Pages

Jul 7, 2010

Singapore Part 2 - Universal Studios!!!!!

Mak Aihh..jenuh nak mengupdate ok. ngan bz hari2 kat office, ngan keterujaan nak update trip Spore (sementara masih segar di ingatan..kang basi plak), ngan kesabaran nak upload gambar yg maha byk nih..harap2 sampai abis la aku update entry Spore. boleh Arsyad baca bila dia dah besar nnti kesabaran mak bapak dia bawak dia berjalan. hahahaha



Ok lah, so sambungannya, kami pun teruja la bila sampai ke Universal Studios ni kan. ye la masih baru, tak fully open pun lagi. tapi tak bukak byk pun habis la satu hari dlm nih. itupun ktorg tak naik suma rides, tgk shows je. kalau naik rides, semua dah bukak, mau duduk dlm khemah dpn USS ni kot. hahaha..tak la besar sgt. tapi padat la. ko jalan sket benda baru, lima tapak sket benda baru. so teruja tu adalah best...



Sampai je hujan. so tak dpt la amik gambar dekat2 kat Globe USS nih. dari jauh je. janji la asalkan ada gambar kan. masa ni Arsyad tido lagi. pastu elok ktorg nak posing2, dia pun bgn. bagus la boleh aku tukar baju dia. takkan masuk USS pakai baju tido plak kan? nampak sgt org Kajang plak kang..hahaha



:: Globe yg sgt famous itu..::

:: Kira ok la gambar walaupun jauh kan..



Elok je dia annouce gate dah bukak, kami pun serbu la. masa lalu kat counter2 tu aku tgk dia annouce ckp ticket dah abis utk hari tu. giler okeh, baru bukak gate tp tickets dah sold out. ye la ramai dah beli siap pastu yg walk in pun tinggal sikit je kot kan. kalau dah sampai skali takde ticket alangkah frustnya. nasib la ktorg suma dah settled. ticket SGD66 per person tu dia kasi skali SGD5 utk makan and SGD5 lagik utk souvenir. best kan? dpt la topup2 sket belanja dlm tu. sbb sedia maklum la confirm brg2 dlm tu mahal kan. nama pun USS. kalau sunway lagoon or Genting pun mahal..



Aku serbu tmpt stroller dulu. sbb dah baca kat forum diaorg ckp boleh rent je stroller kat situ. so buat apa angkut jauh2 dari KL kan. lain la Arsyad nak duduk stroler all the time. itu pun main sewa je stroler dlm USS tu mana tau dia nak tido ke penat ke. nasib la dia ok duduk dlm tu most of the time. kalau nak pikul dia, mmg penat la..charge sewa stroller adalah SGD10 per day.




:: tempat sewa stroller. yg twin pnya pun ada. kalau korang malas jalan, sewa je la wheelchair tu skali. hahaha::



Bila dah settled suma budak tu pun dah wangi2 hensem2, maka pengembaraan pun bermula. wahhh..best okeh. baru masuk pintu gate nih, dah tergamam dah aku. nampak sgt jakun. hahaha..lantak la kan. kalau org lain tak jakun, biar la aku jakun. bkn slalu dpt datang tmpt gini. so mari la jakun puas2. hahaha



Mula2 Hollywood Boulevard. mmg mcm kat dlm cite2 hollywood la. all the architecture sgt2 cantik. buildings dia mcm real je. ye la tak real tak payah la buat USS kan. kitaorg ni asa 5 tapak je stop amik gambar. sambung lagi 5 tapak stop lagik. hahaha..ntah bila nak sampai dpn ntah. perut dah lapar nih..



:: Eh, tersesat plak kepala Auntie Haine hehe::




::Mcm ngeri tgk gambar ni sbb Arsyad ralit tgk mascot nih. nampak cap dia je muka tarak. haiyooh...::



:: Antara permandangan..::


:: Group Photo..Daddy Rayyan yg snap gambar ni kot::


Layan je la gambar yer, malas nak buat caption. hehehe









Tempat pertama yg di tuju adalah mengisi perut. lapar okeh. dah la lepas hujan. harus lah mkn dulu kan baru ada energy lebih nak berjalan2. kami makan kat Mel's Drive In. simple je fast food dia. tapi burger dia adalah sedap. pastu ngan ada voucher dpt tu kan, ktorg kena top up SGD 5 je lagi. ok lah kan. Arsyad pun enjoy je makan fries dia. budak kecik tu mmg suka fries.




