Pages

Jul 5, 2010

Update Peel Budak Botak itu..hehehehe

Sebenarnya semangat berkobar2 nak update pasal Singapore lagik. tapi kita berehat sebentar bersama kit kat la yer sbb bagi laluan kat budak kecik ni gak. dah sah2 blog dia kan. aku tgk entry peel dia agak kurang. kerana kemalasan aku menghapdet, takkan nak tinggal gitu aje kan peel dia ni. kang lupa, dah tak tulis terus. jadi, apakah tujuan sebenar blog ini di wujudkan?? nanti terpesong kena delete ngan Daddy Arsyad, padan muka aku..hehehe

Oh, ini budak skrg mmg terlampau, melampau, over2 manja ngan Daddy dia. tido pun nak "meleseh2" (salina, sila rujuk kamus Dewan Bahasa. haha) dgn Daddy. pastu bila dah mamai2 tu, gagah lagi dia bgn kiss Daddy dulu baru la leh tutup mata dgn lena. Adoila...kronik betul kemanjaan dia. tapi aku suka. nampak sweet je kan? walaupun aku kengkadang di ketepikan sbb komplot Arsyad-Daddy (yg selalu mengenakan aku), tapi aku happy and bahagia..hehehe

Last week cikgu mengadu. dia gaduh ngan sorang abg umur 3 thn. Arsyad tgh pegang 2 toys. Abg ni datang mintak satu. Arsyad tak bagi. Abg ni rampas la pastu lari laju2 gi dapur. Sambil nangis, Arsyad kejar, tolak dan gigit abg tu. wahh..tak padan kecik eh.suka2 nak belasah org. kang org tu debik dia skali confirm dia kalah kan. aku rasa abg tu malas je nak lawan2 ngan dia. tgk budak kecik kan. tp nak gangster tak bertempat. haihhh..

Pastu smlm amik dia cikgu ckp lagi dia gigit org. sabor je la. berebut mainan. padahal hari2 dah pesan dia jgn gigit org. bila tnya dia "Arsyad..jgn apa?? Mummy ckp jgn apa kat school? Jgn gi...??" dia pun jawab.."Git..." (sbb tak reti nak sebut full kan..hehehe)

Tapi lepas dpt complaint smlm, aku pun tanya la dia bertalu2.

Mummy : Arsyad, kat school arini nakal tak?
Arsyad : Tak...
Mummy : Arsyad gaduh dgn org tak?
Arsyad : Tak.
Mummy : Arsyad gigit org tak?
Arsyad : Tak...

wah..confident je jawab kan, skali aku tukar la sikit soalan..

Mummy : Arsyad kat school nak nakal2 tak?
Arsyad : Nak..
Mummy : Nak gaduh dgn org tak?
Arsyad : Nak..
Mummy : Nak gigit org tak?
Arsyad : Nak..

Adoila..tak paham soalan rupanya. main tangkap je key words kan...saborrrr je la..

Tapi kadang2 tu bila tukar soalan pun, jawapan dia still betul2. ikut mood dia kot. kadang2 gak berbuih aku bg soalan, sikit dia tak jawab. pastu pandang aku muka bengang. hahaha..bakor darah betul lah.

Lagi peel baru nak makan sndiri. gi la mana2 jerit2 nak makan sndiri. masalahnya bkn reti. sepinggan nasi dpn mata, dlm 10 butir kot yg selamat masuk mulut. yg lain suma dia suap lantai je lebih. malu betul kitaorg kadang2 bila makan kat luar. ye la datang meja suma bersih berkilat, nak balik je dah mcm baru langgar todak meja tu. bersepah gila. buat muka tebal je la blah kan. takkan aku nak gi belakang amik penyapu bersihkan kot. kesabaran sungguh.

Kat umah pun sama. dah la 'kerajinan' aku ni kurang bab2 kemas umah. tapi tak kemas kang kejap je makanan yg tumpah tu semut dtg. ntah mana dtg semut ntah alert je dia kat makanan tu tau. tak sempat nak buat apa2. esok nak kena gi pasar mlm cari ubat semut. tak boleh jadi rimas aku kejap2 semut dtg.

Layan je la gambar budak berlagak nak mkn sndiri nih. mmg berlagak okeh takmo org pegang sudu dia langsung. nyampah!!

:: muka berlagak sambil jeling Daddy::

:: cedok2 tapi 2 butir je dpt dlm sudu.hahaha::

:: Tgk tu, mmg tak masuk mulut dia..::



Takpe la Arsyad..peel apa pun..yg penting..Mummy tatappp sayang busuk masam Mummy nih!!


0 comments: