Pages

Jun 21, 2010

Finally...Arsyad's Playroom!!!

Hehehe...mmg ler finally. amik masa berminggu nak siapkan bdk kecik ni punya "bilik bermain"..ye ler bila hari biasa balik keje penat. sampai umah dah mlm tau dah nak tido je. weekend bz ngan dia plak. mmg kena cari masa betul2 la nak siapkan. beli brg2 dah lama..dok survey2, cari tmpt murah2,baru puas hati..hehehe



Tujuan utama buat playroom dia sbb nak dia main satu tmpt. sbb sakit mata dah tgk umah asyik sepah je. dah la mummy dia ni tak berapa rajin kan. kekeke...lagipun senang. kira bilik activity dia. main la apa-apa pun kat situ. mummy or daddy temankan. sbb peel bdk ni dia tak reti main sorang2. bg la mainan apa pun mmg tak reti nak ralit ngan mainan tu. semua org kena teman. semua org kena ada sebelah dia. so ada bilik "kasi pecah" ni org pun relax sket. ada rezeki lebih nnti nak letak tv plak. utk pasang nursery songs dia or cartoon2 ke. supaya org yg meneman pun tak boring. ye la takkan nak mengadap mainan budak kecik berejam2. kalau besar sket boleh main flash card ngan dia. skrg ni flash card pun dia campak jek..hehehe



Mmg dah plan lama "project" ni. dok discuss2 dgn Puan Salina itu..coz dia pun dok bz nak buat bilik anak2 teruna dia. tapi tak boleh lawan bilik diaorg ok. brg2 suma Made in London!!..tgu la aku anak 4 nnti baru la leh satu level. skrg ni kena ukur baju bdn sndiri. buat playroom ni pun habis suku duit B. nak tgu B tu dah la setahun. tp takpe, aku happy. happy sgt2. bila tgk anak happy, bertambah happy la. org lain dpt B shopping handbag ke, baju ke, kasut ke, aku nak dulukan brg anak. sbb kebahgiaan aku adalah dia. cewaah...over plak. ye la mak2 lain of coz sama gak mcm aku kan. so takde la rasa berhabis duit. rasa berbaloi2 lagi adalah..



Setelah bertungkus lumus berkerja sama ngan daddy arsyad, siaplah playroom arsyad last weekend. (byk bertekak dari bekerja sama benornya sbb daddy arsyad perfectionist, aku jenis cincai. kena la marah..hahaha). Harap Arsyad happy, and main elok2 yer syg. nnti ada rezeki sikit2 mummy tambah brg2 utk Arsyad yer. Muah Arsyad!!..



Oh yer, gambar sebelum takde lah. sbb lupa. excited la katakan. ni pun gambar express. tak sempat nak amik angle2 cantik2. takpela janji ada gambar kan..hiks..gambar pun tak ikut turutan. lantak ler..meh la layan je gambar yg ada..



:: Sambil bermain sambil makan. sbb keje saya adalah makan, makan dan makan..::



:: Apa yg happy sgt tak tau la. sampai hilang tgn dia dlm gambar::


:: Tekun nampak. ke purak2 je tu?::



:: Siap jerit2. excited terlebih::




:: Dok dlm tent tu kejap je. pastu takut. hahaha::


:: Sepah la..sepah la..Mummy tak marah. lepas main humban je dlm storage box tu balik..kekeke::


:: kejap2 tgk org ada ke tak dlm bilik tu skali..::



:: Kadang2 sangat tekun bermain..::


:: Ini antara perabot2 yg ada. jadi la kan..simple2 jek::


:: Ini budak mcm terkejut bila masuk je bilik..kekekeke::



Overall, saya sgt berpuas hati walaupun hasilnya simple, dan dlm budget yg limit. ye la kan nak beli play mate tu tgk kat toy city RM59.90 for 10 pcs. kira2 nak guna dlm 100 pieces gak. tak leh jadi. carik punya carik, jmpa toy's distributor kat chow kit sana. dpt RM12 je utk kecik2, and RM30 jer utk yg ABC besar2 tu. wahh..berbaloi2. terus kedai tu jadi kedai fav kami utk beli toys for Arsyad. murah2 sgt. kalah tmpt lain..hehehehe



Utk deco pun susah. mula2 konon nak ada theme. Safari theme la. dpt border tp order from US. Puan Salina nak tolong orderkan skali ngan border Thomas anak2 dia. tp pikir2 balik ngan postage suma mcm tak berbaloi je. last2 jmpa kat kedai carpet kat Kajang jek. jadi la gambar dinosour menggantikan gambar binatang2 safari. hehehe..



Apapun, saya sgt happy. sbb dpt merealisasikan impian (impian aku sebenarnya, anak belum tau apa2). hahaha..tp bila tgk kesian plak Arsyad ada playroom, tapi main sorang2. sabar ye syg. nnti kita ajak Kak Aliyah, Kak Nena, ngan Kak Echa dtg memeriahkan bilik arsyad yer. pstu kita buat party ajak Rayyan, and EAI's plak. sementara Arsyad sabar tgu mummy tambah ahli keluarga. Mummy and Daddy dah elok plan dah, kalau tak takkan beli table set kerusi ada 4? hahaha..sabor yer syg...kekekeke...



Lepas ni makeover bilik plak. dah nak start tido dlm bilik. dah beli katil Arsyad. harap2 dia ok. sbb mlm tadi dia boleh bgn, pastu tido kat atas bdn Daddy dia. padahal aku kat tgh2. ntah bila dia langkau mummy tak tau lah. hehehe..Arsyad..Arsyad...


5 comments:

mama4A's said... [Reply to comment]

bestnya playroom dah siap... bila nak gi sana.. hehe... kalau ada masa pun cuma 3hb Julai nie jer.. 4hb abg dah gi sarawak.. next weekend nya pulak akak ada training... harap2 leh la visit playroom baru arsyad nie...

dieya said... [Reply to comment]

dasatnyer.. baru anak sorang dah siap play room grand banget! i suka laa stickers kartun2 tuh.. chomellllssss!

Pnut said... [Reply to comment]

wahhhh purple lagi dinding tu? siapa pilih purple?? daddy ke mummy???

cun la bilik Arsyad, kalau ada room warming, jemput la kami tukang sepah juga..ahahah dengan tak malunye... room warming tuu eheheheh

eiseais said... [Reply to comment]

arsyad...congrats, ada playroom dah. pasni tido katil sendiri. dah besar dah arsyad. ye mummy arsyad, sila lah menangis hahahhaa (eleh tak nangis konon...tipu!!). bila kitorg nak gi bbq kat bilik atad ni hehe

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Kak Selly, 3rd July menarik juger. nnti kita plan ok.

Nadiah, bkn sbb anak sorang, sbb mak dia yg terlebih excited la. u mcm tak kenal mak dia nih..hahaha

Kak Naz, purple tu mmg sejak azali pindah rumah tu. pastu mak Arsyad malas nak tukar color bagai. bantai je la purple utk budak tu. hehehe..ok, nnti buat "room warming" kita extend invite kat org Putrajaya skali. hehe

Salina, mau tak nangis. hahaha..mmg tak sabar nak settle down gini. penat dah umah sepah2. org dtg umah kelam kabut. org yg phm, ok la. org yg tak berapa phm, dok ckp belakang je kang. hahaha..