Pages

Jul 12, 2010

Singapore Part 3

Marilah kita menghabiskan entry Singapore ni sebelum di telan zaman yer..hahaha...susah ler nak curi2 masa kat office nih. tau2 kejap je dah lunch hour. pstu sambung keje, tau2 kejap je dah nak balik. haihhh...mcm mana nak abis membebel kan? hiks..





Ok, sebelum kita bercerita ke hari seterusnya kat Singapore, nak share gambar ni lupa nak masukkan kat entry sebelumnya. masa ni otw balik dari USS. dlm bus tu aku saja je la nak manja2 dgn Rayyan sbb comel sgt2. geram tgk dia. cool je. nak peluk2 dia skali dia layan peluk plak. wahh..lagi la suka kan. pastu aku panggil2 Arsyad konon nak jeleskan dia. boleh dia buat derk je konon tak rasa apa2. takpelah kan. aku pun continue la manja2, pastu Rayyan nak susu, pass balik kat mak dia. skali budak Arsyad ni tiba2 nak duduk ngan aku plak..pastu tiba2 buat plak posing sama dgn Rayyan tadik. nak peluk2 gak. waahhhh..jeles rupanya kan? tapi control macho kan? tak best la nak tunjuk2 tak hero la kan? cit poodddahh..hahaha






::Mak sapa la yg over cuba menjeleskan anak dia nih? haha::


:: Anak dia jealous je sebenarnya..hahaha::



Okeh bersambung ke hari ke 2. Arsyad tido mmg tersangat lena. ye la penat satu hari berjalan kat USS kan. pastu sambung plak kat Bugis Junction segala. mau tak flatt bdk tu. kejut2 pun takmo bgn. padahal dan janji dgn kwn2 aku kul 8am tunggu kat lobby. bdk ni gerak2 pun takmo bkak mata. kesian plak tgk dia tido lena. so tgu la kejap sampai dia bgn sndiri. kita berjalan satu group la Arsyad. kalau kita bertiga confirm Mummy tak melepaskan peluang join Arsyad tido. sampai lunch pun takpe. itu mmg bakat semulajadi Mummy. hahahaha



:: Mcm kesian nak kejut kan? pastu scary tgk tgn dia terpeleot gitu..::

Bila Arsyad dah bgn, kami pun terus gi kat ZamZam Restaurant lagik utk bfast. tak kisah la ulang restaurant yg sama sbb kang dok cari2 kedai mkn perut pun makin berbunyik mood pun tarak nak jalan kang. Tapi yg tak best nya kat mamak Singapore nih, bfast dia takde choice lah. Dok ulang2 Murtabak, ngan Roti Canai je. Goreng2 mee ke, meehoon ke mmg takde. dua menu tu je. bosan la kan. tapi nak buat mcm mana, kata tgh merantau (hahaha..over kan statement merantau), telan je la apa yg ada. yg tension tu mamak tu siap ckp ni mamak la, mana ada makanan lain utk bfast. hellooo, ko dtg KL tgk..mcm2 mamak KL ada utk bfast tau. ckp je nak apa..ceh..nak lawan2 mamak plak pagi2 nih. hahaha


:: Budak yg still blurr pagi2.sian dia::

:: Tapi bila panggil je suruh amik gambar, muka cari makan ni gak dia kasik..hahaha::

Dah isi perut suma senang hati, ktorg pun mulakan la perjalanan. Shukor la jadi tour guide kata slalu dtg Spore kan. dia bwk la kitaorg naik MRT kat sini. mmg la mcm best adventurous segala. tapi ngan bdk kecik, ngan penat menapak, tak berapa nak adventurous lah. sbb sakit jiwa raga nak kejar dia, nak handle dia. baru anak sorang kan, complaint berbakul2. hahaha..lantak la, hanya mereka2 yg menyaksikan yg tau betapa tahap dewa punya kesabaran Daddy Arsyad melayan dia. kalau aku dah lama dah laju je tgn ni nak babab dia..tp best la MRT diaorg. systematic, selesa gila. sbb train besar and panjang. tgk beratur nak masuk mcm confirm tak muat je kan, skali kat dlm takde la sempit2. rasa selesa je. Mulalah org Kajang nak terpegun kan..hahaha

