Pages

Aug 17, 2010

Cabaran Bulan Puasa Thn Ni bersama Abdullah Arsyad

Fuhhh...kemain panjang tajuk..hehehe

Bila tgk
Kak Sally rajin update activity sehari2 masa bulan Ramadhan ni kan, aku pun nak terjebak sama la. hehehe..mari kita tgk apa yg mampu aku update yer..

1st Day Sahur
Kami adalah bersahur di rumah Cheras. Sbb kesian plak atuk nenek dgn paman bersahur bertiga je kan. Marilah memeriahkan suasana di sana di samping dah mmg aku agak "kerajinan" nak masak. hehehe..Amik kesempatan betul.

1st Day Berbuka
Punn berbuka di Cheras..kata nak meramaikan..harus la meramkaikan secara complete..hehehe..Ye la mmg slalu ktorg 1st sahur and berbuka dkt Cheras..masa berbuka ni aku dah siap2 suap Arsyad nasi kul 7pm. so time org buka tu dia tak kacau la kan. Tapi knowing si Arsyad...jgn la harap..kejap2 tarik tgn Daddy ajak main..kejap2 tarik tgn Mummy..bila ckp Arsyad jgn la kacau org puasa..tau apa dia jawab?? "washee......" (mcm bunyik Arsyad puasa..) dgn nada tak puas hati..

2nd Day Sahur
Masa ni agak bercinta la nak bgn kul 4.30am nak masak sahur kan..tapi nasib baik la lauk pauk dari Cheras dah tapau awal2. Aku just tambah dgn telur dadar ajer..then buat horlick panas, settle...Nasib bdk kecik tu tak bgn time ktorg bersahur. tenang je suasana..hehehe..Skrg kan ada ulangan Nur Kasih kalau time sahur. best je sambil mkn sambil layan Nur Kasih. tak jemu2. tapi aku tension giler kalau time iklan cite2 hantu. dah la aku sorang2 kat dapur. aku bukak tv kuat2 takmo kasi takut, skali dgr suara cik ponti mengilai dari TV lagi buat aku takut...hampagas sungguh..

2nd Day Puasa
Aku dah niat nak masak hari ni. Tapi kat peti ais seekor haiwan pun takde utk di jadikan kurban. Nak beli kat KLCC ni celah mana la plak kan. Tapi dgr kwn2 ckp kat Cold Storage or Isetan ada jual. nnti2 aku nak tgk. ktorg try kuar office sharp kul 4.30pm, stilllll sampai Kajang kul 6 lebih. Aku dah budget2 lebih kurang, berjayakan aku masak nanti kalau kul 6 lebih baru sampai umah? elok2 berbuka maghrib kang lepas isyak baru laki aku leh makan..hahaha..so utk 2nd day kami beli di Param saja. 2 bungkus Nasi Ayam Dara yg takde rasa..(serious tawar lesi), dgn murtabak daging yg masin (ntah apa la kena org berniaga time bkn pose nih). Berjimat sungguh kan? takmo la membazir2. kalau beli, makan ala kadar sudah. Pastu aku beli ayam sket utk masak sahur esoknya. Arsyad seperti biasa mcm dia yg puasa sehari suntuk. Masa beli2 makanan dari dlm kete lagi dia nak suruh bukak suma makanan tuh. Sabar je lah..

3rd Day Sahur
Fuhh..jgn la tak percaya aku bgn kul 4am nak masak ok. Pastu bkn simple2, berangan nak masak Ayam Masak Merah bagai. hahaha..tapi alhamdulillah...menjadi jgak. Ni kalau anak2 buah aku baca mesti kagum gila. Dulu masa duduk umah diaorg, sahur pun aku tak bgn. Skrg leh masak Ayam Masak Merah time sahur. hahaha...mcm tak masuk akal je bunyinya. Pastu buat sayur buncis dgn telur, siapp..Tgk Daddy Arsyad makan ok jer, so ok lah kan..kira boleh di telan la masakan aku nih..hehehe

3rd Day Berbuka
Kuar office lambat, sampai Kajang pun dekat 6 lebih, pastu sbb takde bahan langsung kat umah selain ayam beli smlm, so ktorg pun decide buka puasa kat Cheras je la. (bkn main panjang alasan malas masak..hahaha). Yg bestnya buka Cheras, Arsyad tak heran dgn Mummy and Daddy dia. dok la nak mengulit dgn Paman. Sikit2 "maman...maman...jom..jom" Paman pun rajin melayan kan..So Mummy and Daddy adalah curi tulang di situ..hehehe

4th Day Sahur
Oleh kerana berbuka kat Cheras kan, harus la sahur dgn lauk pauk dari Cheras gak. hehehe..aku just tambah sayur campur and telur dadar je...Sonang keje...(tapi still tertipu bila bukak tv3 time masak. ada je iklan hantu2 tension aku..)

