Pages

Jun 7, 2010

Entry Campur-campur

Nama pun entry campur2 kan. mula2 nak cite pasal kesedihan aku pagi ni lah. hehehe..sbb dah rasa diri makin mengembang, maka mlm td aku pun rajin2kan la diri siap2 iron baju gym for one week. so pagi2 takde la rasa malassss je nak bgn gi workout kan. sbb baju gym dah siap iron, baju keje dah siap gantung, tinggal nak cuci muka pastu angkat kaki jek..so aku berharap kejadian ini akan berkekalan..lain la mcm Puan Salina tu kan. dia tu giler organize. brg2 utk seminggu suma dah siap2 dah. so apa yg baik kita ikutkan la kan..hehehe

nak cite hari tu gi dating2 ngan Daddy Arsyad. Friday dia cuti so aku pun amik la cuti. pg2 hntar arsyad, pastu golek2 tido2 lagi kat umah, nak dkt kul 11 baru siap2 gi KLCC. dah janji dgn Salina, Angela and kwn2 EY nak lunch sama. pastu plan nak tgk movie ngan Daddy. aku nak sgt tgk cite Lagenda Budak Setan tuh. yela dulu giler minat novel2 Ahadiat Akashah. tp kecewa sbb Daddy Arsyad tak minat nak layan love story melayu. kalau cite lawak2 dia ok la. tkpela next time aku tgk ngan kwn2 aku. so kitaorg pun tgk la cite Killers tu. Ashton Kutcher and Katherine Heigl. best gak la. aku suka Katherine Heigl tu. cantik kan?

pastu gi mkn2. saja try tmpt baru kat Bandar Baru Bangi. tmpt tu nama Red Wok. steamboat buffet style. padahal masa Lunch kat Madam Kwan belasah Lamb Chop. pastu kat sini buffet plak. mana tak berkilo2 aku naik??.tp serious sedap. and ok la bagi org kuat mkn mcm aku. berbaloi la mkn buffet kan..hahaha

:: ini steamboat and sizzling. leh letak lamb and meat kat tepi2 tu::

:: pandangan atas plak..sedapppp..::

patut la bila aku timbang pagi tadi naik lagi berat aku. sbb aku byk amik lamb, aku baca article diarog ckp red meat needs 2 weeks to digest. hahaha..giler hapa. 2 weeks makanan tu suma stuck dlm badan aku, alamat menjadi lemak la kan. so pg td agak gila sket buat workout. lenguh2 kaki2 ni suma. pastu ingat nak buat detox diet. masuk je kul 12 dah pening2 dah. tpaksa batalkan hasrat. so aku kena stop nasi balik. tak boleh terus jump gi strict diet. bdn terkejut. stop amik nasi, bfast cereal or biskut, tgh hari roti, no dinner. hari2 workout, insyaAllah leh la turun sekilo dua kot..hahahaha..
ok la bosan cite pasal berat badan. menyampah pun ada sbb even dah berjaya turun byk dulu tp nak maintain tu the hardest part. patut la aku pelik tgk org2 kat gym tu ada gak yg sekeping je tapi workout mati2an. rupanya nak maintain..oooo..baru la paham..hahaha..iyolah buat2 tak paham. org2 tu org yg sedar diri..yg takmo alpa dan lalai mcm aku nih..kekeke..
ok lah cite pasal budak botak tu pulak la. jumaat mummy and daddy cuti pastu gi dating. Arsyad tetap gi school. so sabtu nak tebus balik la kat dia. Tgu org Ikea dtg kul 2 (ooo..bilik Arsyad tak siap lagi sbb brg lambat smpi and brg2 kecik yg lain tkde masa nak beli..hehe..nnti la akan di usahakan siap kan bilik dia secepat mungkin..), so bwk la dia gi MidValley jln2. mamat tu spt biasa la suka giler bab jalan2 nih. mana reti penat ke hulu ke hilir dia tu. suma org dia nak tegur, nak senyum, nak salam. mcm artis je. hahaha..malas nak layan tau.
pastu singgah kat W.O.C sbb nak tgk baju dia. skali dia dah pilih2 sunglasses plak. lepas dah pilih tu dah pakai satu siap takmo bukak ok. sabor je lah. daddy pun gi la bayar. nasib murah. pastu minat plak tu pakai. kejap2 dia bukak la. tp kalau panas, and kalau angin melaram dia dtg, mmg dia mintak pakai..haihhh...mcm2 la awak ni botak..


