Pages

Nov 24, 2010

Walaupun dia bkn la kaki romantik...

If aku tanya "syg i tak"..dia jwb "Kalau tak syg..i tak kawin la dgn u.."
If aku tanya.."i cantik tak?'.. dia jwb.. "Entah..cermin kan ada..tgk la sendiri"
If aku tanya.." I dah kurus sikit tak? " dia jwb.."A ah..kurus part telinga"

Aku tak kisah dgn jawapan itu semua..sbb aku tau dia..aku tau sgt dia..

Sbb tadi dia call..suruh aku tgu bawah..aku dah tension sbb nak cepat naik atas dah lambat nak dkt kul 2.30pm tak balik2 lunch lagi..tp aku tgu gak dgn penuh sabar..isteri taat katakan..kekeke

Sekali dia sampai..dia kasi ni....

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

:: Bkn G11 mcm aku idamkan..tp lagi BEST dari G11::

Nak nangis boleh tak? hahahaha...Thank you daddy..i love u very strong!!..

p/s. kantoi daddy baca blog ni..hahaha

Private Hospital vs Gomen Hospital

Skrg adalah kecoh betul pasal isu nih kan...Aku rasa start masa PM masuk HKL aritu kot. Then lepas dia masuk tiba2 kasi 5 jota kat HKL suruh naik taraf..pastu mula lah org timbulkan isu yg private spital charge tak masuk akal, diaorg berhutang bertahun2 nak settle bill, pastu nak gi HKL asyik penuhhhh je memanjang kan..

Aku baca2 seimbas lalu je la dlm paper pasal isu nih. Sbb HKL kan agak sensitive utk aku since aku byk dpt "valuable" experience kat sana kan. Tapi bila pagi ni dgn HotFM, diaorg pnya topic pun pasal ni gak..dgr caller2 yg panggil pnya ulasan, aduan, keluhan, dan mcm2 an-an lagi..aku rasa mcm ish..nak gak la bebel pasal benda nih..hahaha

Daddy Arsyad antara org yg panas hati dgn isu nih. Bkn apa, sbb kadang2 caller2 yg call tu mengadu benda pelik2 tau. Benda mcm ko leh pikir sndiri, guna common sense sendiri (kalau dia ada common sense lah). tak payah la semangat nak call radio bagai mengadu domba kan..

Sbb bg ktorg, senang je. If ko mampu, ko ada company pnya insurance, or insurance sendiri, sila lah gi private utk dptkan rawatan. Tp kalau keje sendiri ke, or company pnya insurance ada limit, or tak keje langsung, jgn la sesekali nak try gi sana kan. Sbb nya paham2 sendiri lah...bknnnya aku nak ckp org takde duit marilah kita berkoyon-koyon gi gomen spital. Tp sbb private spital ni charges dia mmg la ko takleh nak agak-agak. Kang tak pasal2 semua barang kena jual sbb nak settle bil.

Cth mcm aku srkg, alhamdulillah company aku cover suma medical expenses. So if beranak, anak sakit, aku sakit, laki sakit insyaAllah tkde prob selagi covered. Tapi if covering tu ada limit, takut gak kan. Kena gak pilih2 spital. Sbb even private hospital, still charges dia lain2 ikut spital tu. Prince Court Medical Center takkan sama charges dia dgn Pusat Rawatan Islam for example. So if ko pilih private pun, tgk gak tmpt kan. Tak boleh sama kan semua private itu adalah sama.

Yg aku tension dgn sesetengah caller tu, suka assume tau. Ada sorang minah ni dia call dia ckp dia takmo gi gomen sbb tak percaya kat govt spital. Which is bg aku sgt bias statement dia tapi lantak ko ler ko yg nak beranak kan. Pastu dia survey2 lah private spital yg dia leh afford, then dia jmpa satu, pastu dia decide nak beranak kat situ. Dia kumpul la duit sbb dia takde insurance. Then masa nak beranak, dia kena emergency c-zer at 2.00 am sbb anak dia ada prob dlm perut. Duduk 3 hari kat situ, bila dpt bill 10k!. Tp dia simpan 5k je sbb dia tgk package beranak kat spital tu 3H2M all in cuma 4k. Pastu dia pun mengamuk sbb dia ckp spital tu tipu dia sbb ada hidden charges apa suma.

Private spital tu explain, yg package tu applicable kepada normal delivery sahaja. If czer, ko gi gomen spital pun lain charges dia kan. Pastu dia kena emergency czer at 2.00 am, pun lain charges dia sbb doc on duty kan mahal. Gedebak gedebuk, semua 10k. Pastu minah ni tak puas hati ok. Still rasa dia tertipu.

Mana aku tak panas hati dgr. Ada ke ko nak pandai2 assume package tu sama je utk mana2 cara bersalin. Even kat HKL pun if ko bersalin normal or czer, lain diaorg charge kan. Ni apa lagi private, dgn emergency czer yg doc on call kena dtg bagai. Cth la if boss ko tiba2 call ko kul 2am suruh dtg keje, ko charge OT tak?? or ko baik hati dtg je 2am tu tak charge apa2?? as simple as that kan. apa yg dia tak paham pun aku tak tau.

