Pages

Aug 25, 2010

Campak Suma Cite Dlm Satu Entry...

Adalah sangat malas untuk buat satu2 entry bila nak update apa yg nak di update. So mari lah kita jadi efficient utk letakkan semua cerita dalam satu entry sahaja..Sbb aku punya cita2 nak blog dulu bkn main tinggi kan, tp bila tahap kemalasan melanda, mula lah aku rasa mcm suam2 kuku je cita2 tu. Tapi memandangkan rasa best plak nak tulis pasal budak Arsyad nih, aku kuatkan la keazaman aku nih..hehe

Skrg ni aku adalah bersemangat nak masak utk berbuka. Walaupun aku tau bila sampai rumah ngam2 kul 6.00pm, pastu aku hanya ada sejam je nak berperang kat dapur tu, tapi sbb hari2 dok melepak kat blog2 masakan otai2 tu, and hari2 tgk Kak Selly masak mcm2 utk keluarga tercinta, terus aku jadi bersemangat giler nak pandai masak. Nnti la aku buat entry khas pasal masak ni. Sbb aku rasa sangat2 "special" bab2 memasak. hahaha

Last aku masak Isnin lepas. Sbb weekend as usual beli mcm2 segala neka haiwan kat Pasar Tani. Pastu balik terus basuh siang siap2 pastu letak dlm bekas2 siap2 bahagikan ikut hari. Rasa best je bila tgk finally peti ais aku penuh bahan masakan. hehe.Nak masak semangat jer rasa..

Berbuka Isnin lepas aku masak ikan tenggiri asam pedas. Pastu sayur kangkung goreng belacan, dgn ayam goreng kunyit. Pastu sbb aku teringin nak makan meehoon goreng, gigih ni aku goreng meehoon lagi satu kuali. Coz dpt gak hulur2 kat jiran sebelah. Selama aku dok sini dia je dok hulur kat aku, aku nak pulang balik bekas dia serious tak tau nak letak apa. Sampai segan2 explain aku ni bkn jenis masak so tak tau nak letak apa. Takkan nak letak maggi 2 bungkus dlm tu kan? Sampai dia tukar plan bagi makanan letak dlm bekas plastic so that aku tak payah nak return2 balik pinggan dia dgn rasa bersalah..hahaha..So bila dah penat giler menggoreng meehon tu (ala..goreng meehoon je pun tapi kecoh kena lebih..hahaha), aku pun dgn bangganya gi la antar kat umah dia. Wahhh..mmg best feeling tu ok...Rasa menjadi jiran yg sempurna..hahaha..poyo sungguh. Bila esok pagi tu tgk diaorg anak beranak elok je gi keje, sekolah suma kan..Lega aku. So takde la aku menyebabkan diaorg sakit perut ke apa..kekeke

Nak amik gambar masakan yg byk tu hari tu tapi segan dpn Daddy Arsyad. Kang dia kata mak dia yg hari2 masak tu tak pernah pun amik gambar apa dia masak. kekeke..So apa2 gambar masakan dlm blog ni adalah secara gerakan senyap ok. Atau pun nanti pandai2 la aku suruh Arsyad meniarap atas meja buat2 posing nak amik gambar dia padahal  nak snap gambar lauk pauk kan..hehe

Pastu Selasa Daddy ada majlis berbuka puasa. Nasib aku ada kwn2 yg di sayangi. Adriana and Saovanee sudi temankan aku dgn Arsyad berbuka. Gerak Kajang amik dia, beli sikit2 juadah berbuka, pastu gi rumah kwn Adriana area KLCC nih. Dia kena duduk situ kejap jaga kucing kwn dia sementara kwn dia balik US. Rumah adalah super duper cantik!!!..Ye la condo kat KLCC ni what do you expect kan...Rental je paling kurang 10-15k. Mmg bila masuk tu agak jakun la org Kajang ni kan. Interior dia mcm dlm Casa Impian je. Tp sayang aku tak dpt snap pic sbb camera battery kong. Sayang sungguh. Sbb ntah bila la aku dpt gi condo cantik mcm tu lagi.

Pastu Arsyad la yg paling aku takut. Dah la brg2 dlm umah tu confirm la mahal2 kan. Then dia kan tangan gatal terlampau. Itu nak pegang..ini nak pegang..kang pecah mau sebulan gaji aku nak bayar kan..Pastu main2 la dgn kucing tuan rumah tu. Besar giler ok kucing dia. Diva plak tu. Nama Kelly. hehe..Aku geli dgn kucing. Bila dia dtg gesel2 kat aku terus aku jerit2. Arsyad kat atas pangku aku gelak2 gila. Tapi dia pun takut nak pegang. Takat main dari jauh je ok la. Pastu sikit2 "Cat.....sini..Cat..sini..". Dok panggil2 Cat tuh. Bila cat dtg, kelam kabut panjat atas aku balik. hahaha

Dia punya lasak kat rumah org tu sampai dah tak terkawal. Aku terus call Daddy dia sebelum ada apa2 brg pecah. Nasib Daddy cepat sampai. Mmg aku kena extra careful la bila beraya rumah org nanti. Kang elok2 dpt berpuluh2 jemputan Open House this year, next year terus sorang pun tak nak invite dah. hahaha...Arsyad tu bkn tak paham bila aku marah tak kasi pegang or lasak sgt, dia tau je, tapi biasalah dia punya sifat nak explore lebih tu tak tertahan2 dah kan..Kalau ada Daddy dia senang. Sbb Daddy leh control dia. Dgn aku asyik kena cubit, kena penampar je..hahaha

Pastu smlm Daddy ada lagi majlis berbuka. Aku pun ada K punya majlis berbuka dgn anak yatim. Daddy kata dia tak boleh bwk Arsyad sbb berbuka dgn customer. Nak tinggal dkt school kesian plak dia kan. Tak lalu mak dia makan buffet nanti (ye ke tak lalu? ..) So aku pun bwk la dia dgn aku. Tp aku dah awal2 ajak kwn2 yg aku sayangi utk  bersama2 menjadi "co-parents" Arsyad..hahhaa..tak larat wei nak handle if dlm majlis. Sbb tak leh jerit, tak leh tarik dia, mesti kena control ayu kan..so pertolongan kwn2 adalah sangat di hargai..hehe

Mula2 lepak dulu kat KLCC sampai tunggu Auntie2 yg janji kul 6.30pm nak turun tapi turun kul 6.45pm. hahaha..weii..penat ok aku main kejar2 dgn Arsyad kat bawah ni. Dah abis suma org tgk aku pelik tau. 15 min mcm 15 jam okeh!!



:: Nak gak duduk atas ni. Pak Guard tu dah jeling2 tapi aku senyum2 je terus dia buat derk..hehehe::

Majlis Berbuka Puasa adalah di Dewan Tun Rahah. Aku pernah dtg sini dulu attend wedding. Best kat sini sbb dewan baru and cantik, and makanan pun sedap. Mula2 Arsyad masih terkawal sbb awal2 aku dah rasuah dgn patung Ultraman kat dia. Mula2 mmg takmo dia kenal Ultraman ni sbb belum age dia lagi kan. Tp bila kat school dah tgk, terpengaruh la dgn rakan sebaya. hahaha..Sikit2 ajak Daddy lawan2..Sikit2 tunjuk mcm mana Ultraman "fire" tu.

Mula2 spt biasa kena kenyangkan bdk kecik ni. Habis sepinggan makan nasi lauk ayam kurma. Pastu kasi dia makan kuih2. Aku nak gi amik makanan pun tak kasi sbb tak biasa lg kan. Terpaksa la aku makan apa2 yg Fadz and Haine amik. Nasib diaorg pun ingat kat kwn diaorg yg "terseksa" ni sbb kena menahan nafsu bila tgk je buffet line tu tanpa dpt berbuat apa2..hahaha..Kesian Fadz, asal dia amik je aku habiskan. Asal dia tambah je aku settlekan. Nasib dia tak ckp pape...kekeke


:: Masih dlm keadaan terkawal..Ultraman dia pun dia suap kuih..::

:: Dgn Kak Yaya anak yg hampir2 suap Rendang Ayam kat Arsyad..hahaha::

Kitaorang duduk semaja skali dgn Kak As. Collegue aku masa kat dept lama dulu. Tabik spring ok aku tgk Kak As layan anak2 dia. Ye la 4 org semuanya and jarak setahun je kan. Harus la rasa mcm nak tercabut pinggang je aku tgk Kak As. 3 org anak dia dah pandai makan, bdk2 biasalah kejap2 nak itu..nak ini..Pastu baby lagi nak dukung..Mmg kena ada stamina yg tinggi okeh. Aku sorang ni pun dah tercungap2. Sbb tu Daddy Arsyad slalu marah kalau aku merungut Arsyad ni lasak ke, penat aku nak kejar ke apa. Sbb cuba tgk org yg anak kecik2 ramai, lagi penat tapi ok jer diaorg manage..So setakat anak sorang jgn nak merungut lebih..hehehe

