Pages

Nov 15, 2010

Kegilaan Terhadap Budak Botak Berdua Itu...

Spt ramai yg sedia maklum, Arsyad adalah peminat fanatik terhadap Upin Ipin yer..Fuhh dia punya penangan Upin Ipin skrg, memang dgn aku2 kena tgk cite Geng tu buat kali ke enam puluh lapan..Asal balik je rumah.. "Mummy, pacang Pin Pin..". Itu je la kejenya Nasib rumah ada 2 tv, takde la gaduh sgt. Tp sbb satu atas, satu bawah,Daddy la kena berkorban teman dia tgk kat atas..Ala..Daddy tak kisah sbb Daddy pun bkn suka tgk tv sgt kan?? kekee

Di sebabkan aku mak yg prihatin, yg menyayangi anaknya sepenuh hati..(mcm la org lain tak sayang anak kan..hahaha),aku pun berusaha mencari brg2 Upin Ipin utk anak aku. Tp sangat la susah. Ada pun yg biasa2 kat Pasar Tani or Pasar Mlm tapi tak cantik sgt. Daddy Arsyad lagi la, nak memberi sokongan moral kat anak punya pasal dia siap beli CD original tau. Tolong anak melayu berniaga katanya..hehehe..

Sudahnya, kitaorg beli je la stickers Upin Ipin utk dia tampal kat brg2 dia. Uissshh..ralit ok menampal stickers satu mlm. Beg, Basikal, Laptop mainan,segala tempat nak tampal. Tu pun dia nak tampal kat katil sbb nak tgk mlm2 sebelum tido kot, tapi aku tak kasi..


:: Mula-mula kita tunjuk dulu pasal food. Kalau ayam mesti nak ayam Upin Ipin. hahaha..sbb Upin Ipin kan suka drumstick. haa..ini je la dia mintak hari2::

:: Beg Arsyad gi nursery. Comel je bdk berdua ni kan?::

:: Basikal pun jadi mangsa. Penuh la Upin Ipin aje..::

Sampai la cikgu-cikgu Arsyad kat sekolah pun tau bdk ni fanatik betul dgn Upin Ipin nih tau. Diaorg pun menyokong dgn beli lagi sticker2 utk Arsyad..terus beg sekolah dia jadi mcm nih..

:: Hasil sokongan guru-guru kesayangan..Terkejut aku tgk bila amik dia dari school aritu..Suprise utk mummy dia skali diaorg ckp..heh, nasib mummy sporting ok::

Aku pun apa lagi, jadi la mak-mak yg terpengaruh gak kegilaan kartun anak sendiri..hahaha..Dgn aku2 pun jatuh chenta dgn Upin Ipin nih. Best layan je kadang2 tgk sbb byk pengajaran kan. Cuma aku tak berapa agree dgn watak cik pon tu..Salim jadi Sally..apakah?? pengajaran apakah yg bdk2 boleh belajar dari watak tu??? tak paham..tak pahamm...

Pastu sbb tau keghairahan anak aku yg tiada batasan, aku pun plan la nak gi Restoran Upin Ipin kat Shah Alam nun..Itupun aku tau kewujudannya lepas Salina bgtau. Wahhh..aku dah dapat bayangkan dah muka excited Arsyad kalau dpt makan kat tmpt kartun pujaan hati dia kan. So apa lagi, plan dgn Daddy, bermula la pegembaraan kami ke shah alam..hahaha..pengembaraan la sgt..nak gak ayat2 cite Geng!..kekeke

Aku ajak skali Aina and Aliyah utk sama2 excited. Kang aku yg terlebih2 terlompat2 kesukaan kat situ mesti nampak mcm org gila...So mari heret bdk2 lain sama utk cover line....


:: Dlm kete kasi diaorg tgk cite Geng (lagi??), kena kasi mood mari sikit..::

Kitaorg gerak dari Kajang agak lewat. Sbb cikgu Arsyad yg dah berhenti dari Nursery tu dtg, then nak pinjam Arsyad kejap. Tgu dia bwk2 Arsyad jalan (bertuah la bdk ni kan...), dah kul 2pm. Amik Aina and Aliyah kat Bangi, sampai Shah Alam dlm kul 3.30pm. Perut dah lapar gila dah. Aku dah tulis siap2 add dia Jalan Boling Padang, Sek 13. Aku kan 3 thn kat Shah Alam, so konon terror la tau selok belok kat Sek 13 tu. Tp berpusing2 kitaorg sejam nak cari mana la Restoran Gang nih tak jmpa2. Tanya org suma tak tau. Aku pun call la Salina ngan laki2 dia skali tp tak angkat, aku agak diaorg mesti tido sbb pagi tu concert day mamat2 EAI's tuh. Pastu call lagi Auntie Fadz kot2 dia tau..sbb dia org Shah Alam merangkap peminat Upin Ipin category dewasa..hahaha..Tp hampeh member tak jwb phone..Dah berpusing2 sampai pening, ktorg mengalah and stop kat kedai makan nearby isi perut dulu. Coz bila perut lapar, cari tmpt tak jmpa, memang membakar darah sungguh la kan..

