Then plan utk Arsyad and baby. Slalu baca and dgr je pengalaman org dah ada 2 anak. Kita sndiri nnti tak tau mcm mana. Aku byk gak buat research mcm mana nak handle emotions anak sulung bila dia dh dpt adik. Hopefully Arsyad ok. Tp tak salah if aku bersedia skrg kan. Kira aku kena tau bila dia rasa tersisih, rasa mummy and daddy lebihkan adik, rasa dia dah tak penting. Aku takmo dia rasa mcm tu. Tp perasaan2 tu adalah normal. So kena tau mcm mana nak handle. Supaya aku tak stress nanti.
So far plan aku berpantang rumah MIL. Tp Arsyad tetap gi school. Tiap2 pagi hubby akan hantar dia, then ptg amik dia. Aku plak kali ni nak pantang betul2. Takmo main2 mcm dulu. Sbb dgn "career" aku skrg, aku tak boleh sakit. Tak boleh nak lembik2. Dulu sakit leh amik MC dok umah, skrg sakit sapa nak kasi MC? hahaha..so kena kuatkan diri dari skrg. Jgn nak terlebih manja, terlebih syahdu sbb byk lagi benda aku nak pikir lepas nih kan.

Eh, mcm2 plan lagi lah. Tak tertulis kat sini. hahaha...Tkpelah plan tu penting. Jadi tak jadi, janji kita dah pikir benda tu awal2 kan. Tak rugi apa pun. Ikut style Daddy Arsyad, dia lebih spontaneous. Jenis yg main redah. Sbb tu kadang2 dia boleh kuar ayat "Jom kita gi Bali esok?". Haaaa..gitu. Wife dia ni kalau nak gi Penang skali pun, kena plan sebulan awal. hahaha..
Eh, nak share ada satu hari tu aku dok tgk tv. Skali dgn bunyi kucing syahdu sgt. Aku igt ada kucing kelaparan ke kat luar...Nak la gi intai. Intai jer..sbb aku adalah penakut kucing. Kekekeke..Skali tgk ada 3 ekor anak kucing menyelit kat sudut porch tmpt laki aku simpan barang2 gardening dia. Mak dia masa tu takde. Kesian plak aku tgk. Nk angkat, takut. Nak kasi mkn, dia mkn apa eh? Mesti susu mak dia je kan?? Then aku BBM Daddy, dia ckp biar je. Itu mesti kucing yg anak jiran aku main aritu. Daddy nampak diaorg letak kat atas jalan kucing baru lahir yg tak boleh jalan lagi pun. Laki aku pun apa lagi..tegur la ckp jgn la letak tgh jalan, Uncle nak lalu ni kalau terlanggar mcm mana. Skali mak dia jengah dari rumah jeling2 mcm marah plak laki aku sound anak dia. Eh, dah tu. Takkan nak lenyek je anak2 kucing tu kan. Bdk2 tu main mmg benda2 pelik sket. Ada satu hari aku nampak diaorg dpt sorang sebatang lilin dari bapak dia. Main bakar2 sampah kat sebelah kete jiran aku. Boleh??? Buat nya kete tu ada leaking ke, minyak tumpah ke. Tak pasal kan..

Eh, tersasul pasal jiran plak. hahaha..So kucing2 tu masih di situ. Kadang2 aku tgk mak dia balik, susukan diaorg. Then mak dia kuar balik. Tak tau la hasil perkahwinan yg sah atau pun tak. hahaha..So ktorg biarkan aje la kat situ. Takkan nak angkat letak tmpt lain kot. Kesian musim2 hujan nih kang sejuk ke, kena hujan ke kan. Aku paham perasaan mak dia yg baru delivered baby. Nak cari tmpt berteduh. Nanti2 aku bersalin sama gak nak cari perlindungan..kekekeke
Ni la anak2 kucing tu. Aku tgk mmg comel2. Tak tau la sapa bapak mereka..

 :: Tersepit2 di celah2 sudut tu...::


 :: Comel kan??::

Esok nak suruh Daddy alihkan barang2 dia sikit..letak kotak elok2 utk mereka landing di situ...hehehe..Arsyad tak tau nih..Sbb kang if tunjuk kat dia..abis la sikit2 nak tgk cat..nak tgk cat..letih nak layan kang

4 comments:

dieya said... [Reply to comment]

comel sangattt!!!
kesian nya dok belakang penyodok tu.. so nice of u prepare kotak utk kucing2 tu, dpt pahala u tolong makhluk Allah bulan puasa ni :-)

Pnut said... [Reply to comment]

zueeeeeeeeeeee nak try la buat murtabak mini tu...
mmg peberet kami anak beranak murtabak... tengkiu bagi wahyu..eheheh

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Nadiah,

smlm husband i try nak alihkan dia and letak kotak..tapi garang okeh..tiba2 dia menyeringai naik2 semua bulu2 dia...mybe masa tu mak dia tkde so dia terpaksa protect diri sendiri..hehehe...

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Kak Naz,

Eleh..akak 800kali lagi terror masak dari zu ok. Takat murtabak gini...sambil tgk cite anak pak Harun berlakon pun boleh...kekeke...Mesti laju je hero2 tu mkn kan....