:: Family Kak As. 3 org anaknya. Lagi sorang kak yaya sebelah Arsyad tuh.::

Pelik gak siap ada show2 dari artis bagai bulan2 pose ni. Tapi malas nak tanya lebih2 layankan aje. Artis pun ado2 la si Zehra Zamri and Azizul Khamis tuh. hahaha..Pastu nyanyi lagu raya aku mcm pelik sbb lambat lagi la Raya kan. Aku sebenarnya nak dgr ceramah Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz tu. Dia previously Imam Masjid Negara and Principal of Imam Muda punya prog tu. Aku dulu ada la sesekali tgk prog Imam Muda tu kan. Best ok dia punya ceramah. Kelakar and ada "isi". Tp dia ceramah lepas Tarawikh dlm Dewan Surau kat bawah plak. Mcm mana aku nak hangkut anak aku skali kan. Kang dia kasi ceramah khas plak kat aku bila tgk aku terjerit2 kejar Arsyad dlm tuh..hehehe

Arsyad adalah takut dgn Auntie Fadz yg garang tapi hati lembut..hehehe..Dengar ckp Auntie Fadz dari mula sampai setengah majlis. Sbb dia behave elok je mula2 time makan. Tp time Auntie Fadz gi solat je, mula lah perangai sebenar kuar. Lari laju2 keliling dewan celah2 kerusi and meja org. Aku ni sah2 kena kejar dia kan. Dia ok la dok menyelit2 celah2 kerusi yg sempit. Aku yg kejar sikit2 sangkut sbb kena mengiring (paham2 la bila dah lebar kan..), sikit2 tersangkut tersekat kerusi kat punggung tak lepas. hahaha...masa ni tahap kesabaran aku dah makin menipis. Sbb aku takleh jerit. Nak mati jerit tgh2 dewan tu. Time aku main kejar2 dgn anak aku pun aku tgk meja VIP bosses2 suma dah jeling je...hahahaha..nak buat mcm mana boss..sapa suruh bwk spouse and children. ni la gayanya kan..nk suruh sy datang vouge2 control ayu, tak dapat laaa...


:: Persembahan artis::

Arsyad time ni adalah sangat suka dgn Uncle-Uncle. Auntie's suma dia tak geng sgt. Tak macho kot dia kata..hahaha..sapa je kwn office lelaki aku mesti dia ok. Tp kwn perempuan je dia tolak. Kesian kwn2 aku yg dah lama nak bermanja2 dgn dia. Selama ni dok tgk gambar dlm facebook and blog je kan. Tapi dia jual mahal ok. Setakat salam je dia layan..nak dukung or main2 dgn dia suma dia reject. Last2 je dia layan Auntie Zal. Itupun sbb Auntie Zal janji nak bwk dia gi main dgn Uncle Pai..hehehe


:: Tgk ni boss aku nak balik pun dia nak ikut..::

:: Dgn Uncle Pai best fren poreber mlm tuh...Nyampahhhhh::

Paling kemuncak kesabaran aku adalah time Arsyad dgn jayanya pecahkan 2 biji mangkuk kat sana..Tensiiiooonnn!!..Nasib tak satu dewan dgr sbb ada lagu2 atas stage kan. Tp drama gak la. Sbb asal kejadian apabila sorang boss aku ni nak pegang dia. Pastu letak dia kat bawah biar dia jalan gi meja desserts. Aku dah agak confirm dia aim nak tarik mangkuk2 yg bersusun kat sebelah pengat durian tu kan. Aku jerit la suruh boss aku tu haland dia. Tapi dia pun tak sempat terus Paanggg!!!..berderai. Sepantas kilat aku tarik Arsyad, dia lembikkan diri dia terus terbaring atas carpet, sbb dah tau nak kena babab dgn Mummy kan, aku pun bagi la se-dass dua...Boss aku tu halang2 aku ckp "Eh, don't hit him..It's my fault..I'm the one who let him go..It's not his fault..". Pulak..dah tu kalau salah dia takkan aku nak babab dia plak kan??? haiyoohhhh...Nadiah, boss yg di maksudkan adalah RJ!!...masihkah kau ingat kepada dia?? hahahaha

Terus aku call Daddy Arsyad suruh amik ktorg skrg tu gak. Sebelum aku plak pecah kepala, baik dtg selamatkan keadaan.Nasib Auntie Fadz and Auntie Haine tgu sampai Daddy Arsyad sampai. Sbb ramai org dah gi tarawikh and dgr ceramah tu kan. Ballroom pun dah makin kosong. Arsyad dah makin tak terkawal tak tau apa salah aku bg dia makan. Takkan kurma ayam tu terus jadi sugar high kot?? or santan high?? hehe..Dia leh lari2 bila aku nak tarik dia. Dah takde uncle nak jadi tempat berlindung...waiter kat situ pun jadilahhh...terkejut waiter tu bila tiba2 Arsyad tarik dia peluk2 sbb lari dari aku...


:: Waiter yg menjadi mangsa. Sorry gambar blurr sbb aku pun berlari sambil snap gambar...hehe::

Penat betul baca kan? Kalau korang penat baca, aku lagi penat mlm tuh. Lepas Daddy sampai legaaaaa sgt2. dia pun dah penat agaknya terus mintak bantal nak baring..Laaa..tau pun penat?? igt tadi battery sampai esok tak abis2...

Balik rumah aku tak larat nak siap2 bahan2 nak masak sahur...Sbb nak cari katil je aku rasa..Esoknya kena bgn awal masak frm scratch penat sket la tapi ok lah kan simple2 jer...Sempat gak masak Sambal Udang dgn Bendi campur telur..


:: Gambar of coz sebelum Daddy Arsyad turun..hehehe::

Sekian sahaja entry terpanjang kali ini. Akan ada entry yg bkn main panjang lagi sbb segala cite nak sumbat dlm satu entry nanti. hahaha..Kalau malas baca tgk gambar je lah....keke..

Oh ye, aku rasa agak pelik sbb aku tak amik gambar makanan langsung masa majlis berbuka tu kan? Sbb kalau makan pun sangkut tekak, lagi takde selera nak amik gambar makanan. Buat rasa nak nangis je kang bila tgk balik gambar makanan tapi tak dpt makan dgn jayanya..hahaha

Demi anak..aku sanggup makan tersekat2...takpe Arsyad..untung2 Mummy boleh kurus..dan jadi pelari marathon dlm dewan yg berjaya....

Aug 22, 2010

Busuk Kesayangan Saya..



Rasa nya lama dah tak update peel si busuk saya nih. Ye lah dah tenggelam cerita dia sbb Mummy dia sibuk sgt nak update pasal menu iftar lah, menu sahur lah. Nak bgtau Mummy masak time Bulan Ramadhan nih adalah penting Arsyad. Kerana itu jarang2 berlaku..hehehe..Tp seronok lah masak2 nih..nak2 bila Daddy Arsyad makan habis licin sepinggan. Walupun tak ckp sedap ke, masin ke, pedas ke, sikittt tak ckp. Tapi diam2 habis je nasi dia..hehehe

Ok lah entry tanpa gambar amatlah bosan. Tapi gambar baru takde. Sbb aku skrg malas betul nak amik gambar. Camera skrg tak canggih. Mula lah gatal nak beli camera canggih buat pembakar semangat amik gambar anak. hehehehe..So mari lah kita layan gambar2 lama secara random di selang seli dgn update peel ini budak yer...


:: Masa ni umor genap setahun..suka gi playground::
Skrg suka sbb Arsyad dah makin bertambah vocab dia. Byk benda dia boleh sebut. And aku pun makin paham apa dia nak. Paling best kalau dia tau bila dia "doodoo". Dulu tau2 dah bau "harum" je kan. Skrg ni if dia sakit perut rasa nak melepas je, dia akan bgtau dulu. Pastu bila aku tgk dlm pampers, takde apa aku ckp la "Eh, mana ada Arsyad..Arsyad tipu...". dia geleng2 gelak2. Pastu tak lama lepas tu baru lah "selamat" dia menghasilkan sisa kumbahan sambil datang ckp "dah..dah...". hehehe..So takde la lama sgt busuk tu kan. Leh cepat2 basuh sbb dia dah warn sebelum keluar, dan inform lagi skali sebaik selepas selesai. Efficient sungguh anak aku. Cepat2 toilet train yer. Senang tak payah beli pampers..hehe
Pastu dia skrg dah makin kenal org. Ahli2 keluarga suma dia dah hafal nama. Baik belah Cheras, atau belah Wmaju. Suma dia hafal secara adil dan saksama..hehehe..Nama kawan2 jgn ckp la. Dah hari2 bergelumang dgn kwn2 kat school tu kan. Bila amik je dia dari school, bkn main rajin la dia tunjuk kwn2 dia sorang2 sapa nama..Kebanyakkan suma girls la. Nak kenalkan awal2 kat Mummy ke Arsyad? Supaya senang mana satu jadi bakal menantu? hehehe..Eh Lin, jgn terkejut. Epin pun dia kenal tau. Baru 2-3 kali jmpa. Sabtu Lepas Epin dtg, tanya dia sapa nih? dia jwb "Ipin...". hehehe..

:: verangan lebih..handsome ke??::
Pastu perangai mengada jgn ckp lah. Klau vocab pun bertambah, apa lagi kepandaian dia yg satu ni kan. Asal celik je mata nak2 weekend, confirm kejut Daddy dulu. "Daddy..angun..angun pat (Daddy, Bangun Cepat..). Mummy sikit dia tak heran. Atau dia adalah anak soleh yg memahami Mummy dia suka tido. Bila Mummy kena bgn kul 4 pg masak sahur, dia kasi Mummy tido lebih sket..hehehe..Daddy pun tension je..sikit2 Daddy..sikit2 Daddy..apa nak buat..anak Daddy la kan...
Perangai mengada termasuk lah main2 bila time makan. Tension ok dah la aku ni "rajin" sgt masak kan. Time weekend bila bln2 pose ni aku gagahkan gak la masak sup sayur and nasi utk anak tercinta. Tp makan main2. Kadang2 byk, tp selalu paling kuat 10 suap lah. Bila dia dah start nak sudu sendiri, nak "suap" lantai, panas hati la mak dia ni pun kan..Puas la pujuk2 dia meh ler makan, sedap nih..kalau buat sup sayur campur fish ball, dia akan habiskan fish ball tu je. mmg fav dia sangat2. kalau kita suap2 gak nasi kat mulut dia ckp gini "Nanak...Nanak..Nyang...(Tak nak..Kenyang)." haihh laaaa...pandai menjawab2 dah skrg..

:: Mummy dia teringin benar nak belikan dia kete mcm ni. Sbb asyik kena "pow" je naik kat Tesco Kajang nun RM5 utk 10 minit..::
Bila main kejar2 dgn Mummy and Daddy, usually dia akan lari kat Daddy mintak di selamatkan dari Mummy the Monster la kan. Sbb kalau Mummy dapat dia, Mummy akan gomol2, geletek2, gigit2 manja dia sepuas hati Mummy. Dia dgn rasa geli yg amat, lari kat Daddy pastu bila Mummy dia buat2 kejar tapi sekerat jalan dah mintak nyawa..(hehehe..), dia pun dgn muka bangga ckp " tak apatt...( tak dapat..)". Eleh..mcm la Mummy tak dpt tangkap. of coz la Mummy maleh je kan...Bangga la sgt...
Segala neka bentuk kenderaan di jalan raya dia dah hafal. Everytime masuk kete, bila on the road je dia akan sebut la segala2 kenderaan yg dia nampak. Lorry...car...ban..(van)..bus...vrroomm vroomm..(motor), shikal (basikal) dan sewaktu dengannya...Mmg suka sesangat. Bagus gak takde la dia bosan kan. Bila dia dah pandai kira nanti aku nak suruh kira kenderaan atas jalan raya plak. Senang bila dia fully occupied mcm tu. Tak susah nak monitor..hahaha..Kejam punya mak..
Oh, skrg dia adalah obses dgn Upin Ipin yg dia panggil "Ipin-Ipin". Dia boleh kenal budak botak berdua ni di mana saja nampak poster diaorg. Hari tu gi Pasar Tani, singgah kat gerai buku2. Dia nampak je majalan Upin Ipin,amik majalah tu pastu tarik Daddy ckp gini "eh..Ipin Ipin..meh..dok..dok. sini (meh duduk sini). Atas jalan raya kau...hahaha..apolah Arsyad. Kot ye pun die hard fan, takkan sampai nak bersila atas jalan raya..agak2 la kan. Aku pun belikan lah DVD Upin Ipin yg 12 in 1 tu. Tgk la sampai termuntah. Dia punya seronok bila dpt DVD tu dari dlm kete sampai la ke rumah dok la bising suruh pasang time2 tu gak. Nk cucuk kat mana syg ooiii..Sampai rumah tak sempat2 nak pasang. Tp spt biasa, mana lekat sgt dpn tv budak ni. lepas 4-5 episodes, Daddy dia yg tgk Upin Ipin. Bila Arsyad ajak main, siap sound "Ala Arsyad ni..potong la..Daddy tgh layan Upin Ipin nih". haihhh...tak tau aku nak ckp apa...

:: Botol air dan bekal Arsyad hari2. Nanti cari yg Upin Ipin eh::
Paling lawak mlm tadi. Dia batuk dah 3-4 hari tak baik2. Ubat pun dah nak abis. So ktorg pun bwk la dia gi clinic amik ubat lagi. Dah mmg ajar dia hari2 kalau Doc tanya " Kenapa Arsyad dtg??" Arsyad jawab apa?.. "Arsyad sakit.." Pastu if doc tanya arsyad sakit apa? jwb Arsyad batuk. nak ubat..Ok, meh layan dialog Doc plak dgn Arsyad.
Doc : Hi Arsyad, Nape sayang?? tak sihat eh?
Arsyad : tatit...emam..(sakit..demam) Eh, sapa suruh tambah script nih..
Doc : hihihi..kelakar la arsyad nih..arsyad batuk eh?
Arsyad : * uhuk..uhuk..(bunyik batuk ok..jadi plak tu buat2 batuk..)
Doc : hahaha...
Arsyad : Nak bat...(nak ubat).
Doc : hahahahahahahahaha
Dok gelak je la doc dgn Nurse tuh. Pastu sikit2 tunjuk fish kat dlm bilik doc tu. Dia suka sgt la binatang2 nih. Aku nak gak bagi dia pet tapi tak tau apakah haiwan yg sesuai dan di jamin selamat di tangan Arsyad. hahaha..fish tu takut kang dia tarik plak aquarium comel tu. (of coz aku nak beli yg kecik je besar2 kang buat penat basuh je). Nak beli hamster org ckp kotor, takut budak sensitive. Kucing ktorg tak minat. Kesian gak dia hari2 dok la jalan umah jiran tgk dog jiran cina aku dan kucing2 di jalanan..hehehe

:: Dkt Jusco. mula2 ok, tapi lama bosan main benda alah nih::

:: Pastu dia ajak Daddy main gendang gabak nih. tak padan dgn kenit::


Aku adalah amat suka tgk hari2 mcm2 benda dia belajar. Biasalah budak time2 nih kan. Senang je absorb apa2 benda di sekeliling dia. So makin byk la peel dia. Suka..suka sgt2. Tp tang perangai "cantik" tu aku serahkan kat Daddy Arsyad je. hehehe..Sbb aku garang, kalau Daddy takmo garang2, layan la kan. Kalau penat, sendiri tanggung. hehehe

:: Muka terlebih Happy::



Mummy harap Arsyad akan semakin membesar, semakin bijak, semakin mendengar kata (jgn nak nakal2 sgt yer..), semakin sihat, semakin membahagiakan Mummy and Daddy..
Haihh..rindu sgt budak kecik ni. Bila time weekend, penat layan peel dia. Tapi masuk je Monday nak antar dia school balik, rasa syahdu je..mesti rindu dia...ish..babab kang busuk Mummy nih!!!...

:: My Fav pic..Masa 2 bln, first time warded..::


Mari Update Iftar...



Wahh..bersemangat giler nak update Iftar Hari ke 8 nih. Sbb Iftar ni special sket. Dapat makan sedap and yg penting Free. hahaha..Aku slalu tiap2 thn dpt byk je invitation dari hotel2 utk Iftar. Sbb keje aku kat dept lama mmg byk liase dgn diaorg. Tp bila dah ada anak nih, mmg tkmo gi la. Kesian tinggal budak busuk tu lama2 kat school kan. Tp yg mana tak boleh elak, terpaksa pergi gak. So aku and Daddy Arsyad dah mencapai kata sepakat membawa berkat, if event2 yg tak boleh nak ngelat, kita balik Kajang dulu, hangkut budak busuk tu skali. Tapi bkn attend event tu skali. Mau nangis aku kang tgk je meja buffet tapi tak dpt makan..hahaha..Kira gilir2 la. Kalau time aku kena gi, Daddy la jaga Arsyad sementara tgu aku menikmati hidangan yg ada..hehehe

So hari ke 8 Iftar nih Arsyad pun di"terbangkan" khas dari Kajang.Dlm kul 4 lebih mcm tu Daddy balik Kajang jemput dia. Aku kena buat keje lagi kat off. Then kul 6 lebih dia sampai. Daddy call suruh turun, aku kuar je dari lobby dah nampak dia. Mula2 dia tak perasan aku, pastu dari jauh Daddy tunjuk aku tanya dia "sapa tu??"..terus jerit okeh lari terkedek2 dtg kat aku..hehehe..Org keliling suma gelak je. Pastu Daddy naik atas jap settle kan keje, aku pun lepak2 la ngan dia kat bawah. Ckp kat dia ni la office Mummy and Daddy..Arsyad tak boleh naik. dah cukup umur nnti baru boleh yer..Dia angguk2 konon paham..hahaha

Then dah settled, gi la Level 2 suapkan dia makan dulu. Kang sian Daddy nak berbuka dia pun lapar sama2 nak makan tak terkawal plak kan. Aku suapkan dia, sementara Daddy beli makanan dia nak berbuka jap lagi. Sian je aku tgk laki aku beli McD je. Dia kata kena makan simple2 kang Arsyad buat perangai takde la kecoh sgt. Ish, aku ni nak gi makan sedap ni tapi laki makan burger je. Eh, tapi takpelah sbb kang turn dia plak makan sedap aku plak jeles. So marilah kita buat takde perasaan di situ.... hahaha..

Dlm kul 7 gitu aku tinggalkan la Arsyad bersama Daddy dgn harapan Daddy dpt la berbuka dgn aman. Aku pun gi la KL Convention Center. Yg lawak tu pagi2 manager dept aku dah bising ckp KL Convex ni takde dlm senarai halal Jakim. Kan Jakim dah kuarkan senarai2 hotel yg halal kat KL nih. Ngeri gak sbb kebanyakkan hotel2 kat area KLCC ni tak dpt sijil halal Jakim tau. Siap Manager aku call KL Convex marah2.Nasib la rupanya dia yg salah type nama tempat. Kena tulis "Convention Center KL" rupanya instead of "KL Convention Center". hehehe

Dah settle bab halal haram tuh, boleh la start makan dgn tenang. Ni kira dept aku punya berbuka puasa bersama2 dan farewell utk senior staff kat dept ktorg gak. Yg buat aku takleh elak adalah sbb golongan2 VIP (top management) pun join skali (sebenarnya aku yg nak makan best and makan byk2..hahaha). So dgn bijak pandai gang2 aku pun awal2 pilih meja yg dekat dgn buffet line, dan jauh dari meja VIP. Heaven gila. VIP belum sampai pun ktorg dah nak masuk 2nd round. hahaha..Dah tu sapa suruh meeting sampai kul 8.30pm kan. Gilo ke apa aku nak tgu makan sampai 8 lebih. Baik aku continue puasa sampai esok je kan..



:: Decorations dlm ballroom..lagi cantik dari last year::



:: Banyak jenis stall2 gitu::

Tgk menu yg dia letak atas meja ngeri okeh. Ada lebih 199 jenis makanan. hahaha..Ikut logic la takkan ada org yg boleh try sebanyak itu kan. Dah tu kalau timun, tomato, segala jenis sos pun ko nak kira mmg 199 la jadinya kan. Tp aku tgk kira ok lah. Dia byk style stalls2 so org spread dgn jayanya. Takde la Q panjang sgt bila amik food. Then mmg byk choices ikut tekak masing2 la. Aku buat lawatan hormat satu kali round sebelum amik makanan, kira aku dah tau apa aku nak makan mlm tu. hahaha..Mcm tu skali kan..ye la kena jimat masa laki ngan anak aku tunggu tu. Kang mkn punya pasal, kul 12 mlm baru sampai Kajang mau kena penampar laju2..
So, di mulakan dgn pinggan pertama saya....jeng..jeng..jeng...


:: cucur udang, satay, dgn cempedak goreng. Satay share dgn org sebelah (cover line)::

Pinggan kedua saya....


:: Roasted Lamb (sedap nak nangis..) lembut and juicy jer..tamak amik byk2 sbb stall ni yg paling panjang org Q. Ketam goreng, and Murtabak Daging. Semua sedappppsss::

Pinggan ke tiga saya....



:: Nasi Minyak, Ayam Merah, Udang Madu, Acar Mangga, Sayur apa ntah..sedap gak..Tp kalau makan pakai tgn lagi feel...::

Pinggan ke empat saya....

:: Mee Goreng Mamak..pun sedap nak nangis...::
Tidak terhenti takat itu sahaja sbb dessert jugak adalah pinggan ke lima..tapi di sbbkan time nak makan dessert tu sorang VIP telah menyinggah ke meja kitaorg, maka niat nak amik gambar terpaksa di batalkan. Kang ada plak dia cop aku ni jakun mcm tak pernah dtg Convex. Org "K" kalau tak pernah dtg convex mmg pelik ok. sah2 sebelah bangunan kan..hahaha..Byk giler kan aku mkn? yes..saya adalah buffet eater yg di segani. Mmg berbaloi makan buffet sbb takkan amik sikit2..hehehe

Makanan situ serious sedap. Tapi mahal melampau. RM120 nett per head. Kalau company belanja harus la tak amik kisah kan. Tp kalau sndiri kuar duit, laki bini dah RM240. Aku gi Pasar Tani beli mcm2 baru habis RM50 seminggu. Wahh..skali makan sini leh cover sebulan belanja dapur aku..hahaha..Org berkira mmg begini lah. Tunggu la gaji aku dah puluh2 ribu kang, baru boleh makan sini hari2...hehehe

Eh, dah ler, penat la type. niat nak update menu sahur and iftar sampai hari ni. tapi malas la plak. hahaha..Sbb bila buat entry nih, pikir2 hari ni giliran Daddy Arsyad plak makan sedap. Aku plak layan Arsyad. Tapi takpela, kena berlaku adil kan..So dgn nada jeles, aku pun malas nak type dah menu2 di hari2 selepas nih. Nnti2 la kalau rajin..hehehe

Aug 18, 2010

Entry Sedih-sedih


Sesekali kena buat entry sedih2 utk seimbangkan mood dlm blog nih. Sbb kwn aku ckp (dia ni memanjang jadi silent reader tak reti nak tekan box comment tuh), aku ni tulis melawak2. dia pecah2 perut gelak. Lawak kah?? aku rasa aku tulis biasa2 je. Tang mana yg lawak tak tau lah. Pastu bila aku malas update nak marah2 tanya bila nak update. Ko ingat aku ni Apek Senario ke nak entertain ko tanpa had? hahaha...


Ok..ok..back to the topic. Saja je nak update pasal family pulak. Buat yg kenal aku rapat, tau ler mak aku tak berapa sihat kan...bkn je "tak berapa" kira mcm tak sihat betul lah. Dah tak cergas mcm dulu. Sbb dah takleh jalan, terlantar je kena berjaga 24 hours..Skrg ni pun dia tgh warded..Masuk thn ni dah 9 kali okeyyy...nasib la kat HKL jer. boleh ktorg ulang alik dtg suap makan ke apa kan..tapi memang menguji la menjaga org sakit ni. Aku tak jaga, kakak aku yg fully jaga. Sbb dia je yg tak bekerja buat masa skrg, so kena la berkorban sket kan. Ktorg yg kerja ni contribute dari segi lain la..


Mak start sakit teruk masa aku 5 months pregnant kan Arsyad. Masa tu aku tgk badan dia dah mcm membengkak tapi dia takmo gi spital. Coz tau2 la Gov Hospital nih service suma mcm mana kan. Nak antar private mana la nak mampu. Amik ubat demam sebotol pun dah RM50. gila ke hapa..So aku pujuk2 hantar dia kat Hospital Ampang yg baru bukak masa tu. At least rasa best sket dari HKL yg dah lama tu kan. Dia pun setuju la. Kena warded seminggu sbb masa tu dia dpt pneumonia. And at that time doc just bgtau dia ada kencing manis, darah tinggi, fibroid (tak dpt kuarkan sbb kencing manis), and masalah jantung sket. Punyalah senarai panjang penyakit kan tapi itulah hakikatnya..


Masa aku dok ulang alik Hospital Ampang tu mmg agak penat la. Dgn tgh pregnant, dgn jauh..Tp masa tu mak boleh jalan lagik. Cuma dia tak suka makan makanan spital so hari2 kena hantar makanan. Klau tak dia takmo makan kang dia terus pengsan. Org kencing manis kan mmg gitu. if makan terlebih gula naik, if tak makan terus pengsan. So kena la hantar hari2..


Bila sampai doc sahkan dia ada masalah buah pinggang, terus dia semakin teruk. Sbb seminggu 2x gi dialysis, badan makin lemah. Masa tu terus takleh jalan. Tp kira ok lagi bila naik kete leh gak la dia berdiri masa kita angkat and berpaut kat mana2 sebelum masuk kete. Skrg ni nak duduk pun kena org tolong.


Masuk kuar spital mcm2 sbb. Of coz sbb buah pinggang, pneumonia, pastu ada lendir berlebihan kat lutut la sampai kena operate dua2 belah lutut utk kuarkan lebihan lendir tu (if baca pun dah rasa ngilu kan?. Skrg ni buah pinggang plak dpt infection. Tak tau la ngapa..tapi itu la doc ckp..
Arsyad pun tak payah kt bagitau Wan dia tu sakit. Ye la bila bawak dia visit Wan kat spital confirm2 dia tgk dgn wayar2 berselirat suma kan. Pastu tiba2 satu hari MIL aku saja buat2 dialogue dgn Arsyad.
MIL : Arsyad, Wan mana?
Arsyad : Wan tatit..(Wan sakit)
MIL : Sakit apa
Arsyad : Tatit Tati..(Sakit kaki)
hehehe..Aku pun apa lagi repeat2 la tanya2 dia mana Wan..dan itu lah jawapan setiap kali tanya..

:: Masa ni dah sakit sikit2 tapi badan still sihat. Dan tgh dukung bdk yg sihat jugak..hehehe::

Bila mak warded time bln2 pose ni mulalah aku tak senang hati. Ye la kita dok la nak buat preparation Raya bagai tapi mak sendiri tgh sakit kan. Rasa mcm takmo pikir Raya jer. Dah la 10 thn yg lepas Arwah Abah aku pun meninggal dekat2 raya. Lagi 4 hari nak Raya. So bila bln pose je mesti teringat Arwah Abah, pastu mengenangkan mak tengah sakit mmg sedih la hati ni. Kalau Arwah Abah ada mesti dia jaga mak skrg. Mak betul2 start dpt mcm2 penyakit lepas Abah meninggal lah. Ye lah hilang life partner mesti effect life dia jugak kan..Bkn senang nak move on nak2 org yg pergi tu secara tiba2.

So far aku gilir2 dgn kakak aku gi spital suap mak makan. Slalu kakak aku gi pagi and petang, aku gi tgh hari jer. Ye la takkan aku nak gi pagi aku keje, ptg plak nak berkejar amik Arsyad bagai. And biasalah org sakit teringin makan mcm2 tapi takde selera. Slalu aku call dulu before dtg, dia mintak la Nasi Ayam KLCC ke, Ayam Percik Kg Baru ke,..mcm2 lah. Pernah satu kali tu mlm dia call kakak aku mintak Satay Kajang. hahaha..Aku ckp dgn kakak aku ala ko beli je satay kat mana2, pastu ckp je la satay kajang. dia ckp tak sanggup aku dik..hahaha..ye lah kan mmg la susah nak tunaikan permintaan tu. so kitaorg moderate lah sket ikut kesesuaian..keke

Mcm smlm mak mintak roti kat Cold Storage. (Mcm mana dia tau ada roti kat cold storage KLCC ni eh? hehe). Pastu aku pun beli la and gi spital. Naik cab sbb malas drive parking kete agak tak munasabah kat HKL. suma parking utk staffs mcm org dtg melawat ni tak mampu beli kete je. Sampai sana dah la tgu lift punyalah lama, siap kena hijack lift sbb nak bwk pesakit naik lift. Aku pelik la nape nurse nih tak reti nak pakai service lift ke apa..Tapi maybe service lift penuh or rosak kan. Kesian patient tu termalu2 je baring atas katil pastu adalah 5-6 org pelawat yg berjaya menyelitkan badan masuk gak dlm lift tu (termasuk aku.hehehe). Dia tutup2 muka ktorg mcm mengadap je dia. Awkward gila aku dah terbayang kalau tiba2 lift ni stuck sampai mlm, aku mintak tumpang tido je kat katil dia skali..kekeke

Pastu dah jmpa mak, dia suka la sbb roti fav dia. Pastu dia ckp mana air panas nak cicah pakai air apa? laa..aku ingat dia nak makan mcm tu je takmo cicah2 sbb dia bkn boleh minum air manis sgt. Kunyah2 roti pastu minum air masak la kaedahnya kan. Terus mak aku order Nescafe Tarik satuuuu!!!..Haiyoh, mana nak cari nescafe tarik mak oii..dah la dtg naik cab takkan aku nak menapak sampai Kg Baru kan..Kang nescafe tarik terus order dua kang..Terus aku teringat Cafe utk Staff kat Level 1. Then gi beli, cicah kan roti, suap dia makan, lega lah dia.


:: Ni gambar Raya last year. Mak still ok lagik even baru discharged frm hospital::


Doc ckp patut sakit mak awak ni dah guling2 menahan sakit. Tp dia relax je takde pape. Cuma lemah la mata cengkung dah kurus byk. Kalau dari gambar atas tu, dia dah turun dekat 30kg aku rasa. Mmg kurus sesangat sgt. Pastu mak kau ckp kat doc sakit lain lebih sakit doctor..Satu badan sakit, so tak tau nak layan sakit mcm mana dah. Sedih je dgr kan..

Tak tau la kali ni sampai bila plak mak warded. Harap tak lama la sbb dia nak sangat beraya dgn anak cucu. Maybe kali ni aku and adik beradik akan panggil adik2 mak dtg beraya dgn dia. Ye la niat dia mmg nak beraya umah adik2. Tp mcm mana gayanya plak kan. Takkan nak masuk umah org dgn wheelchair bagai. Nangis org tu tgk carpet baru beli kena lenyek dgn wheelchair kang..hehe..So kita beraya ikut kesesuaian la kali nih. Asalkan matlamat menyambut Aidilfitri bersama keluarga tu terlaksana kan..

Aku harap mak aku cepat sihat and discharge. So aku pun takde susah2 hati memikirkan mcm mana gaya Raya thn ni apa suma kan. And semoga kami adik beradik di beri kesempatan utk jaga mak selagi hayatnya. Kadang2 kita sebagai manusia biasa confirm la stress jaga and layan org sakit ni kan. Tp kita kena paham perasaan dia yg tertekan bila sakit. Kita demam sikit pun dah rasa berpusing2 pastu takde mood nak buat apa2. Apa lagi org yg dulu active giler skrg terlantar je harap org tolong suap makan and move dia kan. Bkn senang nak jaga physically and mentally org sakit ni. Kita pun kena kuat sama. Harap2 kami semua kuat. Sbb ini lah masanya nak balas jasa mak. Bila aku pikir2, dah ini bahagian mak, bahagian aku tak tau lagi mcm mana hari tua nanti kan. (Arsyad, tak jaga mummy esok jaga eh..hehe). Bila aku penat ulang alik spital, mesti aku terfikir mcm mana if aku sakit then anak aku takmo dtg sbb penat..ish, sedihnya..so sedaya upaya dtg la. if betul2 tak dpt datang baru aku ngelat2 sket2.

"Don't treat people they way you don't want to be treated". Meaning to say, kalau ko nak anak2 jaga time tua nnti, jaga la org2 tua ko dari skrg. Kalau ko rasa teringin duduk umah org2 tua, jarang2 la jenguk org tua. Sbb Allah tu Maha Adil. Apa kita buat kat org, pasti dapat ganjaran dlm bentuk baik atau buruk. So tepuk dada tanyalah selera..

Kesimpulannya, if mak still dlm ward this year, takde Raya la aku kot. Sbb thn ni turn Raya belah Daddy Arsyad. Balik Cheras, raya dgn family sana, pastu jenguk mak. Takde la nak beria2 ke mana2 ye la melampau je aku rasa mak sendiri sakit kat spital tapi anak nak beraya sakan. Ala kadar sudah la kan. Tak baik pentingkan diri sendiri. Raya tu tiap2 tahun insyaAllah ada. Jgn risau...


:: Gambar kami dgn mak selepas kami di satukan :-)::


:: Photog tu suruh aku cium mak tapi sbb ktorg bkn jenis lovey-dovey, so agak janggal di situ..hehehe::


:: My small happy family. Kakak aku je takde masa nih::


Aku tau tak mungkin mak akan kembali sihat mcm dulu (tapi kuasa Allah mana tau gak kan..) cuma aku harap penyakit mak beransur kurang la. Sbb terlalu byk penyakit and kesakitan kat badan dia yg ah semakin susut tu. Harap kami masih ada masa utk bersama mak selagi di izinkan Allah S.W.T..Aminnn

Aug 17, 2010

Cabaran Bulan Puasa Thn Ni bersama Abdullah Arsyad

Fuhhh...kemain panjang tajuk..hehehe

Bila tgk
Kak Sally rajin update activity sehari2 masa bulan Ramadhan ni kan, aku pun nak terjebak sama la. hehehe..mari kita tgk apa yg mampu aku update yer..

1st Day Sahur
Kami adalah bersahur di rumah Cheras. Sbb kesian plak atuk nenek dgn paman bersahur bertiga je kan. Marilah memeriahkan suasana di sana di samping dah mmg aku agak "kerajinan" nak masak. hehehe..Amik kesempatan betul.

