Pages

Jul 26, 2010

Cite Exercise Pulak..


Saja buat entry gini sbb ada mendapat pelbagai pertanyaan. hehehe..kwn office tnya, kwn sekolah tanya, padahal sah2 aku ni tak la kecik mana. tapi sbb org still pelik ngapa aku leh turun over 20kg gak aritu kan, so marilah kita share apa yg kita tau. jgn la riak dan sombong sambil berkata "i tak exercise..i makan mcm biasa, tp sbb mmg i ni senang kurus..genetik mmg halus2.." Choiiii sungguh kan. berangan la nak bagi statement gini. melompat mak aku yg sakit tu terus penampar anak dia ni kang..hahahaha


So, entry kali ni adalah utk share apa yg aku telah buat supaya dpt kecikkan sket bdn ini. Tapi still, utk maintain is the hardest part. Kena jadikan exercise itu satu routine, pergi gym itu satu lifestyle. baru la dapat result yg berkekalan. kalau takat terkejut tgk berat badan, usaha tapi kejap dah start balik bad habit, naik ler balik badan kan. mcm aku skrg ler..nak nangis pun tak guna dah....


Mukadimahnya, nak start dgn gambar "comel" kami berdua..hahahaha...Comel kan kita Salina?. Masa ni aku dah sarat sgt2 dah. Jan 2009 masa amik gambar ni, Feb 2009 aku meletup. Ktorg ada Jamboree kat office, semua org buat keje, tapi bestfreind yg "comel" berdua nih dudukkk je la kat booth ktorg. kejap2 bgn amik food, kejap2 bgn amik coffee (time ni berjangkit dgn Salina gila coffee, nasib Arsyad putih. hahaha). Sangat besar kan aku masa nih? tp best sgt pregnant..cuma tumbesaran yg melampau tu je tak sanggup nak tgk...


::Walaupun aku awal sebulan, still takleh lawan "tumbesaran" perut makcik sebelah nih..hahahaha::


Okeh, back to the topic. Sebenarnya nak kurus ni mmg la perlukan pengorbanan kan. tapi ikut la kemampuan masing2. sbb kebanyakkan org yg nak workout sbb nak kurus nih bkn ada sports background kan. i mean, tak biasa berlasak2 main sports ke, workout ke segala. So if 1st time workout buat gila2, esoknya confirm sakit2 badan (muscle ache). Pastu dah serik takmo turun gym lagik. salah yer cara gitu..sbb kita kena start somewhere ikut kemampuan, pastu baru sikit2 upgrade. Even aku yg gila sports ni pun (time pregnant still lwn pinpong and badminton), pun bercinta gila nak start balik physical routine bila dah beranak coz lama rehat kan. Still bdn sakit2. tp kena teruskan gak sbb if stop, alamat makin malas la jadinya..


Routine yg slalu aku buat (ikut kemampuan), jalan2 atas treadmil for 10 min. Jalan2 bkn bermaksud berlenggang kangkung gi pasar yer. Jalan adalah "Brisk Walk". ala2 lari setempat tapi tak lari tu. Speed treadmil is 6.0, so ngam2 je jalan for 10 min utk warm up. Paling bagus kalau boleh monitor heart rate. Slalu if korang gi gym, boleh letak tangan kat pemegang tu, pastu dia akan scan heart rate kan? lagi tinggi heart rate, lagi bagus coz lagi byk calories dia akan burn. Nak kira heart rate nanti aku buat entry lain la. Coz aku ada belajar dulu dlm talk yg Puan Salina organize tuh..


Lepas dah brisk walk, upgrade speed ke 7.0-8.0. Lari sikit. Tapi ikut kemampuan tau. kalau rasa laju sgt, turunkan sket. Sbb aku pernah tgk ada sorang minah ni siap leh pitam ok atas treadmill. tak tau la sbb lama sgt workout or laju sgt. Coz treadmil ni boleh buat kita pening gak tau. Lari dlm 10 min je. Aku mmg bkn jenis yg gila2 lari coz i'm not a runner. tak suka lari sbb tak kuat stamina. Lepas 10 min, turunkan balik speed, brisk walk balik. kira mcm interval la. Pastu lari balik, ulang benda yg sama sampai 3 sets. So, dpt la atas treadmil dlm sejam kan..Ada org boleh lari je laju2 direct sejam. Ada org boleh jalan dua jam. ikut kemampuan yer. Tapi buat yg betul2 effective, yg betul2 berbaloi. kalau tak buang masa je gi gym, tapi tak burn apa2 calories pun. nak tau kalau kita betul2 byk burn calories, adalah bila nafas tercungap2. Time tu adalah time paling bagus utk kita maintain. Lagi lama kita boleh sustain, lagi byk calories kita burn.