:: Dpn restaurant tu ada byk kete2 antic..boleh posing2::

:: daddy Q beli food, harus anak dgn mak posing2 dulu.hehehe::



:: Cayang anak Mummy..tp muka Arsyad mcm tak rela je..hahaha::




:: Mcm unik kan botol air nih. tapi mahal okeh SGD 19.90.::



Okeh lepas dah isi perut puas hati, kami pun meneruskan perjalanan. tapi dpn restaurant je dah berhenti lama sbb sikit2 posing. ye la kan. sbb igt nak buat satu round visit je harus la explore setiap inci every places kan. pastu takde patah2 balik dah. kalau ko terlepas, gigit jari je la. atau amik gambar kwn pastu superimpose je la muka ko. hahahaha



:: Of coz aku posing dulu bila Daddy tgh bz layan Arsyad..hahaha::

Lepas tu ada la family photo plak dpn kete kuning ni. aku rasa aku dah uplaod siap2 tadik. pastu aku carik takde plak. haihh..satu hal la plak nak upload lagik and drag balik ke atas (aku paling benci nak update sbb benda ni lah..ke aku sorang yg tak reti nak arrange gambar dlm entry? hahaha). so utk tidak mematahkan semangat nak update, mari la kita move on yer. layan la gambar sekitar Hollywood Street nih..








:: Tak gayat ke Arsyad? aku lupa plak nak posing kat sini. ::


:: Suka hati nampak...::


:: Siap posing ala2 melampai tgn tak tahan ok..::


:: Ish, mak dia lagi posing sorang2..hahaha::



Kita org dah terlajak sampai Sci-City masa ni. pastu patah balik sbb rupanya byk shows kat Hollywood tu yg harus tgk..



Show pertama kami adalah di Lights, Camera, Action by Steven Speilberg. aku baca review diaorg ckp bosan. tapi aku rasa best je. dia tunjuk mcm mana pakcik Steven ni direct film. kan films dia byk actions movies. so kira bila dia direct tu, set tu semua kena complete la dgn side effect sgala. so nampak real padahal sah2 suma dalam studio kan. takde la mcm film hindustan scene kete jatuh gaung dia bleh plak letak kete mainan pakai kotak pastu buat gaung pun pakai kotak. hehehehe..


Cuma tak tahan sket sounds dia kuat gila. ye la kalau perlahan takde la real kan. harus la berdentum dentam nak2 scene tu giler scary ada ombak2, hujan petir2 mcm nak terbalik je bumi ni kononnya..budak Arsyad tu sangat over tau. tiap kali sounds effect kuar, dia tepuk tgn. konon terpegun sgt la tu. mcm paham je kan. aku pun pelik. patut dia nangis la sbb takut kan. aku tgk ramai je bdk2 kecik nangis sbb mmg la buat terperanjat. tp dia leh plak menghargai dgn tepuk tangan tanda enjoy. hehehe..



:: taklimat sedang di jalankan. dia warning la dgn sound system yg maha kuat..dan dentum dentam yg akan berlaku::


Lautan api sanggup ku renangi..hehehe


:: ini la set dia::



:: Belakang tu mcm bandar yg dapat tiba2 ombak beralun2 sangat besar. mmg nampak real::


Pastu kami pun meneruskan perjalanan...best plak jalan2 kat Hollywood Boulevard ni. sbb mcm feeling kat US pun ada. hahaha..feeling je la kan. nak sampai sana ntah bila tahun la plak. aku dgr skrg USS bukak Hollywood entrace murah je SGD2 je utk lepak2 and amik gambar kul 7pm-10pm. kalau mlm lagi cantik kot. ok la takat nak feeling2 and amik gmbar kan..