1st Day Berbuka
Punn berbuka di Cheras..kata nak meramaikan..harus la meramkaikan secara complete..hehehe..Ye la mmg slalu ktorg 1st sahur and berbuka dkt Cheras..masa berbuka ni aku dah siap2 suap Arsyad nasi kul 7pm. so time org buka tu dia tak kacau la kan. Tapi knowing si Arsyad...jgn la harap..kejap2 tarik tgn Daddy ajak main..kejap2 tarik tgn Mummy..bila ckp Arsyad jgn la kacau org puasa..tau apa dia jawab?? "washee......" (mcm bunyik Arsyad puasa..) dgn nada tak puas hati..

2nd Day Sahur
Masa ni agak bercinta la nak bgn kul 4.30am nak masak sahur kan..tapi nasib baik la lauk pauk dari Cheras dah tapau awal2. Aku just tambah dgn telur dadar ajer..then buat horlick panas, settle...Nasib bdk kecik tu tak bgn time ktorg bersahur. tenang je suasana..hehehe..Skrg kan ada ulangan Nur Kasih kalau time sahur. best je sambil mkn sambil layan Nur Kasih. tak jemu2. tapi aku tension giler kalau time iklan cite2 hantu. dah la aku sorang2 kat dapur. aku bukak tv kuat2 takmo kasi takut, skali dgr suara cik ponti mengilai dari TV lagi buat aku takut...hampagas sungguh..

2nd Day Puasa
Aku dah niat nak masak hari ni. Tapi kat peti ais seekor haiwan pun takde utk di jadikan kurban. Nak beli kat KLCC ni celah mana la plak kan. Tapi dgr kwn2 ckp kat Cold Storage or Isetan ada jual. nnti2 aku nak tgk. ktorg try kuar office sharp kul 4.30pm, stilllll sampai Kajang kul 6 lebih. Aku dah budget2 lebih kurang, berjayakan aku masak nanti kalau kul 6 lebih baru sampai umah? elok2 berbuka maghrib kang lepas isyak baru laki aku leh makan..hahaha..so utk 2nd day kami beli di Param saja. 2 bungkus Nasi Ayam Dara yg takde rasa..(serious tawar lesi), dgn murtabak daging yg masin (ntah apa la kena org berniaga time bkn pose nih). Berjimat sungguh kan? takmo la membazir2. kalau beli, makan ala kadar sudah. Pastu aku beli ayam sket utk masak sahur esoknya. Arsyad seperti biasa mcm dia yg puasa sehari suntuk. Masa beli2 makanan dari dlm kete lagi dia nak suruh bukak suma makanan tuh. Sabar je lah..

3rd Day Sahur
Fuhh..jgn la tak percaya aku bgn kul 4am nak masak ok. Pastu bkn simple2, berangan nak masak Ayam Masak Merah bagai. hahaha..tapi alhamdulillah...menjadi jgak. Ni kalau anak2 buah aku baca mesti kagum gila. Dulu masa duduk umah diaorg, sahur pun aku tak bgn. Skrg leh masak Ayam Masak Merah time sahur. hahaha...mcm tak masuk akal je bunyinya. Pastu buat sayur buncis dgn telur, siapp..Tgk Daddy Arsyad makan ok jer, so ok lah kan..kira boleh di telan la masakan aku nih..hehehe

3rd Day Berbuka
Kuar office lambat, sampai Kajang pun dekat 6 lebih, pastu sbb takde bahan langsung kat umah selain ayam beli smlm, so ktorg pun decide buka puasa kat Cheras je la. (bkn main panjang alasan malas masak..hahaha). Yg bestnya buka Cheras, Arsyad tak heran dgn Mummy and Daddy dia. dok la nak mengulit dgn Paman. Sikit2 "maman...maman...jom..jom" Paman pun rajin melayan kan..So Mummy and Daddy adalah curi tulang di situ..hehehe

4th Day Sahur
Oleh kerana berbuka kat Cheras kan, harus la sahur dgn lauk pauk dari Cheras gak. hehehe..aku just tambah sayur campur and telur dadar je...Sonang keje...(tapi still tertipu bila bukak tv3 time masak. ada je iklan hantu2 tension aku..)

4th Day Puasa
Bila weekend relax sket lah kan. Pagi2 aku settle kan semua keje umah. Walaupun puasa gigih ni basuh suma kain sbb tgh hari elok je panas. Pastu ajak Daddy and Arsyad gi pasar tani nak beli haiwan2 dan sayur-sayuran. Supaya tiada lagi alasan takde bahan nak masak. hahaha..Beli pun secara sederhana. dah makan dua org kan. Tapi mmg ikan2 suma aku rasa mcm naik harga je kan. beli ikan, udang sikit, daging, dgn paru. Pastu sayur sikit2 habis gak RM40. pastu balik masak sup sayur utk bdk kenit tu. Time suap dia kena la tahan godaan. takut tersuap diri sendiri gak. Sbb slalu kan suap kul 7pm, so feeling2 nak berbuka tu menebal. Bila suap time 12pm tu, haiyoohhh..tercabar..ish, mcm bdk kecik je gaya..hahaha..Pastu ktorg siap2, berbuka kat Wangsa Maju. Seronok sgt aku sbb dah lama tak berbuka dgn family sndiri. Weekend je la ada masa pun kan. Mcm2 abg aku masak. Beli kat Pasar Ramadhan pun byk. Sbb kat wmaju semua org kuat makan. Beli je la apa pun, confirm habis. Pastu Pasar Ramadhan Wmaju best sket. Sbb ramai kwn2 lama kan...Asal jalan sket berhenti jmpa kwn. Asal jalan sket angkat2 tgn. Pastu Daddy Arsyad ckp "Mmg mcm tu la kalau masuk kampung Mummy Arsyad.." hahaha..siot je kan??Time makan budak kecik tu spt biasa dah di kenyangkan. Tapi tetapppp la hyper tak tentu pasal. Ke hulu, Ke hilir. Pastu main dgn Kak Era, dgn umah yg kecik ada hati nak main nyorok2. Abg aku pun pelik nape la hyper sgt si Arsyad ni. Seminit pun tak duduk diam. diaorg pun pening kepala. hahaha

5th Day Sahur
Dengan keazaman yg kuat lepas balik Pasar Tani, aku pun kuarkan la ikan merah pastu buat sup. haha..Gigih pagi2 buta buat sup. Sbb aku pikir kang sup ni boleh je re-heat kasi Arsyad makan esoknya kan. Sah2 baru masak kul 4.30am. Pastu siap buat sambal kicap. Melampau byk plak tu Daddy Arsyad ckp ni nak meniaga ke apa nih? kekeke...Puas hati makan sup panas pagi2. Selera je. Bertambah selera bila lepas makan kemas2 dapur, dapat sambung tido panjang sket sbb hari cuti kan. Tp potong bila kul 7am Arsyad dah bgn. Tepuk2 muka ktorg ckp "Daddy...angun...Mummy..angun pat..." (bangun cepat). Ktorg wat dek je tido lagi. sampai dia dah agak nyaring "azan" kat telinga ktorg, baru la bgn ckp "eh..Morning sayang..dah lama bgn??". hahahaha..

5th Day Berbuka
Hari sabtu tu Kak Sally n co berbuka Cheras. Tp sbb aku dah plan nak gi wmaju, tak dpt la buka sama. So ahad tu harus la repeat kan. Best sgt berbuka ramai2. Meriah. Pastu tgk "drama" si Aliyah dgn Nena, mmg lawak la. Boleh lagi 5 min nak buka Nena ckp "Mama, Nenek bagi kebenaran berbuka skrg"..ewahh..ewahh..byk Nena punya kebenaran. Lagi 5 min je kot..Pastu dia dok merungut ckp "Paman ni, bukak la tv..patut la tak dgr azan..". hahaha..Nena..Nena..igt tv tu sentiasa ada azan ke..sabor je la kan. Time Arsyad berlatih puasa nnti tak tau la mcm mana gaya plak. Pastu si Arsyad pun apa lagi mmg kuar taring la bila ramai kakak2 sepupu dia nih. Main beria2 kejar2 dgn Aliya and Nena. Echa malas layan sbb mula2 tu baik je dgn Arsyad. Tapi lama2 tu gaduh.Sikit2 dia kena cubit, kejap2 dia plak tolak Arsyad. Paling aku hilang kesabaran time Arsyad cubit Aisya. Terus kena baabbb si Arsyad tuh. Sbb sakit tau dia cubit. Aku pun rasa sakit, apa lagi Aisya kan. And spt biasa bila dah main cara melampau, balik tu ngigau la. Part yg aku palingggg malasss nak layan. Esoknya bgn ckp "Nena??..Ya??..(Aliyah)..Echa???.." hehe..tnya2 aku. Aku ckp kakak2 suma kat Bangi. Nanti2 jumpa eh..dia angguk2 je..seronok sgt la tu mlm tu kan..