Lpas siap terus aku buat senaman lantai. Tak buat byk, buat 2 benda ni je. Lin, tadi tanya mcm mana nak buat sit up kan? Saya tak buat sit up la. sbb tak suka. Saya lagi suka buat Crunches...Sbb masalah aku adalah perut buncit bahagian atas dan bawah (setengah org buncit lower stomach je kan). so mmg kena bagi impact lebih sket atas bawah stomach...


Gambar bwh ni adalah salah satu position utk crunches. Leg extension crunches kot nama dia. Entahlah, aku bkn pakar. just ikut apa yg di ajar jer..hahaha..Cara dia baring mcm model kat bawah ni buat, pastu luruskan kaki, kepala naikkan sampai dpt tgk perut sendiri (masa ni sila tenung perut yg membukit itu, pastu berazam utk hapuskan lemak2 jahat itu..hahaha..aku kalau workout mmg psyco lain mcm), pastu turunkan kaki perlahan2 sampai lagi sejengkal nak cecah lantai, tapi jgn cecah tau, tahan...pastu naikkan balik sampai 90 darjah, turunkan balik slow2. time tu korang akan rasa "pressure" kat perut. sbb kepala yg di naikkan tu tekan bahagian atas perut, kaki yg turun naik tu tekan bahagian bawah. Best woo...rasa mcm betul2 di kemek2kan kan perut nih. Buat routine ni at least 50x tau. As a start buat la 20x ke, 30x je. tapi kena upgrade from time to time.




Okeh, yg kat bawah ni still crunches, tapi position lain. Boleh pakai bola yg kat gym or beli je kat mana2. Position adalah seperti model di bawah yer. Baring sampai ke bawah, pastu angkat badan tahan pakai kaki. Ulang balik sampai 50x paling bagus...


Ni pun sama mcm routine No 1 tadi. tapi kaki bengkok sket. utk memberi lebih tekanan pada perut. Cara buat sama dgn No. 1 tadi. Naikkan kaki, sampai lutut betul2 selari dgn perut, pastu pelan2 jatuhkan kaki sampai sikittt nak cecah lantai, tp jgn jatuhkan kaki. Pun buat 50x...Mula2 mmg hazab, dah lama rasa bestttt gila...


Lagi bagus kalau korang join class Abs kat mana2 gym or tgk DVD. Lagi tak rasa pressure sorang2. Sbb if ikut class ni, dgn instructor, dgn music, buat kita lagi nak push diri sendiri kan. Klau buat sorang2, baru 10x dah rasa malas. dah tak tahan. Kalau join class, sejam betul2 full buat mmg esoknya kalau nak gelak pun seksa. hahahaha..Tapi bagus tak kalau rasa cramp kat perut tu, menandakan yg lemak2 tepu tu sikit2 dah pecah...heheh



:: Cth class Abs..sangat2 best..::


Pastu buat reverse crunches. ada yg panggil bicycle crunches. Caranya adalah dgn gilir2 naikkan kaki mcm No1 tadi. Kira mcm kayuh basikal, tapi position yg sama. Utk burn fat kat sekitar kiri dan kanan perut. baru la ada curve..hehehe


Memang selalunya ini lah yg aku buat utk perut. Walaupun hasilnya takde la membanggakan sgt, sbb still tak dpt perut flat mcm dulu, tapi at least berubah sket la dari mula2 bersalin tu...Kalau lagi rajin, buat hari2, mmg akan berkesan 100%. Yg penting kena rajin, and kuatkan usaha..Bila rasa agak2 putus asa je, terus tgk gambar bwh nih..Confirm semangat berapi2 balik..hahahaha


:: nak perut mcm ni tak????? Rajin2 buat crunches yer...hahaha::

Sbb sejak azali bentuk badan aku adalah kecik di atas tapi SANGAT-SANGAT BESAR di bawah, maka masa aku pregnant dulu pun perut lambat nak nampak. Lepas 5 bln baru org perasan aku pregnant. Kalau tak semua ingat aku gemok je. hahaha..So maybe senang sket aku nak turunkan tang pinggang ke atas. Tapi tang pinggang ke bawah...Masya Allah..azabnya hanya Allah je yg tau ok...

