Sungguh la lmbat nak post sbb sebenornya Anniversary kami adalah pada 4th Nov lepas..hahaha..Dah buat dah entry ni tp tak ler publish2 lagik..kekeke
Alhamdulillah..perkahwinan kami genap 3 thn last week. Anniversary kahwin and dating sama date, so if termasuk sejak bercinta thn ini adalah thn ke-6 kami bersama..Haihh..masih jauh perjalanan, masih panjang liku-liku, masih byk dugaan yg harus kami tempuh bersama..Mudah-mudahan, kitaorg kuat utk mengharungi semua ni..3 thn ni masih lagi cetek, masih lagi "mentah" utk kami berpuas hati kan..Walaupun bkn sikit2 cabaran yg dtg, tapi kitaorg kena bersedia dgn benda2 yg lagi besar nanti. Hopefully kitaorg kuat and jodoh di panjangkan sampai akhir hayat..Dapat menjadi mummy and daddy yg sempurna utk anak-anak..insyaAllah..
Aku memang tak pernah lupa anniversary kitaorg sejak thn pertama lagi. And Daddy Arsyad memang tak pernah ingat..hahaha..Kalau dia ingat aku akan pelik giler..Iyer, setengah org akan merajuk, terasa, jauh hati..and mcm2 lagi la perasaan tension kalau laki sndiri lupa anniversary kan. Tetapi tidak saya yer..Saya memang dah agak dia akan lupa. Pernah skali tu dia lupa birthday aku tau!. Masa tu harus la sentap kan. Birthday ko buat lupa melampau benor la tu. Sejak hari tu terus dia ingat terpahat dlm otak dia bday aku. Serik dia sbb aku jarang merajuk tp skali merajuk harus la ko bertaubat kan..hahaha
Pagi2 khamis tu mula2 mcm biasa jer. Then bfast pun aku tunggu2 je dia wish. Saja je la buat tertunggu2 padahal dah tau dia lupa kan. Sampai naik office dia tak ckp pape pun setelah 10x hint aku bagi, aku pun sms je lah wish dia. Terus dia call kau....hahaha..slalu reply je la sms tu kan. Terkejut gamaknya..Tp of coz takkan dia nak ngaku dia lupa. Dia buat la mcm biasa wish aku gak..Haih...sudah semestinya isterimu ini kenal sgt perangai suami dia. Kalau pagi2 dia bgn and wish aku dulu, confirm aku soal siasat dia mcm polis tanya apa ubat dia salah makan sampai dia boleh ingat anniversary kitaorg. hahahahaha..sungguh kijammm..
Well, sbb daddy Arsyad adalah seorang yg simple. Yg tak reti nak loving-dovey nih. Yang straight foward. If dia ckp dia tak suka, dia ckp sekali je dgn nada yg jelas, expression muka yg ketara, and pandangan mata yg ko akan ingat sampai bila2. Itu maknanya "ingatan" utk ko yg dia tak suka sesuatu benda tu. Tp if dia suka, dia akan ckp gitu-gitu je lah. Ko pepaham la sendiri. hahaha..Perangai kami adalah sangat berlawanan. Aku byk ckp, dia jaraaannng nak ckp. Ckp pun benda2 penting je. Aku jenis happy terlompat2, dia jenis cool. Aku jenis active terkinja2, dia jenis duduk diam. Kalau cuti seminggu duduk rumah tak keluar langsung pun dia ok. Aku je yg menggelupur at least sehari sekali kena gak kuar umah..
Masa mula2 berkenalan lagi lawak. Masa tu bln puasa, kitaorg start main2 sms dulu. Tak tau apa nak borak, mesti la tanya tgh buat apa kan. Dia tnya aku dulu, then aku ckp la tgh tgk tv. Bln puasa ptg2 apa ko leh buat kan selain tgu Pasar Ramadhan bukak. Pastu aku tanya plak dia tgh buat apa..Ko tau apa dia jawab??
"I tgh tolong mak i kopek labu. Karang nak buat bubur labu utk berbuka".
