Pages

Aug 18, 2010

Entry Sedih-sedih


Sesekali kena buat entry sedih2 utk seimbangkan mood dlm blog nih. Sbb kwn aku ckp (dia ni memanjang jadi silent reader tak reti nak tekan box comment tuh), aku ni tulis melawak2. dia pecah2 perut gelak. Lawak kah?? aku rasa aku tulis biasa2 je. Tang mana yg lawak tak tau lah. Pastu bila aku malas update nak marah2 tanya bila nak update. Ko ingat aku ni Apek Senario ke nak entertain ko tanpa had? hahaha...


Ok..ok..back to the topic. Saja je nak update pasal family pulak. Buat yg kenal aku rapat, tau ler mak aku tak berapa sihat kan...bkn je "tak berapa" kira mcm tak sihat betul lah. Dah tak cergas mcm dulu. Sbb dah takleh jalan, terlantar je kena berjaga 24 hours..Skrg ni pun dia tgh warded..Masuk thn ni dah 9 kali okeyyy...nasib la kat HKL jer. boleh ktorg ulang alik dtg suap makan ke apa kan..tapi memang menguji la menjaga org sakit ni. Aku tak jaga, kakak aku yg fully jaga. Sbb dia je yg tak bekerja buat masa skrg, so kena la berkorban sket kan. Ktorg yg kerja ni contribute dari segi lain la..


Mak start sakit teruk masa aku 5 months pregnant kan Arsyad. Masa tu aku tgk badan dia dah mcm membengkak tapi dia takmo gi spital. Coz tau2 la Gov Hospital nih service suma mcm mana kan. Nak antar private mana la nak mampu. Amik ubat demam sebotol pun dah RM50. gila ke hapa..So aku pujuk2 hantar dia kat Hospital Ampang yg baru bukak masa tu. At least rasa best sket dari HKL yg dah lama tu kan. Dia pun setuju la. Kena warded seminggu sbb masa tu dia dpt pneumonia. And at that time doc just bgtau dia ada kencing manis, darah tinggi, fibroid (tak dpt kuarkan sbb kencing manis), and masalah jantung sket. Punyalah senarai panjang penyakit kan tapi itulah hakikatnya..


Masa aku dok ulang alik Hospital Ampang tu mmg agak penat la. Dgn tgh pregnant, dgn jauh..Tp masa tu mak boleh jalan lagik. Cuma dia tak suka makan makanan spital so hari2 kena hantar makanan. Klau tak dia takmo makan kang dia terus pengsan. Org kencing manis kan mmg gitu. if makan terlebih gula naik, if tak makan terus pengsan. So kena la hantar hari2..


Bila sampai doc sahkan dia ada masalah buah pinggang, terus dia semakin teruk. Sbb seminggu 2x gi dialysis, badan makin lemah. Masa tu terus takleh jalan. Tp kira ok lagi bila naik kete leh gak la dia berdiri masa kita angkat and berpaut kat mana2 sebelum masuk kete. Skrg ni nak duduk pun kena org tolong.


Masuk kuar spital mcm2 sbb. Of coz sbb buah pinggang, pneumonia, pastu ada lendir berlebihan kat lutut la sampai kena operate dua2 belah lutut utk kuarkan lebihan lendir tu (if baca pun dah rasa ngilu kan?. Skrg ni buah pinggang plak dpt infection. Tak tau la ngapa..tapi itu la doc ckp..
Arsyad pun tak payah kt bagitau Wan dia tu sakit. Ye la bila bawak dia visit Wan kat spital confirm2 dia tgk dgn wayar2 berselirat suma kan. Pastu tiba2 satu hari MIL aku saja buat2 dialogue dgn Arsyad.
MIL : Arsyad, Wan mana?
Arsyad : Wan tatit..(Wan sakit)
MIL : Sakit apa
Arsyad : Tatit Tati..(Sakit kaki)
hehehe..Aku pun apa lagi repeat2 la tanya2 dia mana Wan..dan itu lah jawapan setiap kali tanya..

:: Masa ni dah sakit sikit2 tapi badan still sihat. Dan tgh dukung bdk yg sihat jugak..hehehe::

Bila mak warded time bln2 pose ni mulalah aku tak senang hati. Ye la kita dok la nak buat preparation Raya bagai tapi mak sendiri tgh sakit kan. Rasa mcm takmo pikir Raya jer. Dah la 10 thn yg lepas Arwah Abah aku pun meninggal dekat2 raya. Lagi 4 hari nak Raya. So bila bln pose je mesti teringat Arwah Abah, pastu mengenangkan mak tengah sakit mmg sedih la hati ni. Kalau Arwah Abah ada mesti dia jaga mak skrg. Mak betul2 start dpt mcm2 penyakit lepas Abah meninggal lah. Ye lah hilang life partner mesti effect life dia jugak kan..Bkn senang nak move on nak2 org yg pergi tu secara tiba2.

So far aku gilir2 dgn kakak aku gi spital suap mak makan. Slalu kakak aku gi pagi and petang, aku gi tgh hari jer. Ye la takkan aku nak gi pagi aku keje, ptg plak nak berkejar amik Arsyad bagai. And biasalah org sakit teringin makan mcm2 tapi takde selera. Slalu aku call dulu before dtg, dia mintak la Nasi Ayam KLCC ke, Ayam Percik Kg Baru ke,..mcm2 lah. Pernah satu kali tu mlm dia call kakak aku mintak Satay Kajang. hahaha..Aku ckp dgn kakak aku ala ko beli je satay kat mana2, pastu ckp je la satay kajang. dia ckp tak sanggup aku dik..hahaha..ye lah kan mmg la susah nak tunaikan permintaan tu. so kitaorg moderate lah sket ikut kesesuaian..keke

Mcm smlm mak mintak roti kat Cold Storage. (Mcm mana dia tau ada roti kat cold storage KLCC ni eh? hehe). Pastu aku pun beli la and gi spital. Naik cab sbb malas drive parking kete agak tak munasabah kat HKL. suma parking utk staffs mcm org dtg melawat ni tak mampu beli kete je. Sampai sana dah la tgu lift punyalah lama, siap kena hijack lift sbb nak bwk pesakit naik lift. Aku pelik la nape nurse nih tak reti nak pakai service lift ke apa..Tapi maybe service lift penuh or rosak kan. Kesian patient tu termalu2 je baring atas katil pastu adalah 5-6 org pelawat yg berjaya menyelitkan badan masuk gak dlm lift tu (termasuk aku.hehehe). Dia tutup2 muka ktorg mcm mengadap je dia. Awkward gila aku dah terbayang kalau tiba2 lift ni stuck sampai mlm, aku mintak tumpang tido je kat katil dia skali..kekeke

Pastu dah jmpa mak, dia suka la sbb roti fav dia. Pastu dia ckp mana air panas nak cicah pakai air apa? laa..aku ingat dia nak makan mcm tu je takmo cicah2 sbb dia bkn boleh minum air manis sgt. Kunyah2 roti pastu minum air masak la kaedahnya kan. Terus mak aku order Nescafe Tarik satuuuu!!!..Haiyoh, mana nak cari nescafe tarik mak oii..dah la dtg naik cab takkan aku nak menapak sampai Kg Baru kan..Kang nescafe tarik terus order dua kang..Terus aku teringat Cafe utk Staff kat Level 1. Then gi beli, cicah kan roti, suap dia makan, lega lah dia.


:: Ni gambar Raya last year. Mak still ok lagik even baru discharged frm hospital::


Doc ckp patut sakit mak awak ni dah guling2 menahan sakit. Tp dia relax je takde pape. Cuma lemah la mata cengkung dah kurus byk. Kalau dari gambar atas tu, dia dah turun dekat 30kg aku rasa. Mmg kurus sesangat sgt. Pastu mak kau ckp kat doc sakit lain lebih sakit doctor..Satu badan sakit, so tak tau nak layan sakit mcm mana dah. Sedih je dgr kan..