4th Day Puasa
Bila weekend relax sket lah kan. Pagi2 aku settle kan semua keje umah. Walaupun puasa gigih ni basuh suma kain sbb tgh hari elok je panas. Pastu ajak Daddy and Arsyad gi pasar tani nak beli haiwan2 dan sayur-sayuran. Supaya tiada lagi alasan takde bahan nak masak. hahaha..Beli pun secara sederhana. dah makan dua org kan. Tapi mmg ikan2 suma aku rasa mcm naik harga je kan. beli ikan, udang sikit, daging, dgn paru. Pastu sayur sikit2 habis gak RM40. pastu balik masak sup sayur utk bdk kenit tu. Time suap dia kena la tahan godaan. takut tersuap diri sendiri gak. Sbb slalu kan suap kul 7pm, so feeling2 nak berbuka tu menebal. Bila suap time 12pm tu, haiyoohhh..tercabar..ish, mcm bdk kecik je gaya..hahaha..Pastu ktorg siap2, berbuka kat Wangsa Maju. Seronok sgt aku sbb dah lama tak berbuka dgn family sndiri. Weekend je la ada masa pun kan. Mcm2 abg aku masak. Beli kat Pasar Ramadhan pun byk. Sbb kat wmaju semua org kuat makan. Beli je la apa pun, confirm habis. Pastu Pasar Ramadhan Wmaju best sket. Sbb ramai kwn2 lama kan...Asal jalan sket berhenti jmpa kwn. Asal jalan sket angkat2 tgn. Pastu Daddy Arsyad ckp "Mmg mcm tu la kalau masuk kampung Mummy Arsyad.." hahaha..siot je kan??Time makan budak kecik tu spt biasa dah di kenyangkan. Tapi tetapppp la hyper tak tentu pasal. Ke hulu, Ke hilir. Pastu main dgn Kak Era, dgn umah yg kecik ada hati nak main nyorok2. Abg aku pun pelik nape la hyper sgt si Arsyad ni. Seminit pun tak duduk diam. diaorg pun pening kepala. hahaha

5th Day Sahur
Dengan keazaman yg kuat lepas balik Pasar Tani, aku pun kuarkan la ikan merah pastu buat sup. haha..Gigih pagi2 buta buat sup. Sbb aku pikir kang sup ni boleh je re-heat kasi Arsyad makan esoknya kan. Sah2 baru masak kul 4.30am. Pastu siap buat sambal kicap. Melampau byk plak tu Daddy Arsyad ckp ni nak meniaga ke apa nih? kekeke...Puas hati makan sup panas pagi2. Selera je. Bertambah selera bila lepas makan kemas2 dapur, dapat sambung tido panjang sket sbb hari cuti kan. Tp potong bila kul 7am Arsyad dah bgn. Tepuk2 muka ktorg ckp "Daddy...angun...Mummy..angun pat..." (bangun cepat). Ktorg wat dek je tido lagi. sampai dia dah agak nyaring "azan" kat telinga ktorg, baru la bgn ckp "eh..Morning sayang..dah lama bgn??". hahahaha..

