Pages

Aug 22, 2010

Busuk Kesayangan Saya..



Rasa nya lama dah tak update peel si busuk saya nih. Ye lah dah tenggelam cerita dia sbb Mummy dia sibuk sgt nak update pasal menu iftar lah, menu sahur lah. Nak bgtau Mummy masak time Bulan Ramadhan nih adalah penting Arsyad. Kerana itu jarang2 berlaku..hehehe..Tp seronok lah masak2 nih..nak2 bila Daddy Arsyad makan habis licin sepinggan. Walupun tak ckp sedap ke, masin ke, pedas ke, sikittt tak ckp. Tapi diam2 habis je nasi dia..hehehe

Ok lah entry tanpa gambar amatlah bosan. Tapi gambar baru takde. Sbb aku skrg malas betul nak amik gambar. Camera skrg tak canggih. Mula lah gatal nak beli camera canggih buat pembakar semangat amik gambar anak. hehehehe..So mari lah kita layan gambar2 lama secara random di selang seli dgn update peel ini budak yer...


:: Masa ni umor genap setahun..suka gi playground::
Skrg suka sbb Arsyad dah makin bertambah vocab dia. Byk benda dia boleh sebut. And aku pun makin paham apa dia nak. Paling best kalau dia tau bila dia "doodoo". Dulu tau2 dah bau "harum" je kan. Skrg ni if dia sakit perut rasa nak melepas je, dia akan bgtau dulu. Pastu bila aku tgk dlm pampers, takde apa aku ckp la "Eh, mana ada Arsyad..Arsyad tipu...". dia geleng2 gelak2. Pastu tak lama lepas tu baru lah "selamat" dia menghasilkan sisa kumbahan sambil datang ckp "dah..dah...". hehehe..So takde la lama sgt busuk tu kan. Leh cepat2 basuh sbb dia dah warn sebelum keluar, dan inform lagi skali sebaik selepas selesai. Efficient sungguh anak aku. Cepat2 toilet train yer. Senang tak payah beli pampers..hehe
Pastu dia skrg dah makin kenal org. Ahli2 keluarga suma dia dah hafal nama. Baik belah Cheras, atau belah Wmaju. Suma dia hafal secara adil dan saksama..hehehe..Nama kawan2 jgn ckp la. Dah hari2 bergelumang dgn kwn2 kat school tu kan. Bila amik je dia dari school, bkn main rajin la dia tunjuk kwn2 dia sorang2 sapa nama..Kebanyakkan suma girls la. Nak kenalkan awal2 kat Mummy ke Arsyad? Supaya senang mana satu jadi bakal menantu? hehehe..Eh Lin, jgn terkejut. Epin pun dia kenal tau. Baru 2-3 kali jmpa. Sabtu Lepas Epin dtg, tanya dia sapa nih? dia jwb "Ipin...". hehehe..

:: verangan lebih..handsome ke??::
Pastu perangai mengada jgn ckp lah. Klau vocab pun bertambah, apa lagi kepandaian dia yg satu ni kan. Asal celik je mata nak2 weekend, confirm kejut Daddy dulu. "Daddy..angun..angun pat (Daddy, Bangun Cepat..). Mummy sikit dia tak heran. Atau dia adalah anak soleh yg memahami Mummy dia suka tido. Bila Mummy kena bgn kul 4 pg masak sahur, dia kasi Mummy tido lebih sket..hehehe..Daddy pun tension je..sikit2 Daddy..sikit2 Daddy..apa nak buat..anak Daddy la kan...
Perangai mengada termasuk lah main2 bila time makan. Tension ok dah la aku ni "rajin" sgt masak kan. Time weekend bila bln2 pose ni aku gagahkan gak la masak sup sayur and nasi utk anak tercinta. Tp makan main2. Kadang2 byk, tp selalu paling kuat 10 suap lah. Bila dia dah start nak sudu sendiri, nak "suap" lantai, panas hati la mak dia ni pun kan..Puas la pujuk2 dia meh ler makan, sedap nih..kalau buat sup sayur campur fish ball, dia akan habiskan fish ball tu je. mmg fav dia sangat2. kalau kita suap2 gak nasi kat mulut dia ckp gini "Nanak...Nanak..Nyang...(Tak nak..Kenyang)." haihh laaaa...pandai menjawab2 dah skrg..