Tak tau la kali ni sampai bila plak mak warded. Harap tak lama la sbb dia nak sangat beraya dgn anak cucu. Maybe kali ni aku and adik beradik akan panggil adik2 mak dtg beraya dgn dia. Ye la niat dia mmg nak beraya umah adik2. Tp mcm mana gayanya plak kan. Takkan nak masuk umah org dgn wheelchair bagai. Nangis org tu tgk carpet baru beli kena lenyek dgn wheelchair kang..hehe..So kita beraya ikut kesesuaian la kali nih. Asalkan matlamat menyambut Aidilfitri bersama keluarga tu terlaksana kan..

Aku harap mak aku cepat sihat and discharge. So aku pun takde susah2 hati memikirkan mcm mana gaya Raya thn ni apa suma kan. And semoga kami adik beradik di beri kesempatan utk jaga mak selagi hayatnya. Kadang2 kita sebagai manusia biasa confirm la stress jaga and layan org sakit ni kan. Tp kita kena paham perasaan dia yg tertekan bila sakit. Kita demam sikit pun dah rasa berpusing2 pastu takde mood nak buat apa2. Apa lagi org yg dulu active giler skrg terlantar je harap org tolong suap makan and move dia kan. Bkn senang nak jaga physically and mentally org sakit ni. Kita pun kena kuat sama. Harap2 kami semua kuat. Sbb ini lah masanya nak balas jasa mak. Bila aku pikir2, dah ini bahagian mak, bahagian aku tak tau lagi mcm mana hari tua nanti kan. (Arsyad, tak jaga mummy esok jaga eh..hehe). Bila aku penat ulang alik spital, mesti aku terfikir mcm mana if aku sakit then anak aku takmo dtg sbb penat..ish, sedihnya..so sedaya upaya dtg la. if betul2 tak dpt datang baru aku ngelat2 sket2.

"Don't treat people they way you don't want to be treated". Meaning to say, kalau ko nak anak2 jaga time tua nnti, jaga la org2 tua ko dari skrg. Kalau ko rasa teringin duduk umah org2 tua, jarang2 la jenguk org tua. Sbb Allah tu Maha Adil. Apa kita buat kat org, pasti dapat ganjaran dlm bentuk baik atau buruk. So tepuk dada tanyalah selera..

Kesimpulannya, if mak still dlm ward this year, takde Raya la aku kot. Sbb thn ni turn Raya belah Daddy Arsyad. Balik Cheras, raya dgn family sana, pastu jenguk mak. Takde la nak beria2 ke mana2 ye la melampau je aku rasa mak sendiri sakit kat spital tapi anak nak beraya sakan. Ala kadar sudah la kan. Tak baik pentingkan diri sendiri. Raya tu tiap2 tahun insyaAllah ada. Jgn risau...


:: Gambar kami dgn mak selepas kami di satukan :-)::


:: Photog tu suruh aku cium mak tapi sbb ktorg bkn jenis lovey-dovey, so agak janggal di situ..hehehe::


:: My small happy family. Kakak aku je takde masa nih::


Aku tau tak mungkin mak akan kembali sihat mcm dulu (tapi kuasa Allah mana tau gak kan..) cuma aku harap penyakit mak beransur kurang la. Sbb terlalu byk penyakit and kesakitan kat badan dia yg ah semakin susut tu. Harap kami masih ada masa utk bersama mak selagi di izinkan Allah S.W.T..Aminnn

6 comments:

armouris said... [Reply to comment]

info tentang buah pinggang di SIHAT SELALU - Kegagalan Fungsi Buah Pinggang

dieya said... [Reply to comment]

zu.. i pun tumpang sedih bila u start tulis entry sedih.. huhuhu..

teringat time my mum and my aunt took turn to care for arwah my grandma. mmg banyak cabaran jaga org sakit, my grandma dulu time sakit, permintaan dia mak aih.. i yg dengar ni rasa nak marah. kejap nak doktor sana, kejap doktor sini, ubat tu tak kena, ubat ni tak kena.. sampai i tanya my mum "nenek tu skrg dah jadi doktor ke dia pulak tahu mana ubat ok mana tak ok". as usual my mum sabar je laa, maybe dia pk nnt hopefully one day i sabar jugak jaga dia bila dia tua kan.

but now that my grandma's gone, at least anak2 dia tak terkilan coz dah berikan yg terbaik as what she wanted when she was sick. duit habis toksah cerita, sangat banyak (she gets specialist treatment all the way, ada yg special consult from hospital lain, so u imagine laa the cost). tak masuk private nurse lagi. tp i tgk my parents and aunt punya muka puas hati, pasal dah bagi all they can.

so i wish you best of luck in taking care of your mum. jaga dia sampai u rasa puas hati. org kata other things boleh cari, mak itulah sorg kan :-) semoga your mum kembali sihat and dpt beraya dgn family tersayang!

