Pages

Jul 28, 2010

Dilema Ibu Berkerjaya...Ehhh..salah..Bekerja... :-)

Mestilah kena betulkan fakta. Sbb aku takde "kerjaya". Tak mau dan tak hingin ada...aku hanya ada kerja..kerja biasa..kerja kuli..tapi kerja yg membahagiakan...kekeke

Dari mlm tadi dok berfikir2 secara mendalam. Semuanya bermula dari amik Arsyad from school mlm tadi. Di sbb kan aku puasa, and ada appointment kul 6.00pm, lepas berbuka kat kedai nearby school baru la aku gi amik dia. Sbb sampai Kajang pun ngam2 lagi 2 minit nak masuk Maghrib. Dalam kul 8.15pm kot sampai depan school. Yg peliknya, masa amik dia tgh nangis. Amat jaraanngggg skali dia nangis if aku dtg amik. Sbb biasanya dia akan tergedik2...terlompat2..terjerit2 kegembiraan sambil jerit "Yessshhh...Yesssh...." (Yes!) dgn posisi tangan dua2 genggam, dan tarik ke dada penuh perasaan...hehehe

Tapi smlm dia nangis berlinangan air mata. Bila tanya cikgu nape dia nangis..Cikgu ckp tadi dia elok je kak. Tgk tv dgn saya. Tapi sikit2 pandang ke luar..Sikit2 tgk tingkap..Pastu diam je tak ceria mcm slalu..Tgk je kete akak masuk, terus nangis...Saya rasa, dia sedih kot. Kwn2 suma dah balik..Dah takde kwn nak main2 dgn dia...Bila tgk je akak sampai, sebak sgt la tu..Ptg tadi dah tersalah org. Dia ingat akak, terus la melompat gi pintu, rupanya Ibu org lain..masam je muka dia...Tu yg bad mood sampai skrg..Abis suma kwn2 dia balik, sedih la tu kot...

Ya Allah...apakah perasaan korang sebagai ibu2 bila dgr cite anak korang mcm nih???? Aku terus jadi sebak. Walaupun perut kekenyangan lepas melantak Nasi Goreng Ayam Penyet 20 min yg lalu, tapi terus sebu perut aku..Tgk anak aku masih berlinangan airmata lepas aku dukung, aku pujuk, and aku peluk..dia peluk aku punyalah kuat. mcm 5 tahun tak jumpa. pastu dia kiss2 aku. Lagi sikittt je rasa nak nangis masa tu tapi control sket dpn cikgu..takmo la nampak emo sgt kan..mcm aku sorang je tinggal anak kat school.

Lepas dia dah reda sket, masuk kete, aku cite la kat Daddy dia...Tapi aku pun control takmo ckp dgn nada sedih takut ktorg sama2 sedih. Pastu aku pujuk Arsyad pelan2, sambil usap2 kepala dia ckp "Mummy and Daddy work syg..nak cari duit utk Arsyad..Jgn la sedih mcm ni yer..Mummy try tak balik lambat ok..Mummy try supaya Arsyad bkn last person tinggal kat school yer.." Dia senyum2.. Pastu aku suruh senyum kat Daddy, dia senyum..Lega hati aku tgk anak dah senyum..Mmg la senang nak pujuk budak umur setahun 5 bulan ni supaya senyum balik, tapi kesan kesedihan dia tu kat kita, amatlah dalam okeh..Mcm2 aku pikir, Mcm2 aku rasa..ntah la..tak tau nak ckp mcm mana..yg pasti seriously mcm2 dlm pikiran aku dari mlm tadi sampai pagi nih..

Kitaorg umah kat Kajang, keje kat KL. Traffic tau la mcm mana kan. Kalau kuar office sharp 5.30pm, dpt la sampai Kajang ngam2 bfore 7pm. Dpt la amik Arsyad dalam keadaan langit masih cerah. Tapi itu jarang2 berlaku. Slalu kul 8.00pm baru amik dia. Sbb sampai Kajang betul2 nak masuk Maghrib. Daddy takmo amik Arsyad Maghrib2 sbb tak elok sgt kan, so melepak la ktorg gi mana2 dulu lepaskan Maghrib. Elok abis je baru gi amik dia..

Terus aku terfikir nasiblah aku ni keje secretary biasa je. masuk kul 9.00, balik sharp 5.30pm. Tak payah stay back mcm org lain, tak payah bawak balik keje, tak payah pikir keje. So aku amat bersyukur kat situ. Sbb mmg aku takmo Career Advancement langsung. Awal2 dah "sound" boss aku, aku nak stay keje mcm ni seumur hidup aku keje sini. Sbb aku ada my own priority, my own objective, my own "career" yg lagi penting so aku nak jadi selfish. Puas la boss aku tanya takmo naik ke? takmo belajar benda lain ke? takmo earn more? takmo grow?? TIDAK..SEKIAN TERIMA KASIH..