Aku ada ramai kwn yg dah try dua2, gomen and private. Kebanyakkan kwn2 aku anak 1st mmg deliver kat private. Kena tanya spital tu betul2 max charges berapa. Even ko rasa ko nak beranak normal, tetap la ko kena sediakan duit konon2 nak kena czer sbb mana lah tau kan. Bila 1st anak diaorg kena RM10-12k, then 2nd anak diaorg try gi gomen. Bkn sbb anak no 2 takde priority, tp sbb 1st experience semua org pun cuak kan. Kalau boleh nak the best lah, so 2nd exp dah tau apa nak expect. Kwn2 aku ckp beza mmg jauh gila la. Sah2 private layanan 1st class tgk la brp ko bayar. Tp kwn aku beranak no 2 kat Hospital Selayang, doc tahan dia sampai 3 minggu kat ward sbb takde bukaan lagi even tho anak dia dah due 14 minggu lewat!!!..dia pnya menanggung sakit hari2 tp takde bukaan, patut dah lama czer kan. Tp doc ckp jgn..tgu gak bukak..hari2 doc sumbat pill kasi bukak tapi tak bukak. Sampai husband dia dah nangis2 kat doc tolong la potong je perut wife saya, tak sanggup tgk dia tahan sakit 2 minggu. Tak jugak. Doc ckp susah czer nak kena panggil pakar bius, pakar czer, sediakan alatan..leceh. What the H..?????

Sampai la bila diaorg buat CTG baby dah lemas, baru la nak czer. bayangkan. Pastu bila kwn aku dpt bill. Senyum dia tgk bil tinggal spital 3 minggu, czer, RM130.00. Terus hilang sumpah seranah hari2 masa duduk sana. hahaha..So, aku rasa ada lah "bayaran" lain ko perlu tanggung if bill murah, and adalah benda lain ko dpt if ko tercekik nak bayar bill private spital yg mahal kan.

Senang cite lagik, ko beli burger kat tepi jalan, RM1.50. Cuba ko masuk McD, jumpa tak burger RM1.50? tak kannn???. so apa yg ko rasa PATUT or POINT YG PALING RELEVANT ko nak compare charges Gomen spital vs Private spital????.

Bagi aku jalan penyelesaian paling simple. SILA NAIK TARAF SEMUA GOVT SPITAL DI MSIA INI!!...Aku tau govt dah usaha bersungguh2 buat spital bertaraf moden mcm Selayang, Ampang, Sg Buluh, Putrajaya, Serdang etc. Tp kalau ko nak masuk sana, but kena ikut alamat ic, apakejadah?? Mcm arwah mak aku, punyalah aku nak kasi dia selesa, nak kasi dia tak berat hati duduk spital, jauh2 aku antar gi Hospital Ampang. Tp diaorg kata boleh tumpang je sbb emergency, tp takleh refer sini sbb ic mak awak alamat wangsa maju. Kawasan dia kena gi HKL jugak. Lagipun pakar buah pinggang, pakar jantung, pakar segala pakar semua kat HKL. ktorg takde pakar.

Terpaksa la aku antar mak ke HKL, tido atas katil yg diaorg beli masa thn 70an dulu. Apa guna korang buat spital cantik2, spital baru, canggih2 tp tetap kena ikut alamat ic, kawasan jajahan, and takde pakar? ntah la..aku malas nak bukak cite ni sbb mak pun dah tkde lagi. tp aku rasa mcm ish, gerammm je nak call gak HotFm ngadu domba jugak..hahahaha

So, tak payah la terus-terusan nak ngadu charges private spital mahal tak masuk akal. Sbb dah layanan, ubat, specialities, doc, alatan, furniture, even langsir pun lain brand, jadi jgn la nak compare. Ibarat ko compare burger pasar mlm dgn burger McD. Kalau rasa betul2 nak 1st class treatment, gi sana, prepare segala, terima je apa2. If rasa 50-50, toksah gi. Diam2 Q kat HKL sana, ubat pun dpt, treatment pun dpt, cuma ko akan rasa mcm kat spital Jakarta la sbb org Indon pun duduk katil sbelah. hehehehe..

Tp aku rasa in a way, bagus gak rakyat bising2 hal ni. At least govt leh tgk2 sikit betapa daifnya HKL, dan spital gomen lama2 yg lain kat lain2 negeri. Dah mcm hospital kat negara mundur ok. Aku rasa if org luar yg dtg HKL 30 thn lepas, then dtg balik skrg..mesti dia ckp kita terror sbb boleh mengekalkan "keaslian" bangunan, alatan, furniture segala sbb tak ubah mcm 30 thn lepas..hahahahaha..

Korang rasa 5 juta HKL dpt diaorg buat apa? Tukar langsir? Buat parking lot utk staff? org tukar vending machine seluruh hospital???...hehehe

Nov 18, 2010

Berangan Adalah Free!!...

Oh, aku adalah kuat berangan...hari2 berangan..teringin mcm2 of course..tp now in my top list aku nak 2 benda nih...wahhh..bestnya kalau dpt...



:: Saya suka surfing..so saya sangat suka benda ini. Mula2 tgk org pakai rasa mcm org tu poyo. Tp smlm lepas ter"try" kwn punya, terus rasa wahhh..nak..nak..nak..nakkkk....::


:: Camera saya sudah tua..camera zaman hantaran..skrg Arsyad pun nak masuk 2 thn..pastu Arsyad tak suka amik gambar..nak amik gambar dia satu cabaran..kena shutter yg laju, megapixel yg besar, camera yg power...saya mau ini..mau iniiiii!!!

Sempena hari Jumaat yg mulia lagi di berkati ini, aku harap-harap Daddy Arsyad boring2 lalu terbukak blog nih...kekekekeke

Ok lah nak berangan balik....Sbb semua ni kena bayar..Tetapi berangan adalah FREE....

Lembu Ku Lari Gagah Berani....

