Well..after meroyan pasal berat in previous entry, aku terpanggil nak tulis pasal pelaburan-pelaburan yg aku buat utk mengecikkan badan nih. Well..nama pun dasar pemalas nak usaha sendiri kan, harus lah mengambil beberapa langkah utk membantu aku kuruskan bdn. Padahal boleh just focus on diet, and regular exercise. confirm kurus. Tp manusia biasa spt aku nih..memang terpengaruh la dgn product2 nak membantu kita kurus..so aku tulis ni is my very own experience ok. Jgn ada yg marah aku condem product diaorg plak.
1. Jus Mate 5
Aku dah study pasal JM5 ni dah lama. start dari tgh pregnant lagik. Maklumlah time tu badan pun tgh membesar bagai johan. Atas kesedaran diri, aku memang tau yg lepas beranak confirm aku susah nak turun. So awal2 aku dah survey menda alah nak kurus nih. Kwn2 aku pun ramai amik, and diaorg punya effect positive lah. Aku pun bersemangat nih order lepas kuar hospital. Dasar tak sabar2 kan. hahaha..Tapi aku try lepas abis pantang la. Sbb masa tu konon nak bfeed Arsyad so tgu lepas pantang. Oleh kerana niat nak bfeed gagal, lepas je 30 hari aku terus try JM5 nih. Hmmm..bagi aku, if korang lalu nak mengadap menda alah ni hari2, di persilakan lah. Aku baru minum 10 hari, rasa kembang tekak dah. Coz dia ni kira pengganti makanan lah. Bancuh serbuk ni lunch time, so dgn automatiknya ko akan kurang makan, tapi tetap rasa kenyang kerana bahan2 yg terkandung dlm serbuk tu actually the right nutrients utk badan kau. Yg buat aku pelik, everyday aku amik pun tatapp la aku nak makan nasi time lunch kan. So effect nya takde la sehebat mana. Dpt gak aku turun sikt 4-5kg gak rasanya. Cuma if semangat aku kental,aku leh telan 2 bulan yakni 60 hari, dapat lah aku turun byk kot. Tp sbb serious dah takleh lalu kat tekak nih, ada la lagi 10 peket dlm kotak tu yg tgu expired next year then aku buang la dlm tong sampah..hahaha
Harga:: RM200 sekotak (20 paket sekotak)
2. Body Suit Infrared
Yg ni lagi best..konon amik skali JM5 dgn bodysuit nih coz if aku belum start workout, leh la turun weight and turn inches sekali gus. Cita-cita tinggi okeh. Masa order ni aku dah balik rumah sendiri. Posmen dtg antar gedik2 nih gembira nak try time2 tu gak. Daddy Arsyad balik keje terkejut giler tgk aku pakai menda ni, siap dgn set tangan and kaki skali dgn harapan lengan pun kecik and kaki gajah ni pun akan kecut. Dah gaya robocop dia kata. Hahaha..Tp salah beli brand okeh. Dia ckp if kita pakai and rasa panas,bagus sbb infrared tu tengah working. Tapi kalau dah panas tahap ko rasa nak terjun kolam, pastu bila duduk kat office yg sejuk ni pun kejap2 gi toilet bukak kejap coz dah berpeluh2 kat dalam, and gatal ya amat jgn ckp la..berbaloi kah???. Setakat susah nak pakai and amik masa aku 15-20 min tiap2 pagi aku takde hal. Tp dia punya tak selesa, gatal, panas, miang, memang mcm beruk kejap la aku time tu. Confirm!..paling lama aku pakai 2 minggu. itu pun on and off. Elok the last day aku pakai, time nak tarik buang tu dia koyak. Bodysuit ni pun tau betapa aku tak sanggup nak pakai dia lama2.
Harga : RM200
3. Herbalife
So bila 2 investments aku hancur lebur di tgh jalan, dgn usaha aku hampir sia2, aku lagi la stress kan. Bila masuk je keje org dok gelak2 je tgk aku. Coz aku still pakai baju kurung besar2 time pregnant dulu. Time tu aku lagi meronta2 nak try lagi product lain. Sampai la kwn aku suruh aku try amik Herbalife. Dia amik baru 2 bln dah turun 10kg. Dia ckp sangat2 berkesan utk dia. Dgn aku ni tak serik2 nak jadikan kawan sebagai kayu pengukur sah2 la keazaman dia lagi kuat kot dari aku. So dgn harapan aku pun dpt turun 10kg, aku pun amik la set herbalife nih...