:: Masa ni kat Bandung bercuti dgn family Kak Selly. Dah pregnant 2 months dah::


:: Masa ni tgh hazab baru 4 bln lepas beranak. Tapi org sebelah still maintain cun. hahahaha::

:: Hasil crunches hari2. Tapi tinggal kenangan, sbb bila malas, skrg ni ada sikit gendut balik...kahkahkah..::
Sila bandingkan badan aku yg masa pegang Arsyad tu dgn gambar di atas. Ada la sikit perbandingan kan. See....if betul2 buat, mmg jadi. tapi kena betul2 rajin and disiplin lah. Jangan kejap2 stop. Makanya akan membesar balik bagai juara lah..hehehe
Lagi satu aku suka buat adalah try utk mengecikkan sedikit peha ini. Dah mmg besar sejak azali, susah betul nak kecikkan, tapi try gak la at least dapat pakai balik jeans zaman2 sebelum pregnant pun jadilah. Dah mmg tau baka besar di bawah. Tgk je la gambar atas tu horror gila tgk peha gedabak tu kan. Itu jeans time pregnant tau. hahaha..sungguh lawak ler...
Pada aku, senaman paling bagus adalah body step class. sangat suka lah join body step ni. mula2 mmg kelam kabut nak ikut step, naik atas platform segala kan. lama2 confirm ok. bila dah selesa, mmg rasa tekanan betul kat bahagian peha. mula2 spt biasa muscle strain la, lama2 biasalah. Hasilnya mmg nampak. walaupun tak byk.

:: Cth Body Step. Poster dia jer..::

Di sbbkan Body Step kena ikut class, (nak buat sendiri kat umah ikut DVD pun ok tapi aku malu ler depan Daddy Arsyad kang dia ckp aku poyo..hahaha), kena la tambah sket acara menguruskan peha dgn sedikit usaha. Trainer kat bawah kata paling bagus adalah Lunges. meh tgk kat bwh ni menatang apakah lunges ini...


Begini yer adik2. Sila buat posisi begini. Mula2 langkah besar2 ke depan satu kaki. pastu turunkan kaki yg belakang sampai ke posisi seperti dlm gambar. lagi bagus if turun pelan2 je sampai gigil2. hahaha...lutut dpn lock tau jgn kasi gerak. lutut kenalah selari dgn kaki. jgn terlampau depan sgt. Pastu jgn pakai kekuatan lutut utk turunkan kaki belakang. pakai body weight yer. kalau nak senang, tangan letak kat pinggang, turun kan kaki belakang pakai body weight pelan2. masa tu confirm rasa lenguh2 kat peha dgn betis kaki kanan. Lagi kita tahan masa menekan, lagi rasa...Lagi bestttt...hehehe






:: Another position dgn menggunakan platform:


Itu jela yg dpat di share setakat ini kot. Tapi, harus la di ingat. crunches and lunges ni kena buat masa badan tgh "panas" tau. I mean, bila dah warm up lepas brisk walking or lari. tak boleh bgn2 tido je nak buat crunches sejuta. mmg tak jadi la. hahaha..coz badan tak ready lagi, muscle2 tak longgar lagi, so susah nak burn. Paling bagus buat time tgh peluh menitik2 lepas lari..wahhh..terasa hebat di kala itu ok. hehehe

Sila la try bagi yg nak try tu yer. saya bkn pakar, tapi boleh la share sikit2 buat renungan bersama. yg penting kena selalu rajin, dan percaya yg boleh mencapai impian. jgn la ckp ish, perut dah besar gini buat apa pun tak boleh la. Salah yer tanggapan gitu. of coz la kena usaha lebih sikit if size tu lebih besar. tp stillllll achievable...

Lagi satu nak share (ish, tak abis2 lagi membebel..hahaha) kalau nak menyembunyikan lemak2 di badan dgn pemakaian baju. cth if baju kurung, dulu masa tgh selim melim, fashion wajib aku adalah Baju Kurung Moden mcm gambar kat ats color purple tu. Tapi sbb perut berlipat2 sana sini, kena pakai pesak gantung jer. dia agak ketat kat dada, tapi kembang kat bawah. so nampak sket konon2 kurus, sebenarnya menyembunyikan lemak2. hehehe..Tak caya? sila tgk gambar kat bawah....