Mengupdate blog sambil muka senyum-senyum dah hati bunga-bunga..Alhamdulillah 80% benda dah settled and tgu hari je nanti..eh..itu nanti lah cite..ni nak cite pasal Hari Raya Qurban thn ini..

Spt biasa selasa tu keje la kan..Kg 5 min je dari rumah keji la nak mintak boss balik awal..padahal dept aku lepas lunch je dah kosong dah. Boss aku yg lain bangsa pun tak pasal2 tak masuk office lepas meeting..Feeling2 raya ke boss? hahaha..Aku tgu la en daddy dpt green light utk balik. Dia tu pekerja harapan..boss tak kasi balik, dia takkan balik..Aku plan nak gi la mengular ke apa cuci rambut ke kat Wisma Central dah sah2 dept kosong. Sekali tu ujan lebat pulak..memang takde rezeki nak mengular..

Mlm tu balik rumah, packing2 barang (packing ok..kemas baju gaya nak balik kg je..hahaha), amik Arsyad then balik la Cheras Perdana..jauh okeh kampung ktorg..keke..takpe la janji ada kampung kan. Bkn main seronok la budak tembam tu kakak2 nya ada kan. Main je kejenya. Siap amik torch light Atuk buat mike nyanyi karaoke bagai. Dgn mummy and nenek kena nyanyi sama. Ntah apa2 punya permainan. Pastu dia penat, tgu Echa tak sampai2..dia pun masuk tido. Skali mata dah terpejam2, dengar suara Echa baru sampai. Terus segar bugar member..jenguk keluar Echa ada. Seronok betul dia. Padahal Echa malas layan...hahaha..terus la sambung main2 and tgk tv walaupun mata terpejam2..haihh la Arsyad..berbakat betul melawan mata..

Esok pagi tu best wooo..makan tak hingat. Ada nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, sambal sotong, nasi minyak, ayam masak merah, daging kurma, pajeri nenas. Gila tak? hahaha..Makan la sampai pengsan. Pastu ktorg pun bwk la bdk2 kecik ni gi surau tgk ibadah Qurban. Mula2 aku dgn Kak Selly malas nak gi..tp tgk budak2 ni beria, ktorg pun join la sama. Panas gila la wey..ada 3 ekor lembu yg nak di korbankan..Sekor lembu gebu, 2 ekor lembu diet (kurus ya amat)..saja je diaorg takmo makan sbb dah tau nak kena korban kot. hahaha

:: 2 ekor lembut diet. lembu belah kiri tu penuh drama. sbb itu tajuk entry ni berkenaan dia..hahaha::

:: Lembu gebu sedang di qurban kan::

:: Penonton teruja.1st time la katakan..::

:: See...mcm kepochi sgt kan? hahaha..::

Aku dgn Kak Selly tgk dari jauh je. Sbb org boleh tahan ramai. Coz middle of the week so tak ramai balik kg kot. Pastu panas giler. Ktorg pun sebagai Puteri Lilin, pergi la ke bawah kemah utk berteduh. Kira jauh sket la dari tmpt diaorg sembelih lembu ni. Hanya Daddy, Arsyad, Aina and Aliyah yg gi tgk dekat2. Even Echa pun takmo g dekat sbb takut. Terpaksa Ayah Echa bawak dia main playground dekat2 situ..

Lepas lembu pertama selamat, ktorg tgk dari jauh je lembu ke dua di jatuhkan and selamat di sembelih. Leka2 borak2 dgn Kak Selly, tiba2 aku tgk mcm kecoh2 dgn lembu ke tiga..Pastu aku pun mcm blurr gila, sbb aku tgk lembu tu terlepas and tgh berlari ke arah kitaorg!!!...Aku dok ckp kat Kak Selly "Kak..lembu tu mcm terlepas..and dia tgh berlari kak.." Kak Selly pun mcm blurr-blurr..yg peliknya ktorg masa tu dah kaget tapi kaki tak gerak2 pun..Bila dah tgk org bertempiaran lari menyelamatkan diri..baru la ktorg pun nak bergerak. Pastu Kak Selly jerit "Abg..anak..anak..Aina..Aliyah...lari sini..!!", Berdebar2 aku masa tu..Aku tgk lembu tu lari je ke mana sempat dia lari nak selamatkan diri..Kak Selly punyalah jerit suruh anak2 dia lari..tp bertuah si Aina dia leh tercegat kat situ mcm nyanyi lagu Negaraku. Dia pun pelik and blurr kot..

Yg paling aku takut, dia menuju ke playground sebelah kawasan sembelih tu time tu byk bdk2 tgh main..Pastu aku tgk Daddy Arsyad dgn Arsyad dtg kat aku..Rupanya dia awal2 dah lari, nyorok belakang pokok!!..hahaha..Dia terus tarik aku bila tgk lembu tu menuju balik kat tmpt aku diri, which is bawah khemah..pastu bila aku pikir2, baru skrg aku rasa pelik. Nape aku rasa aku lari termengah2 tp still bawah khemah ni?? hahaha..

Bila tgk org terpekik2 ketakutan..ktorg lagi la lari nak selamatkan diri kan..Kira abis cemas dah keadaan masa tu. Then Daddy yg tgh dukung anak dia yg tombam tu, ajak aku lari nyorok kat belakang cabin. Surau tu mcm ada cabin sebelah khemah tu. Aku pun lari la ke situ. Sekali lembu tu pun lari ke situ okeh!!..hahaha..Nasib la ktorg sempat loloskan diri pastu terus masuk pagar surau. Then lembu tu pun mcm terkepung kat situ. Sbb dah no way out, dia tak muat dah nak gi belakang cabin tu. ( kira aku lagi kurus dari lembu diet la..haha) Dpt la pakcik2 yg dlm 15 org tangkap dia dan terus korban kat dia kat situ gak!!!..