Bagi aku, setiap org ada alasan tersendiri la kan. Ada yg suka balance kan dua2 ni Career and Motherhood. Tapi cabaran dia kuat la. Kepada org yg betul2 boleh score in both areas, mmg tabik spring. Tapi aku tak rasa aku mampu. Aku sedar kemampuan diri. Sbb tu aku rela stuck kat tmpt aku ada skrg. Sbb aku tau at least in 5 years time aku akan jadi FULL TIME HOUSEWIFE. and itu adalah cita2 aku sejak aku pregnant kan Arsyad..

Bila org ckp nape nak berhenti? Rugi la..apa la. up to ppl la kan. And jgn la rasa org dok umah jadi housewife tu takde qualification. Cth kwn aku Syerah lepas grad terus duk umah pandai mcm2. Semua dia boleh buat. Aku sgt kagum la. And my dearest friend, Salina, even tho ada Masters from overseas,ada career yg bkn calang2, terus stop working lepas dia dapat Amir dulu. And dia balik keje skrg pun nak maintain jadi EA mcm aku, tapi "dipaksa" naik satu tingkat sbb over qualified..hahaha...

Whatever jalan ko pilih, adala pro and cons dia kan. If dah tuntutan keje byk, umah pun tak leh nak perfect. Aku dah puas keje balik lambat, stay kat office sampai 4 pagi (Nadiah, masihkan kau ingat time PCG dulu? hehe), jwb email kul 3-4pagi sebelum aku ada Arsyad. Even sebelum aku pusshhh nak kuarkan Arsyad pun boss email tanya mcm2 benda...gilerrr.. penat okeh..Physically and mentally exhausted!!. The moment aku tau aku pregnant je, terus aku decide takmo dah keje mcm tu. Terus aku melancarkan gerakan senyap2 cari tmpt kat dept lain. And nasib aku baik, ada tmpt yg a bit low profile yg aku dpt. Aku gi interview dgn boss aku skrg mengusung perut 8bln masa tu. Cakap pun termengah2. And aku siap inform dia aku tak boleh stay lambat, tak boleh keje mcm aku keje dulu, tapi aku try bagi the best within 9.00-5.00 time aku keje (of coz masuk time "mengular"skali..hahaha). Nasiblah boss aku paham. sbb dia American style. Sbb dia pun bkn org sini. Sbb wife dia pun quit sbb nak jaga family. Tp wife dia ada Masters. And dia pun nampak vision aku, and dia paham..Sanggup dia tgu aku balik maternity leave baru join dia...Walaupun dia "diva" sket, aku still rasa bersyukur..hehe

Aku pantang org memperlekehkan org takde "cita-cita" mcm aku nih. Aku pantang org pandang rendah kat pekerja "bawahan" mcm aku nih. Sbb ko tak tau apa aku nak dlm life, tak bermakna ko rasa aku bawah tapak kaki ko..Sbb ko konon ada "kerjaya" kat office, tak bermakna ko bagus kan. Setiap org ada kelebihan dia, ada keistimewaan tersendiri. Tak payah nak easily pandang rendah kat org and rasa diri hebat padahal takde la hebat mana. Tak payah rasa org yg hari2 hantar jemput anak balik sekolah, balik masak, kemas umah, iron baju, terus ko rasa org tu ada SPM je.Skali org tu qualification lagi tinggi dari ko, lagi bijak dari ko, sapa tau kan??

Ada sorang kat tmpt aku ni, husband dia doc. dia pun VP (Vice President), gaji easily aku rasa 10-15k, tapi dia quit. aku terkejut gila. dia kata apa guna gaji byk2 if anak2 dia terabai, if tak dpt byk masa utk family, sbb dia maybe success dlm career, tapi dia tak dpt balance kan dgn personal life, so dia rasa dia patut berhenti utk focus kat family. Once gaji husband dia cukup, dia quit terus. Bila aku tanya abis tu u belajar penat2, takkan nak quit mcm tu je? dia ckp yes, qualification dia utk anak2. Dia boleh ajar anak2 dia, boleh apply apa dia tau utk kebaikan anak2 dia. tau2 la kan, nak daftar anak skolah skrg ni pun through online. Takde la sia2 gak knowledge dia tu kan..

Bila Arsyad sedih mcm smlm, terus lagi menguatkan semangat aku utk terus tidak berkerjaya. InsyaAllah, if ada rezeki lebih nanti, dapatlah aku merealisasikan impian utk duduk rumah sepenuh masa. Tp aku still akan hantar Arsyad gi playschool utk dia bercampur dgn org. Yg penting aku sentiasa ada kat rumah, masak, berkemas, tgu laki balik, tgu anak balik, wahhh...tak sabr nak tgu benda itu terjadi!!..