::Sila duduk di tempat yg di sediakan yer..utk org kurang upaya, pregnant women dan org bersama budak kicik..::
::Tapi sorry la budak kicik dari Kajang nak duduk saja yer..haruslah nak berangan jadi org besar berdiri pegang palang juga...Daddy dia kecut perut takut dia jatuh dia tak heran..::
Kami nak ke Mustafa Center dulu. ada lah tukar train sbb lain2 route kan. Tapi tekanan ok. walaupun system tersangat superb, tapi system parenting skills dgn budak kecik ni mmg tak boleh la kan. dia bkn reti nak duduk diam elok2 dlm tuh. nak ngikut je apa org buat. nak berdiri, nak gi sana, gi sini. kita yg besar ni if jalan2 dlm train pun mcm takut2 sbb if train break berhenti or laju mcm mcm tak boleh balance diri kan. aku yg "terlebih muatan" ni pun sakit2 kaki tahan nak balancekan diri. dia plak yg boleh happy2 buat lawatan sambil belajar dlm train. haihhh...membakar darah sungguh laaa..
Sampai je Mustafa Center masing2 nak singgah toilet dulu. so sambil menunggu snappy2 la gelagat dua org buda nih. hehehe..comeyyy..
:: Arsyad suka main2 dgn Rayyan, tapi Rayyan mcm malas je layan Arsyad..haha::
::Lepas tu manja2 dgn Daddy Rayyan sbb Daddy dia membuat kunjungan hormat kepada En Tan..hahaha::
:: Objective sebenar adalah utk cilok toy Rayyan::
:: Tunjuk purut sket...::
Dah settle suma, masuk lah kami ke Mustafa Centre. Daddy rayyan ckp kena dtg sini awal pagi sbb boleh elak crowd, di samping tak rasa "pening" sgt..hehehe..Mustafa Centre ni bukak 24 jam. dia ala2 Mydin tapi class lagi la. byk mcm2 benda boleh jmpa kat sini. tapi kalau dtg tgh2 hari, ptg2, bau dah "kureng" sket boleh dpt migrain la. hehehe..so utk keselematan sejagat, kena la gi bila masih "fresh"
:: Bangunan Mustafa Centre. gambar cilok dari pakcik google::
Aku tak paham nape ramai kwn2 aku suka sgt dtg Mustafa Centre nih. diaorg kata brg murah2 sgt, tp bila aku buat calculation (siap beli calculator kecik SGD2.50 dlm ni sbb tak reti nak congak..hahaha) takde la murah sgt. ada la certain things yg murah. sbb dia jual semua..i mean SEMUA benda yg ko leh cari dlm nih tau. dari baju, ke electronics, gadget, perfumes, jam, segala2 lah. pastu takde la brand ntah apa2. siap jam Tissot pun dia jual okaayy...ada benda murah, ada benda tak. kena pandai compare and survey harga siap2 kat luar. baru la ko rasa berbaloi. tapi kan, kalau tak convert lagi rasa berbaloi. cth kalau ko keje kat KL, let say gaji RM3k. kat sini pun gaji SGD3k gak. mewah ok. sbb PSP kat sini pun baru SGD499. kat KL dah 1k kan. kalau kita dpt PSP harga RM499 kat KL, tak ke best tu?? ...
Daddy Rayyan bagi masa sejam lebih kat sini. tapi ktorg kuar awal sbb takde beli benda sgt. dpt la miniature perfume set utk Daddy Arsyad dgn shaver machine utk potong rambut Arsyad tiap2 bln. hehehehe
:: Sementara tgu org siap shopping, kita minum kat kedai berdekatan. tapi Teh Ais dia tak sedap. mahal lak tu.::
Selesai di Mustafa Center, kami gerak ke Vivo City plak. ikut je itinerary yg telah di sediakan. lagi best bila jalan plan gini sbb rasa teratur je semua. takde la jalan2 tanpa arah tujuan pastu buang masa kan. nak dtg Singapore mau makan 10 tahun sekali. so kena gunakan masa sebaiknya...dari Mustafa Center ke Vivo City naik MRT gak. masa ni aku dah tak larat sebenarnya nak bwk Arsyad naik MRT sbb tak larat nak handle. tapi sabarkan jugak la kejap je nak sampai ke Vivo City kot. balik hotel kang confirm aku nak naik cab gak. hehehehe
:: Gambar Vivo City juga cilok dari Pakcik Google. cantik kan building dia..::