:: Ni aku snap lepas ketakutan dah hilang dari dlm kawasan surau. Itu la khemah yg aku ckp. Sebelah tu cabin. Tu org ramai tgh tgk kumpulan ketiga yg gagal mengawal lembu selesaikan urusan di situ jugak..::

Fuhh..mmg drama sungguh la Raya Qurban kali ni. Dah la pengalaman pertama Arsyad. Lembu plak leh terlepas dan mengejar semua org. Kaget sekejap kan. Nasib dapat tangkap. Kalau lembu tu leh terlepas gi jalan utama lalu tahan bas dan balik kampung? satu taman masuk Buletin Utama mlm tu. hahaha..Kitaorg gelak tak abis2. Teringat time cemas, tp terjerit2 mulut je kaki tak gerak2, pastu lari-lari tapi tetapp la posisi di bawah khemah (aku lari setempat kot..hahaha), pastu konon nak nyorok belakang cabin skali kat situ gak la lembu tu nak nyorok, haihh..mcm2 betul.

Tp best la kan. bkn senang ko nak dpt pengalaman lembu terlepas. Ala2 sukan kat Mexico tu Bull Fight kan (mati la feeling2 matador plak padahal lari setempat..hahaha), bkn hari2 nak dpt pengalaman gitu kan? Kira best la di kenang2..

Balik tu terus bdk2 tu berebut2 nak cerita kat Paman and Nenek. Seronok sgt di kejar lembu kot. Pastu mulalah activity biasa diaorg if berkumpul kat Cheras Perdana..yg besar 2 org ni pun nak join sama. haihhh..


:: Kak Aliyah suruh buat "peace", tp gitu la jadinya tangan Arsyad..hehehe::

:: Masa ni tgh panas terik..so main pool sekangkang kera adalah heaven::

:: Bkn main si echa::

Lepas mandi pool, terus suruh angkat diaorg walaupun spt biasa Arsyad meronta2 ala2 lembu tadi yg struggle mintak di lepaskan gak. haha..Tak leh la mandi lama2, awak tu dah la selesema batuk bagai..Lepas makan, dia mintak nasi, makan punyalah gelojoh tak cukup tgn okeh!. Kelaparan la tu. Lepas bagi ubat, sesi tiduran pun bermula. Termasuk mak bapak masing2. hahaha..

Best woo tido perut kenyang pastu hujan turun dgn lebat plak. Arsyad sblm tido dok la nak tgk gambar lembu dari camera aku tak abis2. Nak mimpi lembu agaknya..hehe..Tp hampeh kejap je dia tido. Adalah dlm sejam, pastu kejut2 aku suruh bgn...tensi betul..

Ptg tu ktorg just gi taman berdekatan. Pastu dinner, then balik la ke rumah masing2. Overall best la. ala..Raya Haji je pun kan. InsyaAllah nak bwk Arsyad tgk qurban tiap2 tahun. Tp harap2 next2 year takde la kejadian lari setempat lagik..hahaha

Oklah aku nak sambung "project" ktorg. Tak sabar mau tunggu next week....nanti la cite pasal tu..skrg Mummy Arsyad nak feeling "Aishwarya Rai" boleh?? hehehe..

Nov 15, 2010

Kegilaan Terhadap Budak Botak Berdua Itu...

Spt ramai yg sedia maklum, Arsyad adalah peminat fanatik terhadap Upin Ipin yer..Fuhh dia punya penangan Upin Ipin skrg, memang dgn aku2 kena tgk cite Geng tu buat kali ke enam puluh lapan..Asal balik je rumah.. "Mummy, pacang Pin Pin..". Itu je la kejenya Nasib rumah ada 2 tv, takde la gaduh sgt. Tp sbb satu atas, satu bawah,Daddy la kena berkorban teman dia tgk kat atas..Ala..Daddy tak kisah sbb Daddy pun bkn suka tgk tv sgt kan?? kekee

Di sebabkan aku mak yg prihatin, yg menyayangi anaknya sepenuh hati..(mcm la org lain tak sayang anak kan..hahaha),aku pun berusaha mencari brg2 Upin Ipin utk anak aku. Tp sangat la susah. Ada pun yg biasa2 kat Pasar Tani or Pasar Mlm tapi tak cantik sgt. Daddy Arsyad lagi la, nak memberi sokongan moral kat anak punya pasal dia siap beli CD original tau. Tolong anak melayu berniaga katanya..hehehe..

Sudahnya, kitaorg beli je la stickers Upin Ipin utk dia tampal kat brg2 dia. Uissshh..ralit ok menampal stickers satu mlm. Beg, Basikal, Laptop mainan,segala tempat nak tampal. Tu pun dia nak tampal kat katil sbb nak tgk mlm2 sebelum tido kot, tapi aku tak kasi..


:: Mula-mula kita tunjuk dulu pasal food. Kalau ayam mesti nak ayam Upin Ipin. hahaha..sbb Upin Ipin kan suka drumstick. haa..ini je la dia mintak hari2::

:: Beg Arsyad gi nursery. Comel je bdk berdua ni kan?::

:: Basikal pun jadi mangsa. Penuh la Upin Ipin aje..::

Sampai la cikgu-cikgu Arsyad kat sekolah pun tau bdk ni fanatik betul dgn Upin Ipin nih tau. Diaorg pun menyokong dgn beli lagi sticker2 utk Arsyad..terus beg sekolah dia jadi mcm nih..

