Pages

Jun 9, 2010

Didi...Didi...Didi....

hehehe...Didi tu adalah panggilan Arsyad kepada Daddy dia sebenarnya..sbb pelat lagi kan..so panggil Didi..Didi..kadang2 ikut mood dia panggil betul plak Dadi..Daddi...yg pasti, Mummy punya panggilan tak lepas2 lagi..haihh...Asyik la sebut Mama..Mama...takpe, baru setahun lebih..lek la kan..hehehe

ni nak cite pasal Arsyad ngan Didi dia..skrg ni gila manja okeh ngan daddy. apa2 suma nak daddy. daddy nak gi mandi, nak gi toilet suma susah. nangis2 nak ikut. mmg bestfreind forever tau. ye la dulu sejak dia lahir sampai la umur dia 7-8 bln, takmo langsung ngan org lain. dok la merab ngan aku. (kepada Puan Salina yg tak berapa fasih Bahasa Melayu, "merab" adalah melepek, manja, takmo berenggang yer.)hehehe.. serious sikit pun takmo org lain. kadang2 aku demam ke, tak sihat ke, kena la org lain jaga kan. kang berjangkit plak ngan dia. tp tak boleh. org usik sikit tak boleh. paling tension time Hari Raya last year. dah la gi beraya umah org. nafsu aku membuak2 tgk makanan. tp tak dpt nak mkn sgt sbb Arsyad tgh demam. nak melepek je ngan aku. org lain amik nak ganti2 dia nangis2 jerit. sabar jelah..

:: Ni gambar budak merab time Raya..sian muka dia kan? hehehe::
Tp pelan2, dia mula rapat ngan Daddy. sbb Daddy rajin sket dari aku. hehehe..Rajin Melayan. apa Arsyad nak suma daddy layan. mlm2 ajak main bola pun layan, nak dukung pun layan, ajak jln2 kat luar panas2 pun layan. ngan mummy sorry la kan. dah tau jln nak berdukung gak rasa mcm nak jerit je. tp sbb Daddy baik, so daddy layan kan la. budak ni suka la. sampai tak leh berenggang langsung ngan daddy dia skrg. siap kalau jln2 window shopping, daddy dia dukung dia (sbb tak failed takmo pakai stroller), aku pun pegang la bahu daddy kan. dia leh tolak2 tangan aku tak kasi pengang bgn daddy dia. amboi..melampau la plak kan. aku pun ckp lah "Eh, suka hati mummy la ini husband mummy". hahaha..ngan anak pun nak gaduh okeh..
Aku suka je dia rapat2 ngan daddy. sbb bagi aku, relationship between anak ngan ayah ni kena build. dia tak semestinya jadi sendiri. lain la ngan mak nya. sbb sah2 9 bln duk dlm perut mak kan. kalau takde chemistry, takde rapat, tak tau la. tp ngan daddy ni takes time. nak2 dia anak lelaki, elok sgt la kalau spend time ngan daddy. kang dah besar ikut daddy main bola ke, main golf ke, mummy leh rehat2 kat umah..hahahaha..
Dulu aku yg ada prob nak gi toilet, nak bersiap sbb Arsyad nak melekat. skrg Daddy dia plak. hahaha..rasakan!!!...siap jerit2 tarik2 suar Daddy kalau Daddy takmo angkat dia tau. kadang2 bila perangai melampau sgt, Daddy dia pun panas hati la. sekali Daddy jerit, mmg mcm halilintar. aku pun terperanjat sama. hahaha..pastu dia punya lah sedih. siap peluk aku tersedu sedan menahan sedih. tp tak berani nangis lagi sbb skali Daddy dah jerit mcm dah over the limit. dia pun mcm paham. sedu2 la tahan nangis. ada skali tu Daddy dia tak tahan, letak dlm bilik gelap kat bawah. sbb dah berejam nangis tak tau apa dia nak. nak ngada la tu. skali letak dlm bilik tu, terus diam. takut gila dia. skrg ni if nangis2 je Daddy akan ckp "Arsyad..nak Daddy letak dlm bilik gelap tak?" cepat2 dia geleng. pastu stop nangis. hahahaha...lawak sungguh..
ok lah meh layan gambar2 Arsyad bersama "Didi" nya...ada byk je gambar kang letak sini suma abis penuh entry ni ngan gambar je plak kang..hehehe