Kat Singapore kan terkenal dgn shopping complex yg maha byk. so kitaorg just gi yg best2 je. Vivo City ni best gak semua benda ada. kira ala2 KLCC gak la. heaven gak la shopping kat sini. yg murah best la tapi yg mahal tetap la di pandang sepi sambil rasa sedih kan. hahaha..alangkah bagusnya kalau duit yg aku pegang sumanya RM. dan price tag juga adalah suma RM. tak payah covert so rasa heaven di situ...huhuhu..dah tu, gatal nak jalan negara yg currency tinggi kan. nak rasa kaya jalan kat Indon sudah lah. kekekeke
Kami lunch di Vivo City saja. Nasib Daddy Rayyan tau selok belok nak cari makanan halal kat sini. kalau tak makan fastfood je la. ada foodcourt nama Banquet kat Vivo City ni best. byk choice, makanan pun sedap. tapi lawak sbb aku sampai dulu kat food court nih nak cop tempat. org lain seperti biasalah bz shopping lagik. then aku sms la kwn2 ckp cop meja kat mana kan. pastu Rayyan and family sampai, Auntie2 lagi 2 org tu tgh bz shooping lagik. sampai2 je boleh diaorg ckp aku salah bg direction. diaorg termasuk food court non-halal kat sebelah. hahaha..masing2 dlm food court tu pelik je tgk 2 org pompuan pakai tudung masuk foodcourt jual binatang gantung2 tu kan..kekeke...lawak ler..
pastu kan dah ckp tak larat nak balik hotel naik MRT lagi. ktorg pun naik je la cab. hehehe..kena charge SGD15 sbb jln jem sket. pejam je la mata sbb aku sanggup byr cab dari nak harung jem dgn bdk botak tu. tobat weii..sampai hotel fresh up, jamak suma, meneruskan perjalanan lagi ke Orchard Road plak. kata acara shopping seharian kan. harus la shopping bersambung2. Orchard Road kan terkenal dgn sederet2 shopping complex. so aku agak teruja la nak gi. tapi hasilnya sgt kecewa okeh...serious mengecewakan...bagi aku la..
:: Budak dah siap2 nak sambung shopping...::
Kitaorg sampai2 kat Takashimaya. besar gila ok. aku tak masuk round je sbb tgk mcm Star Hill je byk benda branded sgt kat situ. mcm LV, Coach, Ferragamo segala. mau balik KL jalan kaki kang kalau nak shopping situ kan. so atas kesedaran diri, kitaorg beralih la ke shopping complex lain. Mak aiii...byk giler okeh. Patut la laki aku ckp nak sgt jln Orchard Road kan, i nak tgk u larat ke tak..hehehe..mmg tak larat. satu deret ada lah dlm 20 kot shopping Complex yg ada. pastu boutique2 dlm tu sama je. baik gi tmpt mcm Vivo City tadi takde la penat berjalan kan. sbb balik2 aku masuk kedai yg sama je. nak upgrade sket masuk butik designer bag pun rasa nak nangis je tgk price tag. hahaha..rasa miskin sungguh kat Spore nih. takpe..takpe...takde rezeki aku nak shopping secara menggila..so beli sikit2 je la...
:: kat Orchard Road byk show. tapi ni je aku snap. pakcik seksi..hehehe::
Lepas tu dah tak larat okeh. dari satu shopping complext ke shopping complex yg lain sampai nak tercabut lutut. nasib Arsyad tido takde la havoc sgt. sampai dah gelap kat sana ktorg pun cari tmpt dinner. si Auntie Haine and Auntie Fadz shopping tak ingat. paperbag kiri kanan penuh. siap tak cukup masa shopping complex nak tutup pun tak jmpa diaorg lagik. hehehe..berapa juta agaknya duit diaorg bwk nih. hahaha..
Ktorg dinner kat Swensen. best. tapi gambar tak amik sbb tak larat dah nak kuarkan camera. mata ngantuk gila. padahal ada lagi 1 tmpt dlm itinerary nak gi. tapi serious tak larat. patut nak lepak2 tgk suasana mlm kat Merlion. amik2 gambar sbb view best. tapi serious tak ada nafsu sbb kepenatan sgt2. rasa nak terjah katil je nih. satu hari ni ada la dekat 10 shopping complex kot yg kitaorg naik turun. giler okeh. kat KL pun tak buat gini. so ktorg amik keputusan balik bilik sahaja. hanya org2 yg kental semangat seperti Auntie Haine and Auntie Fadz yg meneruskan perjuangan. so aku cilok je la gambar dari diaorg. takmo tempek gambar diaorg kat sini sbb Jealous!!..hahaha