5th Day Berbuka
Hari sabtu tu Kak Sally n co berbuka Cheras. Tp sbb aku dah plan nak gi wmaju, tak dpt la buka sama. So ahad tu harus la repeat kan. Best sgt berbuka ramai2. Meriah. Pastu tgk "drama" si Aliyah dgn Nena, mmg lawak la. Boleh lagi 5 min nak buka Nena ckp "Mama, Nenek bagi kebenaran berbuka skrg"..ewahh..ewahh..byk Nena punya kebenaran. Lagi 5 min je kot..Pastu dia dok merungut ckp "Paman ni, bukak la tv..patut la tak dgr azan..". hahaha..Nena..Nena..igt tv tu sentiasa ada azan ke..sabor je la kan. Time Arsyad berlatih puasa nnti tak tau la mcm mana gaya plak. Pastu si Arsyad pun apa lagi mmg kuar taring la bila ramai kakak2 sepupu dia nih. Main beria2 kejar2 dgn Aliya and Nena. Echa malas layan sbb mula2 tu baik je dgn Arsyad. Tapi lama2 tu gaduh.Sikit2 dia kena cubit, kejap2 dia plak tolak Arsyad. Paling aku hilang kesabaran time Arsyad cubit Aisya. Terus kena baabbb si Arsyad tuh. Sbb sakit tau dia cubit. Aku pun rasa sakit, apa lagi Aisya kan. And spt biasa bila dah main cara melampau, balik tu ngigau la. Part yg aku palingggg malasss nak layan. Esoknya bgn ckp "Nena??..Ya??..(Aliyah)..Echa???.." hehe..tnya2 aku. Aku ckp kakak2 suma kat Bangi. Nanti2 jumpa eh..dia angguk2 je..seronok sgt la tu mlm tu kan..

6th Day Sahur
Ni 1st time aku tak bgn sahur. Sbb Daddy Arsyad kena gi Kerteh. Flight pagi2 so kul 4.30am dia dah kuar umah. Dia sahur kat airport je nanti. Aku pun harus la mengambil kesempatan tak bgn makan pun. Dah tu makan sorang2 mana feel. mlm tu je aku belasah apa yg ada, pastu tak bgn dah. hehehe

6th Day Berbuka
Wahh...masa ni kerasukan memasak melanda..hahaha..Lunch time aku siap turun cold storage beli daun kari dgn serbuk kari. Angan2 nak masak Kari Ikan, Sambal Paru dgn Kangkung Goreng Belacan. sounds good right? ..hehe..Tapi masa ni mak aku plak warded. So tgh hari gi HKL suap dia makan dulu. Pastu ptg aku dah agak lembik2 dah penat. tapi aku rasa aku mampu nak "berperang" kat dapur jap lagi. sharp 4.30pm cabut, jalan tak brapa jem maybe org dah start buka kat luar kot. Then kul 5.45pm dah sampai umah. Tak amik Arsyad dulu kang aku masak Kari Arsyad je kang. hahaha..tgu Daddy dia sampai kul 6pm kang dia amik la anak dia. Terus aku berperang kat dapur, harap2 masakan menjadi. Kul 7pm dah settled suma. Hujan bkn main lebat. daddy dgn Arsyad tak balik2 lagi sbb diarog igt nak singgah Pasar Ramadhan beli kuih2 ke. Tapi tak jadi sbb hujan menggila. Umah aku sampai 3 kali blackout. Nasib elok balik 5 min before buka kalau tak candle light dinner la ktorg. hehe..kari ikan ok. sayur kangkung ok. cuma paru sambal failed sbb tak cukup lama rebus. aku igt setengah jam ok lah kan. rupanya tak. liat sungguh la. sambal dah ok. ye la 1st time nak masak berbuka dgn tak boleh rasa, takut gak kalau tak menjadi. aku makan je paru aku tu dgn susah payah. Arsyad duduk sebelah aku layan fries. skali aku pandang dia, ada kesan cili kat pipi dgn baju dia. Hahaha..Sampai mcm tu skali terperecik sambal2 paru masa aku tarik2 kot. Nasib kena pipi, kalau kena mata? dgn aku2 jadi sambal paru kang..hehehe

:: Mari kita letak satu2nya gambar masakan. Sbb pagi2 malas amik gambar..hehehe::

7th Day Sahur

Ni yg best kalau masak time buka. Leh panas2kan je lauk tak payah nak masak lagi time sahur. Tapi paru tu aku tak sanggup la nak kuarkan lagi. Kang laki aku sampai Zohor dok tarik2 paru yg liat tu tak abis2. hehehe..So aku tambah je ayam goreng kunyit dgn telur dadar. Bahagia gak makan..sbb aku mmg hantu ayam.