:: Kurung pesak gantung..nampak je kurus kan??:

:: Rupanya Lima Bolan perut yg berjaya di sembunyikan..hahaha..Ilusi optik sungguh ler..::
Selamat mencuba la yer...Jangan patah semangat..Aku dgn Kak Selly tgh melancarkan project v.2 nih. Kita buat sama2 yer kak, kalau akak rasa putus semangat je, ingat balik komen bernas makcik yg tolong potong bawang kat umah mama last week..Akak ingat kan apa makcik tu kata??? Jadikan pembakar semangat tau..hehehehe

8 comments:

Selly Buke said... [Reply to comment]

hahaha... dimasukkan jua nama ku ittew di sini.. hahaha...

yer..yer..sgt ingat apa makcik2 tu ckp.. hehehe.. tapi paling tak best bila dia cakap: eh ko dah kurus.. makan ubat ek?

argghhhhhhhhhh ubat???? tensionnya.... takper2... banyakkan bersabar... hehehe

Shellya... Kami Gembira... said... [Reply to comment]

askum... hi...
Saya pun baru jer berblog...
saya suka baca blog mengenai anak2 dan famili...
saya suka baca blog awak..
sudi2 lah jenguk ke blog saya... http://kamigembira.blogspot.com

amiRAzlin said... [Reply to comment]

ok zu thanx bg info..info dah ada tp buat x buat xtau lg..haha..

ye ker dh lancar projek v2..bestnyer..teruja nk follow tp tkt xter'follow' haha..update yer dlm blog..bg lin semangat gaks ;p

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Kak Selly, mesti la letak nama partner in crime skali..hehehe..Makcik tu ingat jalan mudah je kurus dgn ubat2 kot. Sila respect sket org yg stop nasi for 6 months ni yer..hehehe. Tp serious zu happy bila makcik2 tu comment gitu. sbb sangat2 jujur statement di samping terpegun bila tgk akak dah kecik. hehe

Hi awak, thanks for visiting my blog. will add in my blog list..selamat berkenalan..

Lin, marilah bersama2. Jgn takut, lin mesti boleh buat punya..Lin boleh je start slow2. kat Prima Saujana byk gym baru bukak. Gym utk woman only pun ada tau..

Pnut said... [Reply to comment]

makcik kupas bawang cakap apa??
ahaha kepochi sungguh
korang kira bertuah la.. Nas dan Buk tu rajin melayan isteri, jogging la...diet sesama la...

akak ni laki pemakan... sikti-sikit ajak makan..ahahahah salahkan orang occay...

tapikan Zua, akak notis, kita kalau lepas beranak, kompem mmg turun gegila.. anak masa anak first, usia anak 3-12 bulan tu mmg tempoh selim sikit la...

bila anak dah setahun lebih badan akan naik semula walau jaga makan pun.. ehehe ni teori akak le..

anak kedua pun akak rasa camni gak..

anak perhati kawan-kawan pun camtu.. lps anak berusia setahun slowly badan akan naik balik..ehheh nape ek??

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Kak Naz, zu rasa kan, naik balik after turun kejap adalah sbb tak sampai "maintaining weight" lagi. mcm cth konon kita ada lagi 20kg kena turun. Pastu kita berjaya turun 10kg, and lepas kita rehat kejap, naik balik, mmg mcm tu kak. bkn sbb apa, sbb body kita kena terus menerus turun berat tanpa henti. and tak boleh dgn control mkn saja, kena exercise sama. mcm zu, kalau stop gym, tapi still tak makan nasi, mmg takkan turun la lagi. if dua2 buat, baru boleh jadi..

Sbb mostly yg turun sebenarnya body water jer. kepadatan lemak ada la turun tapi tak byk. so boleh naik balik senang la kalau involve water je kan..hehehe

Ini pada pandangan saya la yer..Pandangan pakar saya tak tau..hehehe

AdanyaKauUntukku said... [Reply to comment]

macam nak join aerobic balik..huwaaaaaaaaaaaaaaa

Fadz said... [Reply to comment]

Aku rindu gymmmmm. Ko pecaya tak aku cakap camni. Hahaha. Tp serius aku rindu. Nyampah aaa keje melambak lambak.

Btw, bila ko nak add aku nieh. Kang aku mengamuk kang. Hahaha.

Tolong peluk cium arsyad. Aku rindu sama itu budak nakal.