So aku pun menjalankan tugas booking membooking kat Air Asia. ok lah dpt rate RM260 per person. utk infant 2 org tu RM 100 per person. ticket return tau. kira ok la kan. nak naik kete malas nak drive satu, nak parking satu hal, brg2 kang mesti byk kan. so naik flight je lah. tp flight odd hours la. mana nak dapat ticket murah time biasa2 kan. so kami pun booked je la KL-Singapore 26-28 June, flight pergi 7.45am, sampai sana arround 8.45am, pastu flight balik 8.45pm, sampai kl 9 lebih gitu. sampai awal and balik lambat, harusla gunakan masa sebaiknya..
Setelah itinerary semua siap, thanks to Daddy Rayyan yg polish itinerary aku. lengkap siap map, route, gambar shopping complex segala, 19 pages ok itinerary kitaorg. siap nak mkn kat mana, nak jalan kat mana, naik apa suma lengkap dlm tu. hehe..pstu ticket Universal Studio harus la book dari sini siap2. sbb ada yg ckp bila sampai sana je ticket dah abis. kecewa kan. so utk mengelakkan perkara itu terjadi, tickets dah beli siap2. kat sana collect je. hari pertama harus la sergah Universal Studios. sbb harga ticket for weekday murah sket...
Amik cab je dari umah. kul 3.30am aku dah bgn. nak goreng ayam. sbb takmo tinggalkan apa2 haiwan dalam peti ais. takut kang blackout umah aku abis busuk haiwan2 itu. so habiskan la apa yg ada kan. dah siap2 suma arround 5.00am kuar umah. janji dgn mereka kul 6.00am kat LCCT. biar sampai awal. relax2 check in suma. takde la kelam kabut ke apa. sbb travel dgn budak kicik nih kena relax je. dah check in suma, isi perut dulu kat Marrybrown. diaorg je beli makanan, aku mkn bekalan dari umah je. awal2 dah nak jimat belanja. hahaha
:: Mana reti duduk diam budak nih..::
Alhamdulillah, agak boleh control la kan. itupun setelah abis jajan dia satu plastic. nasib ngam2 je sebelum landing. kekeke..sbb masa tu dia dah buat2 bunyi dah. sebelum dia start engine, baik kuar plane cepat2. ye la dia pun ngantuk. masa kuar umah mmg dia tido lagi. tapi sampai je LCCT kul 6am tu dia dah bgn.
Sampai2 je kena buat immigration clearance dulu. form dah isi siap2 dlm flight. tp agak hangin la masa itu tu sbb time tu la gak budak botak tu nak mengacau aku kan. geram je tau. pastu bila sampai je kat counter, Q takde la panjang sgt. tp sorang office tu suruh ktorg gi counter khas tak payah Q. maybe sbb dari kejauhan dia dah dgr sayup2 suara Arsyad mengamuk sbb ngantuk kan? utk tidak memburukkan suasana, dia pun settlekan ktorg cepat2. hehehe
:: Counter khas utk "budak baik"::
Itupun tak duduk diam ok. nak turun lari2 kat bawah. Daddy dah agak tension dah. skali tu tgh dia lari2 gedegangg...terhantuk kat meja counter tu. hahaha..nak gelak, kesian. tp lawak okeh. terus nangis2 jerit lagi kuat..sabar je la.
Oh ye, kitaorg landed kat Terminal 1. org ckp Terminal 2 lagi best. sbb byk tmpt shopping. aku gi gak Terminal 2 masa nak balik tu. tp tgu la entry balik nanti yer.
Dah amik luggage suma budak botak tu nangis2 nak tarik beg dia sendiri. haihh..panas betul hati aku nih. dah la org nak cepat, nak amik cab lagi apa suma. kang coach Universal Studio yg dah booked kul 10.30am tu tak sempat kejar kang. dia tu nak usung beg tarik dia mcm la larat. sah2 beg tu 3x ganda lagi besar dari dia kan. aku pun tak kasi la, dia apa lagi terus guling2 atas lantai. lupa aku nak snap pic. terus angkat dia cpt2 sumbat dlm cab. haihhh...mencabar keimanan sungguh!!.