6th Day Sahur
Ni 1st time aku tak bgn sahur. Sbb Daddy Arsyad kena gi Kerteh. Flight pagi2 so kul 4.30am dia dah kuar umah. Dia sahur kat airport je nanti. Aku pun harus la mengambil kesempatan tak bgn makan pun. Dah tu makan sorang2 mana feel. mlm tu je aku belasah apa yg ada, pastu tak bgn dah. hehehe

6th Day Berbuka
Wahh...masa ni kerasukan memasak melanda..hahaha..Lunch time aku siap turun cold storage beli daun kari dgn serbuk kari. Angan2 nak masak Kari Ikan, Sambal Paru dgn Kangkung Goreng Belacan. sounds good right? ..hehe..Tapi masa ni mak aku plak warded. So tgh hari gi HKL suap dia makan dulu. Pastu ptg aku dah agak lembik2 dah penat. tapi aku rasa aku mampu nak "berperang" kat dapur jap lagi. sharp 4.30pm cabut, jalan tak brapa jem maybe org dah start buka kat luar kot. Then kul 5.45pm dah sampai umah. Tak amik Arsyad dulu kang aku masak Kari Arsyad je kang. hahaha..tgu Daddy dia sampai kul 6pm kang dia amik la anak dia. Terus aku berperang kat dapur, harap2 masakan menjadi. Kul 7pm dah settled suma. Hujan bkn main lebat. daddy dgn Arsyad tak balik2 lagi sbb diarog igt nak singgah Pasar Ramadhan beli kuih2 ke. Tapi tak jadi sbb hujan menggila. Umah aku sampai 3 kali blackout. Nasib elok balik 5 min before buka kalau tak candle light dinner la ktorg. hehe..kari ikan ok. sayur kangkung ok. cuma paru sambal failed sbb tak cukup lama rebus. aku igt setengah jam ok lah kan. rupanya tak. liat sungguh la. sambal dah ok. ye la 1st time nak masak berbuka dgn tak boleh rasa, takut gak kalau tak menjadi. aku makan je paru aku tu dgn susah payah. Arsyad duduk sebelah aku layan fries. skali aku pandang dia, ada kesan cili kat pipi dgn baju dia. Hahaha..Sampai mcm tu skali terperecik sambal2 paru masa aku tarik2 kot. Nasib kena pipi, kalau kena mata? dgn aku2 jadi sambal paru kang..hehehe

:: Mari kita letak satu2nya gambar masakan. Sbb pagi2 malas amik gambar..hehehe::

7th Day Sahur

Ni yg best kalau masak time buka. Leh panas2kan je lauk tak payah nak masak lagi time sahur. Tapi paru tu aku tak sanggup la nak kuarkan lagi. Kang laki aku sampai Zohor dok tarik2 paru yg liat tu tak abis2. hehehe..So aku tambah je ayam goreng kunyit dgn telur dadar. Bahagia gak makan..sbb aku mmg hantu ayam.

7th Day Berbuka

Oleh kerana jam yg melampau dan hujan yg menggila, sampai Kajang pun dah kul 6 lebih amik Arsyad ngam2 kul 6.30, so niat nak masak terpaksa di batalkan dan berbuka saja di Cheras. Aku dah siap2 turunkan udang dgn daging. Cita2 nak masak Udang Masak Lemak Cili Api dgn Daging Masak Masam Manis. so takpelah, postpone ajer. hehe..Arsyad semakin bosan time org berbuka dia takde kawan2. kejap2 ajak org main. kejap2 nak itu..nak ini..takpela Arsyad..mummy redha..Mungkin Arsyad dpt membantu Mummy turunkan sket berat badan sbb makan tak dpt concentrate kan. Sbb since 1st Day puasa, aku dgn jayanya naik 1kg. hahaha..semuanya adalah kerana berbuka dan sahur makan nasi. cisss...tension. so smlm berbuka aku makan meehoon je. sahur makan nasi secoet je. azam baru. kekeke

Sahur 8th Day

Kejap je dah hari ke 8 kita berpuasa kan. Alhamdulillah..semoga panjang umur dapat keberkatan penuh Bln Ramadhan nih. Pagi tadi aku masak Ayam Masak Kicap. Pastu panaskan Masak Lemak Sayur dari Cheras. cukup la. Hari ni patut Daddy Arsyad ada event berbuka kat luar. tapi dia nak cancel sbb Arsyad tak berapa sihat. Esok aku plak ada event. so gantung kuali la 2 hari. Hari jumaat kita berperang balik..

Fuhhh..penat ni nak type secara pukal. Sapa suruh malas sgt nak update kan? Bila tak update, rasa sayang plak tak tulis kat sini utk tatapan Arsyad dah besar nnti. hehehe..Puasa thn ni special sket. Sbb Arsyad pun dah besar, lagi lasak dia, lagi best melayan dia. Pastu Amir Iskandar dgn Asyraf Izzuddin pun dah belajar berpuasa thn ni. Puasa penuh ok!. umur baru 5 and 4 tahun. Salute giler. Nnti Tizu kasi duit Raya lebih yer..Eh...takmo la lebih, Tizu kasi hadiah je sbb Mummy korang pun lagi kaya dari Tizu skrg nih...hahahahaha...Joli sampai Raya Cina eh Salina??? hahaha..tkpelah..Hanya org2 K je yg paham...kekeke

Aug 10, 2010

MUMMY....

Macam mana aku boleh terlupa nk update kat sini...berbulan2 aku tunggu, dgn penuh kesabaran (kesabaran la sangattt..), hari2 aku ajar, hari2 cikgu2 ajar, dan hari2 gak dia still panggil "mama", and finally....jeng..jeng..jeng...Hari Ahad 1st August 2010, dia dah boleh sebut "MUMMY"..dgn jelas, dan nyata, dan terang, dan lancarrr....mula2 aku mcm terkejut. Sbb tak sangka. Aku saja2 tnya dia "Arsyad sayang sapa?"..dia jwb "Dayah.." (cikgu dia..cisss..hahaha), pastu aku ckp lagi ala...ckp la betul2..sayang sapa?? "Mama.."..haihhh..Mama je lagik...so aku tukar soalan..."Sapa cantik??"..(iyer, soalan menjerat anak. lantak la anak aku kan..kekeke)..pastu dia jwab.."Mummy....hah?? biar betul...aku mcm terkejut beruk gak la..kekeke...pastu aku tanya lagi bertalu2..pun dia jwb Mummy..YESSS!!..Finally..berbunga2 hati aku..suka sgt dah Mummy Arsyad nih..


His first word is "Nak...". sikit2 nak itu..nak ini. tapi if panggil org, of coz la awal2 dah panggil "Didi" kan..skrg dah improved, dah panggil betul "Daddy". Pastu habis ni satu sekolah punya cikgu2 dia pandai panggil. Dayah, Yana, Ecah, Awe, Ain, semualah. Still Mummy gak jadi Mama...Pastu reti panggil Atuk, Nenek, Era (anak buah aku), Ibu, Yayah (Ayah Buke and Ayah kat Wmaju), Nena, Ecah (Aisya)..still panggilan Mummy tak lancar2...Aku takde la sedih ke apa, if dia dpt panggil nama org lain dulu. Tapi of coz la, sebagai Mummy over yg berkaliber, harus aku gasak dia hari2 sampai dia reti panggil Mummy...hahahaha


Now dah lega...byk benda dia sebut tak jelas or pelat, tapi biasalah budak setahun lebih what do you expect kan, yg penting Mummy and Daddy dah lepas...Skrg plak fav word dia is "Tapaya!!!!( Tak Payah!!)". Kenapa aku letak tanda seruan byk, sbb most of the time dia sebut Tapaya tu sbb dia marah. Cth tak kasi aku sentuh2 dia, terus tepis2 tangan aku ckp "Tapaya!!"..kalau kita pegang benda dia nak, terus tarik barang tu ckp Tapaya!!...Paling best if Daddy tarik dia time dia lari ntah ke mana2 dlm shopping mall, dia akan jerit dgn penuh perasaan "Taaappaaaayyaaaaaaaaa!!!" panjang okeh..kalau dlm gua confirm ada echo..hahahaha


Word paling ngeri skrg is "Baby...Adik..Nak..Nak.." Sambil angguk laju2..nak2 if dia nampak bdk kecik dari dia or baby kat mana2. terus ckp "Baby..nak..nak". (*Angguk-angguk) Wahh...adakah itu message penting supaya mak bapak dia paham??? wakakaka...


Eh, itu jela nak update. sbb tengah lemau 1st day puasa kan. lunch hour malas kuar kang elok2 boleh berjimat cermat bulan2 puasa nih, terus terjebak menabur zakat merata2 kat bawah tuh. bkn leh caya if dah jalan dlm KLCC nih.


