Skrg ni aku adalah bersemangat nak masak utk berbuka. Walaupun aku tau bila sampai rumah ngam2 kul 6.00pm, pastu aku hanya ada sejam je nak berperang kat dapur tu, tapi sbb hari2 dok melepak kat blog2 masakan otai2 tu, and hari2 tgk Kak Selly masak mcm2 utk keluarga tercinta, terus aku jadi bersemangat giler nak pandai masak. Nnti la aku buat entry khas pasal masak ni. Sbb aku rasa sangat2 "special" bab2 memasak. hahaha
Last aku masak Isnin lepas. Sbb weekend as usual beli mcm2 segala neka haiwan kat Pasar Tani. Pastu balik terus basuh siang siap2 pastu letak dlm bekas2 siap2 bahagikan ikut hari. Rasa best je bila tgk finally peti ais aku penuh bahan masakan. hehe.Nak masak semangat jer rasa..
Berbuka Isnin lepas aku masak ikan tenggiri asam pedas. Pastu sayur kangkung goreng belacan, dgn ayam goreng kunyit. Pastu sbb aku teringin nak makan meehoon goreng, gigih ni aku goreng meehoon lagi satu kuali. Coz dpt gak hulur2 kat jiran sebelah. Selama aku dok sini dia je dok hulur kat aku, aku nak pulang balik bekas dia serious tak tau nak letak apa. Sampai segan2 explain aku ni bkn jenis masak so tak tau nak letak apa. Takkan nak letak maggi 2 bungkus dlm tu kan? Sampai dia tukar plan bagi makanan letak dlm bekas plastic so that aku tak payah nak return2 balik pinggan dia dgn rasa bersalah..hahaha..So bila dah penat giler menggoreng meehon tu (ala..goreng meehoon je pun tapi kecoh kena lebih..hahaha), aku pun dgn bangganya gi la antar kat umah dia. Wahhh..mmg best feeling tu ok...Rasa menjadi jiran yg sempurna..hahaha..poyo sungguh. Bila esok pagi tu tgk diaorg anak beranak elok je gi keje, sekolah suma kan..Lega aku. So takde la aku menyebabkan diaorg sakit perut ke apa..kekeke
Nak amik gambar masakan yg byk tu hari tu tapi segan dpn Daddy Arsyad. Kang dia kata mak dia yg hari2 masak tu tak pernah pun amik gambar apa dia masak. kekeke..So apa2 gambar masakan dlm blog ni adalah secara gerakan senyap ok. Atau pun nanti pandai2 la aku suruh Arsyad meniarap atas meja buat2 posing nak amik gambar dia padahal nak snap gambar lauk pauk kan..hehe
Pastu Selasa Daddy ada majlis berbuka puasa. Nasib aku ada kwn2 yg di sayangi. Adriana and Saovanee sudi temankan aku dgn Arsyad berbuka. Gerak Kajang amik dia, beli sikit2 juadah berbuka, pastu gi rumah kwn Adriana area KLCC nih. Dia kena duduk situ kejap jaga kucing kwn dia sementara kwn dia balik US. Rumah adalah super duper cantik!!!..Ye la condo kat KLCC ni what do you expect kan...Rental je paling kurang 10-15k. Mmg bila masuk tu agak jakun la org Kajang ni kan. Interior dia mcm dlm Casa Impian je. Tp sayang aku tak dpt snap pic sbb camera battery kong. Sayang sungguh. Sbb ntah bila la aku dpt gi condo cantik mcm tu lagi.