:: Hasil sokongan guru-guru kesayangan..Terkejut aku tgk bila amik dia dari school aritu..Suprise utk mummy dia skali diaorg ckp..heh, nasib mummy sporting ok::

Aku pun apa lagi, jadi la mak-mak yg terpengaruh gak kegilaan kartun anak sendiri..hahaha..Dgn aku2 pun jatuh chenta dgn Upin Ipin nih. Best layan je kadang2 tgk sbb byk pengajaran kan. Cuma aku tak berapa agree dgn watak cik pon tu..Salim jadi Sally..apakah?? pengajaran apakah yg bdk2 boleh belajar dari watak tu??? tak paham..tak pahamm...

Pastu sbb tau keghairahan anak aku yg tiada batasan, aku pun plan la nak gi Restoran Upin Ipin kat Shah Alam nun..Itupun aku tau kewujudannya lepas Salina bgtau. Wahhh..aku dah dapat bayangkan dah muka excited Arsyad kalau dpt makan kat tmpt kartun pujaan hati dia kan. So apa lagi, plan dgn Daddy, bermula la pegembaraan kami ke shah alam..hahaha..pengembaraan la sgt..nak gak ayat2 cite Geng!..kekeke

Aku ajak skali Aina and Aliyah utk sama2 excited. Kang aku yg terlebih2 terlompat2 kesukaan kat situ mesti nampak mcm org gila...So mari heret bdk2 lain sama utk cover line....


:: Dlm kete kasi diaorg tgk cite Geng (lagi??), kena kasi mood mari sikit..::

Kitaorg gerak dari Kajang agak lewat. Sbb cikgu Arsyad yg dah berhenti dari Nursery tu dtg, then nak pinjam Arsyad kejap. Tgu dia bwk2 Arsyad jalan (bertuah la bdk ni kan...), dah kul 2pm. Amik Aina and Aliyah kat Bangi, sampai Shah Alam dlm kul 3.30pm. Perut dah lapar gila dah. Aku dah tulis siap2 add dia Jalan Boling Padang, Sek 13. Aku kan 3 thn kat Shah Alam, so konon terror la tau selok belok kat Sek 13 tu. Tp berpusing2 kitaorg sejam nak cari mana la Restoran Gang nih tak jmpa2. Tanya org suma tak tau. Aku pun call la Salina ngan laki2 dia skali tp tak angkat, aku agak diaorg mesti tido sbb pagi tu concert day mamat2 EAI's tuh. Pastu call lagi Auntie Fadz kot2 dia tau..sbb dia org Shah Alam merangkap peminat Upin Ipin category dewasa..hahaha..Tp hampeh member tak jwb phone..Dah berpusing2 sampai pening, ktorg mengalah and stop kat kedai makan nearby isi perut dulu. Coz bila perut lapar, cari tmpt tak jmpa, memang membakar darah sungguh la kan..

Dah makan, kamipun teruskan misi. Haaa..ni baru betul2 Pengambaraan bersama Upin Ipin Kajang..hahaha..Gilo lah dok cari2 lagi aku dgn hp battery weak, tp aku try gak google tmpt dia, then dia tulis plak belakang Tesco. Kitaorg gi la ke Tesco tak jmpa gak. Last2 aku call tmpt tu, dia ckp belakang Tesco Extra. Patut la tak jmpa..Tesco Shah Alam ke Tesco Extra tu ada la dkt 5km kot. Bila dah dpt cari Tesco Extra, Arsyad dah nak tutup2 mata dah nak tertido. Sbb satu hari dia tak tido lagi..Aku dgn Aliyah beria2 buat lawak nak kasi dia gelak elakkan dia tido. Kang buang karen je dtg jauh2, susah2 cari jalan, sampai2 je ko tido!. Yg lawak tu mata dia dak terpejam, bila aku jerit2 buat lawak dia bukak gak mata gelak. Kesian dia ngan mak dia yg try nak buat lawak kan, ada belas ihsan anak aku ni..hehehe..

Tadaaa..dah jmpa..Elok je parking kuar kete, terus Arsyad ternampak gambar besar kartun hero kesayangan dia. Terjerit2 la beliau dgn aksi yg ghairah hilang sudah ngantuk dan penat sejam setengah dlm kete!. Haihh..sebak aku tgk anak seronok gini. Alah..takat sesat berpusing2 sejam lebih di Shah Alam, apalah sgt nak di bandingkan dgn muka excited budak kecik ni kan? Serious seronok sgt dia terjerit2 bila sampai tu..Aliyah and Aina gelak aje..

:: Ni la rupa kedai yg susah cari tu. Sbb dia nyorok belakang Tesco Extra. Aku amik dari website diaorg je sbb masa sampai tu hujan renyai2 tkleh nak snap::

:: Teruja tau bgtau nama charactor sorang2 kat menu tu::

:: Tak puas hati belek lagi menu tgk gambar sampai lebam..hehe::


:: Ni kedai merchandise dia accross the street:

:: Belek lagi..haihh..mcm paham jer..::

Ibu mana yg tak happy bila tgk anak happy mcm tu kan..Walaupun bwk gi kedai makan Upin Ipin jer..hahaha..Nasib la Arsyad fanatik dgn Upin Ipin jer..dekat je aku leh bwk ke Shah Alam nun..kalau jadi mcm org tu...wahhh..giler 10 tahun aku nak kena menabung..kekeke..Jadi la kan Arsyad, alah..bkn dia nak fanatik Upin Ipin sampai besar pun kan..Kang dia tukar2 la kot..So if aku nak gi jalan, aku nak hasut Arsyad supaya gilakan Mickey plak. Dpt la aku Arsyad  gi Disneyland kan..Confirm Daddy nak jadi Daddy yg prihatin gak kan?? hahaha...