Pastu Daddy Arsyad tiba2 nak try camera plak. dia ckp asap2 kuar kat jln tu so cantik if amik gambar. dia nak amik gambar anak dia sebenarnya kebetulan aku tgh pegang stroller, harus la menyelit sama. Hasilnya, mcm gambar aku je and Arsyad hanyalah watak tempelan. hahahaha


:: Feeling lebih kan? anak di kaburi asap2 tu tak pedulik pun..hahaha::


:: Ni dari camera Auntie Fadz. aku tgh posing kat camera laki aku. tgk la punya lentik aku posing, Abdullah Arsyad still dgn muka bosan and malas nak layan..hahaha..Salina, jgn gelak ok!!:



:: Masih berposing tak ingat dunia. Maafkan Mummy yer Arsyad. Auntie Haine kat belakang tu sibuk dgr kerja tau..nyampah::


Lepas tu ada Street Dance show. ok lah boleh ler layan. mula2 mcm gempak lama2 rasa bosan plak sbb mcm street dancer biasa je. ktorg layan je sbb budak Arsyad tu mmg terkinja2 sket kalau tgk org dance2 nih. dia pun sama turun dari stroller terus terkedek2 gi dpn goyang2 skali. hahaha...sapa punya bakat la dia ikut nih...


:: Auntie Fadz, kita sedang snap candid picture, sila berlakon yer, sempat lagi dia buat peace..::


:: Budak ni dah naik "sheikh". ko gi clubbing esok siap ko!!::


Lepas tu berjalan2 lagi, jmpa la lagi mcm2 mascot kan. kat USS ni everytime ko jmpa mascot, kena Q if nak amik pic. pastu ada sorang entertainer dia sorang akan tolong snap pic ko. so takde la masalah gi sana berdua pastu asyik gambar sorang2 je kan. hahaha..ye la nak suruh org snap kan leceh plak. bagus betul system diaorg nih. Masa jalan2 tu aku nampak la mascot apa ntah ni yg menakutkan. Arsyad pandang dia hairan gila. mesti dia pikir dari planet mana la dtg Uncle nih. hehehe





:: Budak yg takut dan hairan. org tu nak pegang dia, dia tak kasi so kena la amik gambar pelik gini::


Jalan2 lagi, lepas Hollywood adalah Sci-Fi City. tapi tak best la plak sbb tgk mcm takde benda yg menarik je. laju je ktorg jalan selepas realize yg ktorg ni slow plak kejap2 berhenti amik gambar kang tak cover plak satu USS ni kan. slow proceed je la ke tempat seterusnya. sbb byk theme dlm nih. kalau boleh nak la cover suma kan...


:: dpn Rollercoaster yg besar. mcm ngeri. masa ktorg lalu ni dia tak bukak. tak tau la sbb mmg belum bkak or lepas ujan dia tak bukak::



:: Kan bagus kalau tiap kali kuar nak duduk dlm Stroller? ke memilih nak stroller USS jek? ::


ok, next is Ancient Egypt. aku mcm kurang terpegun sbb terasa mcm berada di Sunway Pyramid je. hahaha..ye la, mmg betol. sbb architecture dia sah2 la sebijik kan. nak amik gambar pun ala2 je lah. yg best kat sini rides dia la. byk rides. tp of coz ktorg tak naik. lain kali la Arsyad besar sket leh la naik kot...so kami amik2 gambar je la kat sini. nothing much...



:: 2 org ibu dan 2 org anak dara..hehee::



:: Aku tak tau nape mamat ni pegang kepala aku time nih. nak jampi aku supaya jgn over berposing sorang. sila sedar diri ko ada laki dan anak. posing la dgn mereka skali..hahaha::


:: Oklah, oklah..mari kita berposing dgn keluarga tercinta..Arsyad seperti biasa budak Kajang yg jakun..spoilt gambar je..hahaha::



:: Tinggi okeh patung ni. aku yg tinggi ni pun takat buku lali dia je. hahaha..of coz la kan..::



:: igt nak naik ride nih. tp amik masa 40 min nak pusing satu round and waiting hour is sejam!. lupakan..::


:: Architecture yg boleh la di katakan gempak..::



Lepas tu Rayyan plak nak tukar2 baju kasi hensem2. kami pun melepak la kat sini cuci2 mata. org tak ramai sgt walaupun ticket sold out. sbb diaorg ckp USS ni control crowd dia. tak tamak jual tickets then end up org berasak2 dlm ni pastu tak enjoy. wahh..bagus..bagus. cuaca pun best je time nih. baru lepas ujan, tapi tak panas, tak ujan, tak gelap. just nice la bagi aku. aku baca blog2 org lain, kalau time panas tu membahang dan membakar, sampai tanned. tak dpt aku imagine dtg time panas2 dgn si Arsyad. mesti mencabar kewibawaan. setakat ni Arsyad adalah terkawal. dia suka duduk dlm stroller tu so tak penat nak kejar dia. pastu dia mcm terpegun gak kot dlm tu mata asyik pandang keliling je menikmati pemandangan. so aku adalah lega..hehehe