Pastu Arsyad la yg paling aku takut. Dah la brg2 dlm umah tu confirm la mahal2 kan. Then dia kan tangan gatal terlampau. Itu nak pegang..ini nak pegang..kang pecah mau sebulan gaji aku nak bayar kan..Pastu main2 la dgn kucing tuan rumah tu. Besar giler ok kucing dia. Diva plak tu. Nama Kelly. hehe..Aku geli dgn kucing. Bila dia dtg gesel2 kat aku terus aku jerit2. Arsyad kat atas pangku aku gelak2 gila. Tapi dia pun takut nak pegang. Takat main dari jauh je ok la. Pastu sikit2 "Cat.....sini..Cat..sini..". Dok panggil2 Cat tuh. Bila cat dtg, kelam kabut panjat atas aku balik. hahaha
Dia punya lasak kat rumah org tu sampai dah tak terkawal. Aku terus call Daddy dia sebelum ada apa2 brg pecah. Nasib Daddy cepat sampai. Mmg aku kena extra careful la bila beraya rumah org nanti. Kang elok2 dpt berpuluh2 jemputan Open House this year, next year terus sorang pun tak nak invite dah. hahaha...Arsyad tu bkn tak paham bila aku marah tak kasi pegang or lasak sgt, dia tau je, tapi biasalah dia punya sifat nak explore lebih tu tak tertahan2 dah kan..Kalau ada Daddy dia senang. Sbb Daddy leh control dia. Dgn aku asyik kena cubit, kena penampar je..hahaha
Pastu smlm Daddy ada lagi majlis berbuka. Aku pun ada K punya majlis berbuka dgn anak yatim. Daddy kata dia tak boleh bwk Arsyad sbb berbuka dgn customer. Nak tinggal dkt school kesian plak dia kan. Tak lalu mak dia makan buffet nanti (ye ke tak lalu? ..) So aku pun bwk la dia dgn aku. Tp aku dah awal2 ajak kwn2 yg aku sayangi utk bersama2 menjadi "co-parents" Arsyad..hahhaa..tak larat wei nak handle if dlm majlis. Sbb tak leh jerit, tak leh tarik dia, mesti kena control ayu kan..so pertolongan kwn2 adalah sangat di hargai..hehe
Mula2 lepak dulu kat KLCC sampai tunggu Auntie2 yg janji kul 6.30pm nak turun tapi turun kul 6.45pm. hahaha..weii..penat ok aku main kejar2 dgn Arsyad kat bawah ni. Dah abis suma org tgk aku pelik tau. 15 min mcm 15 jam okeh!!
:: Nak gak duduk atas ni. Pak Guard tu dah jeling2 tapi aku senyum2 je terus dia buat derk..hehehe::
Majlis Berbuka Puasa adalah di Dewan Tun Rahah. Aku pernah dtg sini dulu attend wedding. Best kat sini sbb dewan baru and cantik, and makanan pun sedap. Mula2 Arsyad masih terkawal sbb awal2 aku dah rasuah dgn patung Ultraman kat dia. Mula2 mmg takmo dia kenal Ultraman ni sbb belum age dia lagi kan. Tp bila kat school dah tgk, terpengaruh la dgn rakan sebaya. hahaha..Sikit2 ajak Daddy lawan2..Sikit2 tunjuk mcm mana Ultraman "fire" tu.