7th Day Berbuka

Oleh kerana jam yg melampau dan hujan yg menggila, sampai Kajang pun dah kul 6 lebih amik Arsyad ngam2 kul 6.30, so niat nak masak terpaksa di batalkan dan berbuka saja di Cheras. Aku dah siap2 turunkan udang dgn daging. Cita2 nak masak Udang Masak Lemak Cili Api dgn Daging Masak Masam Manis. so takpelah, postpone ajer. hehe..Arsyad semakin bosan time org berbuka dia takde kawan2. kejap2 ajak org main. kejap2 nak itu..nak ini..takpela Arsyad..mummy redha..Mungkin Arsyad dpt membantu Mummy turunkan sket berat badan sbb makan tak dpt concentrate kan. Sbb since 1st Day puasa, aku dgn jayanya naik 1kg. hahaha..semuanya adalah kerana berbuka dan sahur makan nasi. cisss...tension. so smlm berbuka aku makan meehoon je. sahur makan nasi secoet je. azam baru. kekeke

Sahur 8th Day

Kejap je dah hari ke 8 kita berpuasa kan. Alhamdulillah..semoga panjang umur dapat keberkatan penuh Bln Ramadhan nih. Pagi tadi aku masak Ayam Masak Kicap. Pastu panaskan Masak Lemak Sayur dari Cheras. cukup la. Hari ni patut Daddy Arsyad ada event berbuka kat luar. tapi dia nak cancel sbb Arsyad tak berapa sihat. Esok aku plak ada event. so gantung kuali la 2 hari. Hari jumaat kita berperang balik..

Fuhhh..penat ni nak type secara pukal. Sapa suruh malas sgt nak update kan? Bila tak update, rasa sayang plak tak tulis kat sini utk tatapan Arsyad dah besar nnti. hehehe..Puasa thn ni special sket. Sbb Arsyad pun dah besar, lagi lasak dia, lagi best melayan dia. Pastu Amir Iskandar dgn Asyraf Izzuddin pun dah belajar berpuasa thn ni. Puasa penuh ok!. umur baru 5 and 4 tahun. Salute giler. Nnti Tizu kasi duit Raya lebih yer..Eh...takmo la lebih, Tizu kasi hadiah je sbb Mummy korang pun lagi kaya dari Tizu skrg nih...hahahahaha...Joli sampai Raya Cina eh Salina??? hahaha..tkpelah..Hanya org2 K je yg paham...kekeke

4 comments:

Pinkjambu said... [Reply to comment]

kahkahkah.. kari arsyad.. kekeke..
wahh.. best betoi baca, ttibe mcm semangat nak buat entry gini.. ekekeke.. seronok juga ye berbuka ade yg mengaco.. ekekek.. *matyler org xde anak komen seronok* kekeke.. ehh kita pon kdg2 seram jugak bgn pepagi, siot jek, pehtu tuko pikiran balik, bulan pose setan kene rantai! kekeke.. adoi ler.. selamat memasak ye mulan, kita pon dah lama meno gantung kuali.. kekeke

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Bulan,

Tgk la sampai bila kena "rasuk" ni. takut lepas bln pose makan kedai balik. hehehe..best masak2. tapi tak tahan nak ngemas balik tu. nyampah tol..

Sy dah pandai sket skrg. masa turun kul 4 lebih nak masak tu sy bukak channel cartoon or start world. sah2 takde iklan hantu kan. pastu dekat2 kul 5 baru tukar TV3 masa Nur Kasih nak start..hahahaha..

amiRAzlin said... [Reply to comment]

amboiii...rajinnyer masak...bleh la pass2 kt jiran kt saujana impian ni hikhik..lin smpi umh pun dh dkt pkl 6 lebih -7pm.mmg msk kt bwh m4r4 je la jwbnye..huhu.1stday & weekend jer berjaya msk..tu pun dh dkt2 buka br siap msk..ok slamat memasak..:)

Selly Buke said... [Reply to comment]

fuh! sekali masak, bnyk giler lauk pauknya tu... lenkali kalau dh masak bnyk2 tu panggil kitaorng buka posa sekali tau... kan lagi meriah makan ramai2...

echa pun akak suruh abg yg amik.. kalau dia ada mmg baik tkyah masak.. buat sakit telinga jer asik duk panggil suh duduk main ngan dia..