Eh, terpanjang plak entry emo nih...hahaha..Apapun, aku respect org yg boleh balance kan antara career dgn motherhood. Skrg aku try belajar dari org2 yg experience utk improve diri sendiri. Aku tak pernah condem org yg kena tinggal anak2 sbb slalu travelling, stay back kat office sampai pagi sbb keje, coz if itu yg buat mereka happy, good for them kan. Cuma aku agak "panas" bila org condem the other way arround. It's nothing wrong if jadi fulltime housewife pun. It's nothing wrong kalau ko takde career, asalkan ko buat keje betul2, cari rezeki halal utk anak2 kan. Setiap org ada pilihan hidup masing2. Dan pilihan hidup aku ialah utk menjadi housewife yg berjaya dan berdedikasi...hehehe..InsyaAllah..

5 comments:

Selly Buke said... [Reply to comment]

entry emo mummy arsyad arini dh buat mama selly nangis... huhuhu... sedih pulak bila dgr arsyad mama tu nangis cenggitu.. dia dh paham... teringat lak kat aisya...

mmg itu la dilema bila dh jadi parents nie... balik umah dh letih. bila letih mula lah senang nak marah .. tp bila kita renung balik, bila la masanya nak betul2 spend masa ngan anak2.. nak tnya apa dia wat kat sekolah.. macam2 la.. tapi kekadang mmg ada yg suka condem2 ni.. sabor jer la..

tkper zu, kalau finance family mengizinkan tak salah nak jadik surirumah sepenuhnya.. ramai pun yg wat camtu..

dieya said... [Reply to comment]

darlingggg... of course i remember! puan S kita sampai pengsan kat toilet.. mr A kena hypertension.. u, i and salina jugak yg maintain cool all the time. chup, salina ada gak ngamuk2 sikit.. hahaha! omg those days mmg betul2 mencabar jiwa. tapi lepas i left TMO kena pegi buat company lain, diriku tatap wendu sama kamu2 semua.

zu, bukan u n salina je cita2 gitu.. byk lagi org i kenal, with qualifications and all, tapi cita2 nak dok rumah saja jaga anak, just that kewangan belum berapa stabil so kena tunggu dulu. good that now ur work is much better kan!

p.s.: kecian si momok itu syahdu jumpa mummy yek..

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Mama Selly, jgn nangis ok. Kang Mummy Arsyad nangis lagik..hehehe..

Itulah rasa bersalah je kalau marah2 diaorg time kita penat kan..Dah la tak byk masa dlm spend dgn diaorg..huhuhu..Bab org condem ni mmg malas nk layan, mcm la life diaorg perfect sgt nak judge life org lain kan..

Nadiah, masih kau ingat yer..Giler kan time tu? I takmo ingat lagi tapi mcm pelik sbb jadi kenangan manis plak walaupun tersangat2 pahit..hahaha...boss World Bank i tak se"diva" boss dulu. takat menyakitkat hati lite2 i halalkan je..haha

p.s: kesian kan? bila i suruh senyum sambil lap air mata dia senyum. rasa mcm kena toreh2 je hati i nih!!..

Fadz said... [Reply to comment]

Zu, jgn cakap ko. Aku yg tak kawen ni lagi pun ada target. Kalau aku dah ada anak, cita cita aku nak jadi full housewife gak at the end. Ngan business sendiri yg aku boleh buat dr rumah. Business yg mana aku boleh spend time ngan anak anak. Skang boleh la aku nak stay bagai, sbb takde komitmen. Tp utk long term, aku pun cita cita mcm ko. Anak tu la harta yg paling penting dan berharga.

Persetankan apa org sekeliling cakap. Pekak kan telinga. Lantak deme lah. Deme apa tau.

eiseai said... [Reply to comment]

zu...biar org ckp kita 'gila' or 'bodoh' buat decision mcm tu, dari kena gelaran 'gila' or 'bodoh' sbb tak tau anak buat apa kat rumah. tu lagiiiiii bodoh. bodoh sangat2 org yg sanggup terperap kat ofis sampai memalam buta tapi biarkan anak2 dijaga org lain. serious bodoh sesangat!!! ni sbb geram org asyik 'tak paham' ngan my decision. hoi...career tu boleh ganti lah, ganti ngan career lain. tapi anak2 tu mana nak carik ganti. rugi air mata mothers yg nangis ingatkan anak kat rumah tapi degil takmo tukar career.

p/s nadiah...got meh i mengamok?? hahaha...yg best pasal big pcgs and big launches is the fact that u guys do the work while i rest during my maternity leave hahahha