Dah makan, kamipun teruskan misi. Haaa..ni baru betul2 Pengambaraan bersama Upin Ipin Kajang..hahaha..Gilo lah dok cari2 lagi aku dgn hp battery weak, tp aku try gak google tmpt dia, then dia tulis plak belakang Tesco. Kitaorg gi la ke Tesco tak jmpa gak. Last2 aku call tmpt tu, dia ckp belakang Tesco Extra. Patut la tak jmpa..Tesco Shah Alam ke Tesco Extra tu ada la dkt 5km kot. Bila dah dpt cari Tesco Extra, Arsyad dah nak tutup2 mata dah nak tertido. Sbb satu hari dia tak tido lagi..Aku dgn Aliyah beria2 buat lawak nak kasi dia gelak elakkan dia tido. Kang buang karen je dtg jauh2, susah2 cari jalan, sampai2 je ko tido!. Yg lawak tu mata dia dak terpejam, bila aku jerit2 buat lawak dia bukak gak mata gelak. Kesian dia ngan mak dia yg try nak buat lawak kan, ada belas ihsan anak aku ni..hehehe..

Tadaaa..dah jmpa..Elok je parking kuar kete, terus Arsyad ternampak gambar besar kartun hero kesayangan dia. Terjerit2 la beliau dgn aksi yg ghairah hilang sudah ngantuk dan penat sejam setengah dlm kete!. Haihh..sebak aku tgk anak seronok gini. Alah..takat sesat berpusing2 sejam lebih di Shah Alam, apalah sgt nak di bandingkan dgn muka excited budak kecik ni kan? Serious seronok sgt dia terjerit2 bila sampai tu..Aliyah and Aina gelak aje..

:: Ni la rupa kedai yg susah cari tu. Sbb dia nyorok belakang Tesco Extra. Aku amik dari website diaorg je sbb masa sampai tu hujan renyai2 tkleh nak snap::

:: Teruja tau bgtau nama charactor sorang2 kat menu tu::

:: Tak puas hati belek lagi menu tgk gambar sampai lebam..hehe::


:: Ni kedai merchandise dia accross the street:

:: Belek lagi..haihh..mcm paham jer..::

Ibu mana yg tak happy bila tgk anak happy mcm tu kan..Walaupun bwk gi kedai makan Upin Ipin jer..hahaha..Nasib la Arsyad fanatik dgn Upin Ipin jer..dekat je aku leh bwk ke Shah Alam nun..kalau jadi mcm org tu...wahhh..giler 10 tahun aku nak kena menabung..kekeke..Jadi la kan Arsyad, alah..bkn dia nak fanatik Upin Ipin sampai besar pun kan..Kang dia tukar2 la kot..So if aku nak gi jalan, aku nak hasut Arsyad supaya gilakan Mickey plak. Dpt la aku Arsyad  gi Disneyland kan..Confirm Daddy nak jadi Daddy yg prihatin gak kan?? hahaha...

Tapi seriously aku rasa, sangat2 kecewa bila sampai Restoran Upin Ipin ni. Sbb dari luar nampak mcm wahh..besar nya kedai, tp bila masuk..mcm rasa kedai biasa je. Susun atur dia, decor dia, and sebagai kedai makan kartun Melayu yg paling berpengaruh kat Msia nih..ko decor kreatif la sket kan. Setakat letak gambar Upin Ipin besar2, kedai mamak pun boleh buat kot..Pastu menu book dia je yg ada gambar Upin Ipin..yg lain takde. Aku bayangkan bila masuk kedai ni mesti la diaorg buat mcm another world of Upin Ipin..kiranya bila budak2 masuk..terasa mcm. wahhh...kita dlm cite Upin Ipin la..haa..lebih kurang gitu la..Eh..ke aku je yg terlebih exegerrate? hahaha..

Takde la..maksudnya, letak la more things dlm tu. Mcm special corner utk bdk2 amik gambar ke, patung Upin Ipin yg besar utk diaorg rasa kagum lebih ke, pastu food pun serve la dgn pinggan mangkuk, gelas, and sudu Upin Ipin..baru la best kan. Ni tisu pun biasa, kedai Pelita Nasi Kandar pun reti nak tempah tisu sendiri kan, kira signature diaorg, ni lagi Upin Ipin..bila buat tisu sendiri, org boleh la pakai or bawak balik..(huh..kalau tisu mamak ko campak tong sampah je kan??)