:: Singapore Flyer di waktu mlm::
:: Nampak Casino baru, Esplanade, dgn Merlion si mercu tanda..cantik kan?::
Ye la diaorg dah selalu gi vacation. setiap 3 bln ada je tmpt diaorg gi berjalan. org ado2 la katakan..hahahaha...so jiwa diaorg adalah kental. aku tak larat lah. biarlah tak dpt amik gambar dpn kepala singa tu. anggap je la takde rezeki. tak larat la nak jalan lagi. dah la tgu cab kat Orchard Road mlm tu lama gila. sejam ada kot. ramai gila org. nasib Daddy Rayyan bijak call cab. baru la ktorg dpt gerak dari sana. kalau tak sampai 2-3 jam kot baru dpt cab. cab drive ktorg ckp sbb ada bola mlm tu, suma driver pakat tgk bola..ada kaaa....
So sampai dah la ke hari terakhir kat Singapore. so far byk benda cover dah ni. cuma kepuasan bershopping je belum lagi dpt rasa. yes, aku adalah fussy bab2 nih. sbb aku hanya beli yg betul2 berbaloi and best. takat boleh jmpa kat KL and harga lebih kurang, kirim salam je la. so dah 3 hari ni tak byk yg di beli lagi la.
:: View dari bilik Auntie Fadz. Masjid apa ntah nama dia. kira tmpt sejarah gak la. dkt je dgn hotel ktorg.
:: Gi bfast hujan plak. berpayung dua beranak ni. hehehe::
Oh, kalini kami bfast di mamak sebelah ZamZam pulak. pun sama yg ada hanyalah Murtabak dan Roti Canai je. aku beria teringin try Murtabak Singapore ni sebelum sampai tapi kalau dah hari2 hadap benda alah ni sama tak jemu kan?? saborr je lah..
:: Aksi over mak dan anak wajib ada..hehe::
:: Budak ni mcm beria makan tapi main2 je lebih::
:: Mak bapak dia pun mcm beria tgk dia makan tapi tau dia main2 je lebih..hahaha::
:: Muka ni lawak sbb dia baru lepas nangis kena marah dgn Auntie Fadz (stok marah yg aku pun terkejut sama..hahaha), ye la sapa suruh makan main2 lagik. tapi mata masih nak sipi2 jeling2 kat Auntie Fadz. gambar ni Auntie Fadz yg amik. takmo Arsyad nangis lagi ke? hahahaha::
Lepas tu kami ke Sim Lim Square plak. tmpt syurga utk electronics items and gadget2 segala. ala2 Low Yatt la kat sini. tapi kat sini best giler. sbb brg2 suma sangat la murah. lepas convert pun murah. puas la ktorg survey satu2 kedai compare harga. dari Arsyad still ada mood, sampai dia mengamuk2 sbb penat. hehehe..tapi puas hati sbb dpt brg yg di hajati. best sgt. nanti la aku tempek brg2 dlm next entry ek. bkn nak menujuk, tp sharing tu caring kan. ramai kwn aku nak tgk apa aku bwk balik dari sana. yg penting2 jela. kalau beli underware pun nak tempek sini, sila lempang aku laju2. hahaha..
Kwn2 aku suma gila gadget. dan suma expert pasal gadget. so mereka adalah teruja. aku pun teruja sama padahal tak paham term2 diaorg pakai. hahaha...tp best la sbb suma org happy. happy dpt brg yg di hajati dgn harga yg murah, walaupun byk zakat yg terlabur di sini. hehehe
Lepas tu balik hotel, check out siap2, letak luggage kat concierge, kami gi ke Suntec City gak. Daddy Rayyan kata last kopek sapa nak shopping last min habis kan SGD yg ada. hehehe..best gak kat sini. mcm2 ada. tapi masa suntuk, pastu gila besar ok. ada 4 tower. gila ke nak habis tawaf dalam masa sejam!. pakai rollerblade pun tak abis okeh. so sedar kemampuan diri, jalan dlm 1 tower ajer la. dpt apa yg nampak, dah balik hotel balik. tak larat la wei...tapi itu Auntie 2 org mcm kena rasuk. kami balik hotel mereka masih di Sim Lim, kami balik dari Suntec City nak ke Airport dah mereka plak masih di Suntec City..wahh...betul giler shopping...kejap2 "korang gi dulu, nnti jmpa kat sana je..." aku dah takut dah..nasib tak ckp " korang balik la KL dulu, ktorg nak duduk sini shopping sampai lebam.."..hahaha..jgn mara aaa...
:: Sim Lim Square.
:: Dlm Sim Lim..best..::
:: Suntec City yg gila ada 4 towers..tak larattt..::