Tapi seriously aku rasa, sangat2 kecewa bila sampai Restoran Upin Ipin ni. Sbb dari luar nampak mcm wahh..besar nya kedai, tp bila masuk..mcm rasa kedai biasa je. Susun atur dia, decor dia, and sebagai kedai makan kartun Melayu yg paling berpengaruh kat Msia nih..ko decor kreatif la sket kan. Setakat letak gambar Upin Ipin besar2, kedai mamak pun boleh buat kot..Pastu menu book dia je yg ada gambar Upin Ipin..yg lain takde. Aku bayangkan bila masuk kedai ni mesti la diaorg buat mcm another world of Upin Ipin..kiranya bila budak2 masuk..terasa mcm. wahhh...kita dlm cite Upin Ipin la..haa..lebih kurang gitu la..Eh..ke aku je yg terlebih exegerrate? hahaha..

Takde la..maksudnya, letak la more things dlm tu. Mcm special corner utk bdk2 amik gambar ke, patung Upin Ipin yg besar utk diaorg rasa kagum lebih ke, pastu food pun serve la dgn pinggan mangkuk, gelas, and sudu Upin Ipin..baru la best kan. Ni tisu pun biasa, kedai Pelita Nasi Kandar pun reti nak tempah tisu sendiri kan, kira signature diaorg, ni lagi Upin Ipin..bila buat tisu sendiri, org boleh la pakai or bawak balik..(huh..kalau tisu mamak ko campak tong sampah je kan??)

Pastu buat la ala-ala "kids environmental friendly". Ada ruang khas utk bdk2 makan ke, ni kedai sebesar2 ni, penuh meja biasa je. Kira bagi aku sayang la sbb takde "special" or value added tau. Pastu sah2 la kedai Upin Ipin, ko pasang la cite Upin Ipin sepanjang masa, bkn pekerja2 yg nak tgk, ni utk pengunjung2 kecik and peminat fanatik Upin Ipin yg sanggup tgk cite tu tak akan jemu tak kira siang ke malam. Ada ke dia pasang berita masa aku dtg??Takde "aura" Upin Ipin langsung..


:: Tmpt basuh tgn pun simple..just letak kepala Upin Ipin besar2::

Aku tak tau la aku ni terlebih cerewet ke apa..tp aku rasa kalau ko ada "pengaruh" yg agak besar kan, gunakan lah sebaiknya. If betul2 nak buat Restoran Upin Ipin, buat la betul2. Biar bdk2 rasa diaorg berada betul2 kat dlm Alam Upin Ipin bila masuk. Kira diaorg punya own fantasy kan. Paling kurang pun letak ruang khas utk photo session. Slalu if kita gi Sunway Lagoon ke, Genting ke, kang ada mcm frame besar bentuk2 tu then kita letak je muka kita dlm tu, pastu amik gambar kan? haa..letak je la menda alah tu. Confirm kalau Arsyad amik gambar muka dia je letak situ badan Upin Ipin, terus dia mintak tukar nama dia dlm surat beranak..hahaha

:: Tgk ni, frame gambar pun dia gantung tinggi2..sian die hard fan sorang ni tau::

:: Terdongak2 anak aku..dok la tunjuk sorang2 charactor dlm tu..Berpuluh kali dia ulang kitaorg angguk2 kan je la..hehe..member tgh happy..layankan ajer..::

:: Ni plak poster besar kat dinding, aku tak pasti apakah motif dia gantung tinggi2 maybe sbb nak bagi semua org nampak. Tp aku rasa lagi cun if leh jadi backdrop utk bdk2 amik gambar::

:: Mak dia mesti la nak nyelit sama..tp tension sbb muka Arsyad takde senyum::

:: Amik lagi sekali..tp mata dia tetap ke lain..ntah apa dia pandang..::

Lain org lain la pandangan kot kan..bg aku..if nak buat, best kalau diaorg dpt buat betul2. Alah..tp kedai makan je kot..kalau diaorg buat theme park ke, shopping mall ke (cita-cita kena tinggi), dgn theme Upin Ipin tak menyerap sepenuhnya memang aku buat piket!. hahaha..biasalah Mummy Arsyad memang over..

Pastu kami singgah ke kedai merchandise dia. Best la sbb dpt gak brg2 Upin Ipin utk anak aku nih. Cuma kecewa sikit (kecewa lagik..) sbb kedai dia agak kecik, tak berapa byk pilihan, baju suma asyik ckp abis stock, size abis, brg lom sampai..haihh....tau dak kami dtg dari jauh ni..(Kajang tu kira jauh la kan), sesat lagik..ujan lagik..semua abeh marah la ni..hehe...takde la marah..drama je lebih..dpt gak la sikit2 brg utk ceriakan hati Arsyad..eh..bkn main sronok bdk tu tau..siap pegang sampai balik!..over sungguh laa..