:: Minum dulu sambil tgu Rayyan::


:: Yeay, Rayyan dan encem...::


:: Arsyad pun teruja bila Rayyan hensem. kepala terlentok2 konon freindly..hahaha::



Pastu kami pun jalan lagik. next destination adalah di The Lost World. tempat dinasour2 suma. kat sini takde show plak. byk rides. yg mana kami tak boleh la naik kan. best2 gak tgk rides dia. ada yg utk basah kuyup, ada yg mcm hanging kat atas kaki terjuntai2 pastu jerit2 mcm org hilang akal, hehehe...takpelah. sekian, terima kasih. aku mmg takut naik rides sebenarnya. so tak dpt naik pun takpela. ktorg snap2 gambar je kat sini.


:: Arsyad masih tak pandang camera..::



:: Auntie2 yg sakan posing. aku dah telepas masa ni malas plak nak patah balik amik gambar. mcm real je binatang tu kan:



:: bapak besar okeh dinasour nih. tau nape lantai dia basah? sbb rupanya ada air pancut. dia akan terpancut tanpa ko sedari. ada sorang kakak ni tgh tolak stroler anak dia,,skali air pancut kuar. terperanjat dia terus lari tinggal anak dia dlm stroller.lawak ok. nak selamatkan diri sndiri je eh??::

Next kami ke Waterworld plak. kat sini show sahaja. best wooo..tapi ada timing la.ada kul 1.00pm, kul 3.00 pm, and 5.00pm. kiranya kalau masa lalu tu bkn timing dia, pepandai la jalan mana2 dulu. pastu datang balik. sbb show dia dlm 30 min gitu kot. berbaloi gak la sbb tak payah Q, tak payah nak sesak2.tmpt dia besarrr...and leh duduk and enjoy..

:: The entrance..::
:: Set dia. org ckp mcm film waterworld. tapi aku tak sure sbb aku tak tgk cite tu..hehehe::

:: Another side of the set::


:: Dari tmpt duduk aku::


;: Ni crowd dia. bawah skali wet area, tgh not so wet, atas dry area. kira kalau ko duduk bwh skali kena la pakai baju hujan or stand-by payung. sbb mmg kena simbah air kaw2 sampai kuyup::
Kitaorg membuat keputusan takmo basah. sbb malas tukar baju bagai kan. Aku tgk rata2 org yg duduk tmpt wet area mmg nak basah. ada yg dah siap pakai swimming suit. hahaha..pakai baju hujan, cover dgn payung bagai. sbb pelakon2 tu akan berlakon real2, pastu amik2 air jirus2 audience. bila dia kuar ngan jet ski pun, saja je bwk laju2, amik corner maut pastu percik air kat audience. kira kalau ko mmg dah ready nak basah seronok ler kan. yg takmo basah pun seronok gak. sbb show dia best hero nak selamatkan heroin. terbakar2, meletup2 tmpt tu suma. gempak la..ktorg duduk belah atas. tp bdk kat bawah ni tetap nak downgrade diri sendiri duduk kat tangga. tension betul. smpi kena sound dgn org yg jaga tu. Nampak sgt org Kajang (salahkan tmpt tinggal lagi..hahahaha)

::Budak downgrade ticket::


Pastu kan aku notice semua show2 dia kan, dia tak kasi la bwk masuk stroller sampai ke dalam. kena letak elok2 susun kat luar. aku mula2 mcm pelik gak sbb mesti la org takut brg dia hilang ke apa kan. tapi so far brg ktorg takde plak yg hilang. ye la setakat botol air, pampers suma takkan org nak curi kot. tp mana la tau kan sbb aku ye la stroller sewa. kot org yg pakai gempak2 McLaren bagai mcm Rayyan tu. berbaloi kot kalau nak curi. tp bila nak amik stroller kat sini aku tgk mmg ada org jaga. kira pencuri pun berhati2 kot. hehehe