:: tgh pilih2 yg mana best. nasib tak pilih color pink ke, corak bintang2 ke..hahaha::

::Layankan saja laaaa...::

:: Siap takmo bukak. dah mcm org Kajang masuk MidValley.hahahaha::
Pastu fine lah dah seronok kan. jln2, mkn2, pastu balik la. kaki rasa nak tercabut pun ada. esoknya nak gi Melaka amik wife abg aku balik kl ngan baby dia. Abg aku kat KL, dia ada keje, pstu family wife dia pun takleh hantar, kitaorg pun gi la amik. tkpela, time org susah tolong la kan. time kita susah perlukan diaorg nnti kita tak tau plak bila masanya..lagipun takde plan pun ahad tu. kejap je kul 9.30am kuar umah, singgah seremban bfast, kul 11.30am dah sampai Melaka. tp sbb jam sket ada accident, kul 1.30pm baru sampai KL. budak botak ni plak dah hyper seperti biasa. sampai je umah cleaner pun datang nak bersih umah, dia pun melasak skali. cleaner balik je igt dia nak tido la kan. jgn harap!!..leh jerit2 ajak main kat luar. sabar je la. hari tgh panas, mata aku pun mcm kena gam je. haha..tgu kejap dlm kul 5.30pm baru la kuar. wahh..seronok sgt dia tu. tp masa bwk main kat playground tu tak bwk camera plak. so ni la gambar dia tgh jln2 kat luar sementara tgu daddy siap jap..

:: Over kan? jln dpn umah pun nak pakai shades..::

:: Bila suruh posing menyengih aje dia..::


:: Suka sgt jln2..::


:: Tgk la tu dah masuk dlm kete pun takmo bukak okeh..hahaha::
Kesabaran je ngan bdk ni tau. igt dah seronok main kat luar bila balik dah penat. skali ada lagi energy dia tuuu..paksa2 dia tido baru la nak tido. ish, tak penat2 betul dia tau. kita yg penat. (padahal aku byk ngelat..daddy yg kena jaga byk..hahaha).
so itu aje la weekend kami..sambil2 selit emosi tak stabil pasal aku dan berat badan..hahaha..sbb since aku amik balik nasi, berat aku dah naik 8kg!!!..takpe, nak usaha balik. biar diri sndiri je tau keazaban nak kurus ni kan..nak buat mcm mana..sndiri byk mkn..hehehe
lepas ni nak focus utk bilik Arsyad. nak siapkan cpt. dia pun tak sabar nk main kat situ lepas furniture Ikea sampai aritu..hopefully cepat la siap..tak sabarrr..

3 comments:

Selly Buke said... [Reply to comment]

arsyad.. arsyad... macam2 ko punya gaya ea...
alamak.. mummy tu dah start cite pasal berat nie... aduss.. nmpaknya kena start diet balik nie.. mentang2 dh sekian lama baru akak dpt angka 7 jadik selesa pulak... huhu... tk leh jadik nie...

Pnut said... [Reply to comment]

holaaa arsyad pun ada blog..best..best...
makin tomei dia ni..geram nak geget je...

jgn lupe meletak pic playroom arsyad tau..hahah alesya tader playroom semua tempat pun dia belasah main..hehehe

ZuNas77 said... [Reply to comment]

kak Sally, budak botak tu mmg mcm2..tak larat nak layan..hehehe..kak, zu pun takleh alpa. sikit lagi nak cecah angka 7 dah. takuttt..meh kita lancarkan operasi..hehe

kak Pnut, tu la bukak blog terikut Kak Sally. best plak cite hal anak kan..hehehe..tapi takde la blogger tegar mcm akak..dah pioneer..hehe..

okeh, dah siap playroom nnti zu letak sini. dia kena ada playroom. sbb tak tahan umah sepah. Mummy dia tak "rajin" sgt..hehehe