:: Peminat setia sedang membeli belah..Towel tak payah beli la Arsyad..::

Kitaorg sampai Bangi dlm kul 6pm gitu..ok lah kan..kira berjaya la misi nak bg anak happy, walaupun mak bapak dia rasa mcm eh..ni je ke yg ada?? tp jgn la kita menaruh harapan yg tinggi..asal anak happy sudah la..utk anak je pun..bkn utk mak bapak dia..Ehh..kat kedai merchandise tu ada t-shirt utk org dewasa tau..Nak je aku belikan utk Auntie Fadz yg minat gak dgn Upin Ipin nih..hahahahaha

So di bawah adalah barang2 yg berjaya di rembat..Dan baju yg selamat di peragakan oleh Arsyad sampai tak dpt nak bukak dah lepas tu. Bolehla barang dia takde la mahal mana..Beg RM30, Baju Upin RM30 (tak snap), Baju Ipin RM30. cukup la kan.Nak beli segala jenis stationeries Arsyad belum pandai lagi..Dpt beg ni pun dia rasa dah seronok ya amat dah...

:: Comel kan beg ni..byk lak tu compartment dia::

:: Muka kerek...dia skrg dah big boy..dah takmo amik gmbr muka senyum cheeky2 dah..(abaikan rumah yg mcm kena bom tu yer)::

:: Ni konon2 lari jauh2 sbb Mummy nak bukak baju dia::

Lagi satu aku hangin dgn design baju Ipin nih. kan dlm charactor dia siap ada superman dia pnya belakang tu kan. Kot ye pun ko nak tiru sama, improvise la sikit. Jgn la bagi kain utk di ikat kat leher budak semata-mata. Letak la tali halus ke, pelekat yg mcm bip tu ke, senang bdk2 nak pakai. Anak aku ni nak pakai compelete sebijik mcm Ipin tau. Dah tercekik2 bdk tu. Dah la leher tak berapa nak ada..haihh laa....

:: Nangis sbb Mummy nyakat suruh bukak Mummy plak nak pakai..hahaha::

:: Muka tension kena sakat..:
:: hahaha..beg sama besar dgn tuannya::

Takpe lah..asal dpt gak brg2 yg Arsyad nak? Eh..Arsyad nak ke Mummy yg over nak cari? hahaha..Takpe..kita tgu je sampai bila kegilaan Arsyad kepada budak botak berdua ni kan. If Arsyad ada adik kembar lelaki lagi comel..confirm dia panggil adik-adik dia Upin Ipin..kekeke

Di akhiri dgn gambar budget macho anak saya..Ni gambar semalam. Dia skrg dah takmo amik gambar senyum2 muka cheeky, budget dah dewasa..Bila suruh amik gambar muka mcm ni dia kasi. If kuar rambut kena pacak, kena pakai perfume bagai. Gaya mcm nak gi dating je..Pdahal jalan pun nak dukung!. heh..nyampah tau...

:: Macho ke???::

:: Kalau suruh senyum, lagi dia kasi muka mcm ni::

Apa-apa lah Arsyad..janji Arsyad happy..Mummy and Daddy pun Happy..nanti kita gi kedai Upin Ipin lagi yer...I luv u sayang..muah!


Nov 11, 2010

Apabila Sentiasa Alpa...

:: Nanchos @ Chillis::

 :: Club Sandwich @ Chillis::

:: Triple Play @ Chillis::

:: Artichoke Dip @ California Pizza Kitchen::

:: Wild Mushroom + Roasted Chicked Pizza @ California Pizza Kitchen::

:: Chicken Salad Pizza @ California Pizza Kitchen::

:: Rojak Special (Ayam+Udang+Sotong+Paru+Telur+Mee) @ Wahab's::

:: Choc Cake @ San Fran::

::Choc Sundae besar nak mati @ CPK::

Iyer, semua ini adalah hasil pemakanan aku yg tak mengenal erti insaf. hahaha..Itupun byk lagi tak letak sbb lupa amik pic, and segan dgn org sebelah. Sesungguhnya aku tidak mengenal erti penat dan lelah utk makan dgn bersungguh2..haihh..pastu complaint makin besar..

Takmo ckp byk..biarlah gambar2 ini yg menjadi saksi betapa rakusnya aku..

Eh....lupa..anak aku pun ada makanan special tau..tak tau mana dtg bakat dia..

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


:: Sabun Antabax Daddy punya..(tak tau la apa rasa..). Kesan gigi 4 batang di depan memang takde org lain dlm rumah ni gigi rupa gitu..::

Nov 7, 2010

Happy 3rd Anniversary to Mummy and Daddy!!..


Sungguh la lmbat nak post sbb sebenornya Anniversary kami adalah pada 4th Nov lepas..hahaha..Dah buat dah entry ni tp tak ler publish2 lagik..kekeke

Alhamdulillah..perkahwinan kami genap 3 thn last week. Anniversary kahwin and dating sama date, so if termasuk sejak bercinta thn ini adalah thn ke-6 kami bersama..Haihh..masih jauh perjalanan, masih panjang liku-liku, masih byk dugaan yg harus kami tempuh bersama..Mudah-mudahan, kitaorg kuat utk mengharungi semua ni..3 thn ni masih lagi cetek, masih lagi "mentah" utk kami berpuas hati kan..Walaupun bkn sikit2 cabaran yg dtg, tapi kitaorg kena bersedia dgn benda2 yg lagi besar nanti. Hopefully kitaorg kuat and jodoh  di panjangkan sampai akhir hayat..Dapat menjadi mummy and daddy yg sempurna utk anak-anak..insyaAllah..