Hahaha...tercampak ok handset aku masa tu. Terkojoit makcik. Masa tu aku terus fikir, eh..straight ke mamat nih? Mana ada lelaki umur 27 thn tolong mak kat dapur..hahaha..Rupanya dia memang rajin tolong mak dia. Kalau mak dia masak, memang dia la yg sibuk2 kat dapur..Aduhai..sangat la berbeza dgn perangai bini dia nih..hahahaha
Apa yg aku boleh ckp..we compliment each other. Kekuatan dia, kelemahan aku. Kekuatan aku, kelemahan dia. Cukup la setakat itu. Sbb mana mungkin aku jadi isteri yg perfect, cukup masing2 tau kekuatan dan kelemahan masing2. And we work from there...together.. Aku bersyukur dpt suami yg cukup2 memahami, yg cukup sempurna di mata aku. Walaupun kebanyakkan kwn2 aku takut sgt dgn dia. Hahaha..mana tak takut, kalau lepak 3 jam dgn kwn2 aku pun max 10 ayat kuar dari mulut dia. Org buat lawak gila2 pun dia senyum je, itupun sah2 senyum terpaksa. hahaha..Tp inilah yg aku sayang...Dah tu kalau dua2 kuat ckp, dua2 gedik2 gelak2 bila org buat lawak..susah gak kan...
Eh..terpanjang plak entry..Dah ler tu..Lastly, nak ckp kat Arsyad..insyaAllah..Mummy and Daddy akan terus bersama, akan berusaha utk jadi parents yg terbaik utk anak-anak Mummy and Daddy. Tapi Arsyad pun kena kuat sama, kena jadi nadi keluarga..Sbb Arsyad anak sulung..Cth utk adik-adik. Amik segala kebaikan yg Arsyad nampak pada Mummy and Daddy..hiraukan kelemahan-kelemahan kami, sbb Mummy and Daddy pun manusia biasa..tak terlepas dari kesilapan..yg penting kami akan buat yg terbaik..yg terbaik utk family kita...
Luv u Daddy...Semoga jodoh kita berkekalan hingga akhir nyawa..muah!.
(Haihhh..ini lah bahana kalau dpt wife emo mcm aku..dah rasa nak nangis nih..kalau ikut Daddy hari tu dia wish gini je "Happy Anniversary syg..Bye." tak sempat aku nak emo-emo..hahaha)
8 comments:
tahniah! so sweet :)
rasa nak kahwin cepat pulak.. ;D
happy anniversary..
bukan kawan zu jer takut.. akak pun sama.. hehehe..
Happy Anniversary...
heheh Nas ngan abg Mior sama je kot.. takder perasaan..hahaha
Nas memang rajin macam anak dara.. eheheh
happy anniversary.. semoga berbahagia selalu..
kelakar la cerita awak.. best baca.. kekeke.. dok potong lalu xtahan tuh, yg anak dara nih kemain ler dok tgk tv, mau xtercampak tipon, kot saya pon mau berbuih mulot kene sawan.. hahaha
ehhh bagos ler xde majok2, kowser okeh..
happy anniversary zu & nas!
tengok gambo kawin u tiba2 teringat conrad panggil u spiderman bile tengok tgn u penuh berinai masa masuk ofis.. hahaha!
Hi Adik Fatin, Thank U. Kawin cepat2 yer..best ada org jaga..hehe
Kak Selly, hahaha..akak duduk serumah dgn Nas dulu pun takut yer..zu sentiasa takut..hehe
Kak Naz, memang sepesen la laki kita nih. hanya org yg ceria, happy go lucky, sempoi, comel, ayu mcm kita ni je leh survive dgn laki pesen gini kan kak? hahaha
Bulan Sayang, saya takmo majok. Sbb sah2 dia tak pujuk. Buang karen jer..kekeke..
Nadiah, hahaha..Conrad tu memang. Padahal Chindian sah2 pakai2 inai ni biasa je kan. Eh, i ada story pasal Conrad. nanti i buat entry eh..lawak gila..mesti u gelak guling2..haha
aih jgn ckp potong labu saje..ms rodi nk msk asrama form 1, die tulis nama rodi kat spender (panties daa..)pkai maker..die kate takut ilang..
spender aku ye..harap maklum.tapi adat dok asrama ilang jgak.hehehe.
happy anniversary zu, moga kekal ke akhir hayat...and love your wedding photos :)
Post a Comment