:: Stroller yg kena parking elok2 sebelum masuk::
:: Sebelum gerak ke next destination, mari la bergambar beramai2::
Lepas tu kami ke Far Far Away..dari jauh dah teruja sbb castle dia gila besar. kira masa masuk je dah feeling2 Snow White ala2 princess bagai. hahaha..tp mmg kira terpegun la kan. aku tgk muka Arsyad pun terpegun sama. yg aku lawak bila aku baca pasal Far Far Away ni kat blog org, ada sorang Auntie ni tanya org kat USS nih, kat mana Madagascar punya tmpt? then org tu jwb la after far far away. pastu Auntie ni terkejut la kan...dia ckp What?? u mean really far far away? hahaha..sebenarnya Madagascar lepas tmpt Far Far Away ni la. dah nama dia gitu kan. confuse la org tua tuh.
Kat sini pun ada rides. tapi lama sgt and tak tau sesuai ke tidak utk kami yg dtg bwk anak kecik nih. so ktorg pun memilih nak layan 4D Shrek Show je. best okeh show ni. aku terpegun la. antara byk2 show aku paling suka show ni la kot. best sgt and cute!!
:: View castle dari dpn:::: Berposing la kami dpn castle.::

:: Cantik kan::

:: Arsyad plak nak posing::


:: siap ikut instruction Auntie2 dia tu suruh letak jari kat pipi. ntah apa2 punya posing lah::


Lepas tu kitaorg pun beratur la nak tgk show Shrek nih. aku nasihatkan kepada korang if nak datang and nak enjoy every shows and rides, amik la Express ticket. harga lebih SGD20 je kot. yg penting tak payah nak berdiri lama nak beratur. sbb so far yg kitaorg layan ni takde la beratur panjang and lama sgt. tapi aku tgk rides2 yg best mmg giler panjang kena beratur. and dia mmg letak la jangka masa berapa lama. ada sampai 90 min pun ada. gilo. tak kuasa nak beratur panjang gitu kan.
:: masa beratur ni la baru Shrek and Princess Fiona keluar utk bergambar dgn org2. menjerit2 la kami sbb tak sempat grab dia..haihhh::

:: Arsyad pun kena la pakai 4D spec ni baru la feel..hehe::
Sebelum masuk aku tgk takde la ramai. skali dalam giler and jauh giler baru sampai betul2 entrance dia tau. pastu aku tgk org dah membuak2 dah. rasa tertipu je bila tgk kat luar kosong kan. rupanya mmg diaorg tak tipu. sbb dia mcm normal cinema la tapi boleh muat ramai org. easily 500 pax aku rasa. sbb masa masuk tu diaorg tunjuk display indicator diaorg kira kepala aku tgk dah 375 org dah. agaknya lepas cukup 500 baru dia tutup kot
Masuk je kuarlah narrator cite shrek. semua org diri. aku dah pelik la sbb takkan nak diri je the whole show. mau tercabut kaki ni.rupanya itu intro je. lepas 15 min intro baru dia bukak pintu. giler besarrrrr dlm hall tu and byk giler tmpt duduk. suma org rebut2 mcm la tak dpt seat kan.
Show tu nampak mcm normal cite shrek kat wayang. tapi sbb 4D, best la sbb bkn je nampak real dgn spec tu, siap ko leh rasa lagi tau. mcm kira kalau shrek tu naik kuda kena kejar, rasa sejuk je dia pakai blower kasi angin kat muka ko. mcm ko la yg naik kuda. paling best everytime diaorg kena basah ke masuk laut ke, diaorg mcm spray air kat muka...bila ada binatang kecik2 gigit kaki, pun terasa ada binatang kecik2 kat bawah kerusi mcm tgh gigit kaki. menjerit2 la suma org kan. aku tak pasti la apa kebenda yg dia letak bagi org rasa gitu. yg penting..best!!!