:: Ni dari camera canggih Auntie Fadz. Singapore flyer. tapi tak sempat naik. lain kali la yer::
Kami booked hotel di Landmark Village hotel. Sbb area yg strategic. dekat dgn kedai2 mkn, and dekat MRT. tau je la kan kat sini susah nak cari makanan halal. so duduk la kat area melayu senang sket. kira area ni ala2 Masjid India gak la sbb byk jual kain2 kedai dia. hehehe..room suma ok. rate aku rasa pun ok sbb kira murah la compared to hotel2 lain kat Spore nih. bila dah convert boleh jadi telan air liur pahit nanti kang. hahaha.
:: Ni le lebih kurang bentuk hotel dia dari luar. tak amik gambar byk sbb nak kejar masa::
Sampai je hotel terus check in dulu and letak bag. sbb ktorg nak gi Universal Studios dulu. tapi kena la letak luggage kang apehal pulak usung beg besar2 kan. punyalah kecoh kat reception tu sbb group tourist dari India sampai. tgk gaya mmg la ala2 India bandar mcm Shah Rukh Khan, Aishwarya Rai tapi punyalah rude. tak reti nak beratur. selamba badak je aku ni tgh check in, dia leh menghimpit2 sebelah aku jerit2 kat org hotel tu. Nasib org hotel sound diaorg. tu pun tak reti2 nak ke belakang dok la nak nyempit sebelah aku.
Lepas dah settled suma ktorg pun tgh coach yg dah di arrange sampai. sbb dok tgk2 website and blogs, naik cab dari sini ke Sentosa Island dlm SGD30 gak. mahal. naik coach ni baru SGD6 sorang pergi balik. silalah jimat selagi boleh kan. oh lupa nak ckp, taxi fares dari aiport tadi kena SGD23 sbb jam. kalau tak jam lagi murah.
:: Sementara tgu coach mari posing dpn hotel dulu..::
:: Posing lagi sambil lupa diri, anak ngan laki ntah ke mana. hahaha::
Iyer, aku adalah menyerahkan sepenuhnya tugas mengejar dan mendukung anak kepada Daddy nya. sbb stamina dia lagi kuat, selain kudrat dia yg lagi daya. aku ni kang tahap jerit je pastu malas aku nak layan bila datang perangai mengada dia tu kan. bila manja2 je aku layan. datang time dia mengganas dan degil, baik aku pass over kat daddy sebelum aku bertukar jadi Hulk. hahaha
Rupanya dia dah tertido kepenatan. elok je dalam coach tido sampai la selamat kami sampai ke Sentosa Island. lega sket aman gak bila dia "rehat" ni. biar dia charge battery dulu sebelum kembali active dalam Universal Studios tu nanti.
:: Lena nampak saudara..penat ke? hiks..::
Selepas dapat tickets apa suma, kami adalah tidak sabar2 lagi utk menjejakkan kaki ke Universal Studios..hari2 baca forum, baca blogs, cari info, sampai tido pun ingat Universal Studios gak. hahaha..over sungguh. harinya sudah tiba. marilah kita berjimba di dalam. tetapi harus ingat, sbb bawak budak kecik ni, tak boleh la explore secara melampau. segala2 rides tu tak payah la mimpi nak naik (aku mmg penakut naik pun). so dah set kat otak siap2 nak enjoy surroundings and tgk shows jer. jadi lah kan?
Utk Universal Studios next entry la yer. sbb entry itu penuh gambar, penuh cerita ceriti. hehe..over. mau tak nya 5 tapak je, berhenti tangkap gambar, lagi 5 tapak, berhenti lagik. gunakan setiap ruang la katakan.hahaha..tgu la yer jap2 lagi kalau aku rajin dan tak bz.
2 comments:
kenapa comment i tadi takde? nak re-write dah tak ingat apa tulis. dengki eh? apa i ckp tadi?
ngapa gambar ngan auntie haine tu tak mcm rupa arsyad pun? mcm budak baikkkk je. terrer tul daddy rayyan. itinerary sampai 19pages. leh buat bible dah tu. itinerary nak balik kampung december ni pun tak setebal tu ahahhaha.
aku sgt suka caption "Auntie Haine yg sengsara". Dalam gambar, mmg nampak sengsara. Hahahaha.
Salina, mana tak 19 pagesnya. Gambar je dah makan 15 pages. Hahaha.
Post a Comment