Pastu buat la ala-ala "kids environmental friendly". Ada ruang khas utk bdk2 makan ke, ni kedai sebesar2 ni, penuh meja biasa je. Kira bagi aku sayang la sbb takde "special" or value added tau. Pastu sah2 la kedai Upin Ipin, ko pasang la cite Upin Ipin sepanjang masa, bkn pekerja2 yg nak tgk, ni utk pengunjung2 kecik and peminat fanatik Upin Ipin yg sanggup tgk cite tu tak akan jemu tak kira siang ke malam. Ada ke dia pasang berita masa aku dtg??Takde "aura" Upin Ipin langsung..


:: Tmpt basuh tgn pun simple..just letak kepala Upin Ipin besar2::

Aku tak tau la aku ni terlebih cerewet ke apa..tp aku rasa kalau ko ada "pengaruh" yg agak besar kan, gunakan lah sebaiknya. If betul2 nak buat Restoran Upin Ipin, buat la betul2. Biar bdk2 rasa diaorg berada betul2 kat dlm Alam Upin Ipin bila masuk. Kira diaorg punya own fantasy kan. Paling kurang pun letak ruang khas utk photo session. Slalu if kita gi Sunway Lagoon ke, Genting ke, kang ada mcm frame besar bentuk2 tu then kita letak je muka kita dlm tu, pastu amik gambar kan? haa..letak je la menda alah tu. Confirm kalau Arsyad amik gambar muka dia je letak situ badan Upin Ipin, terus dia mintak tukar nama dia dlm surat beranak..hahaha

:: Tgk ni, frame gambar pun dia gantung tinggi2..sian die hard fan sorang ni tau::

:: Terdongak2 anak aku..dok la tunjuk sorang2 charactor dlm tu..Berpuluh kali dia ulang kitaorg angguk2 kan je la..hehe..member tgh happy..layankan ajer..::

:: Ni plak poster besar kat dinding, aku tak pasti apakah motif dia gantung tinggi2 maybe sbb nak bagi semua org nampak. Tp aku rasa lagi cun if leh jadi backdrop utk bdk2 amik gambar::

:: Mak dia mesti la nak nyelit sama..tp tension sbb muka Arsyad takde senyum::

:: Amik lagi sekali..tp mata dia tetap ke lain..ntah apa dia pandang..::

Lain org lain la pandangan kot kan..bg aku..if nak buat, best kalau diaorg dpt buat betul2. Alah..tp kedai makan je kot..kalau diaorg buat theme park ke, shopping mall ke (cita-cita kena tinggi), dgn theme Upin Ipin tak menyerap sepenuhnya memang aku buat piket!. hahaha..biasalah Mummy Arsyad memang over..

Pastu kami singgah ke kedai merchandise dia. Best la sbb dpt gak brg2 Upin Ipin utk anak aku nih. Cuma kecewa sikit (kecewa lagik..) sbb kedai dia agak kecik, tak berapa byk pilihan, baju suma asyik ckp abis stock, size abis, brg lom sampai..haihh....tau dak kami dtg dari jauh ni..(Kajang tu kira jauh la kan), sesat lagik..ujan lagik..semua abeh marah la ni..hehe...takde la marah..drama je lebih..dpt gak la sikit2 brg utk ceriakan hati Arsyad..eh..bkn main sronok bdk tu tau..siap pegang sampai balik!..over sungguh laa..

:: Peminat setia sedang membeli belah..Towel tak payah beli la Arsyad..::

Kitaorg sampai Bangi dlm kul 6pm gitu..ok lah kan..kira berjaya la misi nak bg anak happy, walaupun mak bapak dia rasa mcm eh..ni je ke yg ada?? tp jgn la kita menaruh harapan yg tinggi..asal anak happy sudah la..utk anak je pun..bkn utk mak bapak dia..Ehh..kat kedai merchandise tu ada t-shirt utk org dewasa tau..Nak je aku belikan utk Auntie Fadz yg minat gak dgn Upin Ipin nih..hahahahaha

So di bawah adalah barang2 yg berjaya di rembat..Dan baju yg selamat di peragakan oleh Arsyad sampai tak dpt nak bukak dah lepas tu. Bolehla barang dia takde la mahal mana..Beg RM30, Baju Upin RM30 (tak snap), Baju Ipin RM30. cukup la kan.Nak beli segala jenis stationeries Arsyad belum pandai lagi..Dpt beg ni pun dia rasa dah seronok ya amat dah...

:: Comel kan beg ni..byk lak tu compartment dia::

:: Muka kerek...dia skrg dah big boy..dah takmo amik gmbr muka senyum cheeky2 dah..(abaikan rumah yg mcm kena bom tu yer)::

:: Ni konon2 lari jauh2 sbb Mummy nak bukak baju dia::

Lagi satu aku hangin dgn design baju Ipin nih. kan dlm charactor dia siap ada superman dia pnya belakang tu kan. Kot ye pun ko nak tiru sama, improvise la sikit. Jgn la bagi kain utk di ikat kat leher budak semata-mata. Letak la tali halus ke, pelekat yg mcm bip tu ke, senang bdk2 nak pakai. Anak aku ni nak pakai compelete sebijik mcm Ipin tau. Dah tercekik2 bdk tu. Dah la leher tak berapa nak ada..haihh laa....