Lepas tu amik luggage terus ke Airport. Flight kul 8.45pm tapi kul 6.00pm dah sampai airport sbb takmo terkejar2. boleh siap2 check in relax2 jalan2 lagi. lagipun diaorg ni yg shopping menggila ni nak redeem GST. mmg boleh yer claim tax for every purchase SGD100 ke atas. aku yg shopping ala2 ni tak payah la. semua tak lepas SGD100. hehehe..so bila diaorg tgh settle hal2 GST, kami ke Terminal 2 naik train sbb diaorg kata kat situ lagi best if nak shopping2 lagi


:: Oh lupa nak ckp pasal taxi. best woo..Merc pun jadi taxi je kat sana..hehe::

:: Org tgh sibuk2 dia nangis2 nak duduk atas luggage..::

:: Sementara tgu Daddy check in brg, dia nak melaram dgn stroller Rayyan dulu. TQ Rayyan::

:: Budak Kajang yg eksyen berdiri dlm train, mcm kuat sgt nak pegang palang tu::

Takde la best sgt shopping dlm tu. Again, kalau ko tak convert ok lah mmg best. tapi dah convert terus dpt migrain. hehehe..tp aku dpt gak brg sikit2 buat pengubat jiwa.ye la dtg sini berkobar2 nak shopping skali rasa tak mampu plak nak mengeluarkan duit. sayang okeh kalau pikir nak beli sbb alang2 dah sampai sini. not good...not good..beli yg betul2 rasa perlu and berbaloi sahaja. takat alang2, takpela, nanti2 dah tua2 esok boleh Arsyad plak bawak kitaorg dtg sini. hahahaha..terus pikir hari tua. ntah apa2 lah...