Bila kuar Daddy Arsyad nak gi toilet. skali nampak ini binatang. Anak2 Salina mesti suka Puss ni kan?? hehehe..comel sungguh. aku pun tak lepas peluang amik pic. padahal anak aku tak tau binatang apakah itu. hahaha

:: Mak yg asyik posing, anak yg asyik dgn muka confuse::

:: Antara binatang2 kat Far Far Away::

:: View lagik::

:: Nenek ni pun nmpak cute::

:: Tgk tu waiting time 95min. tak kuasa..::


:: Ni kira ok la 15 min::


:: Puss memanjat tinggi::
Lepas tu next destination yg di nanti2kan . Madagascar!!..sbb dok tgk blog2 org mmg happening je kat sini kan. sbb ye la kebanyakkan binatang2 ni kira aku familiar gak sbb tgk movie dia. so feel tu lebih sket..
Aku tak dpt nak posing byk2 kat sini sbb Arsyad nak naik rides plak. dia tgk ala yg naik kuda la, Giraffe la yg pusing2 kan. kira sesuai la utk dia. so aku pun join la nak pegang dia. satu2nya rides yg aku naik kat USS nih. kira rides jugak la kan...hahaha

:: Entrance::

:: Comellssss::

:: Terkesima tgk rides::

:: Layankan aje la. aku mula2 nak naik dolphin kat dpn tu. skali daddy dia jerit ckp tinggi sgt. terpaksa la naik nenek tua ni. tak stylo langsung laaa::

:: Nak kasi dia excited mak dia kena la terlebih excited kan..::

:: Rayyan kecik lagik, tak boleh naik lagi yer sayang..baik je Rayyan ni tau..comel sgt!!:

:: Group pic adalah satu kemestian..::

:: Mari kita gila kuasa..hehehe::
Lepas tu bila dah abis pusing Madagascar, tgk kat Hollywood Boulevard balik. aik..dah abis dah? nape tak sedar? tgk jam rupanya dah kul 4.30pm. tak sedar dah sampai ptg ktorg dlm tu. walaupun tak explore semua benda, kami tetap enjoy. sbb mmg dah set kat kepala bwk budak takkan nak semua rides kitaorg nak balun kan. tgu la diaorg dah besar sket ke boleh datang lagik. hehehe
So apa lagi, mari la mengambil gambar secara gila2. sbb dah nak balik kan. bus sebenarnya scheduled pukul 6.30pm. tapi kira ok gak ktorg abis awal dpt amik earlier bus kul 5.45pm. sempat la nak balik hotel fresh up suma jamak siap2 rehat pastu kuar balik kan..


:: Aku posing mcm gi vacation dgn kawan2 je. hahaha::


:: Posing lagik..::

:: View lagik..::


:: Ni si Adam kan? lupa nak amik gambar dgn dia::


:: Family photo jgn di lupa..::

Dah nak ke jalan kuar tu rupanya ada satu lagi show. diaorg kata Live show kat dalam. kul 4.45pm start. sedang elok je ktorg sampai dpn tu. so masuk je la kan. tapi mengecewakan sungguh. sbb show dia nyanyi2 je. kalau lagu yg pernah dgr best la layan, lagu yg tak pernah dgr rasa bosan la. sbb mmg live performing nyanyi2 and nari2. Arsyad dah gelisah dah sbb bosan. so aku pun kuar la tak dpt meneruskan bila dia dah buat2 bunyi kan. tgu je la kwn2 kat luar..

:: budak dah restless...tapi nak gak melasak::

:: Boleh dia bantai duduk atas jalan nih. Daddy dia pun malas dah nak layan::
Lepas diaorg dah kuar tu, ktorg gi la merchandise store dia. sbb dah ada voucher tu kan. aku takde la aim nak beli byk2 brg. sbb tau mahal. skali tgk barang dia takde la mahal sgt. if korang compare dollar to dollar la. jgn convert. tshirt USS utk budak dlm range SGD16-25. utk adult dlm SGD23. souvenir lain pun tak mahal. kira boleh beli la kan..bagus gak diaorg ni tak mencekik org kan..
Dah beli2 tu lepak la kat luar menunggu Auntie2 Arsyad yg bz bershopping lagik. Arsyad ni bila dia restless dia lagi lasak. tak terlarat betul nak kejar dia kat luar tu. sabar je la igtkan dah penat..

