Pages

Jul 14, 2010

Masalah "Terlebih Muatan" lagik..hehehe

Pagi2 tadi berkobar2 nak update pasal budak kecik tu, tapi malas edit pic plak. sbb entry tanpa pic adalah bosan. budak kecik tu byk gambar yg harus di tempek kat sini utk tatapan dia bila dah besar panjang nanti. baru la dia tau Mummy tak exagerrate lebih tentang perangai dia. Bukti bergambar adalah menarik utk buat dia rasa takmo keluar rumah nanti sbb malu dgn perangai sendiri masa kecik2. hehehehe...

So tanpa gambar, aku nak bebel pasal kekecewaan diri sikit la. Walaupun dah byk kali aku remind diri sendiri blog ni adalah utk Arsyad, sebarang catitan pasal diri sendiri harus di elakkan, tapi rasa nak menyelit gak sbb sejak azali aku ni gila glam kan. hahaha...so lupa kan kejap la ni blog Arsyad. kang balik aku mintak izin dia lah selitkan cite aku kat sini..kekeke

Oh, mmg tak abis2 pasal berat bdn lagik. lantak la if org rasa nyampah, rasa aku tak bersyukur ke, rasa meluat ke. suka ati la kan. Hanya aku yg tau adakah aku sudah kurus, atau masih mengembang. Oh, ada satu lagi org yg tau jgak. Tak lain tak bukan adalah Daddy Arsyad. Daddy Arsyad adalah org yg sangat2 jarannggg nak comment tau. kalau aku make up cantik2 ke, pakai baju cantik2 ke, pusing2 la depan dia sampai pening, tanya la 40x pun "cantik tak i?", dia akan jwb dgn muka toya je.."Cantik...." (sambil pakai kasut). tapi takpe, aku sejak azali dah biasa. soalan aku tu saja je nak kasi dia panas sebenarnya. sbb nak dgr dia awal2 puji agak mustahil la. kalau terjadi aku akan segera tgk luar tingkap tgk hari adalah hujan emas ke tak kat luar tuh. hahahaha




Sbb aku dah lama tak turun gym. ada la dekat 3 weeks kot. Dah la tu makan tak control. main belasah je apa nak. sampai la 2 hari lepas bila Daddy Arsyad ckp " Tadi kan i jalan belakang u, mmg obvious u lebar dah skrg. ". Aku mcm....what?? obvious ke? tapi baju2 takde la ketat mana. tak rasa pun naik byk. bila timbang ada la naik sekilo dua. tapi takkan obvious kembang kot? Takpela ok lagi. Tapi mlm tadi bila aku saja kacau2 dia tergedik2 mengeliat2 bagai, dia boleh bagi statement nih. "Laa...dah mcm Paul the Octopus i tgk.."...wah..wah..wah..sedapnya ckp org mcm Octopus eh..giler bulat kot si Paul tuh. sabor..sabor...


So, terpaksa la aku menanam semangat balik seperti setahun lepas. hahah..iyer, setahun lepas aku adalah nekad gila. stop nasi, stop amik air manis, stop dinner, gi gym every morning, lunch time pun kat gym at least 3 times a week, sampai la aku dpt turun 20kg. tapi di sbbkan aku belum sampai "maintaining weight" lagi, so sbb tu naik balik and tak turun2 bila usaha tak consistent.


Aku pun tak paham ngapa aku malas sgt. padahal segala kemudahan dah ada dpn mata. meh aku listkan kemudahan2 itu..




  • Gym free. Company aku baik mmg kasi membership free for every staffs. Gym pun dekat 5 min je turun dari office aku nih. and bkn Gym kecik2 kalau dah Twin Towers Fitness Center sah2 semua ada. Tapi kalau ko boleh sustain 15 min je atas treadmills sebelum tercungap2 mintak nyawa, tak tau la apa nak ckp lagi kan..hehehe


  • Kalau tak tau nak exercise, nak diet segala, siap ada special talk ok. Kat office aku ni boleh di katakan every month ada talk pasal health, exercise, segala2 nih. siap hired special consultant yg betul2 master pasal benda nih lagi. ko tanya la soalan apa pun, semua dia boleh jwb. masa attend tu, rasa semangat berkobar2 la. tapi balik je dari talk, ko ingat2 lupa notes dia kasi. turun je lunch nampak KFC, terus ko lupa 100% apa dia ckp masa talk tuh. hahaha...tak ke betul Puan Salina? oh, dia adalah boss yg arrange benda2 nih ye..hahaha


  • Flexibility. Mcm aku, kalau gi gym pagi, sampai gym dalam pukul 7.15am, boleh je aku work out sejam, mandi, siap2 masuk office dekat2 kul 9.00 am or lebih dari tu pun takde hal sgt. Sbb boss saya adalah sangat memahami. Kalau aku lagi lambat dari dia, if dia tanya, aku ckp aku gi gym, dia ckp "Good..". hahaha..boleh? tak tau la dia sindir ke dia marah. tapi so far dia tak sound la. so tak payah la nak terasa hati sbb dia tak sound. sbb dia jenis kalau tak suka direct okeh melaser. so takde la terkejar2 nak masuk office pagi2 segala. tapi agak2 la. kalau hari2,keje tak siap, gym je lagi penting, baik ko resign keje kat gym lagi bagus kan...