Flight on time kul 8.45pm. kejadian yg tak di ingini berlaku bila Arsyad secara rakus tarik rambut org depan. iya, dia tarik rambut minah duduk kat dpn row ktorg. gelak tak hengat Auntie Fadz dgn Daddy Rayyan. aku dah takut kot2 org tu pusing pastu kasi penampar se das kat anak aku kan. nasib la org tu pun terkejut dan terkesima dgt perlakuan di luar batasan Arsyad. bila dia pusing rupanya budak umur setahun empat bulan ni, dia tak jadi marah kot. sabarrrr je la. 50 min punya flight rasa mcm 5 hari sbb perangai mcm2 dia buat okeh. dia dah restless sgt. dia tu kalau dah penat, lagi perangai mengarut dia kuar. so kesabaran yg tinggi adalah di perlukan saat2 itu...

:: Bye Singapore...nanti jmpa lagik yer. turun2kan lah sket currency rate tu. boleh kami rasa kaya sket..hahaha::
Sampai LCCT, dah tak larat nak berbuat apa pun selagi cepat2 amik luggage, amik cab dan balik. badan semua sakit2, penat nya rasa. nasib dlm cab Arsyad pun dah tido. tapi aku hangin betul dgn driver cab tuh. dia dok la nak try GPS dia utk ke rumah aku. aku ckp terus ke Kajang je nnti aku tunjuk la jalan, tapi dok gak nak key in add rumah aku. pastu dok ckp eh, takde plak add rumah ni dalam GPS saya. Hello pakcik, nanti2 la try GPS pakcik yg canggih tu, saya masih waras boleh tunjuk jalan ke rumah saya. tak payah la sbb GPS tak tunjuk map terus tak reti masuk gear kete kot. saya dah penat nih. pastu dia gigih gak cari, jmpa. bila dah jmpa satu hal plak punyalah ikut jalan ceruk rantau mana ntah. jauh plak tu. elok2 setengah jam patutnya dari LCCT ke rumah aku, sejam lebih baru sampai ok!!. tensioonnn..nak sound kang, dia tinggal ktorg anak beranak tepi jalan susah plak. org tgh excited guna gadget terbaru kan, lantak la. janji aku dah byr siap2 kat LCCT tak ikut meter. kalau tak mau lagi mahal kan. ish, dulu dia bwk taxi takde GPS sampai je kat mana2 kan. GPS tu sah2 utk tmpt yg dia tak tau. baru la berguna. kalau bwk taxi kat LCCT tak tau mana Kajang mmg mintak penampar la plak. ish, panjang plak bebel pasal pakcik taxi. hahaha
Sampai di sni sajalah sesi mengarut. akhirnya habis gak entry ni. panjang gila dan berjela2 lantak la utk Arsyad pun baca dah besar nanti. hehehe..yg penting, we had fun. tersangat2 best. and terima kasih kat kwn2 aku sbb sabar sepanjang perjalanan.
hahahaha...harap2 tak serik la jalan2 ngan ktorg lagik yer. next trip bila yer? kami mau menyelit samaaa...bestttt..Aku boleh je jadi lagi tukang book flight, book hotel, tukang survey, dan sewaktu dgnnya..Aiman tak kisahhhh..hehe

2 comments:

dieya said... [Reply to comment]

habis jugak cerita singapore yek. penat i tunggu u sambung cerita tau! glad to see you had so much fun :-)

shopping kat orchard road tu cuma best kalu duit setimbun, atau time christmas (coz byk xmas sale).. time lain tengok je laa pakcik separa bogel dgn tasbih besar tu, dia sepanjang tahun buat show kat situ.

ZuNas77 said... [Reply to comment]

nadiah, thanks to you jugak yg baik hati sampai tanya your Auntie pasal hotel tu. hehehe..mmg we had so much fun!!. tapi stilllll jealous with you vacationSSSSSS...(saja capital S sbb byk sgt berjalan ok..melampauuu!!). hahahaha