Pages

Nov 24, 2010

Private Hospital vs Gomen Hospital

Skrg adalah kecoh betul pasal isu nih kan...Aku rasa start masa PM masuk HKL aritu kot. Then lepas dia masuk tiba2 kasi 5 jota kat HKL suruh naik taraf..pastu mula lah org timbulkan isu yg private spital charge tak masuk akal, diaorg berhutang bertahun2 nak settle bill, pastu nak gi HKL asyik penuhhhh je memanjang kan..

Aku baca2 seimbas lalu je la dlm paper pasal isu nih. Sbb HKL kan agak sensitive utk aku since aku byk dpt "valuable" experience kat sana kan. Tapi bila pagi ni dgn HotFM, diaorg pnya topic pun pasal ni gak..dgr caller2 yg panggil pnya ulasan, aduan, keluhan, dan mcm2 an-an lagi..aku rasa mcm ish..nak gak la bebel pasal benda nih..hahaha

Daddy Arsyad antara org yg panas hati dgn isu nih. Bkn apa, sbb kadang2 caller2 yg call tu mengadu benda pelik2 tau. Benda mcm ko leh pikir sndiri, guna common sense sendiri (kalau dia ada common sense lah). tak payah la semangat nak call radio bagai mengadu domba kan..

Sbb bg ktorg, senang je. If ko mampu, ko ada company pnya insurance, or insurance sendiri, sila lah gi private utk dptkan rawatan. Tp kalau keje sendiri ke, or company pnya insurance ada limit, or tak keje langsung, jgn la sesekali nak try gi sana kan. Sbb nya paham2 sendiri lah...bknnnya aku nak ckp org takde duit marilah kita berkoyon-koyon gi gomen spital. Tp sbb private spital ni charges dia mmg la ko takleh nak agak-agak. Kang tak pasal2 semua barang kena jual sbb nak settle bil.

Cth mcm aku srkg, alhamdulillah company aku cover suma medical expenses. So if beranak, anak sakit, aku sakit, laki sakit insyaAllah tkde prob selagi covered. Tapi if covering tu ada limit, takut gak kan. Kena gak pilih2 spital. Sbb even private hospital, still charges dia lain2 ikut spital tu. Prince Court Medical Center takkan sama charges dia dgn Pusat Rawatan Islam for example. So if ko pilih private pun, tgk gak tmpt kan. Tak boleh sama kan semua private itu adalah sama.

Yg aku tension dgn sesetengah caller tu, suka assume tau. Ada sorang minah ni dia call dia ckp dia takmo gi gomen sbb tak percaya kat govt spital. Which is bg aku sgt bias statement dia tapi lantak ko ler ko yg nak beranak kan. Pastu dia survey2 lah private spital yg dia leh afford, then dia jmpa satu, pastu dia decide nak beranak kat situ. Dia kumpul la duit sbb dia takde insurance. Then masa nak beranak, dia kena emergency c-zer at 2.00 am sbb anak dia ada prob dlm perut. Duduk 3 hari kat situ, bila dpt bill 10k!. Tp dia simpan 5k je sbb dia tgk package beranak kat spital tu 3H2M all in cuma 4k. Pastu dia pun mengamuk sbb dia ckp spital tu tipu dia sbb ada hidden charges apa suma.

Private spital tu explain, yg package tu applicable kepada normal delivery sahaja. If czer, ko gi gomen spital pun lain charges dia kan. Pastu dia kena emergency czer at 2.00 am, pun lain charges dia sbb doc on duty kan mahal. Gedebak gedebuk, semua 10k. Pastu minah ni tak puas hati ok. Still rasa dia tertipu.

Mana aku tak panas hati dgr. Ada ke ko nak pandai2 assume package tu sama je utk mana2 cara bersalin. Even kat HKL pun if ko bersalin normal or czer, lain diaorg charge kan. Ni apa lagi private, dgn emergency czer yg doc on call kena dtg bagai. Cth la if boss ko tiba2 call ko kul 2am suruh dtg keje, ko charge OT tak?? or ko baik hati dtg je 2am tu tak charge apa2?? as simple as that kan. apa yg dia tak paham pun aku tak tau.

Aku ada ramai kwn yg dah try dua2, gomen and private. Kebanyakkan kwn2 aku anak 1st mmg deliver kat private. Kena tanya spital tu betul2 max charges berapa. Even ko rasa ko nak beranak normal, tetap la ko kena sediakan duit konon2 nak kena czer sbb mana lah tau kan. Bila 1st anak diaorg kena RM10-12k, then 2nd anak diaorg try gi gomen. Bkn sbb anak no 2 takde priority, tp sbb 1st experience semua org pun cuak kan. Kalau boleh nak the best lah, so 2nd exp dah tau apa nak expect. Kwn2 aku ckp beza mmg jauh gila la. Sah2 private layanan 1st class tgk la brp ko bayar. Tp kwn aku beranak no 2 kat Hospital Selayang, doc tahan dia sampai 3 minggu kat ward sbb takde bukaan lagi even tho anak dia dah due 14 minggu lewat!!!..dia pnya menanggung sakit hari2 tp takde bukaan, patut dah lama czer kan. Tp doc ckp jgn..tgu gak bukak..hari2 doc sumbat pill kasi bukak tapi tak bukak. Sampai husband dia dah nangis2 kat doc tolong la potong je perut wife saya, tak sanggup tgk dia tahan sakit 2 minggu. Tak jugak. Doc ckp susah czer nak kena panggil pakar bius, pakar czer, sediakan alatan..leceh. What the H..?????

Sampai la bila diaorg buat CTG baby dah lemas, baru la nak czer. bayangkan. Pastu bila kwn aku dpt bill. Senyum dia tgk bil tinggal spital 3 minggu, czer, RM130.00. Terus hilang sumpah seranah hari2 masa duduk sana. hahaha..So, aku rasa ada lah "bayaran" lain ko perlu tanggung if bill murah, and adalah benda lain ko dpt if ko tercekik nak bayar bill private spital yg mahal kan.

Senang cite lagik, ko beli burger kat tepi jalan, RM1.50. Cuba ko masuk McD, jumpa tak burger RM1.50? tak kannn???. so apa yg ko rasa PATUT or POINT YG PALING RELEVANT ko nak compare charges Gomen spital vs Private spital????.

Bagi aku jalan penyelesaian paling simple. SILA NAIK TARAF SEMUA GOVT SPITAL DI MSIA INI!!...Aku tau govt dah usaha bersungguh2 buat spital bertaraf moden mcm Selayang, Ampang, Sg Buluh, Putrajaya, Serdang etc. Tp kalau ko nak masuk sana, but kena ikut alamat ic, apakejadah?? Mcm arwah mak aku, punyalah aku nak kasi dia selesa, nak kasi dia tak berat hati duduk spital, jauh2 aku antar gi Hospital Ampang. Tp diaorg kata boleh tumpang je sbb emergency, tp takleh refer sini sbb ic mak awak alamat wangsa maju. Kawasan dia kena gi HKL jugak. Lagipun pakar buah pinggang, pakar jantung, pakar segala pakar semua kat HKL. ktorg takde pakar.

Terpaksa la aku antar mak ke HKL, tido atas katil yg diaorg beli masa thn 70an dulu. Apa guna korang buat spital cantik2, spital baru, canggih2 tp tetap kena ikut alamat ic, kawasan jajahan, and takde pakar? ntah la..aku malas nak bukak cite ni sbb mak pun dah tkde lagi. tp aku rasa mcm ish, gerammm je nak call gak HotFm ngadu domba jugak..hahahaha

So, tak payah la terus-terusan nak ngadu charges private spital mahal tak masuk akal. Sbb dah layanan, ubat, specialities, doc, alatan, furniture, even langsir pun lain brand, jadi jgn la nak compare. Ibarat ko compare burger pasar mlm dgn burger McD. Kalau rasa betul2 nak 1st class treatment, gi sana, prepare segala, terima je apa2. If rasa 50-50, toksah gi. Diam2 Q kat HKL sana, ubat pun dpt, treatment pun dpt, cuma ko akan rasa mcm kat spital Jakarta la sbb org Indon pun duduk katil sbelah. hehehehe..

Tp aku rasa in a way, bagus gak rakyat bising2 hal ni. At least govt leh tgk2 sikit betapa daifnya HKL, dan spital gomen lama2 yg lain kat lain2 negeri. Dah mcm hospital kat negara mundur ok. Aku rasa if org luar yg dtg HKL 30 thn lepas, then dtg balik skrg..mesti dia ckp kita terror sbb boleh mengekalkan "keaslian" bangunan, alatan, furniture segala sbb tak ubah mcm 30 thn lepas..hahahahaha..

Korang rasa 5 juta HKL dpt diaorg buat apa? Tukar langsir? Buat parking lot utk staff? org tukar vending machine seluruh hospital???...hehehe

3 comments:

dieya said... [Reply to comment]

tepat sekali ulasan u zu! patut jugak u tak call hot fm tu, tak pasal2 fbi & fafau kena tembakan mesingan bertalu2 dari u :-D

yeah, you pay cheap price, you get cheap service laa kan. apa laa diorg ni. nak canggih manggih segala, be ready to pay for that.

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Kan Nadiah..

ntah apa2 lah..pastu ada yg call ckp clinic charge tak munasabah. gi sana sbb demam pun kena RM50, padahal kasi panadol je. Nak je i lempang sbb dia igt nurse tu takde gaji, sewa clinic tak payah bayar? elec bill, water bil..gila ke nak charge harga panadol sepapan semata2? hhahaha

kalau demam je sapa suruh gi clinic. beli panadol. if demam merangkap nak mc..ini lah bayaran dia kan..

s2m3r said... [Reply to comment]

ada benarnya pendapat zu itu.....
akak akuinya...
ada kelebihan private dan government hospital
tepok poket..dengar kan bunyiknya....

kalau ko nak pegi private..redha jelah bayarannya...dan pastinya..bayarannya ada sama lah ngan perkhidmatannya...

cuma...private hospital kena lebih telos bila kenakan bayaran....explain to patient......