Mula2 spt biasa kena kenyangkan bdk kecik ni. Habis sepinggan makan nasi lauk ayam kurma. Pastu kasi dia makan kuih2. Aku nak gi amik makanan pun tak kasi sbb tak biasa lg kan. Terpaksa la aku makan apa2 yg Fadz and Haine amik. Nasib diaorg pun ingat kat kwn diaorg yg "terseksa" ni sbb kena menahan nafsu bila tgk je buffet line tu tanpa dpt berbuat apa2..hahaha..Kesian Fadz, asal dia amik je aku habiskan. Asal dia tambah je aku settlekan. Nasib dia tak ckp pape...kekeke
:: Masih dlm keadaan terkawal..Ultraman dia pun dia suap kuih..::
:: Dgn Kak Yaya anak yg hampir2 suap Rendang Ayam kat Arsyad..hahaha::
Kitaorang duduk semaja skali dgn Kak As. Collegue aku masa kat dept lama dulu. Tabik spring ok aku tgk Kak As layan anak2 dia. Ye la 4 org semuanya and jarak setahun je kan. Harus la rasa mcm nak tercabut pinggang je aku tgk Kak As. 3 org anak dia dah pandai makan, bdk2 biasalah kejap2 nak itu..nak ini..Pastu baby lagi nak dukung..Mmg kena ada stamina yg tinggi okeh. Aku sorang ni pun dah tercungap2. Sbb tu Daddy Arsyad slalu marah kalau aku merungut Arsyad ni lasak ke, penat aku nak kejar ke apa. Sbb cuba tgk org yg anak kecik2 ramai, lagi penat tapi ok jer diaorg manage..So setakat anak sorang jgn nak merungut lebih..hehehe
:: Family Kak As. 3 org anaknya. Lagi sorang kak yaya sebelah Arsyad tuh.::
Pelik gak siap ada show2 dari artis bagai bulan2 pose ni. Tapi malas nak tanya lebih2 layankan aje. Artis pun ado2 la si Zehra Zamri and Azizul Khamis tuh. hahaha..Pastu nyanyi lagu raya aku mcm pelik sbb lambat lagi la Raya kan. Aku sebenarnya nak dgr ceramah Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz tu. Dia previously Imam Masjid Negara and Principal of Imam Muda punya prog tu. Aku dulu ada la sesekali tgk prog Imam Muda tu kan. Best ok dia punya ceramah. Kelakar and ada "isi". Tp dia ceramah lepas Tarawikh dlm Dewan Surau kat bawah plak. Mcm mana aku nak hangkut anak aku skali kan. Kang dia kasi ceramah khas plak kat aku bila tgk aku terjerit2 kejar Arsyad dlm tuh..hehehe
Arsyad adalah takut dgn Auntie Fadz yg garang tapi hati lembut..hehehe..Dengar ckp Auntie Fadz dari mula sampai setengah majlis. Sbb dia behave elok je mula2 time makan. Tp time Auntie Fadz gi solat je, mula lah perangai sebenar kuar. Lari laju2 keliling dewan celah2 kerusi and meja org. Aku ni sah2 kena kejar dia kan. Dia ok la dok menyelit2 celah2 kerusi yg sempit. Aku yg kejar sikit2 sangkut sbb kena mengiring (paham2 la bila dah lebar kan..), sikit2 tersangkut tersekat kerusi kat punggung tak lepas. hahaha...masa ni tahap kesabaran aku dah makin menipis. Sbb aku takleh jerit. Nak mati jerit tgh2 dewan tu. Time aku main kejar2 dgn anak aku pun aku tgk meja VIP bosses2 suma dah jeling je...hahahaha..nak buat mcm mana boss..sapa suruh bwk spouse and children. ni la gayanya kan..nk suruh sy datang vouge2 control ayu, tak dapat laaa...
:: Persembahan artis::
Arsyad time ni adalah sangat suka dgn Uncle-Uncle. Auntie's suma dia tak geng sgt. Tak macho kot dia kata..hahaha..sapa je kwn office lelaki aku mesti dia ok. Tp kwn perempuan je dia tolak. Kesian kwn2 aku yg dah lama nak bermanja2 dgn dia. Selama ni dok tgk gambar dlm facebook and blog je kan. Tapi dia jual mahal ok. Setakat salam je dia layan..nak dukung or main2 dgn dia suma dia reject. Last2 je dia layan Auntie Zal. Itupun sbb Auntie Zal janji nak bwk dia gi main dgn Uncle Pai..hehehe
:: Tgk ni boss aku nak balik pun dia nak ikut..::
:: Dgn Uncle Pai best fren poreber mlm tuh...Nyampahhhhh::