Aku memang tak pernah lupa anniversary kitaorg sejak thn pertama lagi. And Daddy Arsyad memang tak pernah ingat..hahaha..Kalau dia ingat aku akan pelik giler..Iyer, setengah org akan merajuk, terasa, jauh hati..and mcm2 lagi la perasaan tension kalau laki sndiri lupa anniversary kan. Tetapi tidak saya yer..Saya memang dah agak dia akan lupa. Pernah skali tu dia lupa birthday aku tau!. Masa tu harus la sentap kan. Birthday ko buat lupa melampau benor la tu. Sejak hari tu terus dia ingat terpahat dlm otak dia bday aku. Serik dia sbb aku jarang merajuk tp skali merajuk harus la ko bertaubat kan..hahaha

Pagi2 khamis tu mula2 mcm biasa jer. Then bfast pun aku tunggu2 je dia wish. Saja je la buat tertunggu2 padahal dah tau dia lupa kan. Sampai naik office dia tak ckp pape pun setelah 10x hint aku bagi, aku pun sms je lah wish dia. Terus dia call kau....hahaha..slalu reply je la sms tu kan. Terkejut gamaknya..Tp of coz takkan dia nak ngaku dia lupa. Dia buat la mcm biasa wish aku gak..Haih...sudah semestinya isterimu ini kenal sgt perangai suami dia. Kalau pagi2 dia bgn and wish aku dulu, confirm aku soal siasat dia mcm polis tanya apa ubat dia salah makan sampai dia boleh ingat anniversary kitaorg. hahahahaha..sungguh kijammm..

Well, sbb daddy Arsyad adalah seorang yg simple. Yg tak reti nak loving-dovey nih. Yang straight foward. If dia ckp dia tak suka, dia ckp sekali je dgn nada yg jelas, expression muka yg ketara, and pandangan mata yg ko akan ingat sampai bila2. Itu maknanya "ingatan" utk ko yg dia tak suka sesuatu benda tu. Tp if dia suka, dia akan ckp gitu-gitu je lah. Ko pepaham la sendiri. hahaha..Perangai kami adalah sangat berlawanan. Aku byk ckp, dia jaraaannng nak ckp. Ckp pun benda2 penting je. Aku jenis happy terlompat2, dia jenis cool. Aku jenis active terkinja2, dia jenis duduk diam. Kalau cuti seminggu duduk rumah tak keluar langsung pun dia ok. Aku je yg menggelupur at least sehari sekali kena gak kuar umah..


Masa mula2 berkenalan lagi lawak. Masa tu bln puasa, kitaorg start main2 sms dulu. Tak tau apa nak borak, mesti la tanya tgh buat apa kan. Dia tnya aku dulu, then aku ckp la tgh tgk tv. Bln puasa ptg2 apa ko leh buat kan selain tgu Pasar Ramadhan bukak. Pastu aku tanya plak dia tgh buat apa..Ko tau apa dia jawab??

"I tgh tolong mak i kopek labu. Karang nak buat bubur labu utk berbuka".

Hahaha...tercampak ok handset aku masa tu. Terkojoit makcik. Masa tu aku terus fikir, eh..straight ke mamat nih? Mana ada lelaki umur 27 thn tolong mak kat dapur..hahaha..Rupanya dia memang rajin tolong mak dia. Kalau mak dia masak, memang dia la yg sibuk2 kat dapur..Aduhai..sangat la berbeza dgn perangai bini dia nih..hahahaha





Sampai la skrg, kalau aku masak ada je nak jadi  pengawas kat sebelah tau. Tension tul. Cara potong bawang pun nak tegur. Potong bawang je punnnn..Kalau aku terus masuk sebijik bawang dlm kuali utk tumis boleh lah nak jadi punca gaduh kan. Lepas aku sound ckp kalau nak ikut cara dia, sila masak sendiri..Baru la dia slow down sket..Kalau tgk dia kat dapur takut okeh..Teliti giler..semua nak perfect..kalau makcik-makcik sebelah rumah mak dia tgk ni dulu, confirm dah berebut2 buat menantu. Takde la kawin umur 30. hahaha..

Apa yg aku boleh ckp..we compliment each other. Kekuatan dia, kelemahan aku. Kekuatan aku, kelemahan dia. Cukup la setakat itu. Sbb mana mungkin aku jadi isteri yg perfect, cukup masing2 tau kekuatan dan kelemahan masing2. And we work from there...together.. Aku bersyukur dpt suami yg cukup2 memahami, yg cukup sempurna di mata aku. Walaupun kebanyakkan kwn2 aku takut sgt dgn dia. Hahaha..mana tak takut, kalau lepak 3 jam dgn kwn2 aku pun max 10 ayat kuar dari mulut dia. Org buat lawak gila2 pun dia senyum je, itupun sah2 senyum terpaksa. hahaha..Tp inilah yg aku sayang...Dah tu kalau dua2 kuat ckp, dua2 gedik2 gelak2 bila org buat lawak..susah gak kan...

Eh..terpanjang plak entry..Dah ler tu..Lastly, nak ckp kat Arsyad..insyaAllah..Mummy and Daddy akan terus bersama, akan berusaha utk jadi parents yg terbaik utk anak-anak Mummy and Daddy. Tapi Arsyad pun kena kuat sama, kena jadi nadi keluarga..Sbb Arsyad anak sulung..Cth utk adik-adik. Amik segala kebaikan yg Arsyad nampak pada Mummy and Daddy..hiraukan kelemahan-kelemahan kami, sbb Mummy and Daddy pun manusia biasa..tak terlepas dari kesilapan..yg penting kami akan buat yg terbaik..yg terbaik utk family kita...

Luv u Daddy...Semoga jodoh kita berkekalan hingga akhir nyawa..muah!.

(Haihhh..ini lah bahana kalau dpt wife emo mcm aku..dah rasa nak nangis nih..kalau ikut Daddy hari tu dia wish gini je "Happy Anniversary syg..Bye." tak sempat aku nak emo-emo..hahaha)