Selly Buke said... [Reply to comment]

teringat arwah mak... rasanya tk bnyk yg akak sumbang tenaga masa arwah sakit... mmg rasa terkilan sgt2...

arwah mak akak macam mak zu jugak.. keluar masuk wad.. bulan puasa mmg fully kat wad.. dpt rehat jap balik raya then masuk balik wad.. mmg masa dia sakit akak harap sgt mak cepat sihat... biar dpt raya kt umah.. bila doc bg balik pun mak bukan boleh buat apa sgt.. duduk jer kat sofa perhatikan anak2 buat preparation.. patut dia kena la rehat kat bilik kan.. masa nie tk boleh jalan sgt dah.. tapi akak tahu, walapun dia sakit, dia akan rasa lebih bahagia bila tgk anak2 ada depan mata...

pas raya masuk sepital lagi.. masa nie nmpk mcm dh makin sihat.. tp asik ulang2 yg dia takut nak tinggalkan anak2... dia takut anak2 dia tk boleh harungi dugaan hidup nie .. kita yg sihat mmg tak boleh nak jangka apa yang org tengah sakit rasa.. akak selalu ckp takder apa lah mak.. jgn risau.. mak dh sihat... Tapi..
bila hari yg kitaorang semua termasuk ayah kata mak dh makin sihat, dh boleh jalan... kitaorang balik umah.. cuma adik lelaki (boy) jer yg jaga mlm tu.. MALAM ATU JUGAK MAK KOMA DAN LEPAS 5 HARI MAK TINGGALKAN KITAORANG........PERASAAN AKAK MASA TU? TUHAN JE YG TAHU SBB TAK DPT DGR SUARA DIA... TAK DAPAT TGK MAK PANDANG MUKA AKAK... cukup lah.. tk boleh nk type dh...

ZuNas77 said... [Reply to comment]

armouris, thanks yer..

Nadiah, tu la byk betul dugaan jaga org sakit kan..and of coz kita kalau boleh nak the best utk diaorg. tp tu la, kita pun manusia biasa. ada limitations dlm kemampuan and ada tahap kesabaran gak kan. bkn senang nak jaga org sakit nih. mmg kena kuat. tapi at least if apa2 jadik, puas hati bila dah bagi the best kan..mcm ur mom and ur aunt lah. rasa satisfied sbb dah jaga elok2..harap i pun dpt buat the same..

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Kak Selly,

jgn la sedih2 ok..mmg perit nak terima kehilangan tu. Hanya org yg dah rasa kehilangan yg tau betapa peritnya kot..Sabar byk2 k. Bulan2 pose nih, kena sedekahkan Al-Fatihah and Yassib byk2 kat Arwah..Zu slalu bayangkan Arwah dtg "tgk" kita bln2 pose ni melawat anak2 and cucu dia kan..Rasa rindu sgt tapi zu redha permergian arwah..Jgn sedih2 yer kak..

Bulan said... [Reply to comment]

sedih pulak entry kali nih.. sabarlah mulan, adalah ganjaran baik buat awak nnti, xrugi berbakti pada ibu bapa waktu mereka masih ada.. huhuhu.. tiba² saya sedih teringatkan mak juga, mak pon sakit² juga skrg nih, tapi tulah, xde le terlantar lagi.. nak menitik air mata bila mak ckp "percaya xpercaya harinilah baru abis mkn ha" kekeke, waktu kami berbuka dgn dia last week, sian dia..

mulan saya doakan mak awak cepat sembuh, saya seronok dengar awak adik beradik ambil berat tentang mak awak.. biasalah, org sakit mmg macam² peel, tapi xpelah, kita dulu kecik² pon lagi mcm².. kekeke.. jgn sedih² ye..