Wahh..bersemangat giler nak update Iftar Hari ke 8 nih. Sbb Iftar ni special sket. Dapat makan sedap and yg penting Free. hahaha..Aku slalu tiap2 thn dpt byk je invitation dari hotel2 utk Iftar. Sbb keje aku kat dept lama mmg byk liase dgn diaorg. Tp bila dah ada anak nih, mmg tkmo gi la. Kesian tinggal budak busuk tu lama2 kat school kan. Tp yg mana tak boleh elak, terpaksa pergi gak. So aku and Daddy Arsyad dah mencapai kata sepakat membawa berkat, if event2 yg tak boleh nak ngelat, kita balik Kajang dulu, hangkut budak busuk tu skali. Tapi bkn attend event tu skali. Mau nangis aku kang tgk je meja buffet tapi tak dpt makan..hahaha..Kira gilir2 la. Kalau time aku kena gi, Daddy la jaga Arsyad sementara tgu aku menikmati hidangan yg ada..hehehe
So hari ke 8 Iftar nih Arsyad pun di"terbangkan" khas dari Kajang.Dlm kul 4 lebih mcm tu Daddy balik Kajang jemput dia. Aku kena buat keje lagi kat off. Then kul 6 lebih dia sampai. Daddy call suruh turun, aku kuar je dari lobby dah nampak dia. Mula2 dia tak perasan aku, pastu dari jauh Daddy tunjuk aku tanya dia "sapa tu??"..terus jerit okeh lari terkedek2 dtg kat aku..hehehe..Org keliling suma gelak je. Pastu Daddy naik atas jap settle kan keje, aku pun lepak2 la ngan dia kat bawah. Ckp kat dia ni la office Mummy and Daddy..Arsyad tak boleh naik. dah cukup umur nnti baru boleh yer..Dia angguk2 konon paham..hahaha
Then dah settled, gi la Level 2 suapkan dia makan dulu. Kang sian Daddy nak berbuka dia pun lapar sama2 nak makan tak terkawal plak kan. Aku suapkan dia, sementara Daddy beli makanan dia nak berbuka jap lagi. Sian je aku tgk laki aku beli McD je. Dia kata kena makan simple2 kang Arsyad buat perangai takde la kecoh sgt. Ish, aku ni nak gi makan sedap ni tapi laki makan burger je. Eh, tapi takpelah sbb kang turn dia plak makan sedap aku plak jeles. So marilah kita buat takde perasaan di situ.... hahaha..
Dlm kul 7 gitu aku tinggalkan la Arsyad bersama Daddy dgn harapan Daddy dpt la berbuka dgn aman. Aku pun gi la KL Convention Center. Yg lawak tu pagi2 manager dept aku dah bising ckp KL Convex ni takde dlm senarai halal Jakim. Kan Jakim dah kuarkan senarai2 hotel yg halal kat KL nih. Ngeri gak sbb kebanyakkan hotel2 kat area KLCC ni tak dpt sijil halal Jakim tau. Siap Manager aku call KL Convex marah2.Nasib la rupanya dia yg salah type nama tempat. Kena tulis "Convention Center KL" rupanya instead of "KL Convention Center". hehehe
Dah settle bab halal haram tuh, boleh la start makan dgn tenang. Ni kira dept aku punya berbuka puasa bersama2 dan farewell utk senior staff kat dept ktorg gak. Yg buat aku takleh elak adalah sbb golongan2 VIP (top management) pun join skali (sebenarnya aku yg nak makan best and makan byk2..hahaha). So dgn bijak pandai gang2 aku pun awal2 pilih meja yg dekat dgn buffet line, dan jauh dari meja VIP. Heaven gila. VIP belum sampai pun ktorg dah nak masuk 2nd round. hahaha..Dah tu sapa suruh meeting sampai kul 8.30pm kan. Gilo ke apa aku nak tgu makan sampai 8 lebih. Baik aku continue puasa sampai esok je kan..
Pinggan kedua saya....
Pinggan ke tiga saya....
Makanan situ serious sedap. Tapi mahal melampau. RM120 nett per head. Kalau company belanja harus la tak amik kisah kan. Tp kalau sndiri kuar duit, laki bini dah RM240. Aku gi Pasar Tani beli mcm2 baru habis RM50 seminggu. Wahh..skali makan sini leh cover sebulan belanja dapur aku..hahaha..Org berkira mmg begini lah. Tunggu la gaji aku dah puluh2 ribu kang, baru boleh makan sini hari2...hehehe
Eh, dah ler, penat la type. niat nak update menu sahur and iftar sampai hari ni. tapi malas la plak. hahaha..Sbb bila buat entry nih, pikir2 hari ni giliran Daddy Arsyad plak makan sedap. Aku plak layan Arsyad. Tapi takpela, kena berlaku adil kan..So dgn nada jeles, aku pun malas nak type dah menu2 di hari2 selepas nih. Nnti2 la kalau rajin..hehehe
6 comments:
ooiittt!!! makan sampai 4 pinggan tak ajak orang! sombong ek org K skrg... bluekkk :-p
hahaha..nadiah, mcm tak pernah gi buffet dgn i..kalau tak berpinggan2 tak sah kan..
eh, kalau berani mari lah masuk K. Si "C" dan si "B" dah selamat dpt offer letter okay...jom lahhhh...
ooohohoho really?! good for them!
u ajak i? hehehe you know me better kan zu ;-)
bestnyer mkn..mmg btol la zu buffet eater..berbaloi baloi pg buffet..kt mana lg tmpt buffet murah sket tp sedappp??nk g klcc ni mahal sgt la plak..huhu
Nadiah, hahaha..elok lg tmpt skrg kan..kang elok2 kuar "ward ICU", terus masuk "Tanjung Rambutan" kang..hahaha
Lin, mmg berbaloi kalau zu gi buffet..makan je kejenya..tapi takpe, bila berat naik sedar diri sendiri..hehehe
Kat belah2 Kajang and Bangi byk gak buffet Ramadhan best2. kat Bangi Golf Club ke, or if Lin nak try kat KL, try gi JW Marriot. Kat sana buffet line dia sedap and price tak mahal sgt.
Post a Comment