Pages

Aug 9, 2010

Cuci The Musical 2...

Best gilerrrr cite Cuci ni ok. Dulu aku tgk film, cite so-so je. So aku tidak la meletakkaan harapan yg tinggi kan..Sbb ticket adalah free, so aku pun nak la join gak. Dpt 4 tickets, dok la terfikir sapa nak bwk. Sbb sebenarnya boleh bwk spouse and children je. Tp Arsyad mana boleh masuk Istana Budaya tu. And Daddy Arsyad bkn la minat sgt theater2 nih. So aku pun decide bawak Aliyah, Aina and Era. Ok la diaorg bertiga kan geng gak,so takde la kekok sgt..

So mmg schedule ktorg packed giler last weekend. Friday night aku ada Squash game sampai kul 9pm. Penat giler la main squash mcm nak patah pinggang tau. Nama pun sebulan sekali turun gym kan, rasakan lah. Pastu Aliyah and Aina sampai rumah aku kul 10.00pm gitu, sbb senang la diaorg tido sini je esok boleh terus gerak gi tgk Cuci kan. Takde la terkejar2 ke apa. Diaorg dtg dgn bwk bekal Tuna Puff Kak Sally buat. Wahhh..teruja ok. Sedap sungguh, (serious kak tak tipu tau..). Ngan badan penat, perut lapar, heaven betul rasa dpt makan puff panas2 yg gebu and lembut. Aku dah mintak recipe dari Kak Sally. Nak tgu aku buat kena bersabar la sikit. Kena tgu hujan turun kat Kajang seminggu berturut2. hahahahaha

Suka la Si Arsyad tu kakak2 ada kat umah kan. Patut kul 12pm nap time dia tapi dia skip la takmo tido. Kul 1.30pm aku kena gi lunch kat umah boss aku nasib umah dekat je kat Kajang. Kejap je ktorg singgah pastu terus bergegas gi KL nak amik Era lagi, nak kejar 3.00pm punya show lagik. Nasib la missed sikit je ktorg sampai Istana Budaya dlm kul 3.30pm. Kira ok la sbb show pun 3 jam setengah kan. Takde la tinggal byk sgt..

Show dia mmg bestttt sgt2. Aku mcm suprised la gak sbb mula2 kan aku agak underestimated kewibawaan cuci nih. Rupanya lawak sungguh sampai cramp2 perut ni gelak tau. Si Salina yg mat salleh abis ni pun leh gelak tgk theatre melayu. apa cerita? hahaha...Tp mmg best la dgn pelakon, dancers, showmansip, set, semua2 lah. kira impressive gak la. tak rugi la org beli ticket kan. Pastu ada part2 sedih gak. Aku tgk rata2 org nangis gak termasuk org sebelah aku tu...hahaha...

Sbb ktorg amik the whole theater kan, so best la ada special annoucement bila dah abis tuh. Sbb benda ni charity, utk one of the prog under CR, so mmg best sgt2. Tak rugi ktorg harung jem, spent weekend gini..mmg berbaloi-baloi...Tapi masa show aku lupa nak snap gambar. Tak teringat langsung. Dok la enjoy the show. Paling aku suka is Awie and Nabil. Bagus pun bdk Nabil ni ganti AC. AC tu agak menjerit memekak je. Nabil ni lawak berkualiti la sket...

Paling lawak part si Aina jadi center of attraction. Time tu Awie sorang2 tgh mcm interact la dgn audience, tanya mana kain lap yg dia campak tu. Pastu Aina ni gelak mengekek2 satu hall boleh dgr. Boleh Awie tegur "apa gelak2??" hahaha..Satu hall la tgk si Aina kan..Terkekek2 dia gelak lagik..hehehe...Suka la tu Aina kan??

Ni la gambar tak seberapa lepas nak abis baru nak kuarkan camera...hehehe

:: Hans tgh bagi speech menghargai staff2 dari K..hehehe::

:: Si Nabil tu muka kepenatan je..ye la 3 jam setengah la show dia kan..::

:: Pastu ada suprise bday celeb for Harith::


:: Tension aku ngan photog ni, kacau view org nak snap pic::

:: Wife dia pun ada on stage yg pakai dress bunga2 tu. Dia yg buat kek utk Harith..so sweet..::

:: Sweet betul pengantin baru ni..seriously wife dia gorgeous gilaaa::

:: Kasi can amik gambar dpn bunting..::