:: Nangis sbb Mummy nyakat suruh bukak Mummy plak nak pakai..hahaha::

:: Muka tension kena sakat..:
:: hahaha..beg sama besar dgn tuannya::

Takpe lah..asal dpt gak brg2 yg Arsyad nak? Eh..Arsyad nak ke Mummy yg over nak cari? hahaha..Takpe..kita tgu je sampai bila kegilaan Arsyad kepada budak botak berdua ni kan. If Arsyad ada adik kembar lelaki lagi comel..confirm dia panggil adik-adik dia Upin Ipin..kekeke

Di akhiri dgn gambar budget macho anak saya..Ni gambar semalam. Dia skrg dah takmo amik gambar senyum2 muka cheeky, budget dah dewasa..Bila suruh amik gambar muka mcm ni dia kasi. If kuar rambut kena pacak, kena pakai perfume bagai. Gaya mcm nak gi dating je..Pdahal jalan pun nak dukung!. heh..nyampah tau...

:: Macho ke???::

:: Kalau suruh senyum, lagi dia kasi muka mcm ni::

Apa-apa lah Arsyad..janji Arsyad happy..Mummy and Daddy pun Happy..nanti kita gi kedai Upin Ipin lagi yer...I luv u sayang..muah!


8 comments:

kerengga riang said... [Reply to comment]

wow acad, giler kentang aunty kerengga baca cerita mummy pasal acad minat sangat dgn upin&ipin ni. takpelah mulan, dia minat benda elok. kartun upin&ipin ni banyak bagi pengajaran di sebalik hiburan utk kanak2.

KasihMirza said... [Reply to comment]

salam ziarah,

seronok baca keletah arshad :)

Selly Buke said... [Reply to comment]

pipin..pipin... comey jer arsyad. kalau echa, ani..ani.. duk kemaruk ngan barney la pulak.. tp standard la kan.. anak minat, tp mama dia lak yg over belikan pinggan barney.. hehehe...

Anonymous said... [Reply to comment]

anak u ni mkn susu ape ek?? kemain semangat lagi...

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Ana, best kan sbb siap ada doa2 suma..dia pun skrg if suruh baca doa makan.."Allah..nana..nana..kana..wana.." dahh..hahaha

Cik Puan Kasih, tq for stop by..Bdk2 biasalah byk keletah kan..

Kak Selly, tu ler. Aliyah kata Echa suka betul dgn Barney. siap hafal semua nama dlm cite Barney tu kan. Harus la mama dia pun belikan sgala brg barney..hehe

Anon, saya bagi dia Enfa dari kecik. Start dari Enfalec AR, then Enfapro, smpi skrg Enfakid. Depends on bdk gak, setengah org pakai susu lain pun semangat. Dia kurus kejap dulu tp skrg naik balik sbb kuat makan nasi lauk ayam.

Pnut said... [Reply to comment]

eheheh suka betul baca kesah arsyad ni.. menghiburkan...

Alesya biasalah, suka girly2 items..
dulu layan Dibo.. skrng angeline bellarine.. tah cemana eja tah, yg kartun tikus comel, menari ballet tu..

barbie items pun dah reti kenal... eheheh

anyway akak setuju pendapat zu mengenai restoran tu, boleh bagi cadangan kat official website depa..

Anonymous said... [Reply to comment]

giler takleh blah beg sangat besar. hahahaha.

ala, auntie fadz ada kelas berenang la, malu la nak sebut time tu. tak bgtau awal awal. kalau bgtau awal awal, mesti auntie fadz adjust time utk teman arsyad. ehehehe. bukan sengaja tak angkat. hehe.

zu, dia takde nak bawak balik lak menu tu? ehehehe. muka gila khusyuk baca menu. bak kata ko, macam paham. hahaha.

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Kak Naz,

Kalau gegurl harus lah nak segala jenis princess, barbie bagai kan. Nasib hero akak dah lepas zaman2 ni, kalau tak harus pening sorang nak layan superhero, sorang layan princess..hehe
zu memang nak letak comment kat website diaorg. bkn nak condem, cuma komen ikhlas mana tau leh improve sana sini kan..

Hahaha..Auntie Fadz, teringin kah nak beg spt itu bwk gi keje?? confirm muat segala benda..haha..ko gi swimming class kat mana wei?? aku nak gi gak tp tak tau kat mana..nadiah EY consultant TMo dulu kurus gila dia kata gi swimming je ok...