Selamat Berpuasa dari kami sekeluarga. Aku dah mentally and physically prepared nak bersahur and berbuka dgn Arsyad thn ni. Coz last year dia baru 6-7 months, time dia nak berkepitttt je dgn aku. So masa tu makan adalah tersekat2 hujung tekak sahaja (but stilll leh naik berat berkilo2..hahaha), tapi skrg dgn bakat hyperactive dia, aku akan bersyukur if aku dpt mkn proper sampai kenyang. Kalau tak dpt grab murtabak sekeping dua pun dah syukur rahmat...Ehh..choppp...patut ke aku risau, bkn ke Daddy dia je yg suka sgt layan anak dia ni time makan? Kalau ikut aku, letak dia dlm high chair, kasi mangkuk plastic Ikea tu letak murtabak seketul, dahh..pepandai layan diri. Mummy nak makan...hahahahaha(harapnya berjaya lahhh..)



Aug 9, 2010

Cuci The Musical 2...

Best gilerrrr cite Cuci ni ok. Dulu aku tgk film, cite so-so je. So aku tidak la meletakkaan harapan yg tinggi kan..Sbb ticket adalah free, so aku pun nak la join gak. Dpt 4 tickets, dok la terfikir sapa nak bwk. Sbb sebenarnya boleh bwk spouse and children je. Tp Arsyad mana boleh masuk Istana Budaya tu. And Daddy Arsyad bkn la minat sgt theater2 nih. So aku pun decide bawak Aliyah, Aina and Era. Ok la diaorg bertiga kan geng gak,so takde la kekok sgt..

So mmg schedule ktorg packed giler last weekend. Friday night aku ada Squash game sampai kul 9pm. Penat giler la main squash mcm nak patah pinggang tau. Nama pun sebulan sekali turun gym kan, rasakan lah. Pastu Aliyah and Aina sampai rumah aku kul 10.00pm gitu, sbb senang la diaorg tido sini je esok boleh terus gerak gi tgk Cuci kan. Takde la terkejar2 ke apa. Diaorg dtg dgn bwk bekal Tuna Puff Kak Sally buat. Wahhh..teruja ok. Sedap sungguh, (serious kak tak tipu tau..). Ngan badan penat, perut lapar, heaven betul rasa dpt makan puff panas2 yg gebu and lembut. Aku dah mintak recipe dari Kak Sally. Nak tgu aku buat kena bersabar la sikit. Kena tgu hujan turun kat Kajang seminggu berturut2. hahahahaha

Suka la Si Arsyad tu kakak2 ada kat umah kan. Patut kul 12pm nap time dia tapi dia skip la takmo tido. Kul 1.30pm aku kena gi lunch kat umah boss aku nasib umah dekat je kat Kajang. Kejap je ktorg singgah pastu terus bergegas gi KL nak amik Era lagi, nak kejar 3.00pm punya show lagik. Nasib la missed sikit je ktorg sampai Istana Budaya dlm kul 3.30pm. Kira ok la sbb show pun 3 jam setengah kan. Takde la tinggal byk sgt..

Show dia mmg bestttt sgt2. Aku mcm suprised la gak sbb mula2 kan aku agak underestimated kewibawaan cuci nih. Rupanya lawak sungguh sampai cramp2 perut ni gelak tau. Si Salina yg mat salleh abis ni pun leh gelak tgk theatre melayu. apa cerita? hahaha...Tp mmg best la dgn pelakon, dancers, showmansip, set, semua2 lah. kira impressive gak la. tak rugi la org beli ticket kan. Pastu ada part2 sedih gak. Aku tgk rata2 org nangis gak termasuk org sebelah aku tu...hahaha...

Sbb ktorg amik the whole theater kan, so best la ada special annoucement bila dah abis tuh. Sbb benda ni charity, utk one of the prog under CR, so mmg best sgt2. Tak rugi ktorg harung jem, spent weekend gini..mmg berbaloi-baloi...Tapi masa show aku lupa nak snap gambar. Tak teringat langsung. Dok la enjoy the show. Paling aku suka is Awie and Nabil. Bagus pun bdk Nabil ni ganti AC. AC tu agak menjerit memekak je. Nabil ni lawak berkualiti la sket...

Paling lawak part si Aina jadi center of attraction. Time tu Awie sorang2 tgh mcm interact la dgn audience, tanya mana kain lap yg dia campak tu. Pastu Aina ni gelak mengekek2 satu hall boleh dgr. Boleh Awie tegur "apa gelak2??" hahaha..Satu hall la tgk si Aina kan..Terkekek2 dia gelak lagik..hehehe...Suka la tu Aina kan??

Ni la gambar tak seberapa lepas nak abis baru nak kuarkan camera...hehehe

:: Hans tgh bagi speech menghargai staff2 dari K..hehehe::

:: Si Nabil tu muka kepenatan je..ye la 3 jam setengah la show dia kan..::

:: Pastu ada suprise bday celeb for Harith::


:: Tension aku ngan photog ni, kacau view org nak snap pic::

:: Wife dia pun ada on stage yg pakai dress bunga2 tu. Dia yg buat kek utk Harith..so sweet..::

:: Sweet betul pengantin baru ni..seriously wife dia gorgeous gilaaa::

:: Kasi can amik gambar dpn bunting..::

:: Posing lagik..::
Mula2 ktorg pun gigih la nak tgu pelakon2 kuar utk beramah mesra dgn ktorg kan..Tapi hampeh diaorg tak kuar show ptg rupanya. Sbb kena bersiap sedia utk show mlm plak. Gilo la mlm tu show start balik ard 8.30pm. Ktorg punya show abis about 7.00pm. Nak makan, rehat bagai, berapa lama je dpt rest kan. Patut la tak kuar...Kecewa Nena yg nak amik gambar dgn artis!!..hehehe..Takpe lain kali yer Nena. If ada show lagi nnti Auntie Zu bwk yer..
Masa ktorg berjimba2 kat Istana Budaya, budak kecik tu terpaksa la di jaga dgn paksa-rela oleh Daddy mithali. hahaha..Aku dok tanya Daddy dia nak bwk dia jalan mana? 3 jam setengah tu bknnya kejap. Daddy ckp pandai2 la, bwk dia naik bas ke, naik lrt ke, ok la kot. Rupanya2 diaorg gi Aquaria. hehehe..Happy je tgk bdk ni dari gambar yg Daddy sempat snap ni kan...Lupa Mummy ke Arsyad?? Dont u dare......

:: Siap gi try spec. Nape pink color???::

:: Mesti teringat Mummy kan sayang??..hehehe::

:: Muka mcm sedih je kan? Sebenarnya dah penat ni kot..::

:: Sbb dia adalah gembiraaa..tgk ni betapa gembiranya dia..::

:: Muka gembira tak hingat....Sampai begitu sekali kegembiraan awak yer Arsyad..::

:: Senget-benget muka gembira sangat2::

:: Apa tu Arsyad? "pish" ke??"
So aku pun lega la kan. Sbb at least Arsyad happy jalan2 dgn Daddy. Takde la sedih nangis2 kena tinggal ke. Bagus la Daddy kan...Sbb Daddy pun kena spend time dgn Arsyad..baru best..baru ada bonding session..Walaupun dalam hati menangis sbb penat sgt2..hahaha..kesian ok. tak dpt aku bygkan Daddy kejar Arsyad sorang2. Dgn perangai "baik" dia tu kan..Sabar je la Daddy yer..Anak sapa..Anak Daddyyyyyy gak...hehehehe

Sunday Daddy plak bagi tugas jaga Arsyad kat aku. Pagi2 dia dah kuar ada bowling kat Sunway. Aku lepak dgn Arsyad kat umah, settled sidai kain suma terus siap2 dgn dia gi Sunway Pyramid amik Daddy. Ya Rabbi..punyalah mencabar drive dgn bdk ni. Dari Kajang ke Sunway rasa mcm ke Penang je aku rasa. everytime aku guna Smart Tag, dia nangis2 nak smart tag tu. Bila dah bagi, leh dia cabut2 card TnG tu. Pastu aku nak guna balik dah gelabah tak tau mana dia campak. Pastu dia boleh gelak2 tgk aku gelabah2. Geraaammm je tau. Pastu sikit2 " Waaaa...Owiii...Owii Ecarrr (waaa...lorry besar)..Dia kan teruja lebih tgk Lorry. Maybe dia rasa best kot tgk lorry besar2 tu kira lagi power dari kereta biasa la kan..hehehe..
Skrg ni mmg mulut mcm mak nenek. Tak reti dok diam. Tapi best la melayan kan. Sbb still dia tak boleh lawan mulut Mummy dia. Last2 dia yg kalah. Kang Mummy tanya lebih2, dia jadi bosan sbb byk tanya. Terus buat muka boring pandang luar tingkap. hahahaha..Bertuah punya anak....