So bila 2 investments aku hancur lebur di tgh jalan, dgn usaha aku hampir sia2, aku lagi la stress kan. Bila masuk je keje org dok gelak2 je tgk aku. Coz aku still pakai baju kurung besar2 time pregnant dulu. Time tu aku lagi meronta2 nak try lagi product lain. Sampai la kwn aku suruh aku try amik Herbalife. Dia amik baru 2 bln dah turun 10kg. Dia ckp sangat2 berkesan utk dia. Dgn aku ni tak serik2 nak jadikan kawan sebagai kayu pengukur sah2 la keazaman dia lagi kuat kot dari aku. So dgn harapan aku pun dpt turun 10kg, aku pun amik la set herbalife nih...
Harga : RM500 the whole set
4. Slimming Center
Hahaha..part ni paling teruk yg aku pernah buat. Kira lepas aku start stop nasi masa bln May 2009, dan aku dah insaf dgn segala neka product2 kuruskan badan ni, pastu aku usaha gi gym pagi2, workout sendiri, utk turunkan seberapa byk yg boleh, then datang cabaran lain plak..Aku ok if tak mkn nasi time bln puasa, tp utk aku workout time bln puasa adalah mustahil. Mau aku tido je time kayuh basikal tu kang. hahaha..So aku dah mula risau, coz masa tu bln August so far aku dah turun 10-12kg. Aku takut if aku stop workout, berat akan naik balik. Penat wey dah turun byk tu nak stop. So aku pun dgn ngada2nya gi la survey slimming center utk pengganti workout session time bln pose. Lagipun aku tau ada certain part kat badan aku yg kalau aku pindah duduk terus dlm gym pun takkan kecik, kecuali guna certain2 treatment kan. Masa tu aku teruja lepas terjumpa Datin Norjuma kat KLCC. Tau la time dia pregnant dulu betapa besar kan, lepas dia ckp dia gi slimming center, wahhh...terus aku melompat2 nak gi sama..
Well..jgn terpedaya dgn iklan2 gini ok...Yes, aku gi kat Slimword. Sbb, paling dekat dgn office so aku leh lari time lunch hour. Sah2 puasa lunch tak tau nak buat apa selain dari membuta dlm surau kan, so konon ok lah if aku membuta kat sana je. Tmpt dia kat Avenue K, baru bukak masa tu. In fact aku jadi customer pertama dia. hahaha..Pastu bila aku dtg, aku ckp la masalah aku is lower body je and nak dia focus kat situ jer. Tapi dia punya nak examine the whole body then propose kat aku quotation tak masuk akal. Aku pun satu, gi ckp aku nak jadi mcm Norjuma wat apa. Dia igt laki aku pun ada title Datuk kot. Logik ke tak dia ckp if aku nak kecik balik mcm Norjuma, aku kena spend RM60k. Hahaha..aku gelak gila kat situ. Minah ni nak con pun tgk ler org kan. Kalau aku bwk handbag LV ker boleh la kasi aku harga tak masuk akal gitu. Last2 aku negotiate balik, potong sana sini, aku amik package basic utk mengecikkan dari pinggang ke bawah sahaja..
Kalau korang ingat senang2 je nak gi slimming center, letak badan kat situ then tinggg!!..kurus dah..Tidak Okeh!!..salah sama sekali. Mula2 lepas aku signed up tu dia kata nak kasi aku menu suruh ikut. Aku nak tgk menu dia tak kasi dulu lepas aku bayar, baru dia kasi. Mak aih..menu dia tu kalau aku tak gi slimming center pun leh kurus tau. No Rice (Nasib masa tu aku dah stop amik rice), No Carbo at all, plain water ONLY (nak curi2 minum air sirap pun tak boleh), no salt, no sugar, no flavoured drinks or food, semua NO. Yg ko boleh amik adalah soup sayur TANPA GARAM, tauhu2, sayur2 hijau, air masak. ITU SAHAJA.