:: Mummy dia teringin benar nak belikan dia kete mcm ni. Sbb asyik kena "pow" je naik kat Tesco Kajang nun RM5 utk 10 minit..::
Bila main kejar2 dgn Mummy and Daddy, usually dia akan lari kat Daddy mintak di selamatkan dari Mummy the Monster la kan. Sbb kalau Mummy dapat dia, Mummy akan gomol2, geletek2, gigit2 manja dia sepuas hati Mummy. Dia dgn rasa geli yg amat, lari kat Daddy pastu bila Mummy dia buat2 kejar tapi sekerat jalan dah mintak nyawa..(hehehe..), dia pun dgn muka bangga ckp " tak apatt...( tak dapat..)". Eleh..mcm la Mummy tak dpt tangkap. of coz la Mummy maleh je kan...Bangga la sgt...
Segala neka bentuk kenderaan di jalan raya dia dah hafal. Everytime masuk kete, bila on the road je dia akan sebut la segala2 kenderaan yg dia nampak. Lorry...car...ban..(van)..bus...vrroomm vroomm..(motor), shikal (basikal) dan sewaktu dengannya...Mmg suka sesangat. Bagus gak takde la dia bosan kan. Bila dia dah pandai kira nanti aku nak suruh kira kenderaan atas jalan raya plak. Senang bila dia fully occupied mcm tu. Tak susah nak monitor..hahaha..Kejam punya mak..
Oh, skrg dia adalah obses dgn Upin Ipin yg dia panggil "Ipin-Ipin". Dia boleh kenal budak botak berdua ni di mana saja nampak poster diaorg. Hari tu gi Pasar Tani, singgah kat gerai buku2. Dia nampak je majalan Upin Ipin,amik majalah tu pastu tarik Daddy ckp gini "eh..Ipin Ipin..meh..dok..dok. sini (meh duduk sini). Atas jalan raya kau...hahaha..apolah Arsyad. Kot ye pun die hard fan, takkan sampai nak bersila atas jalan raya..agak2 la kan. Aku pun belikan lah DVD Upin Ipin yg 12 in 1 tu. Tgk la sampai termuntah. Dia punya seronok bila dpt DVD tu dari dlm kete sampai la ke rumah dok la bising suruh pasang time2 tu gak. Nk cucuk kat mana syg ooiii..Sampai rumah tak sempat2 nak pasang. Tp spt biasa, mana lekat sgt dpn tv budak ni. lepas 4-5 episodes, Daddy dia yg tgk Upin Ipin. Bila Arsyad ajak main, siap sound "Ala Arsyad ni..potong la..Daddy tgh layan Upin Ipin nih". haihhh...tak tau aku nak ckp apa...

:: Botol air dan bekal Arsyad hari2. Nanti cari yg Upin Ipin eh::
Paling lawak mlm tadi. Dia batuk dah 3-4 hari tak baik2. Ubat pun dah nak abis. So ktorg pun bwk la dia gi clinic amik ubat lagi. Dah mmg ajar dia hari2 kalau Doc tanya " Kenapa Arsyad dtg??" Arsyad jawab apa?.. "Arsyad sakit.." Pastu if doc tanya arsyad sakit apa? jwb Arsyad batuk. nak ubat..Ok, meh layan dialog Doc plak dgn Arsyad.
Doc : Hi Arsyad, Nape sayang?? tak sihat eh?
Arsyad : tatit...emam..(sakit..demam) Eh, sapa suruh tambah script nih..
Doc : hihihi..kelakar la arsyad nih..arsyad batuk eh?
Arsyad : * uhuk..uhuk..(bunyik batuk ok..jadi plak tu buat2 batuk..)
Doc : hahaha...
Arsyad : Nak bat...(nak ubat).
Doc : hahahahahahahahaha
Dok gelak je la doc dgn Nurse tuh. Pastu sikit2 tunjuk fish kat dlm bilik doc tu. Dia suka sgt la binatang2 nih. Aku nak gak bagi dia pet tapi tak tau apakah haiwan yg sesuai dan di jamin selamat di tangan Arsyad. hahaha..fish tu takut kang dia tarik plak aquarium comel tu. (of coz aku nak beli yg kecik je besar2 kang buat penat basuh je). Nak beli hamster org ckp kotor, takut budak sensitive. Kucing ktorg tak minat. Kesian gak dia hari2 dok la jalan umah jiran tgk dog jiran cina aku dan kucing2 di jalanan..hehehe

:: Dkt Jusco. mula2 ok, tapi lama bosan main benda alah nih::

:: Pastu dia ajak Daddy main gendang gabak nih. tak padan dgn kenit::


Aku adalah amat suka tgk hari2 mcm2 benda dia belajar. Biasalah budak time2 nih kan. Senang je absorb apa2 benda di sekeliling dia. So makin byk la peel dia. Suka..suka sgt2. Tp tang perangai "cantik" tu aku serahkan kat Daddy Arsyad je. hehehe..Sbb aku garang, kalau Daddy takmo garang2, layan la kan. Kalau penat, sendiri tanggung. hehehe

:: Muka terlebih Happy::



Mummy harap Arsyad akan semakin membesar, semakin bijak, semakin mendengar kata (jgn nak nakal2 sgt yer..), semakin sihat, semakin membahagiakan Mummy and Daddy..
Haihh..rindu sgt budak kecik ni. Bila time weekend, penat layan peel dia. Tapi masuk je Monday nak antar dia school balik, rasa syahdu je..mesti rindu dia...ish..babab kang busuk Mummy nih!!!...

:: My Fav pic..Masa 2 bln, first time warded..::


3 comments:

amiRAzlin said... [Reply to comment]

pandai btol arsyad ni ambik hati uncle epin..nt raya dtg umah yer..uncle bg duit raya..huhu

zu ntah2 dia dok imagine uncle epin dia mcm upin & ipin kot..haha

ZuNas77 said... [Reply to comment]

hehehe..tak ler lin..kalau upin ipin dia sebut ipin mcm "yipin"..tp kalau Uncle Epin elok je sebut "ipin". hehehe..ada sikit perbezaan di situ..

Nnti raya dtg rumah tau. Boleh tgk hasil keje Uncle Epin gak..tak sabar2 nak tgk siap nih..hehe

Fadz said... [Reply to comment]

Arsyad dah kurus la. apa tipssss