Paling kemuncak kesabaran aku adalah time Arsyad dgn jayanya pecahkan 2 biji mangkuk kat sana..Tensiiiooonnn!!..Nasib tak satu dewan dgr sbb ada lagu2 atas stage kan. Tp drama gak la. Sbb asal kejadian apabila sorang boss aku ni nak pegang dia. Pastu letak dia kat bawah biar dia jalan gi meja desserts. Aku dah agak confirm dia aim nak tarik mangkuk2 yg bersusun kat sebelah pengat durian tu kan. Aku jerit la suruh boss aku tu haland dia. Tapi dia pun tak sempat terus Paanggg!!!..berderai. Sepantas kilat aku tarik Arsyad, dia lembikkan diri dia terus terbaring atas carpet, sbb dah tau nak kena babab dgn Mummy kan, aku pun bagi la se-dass dua...Boss aku tu halang2 aku ckp "Eh, don't hit him..It's my fault..I'm the one who let him go..It's not his fault..". Pulak..dah tu kalau salah dia takkan aku nak babab dia plak kan??? haiyoohhhh...Nadiah, boss yg di maksudkan adalah RJ!!...masihkah kau ingat kepada dia?? hahahaha
Terus aku call Daddy Arsyad suruh amik ktorg skrg tu gak. Sebelum aku plak pecah kepala, baik dtg selamatkan keadaan.Nasib Auntie Fadz and Auntie Haine tgu sampai Daddy Arsyad sampai. Sbb ramai org dah gi tarawikh and dgr ceramah tu kan. Ballroom pun dah makin kosong. Arsyad dah makin tak terkawal tak tau apa salah aku bg dia makan. Takkan kurma ayam tu terus jadi sugar high kot?? or santan high?? hehe..Dia leh lari2 bila aku nak tarik dia. Dah takde uncle nak jadi tempat berlindung...waiter kat situ pun jadilahhh...terkejut waiter tu bila tiba2 Arsyad tarik dia peluk2 sbb lari dari aku...
:: Waiter yg menjadi mangsa. Sorry gambar blurr sbb aku pun berlari sambil snap gambar...hehe::
Penat betul baca kan? Kalau korang penat baca, aku lagi penat mlm tuh. Lepas Daddy sampai legaaaaa sgt2. dia pun dah penat agaknya terus mintak bantal nak baring..Laaa..tau pun penat?? igt tadi battery sampai esok tak abis2...
Balik rumah aku tak larat nak siap2 bahan2 nak masak sahur...Sbb nak cari katil je aku rasa..Esoknya kena bgn awal masak frm scratch penat sket la tapi ok lah kan simple2 jer...Sempat gak masak Sambal Udang dgn Bendi campur telur..
:: Gambar of coz sebelum Daddy Arsyad turun..hehehe::
Sekian sahaja entry terpanjang kali ini. Akan ada entry yg bkn main panjang lagi sbb segala cite nak sumbat dlm satu entry nanti. hahaha..Kalau malas baca tgk gambar je lah....keke..
Oh ye, aku rasa agak pelik sbb aku tak amik gambar makanan langsung masa majlis berbuka tu kan? Sbb kalau makan pun sangkut tekak, lagi takde selera nak amik gambar makanan. Buat rasa nak nangis je kang bila tgk balik gambar makanan tapi tak dpt makan dgn jayanya..hahaha
Demi anak..aku sanggup makan tersekat2...takpe Arsyad..untung2 Mummy boleh kurus..dan jadi pelari marathon dlm dewan yg berjaya....
4 comments:
serious laa.. i yg baca ni pun penat!
kahkahkahhh siap nyorok2 nak amik gambo masakan.. apa laa u ni.. sejak bila jadi penyegan nih? belasah je, susah payah u masak show it to the world laa!
zu, penat i fikir sapa RJ? takleh recall langsung nih. apakah diriku sudah hilang ingatan.. haish!
Nadiah,
i bkn penyegan la..tp dgn suami respect sket..hahaha..mmg la susah payah masak. sbb jarang giler masak..of coz susah..
Laa..tak recall ke? ok..sapa boss kat TMO dulu yg suka pakai shawl and buat OB?. jeng..jeng..jeng
tergelak2 baca entry nie... hahaha.. arsyad2..
hahahhaha. arsyad arsyad, pantang lepa sekejap, laju betul lari.
yg pelek tu, dlm kejar dia, ko sempat je tangkap gambar dia ek zu. ahahahahaha.
Post a Comment