:: Posing lagik..::
Mula2 ktorg pun gigih la nak tgu pelakon2 kuar utk beramah mesra dgn ktorg kan..Tapi hampeh diaorg tak kuar show ptg rupanya. Sbb kena bersiap sedia utk show mlm plak. Gilo la mlm tu show start balik ard 8.30pm. Ktorg punya show abis about 7.00pm. Nak makan, rehat bagai, berapa lama je dpt rest kan. Patut la tak kuar...Kecewa Nena yg nak amik gambar dgn artis!!..hehehe..Takpe lain kali yer Nena. If ada show lagi nnti Auntie Zu bwk yer..
Masa ktorg berjimba2 kat Istana Budaya, budak kecik tu terpaksa la di jaga dgn paksa-rela oleh Daddy mithali. hahaha..Aku dok tanya Daddy dia nak bwk dia jalan mana? 3 jam setengah tu bknnya kejap. Daddy ckp pandai2 la, bwk dia naik bas ke, naik lrt ke, ok la kot. Rupanya2 diaorg gi Aquaria. hehehe..Happy je tgk bdk ni dari gambar yg Daddy sempat snap ni kan...Lupa Mummy ke Arsyad?? Dont u dare......

:: Siap gi try spec. Nape pink color???::

:: Mesti teringat Mummy kan sayang??..hehehe::

:: Muka mcm sedih je kan? Sebenarnya dah penat ni kot..::

:: Sbb dia adalah gembiraaa..tgk ni betapa gembiranya dia..::

:: Muka gembira tak hingat....Sampai begitu sekali kegembiraan awak yer Arsyad..::

:: Senget-benget muka gembira sangat2::

:: Apa tu Arsyad? "pish" ke??"
So aku pun lega la kan. Sbb at least Arsyad happy jalan2 dgn Daddy. Takde la sedih nangis2 kena tinggal ke. Bagus la Daddy kan...Sbb Daddy pun kena spend time dgn Arsyad..baru best..baru ada bonding session..Walaupun dalam hati menangis sbb penat sgt2..hahaha..kesian ok. tak dpt aku bygkan Daddy kejar Arsyad sorang2. Dgn perangai "baik" dia tu kan..Sabar je la Daddy yer..Anak sapa..Anak Daddyyyyyy gak...hehehehe

Sunday Daddy plak bagi tugas jaga Arsyad kat aku. Pagi2 dia dah kuar ada bowling kat Sunway. Aku lepak dgn Arsyad kat umah, settled sidai kain suma terus siap2 dgn dia gi Sunway Pyramid amik Daddy. Ya Rabbi..punyalah mencabar drive dgn bdk ni. Dari Kajang ke Sunway rasa mcm ke Penang je aku rasa. everytime aku guna Smart Tag, dia nangis2 nak smart tag tu. Bila dah bagi, leh dia cabut2 card TnG tu. Pastu aku nak guna balik dah gelabah tak tau mana dia campak. Pastu dia boleh gelak2 tgk aku gelabah2. Geraaammm je tau. Pastu sikit2 " Waaaa...Owiii...Owii Ecarrr (waaa...lorry besar)..Dia kan teruja lebih tgk Lorry. Maybe dia rasa best kot tgk lorry besar2 tu kira lagi power dari kereta biasa la kan..hehehe..
Skrg ni mmg mulut mcm mak nenek. Tak reti dok diam. Tapi best la melayan kan. Sbb still dia tak boleh lawan mulut Mummy dia. Last2 dia yg kalah. Kang Mummy tanya lebih2, dia jadi bosan sbb byk tanya. Terus buat muka boring pandang luar tingkap. hahahaha..Bertuah punya anak....

5 comments:

dieya said... [Reply to comment]

waaaahhhh korang dpt tix free??? bestnyaaa!!!!!

eh takleh imagine salina yg macho itu nangis tengok teater :-p

ZuNas77 said... [Reply to comment]

yes...sbb ktorg amik the whole theater for 2 days!. bwk anak2 yatim and budak2 PINTAR. Tapi staffs pun menyelit sama lah. sorang staff dpt 4 tickets. hehehehe

Silalah percaya. dia nangis okeh. teringat kot anak dia pun 4 org bujang kan...hehehe

Selly Buke said... [Reply to comment]

lenkali ajak la mama 3A's lak.. hehehe

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Mmg nak ajak akak, tapi pikir2 ptg sabtu mana nak letak Echa plak kan? next time kita gi berdua je la kak..hehehe...Zu nak aim theater "Che Det" tu. if dpt ticket, marilah kita bersama2 yer..hehe

Bulan said... [Reply to comment]

wahhhh syoknye tgk cuci.. ekekke.. melepas lagi ini tahun, tu ler review semua ckp best...

alahai arsyad jenjalan sama daddy ye.. eii bestnye, masa kita baca awk tuliskan, ttibe kita terbayang suami kita bwk anak jalan² cmnih.. uhukkk.. ekekeke