:: Daddy kena sentiasa ikut dia gi mana..::

:: Kalau dah pegang tgn pun boleh dia tarik and lari!!..::

Sekian saja la di USS. byk giler gambar kan? kira ok lah puas hati and patah kaki. hahaha..balik je hotel bilik suma dah siap. mandi2kan bdk tu, siap2 suma sbb nak gi mkn plak and explore night life kat sekitar hotel nih. ktorg choose makan kat ZamZam yg famous dgn murtabak dia. amik murtabak daging dgn nasi briyani. sedap gak. and price biasalah jgn convert, baru rasa murah..

:: Murtabak daging yg very tempting SGD10::
Lps tu ktorg pun gi la Bugis Junction Mall. dkt je jalan kaki dari hotel dlm 5 min. ok la shopping complex dia semua ada. tapi sbb badan dah penat, perut dah penuh mata pun mcm nak tertutup dah, apa cari suma tak jmpa. ada la beli t-shirt 2-3 helai. masa aku Q nak bayar tu aku suruh Daddy tgkkan arsyad. bila aku dah settled, tgk Daddy pun dok ralit pilih baju. tanya dia anak mana? elok je dia ckp "Tu....." Terkejut gila ok. tgk la dia kat mana nih..

:: Selamba je bdk ni kan. ni bkn lagi org Kajang dah, jadi org dari gua kot sbb jakun sgt2:

:: Nampak je aku terus buat muka gini okeh::

:: Buat derk je bila org panggil suruh kuar::

Pastu aku gi la tangkap dia kan. aku ckp la kat Salesgirl tu sorry eh, dia buat kacau. ko tau apa minah tu jawab? "Its ok, He's too cute!!". boleh?? cute la sangat perangai gini kan. kalau org rasa cute ok lah, kalau tak, habis sebakul aku kena maki kot. hahaha
Pastu gi Bugis Street plak. ala2 Petaling Street je. takde benda sgt yg best kat sini dpt la t-shirt singapore Arsyad SGD10 utk 3 helai. hehehe..pastu kaki mmg dah tak larat sgt2. cari2 Fadz ngan Haine tak jmpa lak. last2 ktorg balik je. sampai hotel baru call diaorg ckp dah balik hotel dah. sian diaorg rupanya tgu ktorg. ye la ktorg tak bwk hp masa kuar mlm tu. hehehe...
:: Bugis Street:
Habis la 1st Day kat Spore. yg mmg packed, tapi seronok sgt. kaki mmg berdenyut2 je masa tido. Arsyad pun tido lena betul penat sgt agaknya kan. esok punya agenda full gak. shopping time!!!...itu next entry yer. tapi tak tau la bila. sbb menyiapkan Part 2 je makan 2 hari nak abis..hahahaha

7 comments:

dieya said... [Reply to comment]

hahahahaha kelakar laa tgk gambo2 arsyad muka confuse jek takde perasaan.. muka mummy dia yg excited lebih2 :-p

rayyan tu anak lin ek? camera friendly sungguh, pandai dia pandang lense ek! i tgk gambo2 baru perasan lin dah pakai tudung. comel sgt muka dia!

ZuNas77 said... [Reply to comment]

gamabar2 kitaorg still tak boleh lwn gambar vacation u tau..bestnya!!!..i nak comment smlm tak sempat. teruja nak abiskan baca the whole entries!. hehehe

a ah anak Lin and Shukor. comel kan? kecik2 muka Shukor, dah besar sket skrg ni muka Lin. Lin dah lama pakai tudung, since last year..

Rodiah Sabri said... [Reply to comment]

terkesima melihat arsyad baik dlm stroller....

eiseai said... [Reply to comment]

arsyad, len kali arsyad pegang camera tangkap gambar mummy je lah. arsyad masuk gambar pun bukan ada role pun sbb mummy arsyad tu dia pantang tengok camera. kalau ada je camera, mesti dia ingat dunia ni dia yang punya hahahhaha

ZuNas77 said... [Reply to comment]

hahahaha...Auntie Sally jeles!!..sbb everytime amik gambar dgn Mummy Arsyad pun, tak boleh terlebih getik dari Mummy Arsyad..apa lagi amik gambar diri..lagi tak boleh challenge..hahahaha

mama3A's said... [Reply to comment]

cantiknya kat situ ea.. bila la nk sampai sana...huhuhu... takut bila nak convert kan RM tu..

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Takpe kak, nanti kita plan cantik2, kita gi bila bdk2 dah besar sikit ea..mesti 3A's tu suka..