Melampau tahap maksima kan? Sah2 time tu bln pose, takkan aku berbuka nak makan sup sayur dgn air kosong jer? even roti pun tak boleh ok. If ayam or ikan, kena yg stim, panggang or bakar sahaja. Jgn harap nak sentuh benda bergoreng langsung, or bersambal ke apa. Kena soup sahaja. Well, of coz aku tak ikut betul2 kan. Aku selamba sound dia aku ckp if aku betul2 ikut diet plan ni, tak payah aku bazir duit la dtg sini. Sekejapan aku leh kurus. Tp mengenangkan time tu aku dah bayar, teruskan je lah. Tp hati bengkak gak coz rasa sedikit tertipu la. Bila aku pikir2 balik, memang tiada jalan mudah utk kurus nih. Ko byk duit, gi slimming center pun kena ikut diet plan gila nih.
Tapi ok lah dgn ntah apa2 system kat slimworld tu, dpt la aku turun dlm 7-8kg kot. Pastu yg penting inches pun turun sama. Treatment aku amik yg biasa letak2 benda elektrik kat badan ko yg bermasalah tu. Mula2 rasa mcm sakit coz kejutan letrik, lama2 ok dah. Paling hazab time dia nak pecahkan lemak pakai satu alat mengurut nih. Giler sakit pedih mcm dia siat2 je kulit badan ni tau. Alat tu bentuk dia bulat, tp ada pemegang la. Then kat kepala dia tu ada mata2 banyak2 utk dia gosok2 kat badan ko. Tapi dia punya gosok memang mcm berus lantai bilik air yg setahun tak basuh. Beria2 dia tekan2 nak2 part yg lemak degil tu kan. Sepanjang aku buat treatment tu memang tak pernah aku tak nangis. Sakit dia hazab gilaaa...
Betul la org ckp bkn senang nak kurus. Ikut badan, ikut org, ikut keazaman masing2. Mcm aku, bkn naturally kurus dgn usaha sendiri. So kepada yg sedih nape tak kurus2, jgn la rasa down sgt ok. Org mcm aku yg gi buang duit kat benda2 ni pun tak tentu dpt hasilnya lagik. Seriously bila ko baca advert memang rasa terpengaruh habis kan. Nak kurus dgn jalan mudah. Tp sebenarnya memang terpulang pada diri sendiri. If azam kau kuat, sendiri buat pun confirm jadik. Tak payah buang2 duit kan..
Tapi again..aku sebagai manusia biasa yg tak serik2, terbeli lagi satu investment utk kurus ni last month. hahahaha..Mari ketuk kepala aku beramai2. Tapi so far yg ini paling aku puas hati. Nanti if dah nampak effect aku bgtau kat sini ok. But still.....kena diet gak, and exercise sama. Ko nak harapkan benda2 ni sendiri nak kasi badan ko mcm Kim Kardashians..memang tak dapat la dik non..Kira benda ni membantu je lah. Usaha tetap kena lebih. Tapi at least benda ni tak annoying mcm benda2 yg lepas. So aku agak lama bertahan dgn dia..Jodoh kami panjang..hehehe
OK lah, dah terpanjang plak entry berat nih. Marah Arsyad kang dok menyemak je cite mummy kat blog dia. hahaha..So aku harap dgn pengakuan aku menggunakan produk2 di atas, dpt la bagi korang sedikit info dlm memilih benda -benda nih kan. Kalau tgk advert, memang rasa terpengaruh. But please yer, ini adalah pengalaman aku sendiri. Org lain ada je yg berjaya guna product2 ni, so terpulang kepada individu eh. Kang ada gak Dr Rozmey saman aku sbb condem product dia. hahaha..Sorry Dr, saya tak boleh ler telan supplement awak. Film awak pun tgk ler if saya rasa gila nanti saya gi la tgk. hahahaha..kejamm..kejam..
Lastly, spt biasa..wajah kesayangan hamba...muah!!