  • Support dari Daddy Arsyad pun tiada tolok bandingan. dia pun sanggup bgn pagi2 keluar rumah lepas subuh sampai office kul 7am sbb aku nak gi gym. Dia tak kisah pun jadi org paling awal kat office dia, pastu tgu kwn2 dtg kul 8.30am baru turun bfast, demi nak support wife dia yg malas ini. Ptg pun mcm tu, kalau aku nak turun jog, dia gi minum dgn kwn2 dulu sementara tgu aku.


  • Kalau bosan kat gym (iyer, aku tak suka gym sbb dlm aircond and cepat rasa bosan), boleh je turun jog kat taman KLCC ni ha. siap ada proper jogging track and best sgt. Ramai gak org rajin turun so aku boleh feeling2 best bila jog skali dgn org yg rajin jogging nih. Tapi bila tgk minah2 salleh yg body gempak2 ala2 Cameron Diaz, ko rasa mcm nak join je makcik2 buat poco-poco tu instead. hahaha...rajin okeh diaorg buat poco-poco every Wed kat taman tu. best lak tu tgk.

  • Pastu bila aku buat2 blurr kat gym tak tau nak buat apa. sbb bosan atas treadmill and cycling, siap ada fitness instructor bagi syarahan free. aku ckp nak amik dia jadi instructor aku kasi aku motivate sket. dia ckp jgn buang duit,dia leh ajar cara2 nak kurus tanpa bayaran. just buat sendiri je. kaedah2 and segala khidmat nasihat suma free of charge. (kebetulan dia budak hockey gak yg main sama time dgn aku dulu tapi tak pernah kenal.hehehe). See, betapa bertuahnya. org lain siap bayar beribu nak amik instructor tau.

Hmmm..lepas tgk blog Nadiah, buat entry pasal berat naik 2kg (ekeleh, 2kg je ke babe?), berkobar2 la konon aku nak start balik kan. dh la dia tu dulu chubby2 comel, pastu skrg nak nangis tgk peha dia tau. hehehe..bersemangat kental gak minah ni. so harus di jadikan contoh dan tauladan..

Harap2 cepat la start balik project and berkekalan sampai dpt maintaining weight. (55kg). Or dpt cecah 60kg pun ok lah. utk height aku sebenarnya ideal weight is 62kg. tapi saja gatal nak kurus selangka mcm dulu2 supaya if makan nasi goreng ikan masin kul 11pm pun naik setengah kilo and esok pagi lepas melawat En Tan dia akan zuupppp..kembali ke berat asal..itulah di namakan underweight sikit, bila terlebih mkn jadi stokin, pastu after a while dia kecik balik. huish..rindu saat2 itu!!!..

Apapun, terpulang pada diri sendiri. badan sendiri, sendiri la kena usaha dgn kental and kekalkan sampai dpt berat idaman. takde sapa yg boleh di persalahkan or buat alasan2 tak masuk akal lagik. Harap2, aku insaf dan kembali ke jalan menuju gym..hahaha

p/s. Cita2 adalah memakai baju kebaya di Hari Raya thn ini. kalau tak cecah 60kg, cita2 itu tinggal harapan je la. kalau pakai gak kang duduk je raya umah org, Arsyad dtg lompat tetas terus segala benang2 baju kebaya aku..hahahaha

6 comments:

dieya said... [Reply to comment]

haa ada jugak entry pasal mummy, dok entry pasal arsyad je kan. don't worry babe i'm sure u can do it! u kan ada keazaman yg tinggi mcm org dia jugak.. zu bolehhhh!!!!

mama3A's said... [Reply to comment]

huhu... macam sama jer 2 beradik tu.. abg pun br jer tegur akak last week.. huaaaaa.... nampaknya akak mmg kena betul2 wat mcm dulu la.. jd kan zu as mentor.. apa lagik mentor! chaiyo! chaiyo! bagi semangat balik kat akak.. buat sama2.. nie dh la tak tempah baju ghayer lagik.. confirm dh tkder org nak... jadik kalau nk berbaju ghayer kena la `mengecik' sikit coz nk beli baju siap. huhuhu

ZuNas77 said... [Reply to comment]

hahaha...Nadiah, mummy try tak nak gila glam dlm blog anak sendiri..hahaha.tu la nak start balik project menguruskan badan..tension betul lah..

Kak Sally, marilah kita kak. zu berazam kenduri hujung minggu ni last nak makan nasi. lepas tu nak stop balik nasi sampai lah Raya. (itupun kalau raya dpt cecah 60kg).hehe..zu pun belum hantar lagik baju raya. tapi dah bgtau kakak tailor tu siap2 spare kan tmpt utk zu. hehe

amiRAzlin said... [Reply to comment]

huh...chaiyok..chaiyok..suka bc n3 psl semangat nk kurus ni..walaupun xleh ikut sebijik2..ikt sket2 jadi la..haha

eiseai said... [Reply to comment]

ish...kesian org tu buat muka tebal hantar invite, hantar reminder. dtg lah skali skala health talk tu. yg penting dtg and ambik knowledge pastu leh transfer ke org lain. buat sendiri tu belakang crita ehhehehe...

ZuNas77 said... [Reply to comment]

LIn, marilah kita bersama2. the more the merrier..hehehe

Hahaha..Puan Salina, saya kalau boss takde, kalau tak bz, confirm saya dtg tau. tapi sbb 4 jam tuu...mau boss pun gi bwk dgr talk sambil suruh buat slides dia kang..hahahaha

takpe, i dah ckp ngan Library nak pinjam segala DVD 360 talk. semoga i layan kat rumah plak. hehe