:: Ni masa dia baru 2 bln. sangat kaku je ngan Daddy. hahaha:

:: Dah besar sket..masa baru nak hyper::



:: Nape terlentok Arsyad? kepenatan ke? haha::


:: Lawak gila muka Arsyad time ni. mulut ngapa gitu tak tau lah. masa ni 4 bln tak silap:

:: Our 1st Raya dgn Arsyad. baru best dpt pakai baju melayu sedondon dgn Daddy..::


:: Daddy mmg sangat rajin layan dia. masa ni nak belikan dia kereta tu. so try2 la kereta yg ada kat situ. semua dia nak try tau. tak larat aku nak terbongkok2 mcm tu. so Daddy la layan..hehe::


:: Masa ni Arsyad belum pandai pegang botol. Begini la keadaan nya sampai skrg. tiap2 mlm Daddy tidokan. Daddy dodoikan nyanyi lagu selawat2. sampai la dia tido. kalau sejam, sejam la tau..::


:: Arsyad mcm heran tgk Daddy..hehe::



:: Masa ni best kitaorg kat Desaru. Arsyad baru pandai jln. Daddy dia layankan je dia nak tatih2 kat padang. sbb kepanasan melampau, aku duduk dari jauh je amik gambar..hahahaha::


:: Ngikut je la anak dia gi mana::

:: Dulu2 leh la timang2 mcm ni Arsyad. Skrg ni Daddy pun dah tak larat tau::

:: Masa kat PD. mmg Daddy je la melayan dia. hehehe::

:: Gi Playground pun Daddy layan. mummy tgk dari jauh sambil minum air..kadang2 tukar2 la ngan Daddy, tp most of the time Daddy la kan..hiks..::

:: Father and Son talk ke? hahaha..daddy suka sgt tnya2 dia nak mkn apa lah, lapar ke tak la, mcm la budak tu leh jawab..::

:: My Fav Pic...Anak Sulung Kesayangan Daddy..wahh..anak sulung..baik punya statement..hahaha::
Kalau org luar tgk msti ckp eh, rajin je daddy dia layan anak. mummy dia relax je. Helloooo..jgn suka2 judge gitu tau. sbb i've done my part. i mean, masa dia merab dulu. takde pun take turn okey. mmg penat gila tapi best la. pastu daddy dia slalu travel. so aku ngan Arsyad berdikari sndiri. time dia ada harus la menjalankan tugas dgn secara lebih2 kan. hehehe..aku suka suami willing to jaga anak gini. bagi aku,sama2 keje, sama2 la kan. tak kira la bapak ke, mak ke, dah anak sama2. nasib Daddy Arsyad tak jenis berkira...Bkn la nak puji laki sndiri kan, tp tu etengah laki jatuh la ego bagai kan..uweeekkk..tak suka..so kami bersyukur la. hehehe..
eh, bila eh Father's Day? dah dekat kan? so kira ni entry Father's Day utk daddy lah..hahahaha...
ok la aku nak gi Talk pasal nutrition. ye la kata tgh berusaha menguruskan bdn kan. kalau gi gym pagi, tgh hari, ptg tapi makan tak hengat, sama gak. so kena la attend utk menambah maklumat. if ada info best leh aku share kat sini k...
akhir skali, We Love U Daddy!!..No Matter What...

1 comments:

eiseais said... [Reply to comment]

ada translator tak kat sini?? hahahha...

elok lah arsyad rapat ngan daddy. kena sama2 rapat. daddy takde, mummy ada. mummy takde, daddy ada. sama2 jaga. nanti besar, diorang tak nak sapa2 dah hahaha.