:: Dia claim ni mulut comel..comelkah??::
11 comments:
zu.. my mum kan dah try segala jenis slimming product, exercise equipments, spa, girdle.. macam2 ada.. sejak dia muda2 dulu. akhirnya yg i nampak berkesan is london weight management. turn 10kg u! skrg dia dah stop dah, cukup laa setakat mana yg dpt turun tu.
my sisters pun gi london weight mgnt. ada gak turun. tapi slimming centre ni turun kat initial stages, it helps with the stubborn fat, i guess. alhamdulillah i dah turun 5kg by er...not doing anything hehehe. nak turun another 5kg ni punya lah susah. kalau tanya jes, answer dia senang je...exercise tapi that'll never happen hahaha. nanti2 lah gi dancing class ke, pilates ke yoga ke...iyo lah tu hahahha.
zu share la apa produk yg zu pakai skrg sbb lin pun pernah try jm5 n herbalife tp turun sket jer..tak la mcm org lain turun berpuluh kg..huhu
Zue, sebelum pregnant Alesya, dan sebelum potong duit pinjaman rumah, akak sempatlah amek HL selama 3-4 bulan kalau tak silap. berkesan, ai turun lebih 15kg...
lepas bersalin akak try juga JDM5 tu, haghhamm.. mcam zue katalah, tak masuk tekak, pastu dah telan pun apsal rasa lapar??? kansel...
kemudian lps try pulak RXLITE, siap jadi ahli occay... tatau apsal tak menurun pun, cuma rasa dia sangat sedap, dan rasa kenyang...
sebelum pos try shape plus(tak ingat kompeni apa) ok juga, dalam sebulan tu ada la turun dalam 3-4kg... tp mahal, koser ai beli..
bulan lps try figure up, (macam jus roselle, sedap gak) akak notice, berat cam tak menurun sgt, tp inci berkurang, sebab leh rasa, pakai baju rasa longgar sikit kta lengan,
lps ni nak try RXLITE balik.. gila keji punya nak turunkan berat... dan nekad ptg lps keja nak jalan-jalan kat taman sampai pecah peluh, akak tak leh berjogging, sebab pergelangan kaki penrah injurd, sakit kalau berlari...
kalau laki kaya macam norjuma, harus kita dah selim kan..kan...
Nadiah / Salina,
i dah try London, gi yg free trial tu. Tapi bila dia quote i terlampau mahal (sah2 tgk la lemak2 kat badan kan..haha), terus tak boleh la. lg pun the nearest kat Mines. jauh dr rumah i. dia best coz takde diet plan. tp kalau diet lagi bagus la..Salina, u kalau turun gym seminggu sekali je pun confirm leh turun another 5kg tu tau..
Kak Naz,
wah..zu igt zu sorang je yg buang duit merata2 nak kurus nih..hehee..tp zu tak pernah dgr pasal RXLITE. dia penambah mknanan mcm biasa tu ek? tp if effect kat body ok lah kan. 10kg byk tu..
a a kak..kalau laki kaya raya, tiap2 tahun beranak pun takpe. coz lepas tu confirm serah badan je kat slimming center utk kurus balik. tp bila pikir2, ramai je mak2 dating wife menteri2 tu gemok tak kurus2..salah siapakah itu?? hahaha
Lin, meh kasi email add..zu emel..hehe
zu ni email lin..marazlin@gmail.com..haha.cam poyo jer kan kita ni..xpe2 hrp2 kali ni menjadi ;p
puan mulan, ahahaha.. masih ada lagi sekotak setengah kot jusmet kat umah, eeeii mmula je sedap, pehtu xleh telan, saya rasa loya nak montah.. tapi kadang2 dek kerana sayang, saya makan le sepeket, pehtu tgu 3 4 bulan baru mkn balik, haihh.. malas beno.. saya terpengaruh bab jusmet nih sebab tgk syerah masa dia baru lepas beranakkan lana xsilap, teros beli, pastunya 2 minggu pertama mmg suka le result dia, saya sarapan mcm biasa, tghari xmkn malam mkn sop2 atau tosei atau capati, lepas tuh, hagham dah makan.. ***passtt nak tau gak produk apa awk amik skrg** hahahaha.. *bab terpengaruh mmg no 1 saya nih*
hi kak..nak tnye sedap tak jusmate tu?so far ade perubahan x?bagus kite kene cuba byk bende utk tau yg mane berkesan kan kan..heheh
Hi Nur Diah,
Jusmate tu rasa mcm serbuk oren. nak kata tak sedap, takde la teruk mana rasa dia. tp nak kata sedap, tak lalu nak telan hari2 jgak. hehe..so far utk akak perubahan tak byk sgt. tak tau la if bdn org lain. akak tak abis pun makan..hehe
Post a Comment